You are on page 1of 1

Seminar Kajian Tindakan PISMP Ambilan Januari 2010

STRATEGI K.I.T: SATU PENDEKATAN UNTUK MENINGKATKAN


KEMAHIRAN MURID TAHUN 5 MENYATAKAN
CIRI BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA

Qamarul Aqramin Bin Rosli
cikguqamar90@gmail.com
Mazlan Bin Haji Junaidi
lan.junaidi2008@gmail.com

Abstrak

Penyelidikan Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan
kemahiran murid Tahun 5 dalam menyatakan ciri bentuk muka bumi di Malaysia
melalui strategi K.I.T. Seramai lima orang subjek kajian telah dipilih dalam
kalangan murid Tahun 5 setelah proses tinjauan awal dibuat. Strategi K.I.T
membantu murid mengingat dan memahami ciri bentuk muka bumi yang
terdapat di Malaysia dengan lebih baik. Pengumpulan data dibuat melalui kaedah
Ujian Pra dan Ujian Pasca, nota lapangan, temubual dan analisis dokumen. Hasil
analisis kesemua instrumen menunjukkan peningkatan semua subjek kajian
dalam menyatakan ciri bentuk muka bumi yang berkaitan. Justeru, kit
pembelajaran K.I.T ini dapat membantu meningkatkan kemahiran murid tahun
5 dalam menyatakan ciri bentuk muka bumi di Malaysia dengan lebih baik.
Cadangan kajian seterusnya ialah dengan menambah baik kit pembelajaran sedia
ada bagi mempelbagaikan strategi pengajaran guru dan teknik pembelajaran
murid berkaitan topik berkenaan.