You are on page 1of 29

SEJARAH PERMAINAN BOLA BALING

Rajah 5.1: Pemain sedang bermain bola baling


Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum kurun ke-6 lagi.
Ianya mula dikenali sebagai urania pada Zaman Kerajaan Greek, harpaston pada Zaman
Kerajaan Rom dan fangballspiel pada Zaman Pertengahan di Jerman. Pada kurun ke-19 pula,
telah wujud tiga permainan yang mirip dengan permainan bola baling yang dipanggil
haandbold berasal dari Denmark, hazena berasal dari negara Bohemia dan Slovakia dan
torball berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus kepada
permainan bola baling masa kini.
Haandbold
Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawas sekolah yang
cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama dengan permainan bola sepak. Idea ini
timbul setelah permainan bola sepak telah banyak menyebabkan kerosakan pada tingkap-
tingkap di sekolahnya. Sebagai langkah mengurangkan kerosakan tingkap di sekolahnya dan juga
untuk kawalan bola yang lebih baik dia telah memperkenalkan permainan bola dengan
menggunakan tangan kepada rakan-rakannya dan akhirnya berjaya dikembangkan sebagai
sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark.

Hazena
Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. Ia buat pertama
kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saiz gelanggangnya (48m x 32m),
bentuk kawasan gol (6m lengkung), saiz gol (2m x 2.4m) dan masa permainan (2 x 25 minit) yang
hampir sama dengan bola baling moden. Mereka juga membahagikan kawasan gelanggang
kepada tiga kawasan yang terdiri daripada kawasan penjaga gol, pertahanan dan penyerang
yang hanya boleh bermain terhad di kawasan mereka.
Torball
Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah memperkenalkanya di Jerman. Saiz
kawasan gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan lengkungan di kawasan gol diukur 4m.
Hanya dalam tempoh masa yang singkat, permainan ini telah menjadi popular di seluruh Eropah.
Namun, disebabkan oleh setiap negara mempunyai peraturan permainan yang berbeza,
penganjurannya di peringkat antarabangsa menjadi agak sukar. Justeru itu, penyelarasan
peraturan pertandingan telah dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di Berlin.
Bola Baling Padang
Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan yang dimainkan di kawasan padang
bola sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saiz gol, kawasan gol dan beberapa
peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demi sedikit sehinggalah permainan ini telah
dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, kepesatan perkembangan
dalam sukan bola baling ini memerlukan satu organisasi di mana organisasi ini dapat
mempromosikan sukan bola baling, menganjurkan kejohanan di peringkat dunia, dan
menyediakan program bagi membolehkan sukan ini dipertandingkan di sukan Olimpik. Justeru
itu, International Amateur Handball Federation (IAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1928 di
Amsterdam dan dalam tempoh masa yang singkat pada tahun 1936, sukan bola baling telah
dipertandingkan di sukan Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan Jerman merupakan
kuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF) merupakan satu organisasi
baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark pada tahun 1946 di mana satu arah baru
dalam evolusi sukan bola baling telah wujud. Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu
dan menghadkan permainan ini, saiz kawasan permainan dan perubahan peraturan telah
dilakukan bagi membolehkan sukan ini dimainkan di dalam dewan
Bola Baling Dewan
Sukan bola baling telah dimainkan di padang terbuka dan juga di dalam dewan, bahkan
kejohanan dunia bola baling juga dianjurkan untuk kedua-duanya. Namun, bola baling dewan
lebih popular berbanding bola baling padang kerana ia dapat dimainkan dengan pantas dan
pertandingan boleh dilangsungkan tanpa gangguan cuaca. Pelbagai pergerakan serta kemahiran
dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sejak tahun 1966 lagi, IHF hanya menganjurkan
kejohanan tertutup dan di dalam dewan sahaja dan ini menyebabkan perkembangan bola baling
di dalam dewan menjadi semakin berkembang dan maju. Satu lagi perkembangan dalam bola
baling di mana disebabkan oleh popularitinya, bola baling lelaki telah diperkenalkan di sukan
Olimpik Munich pada tahun 1972. Pada tahun 1976 pula, acara bola baling wanita telah
diperkenalkan di sukan Olimpik Montreal dan menjadi salah satu sukan berpasukan yang paling
popular di sukan Olimpik.

Rajah 5.3:
Bola baling
yang
dimainkan
di dalam
dewan

Rajah 5.2: Logo
International
Handball
Federation (IHF)

Perkembangan di Malaysia
Seperti juga dengan permainan-permainan lain, sukan bola baling mempunyai sejarah asal
usulnya di Malaysia. Tahukah anda bilakah sukan ini bermula di negara kita? Sukan bola baling
bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan ini mula diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han,
iaitu Pengarah Unit Sukan Universiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari Sukan Olimpik
pada tahun 1976. Beliau juga telah membawa balik rakaman permainan bola baling dari
Temasya Sukan Olimpik itu. Beliau telah memberi kursus asas permainan ini kepada sekumpulan
guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur pada tahun itu.
Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60 orang guru
seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, sempena meraikan Hari Anugerah
Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan pada tahun 1978, permainan bola baling telah
diadakan di Stadium Negara sebagai acara pertunjukan pada waktu itu.
Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola Baling Negeri
Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada September 1979 di Morib, Selangor.
Pada 7 Disember 1985, buat julung kalinya telah berlangsung Kejohanan Bola Baling peringkat
kebangsaan di padang SMK Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1987 pula, permainan
ini telah menjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohanan yang
pertama telah diadakan di Kelang, Selangor bagi kategori umur bawah 12 tahun dan 15 tahun
lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa kejohanan seperti MSSN (peringkat negeri), MSSM
(peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat Maktab Perguruan), MASUM (peringkat universiti)
dan yang terbaru SIKMA (Sukan Antara Institusi Kementerian Pelajaran Malaysia) yang telah
menjadikan pemainan bola baling sebagai acara rasmi dalam kejohanan-kejohanan tersebut.
Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan En. Cheah Hai Su
telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala En. Kan Tong Leong sebagai
Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun 1986, Presiden MAHF telah menjadi salah seorang ahli
gabungan bersama Asia Handball Federation (AHF). Pada tahun 1990 pula, beliau menjadi ahli
gabungan Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) dan pada tahun 1994 beliau menjadi ahli
gabungan International Handball Federation (IHF). MAHF telah menyertai Persekutuan Bola
Baling Asia Tenggara (SEAHAF) pada Mei 2004. Persekutuan Bola Baling Malaysia telah berdaftar
dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.
Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kini ialah Y. Bhg. Dato
Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapa jawatan di peringkat antarabangsa
seperti:
Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF)
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola Baling Persekutuan Bola
Baling Asia (AHF)
Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF)
Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)
Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan satu kejohanan
di peringkat antarabangsa, iaitu 1st Martyr Sheikh Fahad Al- Ahmad Al-Sabah Cup Championship
untuk negara-negara yang baru dalam pembangunan bola baling.

Rajah 5.4: Logo Persatuan Bola Baling Malaysia(MAHF)


Struktur Organisasi Persatuan
Rajah berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola Baling Malaysia.



Rajah 5.5: Struktur Organisasi Persatuan Bola Baling

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
Peraturan
Gelanggang Permainan
Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi marilah kita kenal pasti saiz gelanggang
permainan bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40m panjang dan 20m panjang
lebar termasuk dua kawasan gol (rujuk Rajah 5.6). Garisan sempadan yang panjang dipanggil
garisan tepi dan garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di sekeliling
gelanggang juga terdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang garisan tepi dan 2m
di belakang garisan gol. Tiang gol (rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-tengah antara garisan
gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar. Tiang gol juga mesti dilengkapi
dengan jaring kerana sekiranya bola yang dilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telah
dijaringkan dan mata akan diperolehi. Di hadapan setiap tiang gol terdapat kawasan gol.
Kawasan gol berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9 meter)
ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan garisan gol. Garisan 7 meter ialah
garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang 1m. Ia terletak di hadapan tiang gol
dan juga dikenali sebagai garisan penalti. Garisan penggantian pemain (Rajah 5.6) untuk setiap
pasukan terletak di antara garisan tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan
garisan tepi.

Rajah 5.6: Ukuran Gelanggang Permainan

Rajah 5.7: Ukuran Tiang Gol

Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat
(a) Masa Permainan
Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 16 tahun ke atas ialah
30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat pula ialah selama 10 minit. Masa permainan
bagi peringkat remaja bagi umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap separuh masa
manakala bagi peringkat umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk setiap separuh masa.
Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini juga adalah selama 10 minit. Jikalau sesuatu
perlawanan berakhir dengan seri, perlawanan masa tambahan akan diadakan selepas rehat
selama 5 minit. Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua separuh masa dalam
tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat di antaranya berserta dengan
pertukaran tempat gol. Peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola
akan dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi. Sekiranya berlaku seperti kes di atas,
kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penalti sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan
dilakukan untuk menentukan pemenang.
(b) Isyarat Akhir
Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balingan permulaan. Masa perlawanan
tamat juga ditentukan dengan isyarat automatik melalui jam awam atau melalui isyarat penjaga
masa. Penjaga masa boleh menggunakan jam meja atau jam randik. Jika terdapat jam awam,
maka ia harus disetkan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30 minit. Jika tiada isyarat melalui
jam awam atau melalui penjaga masa, pengadil sendiri akan memberhentikan perlawanan
melalui tiupan wisel. Pengadil yang akan menentukan masa perlawanan akan dihentikan buat
sementara, contohnya apabila salah satu pasukan memintatime-outdan bilakah masanya
permainan dimulakan semula, berserta isyarat yang ditunjukkan kepada penjaga masa. Jika
tiupan wisel tamat dibunyikan pada waktu balingan biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan
bola yang dibalingkan masih di udara, maka balingan semula perlu dilakukan. Pemain yang
membuat kesalahan peraturan pada waktu balingan percuma atau balingan 7 meter sedang
berlangsung juga akan didenda. Jika pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi
isyarat tamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan perlawanan tersebut berdasarkan baki
jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasa wisel ditiupkan. Jika perlawanan
separuh masa pertama terlalu lama, maka perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan
mengikut perbezaan masa yang wujud.
(c) Memberhantikan Perlawanan (time-out)
Pemberhentian masa sementara (time-out) adalah dibenarkan sekiranya berlaku situasi seperti:
seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang
diminta oleh pasukan yang bermain
melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandingan
Kesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikan sementara (time-out)
adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsung dan pengadil akan mengambil tindakan
yang sewajarnya. Secara amnya, pengadil akan memutuskan bila tiba masanya akan dihentikan
dan dimulakan semula berhubung dengan time-out. Pengadil juga akan memberikan isyarat
kepada penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupan wisel dan isyarat T. Setiap pasukan
dibenarkan menerima atau membuat satu panggilan time-out selama satu minit untuk setiap
separuh masa, tetapi ini tidak dibenarkan ketika masa tambahan.




Rajah 5.8: Isyarat daripada pengadil Rajah 5.9: Isyarattime-out kepada penjaga masa

BOLA PERLAWANAN
Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah berbentuk bulat.
Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan yang boleh memberi kesan silau
atau berpermukaan licin. Bagi perlawanan pemain lelaki ukuran lilit bola yang digunakan
mestilah 58sm-60sm dan berat di antara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala bagi pemain
wanita pula, ukur lilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g. Bola mini hanya
digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan bola yang sama
saiznya digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan. Pada setiap perlawanan, diwajibkan
terdapat dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yang ditetapkan dalam peraturan. Bola
simpanan juga mesti diletakkan berdekatan dengan meja penjaga masa semasa perlawanan.
Pengadil akan memutuskan bila bola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu
perlawanan, bola yang digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu.
Rajah 5.10: Bola perlawanan untuk perlawanan bola baling
Pasukan, Pertukaran Pemain dan Peralatan

(a) P asukan
Setiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalah pemain utama dan
selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukan seharusnya mempunyai seorang penjaga
gol pada setiap masa. Setiap pasukan perlu mempunyai 5 pemain di dalam gelanggang untuk
memulakan sesuatu perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedang berlangsung boleh
diteruskan sekiranya hanya tinggal lima orang pemain sahaja. Hanya 4 pegawai sahaja
dibenarkan bagi setiap pasukan semasa perlawanan berlangsung dan pegawai pasukan ini tidak
boleh ditukar semasa perlawanan sedang berlangsung. Hanya salah seorang daripadanya sahaja
yang akan diberi tanggungjawab terhadap pasukan dan beliau seorang sahaja yang boleh
berurusan dengan penjaga masa atau penjaga skor dan juga pengadil. Pegawai pasukan juga
tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara
ini berlaku, pengadil akan terus memberi balingan percuma kepada pihak lawan. Hanya pemain
berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Jika terdapat pegawai dan pemain sesuatu pasukan tiba
lewat di gelanggang, maka mereka harus mendapat kebenaran daripada penjaga masa atau
penjaga skor untuk bermain.
(b) Pertukaran Pemain
Pertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap yang boleh tanpa
perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapi salah seorang daripada pemain
pasukannya mestilah telah keluar dari garisan pertukaran terlebih dahulu. Peraturan ini juga
digunakan untuk pertukaran penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa dihentikan
sementara (time-out). Penggantian secara tidak formal akan didenda dan pemain yang bersalah
akan digantung daripada permainan selama dua minit dan salah seorang pemain pasukannya
akan dikeluarkan. Satu balingan percuma kepada pihak lawan juga akan diberikan sekiranya
berlaku kesalahan tersebut. Sekiranya pemain yang dikenakan penggantungan selama dua minit
ini memasuki gelanggang sebelum waktunya, dia akan diberikan tambahan dua minit
penggantungan sebagai denda.
Rajah 5.11: Cara pertukaran pemain
(c) Peralatan
Setiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi pasukan masing-masing.
Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza di antara setiap pasukan. Setiap penjaga gol
setiap pasukan harus memakai warna jersi yang sama dengan pasukannya dan berbeza dengan
warna jersi penjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang berukuran 20sm tinggi
di belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju. Nombor yang dipakai mestilah di
antara 1 hingga 20 dan warnanya pula mestilah berlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat
dilihat dengan lebih jelas. Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Pemain juga tidak
dibenarkan memakai atau membawa objek atau barang-barang yang merbahaya kerana ia boleh
membahayakan pihak lawan. Antara barang yang tidak dibenarkan di dalam permainan ialah
pelindung kepala, topeng muka, jam, cincin, rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya.
Pemain yang tercedera atau berdarah di anggota badannya atau pakaiannya mesti
meninggalkan gelanggang dengan serta-merta. Pemain tersebut tidak akan dibenarkan kembali
ke gelanggang untuk meneruskan pemainan selagi darah belum berhenti dan pakaian yang
berdarah belum dicuci.

Rajah 5.12: Contoh jersi dan kasut sukan yang sesuai untuk permainan bola baling
PENJAGA GOL
Seorang penjaga gol dibenarkan:
a. menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa menjaga gol di dalam
kawasan gol.
b. bergerak bersama bola di dalam kawasan gol, dan sekiranya dia bermain di luar kawasan
gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan permainan sebagai seorang pemain.

Penjaga gol tidak dibenarkan:

(a) melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan.
(b) menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali bola balingan
tersebut telah menyentuh seorang pemain.
(c) menyentuh bola yang berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek di luar kawasan
gol.
(d) mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan pegun atau yang
bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol.
(e) menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari kawasan gol.



Rajah 5.13: Pergerakan penjaga gol yang dibenarkan


Rajah 5.14: Kawasan Gol




Rajah 5.15: Pemain pasukan penghadang
tidak dibenarkan berada di dalam kawasan
gol

Rajah 5.16: Pemain tidak dibenarkan
menghantar balik bola kepada penjaga gol
pasukannya dan hukuman penalti akan
diberikan sekiranya kesalahan ini berlaku




Rajah 5.17: Menjejakkan kaki ke
dalam kawasan gol lawan selepas
lajak balingan dibenarkan






SYARAT-SYARAT PERMAINAN
Pemain dibenarkan:
(a) membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau memukul bola dengan
menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan juga paha
(b) memegang bola tidak melebihi tiga saat
(c) membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah
(d) apabila berdiri atau berlari:
melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua tangan
melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan
kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan
menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan kemudian
menangkap kembali dengan satu atau dua tangan
(e) menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain
(f) bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai, contohnya ketika hendak
melakukan hantaran

Pemain tidak dibenarkan:
(a) menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki
(b) menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di atas lantai
(c) meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam gelanggang



Rajah 5.18: Bermain bola baling dengan
menggunakan sebahagian besar daripada
anggota badan yang dibenarkan
Rajah 5.19: Dibenarkan menerima bola
sambil berjalan tiga langkah atau
memegang bola tidak melebihi tiga saat
Rajah 5.20: Memegang bola tidak melebihi
tiga saat atau berjalan sambilmemegang
bola tidak melebihi tiga langkah juga
dibenarkan
Rajah 5.21: Tidak menjadi kesalahan unruk
meggelecek bola dengan menggunakan
satu tangan tertentu sahaja.


Rajah 5.22: Tidak dibenarkan menendang
bola dengan kaki

Rajah 5.23: Tidak dibenarkan untuk
menjunam bagi mendapatkan bola yang
sedang bergerak atau berada dalam
keadaan pegun

KESALAHAN PERMAINAN

Perhatikan pula kesalahan-kesalahan yang sering berlaku.

Pemain dibenarkan:
(a) menggunakan lengan atau tangan untuk menahan bola dan mendapat penguasaan bola
itu
(b) menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar atau menepis bola menjauhi pihak
lawan.
(c) menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak lawan tidak
menguasai bola.

Pemain tidak dibenarkan:
(a) menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawa.
(b) menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki
(c) menarik baju atau menolak lawan secara kasar
(d) membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya
Semua kesalahan di atas akan dikenakan hukuman oleh pengadil mengikut situasi yang berlaku




Rajah 5. 24: Ia menjadi satu kesalahan untuk membaling
bola ke arah pihak lawandengan tujuan untuk mencederakan

Rajah 5.25: Berlari merempuh pihak lawan juga tidak dibenarkan

Rajah 5.26: Menghadang pihak lawan dengan badan adalah tidak menjadi kesalahan





JARINGAN GOL
Bagaimana pula jaringan gol dikira? Apabila bola memasuki garisan gol secara lengkap dan
penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa melakukan balingan tersebut, maka
ia dikira sebagai jaringan yang sah. Jikalau benteng pertahanan melakukan kesalahan semasa
penjaring menjaringkan gol, jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah. Namun, jaringan
akan dikira sebagai tidak sah sekiranya penjaga masa membunyikan isyarat sebelum bola itu
memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah sekiranya pemain lawan secara tidak sengaja
terjaring ke dalam gol sendiri. Suatu jaringan yang telah diberikan atau diputuskan oleh pengadil
adalah muktamad. Pengisytiharan pemenang bergantung kepada jumlah gol yang berjaya
dilakukan.

Rajah 5.27: Kedudukan bola semasa memasuki gol


BALINGAN MULA (THROW-OFF)
Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya dia memilih untuk
memulakan permainan. Jika pasukan yang menang undian ingin memilih kawasan gol
permainan, maka pihak lawannya akan memulakan permainan tersebut. Untuk permulaan
separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi.
Contohnya jikalau pasukan A telah melakukan baling mula pada separuh masa pertama maka
separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan B pula. Setiap balingan mula
selepas gol dijaringkan akan diadakan di tengah gelanggang sebelum habis masa tiga saat
daripada bermulanya tiupan wisel pengadil. Sebelum sesuatu balingan mula dimulakan, semua
pemain mesti berada di dalam kawasan permainan sebelum sesuatu balingan mula dan pihak
lawan harus berada sekurang- kurangnya tiga meter dari pembaling untuk memulakan
permainan.
BALINGAN MASUK (THROW-IN)
Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikira sebagai bola
keluar. Apabila bola keluar dari kawasan permainan, pemain boleh mengambil suatu balingan
masuk tanpa menunggu tiupan wisel pengadil. Apabila bola menyentuh bumbung gelanggang,
balingan masuk juga akan diberikan. Suatu balingan masuk mesti diadakan di tempat di mana
bola itu keluar, tetapi jika bola keluar di belakang garisan gol, balingan masuk akan dilakukan di
titik persilangan garisan belakang gol dengan garisan sisi tepi gelanggang permainan. Untuk
membuat balingan masuk pembaling haruslah berdiri dengan kaki menyentuh garisan tepi dan
semasa balingan masuk dibuat, pihak lawan mesti berada 3 meter jauh dari pembaling itu.

Rajah 5.28: Balingan ke dalam dilakukan dengan sebelah kaki mesti memijak garisan tepi

BALINGAN PENJAGA GOL
Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila:
(a) kawasan gol dimasuki pemain lawan
(b) bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek
masuk ke kawasan gol.
(c) pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas
lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol
Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga gol melakukan
balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula bola yang telah dibaling kecuali
bola itu telah menyentuh pemain lain.
BALINGAN PERCUMA
Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan percuma diberikan.
Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari penyerang. Secara amnya, pengadil
akan memberhentikan permainan dan memberikan pihak lawan satu balingan percuma
sekiranya pasukan tersebut melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan
diambil di tempat di mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi. Apabila balingan percuma
diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang bola mesti meletakkan bola
tersebut di atas lantai, di tempat di mana kesalahan itu berlaku. Balingan percuma juga biasanya
diambil tanpa mendapat isyarat wisel daripada pengadil dan balingan yang dibuat adalah sah.


Rajah 5.29: Semua pemain penyerang mesti berada di luar garisan
9 meter dan pengadang mesti berada sejauh 3 meter dari pembaling

BALINGAN TUJUH METER

Balingan 7 meter diberi apabila:
(a) sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol
dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola.
(b) seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di
kawasan gol.
Pihak pengadil akan memberikantime-out sekiranya penjaga gol mahu melakukan balingan 7
meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepas sahaja wisel dibunyikan oleh
pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat ke arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang
hendak membuat balingan 7 meter hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain tidak
dibenarkan menyentuh ataupun melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel dibunyikan oleh
pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan juga mestilah berada 3 meter jauh
dari pembaling sehinggalah bola itu dibaling. Balingan semula akan dilakukan sekiranya pihak
lawan melakukan kesalahan semasa balingan tersebut dilakukan.

Rajah 5. 30: Balingan 7 meter juga dikenali sebagai balingan penalti



BALINGAN PENGADIL
Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan
jika:
(a) kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak
(b) apabila bola meyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang
perlawanan
(c) tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang
dilakukan
Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah gelanggang selepas wisel dibunyikan.
Seorang pemain daripada setiap satu pasukan yang berlawan dibenarkan mengambil bahagian,
manakala pemain-pemain lain mesti berada sejauh 3 meter dari balingan tersebut. Bola hanya
boleh dicapai atau dimainkan setelah mencapai puncak ketinggian balingan.

Rajah 5.31: Contoh balingan pengadil untuk memulakan permainan


DENDA / HUKUMAN PERMAINAN
(a) Amaran / Kad Kuning
kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan
perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan
(b) Hukuman / Gantung Dua Minit
tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan
penggantian pemain yang tidak sah
perlanggaran peraturan permainan
kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan
(c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain
melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan
telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga
tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya
mengugut pemain di luar gelanggang pemain
kekasaran hingga mencederakan pihak lawan
kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh dibatalkan
penyertaan

Rajah 5.32: Pemain dikenakan pergantungan dua minit oleh pengadil

Rajah 5.33: Pemain dilayangkan kad amaran oleh pengadil

Rajah 5.34: Penyingkiran daripada perlawanan (dalam kes keganasan)


















ISYARAT TANGAN PENGADIL


Rajah 5.35: Menyentuh atau memasuki
kawasan goldan salah tangkap,
salah lantun atau salah kawal bola


Rajah 5.36: Berjalan lebih 3 langkah atau
memegang bol dan membuang masa lebih
tiga saat


Rajah 5. 38: Memukul pemain dan
menangkap pemain




Rajah 5. 38: Memukul pemain dan
menangkap pemain

Rajah 5.40: Balingan masuk dan balingan
gol

Rajah 5.41: Balingan percuma kepada pihak
lawan, balingan pengad dan jarakkan diri
sejauh tiga meter












































































Rujukan
http://www.scribd.com/doc/8243606/Bola-Baling
http://www.slideshare.net/furzan/02-bola-baling

You might also like