You are on page 1of 8

J3 Homestay Tawau

013-5499-359





KENAPA HOMESTAY DAN BUKAN HOTEL?
3 SEBAB KENAPA ANDA HARUS MEMILIH J3 HOMESTAY TAWAU






J3 Homestay Tawau
013-5499-359




Terima kasih dan tahniah kerana anda mengmbil masa untuk mendownload
laporan ringkas ini dari slideshare. Sudah tentu anda ingin mengetahui
mengenai kebaikan menginap di homestay berbanding di hotel bukan?
Kalau tidak pun, sudah tentu anda ingin tahu lebih lanjut mengenai homestay
yang paling murah di seluruh Tawau, iaitu J3 Homestay Tawau. Semuanya kami
akan jawab sebentar lagi.


**Ini bukan hotel, tapi di sinilah letaknya homestay yang paling murah di seluruh Tawau



J3 Homestay Tawau
013-5499-359





Mana lebih bagus? Tinggal di hotel ataupun di homestay?
Sekarang ini, selain hotel, anda semua ada pilihan untuk menetap di homestay.
Tapi apa itu hotel dan apa itu homestay? Hotel merupakan bilik-bilik standard
yang lengkap seperti bilik tidur di rumah sendiri. Ada katil, tilam yang sangat
selesa dan empuk. Ada almari, ada meja solek, malahan ada penghawa dingin
dan bilik mandi sendiri di dalam bilik itu. Memang sesuai untuk orang yang
berkelana seorang diri atas urusan bisnes atau saja untuk berjalan-jalan.
Homestay pula adalah sebuah rumah. Ya, sebuah rumah. Rumah yang lengkap
dengan bilik, bilik air serta kelengkapan yang wajib seperti di dalam rumah
anda sendiri. Tiap bilik ada katil, ada tilam dan bantal, almari dan mungkin juga
penghawa dingin. Ruang tamu juga lengkap dengan set televisyen untuk
menonton rancangan tv kegemaran anda. Di dapur, ada semua peralatan
untuk memungkinkan anda memasak makanan kegemaran anda walaupun
berada jauh dari kampung halaman.

Mahu rasa tidur di katil yang empuk ini? Hubungi kami di J3 Homestay Tawau
J3 Homestay Tawau
013-5499-359




Kini anda sudah tahu perbezaan Antara hotel dan homestay. Jadi kenapa anda
patut memilih homestay berbanding hotel?
1. Homestay lebih besar, lebih luas,
Kalau anda datang ke Tawau untuk tujuan majlis perkahwinan atau anda
dating membawa keluarga anda bercuti di Tawau, maka anda WAJIB
tinggal di homestay. Kenapa? Tahukah anda keluasan sebuah bilik hotel
untuk saiz standard dan double? Sangat kecil. Mahukah anda
menghabiskan masa anda di Tawau dengan bersempit bersama keluarga
di dalam bilik hotel? Kalau di homestay, anda sudah tentu puashati
menghabiskan masa dengan keselesaan yang sangat menakjubkan.
Contohnya di J3 Homestay Tawau, ada 4 bilik untuk anda. Pilih saja yang
mana untuk anda dan juga untuk anak-anak anda. Tidak perlu
bersempit-sempit lagi. Bersantai lah dengan hati yang senang.



2. Homestay lebih murah!
Kadar sewa hotel standard di Tawau adalah dalam lingkungan RM60
hingga ke RM250. Ada juga hotel bajet (bilik tumpangan) yang sewanya
hanya RM30 hingga RM45. Tapi harus diingat, bilik hotel ini biasanya
paling ramai pun boleh muat hingga 4-5 orang sebilik. Dan itupun
bersempit-sempit dan berhimpit-himpit. Di Homestay, anda hanya perlu
membayar dalam lingkungan RM130 hingga RM190 bagi mendapatkan
keselesaan SEBUAH RUMAH YANG LENGKAP! Berbaloi? Ya, memang
sangat berbaloi. Di homestay anda boleh tinggal dengan 16 orang ahli
keluarga anda tanpa terasa seperti berada di dalam tin sardin. Kalau
anda ada 16 orang ahli keluarga, anda perlu menyewa 4 bilik hotel
bersaiz double. Rate double room adalah dalam lingkungan
RM100/malam. Kalau 4 bilik, anda sudah perlu membayar RM400. Itu
belum lagi kos membasuh baju di laundry dan makan-makan di luar.
Kalau di homestay, paling mahal pun, anda Cuma perlu membayar
RM190/malam. Jimat bukan? Anda juga tidak perlu risau mengenai
laundry service dan makanan kerana anda boleh mencuci baju dan
memasak dengan sepuas hati di homestay tanpa apa-apa bayaran.
J3 Homestay Tawau
013-5499-359





3. Homestay menyediakan ruang privasi & fasiliti lengkap untuk anda
Pernah anda bayangkan terpaksa berkumpul dalam 1 bilik yang sama
dengan anak-anak yang sedang meningkat remaja? Bagaimana pula
kalau si ibu masih perlu menyusukan bayinya? Kalau di hotel, hanya 1
ruang saja yang ada, dan ruang itu dikongsi bersama. Di Homestay, ibu
dan bapa ada bilik sendiri, begitu juga dengan anak-anak, serta datuk
dan nenek atau pakcik dan makcik. Fasiliti yang lengkap juga
memudahkan anda melakukan banyak aktiviti di homestay. Contohnya,
memasak untuk anak-anak anda, membuat susu dan macam-macam
lagi. Di hotel anda tidak dapat berbuat semua itu. Di hotel anda hanya
mendapat SEBUAH BILIK, di homestay anda mendapat SEBUAH RUMAH!


Adakah anda akan berasa rugi membayar RM190/malam untuk sebuah rumah yang lengkap
seperti di atas?? Semakin lama anda menyewa, makin murah anda bayar. Menakjubkan bukan?

J3 Homestay Tawau
013-5499-359




Kini anda sudah tahu kenapa anda perlu menyewa sebuah homestay
berbanding hotel, kini kami bawakan lagi maklumat tambahan bagi membuat
anda merasa rugi jika tidak menginap di J3 Homestay Tawau.
Kenapa J3 Homestay? Kenapa tidak homestay-homestay lain yang ada di
sekitar Tawau ini? Untuk makluman, ada beberapa lagi homestay yang wujud
di Bandar Tawau ini. Tapi kami percaya kami ada kelebihan tersendiri untuk
membuat anda memihak kepada kami
Antara banyak-banyak homestay di Tawau, kami yang menawarkan homestay
4 bilik 3 bilik air yang lengkap dari atas ke bawah, dari depan ke belakang.
Beras pun kami sediakan di homestay untuk memudahkan anda memasak.
Bukan itu saja, semua barang dapur kami adalah yang paling lengkap.

Beras, gula, bawang, the, minyak masak, garam, ajinomoto, asam jawa semuanya ada. Anda Cuma
perlu beli lauk saja dan masak. Hebat kan?


J3 Homestay Tawau
013-5499-359




Kalau masuk ke homestay kami anda Cuma perlu membawa baju saja. Yang
lain kami sediakan. Kami mahu memberikan nilai yang terbaik untuk setiap sen
yang anda belanjakan ke atas homestay kami.
Kedudukan homestay kami juga hanya 8 minit saja jaraknya dari Bandar
Tawau. Yang pastinya di keliling homestay kami terdapat banyak kedai dan
kemudahan yang bakal menyenangkan hidup anda semasa berada di Tawau
nanti.
Akhir sekali, harga kami yang sangat-sangat murah dan banyak nilai tambah.
Biar kami jelaskan. Kami sewakan homestay yang menakjubkan ini pada kadar
RM190/malam. Tapi harga itu akan semakin turun bila anda menyewa dengan
lebih lama lagi. Percayalah, ramai sudah yang menyewa dan sangat
berpuashati dengan harga kami yang sangat fleksibel ini. Selain itu, kami juga
member potongan harga sebanyak 5% sekiranya anda membuat tempahan
awal. Rasanya tawaran ini anda tidak akan dapat di tempat lain.

Lihat senarai lengkap harga sewa homestay kami:
1-2 malam = RM190/mlm
3-6 malam = RM180/mlm
7-10 malam = RM170/mlm
10-13 malam = RM150/mlm
14 malam + = RM130/mlm

Bagi yang membuat tempahan seminggu lebih awal, sila tolak 5% dari jumlah
keseluruhan sewa anda. Anda pasti terkejut melihat jumlah duit yang anda
dapat jimatkan apabila menginap di J3 Homestay Tawau.


J3 Homestay Tawau
013-5499-359




Kita sudah sampai di penghujung laporan ringkas ini. Kini anda sudah boleh
menilai sendiri antara hotel dan juga homestay, dan antara J3 Homestay
Tawau dengan homestay-homestay lain yang ada di Tawau.

Sila hubungi kami di talian 013-5499-359 untuk membuat tempahan

Untuk maklumat lanjut mengenai J3 Homestay Tawau, sila layari laman web
berikut:

Website : http://www.homestaytawau.blogspot.com
FanPage : https://www.facebook.com/j3homestaytawau

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan mengenai maklumat di dalam
laporan ringkas ini, sila emelkan pada kami di homestaytawau@gmail.com

Yang Ikhlas,
J3 Homestay Tawau

You might also like