You are on page 1of 24

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / 2014





HBAE 3103


KRAF TRADISONAL



NAMA TUTOR : EN. YEW KO WOO
NAMA PELAJAR : ASPALIZA ABDULLAH
NO. MATRIKULASI : 820418135538001
NO. KAD PENGNEALAN : 820418135538
NO. TELEFON : 0168528239
E-MEL : aspa82@gmail.com


PUSAT PEMBELAJARAN : SIBU LEARNING CENTRE


1

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Konsep dan Falsafah Kesenian Islam

3.0 Faktor-faktor perkembangan Islam di Alam Melayu

4.0 Ciri-ciri Kesenian Islam

5.0 Ukiran Tradisional Melayu

6.0 Kesimpulan

Rujukan
















2

1.0 PENDAHULUAN

Kesenian telah menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun
temurun lagi. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik. Seni
rupa dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang
dihasilkan oleh orang Melayu melalui kraftangan seperti ukiran, anyaman, tenunan, seni bina
dan sebagainya.
Menurut Akta 222-Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
Keluaran Kraf tangan beerti apa-apa keluaran artistic yang mempunyai daya tarikan
kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung
semata-mata atau sebahagian kepada kemahiran tangan termasuklah apa-apa barang, walau
bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau mana-mana bahagian.
Maksud kraftangan berasal dari bahasa Jerman, kraf, yang membawa erti
kekuatan, keteguhan dan kecekapan. Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk
digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang
indah dan menarik hati. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan
ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya. Penciptaan
kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas
yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta.
Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan moyang kita
satu masa dahulu. Bahan yang digunakan tidak terhad. Kebanyakan barang-barang kraf ini
pada asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang
pandai Melayu terus berusaha mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk
tujuan kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan. Hasil
ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui
bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan warnanya. Barang-barang kraf ini dihasilkan mengikut
kaedah reka bentuk dan hiasan tertentu.
Terdapat juga ciptaan mereka ini untuk memenuhi ciri-ciri estetika iaitu untuk diamati
dan dinikmati. Seni Melayu ini adalah penjelmaan unsur-unsur dari alam semula jadi kepada
satu bentuk seni rupa. Karya ini terhasil daripada pengamatan dan pemikiran penciptaannya
yang dijelmakan melalui imaginasi, seterusnya mencerminkan suasana harmoni di antara
manusia dan alam. Karya seni dalam kebudayaan Melayu ini mempunyai sifat yang

3

tersendiri, bukan sahaja berbeza dengan karya seni kebudayaan-kebudayaan besar di dunia
tetapi juga berbeza dengan karya seni daripada kebudayaan kelompok yang berhampiran
dengannya.
Seni kraf Melayu ini adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu
dengan kepercayaannya iaitu Islam. Setelah ribuan tahun orang Melayu tinggal di alam
Melayu dan terpengaruh dengan kepercayaan tradisi Animisme dan Hindu, akhirnya mereka
mengenali Islam dengan kedatangan Islam ke rantau ini. Sebahagian besar orang Melayu
memeluk agama Islam, sementara yang lain terus mengamalkan tradisi lama. Sejak itu,
kepercayaan orang Melayu berubah. Mereka telah meninggalkan amalan pemujaan terhadap
patung-patung serta tuhan-tuhan yang banyak. Mereka telah mengetahui dan menyedari
tentang tuhan yang maha esa. Mereka menganggap alam ini sebagai suatu pentas yang
berfungsi untuk menyerikan hidupan sementara di dunia dan kehidupan kekal di akhirat. Dari
kesedaran ini lahirlah ciptaan mempunyai fungsi tertentu tetapi memenuhi keperluan
kehidupan dunia yang ada kaitannya dengan akhirat.
Perbezaan dalam menghasilkan ilham dan pemikiran ahli kraf ianya dapat
memberikan sesuatu kepuasan dalam pembuatan kesenian telah menambahkan kepelbagaian
dalam hasil seni. Ciptaan-ciptaan baru telah setiap hari dari seorang pencipta kepada seorang
pencipta yang lain. Ciptaan seni ini merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka dan ia
juga digunakan sebagai kehidupan harian. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas
menunjukkan pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan
ragam hias atau motif dalam sesuatu penghasilan kraf. Penggunaan ragam hias dan motif-
motif dalam hasil karya ini jelas menunjukkan ciri-ciri keislaman. Tiada rupa figura manusia
atau binatang yang sebenarnya digambarkan dalam ragam hias kraf tradisional Melayu.
Ketiadaan motif ini dalam ragam hias kraf adalah disebabkan berdasarkan ajaran agama
Islam menggambarkan bentuk figura manusia atau binatang yang sebenar adalah tidak
dibenarkan atau diharamkan. Walaupun terdapat juga tukang Melayu menggunakan motif
fauna sebagai subjek untuk mendapatkan sumber ilham dalam penghasilan karya mereka
tetapi dengan menggunakan daya kreativiti, mereka telah membuat beberapa perubahan,
mengubah bentuk tersebut dengan secara stailisasikan hingga bentuk asal fauna itu tidak jelas
kelihatan lagi. Tiada gambaran tentang rupa manusia atau binatang sebenar dalam ragam
hias, membuktikan bahawa Seni kraf Melayu adalah melambangkan seni Islam. Ciri-ciri seni
Islam yang lain itu jelas diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif

4

yang berulang dan unsur geometri. Subjek daripada flora yang paling banyak diilhamkan
sebagai motif dalam ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun, bunga dan sebagainya, di
samping penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan rupa geometri
Kesenian dan keaslian ragam hias yang terdapat dalam kraf tradisional tidak berubah
dan tetap kekal dari dahulu hingga kini walau pun negara ini telah beberapa dijajah oleh
negara luar seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Ini agak berbeza dengan apa yang
berlaku di negara lain yang pernah dijajah. Penjajah berusaha untuk menyebar pengaruh
budaya mereka. Mereka berusaha membudayakan masyarakat tempatan dengan budaya
mereka dalam segala serbi.Ini termasuk juga penggunaan ragam hias penjajah dalam seni kraf
tempatan. Ini jelas apa yang berlaku kepada negara Filipina. Penjajah Sepanyol telah berjaya
membudayakan orang Filipina dengan ciri budaya mereka. Ragam hias yang terdapat dalam
seni kraf Filipina jelas menampakkan pengaruh Sepanyol. Orang Melayu patut bersyukur
kerana penjajah tidak menyebar pengaruh budaya mereka dalam budaya tempatan
termasuklah seni kraf.
Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi merupakan
warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu lagi. Kraf tangan ini juga
mengingatkan kita tentang jati diri rakyat Malaysia umumnya. Kraf tangan masyarakat
peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkait dengan
alam Melayu. Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan juga adalah yang mudah
didapati di sekeliling mereka. Namun yang menariknya bagaimana masyarakat ini
menggunakan pemikiran kreatif mereka dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek
yang memperlihatkan aspek budaya, estetik dan fungsi. kraf tradisional Melayu mempunyai
nilai estetik yang tinggi. Antara objek atau produk yang amat kaya dengan nilai dari aspek
budaya, estetik dan fungsi ialah yang melibatkan kelengkapan domestik, tempat kediaman,
alat muzik, alat permainan, alat perburuan dan kenderaan.
Sebagai sebuah Negara berdaulat, seni kraf Melayu telah mendapat perhatian pihak
yang berkuasa, diberi pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni
Budaya Kebangsaan. Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu bangsa
dan negara. Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai
diri, bangsa dan negara sendiri. Setiap warganegara berhak serta berkewajipan untuk
menerima, mengamalkan, menghayati, menjaga, menggali, menyelidik dan mempelajari
mana-mana budaya tradisi daripada masyarakat berbilang kaum, lingkungan, keadaan, serta

5

daerah. Kraf tradisional ini perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi
muda supaya ia tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik,
ukiran, anyaman, tenunan, tekatan, wau, gasing, songket, tembikar dan barang perhiasan juga
mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaannya sama taraf dengan seni budaya
tamadun luar. Melalui sistem pendidikan, pengajaran dan pembelajaran Kraf tradisional yang
terkandung dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Seni KBSR dan KMBM, seni budaya
bangsa ini dapat diperkenalkan, dikenali dan dipraktikkan oleh anak-anak muda zaman
sekarang khasnya murid sekolah.
















6

2.0 Konsep dan Falsafah Kesenian Islam
Falsafah seni dan budaya dalam Islam bertitik tolak daripada akidah tauhid. Al-Quran yang
merupakan sumber kepada pembentukan seni dan budaya dalam Islam menjelaskan bahawa
Allah s.w.t. bersifat dengan segala kesempurnaan dan Maha Suci lagi Maha Indah. Sebagai
umat Islam, anda haruslah menghargai keindahan ciptaan Allah s.w.t. yang boleh membawa
kepada pertambahan dan pengukuhan keimanan kepada Allah. Inilah yang dimaksudkan
dengan tauhid sebagai asas kepada konsep dan falsafah kesenian dalam Islam.
Secara asasnya, seni dan budaya Islam adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip berikut:
1. Berteraskan wahyu
Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang dan syariat-
Nya. Maknanya, ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Prinsip ini
membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam.
2. Penghayatan akhlak
Keseniaan dan budaya Islam mementingkan penghayatan akhlak dan kebenaran yang
menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi. Kesenian Islam
menghubungkan keindahan sebagai nilai yang bergantung secara keseluruhannya kepada
kesahihan Islam. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang
mendorong ke arah ketakwaan, kemakrufan, kesahihan dan budi yang mantap.
3. Kesepaduan antara keimanan dan persekitaran
Kesenian Islam mengangkat martabat seseorang insan tanpa mengenepikan nilai-nilai
kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar menjadi galeri seni insan
tersebut dalam proses menjadi seorang seniman yang dapat menggarap segala unsur kesenian
untuk tunduk serta patuh kepada keredaan Allah s.w.t.
Dalam sejarah kehidupan manusia, terdapat pelbagai cabang seni yang telah menjadi
sebahagian daripada budaya masyarakat. Walaupun ada beberapa perbezaan antara sesuatu
masyarakat dengan masyarakat yang lain, namun ia tidak dapat lari dari pada cabang-cabang
asas seni yang dimaksudkan.



7

Antara cabang-cabang seni tersebut ialah:
Cabang seni
Seni melalui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, seni suara
dan sebagainya.
Seni yang diperoleh melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni
pakaian dan sebagainya.
Seni yang dapat diperoleh melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo,
teater, filem dan sebagainya.
Seni yang dinikmati melalui bacaan seperti hasil karya sastera.
Terdapat lima hukum dalam seni iaitu:
Wajib
Jika kesenian itu amat diperlukan yang mana tanpanya boleh menyebabkan mudaratseperti
untuk membina masjid dan mencantikkan reka bentuk masjid bagi maksud menarik orang
ramai untuk mengunjungi rumah Allah tersebut.
Sunat
Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu dan menaikkan semangat penyatuan umat
Islam, seperti nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah s.a.w ketika sambutan Maulidur
Rasul dan Taranum (seni lagu Al-quran).
Makruh
Jika kesenian itu membawa unsur-unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak
diperlukan manusia.
Harus
Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.
Haram
Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :

8

1. Melekakan manusia yang sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang
berupa tanggungjawab asas terhadap Allah s.w.t seperti ibarat fardu ain dan
kifayah.
2. Menyebabkan manusia khayal sehingga tidak dapat membezakan antara yang
hak(betul) atau yang batil(palsu).
3. Disertai dengan alat muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat tiupan, bertali,
tabuh yang bertutup bahagian atas serta alat muzik tekaan jari.
3.0 Faktor-faktor Perkembangan Islam di Alam Melayu.
Terdapat beberapa faktor yang mendorong penyebaran Islam secara positif di rantau ini. Ada
di antara faktor-faktor tersebut mempunyai perkaitan di antara satu sama lain. Antara faktor-
faktor tersebut seperti berikut :
Ajaran Islam
Kepercayaan Hindu yang menguasai kepulauan Melayu ketika itu telah menjadikan mereka
berada dalam keadaan yang tidak tenteram kerana konsep ajaran yang tidak jelas bagi
melaksanakan tuntutan agama tersebut. Islam telah dapat diterima dengan mudah oleh
masyarakat di rantau ini kerana kelebihan yang ada pada agama tersebut serta ajarannya
bersesuaian dengan fitrah manusia. Umpamanya sistem masyarakat Hindu yang serba
kompleks dan rumit terutama mengenai amalan kasta sesama manusia seperti Brahma,
Ksyatria, Vaisya dan Paria. Islam mengetengahkan konsep persamaan di kalangan manusia
tanpa membezakan di antara golongan atasan dan bawahan dan menyebabkan ia mudah
diterima penduduk di rantau ini. Segala persoalan yang dibincangkan dalam ajaran Islam
adalah mudah difahami serta jelas sepertimana konsep ketuhanan, kenabian, alam ghaib dan
Iain-lain.
Perdagangan.
Kegiatan perdagangan di antara Arab, Parsi dan India dengan Nusantara telah berlaku sejak
beberapa kurun sebelum masihi hinggalah ke zaman kedatangan Islam pada abad ke 7M dan
ke 8M. Tugas menyampaikan Islam tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja. Sebaliknya
merupakan tugas yang wajib dipikul oleh seluruh umat Islam. Atas rasa tanggungjawab dan
amanah yang dipikul telah menyebabkan pedagang-pedagang yang datang berniaga di Alam

9

Melayu telah bertindak menyampaikan dakwah Islamiyah kepada masyarakat sekeliling
walau di mana mereka berada.
Sifat mulia dan keperibadian yang tinggi serta amalan-amalan agama yang dilakukan oleh
mereka mempengaruhi raja-raja dan pembesar-pembesar negeri bagi menyakini kebenaran
agama Islam yang dianuti oleh mereka. Hubungan baik di antara mereka dengan pembeli di
samping barang dagangan yang berkualiti serta layanan yang baik berlandaskan Islam telah
berjaya menarik minat ramai pembeli di kalangan masyarakat tempatan untuk mendalami
ajaran Islam. Tanpa perlakuan dan budi bahasa yang berasaskan Islam adalah sukar untuk
menembusi pasaran di rantau ini.
Perkahwinan
Perkahwinan merupakan salah satu faktor pemangkin Islam di Nusantara kerana kebanyakan
golongan sufi, pedagang dan pendakwah telah berkahwin dengan anak-anak gadis tempatan,
termasuklah puteri-puteri di kalangan istana dan pembesar negeri ketika itu. Hasil dari
pergaulan dalam keluarga tersebut telah menarik tninat ahli keluarga yang lain untuk
menerima Islam.
Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah, baginda telah mengahwinkan puteri-puteri
dari negeri Melaka dengan raja-raja di Kepuluan Melayu serta Sumatera, Indragiri dan lain-
lainnya. Begitu juga Syeikh Abu Bakar salah seorang pendakwah yang masyhur dari Makkah
telah berkahwin dengan anak Raja Sulu, kemudian telah bersama-sama membantu kerajaan
tersebut dalam menyusun sistem pemerintahan mengikut Islam. Selain itu juga perkahwinan
di antara raja Melaka iaitu Parameswara dengan puteri Pasai pada tahun 414M. Dengan
berlakunya perkahwinan tersebut telah mendorong raja Melaka memeluk Islam dan bertukar
nama kepada Sultan Muhammad Syah serta tindakannya ini diikuti oleh para pembesar istana
dan rakyat jelata.
Situasi yang sama berlaku di daerah Sumatera pada zaman kerajaan Islam Acheh dan juga di
daerah-daerah Pulau Jawa pada zaman kerajaan Islam Demak. Struktur penerimaan agama
bermula dari istana atau golongan bagsawan kemudian diikuti oleh rakyat merupakan budaya
masyarakat yang terdapat di mana-mana di Kepulauan Melayu.


10

Penaklukan
Penaklukan merupakan antara faktor yang tidak kurang pentingnya dalam penyebaran Islam
di Nusantara. Sebagai contohnya kerajaan Pasai pada abad ke 14M seperti dilaporkan oleh
Ibn Batutah telah menakluki negeri-negeri di sekitarnya dan berjaya menyebarkan Islam ke
kawasan-kawasan tersebut,
Kehebatan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15 terutamanya di zaman Sultan
Alauddin Riayat Shah, Sultan Muzaffar Syah dan Sultan Mansur Syah di bawah bendahara
Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah misalnya telah meluaskan empayarnya merangkumi
Johor, Pahang, Terengganu, Pattani, Kampar, Indragiri, Aru, Rokan, Siak dan Bengkalis.
Kerajaan Melaka juga bertindak menghantar ulama ke kawasan tersebut untuk mengajar
agama Islam. Kerajaan Johor-Riau yang muncul kemudiannya pula berusaha menawan
semula Melaka dari tangan Portugis untuk mengelakkan daripada menjadi pusat penyebaran
agama Kristian.
Selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka, Acheh memainkan peranan penting sebagai
pusat penyebaran agama Islam pada abad ke 16 dan ke 17M. Acheh mengambil langkah
menaungi beberapa negeri Di Sumatera Utara. Akhirnya Acheh menjadi sebuah kerajaan
Islam yang kukuh serta pusat perdagangan yang penting di bahagian utara Selat Melaka.
Keperibadian Golongan Pendakwah dan Ahli-Ahli Sufi.
Pendakwah merupakan golongan ulama yang berwibawa dalam penyebaran agama Islam.
Mereka bukan sahaja memiliki berbagai ilmu Islam secara mendalam bahkan amat bertakwa
kepada Allah di samping mempunyai keperibadian muslim yang sempurna. Keperibadian
yang tinggi seperti ikhlas, jujur, bertanggungjawab, tidak mencari apa-apa kepentingan diri
dalam berdakwah menyebabkan masyarakat terpengaruh dengan mereka.
Golongan Sufi atau ahli-ahli tasawuf merupakan orang yang sangat bertakwa kepada Allah
dan berakhlak mulia. Menerusi keperibadian, ketokohan dan pengorbanan mereka dalam
menyebarkan agama Islam menjadikan golongan raja, pembesar serta rakyat jelata amat
terpengaruh dengan Islam. Dikatakan mereka bergitu berpengaruh di zaman kekuasaan
Melaka, Acheh dan kerajaan Islam Demak. Mereka diberi kedudukan yang istimewa dalam

11

masyarakat dan ada sesetengah dari mereka diberi keutamaan dalam bidang politik dan
pentadbiran kerajaan.
Peranan Pusat Kebudayaan di Alam Melayu.
Sebelum kedatangan Islam bahasa Melayu Kuno yang menggunakan tulisan Pallava
merupakan bahasa komunikasi. Ekoran dari kedatangan Islam, tulisan Arab diperkenalkan
untuk memudahkan memahami al-Quran dan al-Hadith serta kitab-kitab agama yang ditulis
dalam bahasa Arab. Tulisan Arab telah diubahsuai mengikut iidah pertuturan orang-orang
Melayu yang dikenali dengan tulisan iawi. Terdapat beberapa buah pusat kebudayaan Islam
yang pen ting di Alam Melayu ketika itu yang memainkan peranan sebagai pusat intelektual
dan keilmuan seperti Samudera-Pasai, Perlak, Melaka, Acheh dan Johor-Riau. Sebagai
contohnya Kerajaan Samudera-Pasai pada zaman kegemilangannya merupakan pusat
penterjemahan di Kepulauan Melayu. Banyak kitab-kitab agama diterjemahkan ke bahasa
Melayu. Menurut cerita sejarah Melayu Klasik, Kitab"al-Durr al-Manzum" pernah dihantar
oleh Sultan Mansur Syah dari Melaka untuk diterjemahkan oleh ulama Pasai. Sultan Mansur
Syah pula dikatakan pernah merujuk ke Samudera-Pasai mengenai kemusykilan agama.
Golongan ulama dan cerdik pandai dari Samudera-Pasai menjadi pakar rujuk kepada raja dan
alim ulama dari luar seperti Syeikh Ismail al-Siddiq.
Pada zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, buku-buku kesusasteraan yang
dipengaruhi gaya tulisan Arab seperti Hikayat Muhammad All Hanafiah, Hikayat Amir
hamzah dan Hikayat Nabi lercukur dijadikan bacaan umum sebagai cerita rakyat. Manakala -
asil karya Acheh yang terkenal ialah Tajul-Salatin (Mahkota Raja- raja) dan Bustanul-Salatin
(Taman Raja-raja) yang menceritakan keindahan sebuah kerajaan dengan istana, kota dan
taman-tamannya. Di antara tokoh ulama dan penulis Acheh yang banyak menghasilkan karya
bercorak Islam ialah ;
Hamzah Fansuri dengan karyanya berbentuk prosa dan puisi seperti Syair Burning
Pingai, Syair Perahu dan sebagainya.
Syeikh Nurudin al-Raniri banyak menghasilkan cerita berunsur keagamaan seperti
Siratul Mustakim, Akhbar al-Akhirah Fi Ahwal al-Kiamah dan sebagainya.

12

Syeikh Syamsudin al-Sumatrani menghasilkan karya Islam yang menyentuh soal
ketuhanan dan kemanusiaan sejagat seperti Syarah Rubai' Hamzah Fansuri, Miratul
Mukminin dan Mirat al-Mustaqqiqin.
Syeikh Abdul Rauf al-Singkili menghasilkan karya kitab agama seperti Mirat al-
Tulab, Tafsir Badawi dan sebagainya.
Syeikh Abdullah Arif dengan kitabnya Kitab Bahr al-Lahut sebuah kitab tasawuf
yang ditulis dalam bahasa Arab dan kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
4.0 Ciri-ciri Kesenian Islam
Mengandungi Unsur Keindahan
Ertinya keindahan bukan hanya terletak pada objek seni tersebut semata-mata. Sebaliknya
ia mampu menimbulkan rasa yang menyenangkan atau gembira serta kepuasan kepada
pencipta dan penikmat objek itu, kerana ia sesuai kepada panca indera atau deria rasa.
Mengandungi unsur moral/akhlak
Seni Islam adalah seni yang berkait rapat dengan nilai-nilai akhlak atau pun moral. Ia
hendaklah diciptakan untuk tujuan yang baik serta bebas dari nilai-nilai yang negatif
sebagaimana yang digariskan di dalam ajaran Islam. Seni Islam juga adalah sebuah karya
hasil cetusan penghayatan seniman terhadap ajaran Islam tentang nilai-nilai akhlak
Mempunyai ciri-ciri kepelbagaian dalam kesatuan
Keunikan seni Islam ialah ia kaya dengan ciri-ciri kepelbagaiannya. Ertinya, ia bukanlah seni
yang mewakili sesebuah bangsa, budaya atau negara.
Ini terjadi kerana Islam sebagai agama yang universal, walaupun dianuti oleh berbagai-bagai
kaum dan bangsa dari berbagai-bagai negara, mereka diikat dengan satu tali yang disebut
tauhid. Perbezaan latar belakang dan budaya umat Islam ini justru membawa kepada perkara-
perkara yang positif dalam kegiatan seni kerana ia mampu memperkaya dan mempelbagaikan
khazanah dunia Seni Islam.
Ciri-ciri kepelbagaian dalam kesatuan ini juga dapat dilihat dalam bentuk perancangan
bandar-bandar Islam, di mana selain wujud bangunan-bangunan pelbagai fungsi, wujud juga

13

institusi-institusi keagamaan. Eleman-eleman ini mempunyai hubungan yang tersendiri
dengan tauhid.
Mempunyai hubungan antara agama, etika dan estetika
Seni Islam adalah sem yang mempunyai hubungan erat dengan agama, estetika dan etika.
Islam dengan niali-nilai etikanya menjadi asas kepada pembinaan hasil karya seni sehingga
ukuran keindahan bukan dilihat dari sudut luaran atau bentuk material seni tersebut diolah. Ia
perlu mengambil kira nilainilai agama dan etika untuk melayakkan karya tersebut diiktiraf
sebagai karya seni.
Mengelak dari wujud unsur-unsur paganisme, animisme dan lain-lain. Contoh ukiran patung,
arca dan tugu.
Mengelakkan diri dari menggambarkan hakikat kebenaran agama- gambaran Allah, Rasul,
malaikat, syurga, neraka, hari kiamat dan lain-lain. Untuk membezakan dengan agama
Kristian, Hindu dan Buddha.
Mengutamakan alam natural sebagai objek utama tidak termasuk manusia dan haiwan
(hidupan bernyawa).
Bercirikan kesenian arab dan kesenian asia barat terutama semenanjung arab dan Parsi.
Contoh seni khat, seni suara dan kesusasteraan.

Kebudayaan Islam telah mewujudkan suatu bentuk seni rupa yang mempunyai nilai-nilai dan
sifat-sifat yg tersendiri seperti juga dalam tamadun Barat, China dan lain-lain.
Ciri-ciri Penghayatan Tauhid Dalam Kesenian Islam :
Abstraksi dan kemujaradan:
Corak Infiniti (tanpa sempadan) dalam kesenian Islam bercorak abstrak dan mujarad;
Islam menolak gambaran figure @ alam semula jadi secara tepat. Seniman Islam haruslah
menolak yg berbentuk flora @ fauna @ bangunan @ manusia secara tepat. Jadi ia mestilah
bertentangan dengan objek asal.

Struktur Modular:

14

Gabungan modul-modul dan disusun menjadi bahagian yg lebih besar. Ia menjadi
satu ukuran kemuncak dan kesempurnaan yg membolehkan ditanggapi sebagai unit ekspresif
dan memuaskan diri sendiri.





















15









C. Gabungan berturutan/ kombinasi berterusan:
Corak saujana bunyi, penglihatan dan pergerakan menunjukkan gabungan
berturutan bagi model asas dan pengulangannya. Oleh itu gabungan tambahan terbentuk dan
ia membawa status dan identiti yang bebas. Yang besar tidak melemahkan/menenggelamkan
yang kecil dan seterusnya menjadi kompleks.
D. Perulangan:
Iaitu pengulangan motif, modul struktual serta kombinasi berturutan yang sama.
Pengulangan tersebut dimujaradkan (diperhalusi) agar ia tidak mudah dibandingkan dengan
yang lain.- Motifnya-berulang-ulang ialah gambaran muslim dituntut melaksanakan ajaran
ketaatan secara berulang-ulang kali contoh solat 5 waktu dan wuduk.

E. Dinamisme:
Iaitu satu corak yg melalui lingkungan masa. Contoh corak yang seni halus @ infiniti
tidak dapat difahami dengan semberono sahaja @ jangka masa yang pendek, tetapi perlu
diamati dan dijiwai agar ia tidak tersalah tafsir maksud ceritanya. Contoh lukisan gambar-
gambar miniatur. Motifnya- Islam itu tidak dapat difahami dengan belajar /tahu sejuzuk
sahaja dari bahagian-bahagian Islam. Tetapi mesti belajar keseluruhan Islam itu sendiri.
F. Intriksi / kerumitan:
Iaitu menekankan keupayaan sesuatu corak atau hasil seni untuk menarik perhatian
dan tumpuan penonton secara tidak langsung terhadap sesuatu struktur yang dipersembahkan(
halus dan ditail). Motifnya- Islam ambil berat yang kecil-kecil hinggalah sebesar-besar
perkara.



16

G. Padat:
Karya seni Islam mempunyai bentuk-bentuk yang padat dan penuh sehingga tiada
ruang kosong pun @ cacat. Motifnya Masa dan kelapangan setiap Muslim hendaklah
dipenuhi dengan ibadat kpd Allah s.w.t. dengan apa jenis sekali pun.
H. Beranyam:
Karya seni sedemikian seperti berombak, beranyam akibat dari naik turun bentuknya..
Motifnya- Islam menitik beratkan sifat-sifat seperti sabar dan tawadu, suka duka dan
sebagainya dalam hidup setiap Muslim.
Keseluruhannya- karya seni Islam didasari oleh konsep tauhid, iaitu tiada permulaan dan
tiada pengakhirannya- utk menerangkan doktrin tauhid dlm karya seni Islam




















17

5.0 Ukiran Kayu Tradisional
Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu menggunakan alat mengukir
seperti pisau wali, carving tool (Khairuddin Talib:2011). Ukiran kayu tradisional
merupakan hasil kraf tangan Melayu yang mengagumkan. Seringkali kita lihat ukiran kayu
ini terdapat pada tangga rumah, masjid, istana, perabot, kepala sampan dan sebagainya.
Ukiran dijadikan sebagai pelengkap untuk sesuatu kesempurnaan reka bentuk. Kehalusan
seni ukiran dan corak2 yang dihasilkan memberikan keindahan tersendiri dalam ukiran kayu.
Motif-motif yang dipilih diolah dengan baik bagi menghasilkan satu karya kraf yang
mempunyai nilai yang tersendiri.
Di negara kita ukiran bukan sahaja dihasilkan oleh orang Melayu, malahan Orang Asli dan
suku kaum di Sabah dan Sarawak, juga turut menghasilkan ukiran. Perbezaan nya mungkin
pada teknik yang digunakan dan juga pemilihan motif dan juga kegunaan hasil ukiran
tersebut.
Penemuan bahan-bahan sejarah dari zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan
terdapatnya pengukir-pengukir pada zaman dahulu. Penemuan perlatan belanga, gelang,
kendi dan pinggan mangkuk yang mempunyai ukiran. Sejarah tentang ukiran kayu di negara
kita pula boleh di ketahui melalui buku Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang
pada abad ke-17. Di dalam buku tersebut tercatat tentang keindahan seni bina istana Sultan
Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Satu lagi catatan
silam mengenai seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan
mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala
Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 -
1780).

4.1 J enis Ukiran Kayu Tradisional
Ukiran Kayu Tradisonal terbahagi kepada empat jenis.
I. . Ukiran Layang
Ukiran layang merupakan ukiran yang dibuat pada papan. Bahagian latar corak tidak di
tebuk. Silat hanya dibuat hanya pada corak.
II. . Ukiran Bunga Timbul

18

Ukiran bunga timbul dihasilkan pada permukaan papan dengan bahagian latar corak ini di
tebuk. Ini menyebabkan corak ukiran jenis ini lebih timbul dan bersilat daripada ukiran
layang. Biasanya ukiran ini terdapat pada perabot, panel-panel hiasan, mimbar masjid, hulu
dan sarung senjata.
III. Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran dihasilkan pada papan yang di tebuk. Motif-motif dan corak dihasilkan dengan
gerudi, gergaji dan pahat. Terdapat dua jenis ukiran tebuk tembus iaitu, ukiran tebuk tembus
bersilat dan ukiran tebuk tembus tidak bersilat. Selain berfungsi sebagai hiasan, ukiran tebuk
tembus juga berfungsi sebagai pengalir udara tradisional. Oleh itu, ukiran ini terdapat di
serambi dan bahagian atas dinding rumah.
IV. Ukiran Larik
Ukiran larik ialah sejenis ukiran berbentuk bulat pada batang kayu menggunakan mesin atau
alat larik. Biasanya, ukiran jenis ini terdapat pada perabot, tiang, gasing, hulu senjata,
perhiasan rumah dan sebagainya.









Rajah 4.1 Ukiran Layang



19












Rajah 4.2: Ukiran Tebuk Tembus









Rajah 4.3: Ukiran Bunga Timbul


20








Rjah 4.4: Ukiran Larik


4.2 Proses Mengukir
Dalam membuat ukiran terdapat tiga proses yang perlu dilakukan.
a. Penyedian Kayu
Kayu dalam bentuyk papan dipilih daripada jenis yang sesuai dan dipotong mengikut ukuran
yang dikehendaki. Permukaan kayu diratakan dengan menggunakan ketam kayu. Corak
kemudiannya dilukiskan pada permukaan kayu. Terdapat tiga cara yang boleh digunakan
dalam melukis corak. Pertama melukis terus di atas permukaan kayu. Kedua, menekap
corak yang telah dilukis terlebih dahulu di atas kertas. Ketiga, menampal kertas yang telah
dilukis corak pada permukaan papan.
b. Mengukir
Proses mengukir dilakukan bergantung pada jenis ukiran yang dikehendaki. Samaada ukiran
layang, ukirang bunga timbul, ukiran tebuk tembus dan juga ukiran larik.
c. Kemasan
Kemasan merupakan proses terakhir dalam ukiran kayu. Kemasan bertujuan untuk
mencantikkan hasil kerja dan mengukuhkannya. Proses kemasan boleh dibahagikan kepada
dua bahagian iaitu, melicin membersih. Proses kedua adalah mengilat.

21


4.3 Penghasilan Silat
Terdapat lima jenis silat yang digunakan dalam ukiran tradisional. Silat digunakan mengikut
kesesuaian jenis ukiran disamping menimbulkan pergerakan dan bentuk. Jenis-jenis silat
tersebut adalah
a. Silat Leper
Bentuknya menyerupai silat belah rotan, tetapi lebih leper dan rendah. Bentuk ini paling
mudah dan cepat untuk disiapkan.
b. Silat Belah Rotan
Silat ini berbentuk separuh bulat seperti rotan yang dibelah dua.
c. Silat Serong
Silat ini menitikberatkan ukiran pada corak tepi sesuatu motif. Corak diukir secara
menyerong, melengkung atau mencuram untuk menimbulkan bentuk pada bahagian tepi.
d. Silat Minangkabau
Bahagian tepi silat minangkabau di bentuk menyerong manakal;a bahagian tengahnya
dibntuk menajam.
e. Silat Dada Tuma
Silat dada tuma mempunyai bentuk seperti silat belah rotan, tetapi bahagian tengah corak itu
dilengkungkan.








22

6.0 Kesimpulan
Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang
memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang
mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu
mempunyai hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu
Islam. Proses penggarapan idea bagi setiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama.
Namun begitu, dalam Islam motif fauna seperti haiwan dan figura berbentuk manusia
dilarang dan tidak digalakkan dalam penghasilan karya berdasarkan hadith dan beberapa
mazhab yang terdapat dalam Islam. Ini kerana, kebanyakan hasilan yang berbentuk figura dan
haiwan boleh mewujudkan satu elemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana
ianya mirip kepada ciptaan asal. Ini dikira mencabar kuasa Yang Maha Mencipta.
Selain itu, motif-motif yang berunsurkan arabes, flora, dan geometri mempunyai makna yang
tersirat yang memperlihatkan elemen ketuhanan serta rasa rendah diri hamba kepada
Penciptanya. Orang Melayu sememangnya sangat kreatif dan mempunyai daya penglihatan
dan pemikiran yang tajam kerana telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan sekitar kehidupan
mereka untuk mendapat idea. Sumber idea itu digarap dan dijelmakan dengan pelbagai
bentuk corak yang akhirnya setiap satunya diberi nama yang memberi gambaran tentang apa
yang difikirkan oleh mereka. Oleh yang demikian, penghasilan kraf, pengusaha dan tokoh-
tokoh seni ini, bukan sahaja menghasilkan karya yang indah pada pandangan lahiriah tetapi
menyerapkan unsur-unsur keagamaan seperti kekaguman dengan ciptaan Allah berdasarkan
motif-motif yang dipilih.








23

Rujukan

Kathleen Chee.(2006). SPM Fokus U; Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul Ehsan:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Khairudin Talib.(2011).HBAE 3103Kraf Tradisional.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.

Modul HBAE3103 Mengenal Kraf Tradisional (2009). Kuala Lumpur: Open University
Malaysia.

Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ukiran Kayu Tradisional
http://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html

You might also like