You are on page 1of 19

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)

11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 516


140 - Proceeding of the Global Summit on Education (GSE2013)
PERSEPSI GURU SAINS YANG MENGAMALKAN LESSON STUDY SEBAGAI
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL GURU TERHADAP
KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Muzirah Ab Mokhti
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
mus_zera85@yahoo.com
Nurhana Mohamad Rafiuddin
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
nurhana@upnm.edu.my

ABSTRAK
Pembangunan profesional guru merupakan suatu komponen penting dalam
meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Program pembangunan profesional guru
yang berbentuk kursus semata-mata adalah tidak memadai dan terbukti tidak mampu
untuk mengubah amalan lazim guru. Suatu program pembangunan guru yang
diinstitusikan di peringkat sekolah perlu diwujudkan supaya guru sentiasa terdedah
dengan peluang untuk meningkatkan profesionalisme mereka secara proaktif dengan
cara membentuk komuniti belajar yang professional bersama rakan sekerja. Satu
program pembangunan professional berasaskan sekolah yang telah dibuktikan sangat
berjaya di Jepun dan semakin popular di kebanyakan negara ialah Lesson Study. Lesson
Study merupakan suatu program pembangunan guru yang berterusan dan menggalakkan
guru bekerja secara kolaboratif dengan melibatkan sokongan rakan sekerja serta amalan
reflektif dilihat berpotensi untuk mengubah amalan pengajaran guru dan meningkatkan
pembelajaran pelajar. Program ini telah diguna pakai di Malaysia dalam usaha
menambahbaik kualiti guru. Kajian yang berbentuk kajian kes ini melibatkan 100 orang
guru Sains di daerah Klang yang melaksanakan Lesson Study sebagai program
pembangunan professional. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan
pengumpulan data melalui soal selidik untuk meninjau persepsi guru Sains yang
mengamalkan Lesson Study terhadap keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran
pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran guru dan tahap
keberkesanan pembelajaran pelajar berada di tahap yang sederhana tinggi. Selain itu,
wujudnya hubungan yang signifikan antara 1) amalan Lesson Study dan keberkesanan
pembelajaran pelajar, 2) amalan Lesson Study dan persepsi guru, 3) guru meneraju dan
persepsi guru, 4) kolaboratif dan persepsi guru, 5) kandungan pengetahuan dan persepsi
guru, dan 6) reflektif dan persepsi guru. Namun, tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara 1) amalan Lesson Study dan keberkesanan pengajaran guru dan 2) pusat pelajar
dan persepsi guru. Dapatan kajian ini bermanfaat untuk mendorong pihak tertentu untuk
memperkemaskan amalan Lesson Study dengan merangka strategi dan intervensi yang
bersesuaian dengan konteks pendidikan di Malaysia supaya program ini berupaya
melonjakkan kualiti guru dan meningkatkan mutu pendidikan.

Bidang Kajian: Program Pembangunan Profesional Guru, Lesson Study.
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 517
1. Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu
pendidikan. Kurikulum disemak dan dikemaskini untuk memastikan ia sentiasa relevan
dengan kehendak semasa. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang menjadi matlamat
utama dalam usaha melahirkankan generasi alaf baru yang mampu menangani cabaran-
cabaran abad ke-21. Pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan direncana dan
dilaksanakan bertujuan untuk memantapkan proses dan pengendalian pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Peranan guru dalam usaha melaksanakan dasar pendidikan negara dengan
berkesan ke arah melahirkan modal insan berprestasi tinggi sememangnya tidak dapat
dinafikan. Masyarakat memberi harapan yang besar kepada guru untuk mendidik dan
mengembangkan potensi pelajar sejajar dengan matlamat pendidikan yang ditetapkan.
Guru dianggap mempunyai kompetensi tertentu untuk mengembangkan kemahiran dan
pengetahuan pelajar. Namun, akhir-akhir ini banyak kritikan disuarakan tentang kualiti
guru (M Nur Mustafa & Norasmah 2008). Masih terdapat jurang antara perkara yang
dirangka dalam kurikulum dengan perkara yang diamalkan di bilik darjah. Perkara ini
telah mewujudkan banyak isu kritikal yang membelenggu pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar.
Menurut Cheah & Lim (2010), mengajar adalah profession yang unik. Sebelum
melibatkan diri dalam latihan untuk melayakkan diri sebagai guru, calon guru telah
mempunyai imej lampau tentang cara mengajar berdasarkan pengalaman mereka
belajar sebagai pelajar. Walaupun ini mungkin memberi kelebihan kepada calon guru
tapi kadang kala mereka terbawa-bawa dengan imej amalan tradisional yang sukar
dilupakan. Guru memerlukan suatu bentuk program sokongan yang berterusan
terhadap pembangunan profesional supaya mereka kekal efektif untuk memberikan
perkhidmatan terbaik. Oleh itu, menurut Cheah & Lim (2010) pembangunan guru
melibatkan dua proses iaitu melupakan imej tradisional dan membina imej baru bagi
trend amalan mengajar yang terkini. Pembangunan guru juga melibatkan tugas
berterusan untuk melupakan cara lama dan mempelajari pengetahuan baru.
Proses pembangunan guru yang berkualiti adalah satu proses yang panjang dan
berterusan bermula dari mereka mula berkhidmat sehinggalah mereka bersara
(Mohamad Mortadza 2005). Satu bentuk program pembangunan profesional yang dapat
menyokong proses memperkembangkan kemampuan guru secara terus menerus amat
diperlukan bagi memastikan sikap dan minda guru berubah seiring dengan peredaran
global. Justeru, pembangunan profesional guru tidak boleh diabaikan. Dalam keadaan
apabila seseorang guru perlu melakukan perubahan dalam pengajaran dan
pembelajaran, mereka mungkin tidak mengetahui cara untuk menangani perubahan
tersebut (Mohamad Mortadza 2005). Bantuan dan sokongan perlu diberi kepada guru-
guru untuk mengekalkan mereka supaya sentiasa berada dalam keadaan yang
kemaskini dengan iklim pendidikan.

2. Program Pembangunan Profesional Guru
Menurut Amin Senin (2008), perkembangan awal dalam kajian pembangunan guru
menunjukkan istilah yang sering menjadi fokus ialah konsep pendidikan guru dalam
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 518
perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai latihan dalam perkhidmatan (LDP). LDP
adalah terdiri daripada semua aktiviti yang bertujuan membangunkan kemahiran kerja
dan kemahiran baru bagi membolehkan guru kekal produktif. Secara khususnya, dalam
bidang pendidikan matlamat program LDP banyak menjurus kepada peningkatan dan
penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Mohamad
Mortadza 2005). Menurut Amin Senin (2008), pada peringkat perkembangan awal,
pembangunan profesional guru sering kali dilaksanakan dengan pendekatan satu
dimensi, atas-bawah dan peristiwa sekali sahaja iaitu melalui kursus dan bengkel.
Menurut Cheah & Lim (2010), guru yang menghadiri kursus LDP selalunya dikehendaki
untuk melatih guru-guru lain apabila mereka kembali ke sekolah. Secara umum, ia
kelihatan seperti sangat efisyen kerana lebih ramai guru yang akan terdedah dengan
teori dan pedagogi baru dalam masa yang singkat. Namun, menurut Amin Senin (2008),
pendekatan tradisional yang dianggap sebagai suatu pakej pengetahuan yang dapat
dipindahkan, untuk diagih-agihkan kepada guru-guru dalam cebisan-cebisan kecil ini
telah dikritik sebagai terpisah-pisah, tidak produktif, tidak efisyen, tiada kaitan dengan
amalan guru, tidak melibatkan guru dan kekurangan tindak susul.
Pembangunan profesional guru bukan lagi suatu pilihan jika guru serius ingin
memartabatkan profesion mereka dan meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia.
Program pembangunan guru yang sedia ada perlu dibuat penambahbaikan secara
komprehensif untuk menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan
berkualiti, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat untuk meningkatkan keupayaan
guru, komitmen guru, mengubah sikap guru dan seterusnya meningkatkan pencapaian
pelajar. Seseorang yang ingin berjaya sebagai guru harus menunjukkan motivasi yang
tinggi dalam menambah ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran
yang boleh diaplikasi dalam bilik darjah.
Menghadiri kursus semata-mata adalah tidak memadai untuk mengubah amalan
lazim guru. Suatu program pembangunan guru yang diinstitusikan di peringkat sekolah
perlu diwujudkan supaya guru sentiasa terdedah dengan peluang untuk meningkatkan
profesionalisme mereka. Satu program pembangunan professional berasaskan sekolah
yang telah dibuktikan sangat berjaya di Jepun dan semakin popular di kebanyakan
Negara ialah Lesson Study. Lesson Study sebagai program pembangunan guru yang
berterusan menggalakkan guru bekerja secara kolaboratif dan melibatkan sokongan
rakan sekerja serta amalan reflektif adalah satu model yang boleh diguna pakai dan
diubahsuai dengan konteks pendidikan di Malaysia. Guru perlu merancang intervensi
dalam profession supaya mereka yang dapat menambahbaik kualiti pendidikan yang
ditawarkan kepada pelajar. Guru-guru di sekolah perlu mengenalpasti jenis program
pembangunan profesional yang mereka perlukan untuk membantu mereka menyiapkan
diri menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan semasa.

3. Lesson Study
Lesson Study berasal dari bahasa Jepun, jugyokenkyu yang merupakan gabungan dua
perkataan iaitu jugyo bermaksud pelajaran, dan kenkyu yang bererti pengkajian. Oleh
itu, Lesson Study merupakan penelitian atau pengkajian terhadap pelajaran. Ia
merupakan satu program pembangunan professional guru yang membentuk sebuah
komuniti belajar secara konsisten dan sistematik dalam kalangan guru dalam usaha
meningkatkan potensi diri individu guru dan anggota kumpulan. Melalui kegiatan
Lesson Study, guru-guru mengkaji pembelajaran melalui perancangan dan pemerhatian
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 519
secara kolaboratif ke arah memperkembangkan kualiti pengajaran mereka supaya
dapat memberikan impak yang positif terhadap aspek pembelajaran pelajar.

4. Keberkesanan Pengajaran Guru
Penyelidik ingin meninjau persepsi guru terhadap keberkesanan pengajaran dari empat
aspek iaitu penilaian terhadap pembelajaran pelajar, penilaian terhadap kerja pelajar,
memadankan strategi pengajaran dengan pelajar dan keyakinan guru itu semasa
mengajar. Aspek penilaian pembelajaran pelajar penting bagi memastikan guru mampu
melihat perkembangan prestasi dan potensi pelajarnya sepanjang sesi pembelajaran.
Penilaian terhadap kerja pelajar adalah aspek yang perlu dikaji memandangkan
transformasi pendidikan menekankan supaya guru selalu memantau kemajuan pelajar
melalui pelbagai bentuk penilaian seperti penilaian secara sumatif atau formatif pada
setiap akhir sesuatu pengajaran. Selain itu, guru juga perlu bijak memadankan strategi
pengajaran dengan amalan pengajaran yang berkesan seperti mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan menyediakan alat bantu mengajar mengikut aras kognitif pelajar. Aspek
keyakinan pula dilihat penting kerana .......

5. Keberkesanan Pembelajaran Pelajar
Penyelidik ingin meninjau persepsi guru terhadap aspek keberkesanan pembelajaran
dari dua aspek iaitu minat pelajar terhadap pelajaran dan pengaplikasian kemahiran
berfikir semasa proses pembelajaran. Minat pelajar terhadap pelajaran penting bagi
memastikan kelangsungan pembelajaran. Malah, salah satu daripada aspirasi dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 ialah setiap pelajar perlu
mempunyai semangat ingin tahu, dan belajar cara untuk terus mendapatkan
pengetahuan sepanjang hayat. Selainitu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang mestilah dapat mendorong pelajar berfikir secara kritis dan kreatif supaya
dapat melatih pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada dan berfikir di luar konteks
akademik biasa. Justeru, penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang efektif
mampu meningkatkan minat, motivasi dan kemahiran berfikir aras tinggi untuk
mengekalkan kualiti pembelajaran pelajar.

5. Kerangka Konseptual Kajian

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 520
Berdasarkan objektif kajian untuk mengenalpasti persepsi guru tentang keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran pelajar, kerangka konseptual kajian dibina seperti dia
atas. Program Lesson Study adalah ditunjangi oleh konstruktivisme di mana guru
berkerjasama membangunkan rancangan pengajaran (Isoda et al 2007). Kajian juga
ingin mengenalpasti komponen Lesson Study yang sangat menyumbang kepada
keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar.

6. Metodologi
6.1 Sampel dan kaedah pemerolehan data
Sampel kajian ialah guru-guru Sains yang melaksanakan Lesson Study dari sepuluh
buah sekolah menengah yang terpilih di daerah Klang. Kaedah pemilihan adalah dengan
menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Kajian yang dijalankan telah terlebih
dahulu mendapat kebenaran daripada beberapa pihak iaitu :

a) Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD)
b) Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
c) Pejabat Pelajaran Daerah Klang, Selangor
d) Semua sekolah yang dipilih sebagai sekolah kajian

Berikutnya, soal selidik diedarkan kepada semua guru melalui ketua panitia masing-
masing. Responden diberi masa dua minggu untuk menjawab dan menyerahkan semula
soal selidik yang telah dilengkapkan kepada ketua panitia masing-masing.

6.2 Instrumentasi
Soal selidik digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Kaedah pengumpulan data
ini dianggap sesuai dengan faktor masa dan kos kajian yang terhad.

6.2.1 Pembinaan soal selidik

Instrumen yang disediakan merupakan satu set item yang diadaptasi daripada kajian
Julie Ann Sickle (2011) setelah memohon kebenaran daripada beliau. Pemilihan ini
dilakukan kerana soal selidik ini mampu menjawab soalan-soalan kajian yang
dikemukakan. Secara keseluruhan soal selidik ini mengandungi 45 item yang
dibahagikan kepada empat bahagian utama.
Proses pengubahsuaian instrumen terbahagi kepada beberapa fasa. Fasa
pertama ialah menterjemah soal selidik ini daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa
Melayu supaya lebih mudah difahami oleh responden. Berikutnya, pengkaji meneliti
setiap item bagi memastikan tiada item yang kabur, sukar difahami maksudnya,
mempunyai maksud yang tidak jelas, mengelirukan dan mempunyai ayat yang terlalu
panjang. Item-item yang mempunyai ciri tersebut dianalisis dan diterjemahkan semula.
Pada akhir fasa pertama, ujian pra dilakukan bagi meningkatkan kebolehpercayaan
item. Dalam ujian pra, soal selidik diberi kepada lima individu secara berasingan.
Individu yang dipilih mempunyai latar belakang yang sama dengan responden kajian
iaitu mereka turut melaksanakan Lesson Study. Seterusnya pengkaji menggalakkan
peserta ujian pra untuk bertanya soalan sekiranya mereka menghadapi masalah
memahami item kajian dan membetulkan kesalahan ejaan.
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 521
Fasa kedua ialah menentukan kesahan kandungan instrument dengan meminta
pandangan daripada pensyarah di Fakulti Pendidikan. Mana-mana item yang tidak
sesuai digugurkan.
Fasa ketiga pula menentukan kebolehpercayaaan instrument yang dianalisis
selepas instrumen ditadbir kepada responden dalam kajian rintis. Akhirnya setelah
penambahbaikan dilakukan, didapati instrumen soal selidik yang telah diubahsuai ini
berkesan untuk menjawab persoalan yang dikemukakan. Setelah itu, barulah
instrument ditadbir kepada responden kajian bagi mengumpul data kajian sebenar.

6.2.2 Bahagian A : Demografi Responden

Bahagian ini memberi tumpuan kepada latar belakang responden untuk memperoleh
maklumat seperti jantina, tempoh pengalaman melaksanakan Lesson Study, tempoh
pengalaman mengajar, bilangan kitaran Lesson Study, faktor yang mempengaruhi
penglibatan dalam Lesson Study dan tempoh masa mendapat taklimat tentang Lesson
Study.

6.2.3 Bahagian B : Maklumat Keberkesanan Pengajaran Guru

Bahagian ini terdiri daripada 14 item yang memberi fokus kepada persepsi guru
terhadap keberkesanan pengajaran dari aspek penilaian terhadap pembelajaran pelajar,
penilaian terhadap kerja pelajar, penilaian terhadap strategi pengajaran dan keyakinan
guru. Aspek penilaian terhadap pembelajaran pelajar adalah bagi item 1 hingga 4, aspek
penilaian terhadap kerja pelajar adalah bagi item 5 hingga 7, aspek penilaian terhadap
strategi pengajaran adalah bagi item 8 hingga 11 dan aspek keyakinan guru adalah bagi
item 12 hingga 14.

6.2.4 Bahagian C : Maklumat Keberkesanan Pembelajaran Pelajar

Bahagian ini terdiri daripada 6 item yang memberi fokus kepada persepsi guru
terhadap keberkesanan pembelajaran pelajar dari aspek minat pelajar dan
pengaplikasian kemahiran berfikir pelajar. Aspek minat pelajar adalah bagi item 1
hingga 3 manakala aspek pengaplikasian kemahiran berfikir pelajar adalah bagi item 4
hingga 6.

6.2.5 Bahagian D : Maklumat tentang Amalan Lesson Study

Bahagian ini terdiri daripada 18 item yang memberi fokus kepada persepsi guru
terhadap 5 komponen Lesson Study yang memberi pengaruh kepada keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran. 5 komponen tersebut ialah berpusatkan pelajar, guru
meneraju, kolaborasi, pengetahuan kandungan dan reflektif. Komponen berpusatkan
pelajar adalah bagi item 1 hingga 3, komponen guru meneraju adalah bagi item 4 hingga
6, komponen kolaborasi adalah bagi item 7 hingga 10, komponen pengetahuan
kandungan adalah bagi item 11 hingga 15 dan komponen reflektif adalah bagi item 16
hingga 18.
Untuk mengukur tahap persepsi guru bagi bahagian B, bahagian C, dan bahagian
D, item-item ini diukur berdasarkan lima peringkat model Likert. Responden diminta
untuk menilai tahap persepsi mereka berdasarkan lima pilihan jawapan seperti jadual
6.1.
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 522

Jadual 6.1 Tahap persepsi Responden
Skor Persetujuan Terhadap Pernyataan
5 Sangat setuju
4 Setuju
3 Sederhana setuju
2 Tidak setuju
1 Sangat tidak setuju

7. Dapatan & Perbincangan
7.1 Analisis Kebolehpercayaan
Ujian kebolehpercayaan dilakukan bagi setiap alat kajian yang digunakan bertujuan
untuk menguji ketekalan dalaman alat-alat ujian tersebut. Ia bertujuan bagi memastikan
alat ujian tersebut sesuai digunakan dalam konteks suasana sekeliling. Sekiranya tidak
sesuai, item-item dalam alat kajian tersebut perlu dipperbaiki atau digugurkan untuk
membolehkan ia menghasilkan keputusan ujian yang boleh dipercayai. Dalam kajian ini,
kaedah kebolehpercayaan yang digunakan dalam setiap bahagian di dalam instrumen
adalah kaedah Alpha () dari Cronbach. Menurut Creswell (2005), nilai alfa melebihi 0.6
mencadangkan yang item-item dalam soal selidik mempunyai kebolehpercayaan
ketekalan dalaman yang memuaskan. Jadual 7.1 menunjukkan kebolehpercayaan
ketekalan dalaman item dalam soal selidik.
Jadual 7.1 Kebolehpercayaan ketekalan dalaman item dalam soal selidik
Bahagian Perkara/ Konstruk
Jumlah
Item
Alpha
Cronbach
B Keberkesanan pengajaran guru 14 0.746
C Keberkesanan Pembelajaran Pelajar 6 0.666
D Amalan Lesson Study 18 0.862

Oleh kerana nilai Alpha Cronbach bagi setiap bahagian dalam soal selidik ini
adalah melebihi 0.6, soal selidik ini boleh digunakan dalam kajian sebenar tanpa perlu
melakukan pengubahsuaian semula terhadap item-itemnya.

7.2 Statistik dan analisis deskriptif
Bahagian ini meliputi semua data terkumpul yang telah dianalisis menggunakan SPSS
for Windows Version 12.0. Huraian dapatan kajian dimulai dengan menyatakan kesahan
dan kebolehpercayaan intrumen kajian iaitu soal selidik berdasarkan adaptasi daripada
soal selidik yang dibina oleh Julian Ann Sickle (2011) dan diikuti oleh profil responden
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 523
kajian. Berikutnya, skor min dikira bagi kedua-dua konstruk iaitu keberkesanan
pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar bagi menjawab soalan kajian
(1) dan (2). Seterusnya ujian normaliti dilakukan kerana ia merupakan syarat bagi
penggunaan korelasi Pearson. Akhir sekali, bagi untuk menjawab soalan kajian (3), (4),
(5) dan (6) ujian statistik korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis kekuatan dan
arah perhubungan antara varaiabel.

7.2.1 Profil responden kajian

Kaedah persampelan untuk memilih sampel kajian adalah persampelan tujuan. Jadual
7.1 menunjukkan profil demografi responden yang telah menjawab soal selidik kajian.
Profil responden yang diperoleh ialah jantina, pengalaman melaksanakan Lesson Study,
pengalaman mengajar, bilangan kitaran Lesson Study dan tempoh taklimat tentang
Lesson Study.


Jadual 7.1 Profil demografi responden
Faktor
Demografi
Bilangan
(N)
Faktor Frekuensi Peratus
Jantina 100 Lelaki 13 13
Perempuan 87 87

Pengalaman
Melaksanakan
Lesson Study
100 <6 bulan
6-12 bulan
>12 bulan
47
35
18
47
35
18

Pengalaman
Mengajar
100 <5 tahun
6-15 tahun
<15 tahun
31
46
23
31
46
23

Bilangan
Kitaran
Lesson Study
100 1
2
3
4

26
34
33
7
26
34
33
7
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 524
Tempoh
taklimat
tentang
Lesson Study
100 <sehari
Sepanjang hari
>sehari
71
12
17
71
12
17
Daripada jadual di atas, bilangan responden perempuan (87.0%) melebihi responden
lelaki (13.0%) dan bilangan responden guru yang berpengalaman mengajar selama 6-
15 tahun adalah yang tertinggi iaitu 46.0% berbanding guru yang mempunyai
pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun dan melebihi 15 tahun. Untuk
memahami sejauh mana Lesson Study telah dilaksanakan, reponden diminta
menentukan tempoh pengalaman dan bilangan kitaran yang telah dilaksanakan.
Dapatan menunjukkan kebanyakan responden mempunyai pengalaman melaksanakan
Lesson Study dalam tempoh kurang daripada 6 bulan iaitu 47.0% diikuti oleh guru yang
mempunyai pengalaman melaksanakan Lesson Study dalam tempoh 6-12 bulan dan
lebih daripada 12 bulan. Manakala 34.0% telah melaksanakan 2 kitaran, 33.0%
melaksanakan 3 kitaran, 26.0 % melaksanakan 1 kitaran dan 7.0% melaksanakan 4
kitaran. Akhir sekali, bilangan reponden yang menerima tempoh taklimat atau latihan
tentang Lesson Study kurang daripada sehari adalah yang tertinggi iaitu 71.0 %
berbanding responden yang menerima taklimat atau latihan sepanjang hari dan lebih
daripada sehari. Apabila responden diminta untuk mengenalpasti faktor yang
mempengaruhi penglibatan mereka dalam Lesson Study daripada senarai tujuh pilihan
yang diberikan, kebanyakan responden mengenalpasti lebih daripada satu faktor. Jadual
7.2 menunjukkan nilai peratus bagi setiap faktor yang mempengaruhi penglibatan guru
dalam Lesson Study.

Jadual 7.2 Faktor yang mempengaruhi penglibatan guru dalam Lesson Study
Item Peratus
Menghadiri kursus 31
Menonton video Lesson Study 25
Diminta oleh guru lain untuk melibatkan diri 50
Diminta oleh pentadbir untuk melibatkan diri 82
Mendengar perbualan orang lain tentang Lesson Study 11
Sebahagian daripada program atau geran yang mesti
dilaksanakan
23
Mengetahui guru-guru lain melaksanakan Lesson Study 25
Membaca jurnal tentang Lesson Study 8
Faktor-faktor lain selain dari yang disenaraikan 5

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 525
7.2.2 Dapatan persoalan kajian (1) dan (2) : tahap keberkesanan pengajaran guru
yang melaksanakan lesson study dan tahap keberkesanan pembelajaran pelajar
semasa proses lesson study
Bagi menjawab persoalan kajian (1) dan (2), skor min dikira bagi kedua-dua konstruk
iaitu keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Jadual 7.3
dan jadual 7.4 menunjukkan tahap keberkesanan pengajaran guru dari empat aspek
dan tahap keberkesanan pembelajaran pelajar dari dua aspek.
Jadual 7.3 Tahap keberkesanan pengajaran guru.
Aspek keberkesanan pengajaran guru Min Sisihan Piawai
penilaian terhadap pembelajaran pelajar 3.7600 0.24340
penilaian terhadap kerja pelajar 3.5367 0.32788
penilaian terhadap strategi pengajaran 3.7775 0.23542
keyakinan guru 4.0267 0.35669

Jadual 7.4 Tahap Keberkesanan Pembelajaran Pelajar
Aspek keberkesanan pembelajaran
pelajar
Min Sisihan piawai
minat pelajar 3.5533 0.30785
pengaplikasian kemahiran berfikir pelajar 3.5633 0.28700

Dalam menilai respon dengan merujuk kepada Skala Likert berdasarkan item soal
selidik yang dibina untuk mengukur keberkesanan pengajaran guru, dapatan
menunjukkan guru mempunyai persepsi amalan Lesson Study memberi kesan yang
paling tinggi terhadap keyakinan guru (M = 4.02, SP = 0.36) diikuti kesan terhadap
strategi pengajaran (M = 3.78, SP = 0.24), kesan terhadap pembelajaran pelajar (M =
3.76, SP =0 .24) dan kesan yang terendah adalah terhadap kerja pelajar (M = 3.54, SP =
0.33).
Seterusnya, dalam menilai respon item soal selidik yang dibina untuk mengukur
keberkesanan pembelajaran pelajar, dapatan menunjukkan responden mempunyai
persepsi bahawa amalan Lesson Study memberi kesan paling tinggi dalam aspek
pengaplikasian kemahiran berfikir pelajar (M=3.5633, SP = 0.2870) dan diikuti aspek
minat pelajar (M=3.5533, SP= 0.3079).

7.2.3 Pra analisis untuk ujian korelasi : Plot normal Q-Q
Bagi menjawab persoalan kajian ke 3, 4, 5 dan 6 analisis korelasi Pearson perlu
digunakan. Syarat bagi penggunaan korelasi Pearson, data perlu bertabur secara
normal. Oleh itu, sebelum analisa korelasi Pearson dijalankan ujian normaliti perlu
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 526
dibuat bagi konstruk di bahagian B, C dan D. Plot normal Q-Q dalam rajah 7.1, rajah 7.2
dan rajah 7.3 menunjukkan hampir semua data yang dikumpulkan daripada responden
bertaburan di atas garisan lurus yang mewakili nilai daripada taburan normal. Hal ini
menyokong andaian bahawa semua skor di bahagian B (maklumat keberkesanan
pengajaran guru), C (maklumat keberkesanan pembelajaran pelajar) dan D (maklumat
amalan Lesson Study) bertabur secara normal.

Rajah 7.1

Rajah 7.2
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 527

Rajah 7.3
7.2.4 Ujian korelasi bagi menjawab dapatan persoalan kajian (3), (4), (5) dan (6)
Analisis korelasi digunakan untuk menghuraikan kekuatan dan arah hubungan linear di
antara dua pembolehubah (pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar). Oleh
kerana skala pengukuran yang digunakan ialah skala sela dan data bagi pembolehubah
bersandar (skor keberkesanan pengajaran guru) normal, maka pengkaji memilih ujian
statistik korelasi Pearson untuk menganggarkan kekuatan dan arah perhubungan
antara amalan lesson study dan keberkesanan pengajaran guru. Justeru, bagi
mengintepretasi pekali korelasi (r) dapatan kajian, pengkaji menggunakan intepretasi
yang dicadangkan oleh Chua (2006).
a) Pengujian Hipotesis Kajian Pertama
Hipotesis kajian pertama adalah bagi menjawab persoalan kajian ketiga iaitu apakah
hubungan antara amalan Lesson Study dan keberkesanan pengajaran guru? Hipotesis
kajian pertama adalah seperti berikut:
Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan Lesson Study dan
keberkesanan pengajaran guru.
Jadual 7.5 memaparkan keputusan ujian korelasi Pearson untuk menganggarkan
hubungan antara amalan lesson study dan keberkesanan pengajaran guru.





Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 528
Jadual 7.5 Hubungan antara amalan Lesson Study dan Keberkesanan Pengajaran Guru

Peratus skor
Amalan Lesson
Study
Peratus skor
Keberkesanan
Pengajaran Guru
Peratus skor
Amalan Lesson
Study
Korelasi Pearson 1 0.130
Sig. (2-tailed) 0.196
N 100 100
Peratus skor
Keberkesanan
Pengajaran Guru
Korelasi Pearson 0.130 1
Sig. (2-tailed) 0.196
N 100 100

Berdasarkan jadual di atas, didapati terdapat hubungan yang tidak signifikan antara
skor amalan lesson study dengan skor keberkesanan pengajaran guru dengan nilai (p=
0.196 ; p> 0.05). Oleh itu, hipotesis nul gagal ditolak.

b) Pengujian Hipotesis Kajian Kedua
Hipotesis kajian pertama adalah bagi menjawab persoalan kajian keempat iaitu apakah
hubungan antara amalan Lesson Study dan keberkesanan pembelajaran pelajar?
Hipotesis kajian kedua adalah seperti berikut:

Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan Lesson Study dan
keberkesanan pembelajaran pelajar.
Jadual 7.6 memaparkan keputusan ujian korelasi Pearson untuk menganggarkan
hubungan antara amalan lesson study dan keberkesanan pembelajaran pelajar.

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 529
Jadual 7.6 Hubungan antara Amalan Lesson Study dan Keberkesanan Pembelajaran
Pelajar

Peratus skor
Amalan Lesson
Study
Peratus skor
Keberkesanan
Pembelajaran
Pelajar
Peratus skor
Amalan Lesson
Study
Korelasi Pearson 1 0.376
Sig. (2-tailed) 0.000
N 100 100
Peratus skor
Keberkesanan
Pembelajaran
Pelajar
Korelasi Pearson 0.376 1
Sig. (2-tailed) 0.000
N 100 100

Berdasarkan jadual di atas, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara skor
amalan lesson study dengan skor keberkesanan pembelajaran pelajar dengan nilai p<
0.05 dengan kekuatan korelasi yang lemah iaitu (r=0.376). Oleh itu, hipotesis nul
ditolak.
c) Pengujian Hipotesis Kajian Ketiga
Hipotesis kajian ketiga adalah bagi menjawab persoalan kajian kelima iaitu apakah
hubungan antara amalan Lesson Study dan persepsi guru? Hipotesis kajian ketiga
adalah seperti berikut:

Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan Lesson Study dan
persepsi guru.
Jadual 7.7 memaparkan keputusan ujian korelasi Pearson untuk menganggarkan
hubungan antara amalan lesson study dan persepsi guru.

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 530
7.7 Hubungan antara Amalan Lesson Study dan Persepsi Guru

Peratus skor
Amalan Lesson
Study
Peratus skor
Persepsi Guru
Peratus skor
Amalan Lesson
Study
Korelasi Pearson 1 0.366
Sig. (2-tailed) 0.000
N 100 100
Peratus skor
Persepsi Guru
Korelasi Pearson 0.366 1
Sig. (2-tailed) 0.000
N 100 100

Berdasarkan jadual di atas, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara skor
amalan lesson study dengan skor persepsi guru dengan nilai p< 0.05 dengan kekuatan
korelasi yang lemah iaitu (r=0.366). Oleh itu, hipotesis nul ditolak.

d) Pengujian Hipotesis Kajian Keempat
Hipotesis kajian keempat adalah bagi menjawab persoalan kajian keenam iaitu apakah
komponen dalam Lesson Study yang memberi pengaruh besar terhadap persepsi guru?
Hipotesis kajian keempat adalah seperti berikut:

Ho4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pusat pelajar dan persepsi guru.
Jadual 7.8 memaparkan keputusan ujian korelasi Pearson untuk menganggarkan
hubungan antara pusat pelajar dan persepsi guru.
Jadual 7.8 Hubungan antara pusat pelajar dan persepsi guru

Peratus skor
Pusat Pelajar
Peratus skor
Persepsi Guru
Peratus skor
Pusat Pelajar
Korelasi Pearson 1 0.032
Sig. (2-tailed) 0.749
N 100 100
Peratus skor
Persepsi Guru
Korelasi Pearson 0.032 1
Sig. (2-tailed) 0.749
N 100 100

Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 531
Berdasarkan jadual di atas, didapati terdapat hubungan yang tidak signifikan antara
skor pusat pelajar dengan skor persepsi guru dengan nilai (p= 0.749 ; p> 0.05). Oleh itu,
hipotesis nul gagal ditolak.

e) Pengujian Hipotesis Kajian Kelima
Hipotesis kajian kelima adalah bagi menjawab persoalan kajian keenam iaitu apakah
komponen dalam Lesson Study yang memberi pengaruh besar terhadap persepsi guru?
Hipotesis kajian kelima adalah seperti berikut:

Ho5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara guru meneraju dan persepsi
guru.
Jadual 7.9 memaparkan keputusan ujian korelasi Pearson untuk menganggarkan
hubungan antara guru meneraju dan persepsi guru.


Jadual 7.9 Hubungan antara guru meneraju dan persepsi guru

Peratus skor
Guru Meneraju
Peratus skor
Persepsi Guru
Peratus skor
Guru Meneraju
Korelasi Pearson 1 0.215
Sig. (2-tailed) 0.032
N 100 100
Peratus skor
Persepsi Guru
Korelasi Pearson 0.215 1
Sig. (2-tailed) 0.032
N 100 100

Berdasarkan jadual di atas, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara skor
guru meneraju dengan skor persepsi guru dengan nilai p< 0.05 dengan kekuatan
korelasi yang lemah iaitu (r=0.215). Oleh itu, hipotesis nul ditolak.

f) Pengujian Hipotesis Kajian Keenam
Hipotesis kajian keenam adalah bagi menjawab persoalan kajian keenam iaitu apakah
komponen dalam Lesson Study yang memberi pengaruh besar terhadap persepsi guru?
Hipotesis kajian keenam adalah seperti berikut:
Ho6 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kolaboratif dan persepsi guru.
Jadual 7.10 memaparkan keputusan ujian korelasi Pearson untuk menganggarkan
hubungan antara kolaborasi dan persepsi guru.



Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 532


Jadual 7.10 Hubungan antara kolaborasi dan persepsi guru.

Peratus skor
Kolaboratif
Peratus skor
Persepsi Guru
Peratus skor
Kolaboratif
Korelasi Pearson 1 0.338
Sig. (2-tailed) 0.001
N 100 100
Peratus skor
Persepsi Guru
Korelasi Pearson 0.338 1
Sig. (2-tailed) 0.001
N 100 100
Berdasarkan jadual di atas, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara skor
kolaborasi dengan skor persepsi guru dengan nilai p< 0.05 dengan kekuatan korelasi
yang lemah iaitu (r=0.338). Oleh itu, hipotesis nul ditolak.

g) Pengujian Hipotesis Kajian Ketujuh
Hipotesis kajian ketujuh adalah bagi menjawab persoalan kajian keenam iaitu apakah
komponen dalam Lesson Study yang memberi pengaruh besar terhadap persepsi guru?
Hipotesis kajian ketujuh adalah seperti berikut:
Ho7 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kandungan pengetahuan dan
persepsi guru.
Jadual 7.11 memaparkan keputusan ujian korelasi Pearson untuk menganggarkan
hubungan antara kandungan pengetahuan dan persepsi guru.

Jadual 7.11 Hubungan antara kandungan pengetahuan dan persepsi guru.

Peratus skor
Kandungan
Pengetahuan
Peratus skor
Persepsi Guru
Peratus skor
Kandungan
Pengetahuan
Korelasi Pearson 1 0.300
Sig. (2-tailed) 0.002
N 100 100
Peratus skor
Persepsi Guru
Korelasi Pearson 0.300 1
Sig. (2-tailed) 0.002
N 100 100
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 533

Berdasarkan jadual di atas, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara skor
kandungan pengetahuan dengan skor persepsi guru dengan nilai p< 0.05 dengan
kekuatan korelasi yang lemah iaitu (r=0.300). Oleh itu, hipotesis nul ditolak.

h) Pengujian Hipotesis Kajian Kelapan
Hipotesis kajian kelapan adalah bagi menjawab persoalan kajian keenam iaitu apakah
komponen dalam Lesson Study yang memberi pengaruh besar terhadap persepsi guru?
Hipotesis kajian kelapan adalah seperti berikut:
Ho8 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara reflektif dan persepsi guru.
Jadual 7.12 memaparkan keputusan ujian korelasi Pearson untuk menganggarkan
hubungan antara refleksi dan persepsi guru.

Jadual 7.12 hubungan antara refleksi dan persepsi guru.

Peratus skor
Reflektif
Peratus skor
Persepsi Guru
Peratus skor
Reflektif
Korelasi Pearson 1 0.378
Sig. (2-tailed) 0.000
N 100 100
Peratus skor
Persepsi Guru
Korelasi Pearson 0.378 1
Sig. (2-tailed) 0.000
N 100 100

Berdasarkan jadual di atas, didapati terdapat hubungan yang signifikan antara skor
kandungan reflektif dengan skor persepsi guru dengan nilai p< 0.05 dengan kekuatan
korelasi yang lemah iaitu (r=0.378). Oleh itu, hipotesis nul ditolak.

8. Kesimpulan dan Cadangan Kajian Lanjutan Conclusion and Future
Recommendation
Penilaian program pembangunan profesionl adalah perlu dilakukan bertujuan untuk
mengetahui tahap keberkesanan program dalam mencapai matlamat dan objektifnya.
Kajian ini bermanfaat untuk perancangan proses penambahbaikan terhadap program
pembangunan professional guru dan dapat dijadikan asas untuk membuat keputusan
yang lebih berkesan pada masa akan datang dari pihak tertentu seperti pihak KPM,
pihak pentadbir sekolah dan pihak guru. Kajian ini juga dapat menimbulkan kesedaran
bahawa program pembangunan guru sangat bermakna dan dapat dilaksanakan dengan
inisiatif guru tanpa bergantung sepenuhnya kepada program yang dirancang dari pihak
lain demi untuk memantapkan prestasi perkhidmatan guru. Disarankan untuk kajian
Proceeding of the Global Summit on Education 2013 (e-ISBN 978-967-11768-0-1)
11-12 March 2013, Kuala Lumpur. Organized by WorldConferences.net 534
akan datang, penilaian yang menyeluruh dilakukan terhadap pembangunan Lesson
Study yang dilaksanakan di Malaysia.

Rujukan
Cheah Ui Hock & Lim Chap Sam. (2010). Disseminating and Popularising Lesson Study
in Malaysia and Southeast Asia. APEID Hiroshima Seminar Current Status and Issues
on Lesson Study in Asia and the Pacific Region.
Lim Chap Sam. (2003). Lesson Study : Enhancing teachers language proficiency through
collaborative processes. ELTC ETeMS Conference 2003 : Managing Curricular Change.
Lim Chap Sam, Allan Leslie White & Chiew Chin Mon. (2005). Promoting Mathematics
Teacher Collaboration through Lesson Study: What Can We Learn from Two Countries
Experience?. The Mathematics Education into the 21
st
Century Project Universiti
Teknologi Malaysia Reform, Revolution and Paradigm Shifts in Mathematics Education.
Jennifer Stepanek, Gary Appel, Melinda Leong, Michelle Turner Mangan & Mark Mitchell.
(2007). Leading Lesson Study, A Practical Guide for Teachers and Educators.
Kor Kiew Kee & Lim Chap Sam. (2009). Lesson Study : A Potencial Driving Force behind
the Innovative Use Geometers Sketchpad. Journal of Mathematics Education. Vol (2),
No. 1 (69-82)
Salleh Abd. Rashid. (2008). Pemikiran Profesionl Keguruan Terhadap Kurikulum dan
Pengajaran.
William Cerbin & Bryan Kopp. (2006). Lesson Study as a Model for Building Pedagogical
Knowledge and Improving Teaching. International Journal of Teaching and Learning in
Higher Education.

You might also like