You are on page 1of 3

INTEGRITI dan AKAUNTABILITI

bersama











Salam dan selamat sejahtera
Ketikaku mencari-cari idea untuk menulis blog terlintas di fikiranku untuk berkongsi ilmu
yang pernah ku pelajari di Institut Integriti Malaysia IIM bersama-sama Mr Kay dan Mr
Azmi sewaktu ketika dahulu di awal perkenalan kami menyertai program-program untuk
pemimpin Belia Muda.
Ilmu ini bukan sahaja diturunkan kepadaku dan aku berpeluang mendidik dan berkongsi
pengalaman bersama mahasiswa mahasiswi UiTM Shah Alam ketika aku bertugas sebagai
Fasilitator Modul LPPKP UiTM
Mungkin pada masa kini penggunaan kata INTEGRITI tidak asing lagi kepada semua warga
Malaysia. Aku lihat belia-belia mahasiswa pemimpin Bangsa acapkali menggunakan dan
mewar-warkan istilah ini dalam menyeru rakan-rakan berbuat kebaikan
Tetapi manusia sering alpa bahawa istilah ini sudah diterapkan sejak kecil lagi dan mungkin
istilah yang digunakan tidak 'bombastic' tetapi membawa kepada makna yang sama. Kepada
muslimin muslimat di luar sana mesti anda semua masih ingat akan sifat-sifat Mahmudah dan
sifat-sifat mazmumah yang diajar oleh ustaz ketika kita di sekolah rendah.
INTEGRITI disini membawa sifat-sifat mahmudah yang telah diterapkan sejak kecil.

INTEGRITI - mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
adalah kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan.
Ia juga merangkumi keikhlasan, keterbukaan, amanah,
berpegang kepada prinsip, sukar dipengaruhi dan boleh
dipercayai.

tiada perbezaan bukan? ( search sifat mahmudah di google crome anda ) :)
disini kita boleh melihat istilah ' bombastic' seterusnya yang ingin menyeru rakan-rakan belia
diluar sana agar lebih cenderung dan memahami erti katanya


AKAUNTABILITI - bertanggungjawab terhadap amanah
yang telah diberikan yang wajib dilaksana dengan sempurna.
Seseorang itu perlu bertanggungjawab atas segala perbuatan
dan keputusan yang telah dibuatnya.
apakah bezanya dengan perkataan AMANAH itu sendiri?? tiada beza juga
wahai rakan beliaku tetapi memberi nafas baru agar kita dapat memahami dan
menggunakannya dengan lebih kerap dan dapat menarik perhatian seseorang yang
mendengar.
Indahnya Islam itu bukan? aku bukanlah ustaz ataupun pendakwah tetapi hanya
ingin berkongsi pandangan bersama rakan belia ku di luar sana :)
Contoh Integriti yang paling mudah dan senang aku ingati dan berkongsi dengan
kalian dimana aku memetik kata-kata pemimpin IIM sendiri
Bayangkan apabila anda seorang CEO@ VIP yang telah terlewat 15minit untuk
menghadiri satu mesyuarat/majlis penting dimana anda berada di persimpangan
jalan berlampu isyarat merah dan tiada kenderaan lain pada ketika itu, adakah anda
akan melanggar lampu isyarat itu ataupun berhenti untuk mematuhi undang-undang
jalan raya??
Bayangkan juga apabila sesuatu pilihan raya kampus dijalankan.Bagaimanakah
anda ingin membuang undi anda? Adakah faktor Kroni yang menjadi aturan pertama
ataupun kredibiliti pemimpin yang bertanding menjadi pilihan ataupun main pangkah
sahaja tiada kena mengena dengan anda? Dimana letaknya Integriti di kedua-dua
peristiwa bayangan anda sendiri.?
Pelan Integriti Nasional

1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka
dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu
padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;
2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor
dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya
masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;
3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota
masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang
menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;
4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan
negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan
5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha
menangani cabaran abad ke-21 khususnyacabaran globalisasi dengan
lebih berkesan.

You might also like