You are on page 1of 13

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


KOD KURSUS : HBEF2803
TAJUK KURSUS : PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tugasan 1 Aktiviti 3: LAPORAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Tajuk Kajian : Keberkesanan Teknik Latih Tubi Dan Peta Minda Bagi Mengatasi
Bahasa Ibunda Dalam Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NAMA PELAJAR : HISCIA BIN KUAH @ HISKIA
NO KAD MATRIK : 681205125277001
NO. KAD PENGENALAN : 681205-12-5277
NO. TELEPON : 0198990671
E-MAIL : hiskiakuah@oum.edu.com
PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTER







2



ISI KANDUNGAN
1. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
2. Objektif Kajian
3. Kumpulan sasaran Kajian
4. Pelaksanaan Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran
5. Laporan Perlaksanaan Konsep Inovasi yang dijalankan
6. Lampiran
















3



1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang lalu.
Selepas melalui masa praktikum selama 8 minggu disekolah sendiri, terdapat perkara-perkara
yang penting berlaku dan perlu diambil perhatian semasa menjalankan praktikum dan juga
sebagai guru yang bertugas di sekolah setempat. Menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran adalah suatu perkara yang biasa dilakukan oleh setiap guru mengikut ketentuan
bidang dan pengkhususan masing-masing. Tetapi apa yang menarik perhatian kepada murid-
murid dan juga guru-guru di sekolah tempat kita mengajar ialah, bila mana kita
memperkenalkan suatu bentuk inovasi konsep kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah ,
terdapat pelbagai reaksi daripada murid,guru, persekitaran Pembelajaran dan pihak pentadbir
sekolah.
1.1 Guru
Kebanyakan Guru-guru bahasa yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah
mempunyai latar belakang pendidikan yang baik serta mendapat latihan di Maktab perguruan.
Guru-guru ini telah pun didedahkan dengan pelbagai teori pembelajaran, straregi pembelajaran
serta kaedah dan teknik mengajar yang baik. Tetapi malangnya teori- teori dan kaedah kaedah
pembelajaran yang telah pelajari itu tidak diaplikasi dengan baik semasa proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia khususnya dalam pembelajaran penulisan Karangan. Lazimnya
Guru-guru hanya menerangkan format sesuatu karangan samada karangan surat kiriman ataupun
karangan jenis fakta. Bagi murid-murid yang sudah menguasai kemahiran membaca ,mengeja
dan menulis dengan baik mungkin tidak menghadapi masalah untuk mencari isi penting,
menyusun perenggan ayat dan kurang kesalahan ejaan. Tetapi bagi pelajar yang lemah pula ,
mereka bukan sahaja menghadapi masalah menyusun isi penting karangan atau pun perenggan
ayat tetapi sukar untuk membina ayat dan juga ejaan dengan betul.
Dengan Penggunaan Teknik latih tubi berserta penggunaan Peta minda dan teknik Penyoalan
5W 1H didalam proses pengajaran dan pembelajaran ini , sedikit sebanyak dapat membantu guru
untuk mengajar penulisan Bahasa Melayu . Teknik teknik latih tubi ini dapat membantu guru
4

untuk guru menerangkan format dan rangka , karangan mencari isi penting karangan yang sesuai
dan memperbaiki kesalahan ejaan perkataan dalam sesuatu penulisan karangan Bahasa Melayu.
1.2 Murid
Setiap murid mempunyai kecenderungan minat yang kuat terhadap sesuatu yang akan
dipelajarinya sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran itu menarik minat, merangsangkan
minda dan juga mencabar pemikiran mereka. Pelajar akan fokus terhadap aktiviti pembelajaran
sekiranya kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran adalah yang baharu dan dengan
bahan bantu mengajar yang sesuai dan disertai dengan Peralatan ICT. Murid aktif untuk bersoal
jawab dengan guru bagi tujuan perbincangan dan maklumat penting untuk isi karangan
berdasarkan tajuk yang di berikan. Murid juga aktif berbincang dalam kumpulan dan membuat
pembentangan hasil perbincangan kumpulan dan juga hasil akhir karangan.
1.3 Isi kandungan
Pengunaan teknik latih tubi dan Peta Minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran
penulisan karangan bahasa Melayu di tahun lima telah memudahkan guru untuk menerangkan isi
kandungan tajuk karangan yang hendak di tulis oleh murid. Penggunaan Kaedah Penyolan juga
telah memudahkan murid murid untuk mencari isi-isi penting karangan berdasarkan rangka atau
format karangan. Aktiviti Soal-jawab dan perbincangan kumpulan juga menambah keyakinan
dan pemahaman murid terhadap penulisan karangan yang di berikan oleh guru.
1.4 Pesekitaran
Suasana persekitaran pengajaran dan pembelajaran juga agak memberangsangkan dengan
penglibatan murid yang aktif. Penglibatan murid dalam perbincangan dengan guru juga member
kesan yang baik dalam mencari isi - isi karangan dengan kaedah 5W 1H atau teknik penyoalan
Apa,Siapa,Bila , dimana, kenapa dan bagaimana. Suasana Pembelajaran dalam kumpulan juga
membolehkan murid berinteraksi dan berkomunikasi dalam membuat sesuatu kerja yang
diarahkan oleh guru. Guru hanya bertindak sebagai pemudahcara dan sebagai pembimbing
kepada kumpulan yang lemah. Pembentangan atau pembacaan hasil karangan individu juga
adalah suatu galakan dan motivasi kepada murid yang lain. Kesalahan ejaan dan tanda bacaan
5

juga akan diperbetulkan oleh guru.Pada keseluruhannya suasana pembelajaran adala kondusif
dan memberangsangkan murid. Kawalan kelas juga tidak ada masalaah.

2. Objektif Kajian
Tujuan Kajian ini adalah untuk meninjau sejauh mana keberkesanan penggunaan teknik latih tubi
dan pengunaan Peta Minda dan Kaedah Penyoalan 5W 1H dalam mengatasi pengaruh Bahasa
Ibundah dalam penulisan Karangan bahasa Melayu Tahun Lima di Sk Kampung Minyak kudat.
Adalah diharapkan Penggunaan Teknik Latih Tubi ini dapat mengurangkan pengaruh bahasa
Ibunda dikalangan murid-murid sekolah Tahun Lima didalam aktiviti Pengajaran Dan
Pembelajaran bahasa Melayu.
Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar yang telibat dapat mencapai tahap
minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan. Penguasaan pelajar terhadap
penulisan karangan bahasa Melayu akan dipertingkatkan. Keyakinan pelajar juga akan
bertambah apabila membuat karangan berdasarkan peta minda.

2.1- Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam penulisan karangan Bahasa Melayu dan mengurangkan
pengaruh bahasa Ibunda dengan teknik latih tubi dan penggunaan Peta Minda.

.2.2- Objektif Khusus
Secara khususnya kajian tindakan akan memberi manfaat kepada pelajar dan guru
. Pelajar dapat menyatakan format karangan yang betul
. Pelajar dapat mengurangkan pengaruh bahasa ibunda dalam ejaan dan ayat dalam penulisan
karangan dengan teknik latih tubi ,peta minda dan kaedah penyoalan
Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas termasuk pengunaan ICT.
Menulis karangan yang baik sekurang-kurangnya 70% betul dalam Ujian Post yang dijalankan.
Mengubah persepsi pelajar dari kelas lemah mengenai pengajaran dan pembelajaran penulisan
karangan bahasa Melayu yang sukar dan membosankan

6

3. KUMPULAN SASARAN.
Kumpulan sasaran yang telah dikaji ialah murid tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Kampung
Minyak Kudat. Kumpulan sasaran kajian terdiri daripada murid tahap dua iaitu Tahun 5 di
Sekolah Kebangsaan Kampung Minyak Kudat Sabah. Pemilihan sampel kajian ini berdasarkan
demografi murid yang mempunyai latar belakang keluarga adalah penduduk tempatan dan
menggunakan bahasa ibunda dalam pertuturan seharian dalam keluarga. Bilangan murid yang
dipilih adalah 10 orang iaitu 6 murid dan 4 murid perempuan. Dari segi kecerdasan pelajar pula
mempunyai tahap yang pelbagai iaitu pandai , sederhana dan lemah. Pemilihan sedemikian
adalah bertujuan supaya hasil kajian lebih tepat dari aspek kebolehpercayaan dan kesahan.
Latarbelakang keluarga murid yang menjadi kajian ini adalah 6 orang adalah dari keluarga
petani, 1 orang anak pengawal keselamatan di sekolah,1 orang anak guru,1 orang kerja swasta
dan 1 orang tinggal dengan datuk dan neneknya kerana ibunya meninggal dunia dan bapanya
berkahwin lagi.
walau bagaimanapun Sampel yang diguna pakai hanyalah 5 orang sebagai Rawatan manakala
yang lain sebagai kawalan..
Sampel 1.Valerya Binti Kasmil. Bapanya berbangsa Rungus dan kerjaya adalah seorang
penoreh getah.Berkerja di kebun sendiri. Ibunya seorang surirumah sepenuh masa berbangsa
Bajau. Bilangan anak seramai 7 orang. Anak yang ke 5.Pertuturan di adalah Bahasa
melayu,Bahasa Rungus dan Bajau.Pernah mengikuti kelas pemulihan di Tahun 2dan 3.
Sampel 2. Georonaldinho Jotak. Bapanya berkerja sebagai pemandu Van sapu. Kerja lain
sebagai Tukang Chain saw kayu. Isteri berbangsa Rungus dan berkerja sebagai suri rumah
sepenuh masa. Mempunyai 6 orang adik beradik. Merupakan anak ke 4.Pertuturan di rumah
adalah bahasa Rungus dan Melayu. Pernah mengikuti kelas pemulihan dari tahun 1,2 dan 3.
Kelas PROTIM di tahun 4.
Sampel 3.Ahmad Tarmizi Bin Razali.Bapanya berkerja di syarikat Telekomunikasi ( Syarikat
Swasta ).Berbangsa Suluk dan Rungus. Tinggal bersama nenek dan datuknya di kampung
selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya berkahwin lagi. Belanja harian adalah dari kiriman
bapanya.Datuknya berkerja sebagai Bilal surau dikampungnya.Bahasa pertuturan di rumah
7

adalah bahasa Suluk dan bahasa Melayu.Mengikuti kelas perdana semenjak dari tahun 1 hnigga
tahun 5
Sampel 4. Shalene Aidin. Bapanya sudah meninggal dunia. Ibunya berkerja sebagai Pengawal
Keselamatan di sekolah.Berbangsa Rungus. Bilangan adil beradik sebanyak 5 orang. Anak yang
ke 4 .Kebanyakan adik beradik agak lemah dalam pelajaran. Pertuturan di rumah bahasa Rungus
dan bahasa Melayu.
Sampel 5.Azrel Bin Shakuil. Bapanya berkerja sebagai petani selepas bersara sebagai askar.
Berbangsa Dusun Kota Belud manakala ibunya Campuran Kadazan dan Rungus. Berniaga kedai
runcit secara kecil-kecilan di rumahnya di kampung .Sangat aktif bersukan dan bermain bola
sepak.Tahap kecerdasan sederhana. Pertuturan di rumah adalah bahasa Dusun,Rungus dan
Bahasa Melayu (Rojak )
4.0-PERLAKSANAAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Proses 1 Merancang: Sebelum melaksanakanKajian Tindakan
Instrumen kajian yang telah digunakan dalam penyelidikan ini adalah rakaman temu bual dan
borang kaji selidik kepada responden yang menjadi subjek kajian . Tetapi sebelum Instrumen
kajian ini digunakan pengkaji terlebih dahulu merancang untuk mendapatkan maklumat awal
daripada guru Bahasa Melayu tahun empat untuk bertanyakan prestasi bagi pelajar-pelajar yang
menjadi sampel kajian sebagai alat dignostik kajian . Disamping itu pengkaji merancang untuk
mendapatkan buku latihan karangan responden untuk melihat dan membuat catatan kesalahan-
kesalahan dan ciri-ciri pengaruh bahasa ibunda dalam penulisan karangan responden.Jika
terdapat kekangan untuk mendapatkan bahan dokumen ini , pengkaji akan bercadang akan
mengadakan ujian bertulis pada awal tahun untuk berberapa kali ujian untuk mendapatkan data
awal tentang penulisan karangan yang akan menjadi bahan kajian.Tujuan mengutip data awal
penulisan karangan adalah mengenal pasti tahap kemahiran penulisan dan juga mengenal pasti
pengaruh bahasa ibunda dalam penulisan karangan responden.
Buku catatan juga digunakan untuk dijadikan buku log data sepanjang kajian itu dijalankan.
Buku catatan ini digunakan bagi mencatat maklumat yang diperolehi semasa membuat kajian
buku-buku latihan karangan responden, pemeriksaan dokumen, keputusan peperiksaan , buku
8

rekod kehadiran harian ,fail kesihatan dan Buku rekod 001R responden yang tidak boleh dibawa
keluar dari sekolah. Untuk mendapatkan data pengaruh bahasa ibunda dalam penulisan karangan,
pengkaji akan melakukan berberapa ujian bertulis untuk responden yang dipilih sebelum dan
selepas pelaksanaan latihan teknik latih tubi dilaksanakan. Tujuan ujian ini diadakan bagi
melihat keberkesanan teknik latih tubi dalam penulisan karangan responden dalam menangani
masalah pengaruh bahasa ibunda.
Proses 2. Analisis keputusan/dapatan dan mereflek keberkesanan aktiviti yang dijalankan
2.1-Kaedah Temu bual.
Temu bual kepada responden telah di lakukan berberapa kali. Tujuan temu bual ini dibuat
adalah untuk mendapatkan maklumat sejauh mana responden ini terdedah dengan alam Bahasa
Melayu yang mana akan menjadi bahasa kedua kepadanya. Maklumat bahasa yang hendak
diperolehi adalah bahan bacaan yang mereka baca, media seperti radio dan televisyen, internet
dan bahasa perbualan atau komunikasi seharian di sekolah dan di luar alam persekolahan. Temu
bual dilakukan bagi mengenal pasti faktor-faktor luar yang turut mempengaruhi penguasaan
bahasa responden. Temu bual ini juga telah diperluaskan lagi kepada guru-guru yang nengajar
mereka untuk tujuan mendapatkan data lebih lanjut faktor faktor lain yang ada kaitan pengaruh
dalam penulisan karangan responden.
Alat-alat yang telah digunakan semasa melakukan kajian ini terdiri daripada pita rakaman
audio. Tujuan alat pita rakaman ini digunakan semasa temu bual adalah untuk mengelak
mengambil masa yang panjang dan mengurangkan rasa tidak selesa dikalangan responden.
Kajian ini dibuat dikawasan luar bandar dimana temu bual yang berbentuk formal akan
menyebabkan responden rasa syak wasangka dan malu-malu. Penggunaan pita rakaman ada
kelebihan kerana pengkaji boleh mengulang ulang dengar temu bual dan analis dapat dibuat
dengan lebih tepat.
Proses3. Bertindak ( Melaksanakan Rancangan )
3.1-Tindakan Yang telah dijalankan
Pengkaji telah memperkenalkan Teknik Latih Tubi , Peta Minda dan kaedah Penyoalan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan bahasa Melayu. Pengkaji telah
9

memperuntukan 2 waktu pembelajaran iaitu 60 minit pada setiap hari Selasa untuk
meelaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik ini..Pengkaji menggunakan 1
waktu 30 minit untuk perbincangan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengunakan
teknik ini manakala 1 waktu lagi (30 Minit) untuk kepada responden untuk membuat latihan
penulisan .Pengkaji akan membuat penilaian terhadap keberkesanan teknik ini dengan
mengadakan latihan pada setiap minggu dalam tempoh kajian ( Praktikum )
5.0-. LAPORAN PELAKSANAAN KAJIAN KONSEP INOVASI YANG DIJALANKAN.
Sehari sebelum memulakan pengajaran, pengkaji telah memberitahu pelajar tentang jenis
karangan dan tajuk yang akan diajar supaya mereka membaca format dan beberapa contoh
karangan yang berkaitan serta membuat rujukan tentang tajuk tersebut. Dengan cara ini, pelajar-
pelajar sudah ada pengetahuan tentang karangan yang akan diperbincangkan nanti. Pengkaji
telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini.
Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang akan gunakan adalah seperti berikut.
Set Induksi : Bersoal jawab tentang tajuk.( Mengunakan Kad Gambar )
Langkah 1 : Perbincangan tentang format karangan dan Kaedah Peta Minda dan Kata Soal
yang digunakan untuk mencatat dan mencari isi-isi penting.
Langkah 2 : Perbincangan tentang perenggan pendahuluan menggunakan kata soal.
( Kumpulan )
Langkah 3 : Menggunakan kata soal untuk mencari isi-isi penting.
Menggunakan peta minda untuk mencatat isi-isi penting. ( Power Point )
Langkah 4 : Perbincangan tentang perenggan penutup menggunakan kata soal.
Langkah 5 : Latihan penulisan.
Penutup : Rumusan tentang tajuk./Pembentangan
Ujian Pra akan dijalankan untuk mengkaji kelemahan dalam penulisan responden dalam
penulisan karangan. Dalam unjan ini kaedah latih tubi belum dilaksanakan dengan tujuan melihat
hasil selepas kaedah latih tubi itu dilaksanakan.
10

Langkah-langkah tersebut ialah:
i. Latihan dan pemarkahan dengan melihat responden dapat membina peta minda
dengan mengunakkan kaedah 5 W 1H ( kata soal ) berdasarkan soalan penulisan
karangan yang diberi.
ii. Bersoal jawab secara lisan dengan responden mengenai perkembangan idea
dengan kaedah 5W 1Hberdasarkan tajuk karangan yang diberi.
iii. Latihan membina ayat yang mudah untuk membina perenggan dalam karangan.
Selain daripada mengadakan ujian bertulis , semakan terhadap buku latihan karangan
responden sebelum ini juga menjadi dokumen penyelidikan .Tujuannya ialah mengkaji
perkembangan responden di peringkat awal lagi.
6. RUMUSAN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN
Selepas menggunakan teknik Latih tubi, peta minda dan kata soal selama 8 minggu dan , saya
telah menjalankan penilaian terhadap pelajar melalui ujian pos.Ujian ini diberikan beberapa hari
selepas P&P dijalankan. Ini bertujuan untuk menentukan samaada mereka masih memahami apa
yang telah mereka pelajari . . Hasil daripada ujian pos yang telah di analisis mendapati murid
yang telah diajar dengan teknik latih tubi, peta minda dan kata soal telah menampakan perubahan
yang baik.

Responden juga sudah menunjukan minat yang baik untuk belajar bahasa Melayuu khususnya
penulisan karangan.. Pengaruh bahasa ibunda yang dahulunya begitu tabal dikalangan responden
telah dapat diatasi. Ejaan dan pengunaan tanda bacaan juga telah semangkin baik. Responden
juga dapat membina peranggan ayat yang baik berdasarkan pendahuluan ,isi dan penutup .

Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik latih tubi, peta minda dan
kata soal yang telah dijalankan bagi pihak guru pula, pebgkaji dapat merangka rancangan
pengajaran yang dapat menarik minat murid kepada mata pelajaran Bahasa Melayu dan dapat
meningkatkan keyakinan diri sendiri.Selain daripada itu teknik ini juga menjadi pengerak kepada
pengukuhan kemahiran penulisan murid. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi seronok,
11

guru dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan murid. Maklum balas ini sangat penting untuk
tindakan susulan dan penambahbaikan inovasi pengajaran dan pembelajaran.

LAMPIRAN 1
ANALISA UJIAN PRA
BIL NAMA JANTINA MARKAH PERATUSAN KUMPULAN
01 Aerol Bin Kastim Lelaki 16/20 80% KAWALAN
02 Ahmad Tarmizi Razali Lelaki 9/20 45% RAWATAN
03 Azrel Shakuel Lelaki 6/20 30% RAWATAN
04 Davon Frankie Lelaki 14/20 70% KAWALAN
05 Georonaldinho Jotak Lelaki 7/20 35% RAWATAN
06 Jaireh Ainim Abdulah Perempuan 15/20 75% KAWALAN
07 Shalene Binti Aidin Perempuan 8/20 40% RAWATAN
08 Sofia Binti Jimmy Perempuan 10/20 50% KAWALAN
09 Syukri Bin Talib Lelaki 14/20 70% KAWALAN
10 Valerya Binti Kasmil Perempuan 7/20 45% RAWATAN

Markah Ujian Pra
ANALISA UJIAN POS
BIL NAMA JANTINA MARKAH PERATUSAN KUMPULAN
01 Aerol Bin Kastim Lelaki 16/20 80% KAWALAN
02 Ahmad Tarmizi Razali Lelaki 17/20 85% RAWATAN
03 Azrel Shakuel Lelaki 15/20 75% RAWATAN
04 Davon Frankie Lelaki 12/20 60% KAWALAN
05 Georonaldinho Jotak Lelaki 16/20 80% RAWATAN
06 Jaireh Ainim Abdulah Perempuan 16/20 80% KAWALAN
07 Shalene Binti Aidin Perempuan 15/20 75% RAWATAN
08 Sofia Binti Jimmy Perempuan 1520 70% KAWALAN
09 Syukri Bin Talib Lelaki 11/20 55% KAWALAN
10 Valerya Binti Kasmil Perempuan 14/20 70% RAWATAN

Markah Ujian POS



12




ANALISIS PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN UJIAN POS
KUMPULAN KAWALAN
Bil Nama Responden J Ujian Pra Ujian Pos Perubahan
Markah % Markah %
01 Aerol Bin Kastim L 16/20 80% 16/20 80% Kekal
02 Daevon Bin Frankie L 14/20 70% 12/20 60% Turun 10%
03 Jaireh Ainim Abdulah P 15/20 75% 16/20 80% Naik 5%
04 Sofia Binti Jimmy P 10/20 50% 15/20 75% Naik15%
05 Syukri Bin Talib L 14/20 70% 11/20 55% Turun 10%

Min= Jumlah markah keseluruhan
Jumlah Responden

Min=73
5
=14.6%

Min=72
5
=14.4%

Turun = 0.2%


KUMPULAN RAWATAN
Bil Nama Responden J Ujian Pra Ujian Pos Perubahan
Markah % Markah %
01 Ahmad Tarmizi razali L 9/20 45% 17/20 85% Naik 40%
02 Azrel Shakuel L 6/20 30% 15/20 75% Naik 45%
03 Georoanldinho Jotak L 7/20 35% 16/20 80% Naik 45%
04 Shalene Aidin P 8/20 40% 15/20 75% Naik 35%
05 Valerya Kasmil P 7/20 45% 14/20 65% Naik 20%

Min= Jumlah markah eseluruhan
Jumlah Responden

Min=37
5
=7.4%

Min=77
5
=15.4%

Naik =8%






13




LAMPIRAN 2
TAJUK-TAJUK PENULISAN KARANGAN YANG DIBERIKAN KEPADA MURID
UNTUK LATIHAN
BIL TARIKH TAJUK
01 11 Febuari 2014 Seronoknya Melancong Bersama keluarga
02 18 Febuari 2014 Kawan Baik Saya
03 11 Mac 2014 Surat kiriman Rasmi
04 18 Mac 2014 Cara-cara Membalas jasa ibubapa

You might also like