You are on page 1of 10

66

OUM
TOPIK 5
PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI
PENGENALAN
Dalam topik ini, anda akan didedahkan dengan tiga pendekatan pengajaran pendidikan
moral yang terkini. Pendekatan-pendekatan tersebut adalah Pendekatan Kepedulian
(Caring Approach), Pendekatan Berasaskan Kemahiran (Skill-Based Approach) dan
Pendekatan Domain (Domain Approach). Ketiga-tiga pendekatan ini adalah penting dalam
maningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah.
PETA MINDA
PENDEKATAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN MORAL YANG
TERKINI
Pendekatan Kepedulian
(Caring Approach)
Pendekatan Berasaskan
Kemahiran
(Skill-Based Approach)
Pendekatan Domain
(Domain Approach)
Noddings (1984)
Narvaez (2001)
Larry Nucci (2001)
67
OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. mengenalpasti fokus dan langkah-langkah pelaksanaan pelbagai kaedah,
kemahiran dan teknik dalam pngajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral;
2. memahami ketiga-tiga pendekatan, iaitu Pendekatan Kepedulian, Pendekatan
Berasaskan Kemahiran dan Pendekatan Domain; dan
3. mengaplikasikan pendekatan-pendekatan tersebut di dalam bilik darjah.
5.1 PENDEKATAN KEPEDULIAN (CARING APPROACH)
5.1.1 Noddings (1984)
Noddings telah membuat beberapa sumbangan yang signifikan kepada bidang
pendidikan. Antaranya, beliau telah mengkaji etika kepedulian dan hubungannya terhadap
persekolahan, dan juga terhadap proses pembelajaran dan pengajaran di dalam keluarga
dan komuniti tempatan. Beliau telah berjaya mendemonstrasi signifikan kepedulian dan
perhubungan sebagai matlamat pendidikan.
Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan kesanggupan seseorang untuk
berkorban demi orang lain. Kepedulian, atau dalam kata lain mengambil berat dan
menyayangi, melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap
keterbukaan dan perhatian terhadap pengalaman mereka. Perkataan care daripada
caring approach diambil daripada konteks Anglo Saxon, dimana ia bermaksud kesedihan
atau keresahan. Oleh itu, kepedulian boleh didefinisikan sebagai perasaan ambil berat
terhadap orang lain.
Noddings melihat pendidikan sebagai medium yang penting dalam mengembangkan kasih
sayang dalam masyarakat. Beliau mendefinisikan pendidikan sebagai tempat perjumpaan
yang dirancang atau tidak dirancang yang menggalakkan perkembangan melalui
penimbaan ilmu pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan penghargaan. Dengan itu,
beliau menyatakan rumah sebagai tempat utama untuk menimba ilmu pengetahuan. Ini
bukan untuk menolak peranan sekolah tetapi untuk mengenalpasti apa yang boleh
dilakukan oleh rumah untuk memperkembangkan kanak-kanak dan orang muda.
Sebaik sahaja kita melihat rumah sebagai tempat didikan utama, dua perkara akan timbul
dari segi polisi sosial. Pertamanya, setiap kanak-kanak sepatutnya tinggal di dalam rumah
yang paling tidakpun mempunyai beberapa sumber yang bersesuaian dan kasih sayang.
Keduanya, sekolah seharusnya memasukkan pendidikan untuk kehidupan di rumah di
dalam kurikulumnya. Elemen ketiga yang perlu juga dititikberatkan ialah sekolah
sepatutnya, sekiranya mampu, menggunakan kaedah-kaedah yang digunakan di rumah-
rumah yang bagus untuk mendidik kanak-kanak.
Beberapa kesimpulan yang boleh didapati daripada kajian yang telah dilakukan oleh
Noddings dalam mendefinisikan pendekatan kepedulian adalah seperti berikut:
1. Pengajaran tentang kepedulian (caring) bukan sahaja memberitahu seseorang
apa yang anda hendak mereka belajar.
68
OUM
TOPIK 5
PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI
Kita seharusnya bertindak dalam keadaan reseptif atau intuitif. Ini adalah kerana
masalah akan timbul apabila kita hendak mengajar moraliti atau sikap beretika dengan
menggunakan pendekatan rasional-kognitif. Antaranya ialah kita gagal untuk
berkongsi perasaan, konflik, harapan dan idea yang mempengaruhi pilihan-pilihan kita.
Kita hanya berkongsi justifikasi untuk tindakan kita dan bukannya apa yang telah
memotivasi kita.
2. Kepedulian melibatkan keinginan, motivasi dan kemahuan.
Seseorang mengambil berat akan orang lain sekiranya dia merasakan adanya
keinginan terhadapnya. Atau dengan kata lain, seseorang itu diambil berat apabila
pandangan dan minatnya disukai oleh orang lain.
3. Seseorang melihat realiti orang lain sebagai satu kemungkinan.
Mengetahui realiti orang lain, merasai apa yang dia rasai sehampir mungkin adalah
perkara yang penting dalam kepedulian. Apabila seseorang melihat realiti orang lain
sebagai satu kemungkinan dan mula merasai realitinya, dia harus bertindak
sewajarnya.
4. Elemen utama dalam kepedulian adalah menerima orang yang dikasihi.
Kepedulian adalah sangat reaktif dan responsif. Mungkin ia lebih baik dinyatakan
sebagai reseptif.
5. Kepedulian yang asli boleh dijadikan pengalaman yang bermakna.
Orang yang dikasihi mendapati bahawa terdapat minat atau sifat ambil berat daripada
orang yang mengasihi dan merasai kebaikannya dalam bentuk percakapan dan
bahasa badan.
6. Keterbalikan dalam kepedulian impak orang yang dikasihi terhadap orang yang
mengasihi.
Beberapa persoalanan timbul dalam hal ini, seperti apakah faedah yang didapati oleh
orang yang mengasihi daripada orang yang dikasihi, dan apa yang perlu dilakukan
untuk mengekalkan hubungan baik tersebut.
7. Kepedulian dan tindakan.
Motivasi utama dalam mengasihi atau mengambil berat akan seseorang haruslah
daripada perasaan hendak melindungi, mengembangkan atau membekalkan
keperluan kepada mereka. Apabila kita mengasihi, kita haruslah mampu untuk
memberikan sebab kepada tindakan kita terhadap orang yang dikasihi.
Untuk kepedulian dimasukkan ke dalam konteks moral, bahagian emosi kepedulian
perlulah diberitahu oleh pemahaman terhadap orang lain, dimana ini boleh dicapai melalui
main peranan. Nodding (1984) menyatakan bahawa main peranan mestilah bersifat
reseptif dalam cubaan untuk melihat dan merasai dunia sebagaimana orang lain
merasainya. Akan tetapi, kepedulian memerlukan pemisahan untuk mengenalpasti dan
menghormati autonomi orang lain. Tanpa perasaan hormat terhadap autonomi orang lain,
kepedulian tidak akan berkesan.
Hubungan di antara keadilan dan kepedulian dalam konteks moral yang matang ialah
melalui proses-proses main peranan dan hormat terhadap autonomi, dimana ia juga
merupakan proses yang telah dinyatakan oleh Kohlberg sebagai yang terpenting dalam
perkembangan moral. Walaupun proses-proses ini mengutamakan pemisahan lebih
daripada perhubungan, ia adalah penting sebagai dinamik dalam kepedulian kerana ia
menghasilkan perasaan yang lebih memahami orang lain, di samping memeriksa
kemahuan untuk menolak atau mengawal orang lain. Pemisahan yang disarankan oleh
69
OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI
proses ini bermaksud menjauhkan diri daripada orang lain atas sebab untuk melihat
mereka dengan lebih jelas dan memberi peluang kepada mereka untuk berfungsi sebagai
seorang individu. Main peranan tidak seharusnya dikelirukan antara autonomi dengan
kebebasan. Sebagai penerangan, main peranan ialah prosedur yang memerlukan
komunikasi secara mendalam.
Daripada perspektif etika kepedulian, Pendidikan Moral mempunyai empat komponen,
iaitu:
1. Modeling
komponen ini adalah penting dalam menunjukkan bagaimana kita mengambil berat
terhadap orang tersayang. Oleh itu, kita menunjukkan kepada mereka bagaimana
untuk mengambil berat dan menyayangi dengan cara membuat hubungan yang baik
terhadap mereka. Keupayaan untuk mengambil berat mungkin bergantung kepada
pengalaman yang cukup dalam disayangi.
2. Dialog
komponen ini bukan sahaja percakapan atau perbualan semata-mata, tetapi ianya
mempunyai pembuka dan penutup, dimana kedua-dua pihak mengetahui keputusan
atau matlamat yang akan dicapai melalui akiviti berdialog. Ia memberikan pelajar
peluang untuk bertanya dan membantu kedua-dua pihak mencapai keputusan yang
seimbang dan dipersetujui.
3. Praktis
komponen ketiga ini menyatakan bahawa sikap dan mentaliti sedikit sebanyak
dihasilkan oleh pengalaman. Praktis yang diberikan mesti dengan orang yang boleh
mendemonstrasi sikap penyayang, kerana kita tidak mahu anak-anak kita mempelajari
kemahiran menyayangi dan mengambil berat tanpa ciri-ciri sikap penyayang.
4. Kepastian
komponen ini boleh didefinasikan sebagai perlakuan yang menggalakkan sesuatu
yang terbaik daripada orang lain (Martin Buber, 1965). Apabila kita pasti seseorang itu
mampu melakukan yang terbaik, kita dapat meningkatkan dan menggalakkan
perkembangan mereka. Kita boleh melakukan ini hanya sekiranya kita mengenali
seseorang dengan cukup rapat untuk mengenalpasti apa yang mereka hendak capai.
5.2 PENDEKATAN BERASASKAN KEMAHIRAN (SKILL-BASED
APPROACH)
5.2.1 Narvaez (2001)
Narvaez telah mengkaji pemprosesan informasi moral, perkembangan moral dan
pendidikan. Hasil daripada kajiannya termasuklah menyatakan bahawa perkembangan
penaakulan moral boleh dinyatakan sebagai perubahan dalam bentuk dan penggunaan
skema-skema penaakulan moral (Rest, Narvaez, Bebeau & Thoma, 2000).
Latihan 5.1
Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan Pendekatan Kepedulian.
70
OUM
TOPIK 5
PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI
Perkembangan penaakulan moral boleh diukur dengan menggunakan pemprosesan teks-
teks moral (contohnya seperti mengingat semula, think aloud, menilai teks-teks naratif
dan ekspositori), yang memperlihatkan cara moral diproses dalam kehidupan seharian. Ini
adalah berbeza daripada menilai perkembangan penaakulan moral semasa menjalani
temuduga dan ujian objektif. Kombinasi ideologi politikal, perkembangan penaakulan
moral dan fundamentalisme keagamaan menerangkan tentang variasi dalam sikap
terhadap hak-hak kemanusiaan.
Kebolehan penaakulan moral boleh diukur semasa pembuatan keputusan moral.
Mengeluarkan tema-tema daripada cerita-cerita moral adalah mengikut trend
perkembangan dan dipengaruhi oleh perkembangan dalam pemahaman membaca dan
perkembangan moral. Narvaez telah memperkenalkan satu teori perkembangan
pendidikan individu (melalui beberapa kajian tentang perkembangan sosial, sains kognitif
dan kebolehan) yang berguna untuk para guru membuat cadangan bagaimana untuk
meningkatkan perkembangan individu dalam proses pembelajaran dan pengajaran
dengan menggunakan pendekatan berasaskan kemahiran atau nama lainnya pendekatan
daripada kurang mahir kepada mahir.
Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut tentang pendekatan yang dinyatakan oleh
Narvaez, renungkan soalan-soalan berikut:
1. Bagaimana anda menentukan kandungan sesuatu kurikulum pendidikan moral?
2. Bagaimana anda memutuskan apa yang sepatutnya dimasukkan dan apa yang
sepatutnya dikeluarkan?
3. Bagaimana anda menentukan apa yang positif dan apa yang negatif?
Sebagai ahli psikologi yang cenderung kepada fungsionalis, Narvaez percaya bahawa
manusia mempunyai kemampuan untuk memenuhi keperluan mereka. Projek Suara
Komuniti dan Pendidikan Perwatakan (Community Voices and Character Education,
CVCE) yang diperkenalkan oleh Narvaez, Endicott & Bock (2001) merupakan satu model
untuk pendidikan moral yang berasaskan kepada empat aspek, iaitu:
1. Persefahaman diantara pemimpin-pemimpin dunia tentang perwatakan seseorang
rakyat di abad yang baru;
2. Konsep kebaikan manusia daripada falsafah moral;
3. Kesimpulan daripada sains sosial tentang apa yang menyebabkan manusia berubah;
dan
4. Pendekatan moraliti yang sama, dimana sesuatu komuniti itu dilengkapi dengan
prinsip-prinsip berdasarkan kajian.
Menurut kajian Narvaez, seseorang individu dalam sesebuah masyarakat pada abad ke
21 ini mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:
1. Menghadapi dan menyelesaikan masalah sebagai seorang daripada ahli masyarakat
dunia.
2. Bekerja secara kooperatif dengan orang lain dan memikul tanggungjawab terhadap
peranan mereka dan kewajipan dalam masyarakat.
3. Memahami, menerima, dan bertoleransi terhadap perbezaan budaya.
4. Berfikir secara kritikal dan sistematik.
71
OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI
5. Menyelesaikan konflik dengan cara yang bukan berbentuk keganasan.
6. Mengadaptasi cara hidup yang memelihara persekitaran alam sekitar.
7. Menghormati dan mempertahankan hak kemanusiaan.
8. Mengikuti kehidupan bersosial pada semua peringkat.
9. Menggunakan sebaik-baiknya ilmu pengetahuan berasaskan teknologi.
Projek Suara Komuniti dan Pendidikan Perwatakan atau Community Voices and
Character Education (CVCE) membuat satu model untuk perkembangan individu, dimana
ia adalah bertentangan dengan kebanyakan model-model lain. Terdapat beberapa ciri-ciri
dalam model ini, iaitu:
1. Ia menitikberatkan perkembangan kemahiran etika daripada pembelajaran trait
Pada pandangan model ini, perkembangan perwatakan adalah bukan berkaitan
dengan kemajuan trait sesuatu watak, tetapi merupakan kemajuan satu set kemahiran
yang mencapai tahap kepakaran. Oleh itu, individu yang mempunyai perwatakan
moral yang baik adalah lebih pakar dalam kemahiran-kmahiran tertentu, daripada
hanya mempunyai trait personaliti yang tertantu. Model ini adalah berdasarkan kepada
prinsip konstruktivis yang mengganggap individu sebagai pereka maksud yang aktif.
2. Ia menggunakan pandangan konstruktivis dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menggunakan pengalaman berstruktur untuk membantu
orang yang kurang mahir kepada lebih mahir
Projek CVCE ini menggunakan pendekatan biasa kepada pakar dalam
perkembangan perwatakan. Kepakaran adalah fokus utama di kalangan pengkaji
pembelajaran manusia, secara spesifiknya, pandangan bahawa seseorang pelajar
sebagai seorang manusia biasa yang mencapai kepakaran. Menurut pandangan ini,
pembelajaran manusia meningkat melalui kesinambungan diantara status biasa dan
status pakar. Pakar adalah berbeza daripada biasa, dimana pakar sentiasa tahu
pengetahuan apa yang penting, prosedur yang mana patut dipilih, bagaimana untuk
melakukannya dan bila.
3. Ia memberikan pelajar tanggungjawab untuk meningkatkan diri sendiri
Sebagai satu model pendidikan perwatakan, adalah tidak lengkap sekiranya tiada
pembolehubah yang paling penting, iaitu palajar. Pelajar, sebagaimana yang diketahui,
mempunyai kelainan dari segi keperluan dan minat, tahap perkembangan, dan
bahagian kemahiran. Walaupun begitu, mereka mempunyai persamaan dimana
merekalah yang membuat keputusan tentang siapa dan apa yang akan mereka jadi
kelak.
4. Ia menjadi satu jenis matapelajaran merentasi kurikulum dan bukannya menjadi
satu program tambahan sahaja
Pendidikan perwatakan tidak sepatutnya menjadi satu program tambahan sahaja,
tetapi hendaklah dimasukkan ke keseluruhan spektrum pendidikan untuk pelajar-
pelajar. Guru-guru boleh juga berfungsi dalam hal ini, dimana mereka boleh sentiasa
menyatakan dan membincangkan tentang isu-isu etika, seperti sensitiviti, penilaian,
motivasi dan tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
5. Ia menerangkan kepentingan untuk mengubah keadaan sedia ada kepada
konteks komuniti
Dalam pendekatan ini, satu jenis moraliti saksama adalah digalakkan untuk
menentukan jenis fungsional yang spesifik untuk digunakan. Oleh itu, pengkaji telah
72
OUM
TOPIK 5
PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI
menyediakan satu set garis panduan untuk perfungsian secara optimum yang didapati
hasil dari kajian. Garis panduan ini termasuklah anggapan asas tentang tujuan
persekolahan (untuk mendidik rakyat global yang efektif) dan satu set kemahiran untuk
pembelajaran setiap individu. Garis panduan ini kemudiannya akan diterangkan
kepada setiap komuniti dan setiap komuniti membincangkan ia dari segi keperluan
komuniti yang spesifik dan perubahan.
Sebagai kesimpulan, pendekatan berasaskan kemahiran adalah untuk meningkatkan
semangat kerakyatan global, pengetahuan psikologikal, falsafah moral dan moraliti
saksama.
5.3 PENDEKATAN DOMAIN (DOMAIN APPROACH)
5.3.1 Larry Nucci (2001)
Kajian Nucci tentang teori domain adalah berasaskan interaksi sosial di rumah dan
berkenaan dengan isu-isu moral dan konvensional. Ia adalah untuk mengkaji bagaimana
interaksi yang berkenaan dengan isu peribadi berbeza daripada interaksi yang berkenaan
dengan isu-isu interpersonal. Selain itu, kajian ini melihat pada bagaimana interaksi
berkenaan dengan isu peribadi berbeza dengan interaksi yang berkenaan tindakan
berlainan, ataupun dinamakan kebijaksanaan (prudential). Isu-isu kebijaksanaan adalah
tindakan seseorang kanak-kanak yang mungkin mengakibatkan kecelakaan kepada
dirinya. Untuk mengelakkan masalah ini, seorang ibu mungkin bertindak secara berlainan
dalam isu-isu kebijaksanaan yang dibangkitkan oleh anaknya.
Semakin kanak-kanak manuju ke status kedewasaan, mereka mencari lebih banyak
autonomi dan kebebasan daripada ibubapa. Keadaan yang kearah autonomi ini
memerlukan perubahan di dalam perhubungan di antara kanak-kanak dengan ibubapa,
dimana orang muda biasanya mula untuk membuat keputusan dalam aktiviti yang telah
ditetapkan oleh ibubapa dan orang tua yang lain.
Perubahan ke arah autonomi yang lebih banyak ini bukan tindakan yang telah diambil oleh
kanak-kanak semata-mata. Sebaliknya ia adalah kerana beberapa tindakbalas antara
ibubapa dengan anak-anak. Walaubagaimanapun, perubahan yang berlaku ini tidaklah
melampaui batasan yang telah ditetapkan, cuma dilonggarkan sedikit. Secara
keseluruhannya, anak-anak akan sentiasa mengganggap orang dewasa sebagai
mempunyai autoriti di atas isu-isu moral. Di samping itu, kanak-kanak juga melihat orang
dewasa sebagai mempunyai tanggungjawab untuk memastikan perlakuan bermoral, dan
mereka pula dikehendaki untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh ibubapa.
Seperti yang dijangkakan, konflik antara kanak-kanak dengan ibubapa lazimnya berlaku
dalam konteks perubahan. Konflik biasanya terjadi berkenaan dengan isu-isu yang
Latihan 5.2
Terangkan apakah kajian yang telah dilakukan oleh Narvaez.
73
OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI
ibubapa anggap penting dalam memastikan struktur dan organisasi keluarga, sebaliknya
kanak-kanak mengganggapnya sebagai gangguan dalam kehidupan mereka.
Isu-isu peribadi dan batasan autoriti sekolah
Skop autoriti sekolah dalam menubuhkan norma yang konvensional adalah berlawanan
dengan pandangan kanak-kanak. Aktiviti yang dilakukan oleh sekolah mungkin tidak
bersesuaian dengan domain peribadi kanak-kanak tersebut. Ini dijelaskan oleh kajian
tentang perasaan positif dan negatif kanak-kanak tentang peraturan dalam bilik darjah
(Arsenio, 1984). Arsenio melaporkan bahawa hampir 62% pelajar menyatakan secara
negatif tindakan guru yang menahan mereka daripada melakukan aktiviti yang mereka
sukai dan juga memendekkan waktu bermain mereka. .
Seperti hubungan keluarga, sekolah berhubung dengan kanak-kanak pada masa yang
berbeza dalam perkembangan mereka. Walaubagaimanapun, sekolah adalah institusi
sosial yang menetapkan pelbagai halangan pada sikap peribadi kanak-kanak sewaktu di
rumah. Oleh itu, sekolah merupakan satu konteks yang unik dimana kanak-kanak harus
belajar untuk berbincang dan bertolak ansur dalam kebebasan diri mereka. Kajian yang
telah dijalankan menyatakan kanak-kanak juga memahami bahawa terdapatnya
perbezaan dalam sempadan kawalan peribadi. Secara keseluruhannya, kanak-kanak
mengganggap sekolah sebagai penghalang perlakuan-perlakuan tertentu yang mereka
boleh lakukan di rumah. Mereka juga tidak mengharapkan guru-guru untuk melayan
mereka seperti yang dilakukan oleh ibubapa mereka di rumah. Namun, kajian yang dibuat
oleh Arsenio menyatakan bahawa kanak-kanak tidak semestinya menerima peraturan
sekolah dengan hati terbuka dan menurutinya. Dinamik ini menjelaskan bahawa
pandangan kanak-kanak tentang peraturan sekolah akan menyebabkan mereka
mengalami kesukaran apabila mereka menjadi lebih remaja.
Tenaga pengajar boleh membantu pelajar-pelajar membezakan antara norma dan
konvensyen budaya mereka dengan kepentingan moral universal untuk keadilan dan
keperluan manusia. Terdapat lima praktis pendidikan yang membolehkan guru-guru untuk
melibatkan diri dalam pendidikan moral secara relativistik atau indoktrinatif, iaitu:
1. Pendidikan moral seharusnya fokus kepada isu-isu keadilan, kesamaan dan keperluan
manusia.
2. Program-program pendidikan moral yang efektif diintegrasikan dalam kurikulum, bukan
dijadikan sebagai program atau unit khas.
3. Perbincangan moral membantu perkembangan moral semasa pelajar menggunakan
corak perbincangan transaktif, pada peringkat moral yang berlainan, dan adalah bebas
untuk mempertikaikan penyelesaian yang paling baik dalam dilema moral.
4. Struktur misi kooperatif membantu perkembangan moral dan akademik.
5. Praktis pengurusan kelas dan peraturan-peraturan yang sesuai, adil dan fleksibel
menyumbangkan kepada perkembangan moral pelajar. Guru-guru perlu memberi
perhatian terhadap kesan buruk perlakuan tidak bermoral, daripada peraturan yang
dilanggar atau harapan sosial yang tidak dipenuhi.
Implikasi kajian tentang domain peribadi ini terhadap pihak sekolah dan guru-guru adalah
sangat kompleks. Sekolah perlu membuat beberapa peraturan untuk mengawal perilaku
pelajar-pelajar dalam menjalankan misi pendidikan mereka. Tetapi, sekolah juga
74
OUM
TOPIK 5
PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI
merupakan agen utama dalam menggalakkan pertumbuhan psikologi yang sihat dan
perkembangan sosial kanak-kanak. Dalam membuat norma-norma yang perlu untuk
menjaga keselamatan pelajar-pelajar, dan untuk menganjurkan pengajaran yang
berkesan, hak peribadi mereka tidak seharusnya dicabuli. Kita sudah mengetahui bahawa
kanak-kanak yang terlalu dikawal oleh ibubapa akan menunjukkan simptom kemurungan,
tekanan dan masalah psikologikal. Oleh itu, persekolahan yang efektif dalam era
masyarakat yang mahu mengimbangi demokrasi seiring dengan produktiviti ekonomi dan
penyusunan sosial akan menunjukkan bagaimana isu-isu struktur sekolah yang berkaitan
dengan kebebasan individu diselesaikan.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, tajuk ini telah menerangkan tentang tiga pendekatan yang
penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral pada masa kini. Diharap
anda dapat menggunakan pendekatan ini dalam kelas anda kelak untuk memastikan
penghasilan pelajar-pelajar yang berkualiti dan mengikut perkembangan sewajarnya.
UJIAN 1
1. Menurut kajian Narvaez (2001), terdapat beberapa ciri-ciri individu yang perlu ada
dalam masyarakat pada abad ke-21 ini. Nyatakan ciri-ciri tersebut.
2. Apakah ciri-ciri yang terdapat dalam model Projek Suara Komuniti dan Pendidikan
Perwatakan atau Community Voices and Character Education (CVCE)?
UJIAN 2
1. Terangkan empat komponen dalam Pendidikan Moral dari perspektif Pendekatan
Kepedulian.
2. Apakah anggapan kanak-kanak terhadap peraturan, menurut Pendekatan Domain?
Latihan 5.3
Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan Pendekatan Domain seperti
yang dinyatakan oleh Larry Nucci daripada kajiannya.
75
OUM
TOPIK 5 PENDEKATAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL YANG TERKINI
BIBLIOGRAFI
Bandura, A. (1991). Social Cognition Theory of Moral Thought and Action. In Kurtines, W.
M. & Gewirtz, J. L., Handbook of Moral Behavior and Development, Vol I. Lawrence
Erlbaum Associates: Hillsdale, NJ.
Barlow, J.P. (undated). Selling Wine Without Bottles: The Economy of MInd on the Global
Net. http://www.eff.org/pub/Intellectual_property/ idea_economy.article.
Baumrind, D. (1989). Rearing Competent Children. In Damon, W., Child Development
Today and Tomorrow. San Franscisco: Jossey-Bass.
Forester, T. & Morrison, P. (1994). Computer Ethics: Cautionary Tales and Ethical
Dilemmas in Computing, 2nd edition. Cambridge: The MIT Press.
Gibbs, J. C. (1991). Sociomoral Developmental Delay and Cognitive Distortions:
Implications for the Treatment of Antisocial Youth. In Kurtines, W. M. & Gewirtz, J. L.,
Handbook of Moral Behavior and Development, Vol III. Lawrence Erlbaum Associates:
Hillsdale, NJ.
Hoffman, M. L. (1991). Empathy, Social Cognition & Moral Action. In Kurtines, W. M. &
Gewirtz, J. L., Handbook of Moral Behavior and Development, Vol I. Lawrence
Erlbaum Associates: Hillsdale, NJ.
Kohlberg, L. (1984). The Philosophy of Moral Development: The Nature and Validity of
Moral Stages. San Francisco: Harper & Row.
Nel Noddings, "Review of Fruits of Sorrow: Framing Our Attention to Suffering by Elizabeth
V. Spelman," Hypatia 13, no. 2 (1998): 162-64.
Nel Noddings, Caring (Berkeley: University of California Press, 1984), 112.
Piaget, J. (1965). The Moral Judgment of the Child. New York: The Free Press.
Rawls, J. (1971). A Theory of Justice. Cambridge: University Press.
Nisan, M. (1991). The Moral Balance Model: Theory and Research Extending Uur
Understanding of Moral Choice and Deviation. In Kurtines, W. M. & Gewirtz, J. L.,
Handbook of Moral Behavior and Development, Vol III. Lawrence Erlbaum Associates:
Hillsdale, NJ.
Nucci, L. (1989). Challenging Conventional Wisdom About Morality: The Domain Approach
to Values Education. In Nucci, L., Moral Development and Character Education.
McCutchan Publishing Corp:Berkeley, CA.
Snarey, J. (1985). The Cross-cultural Universality of Social Moral Development: A Critical
Review of Kohlbergian Research. Psychological Bulletin, 97: 202-232.
Turiel, E. (1983). The Development of Social Knowledge: Morality and Convention. New
York: Cambridge University Press.

You might also like