You are on page 1of 2

NAMA: .. TARIKH:.

Keadaan Bahan
1. Sekumpulan murid menjalankan eksperimen berikut. 100 mL air dituang ke dalam
setiap bekas. Bekas tersebut mempunyai bentuk dan saiz yang berbeza seperti
rajah 1 di bawah.
.
Rajah 1
Bekas-bekas tersebut kemudian diletakkan dibawah sinaran Matahari selama tiga
jam. Selepas tiga jam, isipadu air di setiap bekas diukur. Keputusannya ditunjukkan
dalam jadual 1.
Bekas Isipadu air dalam bekas selepas tiga jam (mL)
P 60
Q 33
R 79
Jadual 1
a) Nyatakan tujuan eksperimen ini.
..
b) Nyatakan pemboleh ubah dalam eksperimen ini.
i. Apa yang berubah? (pemboleh ubah dimanipulasi):
..

ii. Apa yang diperhatikan? (pemboleh ubah bergerak balas):
..
c) Apakah hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasi dengan
pemboleh ubah yang bergerak balas?



d) Ramalkan bekas yang akan kering dahulu.




2. Jadual di bawah menunjukkan penerangan proses-proses yang terlibat apabila
bahan berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain. Namakan proses-proses
tersebut berdasarkan penerangan yang diberikan.

Proses penerangan
Bahan berubah daripada keadaan
pepejal kepada keadaan cecair dengan
memanaskan bahan hingga ke takat
leburnya.

Pepejal Cecair

Proses bahan berubah daripada cecair
kepada gas dengan memanaskan bahan
hingga ke takat didihnya.

Cecair Gas

Proses bahan berubah daripada
keadaan cecair kepada gas tanpa
memanaskannya ke takat didih.

Cecair Gas

Proses bahan berubah daripada
keadaan gas kepada keadaan cecair
dengan menyejukkan gas ke takat
kondensasi

Gas Cecair

Proses bahan berubah daripada
keadaan cecair kepada keadaan pepejal
dengan menyejukkan bahan ke takat
beku.

Cecair Pepejal

You might also like