You are on page 1of 37

AMALAN SUNAT

(Sila click pada tajuk yang ingin dilawati)


i. Menghindari Daripada Di Hinggapi Saka
j. Menghindari Dari Gangguan Makhluk Halus Ketika Masuk Hutan
k. Mengubati Segala Jenis Penyakit
l. Mengubati Histeria
m. Ayat-Ayat Syifa Dalam Quran
n. Mengelak Dari Kena Santau Ketika Minum Di Kedai
o. Mengelakkan Rumah Dari Kena Ribut
p. Mengelakkan Migrin, Kemurungan dan Kebingungnan
e. Recarge Darah Dalam Badan Untuk Kembali Segar
a. Hukum Berubat
f. Penawar Bagi Orang Marah
g. Supaya Otak Kita Cergas
h. Tahnik Bayi Baru Lahir
3- Silatulrahim
4- Remedi
b. Makan Minyak Zaitun
c. Tegah Makan Khurma Bila Baru Sembuh Sakit Mata
d. Berpantang Bagi Orang Sakit
b. Adab Memberi Salam
1- Adab Makan
e. Sunat Memberi Salam Dahulu Daripada Berkata-kata
c. Hukum Memberi Salam
d. Memberi Salam Kepada Isi Rumah
2- Puasa Sunat
a. Puasa Hari Asyura 10 Muharram
c.Puasa Bulan Syaaban
b. Puasa Rajab
d.Puasa 6 Hari Bulan Syawal
e.Puasa Sunat Bulan Zulhijjah
f. Puasa Isnin dan Khamis
g. Puasa 3 Hari Dalam Sebulan
a. Memberi Salam
b. Sunat Ucap Bismillah
a. Sunat Basuh Tangan Kanan/Ketika Hendak Makan dan Sesudahnya
c. Mula Makan Dengan Bismillah dan Akhir Dengan Alhamdulillah
5- Solat Sunat
q. Penawar Senggugut, Haid Tidak Normal, Istihadah dll
h. Remedi Kena Sihir
o. Kalimah Tasbih, Tahmid, Takbir & Hauqalah
d. Dua Ayat Akhir Surah Al Baqarah
7- Amalan Ayat-Ayat Dalam Al Quran
6- Wirid Dan Zikir
a. Berzikir
b. Faedah Berzikir
c. Membaca al Quran
d. Zikir Yang Afdhal Di Amalkan
e. Kemuliaan Zikir
p. Zikir Darajat
k. Kalimah Tasbih & Tahmid
p. Kalimah Tauhid, Tahmid & Hauqalah
f. Zikir 1
i. Kalimah Tahmid
j. Kalimah Tasbih
g. Kalimah Tauhid
a. Solat Sunat Maghrib
l. Kalimah Tasbih & Tahmid
m. Kalimah Tasbih & Tahmid
a. Solat Malam(solat tahajjud)
n. Kalimah Tasbih, Tahmid, Tauhid & Takbir
h. Kalimah Takbir
9- Doa Ringkas
a. Surah Al Fatehah
b. Qul Huwa llah Hu Ahad(Surah Al Ikhlas)
c. Qul Yaa aiyyuhal Kaafirun(Surah Al Kaafirun)
a. Memberi Sedakah
d. Dua Ayat Akhir Surah Al Baqarah
d. Dua Ayat Akhir Surah Al Baqarah
8- Amal Jariah
9- Doa Ringkas
a. Doa Naik Kenderaan
b. Doa Keluar Rumah
b. Sunat Ucap Bismillah
a. Memberi Salam
Dalil tentang yang demikian itu ialah sebagai hadis yang dikeluarkan oleh Abu Isa At-
Tarmizi dengan katanya:
Diriwayat oleh seorang sahabat Nabi s.a.w namanya Sulaiman Al Farisi r.a, katanya
"Telah aku baca dalam Taurat sebelum aku masuk Islam, kata dalam Taurat:
bahawasanya berkat makanan itu ialah basuh tangan kemudian daripadanya". Maka telah
aku sebutkan demikian hal aku membaca Taurat pada Nabi s.a.w, maka aku khabarkan
dia dengan barang yang telah ku baca di dalam Taurat itu. Apabila didengar Nabi sa..w
akan perkataan ku demikian itu, lalu bersabda ia: "Bemula berkat makanan itu ialah
basuh tangan dahulu daripada makan dan basuh tangan kemudian daripada makan".
Berkata Abu Isa, pada bab ini ada diriwayatkan juga oleh Anas dan Abu Hurairah.
Bahrulmazi juzuz 13-masalah 3.
Kata Imam Ghazali di dalam Ihya Ulumuddin: "Satu daripada adab dahulu daripada
makan itu ialah basuh tangan, kerana sabda Nabi s.a.w : "Bermula basuh tangan dahulu
daripada makan itu menjadikan tidak fakir, dan membasuh tangan kemudian daripadanya
itu menjadikan tidak gila". Dan pula tangan itu tidak sunyi daripada cemar pada apa-apa
kerja yang diuruskan. maka membasuhnya lebih hampir kepada cuci dan bersih, dan pula
kerana makan itu qasad menolong atas agama, jadilah ia ibadat maka yang lebih
layaknya didahulukan atasnya apa yang berlaku daripadanya pada tempat suci daripada
sembahyang. Sunat membasuh tangan kanan dan kiri, maka sesiapa membasuh tangan
kanan sahaja nescaya tidak mendapat sunatnya. Wallahu a'lam. Bahrulmazi juzuz 13-
masalah 4-5.
b. Sunat Ucap Bismillah
1- Adab Makan
SELEPAS SEBELUM MENU UTAMA
Apabila kita hendak memulakan makan atau minum disunatkan mengucap bismillah
sebagaimana yang di aturkan oleh ulama'. Dalil yang menunjukka keatas yang demikian
ialah sebagai hadis yang dikeluarkan oleh abu isa at tarmizi dengan katanya,
diriwayatkan daripada seorang sahabat nabi saw namanya umar bin abi salamah ra
bahawasanya masuk ia atas rasulullah saw itu pada masa ia sedang kecil lagi dan ada
disisi rasulullah makanan yang ia mahu makan. bila dilihatnya aku masuk lalu bersabda
ia; "marilah dekat hai anakku, makan sama denganku, maka datanglah aku duduk
berdekatan dengannya, sabdanya mengucaplah kamu dengan bismillah pada mula suap
kamu, dan makan dengan tangan kanan, jangan dengan tangan kiri dan makan olehmu
daripada barang yang mengiringi engkau yakni makan barang yang dihadapan kamu,
jangan menggangu tangan kamu kesana kemari, kerana makannan itu satu jua, jangan
menjangkau mengambil dihadapan orang bahkan makan ditepi talam kamu-Bahrulmazi
juzuz 13-masalah 21.
c. Mula Makan Dengan Bismillah dan Akhir Dengan Alhamdulillah
a. Puasa Hari Asyura 10 Muharram
Dalil tentang berpuasa pada hari ini ialah :
.
( )
Maksudnya :
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah berpuasa pada hari
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. r.a :
:
. :
Maksudnya :
Sabda Rasulullah s.a.w : Berpuasalah kamu pada hari Asyura (10 Muharram), dan
bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari ke-10 Muharram
sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya.
Dan dalam riwayat lain : Dan sekiranya aku masih ada dikalangan kamu, nescaya aku
akan berpuasa hari yang ke-9.

( )
Maksudnya :
Puasa hari arafah dapat menghapuskan dosa dua tahun yang telah lepas dan akan datang,
dan puasa Assyura menghapuskan dosa setahun yang lepas.
b. Puasa Rajab
Kelebihan berpuasa di bulan ini.
Sabda Rasulullah s.a.w :

.
( )
2- Puasa Sunat
SELEPAS SEBELUM MENU UTAMA
Maksudnya :
Sesungguhnya di dalam Syurga terdapat satu sungai yang bernama Rejab, airnya terlebih
c.Puasa Bulan Syaaban
Puasa di bulan ini merupakan sunnah Rasulullah s.a.w :
Hadis daripada Aisyah r.a. katanya :

.
( )
Maksudnya :
Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w telah menyempurnak puasa selama sebulan
d.Puasa 6 Hari Bulan Syawal
Dalil dan kelebihan puasa ini.
Hadis yang diriwayatkan oleh Jabir r.a, Sabda Rasulullah s.a.w :
.
( )
Maksudnya :
Barang sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan enam hari
e.Puasa Sunat Bulan Zulhijjah
Kaum muslimin disunatkan berpuasa pada hari ini disebabkan hari ini adalah hari yang
f. Puasa Isnin dan Khamis
Dalil tentang sunat berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis
Hadis Rasulullah s.a.w :

( )
Maksudnya :
Daripada Aisyah r.a katanya : Adalah Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh dalam
g. Puasa 3 Hari Dalam Sebulan
Dalil tentang sunat berpuasa pada 3 hari setiap bulan
Hadis Rasulullah s.a.w :
:
( )
Maksudnya :
Daripada Abi Hurairah r.a katanya : Rasulullah telah berwasiat kepadaku tiga perkara,
Hadis Rasulullah s.a.w :
:
( )
Maksudnya :
Daripada Qatadah bin Miljan r.a katanya : Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada
a. Memberi Salam
Apabila berjumpa seorang muslim dengan seorang muslim yang lain maka sayugialah
diucapkan salam dan sambil berjabat tangan. Maka sesiapa yang berjumpa dengan
seseorang lalu memberi salam ia, maka siapa yang mendahului memberi salam itulah
yang akan mendapat lebih pahalanya, dan yang diberi salam ke atasnya itu wajib
menjawabnya. Perkataan yang mashyurnya ialah begini"

".
Perbuatan ini amat disukai Nabi saw, kerana ia memupuk rasa berkasih-kasihan dan baik
hati diantara orang yang bersalaman dan mendapat pahala di negeri akhirat
Bahrulmazi juzuz 17-masalah 129.
Memberi salam itu sebaik-baik ialah orang yang mendahului memberi salam pada
taulannya atau orang yang dijumpainya, samada orang yang dikenalinya atau tiada
dikenalinya. Maka ialah orang-orang yang terpuji pada syarak, kerana ia orang yang
bersih hatinya daripada takabbur. Dalilnya adalah sepertimana sepotong hadis Nabi saw
yang tersebut di dalam sahih Bukhari dan Muslim; "Orang yang memberi makan ia akan
makanan kepada orang-orang yang datang bertandang dan ziarahnya, maka
dipermuliakan olehnya dengan memberi makan apa-apa makanan yang ada padanya, atau
yang memberi makan orang-orang yang lapar yang dijemputnya atau ia pergi memberi
sedekah kepadanya. Maka orang ini adalah yang sebaik-baik orang. Dan juga orang yang
sebaik-baik orang itu ialah orang yang memberi salam dengan katanya
"Assalamualaikum warahmatullah" atas siapa yang dikenalinya atau siapa yg tiada
dikenalinya. Bahrulmazi juzuz 17-masalah 130.
b. Adab Memberi Salam
Adalah kaifiat memberi salam itu ada macam-macam, ada yang terutama dan ada yang
tidak terutama, maka yang terutama dijawab salam itu ialah sepertimana lafaz di bawah
ini; "

" . Dan harus pula menjawab dengan kata walaika.


dalinya adalah seperti hadis yang dikeluarkan oleh abu isa at tarmizi, iaitu Rasulullah
saw pernah menjawab salam seorang lelaki dengan kalimah "waalaika" sahaja kerana
lelaki tersebut sembahyang secara sambil lewa sahaja. Rasulullah kemudian menegur
lelaki tersebut supaya melakukan semula sembahyangnya itu. Bahrulmazi juzuz 19-
masalah 87.
c. Hukum Memberi Salam
3- Silatulrahim
SELEPAS SEBELUM MENU UTAMA
Menurut kata Imam Nawawi Rahimahllahu Taala di dalam syarah Muslim,
sesungguhnya memulai memberi salam itu sunat dan menjawabnya itu wajib. Maka jika
ada orang islam itu satu jemaah maka yaitu sunat kifayah pada hak mereka itu pada
memberi salam. Apabila memberi salam setengah mereka itu, berhasil sunat salam pada
hak sekelian. Maka jika ada orang yang diberi salam atas seorang, tetaplah ia
menjawabnya, dan jika ada mereka itu beramai nescaya adalah menjawab salam itu
fardhu kifayah pada hak mereka itu. Maka apabila menjawab seorang daripada mereka
itu, gugurlah dosanya daripada sekelian yang baki. Dan yang lebih utamanya bahawa
memulai sekelian dengan memberi salam dan menjawab salam pun lebih utama sekelian
jua. Dan daripada Abi Yusof bahawanya tak dapat tiada menjawab semuanya dan dinaql
dari Abd Barr dan lainya akan ijma' muslimin atas bahawasanya memulai memberi salam
itu sunat dan menjawabnya itu fardhu. Bahrulmazi juzuz 19-masalah 88.
d. Memberi Salam Kepada Isi Rumah
Memberi salam ketika hendak masuk ke rumah kita sendiri adalah satu amal yang
sayugia jangan ditinggalkan seseorang yang berkehendakkan keuntungan dunia dan
akhirat. Apabila datang engkau dari luar atau dari perjalanan dan hendak masuk ke
rumah kamu sendiri, maka hendaklah kamu memberi salam kepada isi rumah kamu yang
terdiri daripada anak dan isteri kamu atau orang lain, jika sekiranya mereka itu ada di
dalam rumah itu. Dan jika sekiranya rumah kamu itu tiada orang di dalamnya maka
hendaklah kamu memberi salam jua dengan lafaz sepertimana diajar oleh Nabi saw "

" kerana di dalam rumah itu ada beberapa malaikat yang


harus diberi salam ke atas mereka. Demikianlah sepertimana yang telah disuruh oleh
syara' sebagaimana tersebut di dalam hadis Nabi saw dengan katanya; " Wahai anakku
apabila masuk kamu atas ahli kamu di rumah kamu, maka hendaklah beri salam keatas
mereka itu, maka jikalau kamu perbuat demikian itu nescaya jadilah ia berkat ke atas
kamu dan ahli rumah kamu, diriwayatkan oleh Abu iIsa at Tarmizi. Bahrulmazi juzuz
19-masalah 103.
e. Sunat Memberi Salam Dahulu Daripada Berkata-kata
Adalah memberi salam dahulu sebelum daripada bercakap-cakap itulah yang dituntut
oleh syara', maka tidaklah disuruh syara' apabila berjumpa seorang dengan seorang yang
lain memberikan ucapan selain daripada salam. Maka jiakalau diperbuatyang demikian
itu, nescaya ia menyalahi sunat Nabi saw. Dalilnya adalah seperti sebuah hadis yang
telah dikeluarkan oleh Abu Isa at Tarmizi katanya; " Telah bersabda Nabi saw, bermula
salam itu dahulu daripada kalam. Bahrulmazi juzuz 19-masalah 104.
a. Hukum Berubat
Ketahuilah bahawa berubat itu amat disuruh oleh syarak. Dalil yang menunjukkan atas
suruh berubat itu ialah sebagaimana hadis Nabi saw yang dikeluarkan oleh Abu Isa at
Tarmizi "Berubatlah sekelian kamu kerana bahawasanya Allah Taala itu tiada
menghantarkan dan tiada menjadikan penyakit melainkan telah di hantarnya baginya
sebab bagi sembuhnya. maka apabila sakit kamu, ikhtiarlah ubat. Apakala kenalah
penyakit itu dengan ubatnya sembuhlah ia dengan izin Allah Taala. Bahrulmazi jld 14-
masalah 99.
Hukum berubat penyakit yang dihidapi adalah sunat sepertimana dikatakan oleh Imam
Nawawi di dalam syarah Muslim. Dan adalah di dalam hadis itu isyarat kepada sunat
berubat penyakit yang mengenai sesaorang, maka ialah mazhab kita dan jumhur al salaf
dan sekelian khalaf tiada khilaf mengenainya. Kata rawi hadis ini atau bersabda Ia tiada
dijadikan Allah Taala satu penyakit melainkan ada baginya ubat kecuali satu penyakit
sahaja tidak ada ubatnya. Kata mereka itu sahabatnya, ya Rasulullah apakah ia penyakit
yang tiada ubatnya itu, sabdanya ialah penyakit tua. Bahrulmazi jld 14-masalah 100 .
b. Makan Minyak Zaitun
Minyak zaitun banyak khasiatnya pada menggunakannya dan memakannya pada badan
kerana ia dipesan oleh Nabi s.a.w pada umatnya sebagaimana yang tersebut di dalam
hadis yang dikeluarkan oleh Abu Isa at Tarmizi dengan katanya, diriwayatkan daripada
Amirulmukminin Saidina Umar bin al Khattab r.a katanya, telah bersabda Nabi s.a.w
"Makan olehmu akan minyak zaitun itu dan berminyak kamu dengan dia maka
bahawasanya ia dari pohon yg diberkatkan dia". di dalam Al Quran juga ada memuji
minyak zaitun. Bahrulmazi jld 13-masalah 11.
c. Tegah Makan Khurma Bila Baru Sembuh Sakit Mata
Memakan buah khurma ketika baru pulih dari sakit mata boleh menyebabkan ianya sakit
kembali. Ini adalah sabit dengan hadis Nabi saw melarang menantunya Saidina Ali
Karamullahi wajhah memakan buah khurma ketika beliau baru saja pulih dari sakit mata.
Nabi saw melarangnya memakan khurma kerana matanya akan kembali sakit apabila
memakannya. Oleh itu hendaklah berhenti dahulu daripada memakannya sehingga mata
sembuh sepenuhnya. Bahrulmazi jld 14-masalah 97.
4- Remedi
SELEPAS SEBELUM MENU UTAMA
d. Berpantang Bagi Orang Sakit
Adalah berpantang itu kepala ubat bagi orang sakit samada ia penyakit hati atau penyakit
di anggota. Maka melarang orang sakit daripada memakan apa-apa yang memberikan
mudharat ke atas dirinya itu harus kerana menurut sebagaimana perbuatan Nabi saw
melarang menantunya Saidina Ali krm memakan buah khurma ketika baru pulih dari
sakit mata. Bahrulmazi jld 14-masalah 96.
e. Recarge Darah Dalam Badan Untuk Kembali Segar
Apabila kita merasakan diri kita tidak sihat atau terasa stres sedikit, maka hendaklah
dilakukan pemulihan atau terapi supaya kita kembali cergas dan bertenaga. Untuk
melakukan terapi kita ambilkan sebotol air dan pegang dengan tangan kiri dan berjalan
dengan kaki ayam sambil membaca kalimah "Lailahaillalah" sehingga semput nafas.
Ulang beberapa kali sehingga tenaga kita pulih. Zikir itu melancarkan perjalanan darah
kita kerana kalimah tersebut telah ditanam di dalam badan kita sejak kita baru lahir lagi.
Cuba perhatikan setiap kali orang berzikir "Lailahaillallah" tubuh mereka bergoyang dan
ini bermakna tenaga kita sedang di recharge. Us Abdullah Mahmud.
f. Penawar Bagi Orang Marah
Jika sesaorang daripada kawan-kawan sedang dalam berkeadaan marah, maka hendaklah
kita berikan kepadanya segelas air untuk diminum dan lepas itu minta dia terus
mengambil wudu' dan mengucap istighfar. Us Abdullah Mahmud.
g. Supaya Otak Kita Cergas
Baca selawat 300 x setiap hari Jumaat. Insyaallah cergas. Us Abdullah Mahmud,
Pengamal Perubatan Islam.
h. Tahnik Bayi Baru Lahir
Ambil sedikit madu dan kurma dan kunyah di dalam mulut kita kemudian sapukan ke
mulut bayi yang baru lahir dengan menggerakkannya ke kanan dan ke kiri
mulutnya.Tahnik ini adalah merupakan satu amalan sunnah Nabi saw dan hendaklah
dilakukan sendiri oleh bapa kepada bayi dengan menggunakan jari telunjuk kanan,
kerana di jari telunjuk ada satu urat saraf yang bersambung terus ke hati. Dan ketika
melakukan tahnik itu hendaklah ia mendoakan kebaikan bagi bayi tersebut dengan
mengucapkan Bismillah. Insyaallah bayi tersebut apabila besar dia akan dapat merasai
jiwa bapanya secara terus, samada bapanya marah atau suka diatas perbuatannya.
Wallahu a'lam. Us Abdullah Mahmud, Pengamal Perubatan Islam.
i. Menghindari Daripada Di Hinggapi Saka
Saka boleh diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi, ia lazimnya akan
diperturunkan sehingga 7 keturunan. Saka biasanya diwarisi kepada pewarisnya samada
secara disengajakan atau tidak. Apabila sipemiliknya memberikan sesuatu kepada
anaknya atau cucunya mengamalkan sesuatu petua atau ayat atau memberikan barangan
seperti keris/lembing dan sebagainya, maka si pewaris yang mengambilnya sudah dikira
sebagai telah menerimanya daripada si pemilik itu. Akibatnya sipenerima ini akan
mengalami gangguan dari segi mental/fizikal oleh jin-jin saka itu dan jika tidak dibuang
ia akan mengganggu sesiapa sahaja di dalam keturunan sipemilik asal. Untuk
menghindari daripada gangguan tersebut sayugia kita amalkan ayat 57, di dalam Surah
Hud (11:57). Letakkan tangan kanan kita disebelah dada kiri dekat jantung kita dan
baca satu kali setiap lepas solat. Amalkan berterusan, insyaallah kita tidak akan
diganggu jin saka nenek moyang kita. wallahu a'lam. Us. Sharhan Shafie, Pengamal
Perubatan Islam. " [ ^OgEO 7/E* ]7 _ O > 4 N
O).4O Ep) " . "57..............Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha
pemelihara segala sesuatu".
j. Menghindari Dari Gangguan Makhluk Halus Ketika Masuk Hutan
Hutan adalah merupakan tempat tinggal jin, syaitan dan iblis. Jika sekiranya kita
hendak masuk ke dalamnya, hendaklah kita mempunyai sedikit ilmu berkaitan dengan
makhluk-makhluk ghaib yang menghuni di dalam hutan. Walaupun mereka boleh
menghuni di mana-mana tempat tetapi majoriti daripada mereka mengambil hutan
sebagai tempat kediaman mereka. Mereka juga mendiami di rumah-rumah kosong, laut
dan sungai dan di merata jua. Oleh kerana kita tidak nampak mereka dan juga bilangan
mereka terlalu ramai, berkemungkinan kehadiran kita mengganggu ketenteraman
mereka. Justeru itu mereka akan mengganggu kita kerana kita tidak menghormati
kehadiran mereka. Di dalam perjalanan kita memasuki kawasan mereka, mungkin kita
telah meroskkan harta benda mereka atau mengganggu keluarga mereka dan lain-lain
yang kita tidak terfikir. Oleh itu untuk menghindari daripada gangguan mereka,
hendaklah kita amalkan ayat 7, Surah as Soffat (37:7), supaya kita disisihkan daripada
kejahatan mereka. Us Sharhan Shafie, Pengamal Perubatan Islam.
l1jOE`}C^OE- ]7}g)` L^gO4. "7.
Dan telah memeliharanya (sebenar-benarnya) dari setiap syaitan yang sangat durhaka,".
k. Mengubati Segala Jenis Penyakit
Ubati segala penyakit dengan membaca kaedah berikut:-
1. Letakkan tapak tangan di atas dada dan baca; j OO-O)
Eg E 7.Eg-4 (10:7) setiap kali lepas solat.
l. Mengubati Histeria
1. Gengam tangan sebelah kanan kita dan baca;

kemudian
tiup ke dalam gengaman tangan tersebut secara halus dan setelah ditiup buka gengaman
tangan tadi .Kemudian tepuk dengan tapak tangan tersebut di belakang orang yang kena
histeria. Lakukan beberapa kali sehingga sembuh. Suruh pesakit mengucap dan jika
sekiranya sudah boleh mengucap, maknanya pesakit telah pulih.
2. Perawat yang hendak merawat pesakit histeria tersebut mestilah terlebih dahulu baca
benteng untuk dirinya. Untuk benteng diri baca surah-surah berikut:- Surah ar Ra'du,
ayat 11(13:11), Surah as Soffat, ayat 7(37:7) dan Surah 3 Qul(112:1-4), (113:1-
5),(114:1-6). Us. Sharhan Shafie, Pengamal Perubatan Islam.
m. Ayat-Ayat Syifa Dalam Quran
Ayat-ayat syifa ini dikenali sebagai ayat penyembuh segala jenis penyakit. Mengikut
catatan yang dilaporkan oleh Imam Abilqasim Al-Qusyairi; " Ketika seorang anakku
sedang sakit kuat sehingga aku berputus asa mencari penawarnya ,maka aku bermimpi
bertemu Rasulullah s.a.w dan memberitahu perihal akan anakku itu, lalu Baginda
bersabda; "Apakah engkau tidak mengetahui ayat-ayat syifa?. Mengapa kamu tidak
amal ayat-ayat itu dan mohon kepada Allah di sembuhkan?". Setelah terjaga aku mula
memikirkan peristiwa itu, lalu aku meneliti di dalam Al-Quran, maka aku temui ayat-
ayat itu pada 6 tempat. Aku menulis ayat-ayat itu dan melarutkannya dalam air dan
berikan anak aku meminumnya. Alhamdulillah anak aku telah sembuh kembali.
Walaubagaimana pun Surah Al Fatehah juga merupakan ayat penyembuhan yang paling
utama kerana ianya adalah Ummul Kitab, kerana ia merupakan induk dari semua isi Al
Quran. Dinamakan pula As Sab'ul Matsaany (tujuh yang berulang-ulang/ )
karena jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat. Berikut ayat-
ayat itu:-
1. Surah Al Fatehah, ayat 1-7(1:1-7), 2. Surah At Taubah, ayat 14(9:14), 3. Surah Yunus,
ayat 57(10:57), 4. Surah An Nahl, ayat 69(16:69), 5. Surah Al Isra", ayat 82(17:82), 6.
Surah As Syura', ayat 80(26:80) dan 7. Surah Fussilat, ayat 44(41:44).
n. Mengelak Dari Kena Santau Ketika Minum Di Kedai
Santau boleh berlaku di mana-mana, samada kita berada di rumah atau di luar rumah.
Banyak juga orang yang terkena di kedai kopi tanpa disedari olehnya. Memanglah kita
tidak menyangka bahawa ada orang yg berniat tidak baik menggunakan cara ini. Untuk
menghindari daripadanya eloklah sentiasa kita mengamalkan satu doa yang di sabdakan
Rasulullah s.a.w; sesiapa yang berdoa:

Ertinya: Dengan
nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi
dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui , sebanyak 3 kali,
maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan
barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan
musibah sehingga petangnya
Kaedahnya: baca doa tersebut sebelum minum minuman yg disediakan di dalam cawan
atau gelas atau apa-apa bekas sekali pun. Letakkan jari kelinking di bawah tapak bekas
tersebut ketika membaca doa. Lakukan bacaan 3,5 atau 7 kali. Insyaallah dipeliharakan
oleh Allah swt daripada bala. Us Abdullah Mahmud, Pengamal Perubatan Islam.
o. Mengelakkan Rumah Dari Kena Ribut
1. Untuk mengelakkan rumah kita dilanda ribut ketika ia sedang berlaku, hendaklah kita
keluar dari rumah dan berdiri di hadapannya sambil itu kita azan sekuat-kuatnya.
Insyaallah mudah-mudahan disisihkan oleh Allah swt akan kepala angin yang hadir
bersama ribut itu. Us Dato' Hj Syed Omar Al Idrus
2. Baca tasbih sepanjang ribut itu berlaku tanpa henti sehinggalah ia reda. Tasbih
diamalkan oleh malaikat-malaikat dilangit dan malaikat-malaikat muqarrabin dan juga
petir dan guruh sentiasa bertasbih. Insyaallah dijaga oleh Allah swt. Us Dato' Hj Syed
Omar Al Idrus
Artinya: Maha suci Allah. Segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan yang disembah
selain Allah. Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan kekuatan selain dengan kuasa Allah
yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
p. Mengelakkan Migrin, Kemurungan dan Kebingungnan
Baca dan tiup pada tapak tangan kanan ayat 19, surah Al Waqiah(56:19) dan letak di atas
kepala yang sedang sakit. Lakukan beberapa kali Insyaallah jika diizinkan Tuhan
sembuh. Us. Sharhan Shafie, Pengamal Perubatan Islam.
q. Penawar Senggugut, Haid Tidak Normal, Istihadah dll
Solat hajat 2 rakaat dan lepas itu ambil madu asli dan baca surah al Fatehah 1 x, ayat
Kursi 1 kali, dan ayat 69 surah an Nahlu(16:69) 21 x dan tiup kepada madu dan buat
minum. Us. Sharhan Shafie, Pengamal Perubatan Islam.
h. Remedi Kena Sihir
Sihir boleh berlaku dimana-mana, samada kita berada di dalam rumah, di luar rumah,
dekat atau jauh dan lain-lain lagi. Adapun tanda-tanda kena sihir itu banyak dan
bergantung kepada jenis sihir di amalkan oleh tukang sihir itu. Diantaranya ialah:
1. Bila buka kedai orang nampak tutup 2.
pekerja saling berkelahi sesama sendiri. 3. Jumpa
telur ayam busuk atau perut ayam di hadapan rumah 4. Mimpi jatuh
dari tempat tinggi dan terkejut.
5. Mimpi berada di kawasan kotor atau kawasan perkuburan.
6. Mimpi ular. Kalau kena belit atau patuk, konfirm terkena sihir.
7. Mimpi benda-benda tajam.
8. Mimpi budak kecil, diriba atau menyusu.
9. Mimpi salib.
10. Mimpi tengok lembaga dan ketakutan.
11. Susah tidur malam.
12. Mimpi berada di kawasan sunyi, pengantara angkasaraya atau di tengah lautan.
13. Mimpi orang yang dah mati terutama kaum kerabat, bagi benda kat kita dalam mimpi
tu (mewariskan).
14. Mimpi binatang.
15. Mimpi dikejar binatang, kalau tak sempat dikejar, selamat. Kalau dikejar binatang,
kemudian orang tu kejar balik, orang tu ada kekuatan. 16.
Berdebar-debar tanpa sebab.
17. Bangun tidur ada kesan lebam atau cakar pada tubuh.
18. Ada penyakit, tetapi bila pergi hospital, doktor periksa dan kata tak ada penyakit.
19. Sakit belakang, rasa berat belakang.
20. Lenguh sendi-sendi utama.
21. Mengantuk dalam majlis ilmu.
Rasulullah semasa kena sihir oleh seorang ahli sihir Yahudi, namanya Labid bin Aksam
telah jatuh sakit selama 40 hari. Baginda dirawat oleh Jibril Alaihissalam sehingga pulih
dari sihir tersebut. Jibril mengubati nabi dengan; surah al falak dan surah al baqarah ayat
102(2:102)-Us. Sharhan Shafie, Pengamal Perubatan Islam.
a. Solat Sunat Maghrib
Apabila matahari menguning, yakni matahari hampir tenggelam di ufuk barat, maka
hendaklah engkau kembali ke masjid sebelum tenggelammnya matahari, dan hendaklah
engkau perbanyakkan tasbih dan istighfar kerana banyak kelebihannya atau fadhilatnya
pada waktu itu, iaitu sama seperti kelebihan waktu selepas subuh hingga tebit matahari
seperti firman AllahTaala dalam Surah Qaaf, ayat 39(50:39);
Ertinya; "39. Maka Bersabarlah kamu terhadap apa yang
mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan
sebelum terbenam(nya)".
Maka bacalah sebelum terbenamnya matahari surah-surah berikut: a.
As Syams(91), b. Al Laili(92), Al Falaq(113) dan d. An Naas(114) dan hendaklah
engkau istighfar sehingga terbenamnya matahari.
Apabila azan Maghrib dilaungkan dan setelah engkau baca doa azan, maka hendaklah
engkau lakukan solat sunat sebelum sembahyang fardhu Maghrib 2 rakaat. Pada rakaat
pertama selepas Fatehah bacalah: Surah al Kaafiruun(109) hingga akhir surahnya dan
pada rakaat kedua bacalah Surah al Ikhlas(112) hingga akhirnya.
Setelah selesai sembahyang Maghrib sebelum berkata-kata hendaklah engkau
sembahyang dua rakaat sunat muakkadah sepertimana disepakati oleh ulama' sufi dan
fekah. Pada rakaat pertama selepas Fatehah bacalah: Surah al Kaafiruun(109) hingga
akhir surahnya dan pada rakaat kedua bacalah Surah al Ikhlas(112) hingga akhirnya.
Hidayatus salikin-Syeikh Abd Somad al Palimbani-Bab 2, Fasal 8, Persediaan Bagi
Sekelian Sembahyang(ms-80-81).
a. Solat Malam(solat tahajjud)
5- Solat Sunat
SELEPAS SEBELUM MENU UTAMA
uO; _O>4N 4` ] O7O4C ;E)OlEc4 g;O4 El)4O :~ ;vOUC + ;O=- :~4 NO7^- ^@_
Berjaga mengerjakan ibadah malam-malam itu disuruh syarak dan terpuji ia, dengan dalil
sepotong hadis Nabi s.a.w "sembahyanglah sunat malam-malam ketika semua orang
masih tidur". Sebaik sahaja bangkit daripada tidur mu, maka terus engkau ambil wudu'
lalu sembahyang sunat tahajjud dan sembahyang sunat lain dan berzikir dan berdoa dan
bermunajat kepada Allah padahal semua orang masih tidur. Demikianlah kamu sentiasa
amalkan kerana pahalanya amat banyak dan mustajab doa kamu dan sempurna
kehidupan kamu, sentosa di dunia dan akhirat. Bahrulmazi juzuz 13-masalah 413.
Solat sayugia dimulai pada waktu satu pertiga malam iaitu mulai pukul 2.00-3.30 pagi
dan hendaklah dilakukan sebanyak 11 rakaat, masing-masing 2 rakaat 4 kali salam dan
tiga rakaat witir. Walaubagimana pun pada masa yang lain boleh juga dilakukan tetapi
pada pukul 2-3.30 pagi adalah waktu yang mustajab kerana kesunyian malam.
a. Berzikir
Berzikir ertinya mengulang-ngulang menyebut nama Tuhan dengan lidah atau hati.
Maka berzikir itu disuruh oleh syarak, kerana ia jalan yang menyampaikan seseorang
berdamping diri kepada Allah dan oleh itu di suruh banyak berzikir sepertimana di dalam
firman Allah " Hai sekelian orang yang beriman, ulang sebut olehmu akan nama Allah
itu akan sebagai ulang sebut yang banyak. Dan tersebut di dalam hadis yaitu katanya "
Dan disuruh Tuhan akan sekelian kamu berzikir yakni mengulang-ngulang sekelian
kamu menyebut nama Allah. Dan sabda Nabi lagi " Demikian juga seorang hamba Allah
tiada terpelihara dirinya daripada tipu daya syaitan itu melainkan dengan mengulang-
ngulang menyebut nama Allah. Bahrulmazi jld 20-masalah 91.
b. Faedah Berzikir
Berzikir itu banyak faedahnya sepertimana yang disebut didalam hadis Nabi s.a.w
"Bermula mengulang-ngulang menyebut nama Allah itu penawar bagi hati dan
penyembuh bagi sekelian penyakit dan menghapuskan gelapnya dari dosa dan lalai. Dan
lagi sabda Nabi s.a.w; " Bermula mengulang-ngulang menyebut nama Tuhan dengan
banyak-banyak seperti tahlil dan tasbih dan tahmid dan lainnya lebih baik daripada
sedekah sunat. Lagi sabda Nabi s.a.w; " Bermula zikir itu satu nikmat daripada Allah
kerana ia adalah alamat kebahagian. Maka tunaikanlah oleh sekelian kamu, syukurnya
dengan membanyak zikir itu serta tadabburkan maknanya. Bahrulmazi jld 20-masalah
92.
Faedah dan fadhilat berzikir yang lain adalah seperti berikut:- 1.
Mendekatkan diri serta hadir hati mencintai Allah swt. 2.
Memperteguhkan iman dan meningkatkan taqwa. 3.
Mengingati keagungan dan kemuliaan Allah swt. 4.
Menghargai dan mengingati ni'mat dariNya. 5.
Mendapat keampunan dan keredaanNya. 6.
Mendapat perlindungan dan pemeliharaan daripada malaikat. 7.
Mendapat ketenagan jiwa dan kebahagian di dunia dan akhirat
c. Membaca al Quran
6- Wirid Dan Zikir
SELEPAS SEBELUM MENU UTAMA
Membaca al Quran itu satu zikir yang lebih afdhal daripada segala zikir, samada siang
atau malamnya. Siapa yang banyak membaca Quran ialah orang yang banyak zikirnya
dan berzikir itu berhajat kepada peluang dan masa yang lapang daripada mengerjakan
hal yang lain. Maka siang hari itu sedikit orang yang ada kelapangan berzikir kerana
menjalankan hal kehidupan, melainkan pada malam hari, maka dapatlah kelapangan
yang luas daripada siang hari serta tenang hati berhadap kepada zikir jua. Sepertimana
telah diketahui, sesiapa yang banyak membaca al Quran itu ialah yang banyak berzikir.
Dan oleh itu sesiapa yang banyak berzikir ialah yang banyak pahalanya. Maka adakah
sesiapa yang kuasa membaca Quran itu 1/3(10 juzu') pada malamnya, kerana siapa yang
kuasa membaca 1/3(10 juzu') maka ialah orang yang mendapat pahala yang banyak.
Demikianlah hadis Nabi yang dikeluarkan oleh Abu Isa at Tarmizi. Bahrulmazi jld 20-
masalah 193.
d. Zikir Yang Afdhal Di Amalkan
Zikir yang lebih afdhal diamalkan di rumah adalah membaca al Quran, yaitu membaca
Surah al Baqarah. Dalil yang menunjukkan atasnya ia sepertimana sepotong hadis yang
dikeluarkan oleh Abu Isa at Tarmizi dengan katanya; "Dan bahawasanya rumah yang
dibacakan di dalamnya Surah al Baqarah itu, tidak dimasuki akan dia oleh syaitan,
kerana syaitan itu apabila melihat ia akan yang demikian, berkata ia: "Ini orang ada
ugama, dan ini orang ingat akan Allah, jauhilah kita daripadanya, pergi kepada orang
yang tidak berugama dan tidak ingat akan Allah. Maka hai saudara-saudara, apabila
engkau ingat akan sabda Nabi s.a.w demikian itu maka janganlah tinggal daripada
membaca Surah al Baqarah di rumah kamu. Sentiasakanlah kamu membacanya setiap
hari. Bahrulmazi juzuz 20-masalah 150.
e. Kemuliaan Zikir
Diantara keutamaan zikir adalah sepertimana yang disebut oleh Allah swt dalam
firmannya; 1. Surah
al Ahzab ayat 41(44:41) yang bermaksud; 41. "Hai orang-orang yang beriman,
berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya".
2. Surah al Baqarah ayat 152(2:12); yang bermaksud; 152. Karena itu, ingatlah kamu
kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu[98], dan bersyukurlah kepada-Ku, dan
janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.
[98] Maksudnya: Aku limpahkan rahmat dan ampunan-Ku kepadamu.
3. Surah al Jum'ah ayat 10(2:10); yang bermaksud; 152. Karena itu, ingatlah kamu
kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu[98], dan bersyukurlah kepada-Ku, dan
janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.
[98] Maksudnya: Aku limpahkan rahmat dan ampunan-Ku kepadamu.
4. Surah al Ra'du ayat 28(13:28); yang bermaksud; 28. (yaitu) orang-orang yang
beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, Hanya
dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
5. Surah an Nisa' ayat 103(4:103); yang bermaksud; 103. Maka apabila kamu Telah
menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu
berbaring. Kemudian apabila kamu Telah merasa aman. Maka Dirikanlah shalat itu
(sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya
atas orang-orang yang beriman. Maka berzikirlah
kamu pada malam dan siang, di darat dan di laut, pada pelayaran dan dalam negeri, pada
masa kaya dan fakir, pada masa sakit dan sihat dengan sulit dan terang. Demikian
menurut tafsiran Ibnu Abbas ra. Hidayatus salikin-Syeikh Abd Somad al Palimbani-Bab
6, Fasal 1, Zikir dan Kemuliannya(m/s 258).
f. Zikir 1


Ertinya:- Bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu adalah
pesuruh Allah pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan ilmu Allah
Zikir ini tidak diriwayatkan secara yang sahih di dalam mana-mana kitab hadis yang
mutabar. Walaupun ia mengandungi mana yang baik namun sesiapapun tidak boleh
mendakwa ia lebih utama daripada apa yang telah diajarkan oleh Baginda Rasulullah
s.a.w. iaitu . Apatah lagi untuk diamalkan secara berterusan pada setiap masa
dan tempat untuk mendapatkan kelebihan dan pahala yang khusus.Asal Usul Zikir Ini, "
".
Shaykh Abdul Rahman bin Abdul Khaliq menyebutkan dalam kitabnya al-Fikr al-Sufi
Fi Dau`i al-Kitab Wa al-Sunnah, hal. 284, bahawa Muhammad bin Salih al-Jafari yang
merupakan seorang imam di Masjid al-Azhar sejak sekian lama, telah menyebutkan
dalam kitabnya, Miftah Kunuz al-Samawat Wa al-Ard. Beliau menulis: Sidi Ahmad telah
berkumpul dengan Rasulullah s.a.w. dalam rupanya dan bersamanya Khadir a.s.
Rasulullah s.a.w. menyuruh Khadir a.s. mengajarkan kepada saya zikir-zikir Tarikat
Shaziliyyah lalu Khadir mengajarkan kepada saya di hadapan baginda. Kemudian
baginda bersabda kepada Khadir: Wahai Khadir ajarkanlah kepadanya sesuatu yang
merangkumi sekalian zikir-zikir, selawat-selawat, istighfar dan yang paling utama pahala
dan bilangannya. Beliau bertanya: Apa dia wahai
Rasulullah? Lalu baginda menjawab:
"
Khadir a.s. mengucapkannya dan akupun mengucapkannya dan Rasulullah s.a.w.
mengulang-ulangkannya sebanyak tiga kali.
g. Kalimah Tauhid
Sebagai seorang muslim yang cintakan Allah dan Rasul-Nya, apa yang perlu diberikan
keutamaan ialah berzikir dengan zikir yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang
diriwayatkan imam-imam hadis. Sebagai contoh, zikir dengan kalimah tayyibah
, Ertinya: Tiada Tuhan(yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan
Allah) walaupun ringkas, ia mempunyai keberkatan dan kepastian kerana ia
diriwayatkan secara sahih dan dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai yang paling
utama.
h. Kalimah Takbir

; Ertinya: Allah Maha Besar. Amalan Zikir & Doa Untuk Pelajar, Hj Johari
Alias, Darul Nu'man.
i. Kalimah Tahmid

; Ertinya: Segala Pujian Tertentu Bagi Allah. Amalan Zikir & Doa Untuk
Pelajar, Hj Johari Alias, Darul Nu'man.
j. Kalimah Tasbih

; Ertinya: Maha Suci Allah. Amalan Zikir & Doa Untuk Pelajar, Hj Johari
Alias, Darul Nu'man.
k. Kalimah Tasbih & Tahmid

; Ertinya: Maha Suci Allah dan segala pujian Bagi-Nya. Amalan Zikir
& Doa Untuk Pelajar, Hj Johari Alias, Darul Nu'man.
l. Kalimah Tasbih & Tahmid

; Ertinya: Maha Suci Allah dan segala pujian tertentu


bagi-Nya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. Amalan Zikir & Doa Untuk Pelajar, Hj
Johari Alias, Darul Nu'man.
m. Kalimah Tasbih & Tahmid

; Ertinya: Maha Suci Allah yang Maha Agung dan segala pujian
tertentu bagi-Nya. Amalan Zikir & Doa Untuk Pelajar, Hj Johari Alias, Darul Nu'man.
n. Kalimah Tasbih, Tahmid, Tauhid & Takbir

; Ertinya: Maha Suci Allah dan segala pujian


tertentu bagi Allah; tiada Tuhan(yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya)
melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Amalan Zikir & Doa Untuk Pelajar, Hj Johari
Alias, Darul Nu'man.
o. Kalimah Tasbih, Tahmid, Takbir & Hauqalah

; Ertinya:
Maha Suci Allah; segala pujian tertentu bagi Allah; tiada Tuhan(yang berhak disembah
dengan sebenar-benarnya) melainkan Allah; Allah Maha Besar dan tiadalah daya kuasa
melainkan dengan daya dan kuasa melainkan dengan kuasa Allah yang Maha Tinggi lagi
Maha Agung. Amalan Zikir & Doa Untuk Pelajar, Hj Johari Alias, Darul Nu'man.
p. Kalimah Tauhid, Tahmid & Hauqalah

; Ertinya:
Tiada Tuhan(yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan Allah yang
satu, tiada sekutu bagi-Nya; kepunyaan-Nya, kekuasaan-Nya dan pemerintahan-Nya dan
bagi-Nya segala pujian; Dialah yang menghidupkan dan mematikan; Dia berkuasa atas
tiap-tiap sesuatu. Amalan Zikir & Doa Untuk Pelajar, Hj Johari Alias, Darul Nu'man.
p. Zikir Darajat
Sebelum memulakan zikir darajat hendaklah kita pastikan diri kita; 1.
Suci zahir dan batin,
2. Berwudu',
3. Berada ditempat yang sunya dan cahaya yang kurang cerah
4. Sembahyang sunat wudu' 2 rakaat; a.
rakaat pertama baca Fatehah dan Qulya aiyyuhal kafiruun; b. rakaat
kedua baca Fatehah dan Qulhuallah hu ahad
5. Duduk menghadap kiblat dengan keadaan tawarruk atau iftirash
6. Istghfar dengan lisa serta hadir dalam hati; 5, 15 atau 25 kali:
7. Selawat atas Nabi saw; 21 kali
8. Diam seketika, lihat pada diri kita lemah merasakan diri kita mati berdosa seolah-olah
berada di dalam liang lahad. Hendaklah kita di dalam hati kita dengan syuhudul wahdah
fi kasrah
9. Baca Qul huallah hu ahad 3 kali, hadiah kepada Rasulullah dan kepada guru kita.
10. Pejam mata, angkat lidah naik ke langit-langit, kancing gigi, tutup mulut dan tahan
nafas kemudian zikir dalam hati kalimah Allah, Allah dan bilang berapa banyak yang
kita dapat dalam satu nafas. Buat beberapa kali untuk menguji ketahanan kita. Amalan
ini adalah untuk memudahkan saat sakaratul maut. Us Dato' Hj Syed Omar Al Idrus.
a. Surah Al Fatehah
Adalah Surah al Fatehah itu mempunyai kelebihan, yakni lebih utama dari sekelian ayat
di dalam al Quran. Maka sesiapa membaca al Fatehah dapat ia akan pahala lebih besar
daripada membaca surah-surah yang lain daripadanya yang di dalam Quran itu jikalau
banyak ayat-ayatnya sekali pun. Bahrulmazi juzuz 20-masalah 135
Sabda Rasulullah saw; Demi yang diriku di tangan kudratnya tiada diturunkan dari langit
di dalam kitab Taurat yang diturunkan dkepada Nabi Allah Musa dan tiada diturunkan
di dalam kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa dan tiada diturunkan di dalam kitab
Zabur yang diturunkan kepada Nabi Allah Daud dan tiada diturunkan di dalam Quran
yang diturunkan kepada Nabi Muhammmad saw itu seumpamanya pada sekelian sekira-
kira pada maknanya. Berkata Ibn Hibban, bermula makna sabda Nabi saw seperti pada
sepotong hadis ini, yakni tiada diberi bagi seorang pembaca Quran daripada pahala
seumpama pahala yang diberi bagi orang yg membaca Fatehah, kerana dilebihkan Allah
Taala bagi umat Muhammad atas umat lainnya, maka dikurniakan akan dia ke atas yg
membaca kalamnya pada Fatehah itu lebih banyak daripada barang yang diberi akan
lainnya atas bacaan kalamnya jua. Sabda Nabi lagi; "Bahawasanya Surah al Fatehah itu 7
dari yang diulang-ulangi dan Quran yang amat mulia diberikan kepada ku". Bahrulmazi
juzuz 20-masalah 140.
Ada pun maksud Surah al Fatehah itu 7 perkara yang diulang-ulang itu adalah seperti di
dalam kitab at Tarmizi, iaitu 7 kalimah atau ayat yang terdapat di dalam Surah al Fatehah
yang diulang-ulang bacaannya pada tiap-tiap rakaat dalam sembahyang waktu.
Bahrulmazi juzuz 20-masalah 141.
b. Qul Huwa llah Hu Ahad(Surah Al Ikhlas)
7- Amalan Ayat-Ayat Dalam Al Quran
SELEPAS SEBELUM MENU UTAMA
Membaca Qulhuallah Hu Ahad itu menyamai 1/3 Al Quran. Bermula yang demikian itu
ialah seperti sabda Nabi s.a.w; "Dan barangsiapa membaca Qulhuallah Hu Ahad
disamakan baginya dengan 1/3 Al Quran". Adapun kerana disamakan dengan 1/3 Al
Quran itu kerana Quran itu atas 3 bahagian; satu bahagian kisah-kisah, satu bahagian
hukum-hukum dan satu bahagian sifat-sifat Allah Taala. Jadi Qul Huwa llahu Ahad itu
pati bagi sifat-sifat Tuhan. Maka 1/3 Quran itu adalah satu juzuk daripada 3 juzuk, dan
kata Qil; Bermula makna hadis ini, bahawasanya pahala membacanya digandakan
dengan kadar pahala membaca 1/3 Quran dengan tiada berganda-ganda lagi. Bahrulmazi
juzuz 20-masalah 187-188.
Membaca Qul Hua llah Hu Ahad itu mewajibkan syurga. ini adalah satu kelebihan surah
al ikhlas. yaitu sesiapa yang membaca akan dia mewajibkan baginya syurga maknanya
masuk syurga. Dalil yang menunjukkan atas yang demikian ialah sepertimana hadis yang
dikeluarkan oleh Abu Isa at Tarmizi. Bahrulmazi juzuz 20-masalah 195.
Barangsiapa membaca Qulhuallah Hu Ahad 1 kali, seolah-olah ia membaca 1/3 Al
Quran, membaca 3 kali seolah-olah membaca ia khatam satu Quran, membaca 200 kali
nescaya dihapuskan dosa-dosanya 50 tahun, demikianlah yang tersebut di dalam hadis
Nabi saw seperti yang dikeluarkan oleh Abu Isa at Tarmizi katanya; "Diriwayatkan
daripada seorang sahabat bagi nabi saw namanya Anas bin Malik ra, katanya telah
datang khabar daripada Nabi saw bersabda ia: barangsiapa membaca ia pada tiap tiap
hari 200 kali akan Qulhuallah Hu Ahad, nescaya dihapuskan daripadanya akan segala
dosanya 50 tahun". Bahrulmazi juzuz 20-masalah 196.
Membaca Qul Hua llah Hu Ahad pada waktu kita hendak tidur ini lagi satu ibadat yang
ditunjukkan kepada kita oleh Rasulullah saw: "Siapa yang berbuat demikian itu apabila
ada ia pada hari kiamat nescaya berfirman tuhan: Hai hambaku masuklah engkau akan
syurga dari pihak kanan mu". Bahrulmazi juzuz 20-masalah 198.
Sesiapa membaca Qul Hua llah Hu Ahad 50 kali, nescaya diangkatkan baginya 50,000
darjat, dihilangkan daripadanya 50,000 kejahatan dan disuratkan baginya 50,000
kebajikan. Dan sesiapa yang melebihkan yang demikian itu, nescaya Allah Taala
melebihkan baginya. Hadis dlm Hidayatus Salikin m/s 141
Sesiapa membaca Qul Hua llah Hu Ahad 3 kali nescaya menyamai dengan membaca al
Quran sekeliannya. dan sesiapa membaca 30 kali nescaya tiada orang melebihinya di atas
dunia ini melainkan seorang yang melebihi bacaannya itu. dan sesiapa yang membacanya
200 kali nescaya diberi tempat kediaman yang disukainya didalam syurga yang bernama
firdaus. dan sesiapa membacanya 3 kali ketika ia masuk rumah nescaya hilang
daripadanya papa dan ia memberi manfaat sekampungnya. Hadis dlm Hidayatus Salikin
m/s 141
Sesiapa membaca Qul Hua llah Hu Ahad 10 kali nescaya Allah membina baginya rumah
di dalam syurga. Hadis dlm Hidayatus Salikin m/s 142
Sesiapa membaca Qul Hua llah Hu Ahad 100 kali di dalam sembahyang atau lainnya,
nescaya disuratkan oleh Allah Taala baginya terlepas daripada api neraka. Hadis dlm
Hidayatus Salikin m/s 142
Sesiapa membaca Qul Hua llah Hu Ahad 1000 kali maka sesungguhnya ia membeli
dirinya daripada api neraka. Kata Imam al Munawi Allah menjadikan pahala
membacanya untuk memerdekakanya daripada api neraka. Hadis dlm Hidayatus Salikin
m/s 143
c. Qul Yaa aiyyuhal Kaafirun(Surah Al Kaafirun)
Membaca Qul Yaa aiyyuhal Kaafirun menyamai 1/4 al Quran. Telah bersabda Nabi
s.a.w; "Dan barangsiapa membaca ia akan Qul Yaa aiyyuhal Kafirun di samakan baginya
dengan 1/4 Quran". Ini adalah kerana ia melengkapi atas bahagian pertama iaitu tauhid.
Maka sesiapa membacanya jadilah ia melepaskan dirinya daripada syirik, dan
mengisbatkan tauhid. Maka jadilah tiap-tiap satu daripadanya seolah-olahnya 1/4 Quran.
Bahrulmazi juzuz 20-masalah 186-192.
d. Dua Ayat Akhir Surah Al Baqarah
Sabda Rasulullah s.a.w; "Barangsiapa membaca dua ayat daripada akhir surah al
Baqarah, nescaya memadailah keduanya itu akan dia qiamullail atau daripada menolakan
segala bencana dan mara bahaya, yakni siapa yang membaca dua ayat itu pada malam
hari, samada di dalam sembahyangnya atau pun di luar sembahyangnya, maka terbilang
ia daripada orang yang mendirikan ibadat malam hari dan menghidup ia akan malamnya
dengan ibadat. Dan siapa membaca ia akan dua ayat itu kerana menolakkan segala
bencana dan mudharat maka memadailah jua". Bahrulmazi juzuz 20-masalah 159.

Dua ayat bagi akhir surah al Baqarah itu adalah ayat 285 dan 286, (2:285-286).
Bahrulmazi juzuz 20-masalah 160.
Dua ayat akhir al Baqarah jika diamalkan bersama dengan ayat al Kursi(2:255), ayat 18
surah Ali Imran(3:18) hingga katanya Uce"- ,ayat 26-27 surah Ali
Imran(3:26-27) dan surah al ikhIas dan Muazzatin dan al Fatehah pada ketika
mengiringi tiap-tiap sembahyang nescaya aman ia daripada tinggal iman daripadanya.
Bahrulmazi juzuz 20-masalah 161.
Kelebihan mengamalkan dua ayat akhir surah al baqarah itu banyak, antaranya ialah:
1. Sesiapa membaca ia pada malam hari memadailah baginya qiamullail, atau baginya
menolak bencana dan mara bahaya daripada gangguan jin dan syaitan.
2. Sesiapa mengamalkan dia serta ayat Kursi dan lainnya kemudian daripada
sembahyang nescaya aman daripada tinggal iman.
3. Sesiapa membacanya tiada hampir akan dia oleh syaitan dan jika tiada dibaca 3 hari
atau 3 malam, maka dihampiri rumah mereka itu akan syaitan. Bahrulmazi juzuz 20-
masalah 164.
Di dalam satu hadis Nabi saw; "Sesiapa membaca akan keduanya 3 kali pada pagi hari
nescaya terpelihara ia daripada syaitan semua siangnya. Jika dibacanya keduanya 3 kali
pada petang hari nescaya terpelihara ia daripada syaitan semua malamnya. Bahrulmazi
juzuz 20-masalah 165.
a. Memberi Sedakah
Bersedekah itu satu ibadat yang besar pahalanya dan mendapat balasan yang besar
daripada Allah swt. Balasannya itu berlaku dari dalam dunia sampai ke akhirat. Maka
bersedekah itu adakalnya menjadi fardhu dan adakalanya menjadi sunat. Maka sedekah
yang fardhu itu ialah zakat dan berdosa besar bagi orang yang meninggalkannya, iaitu
keatas orang yang kuasa dan cukup syaratnya. Dan sesungguhnya bersedekah itu tebusan
diri daripada azab Allah didunia dan akhirat. Bahrulmazi juzuz 20-masalah 90.

8- Amal Jariah
SELEPAS SEBELUM MENU UTAMA


a. Doa Naik Kenderaan
Ertinya:Segala puji hanya tertentu bagi Allah yang menjalankan bagi kami kenderaan ini
dan kami sebelum initiada berkuasa ke atasnya dan sesungguhnya kepada Tuhan kami,
kami akan dikembalikan. (43:13-14)-Buku Doa-Doa Pilihan Haji/Umrah & Ziarah-
Rayhar Travel
b. Doa Keluar Rumah
Ertinya:Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah dan tiada daya dan upaya
melainkan dengan pertolongan Allah. Aku berlindung dengan kekuasaan Allah yang
sempurna dari kejahatan apa yang dicipta-Nya. Buku Doa-Doa Pilihan Haji/Umrah &
Ziarah-Rayhar Travel

9- Doa Ringkas
SELEPAS SEBELUM MENU UTAMA
4pO+l)UL4L)4O4_O).^^)4 4-g^@O^N` +OEL 4`4 -EOE- E4 4OOCEc Og~-.-}E :c

4pO+l)UL4L)4O4_O).^^)4 4-g^@O^N` +OEL 4`4 -EOE- E4 4OOCEc Og~-.-}E :c

You might also like