You are on page 1of 2

Pemadam api jenis ABC Powder adalah sejenis pemadam api yang menggunakan

bahan serbuk yang sesuai digunakan untuk memadam api (kebakaran) ditahap
permulaan.



Kebiasaannya, alat ini digunakan untuk memadam api kelas A, B dan C. Alat ini tidak
boleh memadam api berpunca daripada logam. Ia mudah dikendalikan dan hanya boleh
digunakan sekali sahaja. Lazimnya, alat pemadam api jenis ini boleh digunakan secara
terus menerus selama 2 minit.

Faktor yang perlu diambil kira mengenai penjagaan alat ini ialah, ianya mesti
disimpan di tempat yang suhunya tidak sejuk dan membolehkannya beku,
digantung kerana permukaan simen lantai yang sejuk membolehkannya beku
dan merosakkan tabung pemadam api.

Cara pemeriksaan;

1. Periksa pressure (jarum ditahap hijau). Jika jarum ditahap merah bermaksud
tiada pressure atau tabung kosong
2. Pastikan pin keselamatan sentiasa ada pada release handle

Cara penggunaan;

1. Cabutkan pin keselamatan
2. Angkat alat pemadam api aras pinggang, jarak 3 m dengan api
3. Halakan nozel ke arah api ikut arah angin
4. Tekan release handle untuk memadam api. Sembur dengan cara melemaskan
api tersebut (zig-zag).

KELAS-KELAS API DAN MEDIA PEMADAMANNYA

KELAS A (Api pepejal) solid fire
- Api kayu
- Api kertas
- Api Sampah
- Api kain
Air & Debu kering

KELAS B (Api Cecair) Liquid Fire
- Api Minyak
- Api Cat
- Api Varnish
Buih, Debu kering dan Varpourising liquid

KELAS C (Api Wap dan Gas) gas &Stim Fire
- Butana
- Propane
- Oxy acetalane
- Gas (LPG)
Debu kering, Karbon Dioksida (Co2) & Varpourising liquid

KELAS D (Api Logam) Matel Fire
- Potaosium
- Sodium
- Kalsium
- Magnesium
Soda Ash, Pasir, Debu Kering & Matel serta Powder

Api Elektrik
Kebakaran ini tidak termasuk dalam kelaas-kelas api dan boleh
dipadam dengan menggunakan alat pemadam api yang sesuai.
Debu Kering, Karbon Dioksida &Varpourising liquid

You might also like