You are on page 1of 29

Kesan Kegiatan Manusia

Terhadap Alam Sekitar


Tujuan Penebangan
Pokok:
- Pembalakan
- Pembinaan Jalan Raya
- petempatan
- Pertanian
- Perlombongan mineral
- kilang
Kesan penebangan pokok
terhadap alam sekitar.
- Hakisan tanah
- Sungai semakin cetek dan
tercemar
- Kemusnahan flora dan
fauna
- Kemusnahan kawasan
tadahan air dan sumber
air


Kesan penebangan pokok
terhadap alam sekitar.
- Suhu persekitaran
meningkat
- Angin bertiup dengan
laju tanpa halangan

Tujuan Pertanian
i) Penggunaan teknik moden seperti baja
kimia, racun serangga dan racun rumpai

ii) Pertanian pindah dan pembakaran hutan
untuk pertanian
Ekosistem terganggu akibat penggunaan baja
kimia, racun serangga, dan racun rumpai
Penggunaan bahan-bahan ini
meninggalkan bahan toksik yang tidak larut di
dalam air di kawasan sekitarnya.
Contohnya, plumbum dan zink dalam baja
kimia akan meningkatkan kandungan asid
dalam tanah.
Kesan Kegiatan Pertanian
Kesan Kegiatan Pertanian
Penggunaan racun rumpai di ladang dan sawah
padi akan menyalirkan bahan kimia tersebut
ke sungai yang berhampiran dan
mencemarkannya.
Contohnya, pencemaran yang berlaku di kawasan
Pengairan Muda di Dataran Kedah-Perlis
dan di Sungai Kelantan, iaitu di kawasan
Pengairan Kemubu.
Air sungai yang tercemar dapat
mengancamkan kesihatan manusia dan
haiwan ternakan.
Hal ini akan mengurangkan hidupan air di
dalam sungai.
Spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi
musnah akibat penebangan hutan bagi tujuan
pertanian.
Kesan Kegiatan Pertanian
Tanih terhakis dan mencemarkan air sungai
berhampiran.
Penebangan hutan untuk kegiatan pertanian
pindah akan menambahkan kandungan
asid di dalam tanih dan hal ini menjejaskan
kualiti tanih.
Hakisan tanih juga berlaku.
Kesan Kegiatan Pertanian
Penanaman sejenis untuk satu jangka masa
yang panjang akan menyebabkan tanih hilang
kesuburannya.
Pertanian pindah menyebabkan kehilangan
kayu keras yang berharga.
Kesan Kegiatan Pertanian
Kesan Pembinaan Jalan Raya
- Pembinaan jalan raya di kawasan lereng
bukit menyebabkan berlaku hakisan tanah
dan tanah runtuh.
Tanih yang terhakis akan mendap di dasar
sungai menyebabkan dasar sungai cetek dan
tercemar.
Kesan Pembinaan Jalan Raya
Pembinaan jalan raya di kawasan tanah tinggi
menyebabkan pokok ditebang, tanah ditarah
dan diratakan.


Aktiviti ini menyebabkan perubahan landskap
asal kawasan menyebabkan kejadian hakisan
dan tanah runtuh.

Kesan Perindustrian
-Mengubah Langskap kawasan

-Pencemaran sungai akibat hakisan tanih yang
dibawa oleh air larian permukaan.

-Pencemaran udara akibat pembebasan debu,
asap dan habuk daripada kilang-kilang ke
udara.
-Pembuangan sisa toksik dan sampah ke
dalam sungai menyebabkan air sungai
tercemar, mengacam kehidupan akuatik
- menyebabkan banjir kilat apabila berlaku
hujan lebat
-menyebabkan udara tercemar melalui
bau busuk yang dikeluarkan
Kesan Perindustrian
Kesan Perindustrian
Pembebasan CFC telah menipiskan Lapisan
ozon dn meningkatkan kadar sinaran
ultraungu matahari ke permukaan bumi yang
menyebabkan barh kulit dan ketarak mata.
Pembebasan karbon dioksida berlebihan telah
meningkatkan suhu bumi.
Hujan asid menyebabkan cat luntuh dan
membahayakan kesihatan
Langkah-langkah Pemeliharaan dan
Pemuliharaan Alam Sekitar
penanaman semula, pemeliharaan cerun
tinggi, dan penggunaan kaedah biologi.
Kawasan hutan yang ditebang ditanam semula
dengan spesies yang cepat tumbuh di bawah
rancangan penghutanan semula.
Contohnya, 35 200 hektar hutan ditanam
semula di bawah projek ladang hutan.
Di Bukit Tinggi, spesies pokok seperti akasia,
batai, dan sesenduk digunakan dalam usaha
penanaman semula.
Di negeri Kedah, pokok medang teja ditanam.
Kawasan hutan simpan dan taman negara
diwartakan untuk memelihara hutan serta
melindungi pelbagai jenis flora dan fauna.
Contohnya, Taman Negara, Hutan Rimba
Templer, dan Hutan Simpan Kabili di Sepilok.
Di kawasan-kawasan ini, hutan tidak boleh
ditebang.
Petani pindah pula digalakkan mengubah
kaedah pertanian yang mereka amalkan
kepada pertanian tetap.
Cerun bukit diteres untuk penanaman kelapa
sawit dan getah bagi mengelakkan hakisan
tanih.
Contohnya, meletakkan plastik sementara di
cerun, menanam rumput di cerun, membina
longkang bagi mengelakkan air bertakung,
dan membina dinding penahan.
Di lereng bukit juga, dapat ditanam tanaman
tutup bumi seperti kekacang dan rumput bagi
mengurangkan hakisan tanih di samping dapat
menyuburkan tanih.
Penggunaan racun serangga dan racun rumpai
perlu dikawal mengikut kadar yang ditetapkan
supaya tidak digunakan secara berlebihan.
Sebagai alternatifnya, kaedah biologi dapat
digunakan untuk mengawal makhluk perosak.
Baja organik seperti najis haiwan dan sisa
tanaman digunakan bagi menggantikan
penggunaan baja kimia.
Ular, burung helang, dan burung hantu
digunakan untuk makan tikus, tupai, dan
burung di ladang kelapa sawit.
Bagi mengawal serangga tanaman padi, buah-
buahan, dan sayursayuran, burung kecil
digunakan.

You might also like