You are on page 1of 1

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

(1) ALUAN PENGERUSI


Bismillahirrahmanirrahim
Yang berusaha Tn Hj Adzhar Bin Shafie Guru Besar Sk ORan
Yang Berusaha, .Pn Ruzaida binti Ahmad Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati Pn hjh Azizah binti abdul Aziz Penolong kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati .En Huzairi Bin Hussein, Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang
dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai cara,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Tiba masanya menyambut Hari Raya.

Kuih bahulu sudah tersedia
Ketupat rendang ada bersama
Tangan dihulur ampun dipinta
Agar ukhwah terjalin sentiasa

(3) Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih
diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa.
Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Podium.............................. yang ceria ini
untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2014.


(4) DOA-Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang
maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz .......................................bagi memimpin pembacaan doa.
Dipersilakan al-fadzil ustaz

....
Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis
nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN guru besor
Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Pulut dihidang enak rasanya
lemang dan dodol pilihan kita
Bingkisan kata ucapan raya
Tuan guru besar mula bicara

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha,
En.................................., Guru besar ................................... untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

Seterusnya, masa yang ditunggu tunggu telahpun tiba. Sekarang, majlis akan diteruskan lagi dengan
Pertandingan Nyanyian Lagu Raya sempena sambutan hari raya aidilfitri peringkat sekolah pada
tahun ini. Setelah hampir 20 penyertaan yang diterima, hanya 10 peserta sahaja yang terpilih untuk
menyampaikan persembahan mereka pada hari ini. Majlis menjemput adik..............................
Dipersilakan.

You might also like