You are on page 1of 38

1

1.0: Prinsip Islam Hadhari



1.1: Prinsip 1: Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah SWT

Prinsip keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT merupakan teras
kepada Pendekatan Islam Hadhari. Umat Islam hendaklah mengamal serta
menunjukkan kemurnian ajaran Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah. Prinsip
ini bertujuan membentuk sebuah negara yang rakyatnya mempunyai akhlak luhur.
Prinsip ini ingin memastikan kemantapan akidah umat Islam direalisasikan dalam
bentuk amalan-amalan yang bersifat produktif dan mampu membawa kepada
kemajuan diri, masyarakat dan negara.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan:

Keimanan yang mantap
Ketaqwaan yang menyeluruh
Pegangan agama Islam yang teguh
Pengamalan kolektif nilai-nilai murni
Masyarakat yang beragama selaras dengan prinsip pertama Rukun Negara

1.2: Prinsip 2: Kerajaan Adil dan Beramanah

Adil ialah memberi hak kepada yang berhak. Pelaksanaan keadilan tidak
melihat kepada keturunan, warna kulit, bangsa dan kedudukan, miskin atau kaya,
atau perbezaan agama. Amanah pula bermaksud menunaikan segala
tanggungjawab dan kewajipan yang diberikan. Pendekatan Islam Hadhari
meletakkan amalan tadbir urus (good governance) dan adil serta amanah kepada
semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah dapat
melahirkan negara yang maju dan makmur.




2

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan:

Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat
Tadbir urus yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan
bertanggungjawab
Kebajikan rakyat terpelihara
Berjimat cermat mengelak pembaziran

1.3: Prinsip 3: Rakyat Berjiwa Merdeka

Antara faktor kejayaan sesuatu bangsa ialah sejauh mana minda, sikap dan
budaya masyarakat tersebut terikat dengan pemikiran dan amalan negatif, tanpa
berusaha melakukan sesuatu anjakan paradigma. Setiap rakyat perlu bersedia untuk
berubah dan memerdekakan pemikiran serta budaya yang positif dan melihat ke
hadapan. Masyarakat yang berjiwa merdeka adalah masyarakat yang kreatif dan
inovatif serta dapat melahirkan idea-idea bermanfaat untuk membangun diri dan
masyarakat. Namun pada masa yang sama, setiap anggota masyarakat masih
terikat dengan peraturan-peraturan dan undang-undang serta etika yang luhur.
Kesan penjajahan yang membelenggu semangat, pemikiran dan budaya perlu
dipulihkan dengan semangat jati diri. Semangat berjiwa merdeka sangat diperlukan
bagi mengangkat martabat harga diri dalam menghadapi sebarang situasi. Rakyat
perlu konsisten dalam menghadapi apa jua cabaran dari dalam dan luar, serta tidak
taksub dengan budaya dan tradisi lama yang bertentangan dengan nilai-nilai
tamadun yang luhur.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan:

Semangat jati diri
Berfikiran terbuka
Tidak terbelenggu kesan penjajah
Kreatif dan inovatif
Mampu bersaing
Berdaya maju
3

Berdikari
Berusaha menerima perubahan
Tidak taksub dengan budaya lama yang melemahkan

1.4: Prinsip 4: Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Ilmu merupakan asas untuk mencapai kemajuan. Bangsa yang berjaya dan
maju adalah mereka yang menguasai ilmu. Pendekatan Islam Hadhari menyeru
rakyat Malaysia supaya menjadi umat peneroka ilmu dalam pelbagai bidang. Tujuan
penguasaan ilmu adalah bagi mewujudkan umat yang bertamadun. Rakyat Malaysia
perlu menjadi umat peneroka ilmu, umat yang mampu berdikari, serta berupaya
menangani cabaran semasa dalam kehidupan. Dalam menghadapi cabaran
globalisasi, faktor ilmu bersepadu, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya
menjadi fokus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja
mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya
menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat. Melalui
sistem pendidikan dwi pengkhususan yang saling melengkapi antara penguasaan
ilmu fardu ain dan ilmu fardhu kifayah, kita boleh melahirkan pakar-pakar dalam
pelbagai bidang seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi dan Ibnu Khaldun.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan:

Umat yang cintakan ilmu
Menjadi bangsa peneroka ilmu
Mendalami ilmu fardhu ain (bagi umat Islam)
Menguasai semua bidang ilmu fardhu kifayah
Meninggalkan ilmu-ilmu negatif yang boleh merosakkan akidah
Membina masyarakat melalui pendekatan ilmu
Memantapkan integrasi ilmu melalui program dwi pengkhususan




4

1.5: Prinsip 5: Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif

Membangun kekuatan ekonomi merupakan suatu tuntutan fardhu kifayah,
serta memenuhi konsep jihad dalam bidang tersebut. Pembangunan ekonomi
seimbang dan komprehensif memberikan satu pendekatan yang menggabungkan
kepada usaha memantapkan amalan ekonomi yang berakhlak dengan kemampuan
melaksanakan aktiviti ekonomi secara berkesan sesuai dengan perkembangan
ekonomi di dalam negara dan di peringkat global. Pendekatan Islam Hadhari
menekankan pembangunan ekonomi yang seimbang dan menyeluruh dalam
masyarakat. Kerjasama yang baik antara agensi Kerajaan dengan sektor swasta
sangat diperlukan bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan, serta
memberi keutamaan kepada ekonomi yang berkait dengan keperluan asasi rakyat.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan:

Umat yang mengambil berat tuntutan fardhu kifayah dalam bidang ekonomi
Umat yang maju dalam bidang ekonomi
Negara yang maju dan berkat
Mengelak pembaziran dalam aktiviti ekonomi
Mengutamakan golongan kurang berkemampuan
Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal
Keseimbangan ekonomi antara bandar dengan luar bandar
Kerjasama kondusif antara sektor awam dengan swasta
Memberi keutamaan kepada ekonomi yang berkait dengan keperluan asasi
rakyat
Mengelak penindasan dalam aktiviti ekonomi

1.6: Prinsip 6: Kehidupan Berkualiti

Pendekatan Islam Hadhari menekankan aspek kualiti hidup secara kolektif.
Kita hendaklah menjadi umat yang berkualiti dari aspek pemikiran, tingkah laku dan
cara hidup. Umat yang berkualiti mampu melahirkan idea-idea yang positif serta
5

membentuk masyarakat yang sejahtera. Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui
kejayaan negara memenuhi keperluan asas kehidupan seperti meningkatkan kualiti
penghayatan kehidupan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan,
menghayati kehidupan yang aman damai, peluang dan hak memiliki harta, serta
jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan:

Menjadikan ibadah khusus sebagai asas kehidupan berkualiti
Tempat tinggal yang selesa
Persekitaran yang selamat
Kehidupan yang sihat
Keluarga yang harmoni
Pemakanan yang berkualiti
Masyarakat yang penyayang
Prasarana yang lengkap dan sempurna
Memberi perhatian kepada golongan kurang upaya

1.7: Prinsip 7: Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

Islam melindungi hak dan kebajikan semua peringkat masyarakat khususnya
kaum wanita. Kedudukan kaum wanita adalah sangat mulia. Peranan mereka amat
penting dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. Kedudukan mereka
akan terus dimartabatkan berdasarkan hak dan peranan yang bersesuaian.
Pendekatan Islam Hadhari juga ingin memastikan supaya tidak wujud pengabaian
dari segi kebajikan serta hak kumpulan minoriti dalam masyarakat, tanpa mengira
bangsa ataupun suku kaum untuk menjadi anggota masyarakat yang bahagia dan
berjaya.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan:

Memberi perhatian kepada kumpulan etnik dan golongan minoriti
Memberi keadilan dan hak yang sewajarnya kepada kaum wanita
6

Memberi perhatian kepada ibu tunggal

1.8: Prinsip 8: Keutuhan Budaya dan Moral

Dalam usaha meningkatkan kemajuan Negara Malaysia, kepelbagaian
budaya dan moral perlu dipertahankan berasaskan sistem nilai dan akhlak yang
kukuh, murni dan luhur. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan
menjamin kesejahteraan dan keharmonian dalam masyarakat. Dengan demikian,
kemajuan ekonomi dan teknologi akan berkembang seiring dengan keluhuran
budaya dan ketinggian akhlak masyarakat berbilang kaum. Cabaran semasa
berkaitan dengan kepincangan moral hendaklah diatasi secara bersepadu dan
bijaksana oleh setiap anggota masyarakat.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan:

Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai murni dan
prinsip Rukun Negara.
Membangun moral masyarakat berteraskan ajaran Agama
Menangani secara berkesan budaya yang negatif

1.9: Prinsip 9: Pemeliharaan Alam Semula jadi

Pendekatan Islam Hadhari menekankan kesedaran tentang tanggungjawab
dan kepentingan hubungan antara manusia dengan alam. Alam semula jadi atau
alam tabie merupakan pinjaman daripada Allah SWT untuk keperluan manusia dan
makhluk-makhluk lain. Justeru alam tabie perlu dimakmurkan secara bijaksana
untuk kesejahteraan sejagat secara berterusan. Pendekatan Islam Hadhari
menekankan aspek pemeliharaan alam semula jadi untuk kehidupan kini dan
generasi akan datang melalui pengurusan sumber alam yang seimbang dan
terancang.



7

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan:

Kesedaran dan tanggungjawab manusia sebagai khalifah
Pemuliharaan alam semula jadi yang berkesan
Pembangunan sumber alam untuk perkara kebaikan
Mengelak pembaziran sumber alam
Mengekal keindahan alam
Memelihara sumber air dan udara yang berkualiti
Melindungi habitat kehidupan flora dan fauna

1.10: Prinsip 10: Kekuatan Pertahanan

Islam mengambil berat aspek keselamatan dan pertahanan negara.
Pendekatan Islam Hadhari menekankan supaya negara memiliki kekuatan
pertahanan terbaik dan disegani serta mampu berdikari dalam urusan penyediaan
alat dan teknologi pertahanan. Di samping itu, Pendekatan Islam Hadhari memberi
penekanan kepada usaha untuk membangunkan teknologi pertahanan yang sesuai
dengan keperluan semasa dan cabaran masa hadapan. Keselamatan sistem
maklumat dan kerahsiaan negara perlu dipertingkatkan. Pendekatan Islam Hadhari
berusaha menerapkan semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan rakyat
bagi mewujudkan sebuah negara yang aman damai dan berdaulat.

Ciri dan nilai yang ingin dibangunkan:

Membina ketahanan rohani dan jasmani melalui modal insan
Menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara
Memiliki sistem pertahanan terbaik dan disegani
Meningkatkan sistem maklumat dan kerahsiaan negara
Membangun kekuatan pertahanan berasaskan teknologi




8

2.0: Pusat Sumber

2.1: Prinsip 3: Rakyat Berjiwa Merdeka

2.1.1: Kreatif dan Inovatif

Pusat sumber SJKAKS mempunyai unsur-unsur kreatif. Yang pertama ialah
menanggalkan kasut sebelum masuk. Hal ini kerana lantai pusat sumber dibina
daripada jubin. Jika murid memakai kasut ke dalam pusat sumber terutamanya pada
hari hujan, jubin lantai akan kotor. Dengan menanggalkan kasut, dapat menjaga
kebersihan pusat sumber.

Yang kedua ialah pusat sumber mempunyai dua pintu iaitu pintu depan untuk
murid masuk dan pintu belakang untuk murid keluar. Dengan dua pintu ini, murid
yang masuk tidak akan berlanggar dengan murid yang keluar dan juga sebaliknya.
Hal ini kerana murid sekolah rendah bersikap aktif. Mereka sentiasa berebut-rebut
dan terburu-buru untuk masuk dan keluar.

Yang ketiga ialah ruang kerja pustakawan disediakan di bahagian belakang
pusat sumber. Apa yang biasa kita lihat ialah apabila pustakawan menjalani kerja
mereka seperti membalut buku, mereka akan melakukan di atas meja membaca.
Akibatnya, pembaca akan kekurangan meja membaca ataupun tugas pustakawan
akan tergendala kerana mereka memberi meja membaca itu kepada pembaca,
mengakibatkan mereka tiada tempat untuk membuat kerja. Dengan adanya ruang
kerja pustakawan, mereka dapat menjalani tugas mereka dengan lebih berkesan.

2.2: Prinsip 4: Penguasaan Ilmu Pengetahuan

Salah satu cara untuk membina masyarakat melalui pendekatan ilmu ialah
dengan adanya pusat sumber. Pusat sumber merupakan gedung ilmu. Gedung ini
membekal ilmu dengan pelbagai jenis buku, majalah dan surat khabar. Murid dapat
menguasai ilmu pengetahuan dengan membaca di pusat sumber. Dengan membaca,
murid dapat menjadi umat yang cintakan ilmu dan menjadi bangsa peneroka ilmu.

9

2.3: Prinsip 6: Kehidupan Berkualiti

2.3.1: Prasarana yang Lengkap dan Sempurna

Pusat sumber di SJKAKS mempunyai prasarana yang lengkap dan sempurna.
Prasarana yang asas bagi sesuatu pusat sumber ialah rak buku, meja, kerusi,
kaunter meminjam dan memulang buku, kipas, lampu dan papan kenyataan.

Pusat Sumber SJKAKS mempunyai tiga rak buku yang terdiri daripada buku
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Di bahagian belakang pusat
sumber terdapat rak buku-buku baru dan rak majalah serta surat khabar. Lapan
buah meja dengan setiap meja mempunyai empat kerusi diletakkan di dalam pusat
sumber. Kerusi tambahan juga disediakan di bahagian belakang pusat sumber jika
terdapat masalah ketiadaan tempat duduk. Kaunter meminjam dan memulang buku
berada di bahagian depan pusat sumber berdekatan dengan pintu depan. Tiga
pasang kipas dan lampu yang berfungsi dipasang di dalam pusat sumber. Papan
kenyataan di pusat sumber dipenuhi dengan jawatan-jawatan kuasa, peraturan,
jadual bertugas, info-info yang berkaitan dan lain-lain.

Selain daripada prasarana yang asas, di dalam pusat sumber SJKAKS
dipasang hawa dingin dan papan putih yang salah satu tujuannya ialah untuk
menulis makluman kepada semua pengguna pusat sumber. Di samping itu, terdapat
satu sudut yang mempunyai unsur tradisional dan kenangan. Di sini, terpamer
barang-barang yang berunsur tradisional seperti baju tradisional serta barang-
barang yang berunsur kenangan seperti gambar-gambar dan hasil-hasil murid yang
sudah tamat pengajian di sekolah ini. Di luar pusat sumber terdapat satu rak kasut
untuk murid meletakkan kasut kerana mereka dikehendaki untuk menanggalkan
kasut sebelum memasuki ke dalam pusat sumber.

Yang menarik hati saya mengenai pusat sumber ini ialah di bahagian
belakang pusat sumber terdapat satu ruang kerja untuk pustakawan. Di sini,
terdapat satu almari yang berkunci untuk meletak buku-buku baru yang belum
diproses dan peralatan yang diguna oleh pustakawan.

10

2.3.2: Persekitaran yang Selamat

Pusat sumber SJKAKS memenuhi aspek keselamatan. Di dalam pusat
sumber terdapat satu pemadam api. Alat-alat yang tajam dan bahaya seperti gunting,
pisau dan dawai kokot disimpan dengan baik. Yang saya rasa baik ialah pusat
sumber ini mempunyai dua pintu iaitu pintu depan dan pintu belakang. Pintu depan
adalah untuk murid masuk dan pintu belakang adalah untuk murid keluar. Amalan ini
sangat berkesan terutamanya untuk murid sekolah rendah yang bersikap aktif.
Mereka sentiasa berebut-rebut dan terburu-buru untuk masuk dan keluar. Jika
terdapat satu pintu sahaja, murid yang masuk akan berlanggar dengan murid yang
keluar dan juga sebaliknya. Dengan dua pintu, pintu masuk untuk murid masuk
sahaja dan pintu keluar pula untuk murid keluar sahaja.

2.3.3: Tempat Tinggal yang Selesa

Apabila berada di pusat sumber SJKAKS, saya berasa selesa. Tiga pasang
kipas yang dipasang adalah mencukupi kerana pusat sumber ini tidaklah besar
sangat. Tambah pula dengan tingkap dan pintu yang dibuka, saya tidak berasa
panas semasa berada di dalam pusat sumber. Lampu yang dipasang juga cukup
terang untuk membaca. Ketinggian meja dan kerusi juga bersesuaian untuk saya
membaca. Saya berada dalam kedudukan yang selesa semasa membaca. Tetapi
saya mendapati bagi murid yang rendah, mereka berada dalam kedudukan yang
kurang selesa. Meja membaca agak tinggi bagi mereka. Mereka tidak boleh
membaca jika bahan bacaan diletak rata di atas meja. Mereka membaca dengan
mendirikan bahan bacaan di atas meja.

Saya berasa selesa membaca dalam keadaan pusat sumber yang bersih.
Lantai pusat sumber SJKAKS memang bersih kerana tidak ada satu kasut pun yang
akan menjejaki masuk ke dalam, hanya kaki yang masuk. Walau bagaimanapun, di
bahagian belakang terdapat penyapu, penadah sampah dan kain, pustakawan akan
menyapu dan mengelap pusat sumber setiap hari. Pintu dan tingkap pusat sumber
akan ditutup apabila tiada orang di dalam kerana pusat sumber berada pada aras
satu. Binatang kecil seperti kucing akan masuk ke dalam pusat sumber jika pintu
dan tingkap tidak ditutup.
11

2.4: Prinsip 8: Keutuhan Budaya dan Moral

2.4.1: Memperteguh dan Memelihara Budaya berdasarkan Nilai-nilai Murni
dan Prinsip Rukun Negara

Prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan. Di pusat
sumber, kita perlu bersopan dan bersusila. Sebagai contoh, tidak boleh berbising,
makan dan minum di dalam pusat sumber, meletak balik bahan bacaan ke tempat
asal setelah membaca, tidak boleh membawa keluar sebarang barang yang milik
pusat sumber keluar daripada pusat sumber tanpa izin dan sebagainya.

Selain itu, di pusat sumber SJKAKS, saya memerhati beberapa budaya yang
teguh yang berasaskan nilai-nilai murni. Semua pengguna pusat sumber tidak kira
murid atau guru atau orang luar perlu mematuhi peraturan dengan menanggalkan
kasut sebelum masuk dan menutup semua suis dan pintu selepas mengguna pusat
sumber.

Pustakawan juga bersikap bertanggungjawab dan adil. Setiap hari termasuk
minggu peperiksaan, mereka menjalankan tugas mereka berdasarkan jadual
bertugas yang telah ditetapkan. Dalam peminjaman dan pemulangan buku,
pustakawan bersikap adil terhadap semua murid mengenai aspek tempoh dan
bilangan buku yang dipinjam serta dendaan.

2.5: Prinsip 9: Pemeliharaan Alam Semula Jadi

Pusat sumber SJKAKS memelihara alam semula jadi dengan mengelakkan
pembaziran sumber alam. Apabila tiada orang dalam pusat sumber, semua suis
lampu dan kipas akan ditutup. Walaupun pusat sumber SJKAKS mempunyai hawa
dingin, tetapi tidak dibuka. Ini dapat memelihara sumber udara yang berkualiti serta
dapat melindungi habitat kehidupan flora dan fauna. Penggunaan hawa dingin akan
membawa kerosakan kepada bumi.



12

3.0: Persekitaran (lampiran 1)

3.1: Prinsip 3: Rakyat Berjiwa Merdeka

3.1.1: Kreatif dan Inovatif

Persekitaran SJKAKS telah menunjukkan beberapa unsur yang kreatif. Oleh
sebab kawasan sekolah tidak besar, dewan tidak dapat dibangunkan. Walaupun
begitu, sekolah ini telah membina satu gelanggang berteduh di antara dua blok
bangunan.

Sekolah ini hanya mempunyai tujuh kelas termasuk pra sekolah. Untuk
kebaikan, ketujuh-tujuh kelas ini ditempatkan di aras bawah dua bangunan.

Berbanding dengan mesin minuman ringan, mesin air mineral yang percuma
disediakan untuk warga sekolah.

Di dalam kelas tahun empat hingga tahun enam pula, setiap pelajar
mempunyai lokar masing-masing untuk meletak buku.

3.1.2: Mampu Bersaing

Persekitaran SJKAKS memang cantik, ceria dan bersih. Di dinding bangunan,
terdapat banyak kata-kata hikmat dan kata tokoh-tokoh serta mural yang dilukis oleh
murid. Di setiap pintu juga ditampal dengan visi dan misi sekolah.

Di samping itu, sekolah ini juga berwarna-warni terutamanya pada tangga
yang menuju ke atas pentas yang di gelanggang berteduh dicat dengan warna
pelangi.

Semasa berjalan di kawasan sekolah, satu sampah pun tidak akan kelihatan
kerana tong sampah boleh dilihat di mana-mana bahagian sekolah dan setiap kelas
masing-masing mempunyai satu sudut kitar semula di bahagian belakang kelas.
13

Secara keseluruhan, sekolah ini memang mampu bersaing dengan sekolah
lain dari segi persekitaran.

3.1.3: Berdaya Maju

Walaupun SJKAKS bukan sekolah yang berada di bandar, tetapi ia juga
bersifat berdaya maju. Sama seperti sekolah di bandar, SJKAKS mempunyai
makmal sains, bengkel kemahiran hidup, makmal komputer, bilik audio visual, bilik
kesihatan, bilik Alat Bantu Mengajar dan stor sukan yang mempunyai infrastruktur
yang lengkap. Di samping itu, di atas pentas gelanggang berteduh terdapat sistem
siar raya dan satu television plasma yang besar.

3.2: Prinsip 4: Penguasaan Ilmu Pengetahuan

SJKAKS telah membina masyarakat melalui pendekatan ilmu dengan papan
kenyataan mempunyai banyak ilmu. Contohnya, terdapat papan kenyataan yang
mempunyai info berkaitan dengan dadah. Setelah murid membaca, mereka akan
mengetahui ilmu yang berkaitan dengan dadah. Selain itu, kata-kata hikmat dan kata
tokoh-tokoh yang dipapar di sekitar sekolah. Murid akan mengenali lebih banyak
tokoh, memahami kata-kata tersebut dan mempraktikkannya dalam kehidupan.

3.3: Prinsip 6: Kehidupan Berkualiti

3.3.1: Tempat Tinggal yang Selesa

SJKAKS telah memberi satu persekitaran yang selesa kepada warga sekolah.
Gelanggang berteduh dibina berganti dengan dulu yang hanya satu kawasan lapang
yang berumput dan tanpa berteduh. Gelanggang berteduh ini adalah untuk
menjalani perhimpunan, senaman pagi, bacaan pagi dan pelbagai aktiviti yang
memerlukan ruang untuk melaksana. Dengan gelanggang berteduh ini, murid dapat
menjalani aktiviti dengan lancar dan selesa. Tambahan pula, setiap hari gelanggang
berteduh ini akan disapu dan dimop oleh pembersih sekolah.

14

Penempatan semua kelas di aras bawah dua bangunan yang bersebelahan
dengan bilik guru memberi keselesaan kepada guru dan murid. Guru dan murid tidak
perlu bersusah memanjat tangga dengan bebanan yang berada di badan.

3.3.2: Persekitaran yang Selamat

SJKAKS memenuhi aspek keselamatan. Sebuah rumah pengawal dibina di
pintu depan sekolah. Pengawal sekolah akan meronda sekolah pada setiap masa.
Pintu depan dan belakang sekolah akan sentiasa ditutup kecuali pada waktu pergi
ke sekolah dan balik. Bagi pelawat, perlu menulis nama dan mendapatkan pas
masuk di rumah pengawal.

Penempatan semua kelas di aras bawah dua bangunan yang bersebelahan
dengan bilik guru dapat menjamin keselamatan murid. Murid sekolah rendah
bersikap aktif. Mereka sentiasa berebut-rebut dan terburu-buru semasa menaik dan
menurun tangga. Dengan menempatkan mereka di aras bawah, dapat mengelakkan
berlaku kemalangan yang tidak diingini. Di samping itu, dengan menempatkan
mereka di bangunan yang bersebelahan dengan bilik guru, guru dapat mengawasi
murid dengan lebih teliti.

Pemadam api yang diperiksa mengikut tarikh didapati di sekitar sekolah. Peti
keselamatan yang lengkap dengan peralatannya juga boleh didapati di bilik-bilik
seperti bilik guru, makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan mana-mana bilik
yang memerlukannya. Di makmal komputer, dipasang penggera untuk mengelak
berlakunya kecurian.

Di sekitar sekolah juga boleh ternampak tanda-tanda yang menunjukkan
bahaya. Contohnya, jika terdapat suis elektrik atau tumbuhan yang berduri, akan
terdapat tanda yang menulis bahaya, jangan sentuh!.

3.3.3: Kehidupan yang Sihat

SJKAKS mempunyai persekitaran yang sihat. Bilik gigi sedia ada di sekolah
dan doktor gigi akan datang ke sekolah pada waktu tertentu untuk memeriksa dan
15

merawat gigi murid. Cara yang betul untuk memberus gigi akan ditunjukkan kepada
murid dan murid dikehendaki membawa berus gigi masing-masing untuk belajar
bersama-sama. Mesin air mineral yang percuma terdapat di kawasan sekolah.
Mesin ini adalah lebih baik berbanding dengan mesin minuman ringan yang boleh
memudaratkan kesihatan kita. Selain itu, yang paling saya suka mengenai
persekitaran sekolah ini ialah tidak berlakunya pembakaran terbuka. Pembakaran
terbuka akan mencemarkan alam sekitar dan mengganggu pernafasan serta
tumpuan warga sekolah.

3.3.4: Prasarana yang Lengkap dan Sempurna

Persekitaran SJKAKS dilengkapi dengan prasarana yang sempurna.
Menjejaki masuk ke dalam sekolah, dapat dilihat rumah pengawal dan kantin. Di
belakang kantin ialah bilik rehat guru dan bilik kesihatan. Seterusnya ialah
gelanggang berteduh yang fungsinya sama seperti dewan. Di belakang pentas ialah
stor sukan. Seterusnya ialah bangunan dua tingkat yang terdiri daripada kelas tahun
empat, lima dan enam, makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan bilik audio
visual. Kemudian ialah makmal komputer, bilik guru, bilik guru besar, bilik guru
penolong kanan, kelas pemulihan, pusat sumber, kelas agama, bilik alat bantu
mengajar, kelas tahun satu, dua, tiga dan pra sekolah.

Selain daripada prasarana bilik, sekolah ini juga terdapat prasarana yang
berunsur kerohanian seperti taman permainan, taman bunga dan pondok. Di
samping itu, yang menyenangi hati saya ialah tong sampah didapati di mana-mana
kawasan sekolah dan mesin air mineral percuma.

3.4: Prinsip 7: Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

SJKAKS memberi perhatian dan keadilan kepada golongan minoriti sekolah
iaitu golongan bukan Islam. Walaupun bilangan murid Islam bukan banyak, tetapi
bilik agama diwujudkan. Semasa mata pelajaran pendidikan moral, murid beragama
Islam akan pergi ke bilik agama untuk belajar agama dan terdapat guru agama yang
akan mengajar mereka.

16

Selain itu, walaupun tidak mempunyai surau di kawasan sekolah, tetapi satu
tempat khas untuk warga Islam beribadat disediakan.

3.5: Prinsip 8: Keutuhan Budaya dan Moral

Di SJKAKS, saya memerhati beberapa budaya yang utuh. Semua bilik tidak
kira bilik darjah atau bilik guru atau apa-apa bilik perlu ditampal visi dan misi sekolah
di pintu. Di dalam bilik darjah, perlu mempunyai satu sudut kitar semula. Kata-kata
hikmat yang mempunyai unsur moral juga kelihatan di persekitaran sekolah. Selain
itu, murid SJKAKS memiliki budaya dan moral yang tinggi. Murid akan beratur
dengan kemas semasa hendak bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
Murid juga tidak akan membuang sampah dengan merata-rata.

3.6: Prinsip 9: Pemeliharaan Alam Semula Jadi

Di sekitar SJKAKS, kita dapat melihat pelbagai tumbuhan yang fungsinya
dapat mengekal keindahan alam. Di kebun sekolah, pembangunan sumber alam
iaitu tanah untuk perkara kebaikan telah dilaksanakan. Tanah-tanah di kebun
dibangunkan untuk menanam pokok bunga yang dapat mengindahkan alam dan
sayuran-sayuran serta buah-buahan yang boleh membuahkan hasil kepada manusia.

Di dalam setiap kelas terdapat sudut kitar semula. Dengan kitar semula,
dapat mengelakkan pembaziran sumber alam dan dapat memelihara sumber air
serta udara yang berkualiti.


4.0: Kantin (lampiran 2)

4.1: Prinsip 3: Rakyat Berjiwa Merdeka

4.1.1: Kreatif dan Inovatif

Pengusaha kantin SJKAKS berfikiran kreatif. Dia membuatkan pagar
berbentuk L yang berada di kantin boleh dipindah mengikut masa. Pagar ini diletak
17

berhampir dengan dinding kaunter membeli makanan dan akan diangkat jauh
daripada dinding tersebut pada waktu rehat untuk membentuk lorong antara dinding
dengan pagar untuk murid beratur membeli makanan.

Pengusaha kantin telah mewujudkan satu kaunter khas untuk membayar
selepas kaunter mengangkat makanan. Dengan ini, dapat menjimatkan masa dan
dapat mengelakkan mengira salah. Hal ini kerana kadang kala pekerja kantin akan
kelam kabut disebabkan ramai murid yang membeli. Dengan satu pekerja yang
bertanggungjawab memberi makanan dan satu pekerja yang bertanggungjawab
mengira, mereka tidak akan membuat silap dalam kerja mereka.

Untuk murid Rancangan Makanan Tambahan (RMT), satu meja khas telah
ditetapkan untuk mereka. Di atas meja itu, tertulis nama murid-murid RMT dan murid
yang lain tidak boleh duduk di tempat itu. Maka, murid-murid RMT akan mengangkat
makanan di kaunter dan makan di tempat mereka. Dengan adanya meja ini, murid-
murid RMT pasti akan dapat makan pada setiap hari kerana tidak perlu takut
ketiadaan tempat duduk.

Selepas makan, terdapat satu sudut yang mempunyai beberapa tong. Tong
yang disediakan termasuk tong meletak pinggan dan mangkuk, tong meletak sudu
dan garpu, tong membuang sisa makanan dan tong sampah. Dengan cara ini, boleh
menjamin kebersihan pemakanan dan kebersihan alam sekitar.

Pengusaha kantin juga bersikap inovatif. Pada setiap hari, kantin mempunyai
menu yang berbeza.

4.2: Prinsip 6: Kehidupan Berkualiti

4.2.1: Tempat Tinggal yang Selesa

Di kantin SJKAKS dapat membeli makanan dalam keadaan yang selesa. Satu
tempat mengangkat makanan dan satu tempat membayar dapat menjimatkan
banyak masa.
18

Selepas membayar, murid dapat makan dengan selesa. Meja dan kerusi yang
sedia ada cukup untuk semua murid makan dalam keadaan duduk. Tambahan pula,
duduk bawah kipas yang dingin. Tidak akan berpeluh walaupun makan makanan
yang panas.

Selepas makan, tong-tong yang disediakan memberi keselesaan kepada
murid yang belum makan atau masih makan. Tanpa ada sisa makanan yang tinggal
di atas meja, mereka akan mempunyai selera untuk makan.


4.2.2: Persekitaran yang Selamat

Kantin SJKAKS mempunyai beberapa aspek keselamatan. Yang paling
penting untuk dapur ialah mempunyai pemadam api serta mempunyai pintu depan
dan belakang. Ini adalah penting jika berlakunya kebakaran. Seterusnya ialah lorong
beratur. Beratur adalah penting terutamanya semasa mengangkat makanan.
Dengan beratur, murid tidak akan saling bertolak.

4.2.3: Kehidupan yang Sihat

SJKAKS merupakan sekolah yang menjalani kehidupan sihat. Makanan dan
minuman ringan yang tidak membawa sebarang kebaikan kepada badan tidak akan
dijual di kantin. Selain itu, makanan yang dijual akan ditutup dengan plastik dan alat-
alat makan seperti sudu dan garpu juga akan diletak dalam bekas yang bertutup.
Tempat mencuci tangan juga disediakan untuk murid.

4.2.4: Prasarana yang Lengkap dan Sempurna

Kantin SJKAKS mempunyai prasarana yang agak lengkap dan sempurna.
Dari segi pemakanan, ada tempat untuk mengangkat makanan, membayar,
mengambil sudu dan garpu, tempat mencuci serta tempat meletak alat makan.
Kerusi, meja, kipas dan lampu juga cukup dan dalam keadaan yang baik. Papan
kenyataan yang memberi maklumat kepada warga sekolah juga boleh terdapat di
kantin.
19


4.3: Prinsip 7: Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

Pengusaha kantin memberi perhatian kepada kumpulan minoriti sekolah iaitu
kumpulan warga Islam. Makanan yang dijual di kantin adalah makanan halal.

Selain itu, pada waktu selepas sekolah, hanya terdapat beberapa murid dan
guru sahaja yang tinggal untuk menjalani aktiviti seperti kelas tambahan, latihan
sukan dan latihan pertandingan. Walaupun begitu, pengusaha kantin tetap menjual
makanan kepada mereka sebelum dia menamatkan perniagaannya.

Di samping itu, disebabkan atas faktor-faktor tertentu, mungkin terdapat
beberapa murid dan guru yang tidak dapat pergi ke kantin pada masa rehat. Namun,
pengusaha kantin membenarkan mereka membuat tempahan.

Untuk kumpulan RMT, walaupun hanya terdapat beberapa murid, pengusaha
kantin tetap melaksanakan rancangan ini dengan penuh bertanggungjawab.

4.4: Prinsip 8: Keutuhan Budaya dan Moral

4.4.1: Memperteguh dan Memelihara Budaya berdasarkan Nilai-nilai Murni
dan Prinsip Rukun Negara

Prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan. Di kantin,
kita perlu bersopan dan bersusila. Sebagai contoh, beratur untuk membeli makanan
dan bukannya saling bertolak. Semasa makan, kita perlu makan dengan berhati-hati,
jangan makan sampai bersepah-sepah. Selepas makan, kita perlu meletakkan alat
makan ke tong yang telah disediakan dan membuangkan segala sisa makanan ke
tong yang berkenaan.

Pengusaha kantin juga bersikap bertanggungjawab dan adil. Setiap hari, dia
akan bertanggungjawab untuk menjual makanan kepada warga sekolah. Pengusaha
kantin juga bersikap adil. Dia akan memberi harga dan bilangan makanan yang
sama untuk semua orang.
20


4.5: Prinsip 9: Pemeliharaan Alam Semula Jadi

Pengusaha kantin memelihara sumber air dan udara yang berkualiti serta
mengekal keindahan alam dengan tidak membuang sisa makanan merata-rata. Dia
menyediakan satu tong untuk murid membuang sisa makanan. Pengusaha kantin
juga mengelak pembaziran sumber alam dengan menutup suis lampu dan kipas
semasa tiada orang atau tidak membuka semua suis semasa sikit orang.


























21


LAMPIRAN
1
Persekitaran





22

Gelanggang berteduh di antara dua blok bangunan.
Kelas di aras bawah.






















23

Mesin air mineral percuma

Lokar pelajar di dalam kelas


24

Kata-kata hikmat dan tokoh

Mural


25

Visi dan misi sekolah

Tangga yang dicat dengan warna pelangi


26

Sudut kitar semula di setiap kelas

Makmal sains, bengkel kemahiran hidup, makmal komputer, bilik audio visual,
bilik Alat Bantu Mengajar yang mempunyai infrastruktur yang lengkap.


27

Sistem siar raya dan television plasma yang besar.

28

Papan Kenyataan

Tanda menunjukkan bahaya



29

Pondok







30



LAMPIRAN
2
Kantin



31

Pagar berbentuk L yang boleh dipindah mengikut masa. Pagar ini diletak
berhampir dengan dinding kaunter membeli makanan dan akan diangkat jauh
daripada dinding tersebut pada waktu rehat untuk membentuk lorong antara
dinding dengan pagar untuk murid beratur membeli makanan.
Kaunter mengangkat makanan, kaunter membayar dan kaunter meletak sudu
dan garpu.
Pintu depan dan pintu belakang.




32

Meja Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Di atas meja tertulis nama murid.


33

Meja dan kerusi yang mencukupi
Kipas dan lampu yang berfungsi
Papan kenyataan



34

Sudu dan garpu diletak di dalam bekas yang bertutup























35

Tempat mencuci tangan


36

Rujukan

http://www.mohr.gov.my/pdf/(6)%20Islam%20Hadhari.pdf

http://aplikasi.uitm.edu.my/portal_i-
staf/skrin/maklumat_perkhidmatan/islam%20hadhari.pdf

http://bujangalfongsuri.blogspot.com/2009/05/10-prinsip-islam-hadhari-exam-
edition.html

http://www.scribd.com/doc/53799982/92/GARISKAN-10-PRINSIP-ISLAM-HADHARI-
DAN-HURAIKAN-5-PRINSIP

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Jenis_Kebangsaan_(C)_Air_Kuning_Selatan

Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros (2009), Tamadun Islam dan
Tamadun Asia, Shah Alam: Oxforf Fajar Sdn. Bhd.

Mahmood Zuhdi Hj, Ab. Majid (2008), Islam Hadhari: Pendekatan Pembangunan
Peradaban, Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.











37

Refleksi

Pada semester 1 PISMP, terdapat dua jenis tajuk kerja kursus pendek bagi
mata pelajaran Tamadun Islam dan Asia (WAJ3101). Yang pertama ialah
menyediakan tugasan secara individu berdasarkan prinsip Islam Hadhari ketika
pelatih guru menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah. Yang
kedua ialah menyediakan tugas secara berkumpulan dan memilih satu kata-kata
mutiara atau hikmah yang diambil daripada kenyataan para sarjana atau tokoh
tamadun Islam atau China atau India atau Jepun.

Untuk tugasan pertama, kita dikehendaki berdasarkan sepuluh prinsip Islam
Hadhari, jelaskan keberkesanan pelaksanaan di peringkat sekolah yang kita
ditempatkan menjalani PBS. Aspek yang dinilai merangkumi enam iaitu
kurikulum atau sukatan atau kokurikulum, pusat sumber, kepimpinan,
persekitaran, budaya sekolah dan kantin. Namun demikian, kita dikehendaki
memilih tiga aspek sahaja. Saya telah memilih aspek pusat sumber, persekitaran
dan kantin.

Sekolah yang saya jalani PBS ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Air Kuning
Selatan (SJKAKS). Sekolah ini berlokasi di kawasan kampung. Walaupun begitu,
persekitaran sekolah ini memang telah menakjubkan saya. Persekitaran sekolah
ini memang ceria, bersih dan selesa. Bangunannya yang berwarna-warni dan
terdapat banyak kata-kata hikmah dan kata tokoh-tokoh. Sepanjang tempoh saya
berada di sekolah, sampah susah kelihatan di kawasan sekolah. Amalan kitar
semula dilaksanakan dengan sangat berkesan di sekolah ini. Setiap kelas
mempunyai sudut kitar semula di bahagian belakang.

Kantin sekolah ini juga telah mengejutkan saya tentang beberapa perkara.
Yang pertama ialah mengenai pagar berbentuk L yang boleh dipindah. Konsep
ini memang sangat bagus kerana biasanya jika tiada orang, pagar akan menjadi
halangan untuk bergerak. Dengan pagar itu boleh bergerak, kita boleh
mempunyai lebih banyak ruang untuk bergerak. Yang kedua ialah kantin sekolah
ini tidak menjual makanan dan minuman ringan. Perbuatan ini memang baik
38

untuk kesihatan murid. Yang ketiga ialah kantin ini tidak akan menjual makanan
berlebihan. Mereka akan menjual jumlah makanan yang secukupnya. Saya
berfikir macam ini adalah kerana pada hari pertama saya pergi ke kantin sebaik
sahaja selepas waktu rehat, makanan sudah habis dijual. Sikap jangan membazir
jelas dinampak di sini.

You might also like