You are on page 1of 9

1

PROJEK INTERNSHIP (BERKUMPULAN)


PISMP BC AMBILAN JANUARI 2011
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

KERTAS CADANGAN PROJEK MENCERIAKAN SEKOLAH



DI BAWAH KENDALIAN GURU PELATIH
WONG KEE HUI CHIENG XIAO JIN
LIM SUK HONG LING HUONG YEN
LILY TANG FONG FONG THEN PEI CHIN
PELAJAR PISMP BC AMBILAN JANUARI 2011
DENGAN KERJASAMA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN
CHUNG HUA NO.6.



2

ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN
2.0 MATLAMAT
3.0 OBJEKTIF
4.0 TARIKH
5.0 TEMPAT
6.0 GAMBAR DINDING MORAL YANG
DIPILIH

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
8.0 PELAN TINDAKAN
9.0 ANGGARAN PEMBELANJAAN
10.0 PENUTUP







3

PROJEK INTERNSHIP BERKUMPULAN
PISMP JAN 2011
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG
1.0 PENGENALAN
Internship ialah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk
mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan
sebenar tugas guru permulaan.Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan
menilai projek atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah.
Pada peringkat ini, guru pelatih perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam
pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor.Internship juga
memberi peluang kepada setiap guru pelatih untuk meningkatkan keyakinan diri, jati
diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan dan memupuk nilai
profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan.
Sehubungan dengan itu, kami seramai enam orang guru pelatih dari Institut
Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang akan membuat projek menceriakan sekolah
dengan melukis moral dinding sepanjang sebulan internship di SJK Chung Hua No.6.
Melalui projek ini, dapat juga meningkatkan sikap kerjasama dalam kalangan warga
sekolah terhadap kecantikan dan kebersihan sekolah. Kata-kata moral yang ditulis
turut dapat meningkatkan kesedaran dalam diri warga sekolah mahupun orang luar
yang datang melawat dalam kawasan sekolah.



4

2.0 MATLAMAT
Matlamat projek ini bertujuan untuk menceriakan kawasan sekolah. Prasarana dan
pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting
dalam rutin seharian di sekolah. Keselesaan dan suasana yang kondusif
digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui
pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung melalui lukisan
mural, para murid akan dapat meningkatkan motivasi diri mereka.
3.0 OBJEKTIF
Mewujudkan kawasan tempat sekolah yang lebih ceria dan harmonis.
Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif serta identiti sekolah yang positif.
Meningkatkan motivasi warga sekolah melalui kata-kata hikmat.
Menjadikan sekolah tempat perhatian murid dan juga tetamu yang selalu
mengunjungi sekolah.
4.0 TARIKH
14 Julai hingga 8 Ogos 2014
5.0 TEMPAT
Depan dua belah dinding masuk sekolah dan tiang-tiang depan bilik pentadbiran





5

6.0 GAMBAR DINDING MORAL YANG DIPILIH
1.



2.

6

3.















7

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

























Setiausaha:
Ling Suk Hong
Bendahari:
Wong Kee Hui
AJK Peralatan:
Chieng Xiao Jin
Naib Setiausaha:
Ling Huong Yen
Mentor:

Pengerusi:
Then Pei Chin

Naib Pengerusi:
Lily Tang Fong Fong

Penasihat:

8

8.0 PELAN TINDAKAN
Tarikh Perkara Catatan
7/7/2014
-
11/7/2014
Perbincangan dengan guru besar tentang
pemilihan projek internship kumpulan
Pembentukan Jawantankuasa Induk
Menyediakan kertas kerja
Menyerah kertas kerja kepada pengerusi
untuk disemak dan kemudian kepada guru
besar untuk disahkan
Mengenalpasti alatan yang diperlukan akan
disediakan semasa projek ini dilaksanakan
Semua AJK
14/7/2014
-
25/7/2014
Pembahagian kerja antara AJK
Projek mula dijalankan dan semua AJK
bekerjasama untuk melukis dinding moral
Semua AJK
31/7/2014
-
1/8/2014
Laporan pelaksanaan internship ditulis dan
refleksi dilakukan antara AJK
Semakan dibuat agar laporan yang
disediakan tidak mempunyai sebarang
kesalahan kosa kata dan ayat
Semua AJK
4/8/2014
-
8/8/2014
Menyerahkan laporan kepada guru besar
untuk disemak
Penilaian dilakukan.
Semua AJK

9.0 ANGGARAN PEMBELANJAAN
Bil.
Item Kuantiti Harga seunit
(RM)
Jumlah
(RM)
Catatan
1. Warna Pelaka 7 15.00 105.00 Mohon dari sekolah
2. Berus 6 2.50 15.00 Tanggungan sendiri
Jumlah Keseluruhan 120.00


9

10.0 PENUTUP
Semoga pelancaran projek menceriakan sekolah ini dapat meningkatkan
motivasi diri para murid di samping mengindahkan lagi kawasan sekolah.
Diharapkan juga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.


Disediakan oleh,
.........................................
(LING SUK HONG)
Setiausaha
Projek Menceriakan Sekolah

Disemak oleh,
..........................................
( THEN PEI CHIN )
Pengerusi
Projek Menceriakan Sekolah

Disahkan oleh,
..........................................................
()
Guru Besar,
SJK Chung Hua No.6.


Cadangan Kertas Kerja (Diluluskan / Tidak Diluluskan)

You might also like