You are on page 1of 3

PENYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM

(Praktikum 1: 18 Mac 12 April 2012)


_________________________________________________________
NAMA : AIN ZUHAIRIAH BINTI DZULKIFLI
KURSUS : PISMP
OPSYEN : PENDIDIKAN ISLAM
AMBILAN : JANUARI 2010


Saya seperti butiran di atas adalah sebagai pelatih guru yang akan menjalani
praktikum Fasa 1, iaitu latihan mengajar kali pertama bagi Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP). Lokasi latihan ialah di Sekolah Kebangsaan Manggol
Bongor (SKMB) yang terletak di Kodiang, Kedah di bawah bimbingan pensyarah
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman (IPGKDA) iaitu Encik Mohd Radzi bin Lebai Mat bagi mata pelajaran
major (Pendidikan Islam).
Tugasan bagi Praktikum Fasa 1 ini lebih menjurus kepada mata pelajaran
major iaitu berkaitan dengan pendedahan kepada tugas-tugas sebagai seorang
guru. Selain itu, latihan pada kali ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal
kepada para pelatih guru untuk mengalami situasi sebenar pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Fokus tugasan ialah menghendaki para pelatih untuk
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam bilik darjah
selain mengikuti segala aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah seperti gerak
kerja kokurikulum sekolah dan mengenali serta membina kemahiran komunikasi dan
hubungan yang baik antara setisp komponen di dalam sekolah (pentadbir, guru, staf,
murid, dan lain-lain) . Hal ini bagi memastikan para pelatih dapat membiasakan diri
dengan keadaan dan situasi di sekolah sebelum melangkah ke alam kerjaya kelak.
Secara holistiknya, selain fokus yang telah dinyatakan, adalah difahami
bahawa latihan praktikum ini dilaksanakan atas beberapa tujuan tertentu. Tujuan-
tujuan ini sebenarnya saling berkait dengan semua fokus yang telah dinyatakan tadi.
PENYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM

Pelaksanaan sesi P&P adalah bertujuan untuk member pendedahan dan latihan
mengajar yang sebenar di samping mengaplikasikan ilmu, pengetahuan, dan
kemahiran pedagogi yang dipelajari di institut. Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum
pula bermatlamat untuk menyediakan pelatih guru yang seimbang dan harmonis
dalam pelbagai aspek yang diperlukan agar dapat mendidik murid supaya
mempunyai pelbagai kemahiran dan nilai tambah. Akhir sekali, pendedahan
terhadap sekolah serta segala komponennya bertujuan melahirkan pelatih guru yang
mampu bekerjasama dan menempatkan diri mereka dalam komuniti pendidik demi
mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan.
Sebagai pelatih yang menjalani tugasan, beberapa strategi yang berkaitan
telah dirangka dan dirancang untuk dilaksanakan agar fasa latihan ini memperolah
sesuatu yang bermakna untuk dijadikan panduan pada masa depan. Dari aspek
pelaksanaan P&P, segala spek berkaitan teori dan praktikal pengajaran seperti
dokumen-dokumen Rancangan Pengajaran Harian (RPH), Bahan Bantu Mengajar
(BBM), kaedah, teknik, strategi, dan pendekatan pengajaran serta lain-lain telah
disemak dan dibuat beberapa kajian terhadapnya agar latihan praktikum ini dapat
dilaksanakan dengan sebaiknya. Sekurang-kurangnya perkara ini telah dilakukan
bersama pensyarah jabatan di kelas-kelas kuliah sama ada secara langsung atau
tidak langsung sebelum latihan praktikum bermula.
Bagi komponen kokurikulum pula, persediaan yang dilakukan adalah merujuk
kembali kepada kemahiran-kemahiran praktikal serta ilmu-ilmu teori khusus bagi unit
beruniform yang disertai iaitu Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM), selain
kemahiran-kemahiran asas permainan bagi kelab dan pengetahuan sedia ada bagi
persatuan. Untuk aspek sekolah dan komuniti, sebuah portfolio praktikum telah
disediakan bersama dengan struktur panduan berkaitan sekolah iaitu segala
maklumat pentadbiran, latar belakang, kakitangan dan sebagainya akan dikumpul,
disusun, dan direkodkan sebaik sahaja memulakan latihan praktikum nanti sebagai
menepati amalan profesionalisme keguruan yang ditetapkan.
Akhir sekali, diharapkan agar Praktikum Fasa 1 ini dapat dilaksanakan
dengan lancer dan sebaik mungkin untuk mengutip segala ilmu, pengetahuan,
kemahiran, dan pengalaman sebagai bekalan untuk latihan praktikum yang
seterusnya secara khususnya dan sebagai persediaan awal sebelum ditugaskan
PENYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM

sebagai guru sebenar kelak. Selain itu, adalah menjadi harapan agar pendedahan
melalui latihan ini dapat membantu membeentuk sikap, sahsiah, kemahiran, ilmu,
dan profesionalisme keguruan yang dituntut.


Pelajar Praktikum Pensyarah/Guru Pembimbing


Nama : AIN ZUHAIRIAH BINTI DZULKIFLI Nama:
Tarikh : 18 MAC 2012 Tarikh:
___________________________________________________________________________














PENGESAHAN DAN SEMAKAN

You might also like