You are on page 1of 11

MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik

9


Tajuk 2 APLIKASI PENDEKATAN ORFF



Sinopsis
Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang pendekatan pengajaran Orff.
Orff menekankan beberapa elemen penting dalam kaedah pendekatannya
terhadap kebolehan tingkah laku muzikal kanak-kanak. Antara elemen-elemen
yang di senaraikan adalah eksplorasi, imitasi, improvisasi dan penciptaan.

Hasil Pembelajaran
1. Mengaplikasi pendekatan muzik Orff dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Muzik Sekolah Rendah.
2. Mengenal pasti kesesuaian penggunaan pendekatan muzik Orff dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah.
3. Mensintesis pelbagai pengalaman muzik dalam pendekatan muzik Orff.

Kerangka tajuk ini















Aplikasi Pendekatan Orff
Dalam Pendidikan Muzik


Eksplorasi

Improvisasi


Imitasi


Penciptaan


MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
10

2.1 Pendahuluan

Carl Orff dilahirkan pada 10 Julai 1895 di Munich, Germany dan meninggal
pada 29 Mac 1982. Merupakan seorang komposer yang berjaya pada abad ke 20
dan kejayaan paling cemerlang dan banyak memberi kesan adalah di dalam bidang
pendidikan. Beliau banyak menghasilkan bahanbahan pengajaran untuk kanak
kanak dalam menghasilkan muzik seperti menggunakan suara iaitu alat muzik yang
natural dan alat alat perkusi yang ringkas.

Pengajaran Orff bermula dengan menggunakan ritma ( rhythm ) sebagai
elemen muzik yang asas, menari dan pengucapan (speech). Semua ini digabungkan
dan digunakan sebagai satu bahasa dalam pengajaran muzik kepada kanakkanak.
Improvisasi juga merupakan asas pengajaran yang penting dalam pendekatan Orff.

Beliau juga menghasilkan bahanbahan untuk orangorang dewasa seperti
Oedipus Rex, The Wedding, oleh Stravinsky, yang memberi penekanan terhadap
ostinato, pulsation dan dan penggunaan suara secara terus untuk menghasilkan
sesuatu emosi. Beliau juga menghasilkan kaedah pengajaran muzik yang
diintegrasikan di antara pengucapan, pergerakan dan tarian yang dinamakan
'schulwerk' atau 'schoolwork'.

Schulwerk adalah merupakan pendekatan pengajaran muzik yang
berkembang dalam tahun 1920 an dan 1930 an semasa Orff menjadi pengarah di
sekolah tarian dan muzik yang dikenali sebagai Gunther Schule. Salah satu hasil
usaha beliau yang paling diingati adalah schulweek (muzik for children) iaitu muzik
untuk kanak kanak. Ianya merupakan satu instrumentasi muzik yang mudah bagi
kanak- kanak membuat persembahan. Di antara elemen- elemen penting yang
selalu digunakan dalam pengajaran adalah melodi dan ritma yang selalunya
disertakan dengan perkataan.

Pendekatan Orff berkembang bukan hanya untuk kanak- kanak tetapi bagi
orang dewasa juga. Pendekatan ini berdasarkan kepada kepercayaan beliau
bahawa kaedah yang mudah untuk mengajar muzik adalah dengan

MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
11

memperlihatkan perhubungan semula jadi pelajarpelajar terhadap ritma dan
melodi, dan ianya berlangsung secara semula jadi. Orff merumuskan perkara ini
dengan mengadakan program yang dirancang dengan sempurna dan berhati
hati. Ia bermula dengan corak pengucapan, gerakan berirama dan ton dua notasi
serta pergerakan yang logik dalam melodi pentatonik.

Improvisasi adalah amat di galakkan dalam pendekatan Orff. Pengenalan
kepada melodi major dan minor berlaku dalam programnya dengan menggunakan
kumpulan peralatan muzik seperti glockenspiels, xylophones, metallophones,
drums dan lainlain alat perkusi.

2.2 Pendekatan Orff

Dalam pendekatan pengajaran Orff, beberapa elemen muzik yang penting
digunakan antaranya eksplorasi, imitasi, improvisasi dan penciptaan yang mana
akan meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak melalui tindak balas semula jadi
mereka terhadap muzik.


2.2.1 Eksplorasi

Orff mengalakkan kanak-kanak menerokai serta melakukan eksperimen
dengan bunyi-bunyi muzikal dan gerakan berdasarkan kreativiti semula jadi
mereka. Proses ini merangkumi beberapa aspek iaitu penerokaan ruang, bunyi dan
bentuk.
Penerokaan Ruang
Dalam pernerokaan ruang kanak-kanak digalakkan melakukan aktiviti
pergerakan berdasarkan naluri semula jadi mereka berdasarkan rangsangan
dari luaran dan dalaman. Pergerakan ini meliputi apek berjalan, belari
melompat dan sebagainya. Dalam penerokaan ini guru hanya berperanan
sebagai fasilitator untuk membantu menggalakkan aktiviti pelajar.




MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
12

Ciptakan beberapa gerakan kreatif berdasarkan muzik instrumental
sepanjang 16 bar yang anda rakamkan.Cuba aktiviti ini dengan murid-murid
anda di sekolah sewaktu kelas pendidikan muzik.

Penerokaan bunyi
Orff memulakan dengan penerokaan bunyi-bunyi berdasarkan apa yang
berlaku dalah kehidupan seharian seperti bunyi-bunyi yang bisa didengar.
Antaranya bunyi ketukan pintu, kereta, angin, ombak dan sebagainya. Bunyi-
bunyi ini akan menjadi lebih teratur dengan menciptakan beberapa corak
irama.

Anda dikehendaki berbincang dalam kumpulan kecil dan hasilkan beberapa
corak irama berdasarkan bahan-bahan buangan untuk penerokaan bunyi.
Catitkan corak irama yang diciptakan dan simpankan dalam folio anda.

Penerokaan bentuk
Penerokaan bentuk berlaku serentak dalam penerokaan ruang dan bunyi.
Apabila kesemuanya di gabungkan dan disusun kanak-kanak akan diajar untuk
mengenal bentuk-bentuk frasa dalam gerakan ataupun corak .


Bincangkan bersama rakan-rakan anda aktiviti yang sesuai untuk
penerokaan bentuk. Cuba laksanakan aktiviti tersebut bersama murid-murid
anda.

2.2.2. Imitasi
Menurut Orff kanak-kanak mudah belajar sesuatu kemahiran melalui proses
imitasi. Proses ini adalah amat penting untuk memperkembangkan potensi
muzikal kanak-kanak. Sebagai contoh dalam pengajaran muzik di bilik
darjah guru menepuk satu corak irama manakala murid-murid akan meniru
tepukan gurunya.


Cipta dan catitkan beberapa corak irama secara sepontan dan cuba lakukan
aktiviti seperti yang dinyatakan di atas dengan murid-murid anda.


MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
13

2.2.3 Improvisasi

Improvisasi merupakan komponen yang diberi penekanan dalam
pendekatan pengajaran Orff. Dalam membincangkan tentang improvisasi yang
dikatakan hanya untuk orang dewasa, Orff cuba menonjolkan konsep improvisasi
yang ada pada diri kanakkanak. Dalam proses ini tiada undang-undang
ditetapkan. Guru boleh menetapkan lapangan atau di mana kanakkanak boleh
mengembangkan daya kreativiti masingmasing dalam mencipta irama melodi atau
menari mereka. Contoh aktiviti improvisasi melodi menggunakan alat muzik Orff.
Tetapkan alat muzik tersebut dalam nada C pentatonik. Ini memberi kebebasan
kepada pelajar membuat improvisasi tanpa memukul notnot yang tidak berkaitan.
Dengan ini pelajar / kanakkanak diminta mencipta atau membuat lagu sendiri
mengikut kreativiti masing masing.

Layari laman web berikut untuk rujukan alat muzik Orff

http://www.classicsforkids.com/teachers/training/orffinstruments.asp


Contoh aktiviti untuk improvisasi irama.
Cuba aktiviti ini dengan murid-murid anda.
Murid-murid dikehendaki mencipta corak irama dalam meter lazim
duaan/empatan dan melaksanakan aktiviti ini secara permainan soal jawab.
Anda dikehendaki mencatatkan respon murid-murid semasa aktiviti
dilaksanakan.

Contoh untuk improvisasi melodi dalam nyanyian
Guru membimbing murid-murid mencipta melodi sendiri dengan
menggunakan not-not dari do ke so.
Catatkan respon murid-murid dalam folio anda.




MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
14



2.2.4 Penciptaan
Fasa terakhir dalam pendekatan Orff ialah mengalakkan kanak-kanak
melakukan penciptaan dengan menggunakan bahasa asas. Peringkat ini
menggunakan cerita kanak-kanak dan puisi sebagai bahan asas berirama,
gerakan, nyanyian, dan permainan alat- alat Orff.

Layari laman web dan cari aktiviti-aktiviti penciptaan Pendekatan Orff
yang anda dapat aplikasikan dalam kelas pendidikan muzik di sekolah
rendah.

2.3 Proses pengajaran Orff

2.3.1 Apakah proses pengajaran Orff ?

Orff Schulwerk adalah pendekatan pembelajaran muzik yang merangkumi
segala aspek dalam ekspresi muzik. Sebagaimana yang diketahui, kanakkanak
belajar dalam situasi yang aktif, di mana proses peniruan dan penerokaan akan
membimbing mereka untuk melakukan improvisasi dan memahami muzik.
Pertuturan, lagu, pergerakan dan alat muzik adalah komponen penting untuk
mengajar irama, melodi, bentuk, harmoni dan timbre. Semua ini penting bagi
kanakkanak merasai dan membuat irama dan melodi sebelum mempelajari
membaca dan menulis muzik. Hal ini sama seperti proses kanak-kanak belajar
bercakap sebelum belajar membaca atau menulis, kanak-kanak tersebut perlu ada
kemahiran sedia ada sebelum didedahkan dengan kemahirankemahiran yang
lain. Proses pengajaran Orff adalah berkaitan dengan perkembangan kanak-
kanak. Beliau percaya kanakkanak menguasai dan mengembangkan pemahaman
kendiri terhadap sesuatu konsep muzik itu melalui pengalaman atau merasai
konsep itu terlebih dahulu. "Experience first, intellectualize second."

Melalui penggunaan alatalat perkusi, pergerakan, permainan, aktiviti
nyanyian, penerokaan irama dan drama, kanak kanak akan mempelajari dan
mengenal pasti bakat muzik di dalam diri mereka sendiri. Pendekatan Orff amat

MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
15

berguna dan memberi kesan terhadap perkembangan muzik bagi semua peringkat
umur dan tahap. Ianya sesuai bagi pembelajaran kendiri bagi setiap pelajar
sekolah, baik di sekolah rendah mahu pun menengah.


2.3.2 Contoh pengajaran Ostinato perkusi badan / body percussion
Langkah pengajaran

Mempelajari setiap Ostinato secara berasingan.
Pelajar diminta menepuk baris pertama.
Apabila pelajar menyanyikan baris ke 2, guru akan melibatkankan diri.
Latihan ini akan memperkembangkan kepercayaan kepada keupayaan
kendiri, keyakinan diri dan merupakan cara yang baik untuk menilai
ketepatan tempo di dalam diri kanak - kanak .

2.3.3 Pengajaran dengan menggunakan alat muzik Orff

Penggunaan alat muzik Orff bukan sahaja mempertingkatkan kebolehan
persepsi oral dan skel tetapi juga mempertingkatkan kebolehan visual serta hubung
kait antara jeda. Dalam penggunaan alat muzik di peringkat awal, corak irama
Bordun digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran konsep tempo.
Contoh pengajaran :
Lagu dihafal dengan menggunakan solfa dan isyarat tangan.
Guru menyanyikan corak irama melodi dan memainkan selepas didengari.
Proses ini berulangulang sehingga pelajar tahu memainkan setiap not dari lagu
tersebut.

2.3.4 Pendedahan atau pengenalan awal alat muzik Orff kepada pelajar
boleh melibatkan beberapa cadangan berikut ;

Pengalaman konsep tinggi dan rendah, laju dan perlahan serta kuat dan
perlahan.
Pengenalan konsep echoing patterns yang di demonstrasikan oleh guru dan

MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
16

pelajar.

Menunjukkan gambar tentang penggunaan skel melalui isyarat tangan
hand-singing, solfege.
Mengajar notasi muzik menggunakan sukatan pengajaran solfa
(solfege syllables) dan mengalihkannya kepada baluk.
Memberi pengalaman tentang kreativiti dan improvisasi menggunakan
konsep menilai diri sendiri (learned will enable you) guru akan membantu
mengenal pasti pelajar atau kanak kanak tersebut.

Berikut pula adalah cadangan beberapa langkah untuk mengajar melodi
secara berturutan iaitu So - Mi ( jeda pertama yang diajar ), So - La Mi, So - La - Mi
- Do dan Mi - Re - Do Begitu juga dengan tangga nada, ianya perlu diajar dan
diantaranya seperti tangga nada pentatonic, hexatonic,heptatonic, diatonik dan
modes.

2.4 Aplikasi pendekatan Orff dalam sistem pengajaran dan pembelajaran
muzik di Malaysia.

Seperti mana yang telah dijelaskan di atas, terdapat beberapa elemen
penting dalam pendekatan pengajaran Orff iaitu ritma / rentak, melodi dan
improvisasi yang mana akan meningkatkan daya kreativiti kanak- kanak melalui
tindak balas semula jadi mereka terhadap muzik.

Pernyataan di atas menunjukkan bahawa pendekatan Orff memang sesuai
untuk di aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran muzik di
Malaysia. Persoalannya, mampukah guruguru muzik di negara kita ini
menterjemahkan pendekatan Orff ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah?. Atau, cukupkah ilmu pengetahuan guruguru muzik tentang
pendekatan Orff?. Untuk menjawab persoalanpersoalan ini, kita seharusnya
menilai diri sendiri sebagai seorang guru muzik.


MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
17

Menurut pendapat Orff, suara kanak kanak itu sendiri merupakan satu
elemen muzik yang boleh digunakan sebagai alat untuk menyampaikan konsep
muzik kepada kanakkanak tersebut. Sekiranya pendekatan ini difahami dan
digunakan dengan cara baik dan kreatif oleh guruguru muzik , maka tidak
mustahil, sesi pengajaran dan pembelajarannya akan lebih bermakna dan
berkesan. Agak malang sekiranya guruguru muzik beralasan tidak dibekalkan
dengan cukup alatan muzik, maka kelas muzik tidak dapat dijalankan.
Apa yang pasti mengikut pendekatan Orff juga, penggunaan perkusi badan (body
percussion), pergerakan mudah, permainan dapat membawa kakakkanak atau
pelajar menerokai muzik dan memahami konsep-konsep muzik yang ingin
disampaikan oleh seseorang guru. Ini kerana pendekatan Orff menekankan kepada
empat komponen yang utama iaitu penerokaan, imitasi, improvisasi dan
penciptaan.
Penerokaan terbahagi kepada dua iaitu penerokaan ruang dan bentuk. Imitasi pula
merupakan model kreativiti dan merupakan peranan penting dalam pendekatan
Orff. Proses ini diringkaskan seperti berikut :

Pemerhatian Imitasi Ekperimen Kreativiti

Improvisasi juga amat digalakkan dalam pendekatan Orff. Ianya dapat
menggalakkan pelajar untuk menerokai muzik dengan menggunakan daya
kreativiti sendiri dan boleh dilakukan secara individu atau pun berkumpulan. Begitu
juga dengan penciptaan, yang mana pelajar akan melakukan penciptaan dengan
menggunakan alatan asas (alat muzik Orff) untuk mencipta rondo,suite mini, variasi
dan lain - lain.








MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
18

2.5 Beberapa cadangan Pendekatan Orff untuk diaplikasikan dalam bilik
darjah

Seterusnya adalah beberapa cadangan atau pandangan tentang
penggunaan pendekatan Orff yang boleh diaplikasikan di dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Antaranya seperti berikut :

menggunakan pergerakan dan pertuturan kanakkanak atau pelajar
yang semula jadi untuk memulakan pengalaman muzik dengan
menggunakan corak atau pola irama yang terdapat dalam peribahasa,
lagulagu dan sebagainya.
mendedahkan kanakkanak atau pelajar kepada sesi pengajaran dan
pembelajaran muzik yang seronok melalui penglibatan yang aktif
dalam sebarang aktiviti muzik.
menggalakkan penggunaan alatalat muzik perkusi yang disediakan di
sekolah untuk memberi peluang kepada kanakkanak atau pelajar
memperkembangkan kepekaan dan sensitiviti mereka sendiri.
Menggalakkan penggunaan jeda minor ketiga yang menurun
(so mi) untuk memulakan pemahaman kanakkanak atau pelajar
tentang melodi, juga berkesan untuk penguasaan solfage.
Penggunaan skel pentatonik untuk memudahkan proses pemahaman
dan menggalakkan kanakkanak atau pelajar untuk melakukan
improvisasi serta melakukan ciptaan yang mudah.

Cuba anda fikirkan satu aktiviti yang menggabungkan sekurang-kurangnya
dua komponen Pendekatan Orff dan aplikasikan aktiviti tersebut dalam kelas
pendidikan muzik anda. Catatkan respon murid-murid selepas aktiviti tersebut
dilaksanakan.






MZU3111 Pendekatan Pengajaran Muzik
19


2.6 Kesimpulan
Secara umumnya setiap pendekatan muzik sama ada, Orff, Kodaly atau
Dalcroze, memang sesuai diaplikasikan dalam sistem pengajaran dan pembelajaran
muzik di negara kita ini. Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa, sebagai
seorang guru, kita seharusnya sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu dan
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan ianya
berjalan dengan baik dan berkesan. Ini amat penting bagi memartabatkan lagi
profesion guru muzik itu sendiri di sekolahsekolah, juga dapat melahirkan pelajar
pelajar yang celik muzik iaitu mereka yang tahu menilai mana yang baik dan buruk
dalam muzik itu.

You might also like