You are on page 1of 40

1

TAJUK 1: Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah




Pengenalan

Pentaksiran Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai
jenis pentaksiran. Selain itu mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran membina item
ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang,
membina dan mentadbir penilaian Pendidikan Moral dengan berkesan.

Definisi Pentaksiran

Pentaksiran atau penaksiran adalah berasal daripada bahasa Latin yang membawa
maksud duduk bersama dengan pelajar dan mengesahkan respon adalah sama dengan apa
yang dimaksudkan. Menurut Salvia dan Yseldyke (1978), pentaksiran boleh didefiniskan
sebagai proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenalpasti dan mengesan masalah
pelajar serta untuk membuat keputusan.
Gearheart (1990) pula mendefinisikan pentaksiran sebagai proses pengumpulan dan
penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan
intervensi dan apabila bersesuaian keputusan ditempatkan dan cadangan penempatan. David
Lambert dan David Lines (2000) pula mendefiniskan pentasiran sebagai satu proses
pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar
terhadap tugasan mereka.
Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000) pula mengatakan bahawa pentaksiran dalam
pendidikan ialah dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang
pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Hasil pentaksiran dinyatakan
dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada
murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran. Mokhtar Ismail pula menyatakan
pentaksiran sebagai satu langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seseorang itu memiliki
sifat tertentu.
2


Penilaian merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan mengumpulkan
maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini adalah mengenai keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Gage dan Berliner (1991) menyatakan bahawa penilaian sebagai aktiviti khusus dan
sebahagian daripada akauntibiliti pendidikan iaitu pendidik adalah bertanggungjawab ke atas
kejayaan usaha mereka. Penilai pula adalah pendidik yang membantu penggubal polisi untuk
mempertingkat lagi pendidikan. contohnya, penilaian dilakukan ke atas kurikulum, pengajaran,
bahan pengajaran dan juga pencapaian pelajar untuk mendapatkan data supaya kelemahan
yang ada dapat diatasi. Abu Bakar (1986), mentafsirkan penilaian sebagai proses yang meliputi
penentuan objektif, pengutipan maklumat, dan pembentukan kesimpulan. Apabila proses ini
berjalan dengan sistematik dan saintifik, maka keputusan yang dibuat akan lebih tepat dan
dapat memenuhi tujuan keputusan itu dibuat.

Kesimpulannya penilaian dalam pengajaran dapat dikatakan sebagai proses yang merangkumi
aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Setelah itu maklumat tersebut dianalisis dan dibuat keputusan untuk tujuan mengambil tindakan
sewajarnya. Dalam proses penilaian ini terdapat aktiviti pengukuran dan pengujian iaitu data-
data diperoleh dan diukur untuk memberikan penilaian yang tepat supaya cadangan yang tepat
boleh diberikan.
Pengujian atau ujian adalah satu teknik memperoleh maklumat tentang tingkah laku seseorang
untuk memenuhi proses pengukuran dan penilaian. Gagne (1970) menerangkan ujian adalah
cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang kerana kerana pembelajaran
dikaitkan dengan perubahan tingkah laku. Secara mudahnya dapatlah dikatakan bahawa ujian
adalah satu set soalan atau tugasan bagi pelajar memberi tindak balas.

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam
dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru
apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan mereka mengukur prestasi pelajar atau
menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambilhirau maksud sebenar
atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Akan tetapi secara khususnya, ketiga-
tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai
perbezaan.Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik ialah dengan mengambil kira
semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi supaya dapat
3

membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat. Dan apa yang ingin
diterangkan secara ringkas di bawah ini ialah tentang tujuan-tujuan pengujian dan penilaian itu
sendiri.
Kesimpulannya dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan
dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen
pengujian dan penilaian amat penting malah sama pentingnya dengan penguasaan guru
terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.



Pentaksiran secara formal


Jenis-jenis penilaian formal

Penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat yang bertujuan untuk membuat
keputusan bagi mempertingkatkan sesuatu program. Gronlund (1985) mengatakan empat jenis
penilaian, iaitu penilaian formatif, sumatif, penempatan, dan diagnostik.

Penilaian secara amnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formatif dan
penilaian sumatif. Scriven (1976) merujuk penilaian formatif sebagai penilaian yang dibuat
dalam masa pengajaran dijalankan. Penilaian ini bertujuan untuk mendapat maklum balas
tentang pengajaran di samping mempengaruhi pengajaran dan proses pembelajaran yang
sedang dilaksanakan. Penilaian formatif ini membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan
meningkatkan pencapaian pelajar.

Tujuan penilaian formatif ini adalah untuk mengesan pencapaian pelajar selepas sesuatu
kemahiran diajar. Jika keputusan penilaian lemah maka guru akan merancang aktiviti
pemulihan. Bagi pelajar yang berjaya pula akan diberikan aktiviti pengayaan. Penilaian formatif
ini boleh dilakukan melalui pemerhatian guru secara tidak formal ataupun melalui tugasan dan
soalan yang dikemukan oleh guru. Melalui maklum balas yang diperolehi guru akan
memperbaiki pengajarannya dan meningkatkan prestasi pelajar sebelum menduduki
peperiksaan akhir.
4

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya ialah
untuk menentukan gred atau taraf sijil. Dalam penilaian berpusat di peringkat kebangsaan atau
Kementerian Pelajaran Malaysia seperti peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM. Gronlund
(1985) menegaskan bahawa penilaian sumatif dibuat pada akhir pengajaran. Tujuannya adalah
untuk mengesan pencapaian pelajar selepas beberapa kemahiran diajar dan bagi menentukan
gred pelajar, memberikan sijil atau menempatkan semula pelajar dalam kelas yang sesuai.

Perbandingan di antara ujian formatif dan sumatif:
UJIAN FORMATIF UJIAN SUMATIF
Fungsi Menghasilkan maklumat
balik kepada murid dan
guru tentang kemajuan
murid
Pensijilan murid di akhir kursus
Masa
diberi
Sepanjang pengajaran Di akhir satu-satu kursus atau unit
Kesukaran
item
Berubah-ubah mengikut
segmen
Semua peringkat. Ada yang sangat
senang dan ada yg.susah
Jenis alat Alat pengukur formatif yang
di bentuk khusus
Peperiksaan akhir tahun
Contoh Ujian bulanan, lembaran
kerja dan lain-lain
UPSR, PMR, STPM, Peperiksaan
Sijil Perguruan, pepriksaan akhir
tahun

Ujian bilik darjah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang sah, yang boleh dipercayai
serta berguna tentang pencapaian pelajar-pelajar. Proses ini melibatkan usaha penentuan
tentang apa yang hendak diukur dan kemudian mentakrifkannya supaya item ujian boleh dibina
untuk mengukurnya. Domain pencapaian pelajar hendaklah jelas supaya item soalan dapat
dibentuk untuk merangkuminya.

Langkah-langkah dan prosedur pembinaan ujian hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
Membentuk jadual penentuan ujian.
Menulis item-item soalan.
Menyunting item.
Menjalankan pra-ujian.
Mentadbir ujian atau peperiksaan.

5

Menentukan Tujuan Ujian

Dengan adanya tujuan yang jelas tugas menyediakan jadual penentuan ujian dapat
dipermudah. Ujian-ujian boleh diklasifikasikan mengikut tujuan. Biasanya ada empat jenis ujian
iaitu ujian penempatan, ujian formatif, ujian diagnostic dan ujian sumatif.

ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran yang
diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus. Ia juga menguji pengetahuan sedia ada
pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai objektif pelajaran yang ditentukan.
ujian formatif bertujuan mengukur kemajuan pelajar serta memberikan maklum balas
kepada guru.
ujian diagnostik bertujuan mencari punca-punca kelemahan pelajar.
ujian sumatif pula diberikan pada penghujung sesuatu kursus untuk tujuan pensijilan.

Menentukan Objektif Pengajaran yang akan diukur.

Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah sejajar dengan objektif pengajaran. Satu cara
menentukan objektif pengajaran ialah dengan menggunakan taksonomi objektif pendidikan. Ia
merupakan system yang mengelaskan kepada objektif domain-domain kognitif (Bloom 1956),
afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972).

Akhirnya hasil pembelajaran bagi unit pelajaran (perancangan ujian) boleh dinyatakan seperti
berikut:
a. mengetahui makna istilah pengujian.
b. mengetahui fakta tentang perancangan ujian.
c. mengetahui prosedur perancangan ujian.
d. mengetahu prinsip-prinsip pengujian.
e. menggunakan prinsip-prinsip dalam perancangan ujian.






6

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

JSU ialah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji. Ia
menghuraikan serta menjelaskan domain pencapaian yang ingin diukur serta memberikan satu
panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item ujian. Pembentukan JPU penting untuk
membantunya dalam penggubalan soalan-soalan ujian. Fungsi jadual ini ialah untuk
menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur, dan untuk memberi satu panduan untuk
mendapatkan satu sampel item-item soalan

Tujuan JSU diadakan:
1. JSU akan menjadikan setiap soalan yang dibina tidak sembarangan tanpa mengikut
prosedur yang ditetapkan.
2. dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang dibina.
3. sebagai satu panduan dan penentu kepada pihak yang menggubal soalan.
4. JSU juga dapat menstabilkan taraf serta aras kesukaran soalan dari setahun ke setahun.
5. JSU juga akan menentukan pemberatan soalan berdasarkan Aras Taksonomi Bloom.
6. Panduan dan prosedur akan membolehkan penggubal lain membina soalan yang telah
ditetapkan.
7. Ia juga boleh membuat perbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain.
8. JSU juga dapat menggambaarkan pembahagian aras kebolehan setiap murid. Konsep adil
dalam memberikan soalan kepada murid tercapai di sebabkan adanya soalan yang mudah,
sederhana, dan yang sukar.

Ciri-ciri Utama Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)
1. Pembinaan ujian yang dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan keparluan
spesifikasi ujian yang telah ditetapkan
2. Sampel perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang
seimbang, merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh
dilaksanakan oleh murid.
7

3. JSU menyenaraikan aras kemahiran yang akan diuji sama ada pada peringkat pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis, dan penilaian.
4. Setiap JSU dibina dengan berasaskan carta dua hala iaitu paksi tegak mengandungi tajuk-
tajuk yang akan diuji dan paksi mendatar mengandungi jenis kemahiran yang akan diuji.
5. JSU memberi gambaran tentang bilangan soalan dalam sesuatu ujian.
6. Setiap soalan yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item,
mengkaji semula, proses ujian awal (pilot test) dan pra ujian bagi memastikan item ujiann
adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan).
7. JSU menggambarkan bilangan soalann mmengikut aras kesukaran. Contohnya, soalan
aras analisis, sintesis, atau penilaian adalah lebih susah berbanding dengan soalan pada
aras pengetahuan dan kefahaman.
8. JSU juga dapat memastikan sama ada unit-unit pembelajaran telah dikuasai dengan baik
oleh murid.

Elemen Penting Membina Jadual Spesifikasi Ujian
Beberapa elemen penting yang perlu difahami oleh guru berkaitan dengan JSU ialah:
1. Keseimbangan sasaran ujian
2. Keseimbangan tahap pembelajaran yang telah dilaksanakan
3. Format ujian sama ada item jenis soalan objektif benar salah, objektif aneka pilihan, struktur
esei dan sebagainya.
4. Jumlah item soalan juga perlu diketahui oleh guru.
5. Bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran mengikut aras Taksonomi
Bloom.







8


JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
Bagi Kertas Ujian Pendidikan Moral

Aras
kemahiran
isi atau
kandungan

Pengeta-
huan
(7.5%)

Kefaha-
haman
(25%)

Aplikasi

(55%)

Analisis

(10%)

Sintesis

(2.5%)

Peni-
laian
(2.5%)

Jumlah

Sikap ber-
sih fizikal &
mental

Sikap belas
kasihan

Sikap se-
derhana

Sikap rajin

Sikap ber-
terima kasih









1


1

1



1


1



1


5

2


1


1



4


12

4












3

1












1


2


2



6


22

8
Jumlah


3

10 22 4 1 40



Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 40 soalan objektif
bagi tahun 5. Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan) manakala aras
kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan kepada pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Dari jadual ini juga menunjukkan 2 soalan objektif (1 soalan kefahaman dan 1 soalan aplikasi).
22 soalan (1 aras pengetahuan, 5 aras kefahaman, 12 aras aplikasi, 3 aras analisis dan 1 aras
sintesis.



9

Pada umumnya dari JSU di atas peratus taburan soalannya ialah:

7.5% aras pengetahuan
25% kefahaman
55% aplikasi
10% analisis
2.5% sintesis

JSU memberikan faedah-faedah berikut:

ia menunjukkan ujian dibina secara sembarangan.
ia menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
ia merupakan satu panduan kepada penggubal soalan.
ia menstabilkan aras kesukaran ujian dari setahun kesetahun.
Ia menetapkan bidang serta pemberatan yang diberi di dalam sesuatu ujian.
Ia membolehkan ujian itu dibina oleh penggubal-penggubal yang berlianan.
Ia membolehkan perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian lain .



Contoh Soalan dan Aras Pemeringkatan Taksonomi Bloom
Aras kemahiran dalam bidang kognitif Contoh soalan
1. Pengetahuan
Menguji pengetahuan murid-murid
Mengingat kembali fakta, menjelaskan erti,
menjelaskan prinsip, menjelaskan istilah,
menjelaskan hukum, menjelaskan definisi yang
telah dipelajari

Nyatakan lima Prinsip Rukun Negara
2. Kefahaman
Menguji kebolehan murid memahami, menukar dan
menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan
teori yang telah mereka pelajari.

Huraikan dua tanggungjawab seorang anak
kepada kedua ibu bapanya.
3. Aplikasi
Menguji kebolehan pelajar menggunakan fakta,
konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan
kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang
berkaitan.

Sunil merupakan seorang murid yang malas. Dia
selalu meminta bantuan orang lain untuk
menyempurnakan kerja sekolahnya. Jelaskan nilai
yang patut diamalkan oleh Sunil agar dia boleh
menjadikan dirinya cemerlang.
4. Analisis
Menguji kebolehan pelajar membanding dan
menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan
Banding bezakan antara dua watak yang terdapat
dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah.
10

dan perhubungan di antara satu sama lain.
5. Sintesis
Menguji kebolehan pelajar mencantumkan,
menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-fakta
atau idea-idea yang berkaitan
Lengkapkan peta minda berikut dengan
meletakkan ciri-ciri pemimpin yang unggul
berdasarkan teks yang telah anda baca.
6. Penilaian
Menguji kebolehan calon membuktikan,
menilaikan, mengesahkan, mengkritikan,
merumuskan atau memberi pendapat sesuatu
pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan
sebagainya.
Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan
penilaian anda terhadap kempen kitar semula yang
telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.


ARAS KEMAHIRAN DOMAIN KOGNITIF PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL
Taksonomi Bloom Aras Kesukaran Tugasan

Pengetahuan
Kefahaman
Aras Mudah

Aplikasi
Analisis
Aras Sederhana

Sintesis
Penilaian
Aras Kompleks




Contoh kata tugas yang boleh digunakan bagi setiap aras kemahiran domain kognitif:
Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan Kata Tugas yang boleh digunakan:
Mengetahui
Mengingat Kembali
Takrifkan Padankan Senaraikan
Perihalkan Namakan Lakarkan
Kenal pasti Nyatakan Tuliskan
Labelkan Lukiskan
Memahami
Menterjemah bahan atau idea
drp satu bentuk idea ke bentuk
lain; mentafsir bahan atau idea;
merangkakan trend masa depan
Ubahkan Tentukan Buat inferens
Anggarkan Tukarkan Hubungkaitkan
Terangkan Banding bezakan Cirikan
Berikan contoh Tambahkan Kelaskan
Ukur Ramalkan Sukat

Mengaplikasi
Menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang
baru dan konkrit
Kirakan Hitungkan Ubahsuai
Tunjuk cara Jelaskan dgn contoh
11

Menganalisis
Mengasingkan maklumat kepada
komponen-komponennya untuk
memahami struktur
organisasinya dan perhubungan
antara komponen
Cerakinkan Jelaskan melalui contoh
Pilih Buat Urutan
Asingkan Selesaikan masalah
Buat andaian
Kawal pembolehubah
Susun mengikut keutamaan
Huraikan
Buat Kesimpulan
Mensintesis
Menggabungkan komponen-
komponen untuk menghasilkan
keseluruhan idea atau struktur
yang baru dan kreatif
Gabungkan Konsepsikan
Rancangkan Buat gambaran mental
Ringkaskan Definisi secara operasi
Binakan Buat hipotesis
Rangkakan Reka bentukkan
Buat eksperimen
Buat analogi
Buat reka cipta
Menilai
Menilai idea/maklumat/ /kaedah/
bahan berdasarkan kriteria yang
spesifik untuk tujuan yang
tertentu
Taksirkan
Tafsirkan
Kritik
Wajarkan
Kesan kecondongan
Buat keputusan
Sokong



Pentaksiran secara tidak formal

Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :
Pemerhatian
Senarai semak dan skala pemeringkatan
Rekod Anekdot
Hasil kerja pelajar
Temu bual




12

i) Pemerhatian

Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di dalam dan di
luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar boleh
direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku murid-
murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.


ii) Senarai semak

Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun enam
telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasakan kriteria
tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai semak
menunjukkan semakin banyak tingkah laku yang dijangkakan ditonjolkan oleh murid-murid.
Sampel Senarai semak Tingkah laku pelajar adalah seperti yang berikut :-


SENARAI SEMAK TINGKAHLAKU PELAJAR

Nama : kelas: Tempoh :


BIL

TINGKAH LAKU
PEMERHATIAN
(YA) (TIDAK)
1. Menjaga kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan sekolah
2. Menghormati rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah
3. Mematuhi arahan , peraturan dan undang-undang
4. Bersopan santun
5. Memberi kerjasama kepada rakan dan guru
6. Selalu bersikap adil
7. Menepati masa
8. Menghabiskan tugasan yang diberikan
Jumlah skor

13

iii) Skala Pemeringkatan

Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu skala.
Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat `Ya atau
`Tidak tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat amalan dan penghayatan
nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Semasa
menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu memastikan tidak dipengaruhi oleh
kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif atau negatif. Kesan halo merujuk kepada
keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif yang menonjol memberi kesan
terhadap penilaian pelajar tersebut. Pengaruh Kesan halo akan memberi penilaian yang tidak
adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam
sesuatu nilai yang menojol.
Berikut adalah satu contoh skala pemeringkatan :-



BORANG PENILAIAN TINGKAH LAKU / SAHSIAH (SKALA PEMERINGKATAN)

Nama : Kelas : Tahun:
TINGKAH LAKU SEMESTER 1 SEM ESTER 2
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
1. Mematuhi peraturan sekolah
2.Berdiri tegak semasa
menyanyikan lagu `Negaraku

3. Berbaris semasa perhimpuan
4.Memberikan salam apabila
berjumpa dengan guru

5. Tidak membuat bising semasa
guru tidak ada dalam kelas

6. Mendengar arahan guru
7.Menghantar kerja rumah pada
masa yang ditetapkan

8.Memakai pakaian seragam
14

sekolah yang kemas dan bersih
Skor
Jumlah Besar

iv) Rekod Anekdot

Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu.
Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat
dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya merangkumi seberapa
ramai pelajar yang mungkin.
Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif.
Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan.
Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :-




REKOD ANEKDOT
Nama Pelajar :_________________________ Tahun : ________________

Tarikh Jenis Perlakuan Komen

9.7.04
17.8.04
23.8.04
2.9. 04
3.9.04

Bergaduh di dalam kelas
Berbual-bual semasa perhimpuan
Tidak memakai lencana sekolah
Merosakkan meja di dalam kelas
Meniru ujian matematik


Tandatangan Guru ___________________




15

V) Hasil Kerja Pelajar

Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh
murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid berasakan isi
kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspekaspek yang boleh dinilai termasuk
sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja.

Vi) Temu bual

Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan peluang
menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Semasa
menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai
situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral.





















16


TAJUK 2 Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral


Jenis-jenis instrumen pentaksiran formal.

Penilaian dalam Pendidikan Moral lazimnya dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara formal
dan tidak formal. Penilaian dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang berbentuk
ujian pensil kertas. Penilaian formal boleh berbentuk objektif dan subjektif. Jenis-jenis ujian
objektif dan subjektif :-


Soalan Objektif


Soalan Subjektif
Soalan aneka pilihan
- jawapan terbaik
- Positif dan negatif
- Cantuman
Soalan betul salah
Soalan memerlukan jawapan yang
pendek
Soalan melengkapkan perkataan /
ayat / cerita
Soalan menggunakan gambar

Panduan Membina Soalan Objektif dan Subjektif

Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza iaitu
aras pengetahuan, kefahaman, analisis, sintesis dan kefahaman. Dua jenis soalan ini boleh
membekalkan maklumat yang berguna mengenai prestasi pelajar. Setiap jenis ujian
mempunyai kebaikan dan kelemahannya tersendiri. Umumnya kedua-dua jenis soalan ini
adalah untuk mengukur pencapaian dan prestasi pelajar di alam persekolahan mereka.

Kebaikan dan Kelemahan Ujian Objektif dan Sujektif

Kebaikan soalan objektif adalah seperti berikut:-
merangkumi semua bidang matapelajaran.
masa untuk menjawab serta memeriksa amat singkat.
objektivitinya tinggi. Markah yang sama diberi oleh pemeriksa yang berbeza.
emosi pemeriksa tidak mempengaruhi pemarkahan.
17

Keburukan soalan objektif adalah seperti berikut ; iaitu:-

pembinaan ujian memerlukan belanja, masa dan tenaga yang tinggi.
tidak dapat menguji calon di aras kognitif yang tinggi.
menggalakkan pelajar meneka jawapan.
pelajar kurang membuat persiapan rapi

Kebaikan soalan subjektif adalah seperti berikut:-

senang dibina dan ditadbir.
menguji sejauh mana seorang pelajar menyatakan ideanya.
boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran.
peluang untuk meneka jawapan dapat dikurangkan.

Keburukan soalan subjektif adalah seperti berikut:-

unsur subjektiviti akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
ia hanya merangkumi bidang yang terhad kerana bilangan soalan ini terhad.
pemarkahan mengambil masa dan tenaga yang banyak.
pelajar boleh membuat ramalan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.

Contoh item-item ujian soalan objektif adalah seperti berikut:-

1. Contoh soalan objektif (Jawapan terbaik)

Sekiranya anda ialah seorang pustakawan. Semasa menjalankan tugas anda
Medapati bahawa dua orang rakan anda sedang berbual dengan suara yang tinggi. Apakah
tindakan anda
A. Memarahi mereka
B. Menasihati mereka
C. Tidak memperdulikan mereka
D. Menghalau mereka keluar dari perpustakaan


18

2. Contoh soalan objektif (Cantuman)

Tindakan berikut yang manakah menunujukkan sikap menyayangi alam sekitar
I Menebang pokok sesuka hati
II Membuang sampah ke dalam sungai
III Menanam pokok bunga di kawasan lapang
IV Mengumpulkan surat khabar untuk kitar semula
V Menderma baju lama ke rumah anak yatim

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. II, III dan IV sahaja
D. III,IV dan V sahaja

3.Contoh soalan objektif (Positif / negatif)

Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja, kita harus lakukan perkara-
perkara berikut Kecuali
A. Membayar ganti rugi kepada jiran
B. Menggantikan pasu bunga yang baru
C. Melarikan diri dari tempat kejadian
D. Mengaku kesalahan dan meminta maaf daripada jiran

4. Contoh soalan betul / Salah

a) Apabila Sabri marah, dia memukul adiknya. ( )
b) Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan ( )

5. Contoh Soalan Subjektif (Lengkapkan ayat)

a) Peperiksaan akhir akan hampir menjelang, anda harus ________________________
b) Sikap yang suka menjaga kebersihan alam sekitar akan menguntungkan kita
kerana ____________________________________________________

19

6. Contoh Soalan Subjektif (Jawapan pendek)

a) Huraikan 3 cara sayangi alam sekitar
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
b) Manjit bermain bola keranjang ketika hujan lebat. Pakaiannya menjadi basah dan kotor.
Apabila sampai di rumah , Manjit terus makan kerana letih dan lapar. Nyatakan 3 tindakan
yang patut diambil oleh Manjit jika dia mengamalkan nilai kebersihan diri

1.________________________________________________________________
2.________________________________________________________________
3.________________________________________________________________




















20

Contoh Soalan

Aras Pengetahuan
Objektif: Melalui soalan ini,pelajar akan tahu bila terbentuknya Malaysia.
1 . Bilakah terbentuknya Malaysia?
- Malaysia telah terbentuk pada 16 September 1963. Ia dianggotai oleh Tanah Melayu,
Singapura, Sabah dan Sarawak.

Aras Pemahaman
Objektif : Melalui soalan ini,pelajar akan dapat mengetahui mengenai jenis-jenis sumber
yang boleh dijadikan rujukan untuk mengkaji mengenai Malaysia.
2 . Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembentukan Malaysia,banyak sumber-
sumber yang boleh dirujuk untuk tujuan tersebut. Apakah antara sumber-sumber tersebut?
- Antara sumber-sumber yang boleh dirujuk untuk mengetahui mengenai sejarah pembentukan
Malaysia ialah Dokumen-dokumen yang masih tersimpan di Arkib,Muzium dan juga pihak
persendirian. Dokumen seperti dokumen pengistiharan Malaysia boleh dirujuk untuk mengetahui
mengenai sejarah Malaysia. Selain itu ialah catatan-catatan yang dilakukan oleh mereka/ahli
sejarah yang terlibat dengan peristiwa terbabit. Selain itu, sumber lisan daripada mereka yang
pernah terlibat dalam peristiwa kemerdekaan tersebut juga boleh diambil untuk mengetahui
mengenai pembentukan Malaysia. Selain itu,surat rasmi kerajaan,surat peribadi tokoh terlibat
juga boleh menjadi dalil untuk mengetahui peristiwa pembentukan Malaysia. Selain itu,akhbar-
akhbar yang terbit pada zaman itu juga boleh dijadikan rujukan oleh pengkaji sejarah Malaysia
untuk mengetahui dengan lebih lanjut peristiwa pembentukan Malaysia.

Aras Aplikasi
Objektif : Pada soalan ini,pelajar akan dapat mengetahui kenapa Singapura di singkirkan
daripada Malaysia.
3 . Singapura telah bersetuju untuk menjadi salah sebuah Negara yang terlibat dengan
pembentukan Malaysia. Namun selepas hanya 2 tahun, Singapura telah dikeluarkan oleh Tunku
Abdul Rahman daripada Malaysia. Kenapakah Tunku bertindak demikian?
21

- Antara sebab kenapa Tunku Abdul Rahman berbuat demikian kerana merasakan PAP mungkir
janji dan cuba menyebarkan pengaruhnya kedalam Tanah Melayu sekaligus melanggar
perjanjian yang telah disepakati selama ini. Dalam perjanjian tersebut,PAP tidak akan
menyebarkan pengaruhnya kedalam Tanah Melayu dan begitu juga MCA tidak akan
menyebarkan pengaruhnya di Singapura. Malangnya, PAP telah melanggar persetujuan tersebut
dengan menyebarkan pengaruhnya di Tanah Melayu. Hal ini telah menyebabkan pengaruh MCA
dalam kalangan kaum Cina telah tersebut. Untuk mengatasi masalah yang berlaku ini, Tunku
Abdul Rahman telah memberikan kemerdekaan yang berasingan kepada Singapura.

Aras Analisis
Objektif: Pada soalan ini,pelajar akan dapat membezakan antara golongan kanan dan
golongan kiri di Malaysia.
4. Apakah perbezaan antara 4 tokoh di bawah ?
Dr Burhanuddin al Helmy Dato Onn
Pak Sako Tunku Abdul Rahman

- Perbezaan yang ketara antara 4 tokoh diatas ialah fahaman mereka dalam usaha menuntut
kemerdekaan. Dr Burhanuddin al Helmy dan Pak Sako digelar sebagai golongan kiri yang
mahukan kemerdekaan dalam apa jua cara walaupun melalui peperangan secara kekerasan.
Namun Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman hanya mahukan kemerdekaan dengan cara aman
dengan melakukan rundingan.
Aras Sintesis
Objektif : Pada soalan ini,pelajar akan membuat ramalan mengenai apa yang akan
berlaku jika golongan kanan dan golongan kiri bersatu menuntut kemerdekaan. Pelajar
akan dapat mengetahui kesan daripada perkara tersebut.
5 Ramalkan apa yang akan berlaku jika golongan kanan dan golongan kiri bersatu untuk
menuntut kemerdekaan?.
- Pada pendapat saya,jika golongan kanan yang diketuai oleh Dato Onn dan golongan kiri
bersatu untuk menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu,sudah semestinya kemerdekaan akan
cepat tercapai samada melalui rundingan ataupun jalan kekerasan.

22

Aras Penilaian
Objektif : Pada soalan ini,pelajar akan dapat menilai kepentingan kemerdekaan kepada
penduduk di Tanah Melayu.
6 . Nilaikan kepentingan kemerdekaan kepada penduduk Tanah Melayu?
Kemerdekaan amat penting kepada penduduk Tanah Melayu. Buktinya muncul banyak parti-
parti yang melibatkan orang Melayu untuk menuntut kemerdekaan contohnya PKMM,Hizbul
Muslimin kemudiaan diikuti oleh UMNO dan Parti Negara. Orang Melayu mahukan sebuah
kerajaan yang dibentuk sendiri oleh penduduk Tanah Melayu bukannya sebuah pentadbiran yang
diperintah oleh bukan dari bangsa Melayu. Kemerdekaan amat penting kepada orang Melayu
kerana ini menandakan kemampuan mereka untuk menjadi pentadbir yang selama ini dilakukan
oleh penjajah.
http://diniahfalahiah.blogspot.com/2012/01/kenali-aras-kognitif-taksonomi-bloom.html





















23


3 Isu-isu dalam Pentaksiran Pendidikan Moral



3.1 Kelebihan Pentaksiran formal dan tidak formal.
1. Pentaksiran yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu
murid mengatasi masalah pembelajaran yang dikenal pasti pada peringkat awal
supaya kelemahan tersebut tidak berulang lagi.
2. Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu kemahiran dan tindakan secara
bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan.
3. Dapat membantu memotivasikan murid untuk terus belajar dan mencapai
kejayaan.
4. Mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid.
5. Dapat mendalami dengan lebih dekat akan peribadi murid-murid yang diajar
6. Dapat mengesan kemajuan, pencapaian, dan fenomena tingkah laku murid-
murid yang diajar.

3.2 Kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal.
1. Membebankan pelajar dan guru.
2. melahirkan pelajar yang hanya tahu menjawab soalan tetapi tidak boleh berfikir.
Kesannya, pelajar berlumba-lumba ke kelas tuisyen dan meninggalkan aktiviti
kekeluargaan dan kemasyarakatan.
3. para pelajar tertekan untuk memperoleh keputusan yang baik sehinggakan hilang
keseronokan belajar.
4. Pentaksiran secara keseluruhannya tidak mampu mencapai objektif untuk menimba
pengetahuan secara menyeluruh.
5. Penaksiran bakal melahirkan generasi-generasi pelajar yang hanya mampu memperoleh
maklumat dan mencurahkan maklumat dalam kertas peperiksaan.


24

3.3 Masalah perlaksanaan pentaksiran formal dan tidak formal.
Setiap matapelajaran yang diajar di sekolah adalah diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk
formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif
iaitu mengenai pembentukan sikap, nilai dan emosi maka penilaian mengenainya menghadapi
masalah.

Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif

Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran?

Situasi: Cikgu Ahmad mengajar matapelajaran Pendidikan Moral. Tajuk yang disampaikannya
pada hari itu ialah nilai kebersihan. Pelajar-pelajar didapati menyimpan kuku yang pendek dan
bersih pada hari yang kedua.
Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong dan
membersihkan kuku mereka?

Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang

Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka
pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Penilaian
juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan serta
rekod peristiwa (rekod anekdot) juga digunakan.

Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif

Sesetengah alatan yang digunakan dalam penilaian Pendidikan moral banyak dipengaruhi oleh
perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui

Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi

Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang
amat sukar dinilai
25

Situasi: Seorang pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat berwarna merah. Ini
menunjukkan pemandu itu mematuhi undang-undang. Tetapi adakah pemandu ini seorang
yang bermoral atau pun ia takut didenda $300.00?

Rumusan

Penilaian Pendidikan Moral di sekolah yang menitikberatkan domain afektif iaitu mengenai
pembentukan nilai dan sikap menghadapi pelbagai masalah. Antaranya penilaian cara ini
susuah untuk dinilai. Proses penilaian memerlukan masa yang panjang dan membawa banyak
implikasi. Kesimpulannya, oleh kerena Pendidikan Moral banyak menyentuh tentang nilai dan
sikap maka ia mengalami banyak masalah apabila proses penilaian dibuat.






















26


TAJUK 4 Pengurusan Matapelajaran Pendidikan Moral di Sekolah


4.1 Tugas dan tanggung jawab Guru Panitia matapelajaran Pendidikan Moral.

Pelaksanaan berkesan satu-satu mata pelajaran di sekolah memerlukan penyelerasan dan
pengawasan yang rapi. Oleh yang demikian, panitia mata pelajaran Pendidikan Moral perlu
diwujudkan di sekolah. Guru-guru Pendidikan Moral boleh meminta bantuan guru besar atau
pengetua sekolah untuk menubuhkan panitia Pendidikan Moral di sekolah. Beberapa orang
guru Pendidiikan Moral akan dilantik untuk menjalankan tugas penyelarasan dan pengawasan.

Antara tugas-tugas panitia mata pelajaran Pendidikan Moral ialah:
1. Melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran
a) sebagai seorang guru, Ketua Panitia juga perlu mengajar dalam kelas mata
pelajaran Pendidikan Moral.
b) menjadi guru contoh kepada guru-guru lain, supaya mereka akan dimotivasikan
untuk mengajar Pendidikan Moral.
2. Pemimpin dan Pengurus Kurikulum
a) Mengendalikan mesyuarat dari masa ke semasa untuk mengesan keberkesanan
pengajaran Pendidikan Moral.
b) Menyiapkan rancangan kerja tahunan, semester dan harian untuk semua guru
Pendidikan Moral.
c) Membina item-item ujian kertas pensel bagi ujian sekolah dan PKBS.
d) Membina item-item untuk penilaian tidak formal bagi Pendidikan Moral.
e) Menyediakan bahan bantu mengajar Pendidikan Moral.
f) Merancang projek yang boleh meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Moral.
g) Bertukar-tukar pendapat dengan panitia Pendidikan Moral sekolah lain untuk
meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
h) Mengurus dan mengerakkan panitia.
i) Merancang, melaksana, menyelia dan menilai pembelajaran dan pengajaran
yang akan dijalankan di dalam kelas supaya ia saksama dan adil kepada semua
pelajar
27

j) mematuhi surat pekeliling yang diedarkan oleh kementerian supaya tidak
bercanggah dengan objektif mata pelajaran Pendidikan Moral
k) Mengurus jadual waktu mata pelajaran Pendidikan Moral
l) Mengurus bilik-bilik khas untuk pembelajaran Pendidikan Moral seperti bilik
audiovisual.
m) melakukan tindakan susulan seperti membuat kelas-kelas pemulihan dan
pengayaan
3. Memastikan kemajuan staf
a) Membuat analisis keperluan-kepperluan staf dalam mengajar moral
b) merancang dan melaksana program latihan dalaman
c) menilai program Pendidikan Moral di sekolah
d) memastikan penyertaan guru dalam seminar, bengkel, dan kursus
4. Menyediakan bahan:
a) menyediakan bahan bantu mengajar kepada guru-guru untuk digunakan di
dalam kelas.
b) menambahkan koleksi Pusat Sumber Sekolah.


4.2 Tugas dan tanggung jawab guru Pendidikan Moral.
Matlamat Pendidikan Moral di Malaysia ialah:
Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk individu yang berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta
masyarakat global.
Sumber: Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral,2003
Kurikulum Standard Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia,
berintegriti dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta
masyarakat global.
Sumber: Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Moral, 2010

Berdasarkan petikan di atas, jelas peranan guru Pendidikan Moral yang utama ialah merealisasikan
matlamat seperti di atas. Matlamat pengajaran Pendidikan Moral merujuk kepada satu program mendidik
murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak
28

mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.
Kurikulum Standard Pendidikan Moral di sekolah rendah memberi tumpuan kepada usaha memupuk
kekuatan kerohanian dan moraliti murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni universal yang
terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu murid dapat satu
panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang
bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang berintegriti moral dan sosial terhadap segala
keputusan dan tindakan yang dilakukan.
Beberapa prinsip utama telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh
dari segi intelek, rohani,emosi dan sosial.
Prinsip-prinsip itu adalah:
Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;
Berpegang teguh pada ajaran agama;
Prihatin kepada alam sekitar;
Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;
Bersemangat patriotik;
Menghormati hak asasi manusia; dan
Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan.





Perbandingan objektif Pendidikan Moral Sekolah Rendah KBSR dan KSSR

KBSR KSSR
Memahami dan menghayati nilai-nilai murni
masyarakat Malaysia;

Memahami dan menghayati nilai-nilai universal;
Meningkatkan amalan budi pekerti mulia;

Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia;

Menyedari dan menerima kepentingan
tanggungjawab moral dan sosial bagi
mengekalkan kesejahteraan hidup dalam
perhubungan diri dengan keluarga,
masyarakat, negara serta alam sekitar; dan

Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial
bagi mengekalkan kesejahteraan diri dengan
keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara;
dan

Mengembangkan pemikiran moral, perasaan moral
dan amalan moral dalam
membuat sesuatu pertimbangan dan keputusan
yang selaras dengan nilai-nilai murni masyarakat
Malaysia.
Mengembangkan dan mengaplikasikan penaakulan
moral, perasaan moral dan perlakuan moral dalam
membuat pertimbangan dan keputusan.


Objektif-objektif di atas, merupakan peranan guru Pendidikan Moral khususnya dalam
mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan bermakna di dalam bilik
29

darjah dan di luar bilik darjah. Dari segi pelaksanaannya guru Pendidikan Moral perlu
menguasai maksud nilai-nilai murni berserta dengan kandungan akademik dan situasi atau isu
yang sesuai seperti yang dicadangkan dalam dokumen Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan
Moral sekolah rendah dan menengah.

Guru merupakan penghubung penting di antara sekolah dan rumah. Peranan utama guru-guru
adalah bagi memastikan perkembangan moral para pelajar adalah dengan membantu mereka
membentuk satu pandangan moral yang menyeluruh dan relevan bagi kedua-dua institusi iaitu
rumah dan sekolah. Oleh itu Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang berat.
Selain daripada perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan dia perlu menjadi contoh
kepada pelajarnya. Guru Pendidikan Moral bukan sahaja mengajar nilai-nilai moral kepada
murid-murid tetapi harus menghayati serta mengamalkannya.

Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah telah
mempelajari pelajaran moral di rumah daripada keluarga dan masyarakat. Ini bermakna kanak-
kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan tabiat tentang moral yang dipelajari mereka
daripada pelbagai sumber sebelum mereka ke sekolah.

Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan sumber
pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir
dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan memberi pengaruh secara tidak langsung
kepada pembelajaran moral kanak-kanak di sekolah.

Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat adanya sikap-sikap moral yang tertanam dalam
diri murid-murid, dan guru haruslah bersedia untuk mengajar Pendidikan Moral dengan
mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral sedia ada murid-murid. Guru
dikehendaki melanjutkan pengetahuan moral murid-murid ini dan membimbing mereka semasa
pengajaran Pendidikan Moral. Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk melanjutkan
pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk melahirkan
individu yang bermoral tinggi.

Selain itu guru yang berada di dalam kelas sering menjadi pendorong bagi setiap aktiviti, seperti
mewujudkan situasi simulasi dan memulakan permainan bahasa. Guru juga menjadi fasilitator
yang membantu pelajar-pelajar memulakan aktiviti seperti menggalakkan mereka menceritakan
30

pengalaman mereka dan menganjurkan satu projek gotong-royong. Seorang guru juga harus
memahami peranannya dan menberi sokongan bagi aktiviti yang dianjurkan oleh para pelajar
dan guru-guru dengan cara melapangkan masa untuk melihat dan mendengar lakonan yang
disediakan oleh pelajar.

Selain memahami bidang pembelajaran dalam Pendidikan Moral, guru Pendidikan Moral perlu
menghidupkan kelas dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan memberikan pengalaman
langsung kepada murid. Bawalah mereka melawat rumah orang tua yang berdekatan dan
suntiklah seberapa banyak nilai kasih sayang, hormat menghormati dan membalas budi ke
dalam jiwa kanak-kanak yang masih mentah itu. Melalui pengalaman tersebut mereka akan
dewasa dengan jiwa prihatin yang kaya dengan nilai kemanusiaan.

Lawatan ke kampus universiti di kalangan murid-murid di kawasan luar bandar akan
menyebabkan mereka berjiwa besar untuk terus memanjat tangga kejayaan. Pendek kata guru
Pendidikan Moral yang komited ibarat doktor yang mampu memberikan penawar, mengubati
dan memberikan harapan kepada murid-murid yang diibaratkan sebagai rebung yang masih
boleh dilentur.

Seorang guru Pendidikan Moral juga boleh bertindak sebagai pegawai sumber yang
membolehkan beliau memberi maklumat yang tepat atau membantu para pelajar mencari
maklumat bagi setiap dilemma seperti dalam mata pelajaran Sejarah atau Sains. Guru juga
boleh menjadi perangsnag dalam penaakulan bagi membantu pelajar berfikir melalui dilema
dan tindakan moral.

Guru juga boleh menyimpan rahsia pelajar-pelajar dalam menjalinkan hubungan baik sesama
pelajar. Guru Pendidikan Moral boleh menjadi pendengar yang baik kepada setiap masalah
yang dihadapi oleh para pelajarnya andai ada para pelajar yang ingin menceritakan masalah
peribadi mereka.





4.3 Mengurus sumber dan bahan Pengajaran pembelajaran Pendidikan Moral.
31


Seperti mana mata pelajaran lain, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral akan lebih
berkesan dan menyeronokan jika pelbagai bahan bantu mengajar digunakan oleh guru.

Sebahagian bahan sumber tidak memerlukan kewangan yang banyak dan boleh disediakan
sendiri oleh guru-guru Pendidikan Moral. Terdapat juga Pusat Kegiatan Guru daerah
mengadakan bengkel menyediakan bahan-bahan sumber pengajaran secara bersama.
Murid-murid juga boleh diminta membuat bahan-bahan sumber melalui tugasan dan
projek. Terpulanglah kepada kreativiti guru dan panitia mata pelajaran untuk menyediakan
bahan sumber yang boleh digunakan untuk pengajaran pembelajaran mereka.

Anda tentu biasa dengan bilik sumber sekolah. Walaupun cara pengurusan dan
pengendaliannya mungkin berbeza tetapi fungsinya adalah sama. Bahan-bahan sumber
biasanya diletakkan di bilik sumber sekolah, diatur/disimpan mengikut mata pelajaran.
Guru-guru boleh mengeluarkannya apabila diperlukan. Kadang kala bahan sumber diletakkan di
satu sudut di perpustakaan kerana kekurangan bilik. Namun guru-guru tetap diberi kebenaran
untuk menggunakannya dengan membuat catatan supaya bahan-bahan itu tidak hilang dan
dapat dikesan. Bahan-bahan ini mesti dipulangkan selepas menggunakannya.

Bagi penggunaan alat-alat elektronik, biasanya murid-murid akan dibawa ke bilik yang
dikhaskan apabila perlu menggunakannya. Untuk menggunakan bilik ini, perlu dibuat
tempahan terlebih dahulu kerana biasanya banyak kelas yang akan menggunakan bilik ini
pada satu-satu masa. Oleh itu penjadualan biasanya dibuat oleh guru yang
dipertanggungjawabkan supaya tidak menimbulkan masalah. Guru-guru perlu
mengetahui cara-cara menggunakan bahan-bahan sumber elektronik supaya pengajaran
tidak tergganggu. Jika tidak, guru terpaksa meminta bantuan pembantu bilik sumber ( jika ada )
atau pelajar-pelajar yang tahu. Selepas digunakan, bahan/alat elektronik mestilah dikembalikan
seperti kedudukan asalnya. Langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil.





4.3.1 Ciri-ciri Bahan Sumber
32

Sama ada bahan elektronik atau bahan cetak, ia hendaklah sesuai dengan tajuk dan nilai yang
diajar.
o Bentuk, warna dan saiznya sesuai.
o Tulisan terang dan gambar-gambar yang menarik.
o Membantu menambah keberkesanan pengajaran.
o Memudahkan guru menyampaikan konsep dengan jelas.
o Sesuaikan dengan tahap umur pelajar.
o Pastikan bahan audio yang hendak digunakan itu berfungsi

Antara bahan-bahan bantu mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral yang boleh digunakan
adalah seperti berikut:

1. Bahan bercetak seperti gambar, gambar bersiri, carta, komik, kad-kad situasi, skrip
lakonan, cerita, lagu, surat khabar, dan poster.
2. Bahan-bahan permainan untuk menerapkan nilai dalam bentuk kad atau papan seperti
permainan ular dan tangga, teka teki, dan silang kata.
3. Bahan-bahan maujud seperti bendera, pakaian, model dan sebagainya.
4. Bahan rakaman seperti cerita dan lagu.
5. Bahan pandang dengar seperti video, Cd-rom,filem dan sebagainya.
6. Alat-alat tayangan seperti komputer, projektor LCD, projektor lutsinar dan sebagainya.


4.4 Melibatkan diri dalam aktiviti Pengajaran Pembelajaran Moral dalam dan luar
sekolah.

Sebagai tenaga pengajar mata pelajaran Pendidikan Moral, kita mestilah sentiasa bersedia
dalam memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar supaya mereka
boleh berfungsi dalam kehidupannya. Guru perlu mendiagnos keperluan pembelajaran yang
spesifik di kalangan pelajar serta menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai bagi memenuhi
keperluan mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berjaya seandainya proses
ini tidak disusuli dengan penyediaan aktiviti yang sesuai dengan kelas yang diajar sama ada
kelas biasa atau kelas bercantum.

4.4.1 Pengajaran Secara Kelas
33

Pengajaran secara kelas bermaksud penyampaian pengajaran guru kepada seluruh kelas. Ini
bermakna guru mengajar dengan isi pelajaran yang sama, masa yang sama serta memberikan
latihan atau kerja yang sama kepada semua murid di dalam kelasnya.

Kaedah kelas ini melibatkan aktiviti atau mengikut aktiviti pengajaran guru. Selepas murid-murid
sudah memahami konsep dan menguasai kemahiran yang dikehendaki, mereka akan diarah
untuk menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Nancy Catty dalam buku Mok Soon Sang
mencadangkan prinsip-prinsip pelaksanaan pengajaran secara kelas adalah seperti berikut:
o Memahami jelas dan tepat apa yang hendak diajar
o Menyediakan alat bantu mengajar yang diperlukan
o Menggunakan alat bantu mengajar yang perlu secara berkesan
o Ajarkan semua murid dalam kelas.
o Jangan tumpukan perhatian kepada beberapa orang murid sahaja
o Bertenang dan mempunyai keyakinan serta berlagak secara semula jadi semasa
mengajar
o Melibatkan semua murid di dalam kelas dengan menyediakan aktiviti
pembelajaran secara aktif

Di samping cadangan-cadangan tersebut, guru yang menggunakan kaedah seluruh kelas
hendaklah memastikan setiap murid mematuhi peraturan kelas supaya aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Pastikan setiap murid melibatkan
diri dalam aktiviti pembelajaran. Penggunaan pengajaran secara kelas adalah sesuai dan
menjadi lebih berkesan sekiranya murid-murid yang mempunyai kebolehan yang hampir sama
ditempatkan dalam kelas yang sama

4.4.2 Kelas Bercantum
Kelas bercantum merupakan satu jenis kelas waktu sekolah rendah atau menengah yang
mengandungi lebih daripada satu darjah/tingkatan. Seorang guru Pendidikan Moral mengajar
serentak kelas berkenaan. Percantuman kelas ini dijalankan kerana:
o Bilangan pelajar di dalam sesebuah kelas tidak mencukupi untuk menjadikan
satu kelas biasa
o Peruntukan guru di sekolah berkenaan tidak mencukupi untuk mengajar tiap-tiap
kelas secara berasingan
34

o Gabungan kelas Pendidikan Moral adalah selaras dengan pengajaran mata
pelajaran Pendidikan Islam.

4.4.3 Kaedah Pengajaranpembelajaran Pendidikan Moral di Kelas Bercantum
Guru Pendidikan Moral perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran yang teliti
kerana dua atau tiga kelas diajar serentak dalam satu kelas. Perkara-perkara berikut perlu
dipertimbangkan:
1) Pemilihan bahan-bahan yang sesuai bagi setiap kumpulan
2) Tugas-tugas bagi setiap kumpulan perlu ditetapkan
3) Masa perlu diperuntukkan untuk bimbingan dan bantuan individu
4) Objektif-objektif bagi setiap pelajaran hendaklah jelas
5) Gerak kerja setiap peringkat bagi setiap kumpulan hendaklah mencukupi
6) Isi-isi penting bagi setiap tajuk perlu disusun dengan teratur serta dicatat
7) Pastikan umur dan kebolehan kanak-kanak kelas bercantum tidak terlalu berbeza
8) Pastikan bahan-bahan pembelajaran kendiri, kit pembelajaran, lembaran kerja dan sudut-
sudut pembelajaran disediakan dengan mencukupi. Ini penting apabila murid diminta
membuat kerja sendiri.
9) Elakkan daripada mencantumkan kelas-kelas yang akan menghadapi peperiksaan.

Mengajar kelas bercantum memerlukan pengelolaan rancangan dan persediaan yang teliti,
mencukupi serta bersesuaian. Para pelajar hendaklah dilatih supaya berupaya bekerja tanpa
banyak bimbingan, galakan atau kawalan. Di samping itu, segala alat dan bahan pembelajaran
kendiri seharusnya mencukupi untuk menjamin kelicinan serta keberkesanan proses
pengajaran-pembelajaran di dalam sesebuah kelas bercantum.







TAJUK 5 : Tanggung jawab dan peranan guru Pendidikan Moral dalam
merealisasikan aspirasi negara
35


5.1 Guru Pendidikan Moral dan Aspirasi Negara
Menyanjung tinggi dan menyokong semua aspirasi negara juga merupakan tanggungjawab
penting semua guru, termasuk Guru Pendidikan Moral. Selain kod etika perguruan, aspirasi
negara lain yang dikemukakan untuk pembangunan negara perlu ditititberatkan oleh semua
guru dalam usaha melaksanakan tanggungjawab mereka di sekolah. Guru berkenaan harus
menjadi teladan dalam mempraktikkan prinsip yang positif di samping menyibarkan mesej yang
diingini kepada pelajar-pelajar. Misalnya insiden isu pergaduhan antara guru di salah sebuah
sekolah memaparkan bahawa amatlah malang jika guru tidak dapat mengawal perasaan lalu
bertumbuk dan bertarikan rambut di hadapan murid semasa perhimpunan sehingga melibatkan
ibu bapa murid untuk menyelesaikannya. Kedua-dua guru tersebut ialah guru cemerlang. Isu
pertelingkahan mereka bersifat peribadi. Lebih ironi lagi, apabila murid-murid kecil itu bertanya
soalan serius, Patutkah guru-guru itu dirotan kerana bergaduh di hadapan murid?

5.1.1 Peranan guru Moral dalam falsafah Pendidikan Kebangsaan.
a) Intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas telah diumumkan pada tahun 1988. Falsafah
tersebut berhasrat melahirkan insan yang mulia dan sempurna supaya menjadi warganegara
yang baik dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Demi mencapai citi-cita FPG,
tanggungjawab dan kewajipan guru Pendidikan Moral adalah berat dan penting dalam usaha
untuk menerapkan nilai-nilai murni diri murid dengan berkesan.


5.1.2 Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai hasrat Rukunegara.
a) Intipati Rukunegara.
Rukun Negara (1970) merupakan satu set prinsip panduan hidup untuk rakyat
Malaysia. Ideologi Nasional ini bertujuan mengeratkan perpaduan rakyat
36

berbagai kaum disamping memelihara cara hisup masyarakat yang
harmonis, demokratik, adil, liberal,progresif lagi beretika. Pernyataan
Rukunegara :

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan
seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang
berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Setiap prinsip dalam Rukun Negara merupakan panduan cara hidup kita semua, setiap
prinsip tersebut juga ada berkaitan dengan nilai-nilai murni yang unggul. Guru
Pendidikan Moral harus sentiasa membimbing dan menerapkan nilai-nilai berkenaan
yang tersirat dalam Rukun Negara supaya hasrat melahirkan rakyat yang diingin
tercapai.


5.1.3 Peranan guru Pendidikan Moral dalam mencapai Wawasan 2020.
a) Intipati Wawasan 2020.
37

Wawasan 2020 adalah satu visi negara kita yang dikemukakan oleh bekas
Perdana Menteri Malaysia Tun Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad pada
tahun 1991. Tujuan visi ini ialah, supaya Malaysia mencapai taraf sebuah
negara perindustrian yang maju dan masyarakat yang beretika. Sebanyak
sembilan cabaran telah digariskan untuk negara kita menghala ke arah
wawasan ini dan dapat mencapai hasrat tersebut pada tahun 2020:

a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang
dikongsi bersama iaitu Malaysia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi
di peringkat wilayah dan semua kaum hidup dalam keharmonian.
b) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju
dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan
dengan apa yang dicapai.
c) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.
d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya yang
mempunyai warganegara yang kukuh dalam nilai agama da jiwa.
e) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur dalam konteks rakyat
Malaysia pelbagai kaum; bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama tetapi setia peda negara.
f) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan.
g) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayang iaitu sistem
sosial yang memberi keutamaan kepada kepentingan masyarakat daripada diri
sendiri.
h) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat
yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.
i) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,
dinamik,giat dan kental.

Semua guru sekolah, terutamanya guru Pendidikan Moral harus mengambil kira cabaran-
cabaran Wawasan 2020 ini dalam menangani kerjaya dan tanggungjawabharian di sekolah
agar negara dan masyarakat Malaysia dapat mencapai cita-cita tersebut.

38

5.1.4 Peranan guru Pendidikan Moral dalam menjayakan kod etika perguruan.
a) Intipati kod etika perguruan.
Kod etika perguruan merupakan satu sistem prinsip yang mengawal kemoralan
dan perlakuan guru. Kod ini merupakan satu panduan perlakuan atau etika kerja
untuk profesion perguruan. Guru sebagai seorang profesional harus mematuhi
peraturan yang terkandung dalam kod etika di samping mengamalkan peribadi
mulia selaras dengan etika profesion dalam menjalankan tugas harian. Berikut
ialah Kod Etika Perguruan Malaysia :

Tanggungjawab terhadap pelajar

1. Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. (Rujuk Surat
Pekeliling Ikhtisan Bil.4/2002: Pelaksanaan Program Sekolah dengan Selamat) muka surat 245.
2. Adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik,
ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang
berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata
pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan
contoh yang baik kepada pelajar. (Rujuk Surat Pekeliling KP(BS)8591/Jld XVII(7) 7Jun 2001)
muka surat 243.
6. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.






Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dan
39

berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumahtangga.
2. Menganggap semua maklumat yang diberikan kepada ibu bapa berhubung dengan keadaan
rumahtangga atau berkaitan dengan anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
3. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
4. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
5. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa penjaga mereka.

Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara
1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukunegara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan membimbing
mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendiakawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani
kehidupan seharian dengan baik.




Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat Dan Profesion Perguruan
40

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat
sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-
sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion
perguruan
5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.

5.1.5 Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
a) Intipati Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Guru berhasrat untuk mendidik:
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Menurut hasrat FPG, guru lepasan maktab atau institusi perguruan haruslah berkaliber tinggi,
berkebolehan berfungsi sebagai pendidik yang baik, dapat mengamalkan nilai murni dan akan
menghasilkan murid yang sesuai dengan pembinaan Negara. Peranan guru Pendidikan Moral
ialah berpegang teguh kepada FPG supaya dapat melahirkan murid-murid yang dapat
memenuhi kehendak aspirasi negara

You might also like