You are on page 1of 10

CHENG QING RUI SCE 3107

4 PISMP EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI


SN/PC/MO

AMALI 1
Ekosistem Tanah Biota Tanah dan Jaringan Makanan
Pendahuluan
Ekosistem ialah satu ruang alam semula jadi yang mempunyai dua jenis komponen.
Antara komponen-komponen yang terdapat dalam ekosistem adalah komponen
biotik dan abiotik. Komponen biotik terdiri daripada organisma hidup. Contohnya
haiwan, tumbuh-tumbuhan dan mikroorganisma. Komponen abiotik terdiri daripada
benda yang tidak bernyawa. Contohnya udara, tanah, cahaya matahari, mineral, air
dan sebagainya.Proses interaksi antara komponen biotik dengan komponen abiotik
akan membentukkan satu jaringan ekosistem. Interaksi tersebut merupakan cara
untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. Contohnya, tumbuh-tumbuhan
menggunakan cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis untuk
menjana tenaga. Tumbuhan ini kemudian dimakan oleh seekor haiwan, maka
tenaga yang telah dijana melalui fotosintesis disimpan dalam bentuk karbohidrat
dalam badan haiwan tersebut. Apabila haiwan tersebut mati, bangkainya akan diurai
oleh bacteria, dan nutrient dan tenaga akan kembali ke tanah. Tumbuhan akan
menggunakan nutrient tersebut untuk proses tumbesaran. Kejadian ini akan berlaku
secara berulang-ulangan tanpa berhenti.

Ekosistem
Abiotik
Udara
Cahaya Matahari
Komposisi Tanah
Air
Mineral
Biotik
Haiwan
Tumbuh-
tumbuhan
Microorganisma
CHENG QING RUI SCE 3107
4 PISMP EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
SN/PC/MO
Tujuan
Untuk mengenal pasti jenis dan bilangan makrofauna yang ditemui dalam jenis
tanah yang berbeza.
Keputusan
Lokasi 1 Ciri-ciri lokasi Lokasi 2
Rumput Jenis tanaman

Pokok kedondong, rumput
Terbuka Tahap naungan

Teduh
Kering Kelembapan / Kekeringan
Tanah
Sedikit lembap
5.2 pH Tanah

4.5
Rendah Kemampatan Tanah

Sederhana
Tanah Pasir Tekstur Tanah

Tanah Kebun


a) Makrofauna Terbesar

Order atau Kumpulan
Makrofauna
Bilangan @ lokasi 1
isipadu tanah = 675 cm
3

Bilangan @ lokasi 2 isipadu
tanah= 675 cm3
Semut 1 5

b) Makrofauna Terkecil

Order atau Kumpulan
Makrofauna
Bilangan @ lokasi 1
isipadu tanah = 675 cm
3

Bilangan @ lokasi 2 isipadu
tanah= 675 cm3
- - -

CHENG QING RUI SCE 3107
4 PISMP EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
SN/PC/MO


Isipadu tanah = 15 cm x 15 cm x 3cm = 675 cm
3
Seliter = 1000 cm
3


Dalam lokasi 1, hanya 1 semut dijumpai dalam 675 cm
3
.
Jadi, 1000cm
3
x 1 / 675 cm
3
= 1.481 unit per liter
Dalam lokasi 2, 5 semut dijumpai dalam 675 cm
3
.
Jadi, 1000cm3 x 5 / 675 cm3 = 7.407 unit per liter













Makrofauna Lokasi 1
(Asrama-
Terbuka)
Lokasi 2
(Asrama-
Teduh)
bilangan Order atau kumpulan seliter
tanah/litupan
1.481 unit
per liter
7.407 unit per liter
Bilangan semut seliter tanah/litupan 1.481 unit
per liter
7.407 unit per liter
CHENG QING RUI SCE 3107
4 PISMP EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
SN/PC/MO
Perbincangan
1. Bagaimanakah kepelbagaian makrofauna tanah dari dua lokasi berbeza?
Cadangkan kenapa terjadinya perbezaan antara mereka. Apakah parameter yang
anda ukur yang boleh membantu anda untuk menerangkan perbezaan-perbezaan
tersebut.
Berdasarkan keputusan yang telah kami mengumpul, lokasi 2 mempunyai
kewujudan makrofauna, manakala lokasi 1 tidak mempunyai kewujudan
makrofauna. Lokasi 1 terletak ditengah sebuah padang besar, lokasi 2 pula
terletak ditepi beberapa buah pokok kedondong. Terdapat beberapa faktor
abiotik yang menyebabkan perbezaan kewujudan makrofauna didua-dua
lokasi tersebut.
Faktor abiotik pertama : Cahaya matahari
Lokasi 1 terletak ditengah sebuah padang. Ini bermaksud lokasi 1 tidak
mendapat teduhan daripada pokok. Kebanyakkan makrofauna tidak suka
hidup dihabitat yang dapat disinar oleh matahari. Contohnya, cacing tanah,
siput, lintah, semut dan sebagainya. Serangga-serangga tersebut lebih suka
meninggal ditempat yang teduh, kerana suhu lebih rendah. Lokasi 2 pula
terletak ditepi beberapa buah pohon pokok kedondong. Oleh itu, lokasi
tersebut adalah diteduh oleh bayang-bayang pokok kedondong. Ini
merupakan salah satu sebab wujudnya makrofauna di lokasi 2.
Selain itu, daun-daun dan ranting pokok kedondong juga menjadi sumber
makanan kepada makrofauna yang duduk disitu. Sumber makanan lokasi 2
lebih daripada lokasi 1. Oleh itu, makrofauna lebih gemar duduk di lokasi 2.
Faktor abiotik kedua : Kelembapan tanah
Seperti yang disebut diatas, lokasi 2 tertuduh daripada bayang pokok
kedondong, matahari tidak dapat mencapai ke tanah secara lansung. Tanah
di lokasi 2 mempunyai kelembapan yang sederhana. Matahari akan
menyebabkan kandungan air yang berada ditanah ber-evaporasi, seperti
yang berlaku di lokasi 1.
Faktor abitiok ketiga : Nilai pH tanah
Kedua-dua tanah lokasi tersebut mempunyai perbezaan, kerana proses
pereputan bahan organik seperti daun-daun, rumput dan sebagainya, oleh
CHENG QING RUI SCE 3107
4 PISMP EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
SN/PC/MO
makrofauna. Semasa proses tersebut dijalanakan, asid organik akan
dihasilkan. Asid tersebut kemudian akan merendahkan nilai pH kawasan
tanah tersebut. Selain itu, karbon dioksida yang dihasilkan oleh makrofauna
semasa proses respirasi juga akan menghasilkan asid karbonik. Asid karbonik
ini juga boleh merendahkan nilai pH tanah. Tanah lokasi 2 mempunyai nilai
pH yang lebih rendah kerana terdapat makrofauna.
Parameter yang digunakan untuk menerangkan perbezaan tersebut,
termasuklah bahan organik, populasi biodiversiti, suhu dan kelembapan
tanah. Sebagai satu contoh, kawasan yang mempunyai bahan organik yang
banyak, kelembapan tanah yang sederhana dan suhu yang diigin, populasi
biodiversiti dikawasan tersebut akan bertambah.


















CHENG QING RUI SCE 3107
4 PISMP EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
SN/PC/MO
2. Terangkan peranan makrofauna dalam tanah tersebut.
Makrofauna memainkan peranan yang penting dalam sebuah ekosistem.
Makrofauna berperanan sebai pencegah hakisan tanah, pengurai dalam
rantai makanan, meninggkatkan kesuburan tanah, mengubah struktur tanah
dan membantu meningkatkan aktiviti biologi dikawasan tersebut.
Peranan makrofauna pertama : Sebagai pengurai dalam rantai makanan.
Makrofauna berperanan untuk menguraikan bahan-bahan organik menjadi
cebisan kecil dan mencampur cebisan tersebut dengan tanah. Perbuatan ini
boleh meninggkatkan kadar pereputan bahan. Contoh bahan organik yang
diuraikan oleh makrofauna ialah, daun pokok, ranting pokok, najis haiwan,
bangkai haiwan dan sebagainya.
Peranan makrofauna kedua : mengubah stuktur tanah.
Makrofauna yang duduk didalam tanah seperti cacing, semut, siput dan lain-
lain, dapat menukar struktur tanah yang padat ke tanah yang sesuai untuk
berkebun. Makrofaunan tersebut bergerak didalam tanah, pergerakkan
mereka akan mengacau tanah yang lembab dibahagian bawah dengan tanah
yang kering dibahagian atas. Pergerakan makrofauna akan menyebakan
perubahan struktur tanah menjadi halus dan sesuai untuk tumbuh-tumbuhan
berhidup. Melalui percampuran tanah yang pelbagai lapis, mineral yang
tenggelam di dalam tanah akan dibawa ke bahagian atas. Selain itu, lubang
yang telah digali oleh makrofauna dapat membaiki sistem pengudaran
dibawah tanah.











CHENG QING RUI SCE 3107
4 PISMP EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
SN/PC/MO

3. Bina satu jaringan makanan bagi lokasi kajian anda dan huraikan bagaimana arah
aliran tenaga berlaku. Contoh, di manakah bermulanya pembentukan tenaga dan di
manakah ianya berakhir (puncak rantai makanan). Apakah akan terjadi kepada
tenaga dan nutrien apabila organisma pada puncak rantai makanan mati? Sertakan
rajah dengan laporan anda.

CHENG QING RUI SCE 3107
4 PISMP EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
SN/PC/MO
Gambar rajah A merupakan sebuah jaringan makanan yang dicipta oleh saya
dengan berdasarkan lokasi kajian berkenaan. Rantai makanan tersebut bermula
dengan pokok kedondong sebagai produser, Pokok kedondong mendapatkan
cahaya matahari melalui kloroplas untuk menjalankan proses fotosintesis untuk
menjana tenaga. Kemudian, daun-daun pokok kedondong dimakan oleh serangga-
serangga yang terdapat dikawasan tersebut. Contohnya ulat bulu, siput, cacing
tanah dan semut. Seterusnya, serangga-serangga tersebut pula dimakan oleh
burung.
Semasa produser iaitu pokok kedondong menjalankan proses fotosintesis, tenaga
yang terjana melalui proses tersebut adalah 100%, apabila daun-daun tersebut
dimakan oleh serangga. Tenaga yang ditranfer hanya adalah 10%. Akhir pada
peringkat terakhir, hanya burung hanya mendapat 1% tenaga daripada serangga.
Oleh sebab itu, burung akan memburu lebih banyak serangga untuk mendapat
tenaga dan nutrient yang cukup.
Apabila burung mati pula, tenaga yang dimakan oleh ia tidak akan hilang ke
atmosfera. Manakala, bangkai burung akan diurai oleh makrofauna seperti semut.
Bahan-bahan organik burung akan melalui proses pereputan dan nutrient yang telah
didapat dalam rantai makanan tersebut akan kembali ke tanah.

Kesimpulan
Kawasan yang mempunyai bahan organik yang banyak, kelembapan tanah yang
sederhana dan suhu yang diigin, populasi biodiversiti dikawasan tersebut akan
bertambah.






CHENG QING RUI SCE 3107
4 PISMP EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
SN/PC/MO
Lampiran

Proses pengukuran dan pengalian tanah

Tanah dimasukkan kedalam Tulgren

Set up untuk eksperimen

Mengukur nilai pH tanah

Tanah dituangkan keatas dulang selepas
2 hari didalam Tulgren

Fauna yang terdapat dalam tanah.



CHENG QING RUI SCE 3107
4 PISMP EKOSISTEM DAN BIODIVERSITI
SN/PC/MO

Rujukan
1. (2014). Macrofauna. Dipetik pada Ogos 1, 2014, daripada
http://global.britannica.com/EBchecked/topic/355416/macrofauna
2. Charmaine Jens. (2013). What Insects Do Birds Eat? Dipetik pada Ogos 1,
2014, daripada http://www.ehow.com/info_8483991_insects-do-birds-eat.html
3. Tanah. Dipetik pada Ogos 1, 2014, daripada
http://sainspertanian.wordpress.com/nota-sp/tanaman/tanah/

You might also like