You are on page 1of 2

Cabaran dalam Hubungan Etnik di Malaysia serta Implikasinya

Pemisahan fizikal
wujud akibat dasar pecah dan perintah pada zaman British. Sesuatu
golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluanag untuk berinteraksi
dengan lebih kerapdenagn etnik lain. Pemisahan fizikal ini bukan sahaja
merenggangkan hubungan dan interaksi,malah menguatkan lagi
semangat kekitaan dan etnosentrism. ini boleh menimbulkan prasangka,
stereotaip dan mengekalkan kejahilan terhadap golongan etnik lain

Demografi
Corak & ciri-ciri demografi Malaysia mempunyai pertalian rapat dgn latar
kesejarahan khususnya pd zaman penjajahan British.
Pengenalan kaum diidentifikasikan mengikut tempat tinggal dan kegiatan
ekonominya.
a) Taburan Penduduk (1957 1970)
Kebanyakan Orang Melayu tinggal di luar bandar & bergiat dlm sektor
pertanian. Tertumpu di negeri Terengganu, Kelantan, Perlis, Kedah dan
Pahang.
Orang Cina bergiat dlm ekonomi moden, berpusat di bandar & kawasan yg
pesat membangun terutamanya di negeri P.Pinang, Selangor, Perak, Melaka,
N.Sembilan & Johor.
Orang India pula kebanyakannya tertumpu di Selangor, Perak, N. Sembilan
dan P.Pinang.
Pola kependudukan ini secara tidak langsung telah memisahkan kelompok2
etnik ini & menunjukkan ketidakseimbangan taburan antara etnik
b)Taburan Penduduk Tahun 2000
Terdapat sedikit perubahan dalam taburan strata bandar & luar bandar
mengikut kaum.
Dlm keadaan semasa, pertumbuhan & pembangunan sektor industri di pusat2
bandar serta jaringan infrastruktur moden telah menarik perhatian golongan
muda dari luar bandar berhijrah ke bandar.
Migrasi dari kampung ke bandar telah mencorakkan satu pola demografi yg
baru.

You might also like