You are on page 1of 19

Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah

Sistem Penanaman Padi

Sistem penanaman padi cara tradisional di Negeri Kedah dapat di kelaskan kepada dua musim iaitu:

1. Musim Bersawah
2. Musim Menuai

Musim Bersawah

Masyarakat petani tradisional mula turun ke sawah apabila tibanya musim hujan. Ketika ini mereka
akan sibuk menyiapkan segala kelengkapan yang berkaitan dengan persawahan dan juga memastikan
petak-petak sawah mereka di takungi air hujan secukupnya.

Dalam mengerjakan sawah, peralatan persawahan tradisional seperti tenggala, penyisir (sisir),
cangkul, tajak, tenggiling dan lain-lain digunakan.

Alat teknologi persawahan Alat teknologi persawahan


tradisional yang digunakan untuk tradisional yang digunakan untuk
membersihkan rumput pada batas- menarik kapar di dalam petak
batas petak sawah dan juga di sawah ke tepi dan juga untuk
tapak semaian. menarik badai batang pasang
semasa penyediaan tapak semaian.

 
Alat teknologi persawahan Alat teknologi persawahan
tradisional yang digunakan selepas tradisional yang digunakan untuk
kerja-kerja menggala (bajak) menggala (bajak) sawah dengan
sawah bertujuan untuk menghalus, ditarik oleh seekor kerbau.
merata dan memecah ketulan-
ketulan tanah serta
membersihkannya dari rumput
rampai.

1. Penyediaan Tapak (Petak) Semaian

Setelah siap segala peralatan yang diperlukan, para petani akan turun beramai-ramai ke sawah
masing-masing untuk memulakan kerja-kerja seperti menggala (membajak) dan membersih petak-
petak sawah untuk dijadikan tapak semaian. Tapak semaian merupakan tempat menyemai benih-
benih padi untuk dijadikan semai (anak padi sebelum dipindah/ditanam di dalam petak-petak sawah
yang disediakan).

Penyediaan tapak sawah memerlukan penelitian yang rapi. Tanahnya mestilah betul-betul lembut dan
bersih daripada sebarang jenis tumbuhan air di dalamnya. Bagi merata dan melincinkan permukaaan
tanahnya, sejenis alat yang di namakan "Pembadai" digunakan. Pembadai ini kebiasaannya ialah
sebatang pokok pisang yang dipotong mengikut keperluan dan dibuang kulitnya dan kemudian ditarik
dengan penyisir kecil (sisir kapar). Keadaan tanah yang lembut akan memudahkan kerja-kerja
mencabut semai.

Keri, Tajak dan Sisir Kapar Tenggala


Untuk membajak sawah
Keri dan Tajak digunakan untuk
menajak tanah supaya batas sawah Diperbuat daripada kayu halban
menjadi rata. Manakala sisir kapar jenis keras. Alat ini terbahagi
digunakan untuk mencakar tanah kepada dua iaitu Tenggala Perlis
supaya menjadi lebih rata. dan Tenggala Cina. Tenggala-
tenggala ini ditarik oleh seekor
kerbau dan ada yang ditarik oleh
dua ekor kerbau atau lembu.

2. Penyediaan Benih Padi

Benih padi yang terpilih akan diisi ke dalam guni (karung), kemudian direndam ke dalam air selama 3
hari 3 malam. Selepas direndam, benih padi tersebut diangkat dan disejat ke dalam bakul yang jarang
disebut sebagai "bakul lau", kemudian ditutup dengan guni dan dibiarkan selama 3 hari 3 malam
untuk proses percambahan mata tunas dan akar. Setelah benih tersebut bercambah, ianya terus
ditaburkan ke dalam petak-petak semaian yang disediakan dan dibiarkan tumbuh menjadi semai
(anak padi) selama jangka masanya 30 hingga 44 hari untuk tempoh cukup matangnya.
Kebiasaannya 44 hari.

Penyediaan Petak Semaian (Bekas Sabit


Semai)
Untuk memotong rumput-rumput
Kerja-kerja penyediaan petak yang tumbuh di atas batas sawah.
semaian (bekas semai) sedang Sabit ini diperbuat daripada besi.
dijalankan.Petak semai merupakan
tempat pembiakan benih padi untuk
dijadikan semai (anak padi)
sebelum dipindahkan ke petak
sawah yang disediakan.
Bakul Mengkuang

Digunakan untuk membawa biji


benih padi ke tapak semaian
Penimba Air semasa hendak menabur.
Ia diperbuat daripada mengkuang
Diperbuat daripada tong minyak yang dianyam rapi. Bagi peladang-
dan berhulukan kayu panjang serta peladang, bekas-bekas lain seperti
berkaki tiga. Ia akan digunakan tin tidak boleh digunakan untuk
untuk menimba air masuk ke dalam mengisi benih oleh kerana
petak semaian. dipercayai boleh menghilangkan
semangat padi.

3. Mengerjakan Sawah

Sementara menantikan anak padi (semai) cukup tempoh matang, petani-petani akan terus
menjalankan kerja-kerja membajak dan membersihkan petak-petak sawah. Kerja-kerja yang
seringkali dilakukan oleh mereka ialah:

1. Menggala (Membajak) Sawah

Peralatan persawahan tradisional yang digunakan ialah tenggala. Biasanya tenggala ini dibuat
daripada kayu-kayu terpilih yang senang dibentuk iaitu lazimnya kayu halban. Dalam menjalankan
kerja-kerja ini selalunya tenaga kerbau digunakan tetapi ada ketikanya tenaga lembu digunakan.
Biasanya kerja-kerja yang dijalankan dengan kuasa lembu memerlukan 2 ekor lembu kerana tenaga
lembu tidak sekuat tenaga kerbau. Fungsi alat tenggala ini ialah untuk membalik-balikkan tanah
sawah.

2. Menyisir (Sisir)

Setelah selesai kerja-kerja menggala (membajak), ketulan-ketulan tanah semasa menggala akan
dibiarkan selama beberapa hari berendam air, bertujuan untuk melembutkannya. Untuk menghalus,
merata dan memecahkan ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai,
sejenis alat persawahan tradisional yang disebut sebagai penyisir atau sisir digunakan. Ada tiga jenis
penyisir iaitu:
i. Penyisir Kayu
Penyisir ini dibuat daripada kayu cengal, halban atau kayu beruas dan mata atau giginya
dibuat daripada batang pokok pinang atau pokok nibong yang diraut halus.
ii. Penyisir Besi
Penyisir ini berbentuk serupa dengan penyisir kayu. Ianya diperbuat daripada besi semuanya
kecuali pemegangnya sahaja dibuat daripada kayu.
iii. Penyisir Kapar / Sisir Kapar
Penyisir ini berbentuk T. Ianya dibuat daripada kayu dan matanya daripada batang nibong
atau pinang.

Menggala (Membajak Sawah)

Kerja-kerja mengggala (bajak)


sawah sedang dilakukan oleh
seorang petani dengan
menggunakan tenggala yang ditarik
oleh seekor kerbau.

Sisir Besi

Peranan dan fungsinya seperti sisir


kayu iaitu untuk menghalus,
Kerbau merata dan memecah ketulan-
ketulan tanah serta
Boleh dianggap sebagai jentera membersihkannya daripada rumput
dalam proses membajak sawah. Ia rampai.
akan bertindak sebagai penarik
tenggala.
Sisir Kapar

Untuk menarik kapar di dalam


petak sawah. Kebiasaannya,
peralatan ini digunakan untuk
menarik kapar di tempat-tempat
yang tidak boleh dimasuki oleh
kerbau. Tempat-tempat tersebut
ialah kawasan dalam dan penjuru
petak sawah. Sisir kapar lebih kecil
daripada sisir besar. Selain
membuang kapar ia juga dapat
meratakan tanah sawah.

C. Menggiling Tanah

Kaedah ini merupakan peringkat terakhir dalam penyediaan petak-petak sawah. Alat yang digunakan
ialah tenggiling. Ianya diperbuat daripada batang kayu yang dipotong mengikut keperluan dan
berbentuk seperti belimbing segi. Tenggiling ini terbahagi kepada dua jenis iaitu "Tenggiling
Belangkas" dan "Tenggiling Belimbing". Cara penggunaannya sama seperti kerja-kerja menggala
(membajak) dan menyisir kerana kerbau digunakan untuk menariknya. Kegunaannya ialah untuk
meratakan tanah sawah dan melembutkannya bagi memudahkan kerja-kerja penanaman padi
dijalankan.

Setelah selesai semua kerja-kerja seperti menggala (membajak), menyisir (sisir) dan menggiling, air
akan ditakung semula dalam petak-petak sawah untuk proses penanaman padi.

Tenggiling Diperbuat daripada kayu yang


berbentuk seperti belimbing segi.
Untuk memecahkan tanah yang Panjangnya antara 5 hingga 7 kaki
berketul dan meratakan tanah dan bergaris pusatnya 6 inci.
selepas disisir. Proses meratakan Kerbau diperlukan untuk
tanah belum begitu baik tanpa menjalankan Tenggiling.
menggunakan tenggiling.

4. Memindahkan Anak Padi (Semai) Dari Tapak Semaian


Anak padi (semai) yang sudah cukup umur (tempoh) akan dicabut dan dijadikan "Cap" atau "unti"
(ketul). Biasanya kerja-kerja ini dilakukan oleh kaum wanita secara berderau (gotong-royong).
Semai-semai yang telah siap dijadikan ketul akan dipindah (angkut) ke petak-petak sawah oleh kaum
lelaki dengan menggunakan pengandar/salang yang diperbuat daripada buluh atau ditarik
menggunakan palung (sampan kecil). Ketul-ketul semai akan diatur di petak-petak sawah bagi
memudahkan kerja-kerja menanam padi dijalankan.

Mencabut Semai Semai-semai

Kerja-kerja mencabut semai sedang Semai-semai yang telah diketulkan


dilakukan oleh kaum wanita di himpun, kemudian diangkat ke
petak-petak sawah yang disediakan
untuk proses menanam padi

Pengandar semai

Alat teknologi persawahan


tradisional ini digunakan untuk
mengangkut/memindahkan ketul- Pengandar Semai
ketul semai dari petak semaian ke
petak-petak sawah untuk ditanam. Pengandar akan digunakan untuk
Alat ini juga dikenali sebagai mengangkut semai dari tapak
pengandar rumput semaian ke sawah. Selalunya ia
diperbuat daripada batang kayu
yang keras.
5. Menanam Padi

Kerja-kerja ini dijalankan oleh kaum wanita secara berderau (gotong royong). Dalam proses ini anak
padi (semai) yang cukup tempoh matang akan dipindahkan ke dalam petak-petak sawah yang
disediakan. Cara penanamannya dijalankan dengan empat atau lima jalur yang dipanggil "tekap".
Kerja-kerja menanam padi ini dijalankan dengan menggunakan tangan atau "Kuku" Kambing iaitu
sejenis alat yang pemegangnya diperbuat daripada kayu. Manakala hujungnya daripada besi yang
dicabangkan sedikit untuk memudahkan semai diletak sebelum ditanam ke tanah.

Menanam padi Menanam Padi

Kerja-kerja menanam padi dengan Menanam padi cara lama dilakukan


menggunakan tangan sedang oleh kaum wanita dengan
dijalankan menggunakan alat Kuku Kambing

Kuku Kambing Terendak

Ia digunakan untuk menanam padi. Digunakan sebagai tudung kepala


Diperbuat daripada besi dan sewaktu bekerja di sawah untuk
berhulukan kayu. Sementara di berlindung daripada cahaya
bahagian hujung besi terdapat matahari
cabang seperti kuku kambing.
Diperbuat daripada buluh yang
disulam begitu menarik sekali.
Biasanya dipakai oleh wanita.

 
6. Penjagaan

Kerja-kerja ini meliputi membaja, merumput, menyulam (menggantikan anak padi yang mati),
penjagaan air dan serangan penyakit padi, tikus dan burung. Kerja-kerja ini dijalankan berterusan
sehinggalah padi masak. "Orang-orang" atau "Selayut" akan dipacak di tepi-tepi sawah bertujuan
untuk menakutkan binatang seperti tikus dan burung daripada memusnahkan padi yang telah masak.

Menjaga Padi Menyulam Anak Padi

Kerja-kerja penjagaan padi sedang Kerja-kerja menyulam (mengganti)


dilakukan. anak padi sedang dijalankan.

Musim Menuai

1. Dalam masyarakat petani tradisional, musim ini dikenali juga sebagai musim mengerat atau
mengiau. Musim ini kebiasaannya jatuh pada musim kemarau. Bagi mendapatkan hasil padi,
beberapa kaedah tradisi telah digunakan seperti mengetam, mengiau dan mengerat. Kaedah
ini merupakan satu proses untuk mendapatkan buah padi. Kerja-kerja ini dijalankan oleh
kaum wanita secara berderau (gotong-royong).

A. Mengetam
Kaedah ini menggunakan sejenis alat yang dibuat daripada kayu dan mempunyai mata di
atasnya yang dikenali sebagai "renggam". Alat ini digunakan untuk memotong tangkai padi
yang masak untuk dijadikan gemai (gemal) padi.

B. Mengiau padi
Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan "pisau pengiau". Teknik penggunaannya sama
seperti mengetam iaitu memotong tangkai (tengkok) pokok padi. Kaedah ini seringkali
dilakukan ke atas pokok padi yang rebah.

C. Mengerat/Memotong Padi
Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan pisau mengerat. Batang pokok padi akan
dipotong dan kemudiannya dihimpun untuk dijadikan "kedap".
2. Menghirik (Mengirik)
Proses ini merupakan satu kaedah tradisional untuk meleraikan buah padi daripada
tangkainya. Kerja-kerja ini dijalankan setelah selesai kerja-kerja mengetam dan mengiau padi
dijalankan. Terdapat beberapa cara yang digunakan. Antaranya:

A. Menggunakan Kerbau
Kaedah ini digunakan sekiranya petani-petani mempunyai bilangan petak-petak sawah yang
banyak. Lazimnya kerja-kerja ini dijalankan pada waktu malam hingga ke dinihari secara
gotong royong (berderau). Mengikut kaedah ini, gemai-gemai padi akan dihimpun dan
diletakkan di atas tikar dan selepas itu kerbau tersebut akan berjalan berulangkali di atasnya
sehinggalah buah padi terlerai.

Renggam Gemai (Gemal) padi

Diperbuat daripada besi dan Tangkai-tangkai padi diketam akan


berhulukan kayu. Ia akan dihimpun dan dijadikan gemai.
digunakan untuk mengetam buah Gambar menunjukkan kerja-kerja
padi yang akan dijadikan benih. membuat gemai-gemai padi sedang
dilakukan.

Mengerat padi

Kerja-kerja mengerat padi sedang


dijalankan.
Pengiau Cekam

Hulunya diperbuat daripada ranting Ia diperbuat daripada ranting kayu


kayu yang bengkok dan yang bercabang dan diasah tajam.
melengkung manakala mata pisau Ia juga digunakan untuk
mengerat dipasak masuk ke ranting mengangkat pokok padi yang rebah
tersebut . Ia akan digunakan untuk sebelum proses menuai.
menuai padi yang berkeadaan
rebah

Mengetam padi Pisau mengerat

Kerja-kerja mengetam padi sedang Diperbuat daripada besi dan


dijalankan matanya bergerigi serta berhulukan
kayu. Bentuknya melengkung
seperti huruf C dan ia digunakan
untuk mengerat padi.

B. Menggunakan Kayu (Dong)

Ianya diperbuat daripada kayu dan berbentuk melengkung. Mengikut kaedah ini, gemai-gemai padi
akan dilonggokkan di atas tikar pada satu tempat. Kemudian para petani secara beramai-ramai akan
memukul gemai-gemai tersebut dengan "dong" sehinggalah buah padi terlerai. Di samping itu
terdapat juga di setengah-setengah tempat kaum wanita melakukan kerja-kerja ini dengan
menggunakan kaki. Kesimpulannya walau apa kaedah yang digunakan adalah bertujuan untuk
meleraikan buah padi daripada tangkainya.
Dong

Alat ini digunakan semasa kerja-kerja menghirik (mengirik) dijalankan bertujuan untuk meleraikan buah padi
daripada tangkai.

3. Memukul (Membanting) Padi

Proses ini juga merupakan satu kaedah untuk memisahkan buah padi daripada tangkainya. Dalam
proses ini sebuah tong padi yang di lengkapi dengan sehelai layar yang diperbuat daripada tikar dan
sebuah tangga kecil di dalamnya berserta dengan kayu (buloh) yang mencekangkan layar yang di
kenali sebagai "turus layar" akan digunakan. Kedap-kedap padi akan dipukul ke dalam tong padi dan
buah padi akan terlerai masuk dan terhimpun di dalam tong tersebut. Buah padi kemudiannya akan
diisikan ke dalam guni (karung).

Kedap padi

Gambar ini menunjukkan kedap-


kedap padi diikat sebelum dipukul
Tong padi dan Layar digunakan ke dalam tong.
untuk memukul padi
Memukul padi

Kerja-kerja memukul padi sedang


dijalankan

4. Mengangkut Padi

Buah-buah padi yang telah diisi ke dalam guni kemudiannya akan diangkut dengan menggunakan
"anok" atau kereta kerbau. Kedua-dua jenis alat pengangkutan ini menggunakan tenaga kerbau
untuk menariknya.

Anor (Anok) dan Kereta Kerbau

Merupakan alat pengangkutan padi


yang digunakan dengan bantuan
tenaga kerbau untuk membawa
hasil padi ke rumah

5. Menghuroi (Menguroi)

Alat yang digunakan untuk proses ini ialah nyiru jarang yang diikat (gantung) pada tiga batang buluh
sebagai penyangga untuk berdiri. Proses ini dijalankan bertujuan untuk membersihkan buah padi
daripada daun-daun padi kering (kambu) dan hampa bagi mendapatkan buah padi yang bersih.
Proses ini dijalankan di kawasan tanah lapang dengan menggunakan bantuan angin. Buah padi yang
telah siap dihuroi akan dijemur sehingga betul-betul kering supaya tidak rosak semasa disimpan.

Nyiru Jarang

Ia juga merupakan anyaman buluh


tetapi jarang dan mempunyai kaki
Menghuroi padi yang bercabang tiga. Nyiru jarang
digunakan untuk membersihkan
Kerja-kerja menghuroi padi sedang padi.
dijalankan

Menjemur padi Cakar Bara

Padi-padi yang telah dibersihkan Diperbuat daripada kayu dan ia


(dihuroi) akan dijemur sehingga digunakan untuk mencakar padi
kering sebelum disimpan di dalam dijemuran.
jelapang padi.

Nyiru Kerap

Digunakan untuk menampi padi


bagi mengeluarkan hampa padi.
Menganginkan padi dengan
menggunakan Nyiru Kerap bagi
mengasingkan padi berisi dengan
hampa padi.

Kipas Pengangin Dan Penguroi Padi

Untuk mengasingkan antara hampa


dengan padi yang elok untuk dibuat
benih.

6. Menyimpan Padi

Buah-buah padi yang telah kering dan bersih kemudiannya akan diisikan atau diangkut ke dalam
bekas padi (jelapang) manakala gemai-gemai padi pula akan diisi ke dalam kepok (kerubung) yang
diperbuat daripada buluh yang selalunya di letakkan berhampiran bekas padi.

Jelapang Padi Kepok

Alat ini digunakan untuk Alat ini berbentuk bulat. Dibuat


menyimpan buah-buah padi yang daripada buluh. Ianya digunakan
telah dibersihkan (dihuroi) untuk menyimpan ketul-ketul padi
(gemai padi)
7. Penghasilan Beras

Penghasilan beras secara tradisional dijalankan dengan menggunakan lesung hindik (lesung kaki),
lesung tangan, pengisar dan penampi padi.

Lesung hindik kaki dan lesung


tangan

Alat-alat ini digunakan untuk


menumbuk buah padi bagi
menghasilkan beras. Beras yang
dihasilkan bercampur dengan antah
, sekam dan lain-lain.

Proses menumbuk padi dengan Lesung Kisar


lesung tangan
Untuk Mengisar padi. Diperbuat
daripada buluh atau kayu. Raga
buluh dibuat untuk mengisi tanah
busut yang telah dicampur garam
dan dihentak dengan kuat untuk
menahan mata pengisar. Mata
pengisar daripada kayu bakau
dibelah nipis lebih kurang 3-4 mm.
Panjang mata pengisar lebih kurang
4 inci (10 cm).
Penampi Padi

Penggunaan alat ini bertujuan


untuk memisahkan biji beras dari
kulitnya selepas ditumbuk dan
dikisar setelah memusingkan kipas
di dalamnya. Angin yang dihasilkan
melalui kipas tersebut akan
menerbangkan kulit biji padi yang
lebih ringan dari biji beras. Disinilah
wujud proses pengasingan di mana
biji beras akan keluar daripada
corong pertama (besar) manakala
kulitnya keluar melalui corong
kedua (kecil)

8. Menampi

Beras yang telah siap ditumbuk atau dihasilkan melalui proses penghasilan beras tradisi kemudiannya
ditampi dengan menggunakan sejenis alat penampi yang dikenali sebagai "nyiru telor buaya" yang
diperbuat daripada buluh untuk mengasingkan antah, sekam dan dedak beras bagi menghasilkan
beras bersih.

Menampi

Selain menggunakan kaedah mesin menampi padi, padi yang telah ditumbuk dan dikisar juga boleh dipisahkan biji
beras dan kulit dengan kaedah menampi menggunakan nyiru atau badang yang diperbuat daripada buluh dan
berbentuk bulat. Melalui kaedah ini kulit biji padi akan keluar dan yang tinggal di dalam nyiru tersebut ialah beras. 
Antara Bahasa Yang Digunakan Oleh Petani Dengan Kerbau Semasa Mengerjakan
Sawah Padi

1. Ha'ih - Maknanya menyuruh kerbau berjalan


2. Chah - Maknanya menyuruh kerbau ke arah kanan
3. Sok - Maknanya menyuruh kerbau kearah kiri
4. Diam - Maknanya menyuruh kerbau berhenti
5. Serot - Maknanya menyuruh kerbau undur ke belakang
6. Paling Chah - Maknanya menyuruh kerbau pusing ke kanan
7. Paling Sok - Maknanya menyuruh kerbau pusing ke kiri

Peralatan-Peralatan Tradisional Tanaman Padi

A. Alat-alat Untuk Tanaman Padi

1. Tenggala Perlis dan Tenggala China


2. Kuku Kambing
3. Cangkul
4. Tajak
5. Sisir Besi
6. Sisir Panjang (Sisir Kapar)
7. Palong
8. Tenggiling
9. Terendak
10. Pencakar/Pencakar Bara

B. Alat-alat Untuk Menuai/Selepas Menuai

1. Tong Pukul Padi, Tangga dan Layar


2. Ketam (Renggam)
3. Sabit (Berbagai Jenis)
4. Pengangin Padi/Tikar Mengkuang
5. Guni/Tali/Jarum
C. Alat Proses Padi

1. Lesong Tangan/Halu
2. Lesong Kaki/Hindik
3. Nyiru Penampi Padi/Penampi Beras
4. Pengisar Beras

D. Alat Penyimpanan Padi/Beras

1. Kepok/Jelapang Padi
2. Berbagai jenis Gebok
3. Berbagai jenis Tempayan

E. Alat Pengangkutan Padi

Pengangkutan darat:

1. Basikal
2. Beca
3. Kereta Tolak
4. Bakul Junjung
5. Anok
6. Kandar
7. Kereta Lembu

Pengangkutan Air:

1. Sampan/Perahu kecil

F. Alat Penyimpanan/Sukat Padi dan Beras

1. Pikul
2. Kilo
3. Kati
4. Gantang
5. Cupak
6. Leng
7. Kopi
8. Kepoi

Disusun dari :  http://memori‐kedah.net 

You might also like