You are on page 1of 22

116

OUM
TOPIK 8
KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
TOPIK 8 KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN
MORAL
PENGENALAN
Pelbagai pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran perlu dipelajari dan dikuasai oleh
guru-guru, terutamanya guru-guru pelatih yang menjalani latihan perguruan di institusi
latihan perguruan. Penguasaan berbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran penting
bagi membolehkan mereka menjadi seorang pendidik yang berkebolehan dan
berketerampilan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah menjadi satu
perkara penting dalam usaha meningkatkan keberkesanan pengajaran. Salah satu
daripada kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh guru ialah:
PETA MINDA
KEMAHIRAN DALAM
PENDIDIKAN MORAL
Pembelajaran Aktif Kemahiran Berfikir
Pembelajaran Kooperatif
Pembelajaran Theory of
Constraint dan Kajian Masa
Depan
Kepentingan Pemupukan
Kecerdasan Moral
Kecekapan Kecerdasan
Emosi
Definisi Kecerdasan Moral
Aktiviti-aktiviti dan Kaedah
Pemupukan Kecerdasan
Moral
Pembelajaran
Kontekstualisme dan
Konstruktivisme
Definisi dan Ciri-ciri
Aktiviti-aktiviti dan Kaedah
Penumpuan
Kepentingan Kemahiran
Kemahiran Berfikir secara
Kritis/Kritikal
Pembelajaran Kolaboratif Kemahiran Berfikir secara
Kreatif
Kemahiran Berfikir secara
Analisis
117
OUM
TOPIK 8 KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. mengenalpasti fokus dan langkah-langkah pelaksanaan pelbagai kaedah,
kemahiran dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral;
2. mengenalpasti beberapa jenis pembelajaran dalam Pendidikan Moral;
3. memahami konsep pembelajaran kontekstualisme dan konstruktivisme; dan
4. memahami tentang kecerdasan moral dan cara pemupukannya.
8.1 PEMBELAJARAN AKTIF
8.1.1 Pembelajaran Kolaboratif
Pendekatan ini menekankan proses penyiasatan dan inkuiri. Dalam pembangunan moral,
pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti menjawab soalan terbuka supaya kemahiran
inkuiri boleh dibina. Pendekatan ini akan membolehkan pelajar berpeluang untuk
menambahkan pengetahuan dan kefahaman dan pada masa yang sama membina
kemahiran menyiasat. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan, interaksi
berlaku di antara pelajar dengan bahan mengajar, pelajar dengan pelajar dan pelajar
dengan tenaga pengajar. Schrage (1990) menyatakan pembelajaran kolaboratif melebihi
aktiviti bekerjasama kerana ia melibatkan perkongsian hasil penemuan dan hasil yang
didapati daripada pembelajaran baru. Menurut Jonassen (1996), pembelajaran secara
kolaboratif dapat membantu pelajar membina pengetahuan yang lebih bermakna jika
dibandingkan dengan pembelajaran secara individu. Dengan menjalankan aktiviti dan
projek pembelajaran secara kolaboratif secara tidak langsung kemahiran-kemahiran
seperti bagaimana berkomunikasi akan dipelajari oleh pelajar.
8.1.2 Pembelajaran Kooperatif
Pembelajaran kooperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan
kumpulan atau pasukan pelajar. Ia menggunakan strategi rangkaian untuk menyiapkan
tugasan yang bebas daripada kekangan masa, jarak dan tempat. Konsep kerjasama dan
dalam kumpulan telah diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson (1991) dan Salvin (1983).
Mereka percaya bahawa pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan
dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Menurut
Steven, mendapati bahawa pembelajaran kooperatif telah dapat meningkatkan motivasi
pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Hasil dari peningkatan motivasi yang
ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat kepada pelajaran yang sedang
dipelajari. Melalui pendekatan kooperatif juga pelajar dari pelbagai kebolehan
bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran
adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga
untuk rakan-rakan yang lain.
118
OUM
TOPIK 8
KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
Melalui pembelajaran kooperatif, pelajar akan dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran
yang meliputi:
(a) saling bergantung antara satu sama lain secara positif;
(b) saling berinteraksi secara bersemuka;
(c) akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri;
(d) kemahiran kooperatif; dan
(e) pemprosesan kumpulan.
Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan
memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Ia juga akan menggalakkan pelajar berinteraksi
secara aktif dan positif dalam kumpulan. Cara pembelajaran yang melibatkan interaksi
atau penglibatan individu ini menyumbangkan kadar pemahaman yang tinggi.
Pembelajaran secara aktif ini akan memberikan kesan yang lebih berbanding
pembelajaran secara pasif. Ganjaran akan diberi kepada individu dan kumpulan dalam
aktiviti yang dijalankan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri
dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.
Sebelum kaedah ini dilaksanakan guru haruslah menyediakan bahan pembelajaran yang
mencukupi untuk dibincang atau diselesaikan. Jika terdapat empat pasukan dengan
empat orang ahli setiap pasukan dibentuk, ini bermakna guru mesti menyediakan empat
bahan yang berlainan. Setiap pasukan diberi identiti katakan A, B, C dan D. Setiap ahli
dalam setiap pasukan juga diberi nombor katakan 1, 2, 3 dan 4. Setelah proses itu selesai
pasukan baru akan dibentuk yang ahlinya terdiri daripada (A1,B1,C1,D1), (A2,B2,C2,D2),
(A3,B3,C3,D3) dan (A4,B4,C4,D4). Setiap pasukan baru inilah akan diberi satu bahan
untuk dibincang atau diselesaikan.
Setiap orang dalam setiap pasukan dikehendaki memahami dan menguasai segala
permasalahan dan penyelesaiannya dengan bersungguh-sungguh sebab mereka
betanggungjawab pula menerangkannya kepada ahli-ahli lain di dalam pasukan asal
mereka. Setelah selesai perbincangan atau penyelesaian masalah dalam pasukan tadi,
setiap pasukan dikehendaki membuat pembentangan di mana salah seorang ahli pasukan
akan melaksanakannya. Hasil pembentangan ini akan mengukuhkan lagi apa yang di
bincangkan dalam pasukan sebelum ini. Selesai sesuatu pembentangan, digalakkan
interaksi, soal jawab atau perbincangan antara pasukan mahupun antara pelajar berlaku.
Kaedah pembelajaran ini dikatakan lebih baik daripada kaedah pembelajaran tradisional
kerana ianya lebih menyeronokkan dan dapat juga meningkatkan motivasi, akauntabiliti,
tanggungjawab dan kesungguhan pelajar dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang
diberi. Pelajar juga berasa lebih bertanggungjawab kerana mereka mempunyai matlamat
pasukan yang hendak dicapai bersama. Ia juga di katakan dapat menjimatkan masa
proses pembelajaran pelajar dan juga masa guru kerana guru tidak perlu menerangkan
semua isi pelajaran sebagai mana yang dilakukan dengan kaedah pengajaran tradisional.
Pembelajaran koperatif ini amat sesuai diamalkan, kerana ianya memenuhi kehendak-
kehendak dan amalan pengajaran dan pembelajaran KBSR dan KBSM. Guru hanya
berperanan menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai dan bertindak sebagai
fasilitator dalam proses pembelajaran. Pembelajaran koperatif adalah lebih berpusatkan
pelajar.
119
OUM
TOPIK 8 KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
8.1.3 Pembelajaran Theory of Constraint (TOC) dan Kajian Masa Depan
Theory of Constraint
Constraint ialah faktor yang menyebabkan sesuatu sistem daripada mendapat keuntungan
yang lebih daripada apa yang hendak dicapai. Oleh itu, untuk mengelakkan keadaan ini,
faktor constraint hendaklah diuruskan terlebih dahulu.
Sejenis alat untuk menyelesaikan masalah, yang dinamakan sebagai proses berfikir TOC
(TOC Thinking Process) boleh digunakan untuk menjawab tiga soalan yang penting di
dalam sesuatu proses perkembangan berterusan secara logik dan sistematik. Tiga soalan
tersebut ialah:
Apa yang perlu diubah?
Kepada apa hendak diubah?
Bagaimana untuk menjalankan perubahan tersebut?
TOC mengganggap sesuatu sistem itu sebagai satu rantaian. Untuk meningkatkan
kekuatan rantaian, sambungan yang paling lemah perlulah dikenalpasti dan usaha-usaha
untuk menguatkannya haruslah dijalankan. Terdapat lima langkah untuk menguatkan
rantaian:
1. Analisa proses supaya tugas yang menghalang produktiviti sesuatu sistem boleh
dikenalpasti. Contoh-contoh halangan sistem adalah seperti masa pemprosesan yang
lama atau pembahagian kerja kepada terlalu ramai orang.
2. Keputusan mesti dibuat dalam bagaimana untuk memodifikasi tugas supaya kerja
boleh dilakukan dengan lebih efisien dan efektif.
3. Pengurusan mengarahkan semua usaha untuk meningkatkan prestasi tugas yang
terhalang.
4. Kapasiti tambahan digunakan untuk meningkatkan output keseluruhan tugas,
contohnya membeli mesin kedua atau mengimplementasi penggunaan teknologi
maklumat yang terkini.
5. Menetapkan proses peningkatan secara berterusan. Kesan proses ini mungkin akan
mengakibatkan tugas lain menjadi faktor constraint.
Kajian Masa Depan
Perubahan dalam arus pembangunan yang pesat dan lebih bersifat global memberikan
satu tamparan yang hebat dalam arus kehidupan. Menyedari hakikat ini, maka generasi
hari ini perlu berganjak paradigma dan memindah minda untuk merenung hari esok agar
generasi baru mendapat bekalan yang cukup untuk menghadapi cabaran dan perubahan.
Oleh yang demikian, pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan untuk
membolehkan generasi baru merancang dan mewujudkan masyarakat Malaysia yang
berwawasan, rasional, kreatif, dinamik serta boleh menerima dan menangani segala
perubahan.
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) merupakan satu cara untuk
memperolehi gambaran tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang
telah berlaku dan sedang berlaku. Seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang
120
OUM
TOPIK 8
KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
akan berlaku. Rasional pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan membolehkan murid
menangani sebarang cabaran pada masa depan dan bersedia menghadapi segala
perubahan yang tidak dijangka.
Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan membolehkan murid:
berfikir secara kritis dan kreatif;
membuat keputusan tentang masa depan;
membina sikap dan nilai positif tentang masa depan;
berkomunikasi secara berkesan tentang masa depan;
mempunyai pengetahuan tentang masa depan; dan
membuat kajian dan menguruskan maklumat tentang masa depan.
KMD memberi kesedaran dan merangsang minda berfikir tentang isu, masalah dan
peluang yang bakal dihadapi. Antara konsep-konsep KMD ialah:
1. Ramalan dibuat tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan
pengetahuan dan maklumat yang sedia ada.
2. Menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena atau trend.
3. Menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani serta
mengendalikan perubahan.
Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan:
1. Pemahaman konsep Kajian Masa Depan Segala tindakan dan peristiwa semasa ada
kaitan dengan masa lalu.
2. Pengumpulan Maklumat Strategi sedia ada membolehkan kita memahami data
masa lalu dan masa kini untuk menentukan trend masa depan.
3. Ramalan dan Analisis Satu proses mengenalpasti kesan atau akibat yang
membolehkan kita membuat andaian tentang sesuatu pembaharuan atau perubahan.
4. Imaginasi dan Kreativiti Kemahiran ini membawa kita kepada imaginasi yang tiada
had yang mampu menghasilkan idea inovatif.
5. Strategi Mengatasi Cabaran Membantu murid membina rasa optimis dan keyakinan
diri serta menangani masalah yang dihadapi oleh mereka.
6. Proses Inovasi Sosial Strategi ini bertujuan untuk mengajar kemahiran penyelesian
masalah.
7. Membina Senario Teknik yang penting untuk membantu murid membina gambaran
jelas tentang situasi masa depan.
8. Penjelasan Nilai dan Masa Depan Satu proses mengajar murid berfikir dan
mengamalkan nilai-nilai murni yang membawa implikasi positif pada generasi akan
datang.
9. Dimensi Kemapanan Ia merupakan keupayaan kita mencorakkan dan membentuk
masa depan dunia dan kesejahteraan hidup.
121
OUM
TOPIK 8 KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
Cara-cara menjalankan KMD:
1. Guru merancang aktiviti yang melibatkan teknik KMD.
2. Memilih tajuk dan tema yang sesuai dengan teknik KMD.
3. Berbincang dengan murid untuk memperkembangkan idea secara kritis dan kreatif.
4. Membimbing murid mencapai kajian masa depan dalam hasil kerja seni.
8.2 KEMAHIRAN BERFIKIR
Kemahiran berfikir yang juga ditafsirkan sebagai pemikiran reflektif, kritis dan kreatif;
merupakan satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan konsep aplikasi,
analisis, sintaksis dan/atau menilai informasi yang terkumpul atau dihasilkan melalui
pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan atau komunikasi sebagai landasan
kepada satu keyakinan (kepercayaan) dan tindakan. Ini adalah selari dengan apa yang
diutarakan oleh Dr. Richard Paul, Pengasas dan pengarah kepada The Center for Critical
Thinking, satu badan yang terkenal dengan penglibatannya dengan pemikiran kritis di
Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun elok juga kita lihat kemahiran berfikir dari perspektif KBKK
(Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif) seperti yang diketengahkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam kurikulum KBKK, kemahiran berfikir
dibahagikan kepada dua komponen yang penting iaitu; kemahiran berfikir secara kritis dan
kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis merujuk kepada
keberkesanan seseorang dalam menggunakan minda dalam menilai keesahan atau
kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan boleh memberi respons
berdasarkan kepada bukti dan sebab musabab. Jenis-jenis kebolehan yang boleh di
kategorikan sebagai pemikiran kritis termasuklah; membanding dan membeza, membuat
kategori, menerangkan sebab akibat, meneliti bahagian dan hubungan bahagian yang
kecil dengan keseluruhan, membuat andaian, membuat ramalan dan inferensi. Sementara
kemahiran berfikir secara kreatif pula bolehlah di definisikan sebagai kebolehan
menggunakan minda dalam menjana idea-idea yang baru, kemungkinan yang baru,
ciptaan yang baru berdasarkan kepada keaslian dalam penghasilannya. Ia boleh diberikan
dalam bentuk idea yang nyata ataupun abstrak. Kebolehan berfikir secara kreatif ini boleh
dilihat dalam contoh-contoh berikut: mencipta idea yang baru, mencipta analogi dan
metaphora. Harus diingat bahawa kedua-dua kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ini
adalah bertujuan untuk menolong atau membantu seseorang dalam membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah.
Anda harus peka bahawa kemahiran berfikir juga mempunyai definisi yang berbagai
sesuai dengan konsep terbuka yang digalakkan dalam proses berfikir itu sendiri.
Seterusnya kita bincangkan beberapa definisi kemahiran berfikir yang telah dikemukakan
oleh beberapa pengkaji dan ahli fikir:
Latihan 8.1
Cuba rangka satu rancangan pengajaran yang mengaplikasikan salah satu
daripada pembelajaran yang telah dinyatakan.
122
OUM
TOPIK 8
KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
1. Menurut Beyer (1984), berfikir adalah kebolehan manusia untuk membentuk konsep,
memberi sebab atau membuat penentuan.
2. Menurut Fraenkel (1980), berfikir merupakan pembentukan semula pengalaman dan
penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu.
3. Meyer (1977), pula berpendapat bahawa berfikir melibatkan pengelolaan operasi
mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang
bertujuan untuk menyelesaikan masalah.
4. Kemahiran berfikir adalah manifestasi pemikiran reflektif ia termasuklah
penangguhan penilaian, mengekalkan pemikiran skeptik yang sihat dan mengamalkan
pemikiran terbuka (Dewey, 1910).
5. KB adalah sesuatu yang menjurus ke arah yang bercapah. Ia membolehkan
penyelesaian masalah yang berbeza dan menghala kepada penyelesaian yang
berbagai, di mana lebih dari satu penyelesaian atau jawapan adalah boleh diterima
(Guilford, 1959).
6. Moore dan Parker (1986) pula menyatakan bahawa KB adalah keyakinan
berlandaskan tindakan yang cermat dan disengajakan samada dalam menerima,
menolak atau menangguhkan satu-satu keputusan berhubung dengan satu-satu
dakwaan (claims).
7. Sementara Meyer (1987) mentakrifkan KB sebagai kebolehan membuat generalisasi,
mengandaikan dan mengendalikan kemungkinan yang berbagai dan juga
menangguhkan keputusan.
Terdapat pelbagai jenis kemahiran berfikir mengikut pandangan dan aliran pemikiran yang
dikemukan oleh ahli-ahli pemikir dan penulis-penulis dalam bidang berkenaan.
Sungguhpun begitu secara amnya kemahiran berfikir dapat dibahagikan kepada dua
domain utama, iaitu Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kemahiran Berfikir
Kritis/Kritikal.
8.2.1 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
Kemahiran Berfikir secara Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda
untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan
bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
Antara contoh Kemahiran Berfikir secara Kreatif termasuklah:
menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai (baru, asli, luar biasa, proaktif dan
mencabar);
mencipta metafora;
mencipta analogi; dan
mencipta definisi.
Pemikiran kreatif ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Stail
ini juga menghasilkan pelbagai cara untuk melakukan sesuatu. Apabila berfikir dengan
menggunakan stail kreatif, matlamat berfikir ialah untuk menerbitkan:
123
OUM
TOPIK 8 KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
Pelbagai persepsi.
Pelbagai konsep.
Pelbagai idea.
Pelbagai cara menyelesaikan masalah.
Pelbagai cara meleraikan konflik.
Perbagai reka cipta.
Pelbagai strategi dan taktik.
Pelbagai prosedur kerja.
Pelbagai teori.
Pelbagai hipotesis.
Pelbagai peraturan.
Pelbagai hasil perundingan.
Bagi tiap perkara yang kita lihat, ada bermacam-macam cara lain untuk melihatnya. Bagi
setiap cara untuk melakukan sesuatu, ada bermacam-macam cara lain melakukannya.
Perkara-perkara yang ditimbulkan apabila berfikir secara kreatif ialah:
1. Kita perlukan idea baru.
2. Ada atau tidak cara-cara lain?
3. Cuba cari kaedah-kaedah yang lebih mudah.
4. Ada atau tidak cara lain untuk menerangkan perkara ini?
5. Tolong fikirkan kemungkinan-kemungkinan lain.
6. Kita tak mahu lagi penyelesaian cara sekarang.
7. Cara ini belum dicuba.
8. Ini idea lama. Tentu ada cara lain.
Terdapat banyak teknik berfikir untuk menerbitkan idea-idea kreatif dan inovatif. Untuk
maklumat lanjut rujuk buku Pemikiran Reka Cipta, Ainon & Abdullah, 1994, Teknik Berfikir,
Ainon & Abdullah, 1994, Kepintaran Daya Cipta Dan Kemahiran Berfikir, Ainon &
Abdullah, 1995.
Pemikiran kreatif menunjukkan ciri-ciri berikut:
1. Sengaja menghasilkan idea baru, konsep baru dan tanggapan baru. Maksudnya idea
yang dikemukakan menyimpang jauh daripada idea yang ada sekarang. Ada kalanya
idea itu seolah-olah gila-gila dan mencabar fikiran logik kita.
2. Menggunakan cara lain untuk melihat sesuatu yang sedang difikirkan. Maksudnya, ia
cuba lari daripada cara biasa melihat sesuatu. Semakin banyak sudut pandangan
yang digunakan, semakin baik.
3. Memberi fokus kepada usaha mahu mengubah idea yang ada pada masa ini.
Maksudnya, tujuan utama pemikiran ini ialah untuk membawa perubahan, bukan untuk
meneruskan idea sekarang.
124
OUM
TOPIK 8
KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
4. Mencari cara baru untuk menggantikan penyelesaian yang sedang digunakan
sekarang. Maksudnya, pemikiran ini cuba membuang cara kerja yang ada hari ini dan
menggantikannya dengan yang baru.
5. Pemikiran ini tidak pernah berpuas hati dengan jawapan yang digunakan sekarang.
6. Pemikiran ini sengaja menghasilkan idea-idea yang boleh memeranjatkan fikiran-
fikiran biasa.
7. Pemikiran ini menganggap idea yang baik tidak perlu kelihatan logik pada awalnya. Ia
gemar menggunakan logik songsang. Sebagai contoh, biasanya orang menyapu
garam pada ikan sebelum digoreng. Logik songsang mengatakan goreng ikan dahulu,
baru sapu garam.
8. Menumpukan perhatian kepada kemungkinan-kemungkinan yang mungkin akan
berlaku pada masa akan datang. Maksudnya, pemikiran ini gemar membayangkan
apa yang akan terjadi akibat adanya idea yang gila-gila itu.
Kesimpulannya, pemikiran kreatif dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah,
mencipta peluang-peluang baru dan menyokong idea yang bertentangan dengan fikiran
semasa.
8.2.2 Kemahiran Berfikir Secara Kritis/Kritikal
Kemahiran Berfikir secara Kritis/Kritikal pula ialah kecekapan dan keupayaan
menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea,
meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan
yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Perkataan kritik berasal daripada bahasa Yunani kritos yang bermakna mampu menilai.
Pada masa ini perkataan kritik mempunyai konotasi negatif. Kegiatan mengkritik sentiasa
bermakna membuat kritikan negatif, iaitu mencari kesalahan, kesilapan dan kelemahan.
Ketiga-tiga aktiviti itu adalah aktiviti serangan, cemuhan dan kutukan.
Pemikiran kritikal berfungsi seperti perbuatan membuang antah daripada beras. Pada
asalnya pemikiran kritikal dicipta untuk membuang kesilapan, kekeliruan dan andaian-
andaian yang salah. Dengan membuang semua antah dalam beras, yang tinggal ialah
beras belaka. Oleh hal yang demikian, pemikiran kritikal memang tidak dicipta untuk
menerbitkan klon-klon beras yang lebih baik, mahupun menokok beras itu supaya menjadi
lebih banyak.
Pemikiran kritikal berguna untuk memperbaiki idea yang sudah sedia ada. Dengan berfikir
secara kritikal, kita dapat memperbaiki kereta lembu yang sudah ada, tetapi hasilnya tidak
lebih daripada sebuah kereta lembu yang lebih baik. Ia tidak akan menghasilkan kereta
bermotor kerana kereta bermotor bukanlah kereta lembu yang sudah diperbaiki. Dengan
membaiki lilin, kita akan mendapat lilin yang lebih baik, tetapi kita tidak akan mendapat
mentol, kerana mentol bukanlah lilin yang sudah diperbaiki.
Penggunaan pemikiran kritikal mempunyai banyak kesan negatif. Pertama ia membunuh
pertumbuhan idea-idea baru dengan mematahkan semangat orang yang cuba
menerbitkan idea-idea tersebut. Idea-idea baru terkeluar daripada paradigma yang sedia
ada dan ia mencipta paradigma baru, tetapi pemikiran kritikal menilai idea-idea baru itu
125
OUM
TOPIK 8 KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
dalam konteks paradigma lama. Sudah pastilah idea-idea baru itu akan menerima
penilaian negatif oleh pemikiran kritikal.
Berfikir stail kritikal ditandai oleh keupayaan melihat kesilapan, kesalahan, kelemahan dan
kecacatan pada cara-cara berfikir seseorang, atau pada idea dan cadangan yang
dikemukakan. Apabila kita berfikir dengan menggunakan stail kritikal matlamat kita berfikir
untuk mencari:
di mana silapnya?
di mana salahnya?
di mana cacatnya?
di mana kelemahannya?
di mana yang tidak selaras?
di mana yang bertentangan?
adakah faktanya betul?
adakah analisisnya betul?
adakah alasannya betul?
adakah penilaiannya betul?
adakah kesimpulannya betul?
Menggunakan stail ini kita mencari kesilapan-kesilapan yang ada pada cara seseorang itu
berfikir, terutama pada jalan pemikiranya. Kita mempertikaikan cara beliau
mengemukakan hujahnya dengan membuktikan dia salah pada perkara-perkara berikut:
Data, fakta dan statistik yang dikemukakannya
Bukti yang digunakannya
Teori, formula atau pendekatan yang digunakannya
Hujah, nas atau dalil yang disebut
Andaian dan premis yang digunakannya
Kesimpulan yang dibuatnya
Berfikir dengan menggunakan stail kritikal terfokus pada hasrat untuk membuktikan idea
orang lain salah. Walaupun begitu, cara berfikir kritikal berguna untuk membantu
mengelakkan kita daripada melakukan kesilapan. Ini juga bererti, kemahiran berfikir
secara kritikal tidak berguna kalau kita tidak melakukan apa-apa. Dengan erti lain, memiliki
pisau tidak berguna kalau pisau itu tidak digunakan.
Jikalau kita ada idea, barulah kemahiran berfikir secara kritikal dapat digunakan untuk
mencari kelemahan-kelemahan dan kesilapan-kesilapan yang ada pada idea itu supaya
dapat kita perbaiki. Sayangnya, pemikiran kritikal tidak menerbitkan idea. Ia hanya dapat
digunakan untuk membuktikan idea yang ada itu salah atau betul.
Contoh-contoh Kemahiran berfikir secara Kritis/Kritikal adalah seperti yang berikut:
membanding dan membeza;
126
OUM
TOPIK 8
KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
membuat kategori;
meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan;
menerangkan sebab;
menyusun mengikut urutan;
membuat ramalan;
mengusul periksa andaian; dan
membuat inferens.
Selain kemahiran-kemahiran yang disenaraikan di atas terdapat dua lagi kemahiran yang
penting iaitu Kemahiran Membuat Keputusan dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah.
Kedua-dua kemahiran ini sebenarnya boleh berada di dalam kedua-dua domain
kemahiran berfikir yang telah dibincangkan sebelum ini. Hal ini demikian kerana Membuat
Keputusan dan Menyelesaikan Masalah dapat juga berperanan sebagai proses kepada
kemahiran-kemahiran tadi. Dengan kata lain kesemua kemahiran yang digunakan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnnya menuju ke arah Membuat
Keputusan atau Menyelesaikan Masalah.
8.2.3 Kemahiran Berfikir Secara Analitis
Berfikir secara analitikal ditandai oleh daya usaha untuk melihat sesuatu itu secara lebih
terperinci. Analisis ialah proses kita memecah-belahkan masalah besar kepada bahagian-
bahagiannya yang lebih kecil supaya dapat kita tangani. Analisis ialah proses kita mencari
punca-punca. Analisis ialah usaha kita untuk memahami situasi yang kompleks dengan
cuba melihat situasi itu melalui unsur-unsurnya. Yang menjadi masalah kita bukanlah
berdebat sama ada analisis berguna atau tidak, tetapi sama ada analisis sahaja sudah
cukup. Kalau meja kita mempunyai dua batang kaki, tiap batang kaki adalah berguna, tapi
dua batang kaki belum cukup. Kita memerlukan empat batang kaki.
Kita membuat pelbagai analisis kerana kita mahu menjawab soalan-soalan Apa?
Mengapa? Bila? Bagaimana? Siapa? dan Di mana? Ada sangkaan yang mengatakan
analisis terperinci dapat membantu penyelesaian masalah. Ada masalah dapat
diselesaikan dengan cara menganalisa punca-punca masalah tersebut; tetapi kebanyakan
masalah tidak dapat diselesaikan dengan menggunakan analisis. Jenis-jenis masalah
yang berpunca daripada sifat-sifat semula jadi tabiat manusia ialah contoh yang tidak
dapat diselesaikan dengan cara analisis.
Banyak jenis masalah adalah terdiri daripada jenis yang hanya dapat diselesaikan dengan
menggunakan teknik pemikiran rekacipta, selain daripada analisis. Untuk menyelesaikan
masalah itu kita mereka cipta penyelesaiannya, bukan menganalisa punca-puncanya.
Pemikiran rekacipta mengkehendaki kita supaya melakukan itu ini, semata-mata kerana
hendak mendapatkan penyelesaian. Kita bukan cuba membuang punca, malah kita tidak
peduli pada apa punca masalah, sebaliknya kita mereka cipta penyelesaiannya.
Apabila kita berfikir dengan menggunakan kaedah analitikal, matlamat kita ialah untuk:
1. Membuat huraian terperinci berkenaan sesuatu idea atau perkara.
2. Mencari persamaan-persamaan.
127
OUM
TOPIK 8 KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
3. Mencari perbezaan-perbezaan.
4. Mencari punca-punca sesuatu masalah atau kejadian.
5. Menyusun maklumat-maklumat ke dalam kumpulan-kumpulan.
6. Membuat pelbagai tafsiran.
7. Mencari perhubungan antara perkara-perkara.
8. Mencari perkaitan sebab-akibat antara perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa.
9. Berfikir secara analitikal ialah salah satu aktiviti pemikiran logikal. Ia adalah didasarkan
kepada maklumat dan fakta-fakta.
Reka cipta yang bermutu tinggi adalah berdasarkan idea yang kreatif dan maklumat yang
betul. Idea yang baik ialah kalau faktanya betul. Kalau faktanya salah, idea itu tidak
mungkin baik. Stail ini kita gunakan untuk melakukan perkara-perkara berikut:
memahami sesuatu dengan lebih mendalam;
memahami kaitan antara satu perkara dengan yang lain; dan
memahami punca-punca kejadian.
Stail ini, apabila digunakan dengan banyaknya, boleh meninggalkan kesan seperti orang
yang menggali perigi: semakin dia menggali, semakin dalam perigi itu. Ada risiko dia jatuh
ke dalam perigi yang dia sendiri gali dan tidak dapat keluar daripada perigi tersebut.
Analisis yang berjela-jela boleh menyebabkan minda menjadi tepok, maksudnya,
seseorang menjadi sesat dalam perincian yang tetek-bengek.
Aktiviti membuat kerja-kerja analisis adalah aktiviti yang berguna. Analisis membantu kita
memahami situasi-situasi yang kompleks dan rumit. Dengan itu kita dapat memahami apa
yang sebenarnya berlaku di dalam situasi begitu.
Aktiviti analisis dapat digolongkan ke dalam tiga jenis.
1. Analisis cuba memahami sesuatu keadaan kompleks dengan cara memecah-
mecahkan keadaan itu ke dalam unsur-unsurnya yang kecil. Kita boleh mengambil
sebuah basikal dan membuka basikal itu untuk memahami bahagian-bahagiannya.
2. Analisis cuba memahami hubungan sebab-akibat antara suatu peristiwa dengan
peristiwa lain. Ia cuba memahami jenis-jenis dan sifat-sifat interaksi yang berlaku. Kita
boleh membuat analisis untuk memahami apa kaitan antara perbuatan menghisap
rokok dengan kejadian barah paru-paru.
3. Analisis cuba memahami persamaan-persamaan dan perbezaan-perbezaan antara
dua benda, perkara atau peristiwa. Kita boleh membuat analisis untuk
membandingkan antara faedah dan keuntungan, atau antara hadiah dan rasuah.
Melalui aktiviti analisis kita dapat memahami keadaan yang sukar difahami; memahami
perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yang baru berlaku; membuat ramalan-ramalan
akan apa yang mungkin berlaku pada masa hadapan; dan dapat membuat perancangan
bagi mengawal kejadian. Oleh itu aktiviti analisis adalah sangat bermanafaat.
128
OUM
TOPIK 8
KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
8.3 PEMBELAJARAN KONTEKSTUALISME DAN
KONSTRUKTIVISME
8.3.1 Definisi dan Ciri-Ciri
Pembelajaran Kontekstualisme
Pembelajaran kontekstualisme ialah satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Pembelajaran jenis ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti
hands-on dan minds-on. Ciri-ciri pembelajaran kontekstualisme ialah seperti:
1. murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang
bermakna dalam rangka minda;
2. maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid;
dan
3. guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan.
Pendekatan pembelajaran seperti di atas dapat berlaku apabila murid digalakkan memberi
pendapat berkenaan topik pembelajaran seperti dari konteks budaya, fizikal, sosial dan
psikologi, dimana mereka dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan sesama
mereka.
(a) Faedah kepada guru:
menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya;
dapat mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan; dan
menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.
(b) Faedah kepada Industri:
menerima tenaga kerja yang berpotensi; dan
menggerakkan industri ke dalam pendidikan.
Konstruktivisme
Konstruktivisme bermaksud cara pembelajaran yang mana pelajar tidak lagi dianggap
belajar daripada apa yang diberikan guru atau sistem pengajaran semata-mata tetapi
secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai
realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
Pendidikan Moral memerlukan pelajar yang aktif mengaplikasikan pengetahuan dalam
membina realiti mereka sendiri. Segala pengetahuan dibina oleh pelajar tidak disokong
Latihan 8.2
Apakah definisi Kemahiran Befikir secara Analitis?
129
OUM
TOPIK 8 KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
dari pengetahuan luar. Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya
mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pemelajaran boleh disusunatur dan
diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar.
Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan
melibatkan kerja-kerja merekabentuk. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu
untuk membuat penyelidikan, menganalisis, mempersembahkan maklumat berkenaan
pendidikan moral.
Konstruktivism bukan merupakan satu teori yang baru dalam bidang pendidikan.
Pengaruh konstruktivism dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini semakin kuat.
Teori ini bertitik tolak daripada pandangan behaviorism yang mengkaji perubahan
tingkahlaku sehingga kepada kognitivism yang mengkaji tentang cara manusia belajar dan
memperoleh pengetahuan yang menekankan perwakilan mental.
Bruner (1960) telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses di mana
pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa
mereka. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat, membina hipotesis dan
membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema
dan model mental) memberikan makna dan pembentukan pengalaman dan membolehkan
individu melangkau melebihi maklumat yang diberikan. Hasil daripada pendekatan ini,
beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery Learning).
Briner (1999) berpendapat murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan
pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya
kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan
binaan intelektual yang sedia wujud.
Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia
dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini.
Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan
idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna
kepada mereka, maka mereka akan sama ada mengintepretasikan apa yang mereka lihat
supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan
menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan
lebih baik. Menurut Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivism adalah satu pendekatan
pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.
Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya
hanya menerima pengetahuan daripada orang lain.
Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang
diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru dalam
mindanya (PPK, 2001:9). Secara ringkasnya, teori pembelajaran konstruktrivism adalah
satu fahaman bahawa pengetahuan, idea atau konsep yang baru dibina secara aktif
berdasarkan kepada pengalaman lepas dan pengetahuan sedia ada dengan maklumat,
idea atau konsep yang diterima sama ada bantuan kendiri, interaksi sosial atau
persekitaran diselaraskan melalui proses metakognitif .
130
OUM
TOPIK 8
KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
Prinsip-prinsip pembelajaran konstruktivism
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), salah satu implikasi utama yang
pendekatan konstruktivism yang paling utama ialah pengajaran dan pembelajaran adalah
berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar adalah hasil daripada aktiviti
yang dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Ia
menekankan tindakan dan pemikiran pelajar dan bukan guru.
Ciri-ciri prinsip-prinsip pembelajaran utama yang berpusatkan pelajar ialah seperti:
1. Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif. Di sini guru perlu menerima
autonomi pelajar. Ia lebih menekankan pembelajaran daripada pengajaran. Pelajar
diberi peluang untuk memilih gol, strategi dan penilaian pelajarannya.
2. Motivasi merupakan kunci kepada pembelajaran di mana ia menggalakkan penemuan
inkuiri, perasaan ingin tahu dan inisiatif pelajar. Di samping itu pengalaman dari segi
kepercayaan, sikap sedia ada dan pengetahuan sedia ada memainkan peranan yang
kritikal dalam pembelajaran. Oleh sebab manusia mempunyai kecenderungan kognitif
maklumat akan dipilih dan diubahsuai. Pelajar mengkonstruk pengetahuan melalui
penglibatan aktiviti projek/kajian (contoh; menguji hipotesis) dan membuat pilihan. Di
sini, pengajaran perlu direkabentuk untuk memudahcarakan ekstrapolasi dan
memenuhi ruang.
3. Dalam teori konstruktivism, pembelajaran adalah berbentuk kontekstual. Ia berkaitan
dengan dunia kehidupan seseorang dan berhubung dengan prejudis dan
kebimbingannya.
4. Pembelajaran juga ialah satu aktiviti sosial di mana ia menyokong pembelajaran
koperatif dan melibatkan penggunaan bahasa. Ia melibatkan pelajar dengan situasi
dunia sebenar. Pembelajaran sebagai aktiviti sosial ini juga menggalakkan dialog dan
perbincangan sesama pelajar atau antara guru dan pelajar.
6. Satu lagi prinsip pembelajaran ini ialah ia mengambil masa. Di sini pelajar perlu
diberikan masa yang mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Ia
menekankan pemikiran refleksi dan proses kematangan.
Pendekatan pembelajaran secara konstruktivism
Pendekatan pembelajaran secara konstruktivism dapat dibahagikan kepada lima format
iaitu:
1. Penglibatan Simulasi perasaan ingin tahu pelajar melalui pemberian suatu
tugasan, topik atau konsep, memupuk minat dan membangkitkan
persoalan.
2. Penjelajahan Adalah bertujuan untuk memuaskan perasaan ingin tahu melalui
penggunaan pendekatan inkuiri untuk menjelajah dan menyiasat,
melalui eksperimen, menggalakkan pelajar untuk bekerjasama dan
menyoal.
3. Penerangan Pendekatan yang melibatkan definisi konsep dan penyataan.
Pertanyaan tentang penerangan orang lain dan membuat
pertimbangan dan penjelasan.
4. Penghuraian Memperdalamkan lagi konsep ke dalam sudut kandungan yang lain.
Pelajar akan menghubungkaitkan dan melihat perhubungan sesuatu
131
OUM
TOPIK 8 KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
konsep atau topik dalam sudut kandungan yang lain dan membuat
perkiatan dengan konsep/ topik ke dalam situasi dunianya.
5. Penilaian Menilai pemahaman pelajar melalui demontrasi pemahaman dan
kemahiran atau konsep pengetahuan. Mengakses pengetahuan
pelajar dan kemahiran dan konsep. Mengemukakan soalan terbuka
(contoh: Apa yang sedang anda fikirkan?)
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1997: 45)
Untuk mencapai gol pengajaran, beberapa pendekatan pengajaran secara konstruktivism
iaitu mewujudkan aktiviti sebab-musabab (reasoning), melibatkan pemikiran yang kritikal
dan aktiviti penyelesaian masalah. Pelajar juga perlu berupaya mendapatkan kembali
maklumat, memahami dan menggunakan maklumat. Pengajaran juga perlu menekankan
kepada fleksibiliti kognitif, pemikiran refleksi dan pengagihan kepakaran di kalangan
pelajar dengan pelajar , pelajar dengan guru atau pelajar dengan pihak pakar.
Peranan guru dan pelajar dalam pembelajaran konstruktivism
1. Peranan Guru
Guru memainkan peranan sebagai fasilitator yang akan merancang dan menekankan
aktiviti yang berpusatkan pelajar. Guru merupakan pembimbing yang akan membantu
pelajar menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. Guru akan
mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya
dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Guru juga merupakan pereka bentuk bahan
pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan
baru. Guru sentiasa berfikiran terbuka yang sentiasa menggalakkan pelajar
menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.
Sebagai penyokong kognitif, guru akan menstruktur pelajaran untuk mencabar
persepsi murid, menggalakkan mereka membuat tugasan yang berbentuk
penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Pelajar juga
perlu digalakkan menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Selain itu pelajar juga
digalakkan membuat penemuan melalui pertanyaan soalan bercapah dan bersoal
jawab antara satu sama lain. Masa yang secukupnya perlu diberikan agar pelajar
dapat membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. Akhirnya guru perlu
tahu cara melaksanakan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan dan
membimbing pelajar untuk mendapatkan jawapan yang tepat.
2. Peranan Pelajar
Perubahan ke atas peranan pelajar dalam pembelajaran secara konstruktivism
melibatkan sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh
menyelesaikan masalah. Pelajar juga perlu mempunyai inisiatif mengemukakan
soalan-soalan dan isu dan membuat analisis dan menjawab soalan-soalan yang
dikemukakan. Perbincangan juga penting dalam membantu pelajar mengubah atau
mengukuhkan idea-idea mereka, mengemukakan pendapat dan mendengar idea
orang lain dan membina asas pengetahuan yang mereka faham.
Selain itu pelajar perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan untuk
membuat ramalan. Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran maklumat dan kemahiran
penggunaan teknologi dimana mereka dapat menggunakan data dan bahan-bahan
fizikal, manipulatif atau interaktif (misalnya akses kepada Internet) bagi menolong
mereka menjana idea dan pengetahuan baru.
132
OUM
TOPIK 8
KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
8.3.2 Aktiviti-Aktiviti dan Kaedah Pemupukan
Aktiviti-aktiviti untuk pemupukan pembelajaran kontekstualisme
Pembelajaran kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan murid dengan lebih
berkesan (seperti Visual Ruang, Logik- Matematik, Intrapersonal, Verbal Linguistik dan
Naturalis). Melalui aktiviti berkumpulan, murid-murid akan dapat mencapai tujuan berikut:
mengaitkan pembelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan harian;
mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian memindahkan
kemahiran;
meneroka dan mendapatkan bukti;
menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit; dan
belajar secara bekerjasama (aktiviti berkumpulan).
Aktiviti-aktiviti untuk pemupukan pembelajaran konstruktivisme
Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti berikut:
1. Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.
2. Pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
3. Pelajar menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
4. Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang rendah.
5. Pembelajaran berpusatkan pelajar.
6. Aktiviti berasaskan hands-on dan minds-on.
7. Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
8. Pelajar mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan
kefahaman idea tersebut.
9. Pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.
10. Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai.
11. Pelajar digalakkan mengemukakan hipotesis dan bukan guru menerangkan teori.
12. Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan pelajar mencari jawapan.
13. Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada pelajar.
14. Pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru.
15. Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat pelajar.
16. Pelajar bekerja dalam kumpulan.
133
OUM
TOPIK 8 KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
8.3.3 Kepentingan Kemahiran
Kontekstualisme
Pendekatan kontekstual sangat sesuai dijalankan dengan melakukan aktiviti berkumpulan,
dimana ia akan memberi peluang kepada kumpulan lemah atau sederhana berinteraksi
dan dibimbing oleh murid yang cemerlang. Pendekatan kontekstual merentas pelbagai
displin ilmu, seperti Matematik, Sains, Komunikasi (Teknologi Maklumat dan Bahasa),
Kemanusiaan dan Teknikal dan Vokasional.
Konstruktivisme
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), pembelajaran secara konstruktivism
menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia menggalakkan pelajar berfikir
untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam
menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran, misalnya dalam aktiviti penyelidikan dan
penyiasatan dan pengujian hipotesis.
Selain itu ia membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep dan idea
di mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru.
Hasil daripada proses pemahaman konsep, pelajar dapat membina ingatan jangka
panjang tentang sesuatu konsep melalui penglibatan yang aktif dalam mengaitkan
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan
yang baru.
Keyakinan pelajar dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran ini dan membolehkan
pelajar berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
Di samping itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat
bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah.
Kemahiran sosial ini dapat diperolehi apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan
guru dalam membina pengetahuan mereka.
Akhirnya, hasil daripada pembelajaran secara konstruktivism di mana pelajar membina
pengetahuan, konsep dan idea baru secara aktif, pelajar akan meningkatkan
kefahamannya, berasa lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat
walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan.
Latihan 8.3
Nyatakan peranan guru dan pelajar dalam melaksanakan pembelajaran
konstruktivisme.
134
OUM
TOPIK 8
KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
8.4 KECEKAPAN KECERDASAN EMOSI (KKE)
Konsep EQ atau Emotional Intelligence atau kecerdasan emosi ini adalah satu konsep
kecerdasan yang lebih luas dan ada kaitan dengan kesedaran terhadap emosi dan
perasaan dan bagaimana perasaan boleh berinteraksi dengan kecerdasan mental atau IQ.
Goleman menyatakan bahawa 80% kejayaan seseorang adalah bergantung kepada EQ
atau kecerdasan emosinya berbanding dengan cuma lebih kurang 20% sahaja yang
disebabkan oleh IQ atau kecerdasan mentalnya. Pendapat ini adalah sejajar dengan
pandangan yang menyatakan kita sebenarnya memerlukan lebih daripada kecerdasan
otak (IQ) sahaja untuk lebih berjaya dalam hidup seseorang mestilah berusaha
membentuk dan meneruskan kebolehan berhubung dan berkominikasi dengan sihat
dengan orang lain.
8.4.1 Definisi Kecerdasan Moral
Pendidikan moral di sekolah adalah suatu usaha untuk membentuk insan yang
menyeluruh dari segi kognitif, afektif dan psikomotor. Pendidikan moral juga dapat
memberi kefahaman tentang nilai-nilai murni seperti hormat-menghormati, adat, agama
dan sebagainya.
Kemajuan sains dan teknologi tanpa perkembangan moral akan mengakibatkan generasi
akan datang mengalami keruntuhan nilai tradisi dan kekeliruan moral di alam dunia yang
serba mencabar ini. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral hendaklah
lebih menarik supaya nilai-nilai yang diterapkan akan meresap ke jiwa pelajar.
Seperti yang kita ketahui, perkembangan moral yang berlaku dalam diri manusia adalah
berpunca dari peringkat lahir sehingga dewasa. Kanak-kanak khasnya akan melalui
proses peralihan usia yang mana perkembangan moral mereka adalah dipengaruhi oleh
banyak faktor yang wujud di persekitaran mereka.
Didapati perkembangan moral kanak-kanak ini mempunyai implikasi-implikasi terhadap
program pendidikan moral. Melalui teori-teori yang telah dibincangkan sebelum ini, tokoh-
tokoh penganalisis perkembangan moral ini mempunyai beberapa fakta tentang implikasi
perkembangan moral terhadap program pendidikan moral.
8.4.2 Aktiviti-Aktiviti dan Kaedah Pemupukan Kecerdasan Moral
1. Kenalpasti peraturan di dalam rumah anda dan pastikan semua ahli keluarga lain juga
mengetahuinya untuk mendisiplinkan ahli keluarga.
2. Menambahkan jumlah perhubungan dalam diri anak untuk mewujudkan satu perasaan
dan menjadikannya suatu yang lebih besar daripada dirinya sendiri.
3. Memastikan kanak-kanak cukup tidur supaya mereka memperolehi minda yang cerdas
keesokan harinya.
4. Memberikan pujian ke atas usaha kanak-kanak dalam pembelajaran mereka supaya
menguatkan semangat dan keyakinan mereka untuk meneruskan pembelajaran.
5. Memisahkan rasa takut dan sangsi kanak-kanak pada pembelajaran untuk
mengelakkan mereka membesar dengan perasaan takut, malu dan terhina.
135
OUM
TOPIK 8 KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
6. Tidak menggunakan perkataan kesat seperti bodoh, atau perkataan yang berlawanan
dengannya untuk mengelakkan kanak-kanak menganggap bahawa terdapat
perbezaan dalam diri manusia.
7. Penggunaan penstrukturan bertujuan untuk mewujudkan diri kanak-kanak tentang
peraturan, jadual dan ketekalan.
8. Mengenali kemampuan minda kanak-kanak untuk mengelakkan ibbapa mempunyai
tanggapan yang salah dimana mereka beranggapan kanak-kanak mempunyai
kemampuan minda yang pada tahap yang sama.
9. Menghapuskan sindiran yang bertujuan untuk mengelakkan berlakunya halangan
kepada kanak-kanak bersikap terbuka.
8.4.3 Kepentingan Pemupukan Kecerdasan Moral
Untuk menilai pentingnya konsep kecerdasan ini dalam pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan, kalangan ibu bapa, guru dan pelajar perlu melihatnya dari sudut yang
berlainan iaitu:
1. Seseorang perlu mengetahui emosi dirinya terlebih dahulu dan bagaimana
mengendalikannya. Ini termasuklah kebijaksanaan dalam mengawal gerak hati,
kesabaran dan tindakan rangsangan terhadap selok-belok suasana persekitaran.
2. Seseorang perlu bijaksana mengendalikan perhubungan (berkomunikasi) dengan
orang lain.
3. Seseorang perlu berupaya memotivasikan diri secara tegas dan yakin dengan
perasaan diri, pencapaian dan kebolehan pelajar yang mempunyai kecerdasan emosi
akan berada pada jalan kecemerlangan yang lebih jelas.
Kecerdasan moral dapat memimpin pelajar berfikir dan memberi ketenangan dalam
kehidupan harian. Pelajar yang cerdas emosi moralnya dapat membuat keputusan
yang dapat memuaskan dirinya dan orang lain. Dengan demikian, laras pencapaian
akademik mereka akan menjadi lebih tinggi. Selain itu, mereka biasanya memperolehi
markah yang lebih tinggi dalam mata pelajaran yang banyak menggunakan bahasa
dan angka, seperti Matematik dan bacaan. Para pelajar yang terdiri di dalam golongan
ini gemar dan bijak bergaul dengan rakan sebaya atau orang yang lebih dewasa.
Mereka kurang bermasalah perilaku, malah sentiasa berbadan sihat. Kecerdasan
moral ini dibuktikan sebagai benteng menahan stres atau ketegangan bukan sahaja di
kalangan pelajar juga bagi guru dan ibu bapa. Kajian-kajian menunjukkan bahawa
kecerdasan moral yang tinggi memberi kesan positif terhadap penyesuaian seseorang
dalam masyarakat berbanding dengan kecerdasan intelek. Pendidikan untuk
kecerdasan moral dapat membebaskan pelajar daripada sikap negatif, rendah diri dan
prasangka dan seterusnya membolehkan pelajar membesar dan matang sebagai
individu yang sihat dan sedia menghormati diri dan idea orang lain. Ini menunjukkan
satu petanda awal yang baik untuk mengatasi gejala sosial remaja di peringkat awalan
lagi.
Sudah tiba masanya sistem pendidikan diubah ke arah melahirkan individu yang
bukan hanya berintelek tinggi tetapi juga mampu menyesuaikan diri dengan keperluan
dunia hari ini. Dalam keadaan perkembangan dunia dengan teknologi canggih serta
persaingan hebat hari ini, IQ sahaja tidak mampu menjamin kejayaan seseorang
individu tanpa EQ yang seimbang serta kemahiran-kemahiran yang lain.
136
OUM
TOPIK 8
KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
RUMUSAN
Setelah menamatkan topik ini, adalah diharapkan anda dapat memahami konsep-konsep
dalam pembelajaran kolaboratif, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran Teori Constraint
dan juga kajian masa depan. Selain itu, anda juga seharusnya dapat mengaplikasikan
cara untuk menggalakkan kemahiran-kemahiran berfikir di dalam bilik darjah. Ini penting
untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan di sekolah, khususnya Pendidikan Moral. Di
samping itu, anda juga digalakkan untuk menggunakan kaedah-kaedah sesuai untuk
meningkatkan kecerdasan moral kanak-kanak. Ini penting untuk menjamin kewujudan
generasi yang bermoral kelak.
UJIAN 1
1. Terangkan ciri-ciri pemikiran kreatif.
2. Bandingkan di antara pembelajaran kolaboratif dan pembelajaran kooperatif.
UJIAN 2
1. Berikan definisi dan ciri-ciri yang terdapat pada pembelajaran kontekstualisme dan
pembelajaran konstruktivisme.
2. Nyatakan kepentingan pemupukan kecerdasan moral kepada pelajar-pelajar sekolah
dan juga kesannya kepada masyarakat.
BIBLIOGRAFI
Ausubel, D.P. (1968). Educational Psychology: A Cognitive View. New York: Hoet,
Rinehart & Winston.
Dewey, J. (1993). How We Think: A Restatement of the Relation of Reflective Thinking to
the Educative Process. Boston: Houghton Mifflin Company.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). The Malaysian Smart School: A Msc Flagship
Applications: A Conceptual Blueprint. KL.
Malone,T.W. (1981). Towards A Theory Of Instrinsically Motivating Instruction.New Jersey:
Mohammed Sani Ibrahim (1998). Perancangan dan Strategi Pelaksanaan Latihan Guru-
Guru Sekolah Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti
Kebangsaan Malaysia.November .26-27
Latihan 8.4
Berdasarkan kepada pengalaman anda semasa di sekolah, apakah
kepentingan pemupukan kecerdasan moral kepada setiap ahli masyarakat?
137
OUM
TOPIK 8 KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL
Rohani Abdul Hamid (1998). Keperluan Pendidikan Abad ke-21: Projek Sekolah Bestari.
Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti Kebangsaan Malaysia.
November 26-27.
Shermis, S.S (1999). Critical Thinking: Helping Students Learn Reflectively. Bloomington,
Indiana: Phi Delta Kappa Educational Foundation.
Weast, D. (1996). Alternative Teaching Strategies: The Case for Critical Thinking.
Teaching Sociology, 24, 189-194.
Wittrock, M.C. (1986). The Cognitive Movement in Education. Educational Psychologist,
13, 15-29.

You might also like