You are on page 1of 27

1

Ghara di Dalam Islam


Mohd Azuwa bin Hasan
Undergraduate
Bachelor In Legal Studies;Major in Jurisprudence and Fatwa,Minor in Islamic Finance
Faculty of Shariah and Laws
Islamic Science University of Malaysia
awuzas88@gmail.com

1. Pendahuluan
Di dalam urusan dunia mahupun urusan ukhrawi, kehidupan seorang Muslim
haruslah mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Esa,
tiada pengecualian samada bagi yang kuat ataupun lemah dan sebagainya.
Di dalam urusan muamalat ataupun perniagaan, Islam telah meletakkan garis
panduan serta peraturan yang harus diikuti dengan terang dan jelas, kegagalan untuk
mengikuti kesemua peraturan akan menyebabkan kontrak ataupun transaksi tersebut
tidak sah lalu menjadikan harta yang diperdagangkan itu haram untuk dimakan dan
sebagainya.
Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Baqarah, ayat 188;

l!. >l. >., _L.,l!, l.. !, _|| ,!>' l!.l !1, _. _. _!.l
.!, `.. .l-. __
Yang bermaksud; Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang
lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan
harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau
mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu
mengetahui (salahnya).
Larangan di dalam al-Quran jelas menunjukkan kesan dan akibat sekiranya
membuat urusan secara batil, yang mana di dalam Islam setiap urusan harus menjauhi
ketiga-tiga elemen haram iaitu maysir ataupun judi, riba dan juga gharar ataupun
kesamaran.
2

Gharar adalah satu elemen yang sentiasa wujud di dalam apa-apa jua urusan
niaga, kesan kewujudan gharar di dalam urusan niaga akan menyebabkan urusan
niaga itu menjadi tidak sah.





2. Definisi Gharar
Menurut bahasa Arab, makna al-gharar adalah al-khathr, al-khathr pula
bermaksud pertaruhan ataupun pengambilan risiko
1
. Dalam erti kata lain, gharar adalah
pengambilan risiko yang melampau ataupun tanpa pertimbangan dari pihak pengambil
risiko tersebut.
Gharar juga bermaksud ketidakpastian, manakala ketidakpastian bermaksud
terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan
rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain.
Menurut Ibnu Rusyd, gharar adalah kurangnya maklumat tentang keadaan
barang ataupun objek yang wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan
maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk
diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk
diserahkan barang tidak diketahui
2
.
Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab
Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai "Satu (aqad) yang akibatnya
tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling
kerap berlaku ialah yang paling ditakuti.
Manakala, Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan, "Gharar yang
dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada
risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia
mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi.
Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang
keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam

1
Al-Mujam Al-Wasith, hal. 648
2
Ibnu Rusyd, 2006, Bidayatul Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, di susun oleh Ahmad Abu Al-Majdi,Beirut
3

objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu
terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan
3
.
Pada masa yang sama, menurut Syaikh As-Sadi gharar juga bermaksud al-
mukhatharah ataupun pertaruhan dan dan al-jahalah iaitu ketidak-jelasan. Gharar
sedikit sebanyak berkait dengan salah satu elemen haram iaitu judi
4
.


Syeikh Wahbah Zuhaili juga menyatakan definisi ataupun maksud gharar di
dalam tulisan beliau, iaitu gharar sebagai al-khatar dan altaghrir, yang bermaksud satu
elemen atau penampilan yang menimbulkan kerosakan pada sesuatu(harta) ataupun
sesuatu yang pada zahirnya adalah sesuatu yang baik tetapi membawa kerosakan
5
.
Ini bermaksud, gharar adalah satu elemen yang akan menyusahkan atau
memberi kesan buruk kepada mana-mana bahagian yang terlibat. Di dalam sesuatu
urusan niaga, gharar akan memberi kesan buruk kepada kedua-dua pihak yang terlibat
di dalam urusan niaga tersebut di dalam bentuk ketidak adilan dan sebagainya.
Pada masa yang sama, sejumlah Fuqaha juga telah mendefinisikan gharar
dengan jelas dan terang, antaranya Al-Syarkasi dari mazhab Hanafi berpendapat, al-
gharar ma yakun masnur al-aqibah ,yang bermakna: sesuatu yang tersembunyi
akibatnya. Al-Qarafi dari Mazhab Maliki berpendapat: ashlu al-gharar huwa al- ladzi la
yudra hal tahshul am laka al-thair fil al hawa` wa al-samak fi al-ma`.ertinya: sesuatu
yang tidak diketahui apakah ia akan diperoleh atau tidak seperti burung di udara, dan
ikan di air.
Begitu juga dengan Al-Syirazi dari mazhab Syafi`I yang berpendapat, al-gharar
ma intawa `anhamruh wa khafiy alaih `aqibatuh, ertinya : sesuatu yang urusannya tidak
diketahui dan tersembunyi akibatnya. Bagi Ibn Taimiyah, beliau berpendapat gharar
ialah tidak diketahui akibatnya. Manakala, Ibn Qoyyim berpendapat gharar ialah yang
tidak boleh diukur penerimaanya, baik barang itu ada mahupun tidak ada, seperti
menjual hamba yang melarikan diri dan unta yang liar meskipun ia wujud. Ibn Hazm
pula berpendapat, gharar itu ketika pembeli tidak tahu apa yang dibeli, atau penjual
tidak tahu apa yang ia jual
6
.


3
Saiful Azhar Rosly, 2005, Critical Issues on Islamic Banking and Financial Markets, Authorhouse:USA, h. 69
4
Abdurrahman bin Nashir As-Sadi, Bahjah Qulub Al-Abrar wa Qurratu Uyuuni Al-Akhyaar Fi Syarhi Jawaami Al-
Akhbaar, Tahqiq Asyraf Abdulmaqshud, Cet. II, Th 1992M, Dar Al-Jail. Hal.164
5
Wahbah Al-Zuhaili. Al-Fiqh al-Islami wa `Adillatuhu. Juv IV. Dar al-Fikr. Damascus. Syria, hal 435-437
6
Wahbah Al-Zuhaili. Al-Fiqh al-Islami wa `Adillatuhu. Juv IV. Dar al-Fikr. Damascus. Syria, hal 437
4

3. Hukum Gharar di Dalam Islam
Hukum haramnya gharar jelas di dalam Islam, tiadak nasakh akannya, tiada
taarudh akan hukumnya. Yang jelas haramnya dan wajib diterima oleh umat Islam
seluruhnya.
Sabda Rasululllah s.a.w di dalam hadith Abu Hurairah yang berbunyi;


Hadith tersebut bermaksud Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam melarang jual beli
al-hashah dan jual beli gharar
7

Dalam sistem jual beli gharar ini terdapat unsur memakan harta orang lain
dengan cara batil. Padahal Allah melarang memakan harta orang lain dengan cara batil
sebagaimana tersebut dalam firmanNya.

l!. >l. >., _L.,l!, l.. !, _|| ,!>' l!.l !1, _. _. _!.l
.!, `.. .l-. __
Ayat Quran di atas bermaksud Dan janganlah sebagian kamu memakan harta
sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu
membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian
daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu
mengetahui
8






7
HR Muslim, Kitab Al-Buyu, Bab : Buthlaan Bai Al-Hashah wal Bai Alladzi Fihi Gharar, 1513
8
Al-Quran, Surah al-Baqarah, Ayat 188
5

!,!., _ `.., l!. >l. ,., _L.,l!, | _>. :.> _s _.
>.. l.1. >.. | < l >, !.,> __
Bermaksud Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta
sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku
dengan suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu ;
sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu
9

Malahan, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah menjelaskan, dasar pelarangan jual beli
gharar ini adalah larangan Allah dalam Al-Quran, yaitu (larangan) memakan harta
orang dengan batil. Begitu pula dengan Nabi Shallallahu alaihi wa sallam beliau
melarang jual beli gharar ini.
10
Pelarangan ini juga dikuatkan dengan pengharaman judi,
sebagaimana ada dalam firman Allah.

!!., _ `.., !..| `.>' .,.l ,!.. `.l _> _. _.s _.L,:l
:,..>! >l-l >l. _
Bermaksud, Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamr, berjudi,
(berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji
termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu
mendapat keberuntungan
11

Sedangkan jula-beli gharar, menurut keterangan Syaikh As-Sadi, termasuk
dalam katagori perjudian. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah sendiri menyatakan, semua
jual beli gharar, seperti menjual burung di udara, unta yang lari, buah-buahan sebelum
masak, dan jual beli al-hashaah, seluruhnya termasuk perjudian yang diharamkan Allah
di dalam Al-Quran
12
.


9
Al-Quran, Surah an-Nisa, Ayat 29
10
Majmu Fatawa, 29/22
11
Al-Quran, surah al-Maidah, ayat 90
12
Mukhtashar Al-Fatawa Al-Mishriyyah, Ibnu Taimiyyah, Tahqiq Abdulmajid Sulaim, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah, hal.
342
6

Larangan tentang penglibatan gharar juga jelas daripada hadith Nabi
Muhammad s.a.w, Hadits Ibnu Umar radhiyallahu anhuma riwayat Al-Bukhary dan
Muslim:


Bermaksud, Nabi shollallahu alaihi wa ala alihi wa sallam melarang dari menjual anak
dari anak yang berada dalam perut unta
Larangan tersebut menunjukkan antara kriteria akan sesuatu yang
menjadikannya gharar dan haram di sisi Islam. Nabi Muhammad s.a.w melarang kita
dari menjual anak unta yang masih di dalam perut atau kandungan ibu unta kerana di
situ wujudnya gharar iaitu ketidakpastian yang anak unta itu akan hidup ataupun tidak
dan sebagainya.
Di dalam hadith lain, dari Hadits Abu Said Al-Khudry radhiyallahu anhu;


Yang bermaksud, Sesungguhnya Rasulullah shollallahu alaihi wa ala alihi wa sallam
melarang dari Al-Munabadzah dan Al-Mulamasah
13
.
Analogi daripada hadith di atas ada dua, yang pertama Al-Munabadzah, Al-
Munabadzah adalah seorang penjual berkata kepada pembeli : Kalau saya lempar
barang ini kepadamu maka wajib untuk dibeli, walaupun barangnya belum dibuka atau
diperiksa. Jelas dan nyata di dalam analogi tersebut, akan kewujudan elemen gharar di
mana subjek ataupun barang yang akan diniagakan itu tidak tahu akan keadaanya,
bentuknya dan ciri-cirinya.
Analogi yang kedua, Al-Mulamasah adalah seorang penjual berkata kepada
pembeli : Apa saja yang kamu sentuh maka harus dibeli, walaupun belum dilihat dan
diperiksa. Jelas wujud gharar di sini apabila benda yang harus dibeli itu tidak diketahui
akan keadaanya, menjadikan urusan niaga ini haram di sisi Islam dan tidak sah.

13
Syarah Nawawi pada Muslim, h. 156
7


Dalam hadith lain, di dalam Hadith Ibnu Umar dan lainnya riwayat Al-Bukhary
dan Muslim;

Bermaksud, Sesungguhnya Rasulullah shollallahu alaihi wa ala alihi wa sallam


melarang jual beli buah pohon sampai nampak baiknya, beliau melarang penjual dan
pembeli.
Elemen gharar wujud di dalam situasi yang jelas dinyatakan oleh hadis di atas,
apabila keadaan buah yang belum diketahui samada baik ataupun rosak, manis
ataupun masam dan seterusnya. Menyebabkan elemen gharar wujud lantas
menjadikan bentuk urusniaga seperti di atas tidak sah di sisi Islam.
Gharar seharusnya dielak dan ditolak oleh umat Islam di dalam apa jua urusan
niaga, seperti mana yang telah dibincangkan oleh Imam Nawawi, Larangan jual beli
gharar merupakan pokok penting dari kitab jual-beli. Oleh karena itu Imam Muslim
menempatkannya di depan. Permasalahan yang masuk dalam jual-beli jenis ini sangat
banyak, tidak terhitung
14











14
Syarah Shahih Muslim, 10/156
8

_,l ,.l 1`.1l!,
Bermaksud, Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan
beban kepada seseorang melainkan sekedar kesanggupannya
15



_, _,L.ll _ :| l!. _ls _!.l .`. _ :| >l!
>. .> _ _L, ,.l` . .`-,. _ ,,l ,Ls _

Bermaksud, Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (yaitu) orang-orang yang
apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menakar
atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. Tidakkah orang-orang itu yakin, bahwa
sesungguhnya mereka akan dibangkitkan, pada suatu hari yang besar
16












15
Al-Quran, surah al-Maidah, ayat 152
16
Al-Quran, surah al-Muthaffifin, ayat 1-5
9

4. Hikmah Pengharaman Gharar
Islam tidak diutuskan hanya untuk sia-sia ataupun tiada motif dan objektif yang
bermanfaat bagi umat Islam, setiap hukum, larangan dan galakkan mempunya
kebaikan dan manfaat yang tidak dapat dibeli oleh wang mahupun harta dunia. Tiada
harga yang mampu diletak pada kebaikan dan manfaat yang dibawa oleh Syariat Islam.
Setiap larangan dan galakkan serta suruhan mempunya objektifnya yang tersendiri, di
dalam Islam ia dipanggil sebagai hikmah.
Diantara hikmah larangan jual beli gharar adalah adanya pertaruhan yang boleh
menimbulkan sikap permusuhan pada orang yang dirugikan
17
. Wujudnya situasi zalim
dan dizalimi ataupun petindas dan di tindas. Sedangkan Islam adalah agama yang adil
dan baik bagi umatnya. Larangan ini juga mengandung maksud untuk menjaga harta
agar tidak hilang dan menghilangkan sikap permusuhan yang terjadi pada orang akibat
jenis jual beli ini.
Bahkan, dijelas oleh Imam Malik dalam bukunya Muwatta telah menggambarkan
konsep gharar dengan memberikan contoh orang yang telah kehilangan untanya
seharga (misalnya) lima puluh dinar. Seseorang lainnya menawarkan untuk membeli
unta pelarian tersebut sebanyak dua puluh dinar. Jika pembeli menemukannya, penjual
kehilangan tiga puluh dinar. Namun, jika unta tidak ditemukan pembeli kehilangan dua
puluh dinar.
Secara ringkasnya, antara hikmah disebalik pengharaman gharar ini adalah
18
:
1. Gharar dapat mengakibatkan penindasan atau ketidakadilan dan
hilangnya aset untuk satu atau bahkan kedua belah pihak.
2. Gharar akan menyebabkan permusuhan di antara kedua-dua pihak
yang terlibat di dalam urusan niaga tersebut.
3. Gharar menyebabkan pihak-pihak yang terlibat akan menangung
risiko yang sepatutnya mereka elak.





17
Bahjah, Op.Cit, 165
18
Suharto, Ugi dan Hidayat, Sutan Emir,2009, "Introduction to Fiqh Muammalah", Lecture Presentation Slides,
University College of Bahrain
10

5. Konsep Gharar
Gharar mempunya beberapa kriteria, yang mana harus diperhatikan dan
difahami konsepnya serta bentuknya. Gharar juga mempunya jenisnya yang tersendiri,
ada gharar yang dibolehkan di dalam Islam, ada yang dilarang sekeras-keras yang
mungkin. Tidak dapat dinafikan, elemen gharar akan sentiasa wujud di dalam urusan
niaga pada zaman kini.
Seperti mana yang telah dijelaskan sebelum ini, gharar adalah ketidakpastian
dan ketidaktahuan, malah juga diertikan sebagai risiko dan sebagainya, hukum haram
pada gharar adalah tetap dan tidak dapat dinafikan mahupun ditakwilkan lagi.

5.1. Jenis-Jenis Gharar
Bagi gharar, mempunyai dua(2) jenis gharar, iaitu Gharar Berat dan
Gharar Ringan
19
; Para Ulama menjelaskan akan kedua-dua gharar ini,
Gharar ringan (Al-gharar Al-yasir): Ketidakpastian yang tidak dapat
dihindari karena ia berkaitan dengan objek. Jenis gharar ini tidak menyebabkan
kerosakan berat pada salah satu pihak. Gharar ini tidak akan mempengaruhi
kesahihan kontrak tersebut. Sebagai contoh: Membeli buah yang tertutup seperti
durian
20
.
Gharar berat (Al-gharar Al-fahish/Al-kabir): Ketidakpastian yang terkait
dengan informasi penting yang berhubungan dengan kontrak yang diperlukan
untuk membantu para pihak dalam pengambilan keputusan apakah akan masuk
ke dalam kontrak atau tidak. Jenis gharar inilah yang dilarang syariat Islam.
Sebagai contoh: Membeli makanan di restoran tanpa mengetahui harga
makanan tersebut sehingga ketika menerima bil si pembeli merasa rugi apabila
dikenakan harga yang tinggi.
21

Walaubagaimanapun, tidak kesemua urusan niaga, kontrak dan
sebagainya akan menjadi haram dan tidak sah disebabkan kewujudan gharar.
Seperti mana yang dibincangkan oleh Imam An-Nawawi dan Ibnul Qayyim
menyatakan Tidak semua gharar menjadi sebab pengharaman jual beli. Gharar,
apabila ringan (sedikit) atau tidak mungkin dipisah darinya, maka urusan niaga
ataupun kontrak tersebut sah di sisi Islam.

19
Suharto, Ugi dan Hidayat, Sutan Emir ,2009, "Introduction to Fiqh Muammalah", Lecture Presentation Slides,
University College of Bahrain
20
Al-Sunnah, 2006, "Mengenal Jual Beli Gharar", Edisi 04, Penerbit Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Solo, h 28
21
Al-Sunnah, 2006, "Mengenal Jual Beli Gharar", Edisi 04, Penerbit Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Solo, h 28
11


Contohnya, membeli rumah tanpa mengetahui bentuk rumah atau reka
bentuknya samada mengikuti gaya barat ataupun timur, ciri-ciri yang tidak
diketahui itu tidak akan menjejaskan keadaan rumah itu dari memenuhi ciri-ciri
rumah yang baik seperti adanya pintu dan tingkap dan sebagainya.
22

Akan tetapi, hanya kontark tertentu sahaja yang akan menjadi tidak sah
sekiranya wujud elemen gharar di dalamnya, hanya kontrak muawadhah
ataupun pertukaran sahaja yang akan terjejas status sah dan kontrak unilateral
ataupun kontrak tabarru tidak terjejas status sah walaupun mempunyai elemen
gharar yang berat, seperti kontrak sumbangan sedekah kepada sesiapa yang
layak, pada kes ini penerima tidak diketahui dan ianya adalah gharar berat, akan
tetapi platform kontrak ini adalah membuat kebaikan, gharar tersebut dimaafkan
dan kontrak atau perjanjian jenis ini sah di sisi Islam.
Kontrak tabarru' adalah kontrak yang melibatkan transfer hak milik kepada
pemilik baru tanpa biaya atau kompensasi seperti hibah, sumbangan kebajikan,
derma, wasiat, dan wakaf.
23
Sementara, Kontrak mu'awadhah merujuk pada
kontrak yang melibatkan konversi dua nilai atau kompensasi. Terlihat disini pada
mu'awadhah kedua pihak sama-sama mengorbankan sesuatu untuk
bertransaksi, sementara dalam tabarru' hanya satu pihak yang mengorbankan
sesuatu.










22
Al-Sunnah, 2006, "Mengenal Jual Beli Gharar", Edisi 04, Penerbit Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, Solo, h. 30
23
Noor, Azlan Mohammad dan Zakaria, Mohammad Sabri ,2010, "Takaful: Analisis Terhadap Konsep dan Akad",
Jurnal Muamalat Bil 3, h. 15
12

5.2. Perbezaan Gharar dengan Maysir/Judi
Maysir ataupun judi adalah salah satu elemen yang menyebabkan
sesuatu urusan niaga atau kontrak menjadi tidak sah dan sebagainya, perkataan
lain bagi Maysir ialah Qimar, Maisir dan qimar adalah dua kata dalam bahasa
Arab yang ertinya sama,iaitu menjadi judi.
Menurut Ibrahim Anis, beliau menjelaskan bahawa judi adalah setiap
permainan, yang mengandungi taruhan dari kedua pihak.
24
Pada masa yang
sama, judi adalah setiap permainan yang di dalamnya disyaratkan adanya
sesuatu yang diambil dari pihak yang kalah kepada pihak yang menang
25
. Judi
juga adalah setiap permainan yang menimbulkan keuntungan bagi satu pihak
dan kerugian bagi pihak lainnya
26
.
Maysir adalah haram di sisi Islam, malah sekiranya sesuatu urusan niaga
atau kontrak terlibat dengan urusan maysir akan menjadi tidak sah di sisi Islam,
firman Allah s.w.t;
!!., _ `.., !..| `.>' .,.l ,!.. `.l _> _. _.s _.L,:l
:,..>! >l-l >l. _ !..| .,`, _.L,:l _`, `>., :.-l ,!.-,l _ ,>'
..l .., _s : < _s :l.l _ ,.. ... _
Bermaksud, Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar,
maisir, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah
perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan
itu agar kamu mendapat keberuntungan
27
.
Dalam membandingkan definisi gharar dan definisi maysir secara istilah
nampak ada bentuk kemiripan. Perkataan maysir dan qimar lebih khusus dari
gharar sebab tidaklah diragukan bahwa maysir dan qimar itu adalah gharar.
Karena itu para ulama setiap maysir adalah gharar dan tidak setiap gharar
adalah maysir. Contoh : Menjual pohon yang belum jelas hasilnya adalah gharar
tapi tidak berada di golongkan maysir
28
.

24
Ibrahim Anis, Al-Mujam Al-Wasith, h. 758
25
Al-Jurjani, At-Tarifat, h. 179
26
Muhammad Ali Ash-Shabuni, Rawai Al-Bayan fi Tafsir Ayat Al-Ahkam (I/279)
27
Al-Quran, surah al-Maidah, ayat 90
28
Abu Muawiah,2008, "Tidak Boleh Ada Maisir", Meniti Jejak Al-Salaf-Al-Saleh, h.27
13



5.3. Perbezaan Gharar dengan Ghurm/Risiko
Gharar (ketidakjelasan) dan Ghurm (risiko) adalah dua elemen yang
berbeza. Gharar adalah elemen yang diharamkan dalam jual beli sementara
ghurm adalah salah satu justifikasi kenapa keuntungan dalam jual beli itu
sesuatu yang baik. Dalam kaedah fiqh dikenal istilah (Al-ghunmu bil ghurmi)
setiap keuntungan mesti diikuti sebuah risiko.
Penjelasan lanjutan tentang Ghurm dilengkapkan dengan firman Allah
s.w.t;
.l, _, .l.| > ,!.:l ,.l _ .,-,l , ..> ,l _
_ .-L _. _`> .., _. _.> _
Bermaksud, "Untuk kebiasaan kaum Quraisy, Yaitu kebiasaan mereka dengan
perjalanan pada musim dingin dan musim panas, hendaklah mereka
menyembah Tuhan Rumah ini, yang menyediakan mereka makanan untuk
melawan kelaparan, dan dengan keamanan terhadap takut bahaya"
29
.
Pada zaman itu, ada dua jenis kontrak komersial yang dapat diamalkan di
dalam perdagangan yang dilakukan kabilah Quraisy, yaitu mudarabah dan al-
bay'. Pada kontrak yang pertama, orang-orang Mekah selalu menunggu
kedatangan kabilah dengan harapan penuh pada keuntungan kerana mereka
telah melaburkan wang mereka dalam perdagangan karavan melalui mudarabah
al-Qirad.
Perdagangan yang dilakukan kabilah tersebut tidaklah mudah dan selalu
mengalami kerugian. Barang dagangan kadang-kadang hancur sebelum
sebelum sampai ke pasaran. Ribut pasir, penyakit dan rompakan di jalan serta
masalah-masalah yang timbul menjejaskan lagi perjalanan kabilah tersebut dan
mengangu kelancaran perniagaan mereka. Insiden ini berada di luar kawalan
seseorang. Hal-hal tersebut adalah risiko perdagangan yang tidak mampu
dihindari. Risiko seperti inilah yang disebut Al-ghurm. Sedangkan gharar muncul
jika terdapat ketidakjelasan dalam jenis barang yang diperdagangkan, atau
ketidakjelasan harga suatu barang atau servis. Ringkasnya, gharar adalah

29
Al-Quran, surah Quraisy, ayat 1-4
14

ketidakpastian dalam perjanjian kontrak sedangkan Al-ghurm adalah
ketidakpastian dari hasil sebuah usaha.


Perbezaan antara Gharar dan Ghurm

Resiko(Ghurm) Gharar
Pandangan
Islam
Diperbolehkan dengan kaedah
fiqh Al ghurmu bil ghunm
Dilarang berdasarkan Hadis
dan dalil-dali syarie
Karakteristik Tidak boleh dikawal Harus dikawal dan dielak.
Contoh Risiko di dalam usaha niaga Tidak adanya penetapan
harga dan spesifikasi dalam
kontrak jual beli
Kesan Menumbuhkan semangat
wirausaha dan sikap yang
produktif
Menimbulkan perselisihan





15

5.4. Jenis Gharar di dalam Urusan Jual-Beli
Jenis gharar di dalam urusan jual beli dapat dikategorikan kepada tiga
kategori iaitu madum, majhul dan adamu istitaah.
Madum ataupun subjek urusan jual beli tidak wujud pada masa itu,
contohnya urusan jual beli anak lembu yang masih di dalam kandungan ibu
lembu tersebut, gharar di dalam situasi ini adalah anak lembu tersebut di mana
persoalan yang timbul adalah; adakah anak lembu itu jantan atau betina, adakah
ia akan selamat dilahirkan dan hidup. Maka urusan jual beli seperti ini adalah
haram dan tidak sah di sisi Islam.
Urusan jual beli majhul di mana wujudnya unsur gharar, jual beli majhul
ialah Jual beli barang yang tidak jelas. Contohnya, seperti pernyataan seseorang
: Saya menjual barang dengan harga seribu ringgit, tetapi barangnya tidak
diketahui secara jelas, atau aku jual rumahku ini kepadamu dengan harga
sepuluh juta ringgit:, akan tetapi jenis dan sifat-sifatnya tidak jelas.
Adamu Istitaah ataupun ketidakmampuan untuk menyerahkan barang
jualan, jual beli ini gharar pada isu hak milik barang dagangan tersebut,
contohnya, jual beli barangan curi dan sebagainya.
Syaikh As-Sadi menyatakan : Kesimpulan jual-beli gharar kembali
kepada jual-beli madum (belum ada wujudnya), seperti habal al habalah dan as-
sinin, atau kepada jual-beli yang tidak dapat diserahterimakan, seperti hamba
yang telah lari dan sejenisnya, atau kepada ketidak-jelasan, baik mutlak pada
barangnya, jenisnya atau sifatnya
30










30
Bahjah, Op.Cit,. 166
16

6. Gharar di Dalam Urusan Muamalat
Di dalam urusan muamalat dan pernigaan seharian, umat Islam tidak dapat lari
dari elemen-elemen yang haram seperti gharar sendiri. Adalah menjadi kewajiban bagi
setiap Muslim untuk menghindari ketiga-tiga unsur yang haram iaitu Gharar, Maysir dan
Riba.
Antara bentuk gharar di dalam urusan muamalat ialah;
1. Jual beli janin haiwan
Diantara bentuk jual beli yang mengandung unsur gharar sehingga
terlarang dalam syariat ialah urusan jual beli janin haiwan. Sabda Nabi
Muhammad s.a.w;

Bermaksud, Nabi shollallahu alaihi wa ala alihi wa sallam melarang dari


menjual anak dari anak yang berada dalam perut unta. Hadis tersebut jelas
mengharamkan bentuk jual beli tersebut dan jelas mengambarkan bentuk urusan
niaga yang mengandungi gharar dan seharusnya umat Islam menjauhi urusan
niaga seperti rupa.

2. Jual beli buah-buahan yang belum masak
Dikeluarkan oleh Al-Bukhari dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu anhu,
bahwa ia menceritakan;

Bermaksud, Masyarakat di zaman Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam biasa


melakukan jual-beli buah-buahan. Kalau datang masa menuai dan datang para
pembeli yang telah membayar buah-buahan itu, para petani berkata, Tanaman
kami terkena , terkena penyakit, terkena qusyam , dan berbagai hama lain.
Maka, ketika mendengar berbagai polemik yang terjadi dalam hal itu, Rasulullah
shallallahu alaihi wa sallam bersabda, jangan kalian menjualnya sebelum buah-
buahan itu layak dijual/masak. Hadis ini jelas mengambarkan bentuk urusan
17

niaga gharar di dalam urusan muamalat dan seharusnya umat Islam menjauhi
urusan sebegini.
3. Jual beli barangan yang tidak dimiliki
Antara syarat sah sesuatu urusan jual beli ialah barang yang dijual
mestilah hak milik si penjual ataupun dia merupakan wakil yang sah bagi barang
tersebut, akan tetapi sekiranya barang tersebut bukan milik si penjual seperti
barang curi dan sebagainya, gharar timbul pada keadaan hak pemilikan barang
dagangan tersebut lantas menjadikan urusan niaga tersebut batal dan haram di
sisi Islam.

4. Proses jual beli yang tidak jelas
Contohnya, urusan jual beli di antara dua orang untuk sebuah kereta,
akan tetapi cara bayaran tidak dijelaskan di dalam urusan niaga tersebut, gharar
yang timbul adalah pada kaedah bayaran di dalam urusan jual beli kereta
tersebut.

5. Jual beli kewujudan barang yang meragukan
Contohnya, jual beli seekor kuda yang telah lari dari kandangnya, di mana
si penjual menjual kudanya yang telah lama lari dari kandang kepada si pembeli
dengan harga yang tertentu. Gharar timbul pada keadaan barang dagangan iaitu
yang telah lari dari kandangnya, adakah si pembeli akan dapat kuda tersebut
ataupun tidak dan sebagainya.
Ataupun, si penjual menjual kereta kepada si pembeli sedangkan kereta
tersebut telah hilang atau dicuri oleh seseorang.

6. Jual beli keadaan barang yang tidak jelas/meragukan
Contohnya, si penjual telah menjual sebuah kereta kepada si pembeli
tanpa mennyatakan bentuk kereta, fungsi kereta samada baik ataupun rosak dan
sebagainya. Gharar timbul pada keadaan barang dagangan tersebut iaitu kereta.
Ataupun, si penjual menjual kepada si pembeli sejumlah ikan di laut,
gharar wujud pada sejumlah ikan tersebut, urusan jual beli ini tidak sah dan
haram di sisi Islam.
18



7. Jual beli tanpa harga yang tetap
Apabila berkata si penjual kepada pembeli, aku jual kereta ini kepada
kamu dengan harga yang akan aku tetapkan kemudian. Urusan niaga tersebut
mengandungi gharar apabila harga bayaran tidak jelas dan diketahui oleh si
pembeli.

8. Jual beli dengan harga barang yang berubah
Apabila si penjual berkata kepada si pembeli, aku jual kereta ini dengan
harga yang bergantung pada keadaan. Situasi tersebut menjadi gharar apabila
si penjual menetapkan harga kereta tersebut akan berubah mengikut keadaan.
Gharar adalah pada harga kereta tersebut. Ini boleh menimbulkan masalah pada
masa hadapan apabila si pembeli telah membayar RM10 000 tetapi si penjual
datang menuntut RM 2 000 dengan alasan bayaran tambahan.

9. Jual beli dengan syarat yang tidak nyata/tetap
Apabila si penjual mengatakan. Aku jual kereta dengan harga RM 10 000
akan tetapi sekiranya Kelantan menang bola esok hari, akan ku jual dengan
harga RM 8 000. Gharar wujud pada situasi tersebut apabila si penjual telah
meletakkan syarat yang tidak nyata iaitu kemungkinan pasukan Kelantan
menang pertandingan bola ataupun tidak.

10. Insuran
Jual beli insuran ataupun jual beli polisi insuran ternyata mengandungi
gharar, apabila pembeli polisi akan membeli sesuatu polisi di mana apabila dia
menghadapi masalah atau musibah, polisi tersebut akan memberi manfaat
kepadanya tanpa mengetahui kadar jumlah manfaat atau bentuk manfaat itu
sendiri.


19

11. Restoran/kedai makan
Apabila sesetengah restoran tidak memiliki menu dan tanda harga. Jika
ada menu sekalipun ianya tidak disertakan dengan tanda harga, hanya gambar
makanan atau minuman sahaja yang ditunjukkan. Pelanggan akan dipesan
terlebih dahulu sebelum mengetahui harga makanan atau minuman. Kesannya,
ada pelangan yang terkejut dengan harga yang dikenakan dan terpaksa
membayar juga harga tersebut kerana telahpun selesai menikmati hidangan. Hal
ini terjadi disebabkan berlakunya ketidakjelasan (al-gharar) apabila pihak
restoran tidak menyertakan harga sebenar sehingga menyebabkan keadaan ini
melibatkan jahalah dan ketidakjelasan besar (al-gharar fahish).
Jika pihak restoran menganggap orang ramai sedia maklum dengan
harga tersebut ianya masih tidak dapat menghilangkan elemen jahalah tersebut.
Pelanggan juga pada awalnya berhak untuk mengajukan soalan kepada pihak
restoran sebelum meneruskan akad atau transaksi untuk mengelak daripada
berlakunya kedua-dua perkara iaitu elemn jahalah dan ketidakjelasan besar (al-
gharar fahish). Tetapi itulah kebiasaan amalan kedua-dua belah pihak yang
berakad. Justeru untuk mengelakkan daripada perkara ini berlaku antara perkara
yang boleh dilakukan ialah:
Pihak restoran menyatakan harga jualan sebelum rungdingan bermula,
jika pihak restoran tidak memberitahu maka pelanggan berhak untuk
bertanyakan soalan tentang harga jualan pihak restoran.
Setiap menu yang ingin dipesan terlebih dahulu diketahui oleh kedua-dua
belah pihak untuk mengelakkan ketidak puasan hati atau salah faham berlaku
antara kedua-dua belah pihak yang terlibat di dalam akad dan transaksi. Ini
dapat menyedarkan pelanggan tentang hak mereka iaitu hak untuk mengetahui
dan hak memilih.

12. Pertandingan
Dalam masa kini banyak dipromosikan pertandingan menggunakan
Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) melalui radio, televisyen mahupun internet.
Telah banyak fatwa dikeluarkan berkenaan fatwa pengharaman terlibat dalam
sistem pesanan ringkas yang melibatkan unsur ketidakjelasan (gharar) dan judi
(maysir). Perkara ini jarang difahami oleh peserta kerana ianya tidak melibatkan
duit, tetapi secara tidak langsung ianya melibatkan duit apabila kredit di dalam
telefon bimbit pastinya akan berkurangan dengan setiap kali penghantara SMS
tersebut. Justeru ia melibatkan duit hasil daripada kredit yang berada di dalam
20

telefon bimbit tersebut.Secara umumnya unsur ketidakjelasan (gharar) dan judi
(maysir) ini berlaku apabila:
a) Peserta yang memasuki pertandingan itu tidak membayar wang ringgit
tetapi ianya ditolak daripada jumlah kredit yang berada di dalam telefon
bimbitnya (tetap melibatkan wang ringgit). Dan peserta mempertaruhkan
nasibnya untuk memenangi pertandingan itu. Apatah lagi harga SMS yang
dikenakan kepada para peserta melebihi kadar harga biasa sehingga dua,
tiga atau berkali-kali ganda.
b) Hadiah pertandingan itu disediakan daripada hasil yuran penyertaan
yang dikenakan oleh penganjur pertandingan kepada peserta yang
memasuki pertandingan tersebut. Ianya tetap sama jika para penganjur
membeli hadiah itu terlebih dahulu kemudian baru mengambil wang
daripada jumlah yuran penyertaan untuk mengganti balik wang yang telah
didahulukannya untuk membeli hadiah pertandingan.
c) Hal ini bukan sahaja berlaku kepada pengguna telefon bimbit tetapi
juga kepada mereka yang menggunkan telefon biasa. Apabila pangilan
dibuat, contohnya melalui telefon rumah, mereka yang membuat
panggilan tidak mengetahui kadar harga yang dikenakan kepada mereka
sehingglah bil telefon diserahkan kepada mereka pada hujung bulan.
Kadar harga yang dikenakan kepada para peserta dalam pertandingan
jenis ini selalunya berbeza-beza.
Oleh itu pertandingan yang menawarkan hadiah ini mestilah dikenal pasti
latar belakangnya untuk mengelak kita daripada terjerumus dalam elemen
ketidakjelasan (gharar) dan juga judi (maysir) yang diharamkan oleh Allah dan
Rasul-Nya. Sesuatu pertandingan hendaklah jelas matlamat dan tujuannya, tidak
melibatkan perkara-perkara yang haram dan melalaikan para peserta sehingga
meninggalkan perkara-perkara wajib dan juga dilaksanakan bersesuaian dengan
kaedah syarak. Berkenaan hadiah pertandingan yang dibolehkan akan
diterangkan lebih terperinci di dalam topik hadiah undian.





21

13. Perundingan
Ketidakjelasan (gharar) juga boleh berlaku pada apa-apa perundingan
yang melibatkan ketidakjelasan (gharar) dalam harga atau kos yang dikenakan
apabila seseorang itu membuat perundingan atas sebab-sebab tertentu. Kos
perundingan atau consultation fee ini selalunya dikenakan oleh doktor,
perunding motivasi, peguam, kaunselor, pakar psikatrik, perancang kewangan
dan sebagainya atas sebab rundingan yang dibuat.
Sebagai contoh jika berjumpa untuk tujuan rundingan, harga atau kos
rundingan itu selalunya diberitahu selepas selesai membuat rundingan, mereka
yang memilih untuk berunding kebanyakannya tidak mempunyai pengetahuan
tentang kadar harga sebenar. Ini boleh menyebabkan pelanggan rasa tertipu jika
harganya adalah di luar jangkaan pelanggan tersebut kerana tidak dimaklumi
pada peringkat awal. Baik ianya melibatkan kos rundingan mahupun kos ubat-
ubatan, sewajarnya pelanggan diberitahu lebih awal supaya pelanggan
mempunyai pilihan untuk meneruskan transaksi atau kontrak berunding atau
membatalkan hasrat mereka lebih awal.

14. Jual beli hashah


Dari Abu Hurairah-semoga Allah meridhainya, Bahwasanya Nabi
shallallahu alaihi wa sallam melarang jual-beli al-hashah dan jual-beli gharar.
31

Ulama memberi analogi akan jual beli hashah ; seseorang memberi batu
kepada temannya dan menyatakan, Lemparlah batu ini pada tanahku! Sejauh
mana lemparan batu tersebut dari tanah, maka tanah tersebut menjadi milikmu,
dengan pembayaran sekian dirham darimu. Apabila lemparannya kuat, maka
pembeli beruntung dan penjual rugi.





31
HR Muslim, Kitab Al-Buyu, Bab : Buthlaan Bai Al-Hashah wal Bai Alladzi Fihi Gharar, 1513
22


15. Jual beli Munabadzah dan Mulamasah


Bermaksud, Sesungguhnya, Nabi shallallahu alaihi wa sallam melarang jual-beli
mulamasah dan munabadzah.
32

Jual-beli mulamasah adalah jual-beli dengan bentuk seorang menyatakan
kepada temannya, Pakaian apa harga darimu. Oleh kerana itu, bila ia
memegang pakaian yang mahal, maka ia beruntung dan bila ia memegang
pakaian yang murah, maka ia rugi.
Adapun jual-beli munabadzah terjadi dengan menyatakan, Ambil batu ini,
dan baling kepada pakaian-pakaian tersebut! Pakaian yang terkena balingan
tersebut akan menjadi milikmu dengan pembayaran sekian harga darimu.














32
Syarah Nawawi pada Muslim, h. 156
23

7. Gharar yang Dibenarkan
Islam adalah agama yang senang dan baik pada penganutnya, Islam sentiasa
menjaga kebajikan umat Islam. Allah s.w.t tidak pernah menzalimi umat Islam dan
sentiasa memberi kasih saying kepada umat Islam. Ini dibuktikan dengan firman Allah
s.w.t yang bermaksud;
l>`, < !.. | !-`.`
Bermaksud, Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.
33


Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a;


Bermaksud, Maka jika aku melarang kalian dari sesuatu maka jauhilah, dan apabila
aku perintahkan kalian dengan sesuatu maka kerjakanlah semampu kalian
34

Pada dasarnya, setiap urusan niaga atau kontrak yang mengandungi unsur
gharar akan menjadi haram tidak kira apa situasinya. Namun, setiap kekerasan ada
lembutnya. Begitu juga dengan Islam, walaupun larangan adalah keras dan tetap
namun kelonggaran diberikan apabila darurat dan manusia memerlukan akan perkara
tersebut.
Contohnya, apabila seseorang sesat di dalam hutan dan di dalam kelaparan
yang amat sangat yang boleh membawa dia kepada mati, tidak dijumpai makanan
kecuali khinzir maka harus untuk dia memakan khinzir tersebut hanya dengan kadar
untuk menyelamatkan nyawanya dan bukan kadar kenyang.
Imam Nawawi menyatakan bahawasanya pada asalnya jual-beli gharar dilarang
dengan adanya hadis-hadis serta dalil-dalil dari al-Quran. Walaubagaimanapun,

33
Al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 286
34
QS. Al-Bukhari no. 7288 dan Muslim no. 2380
24

sekiranya unsur gharar itu tidak dapat lari ataupun dihilangkan maka urusan niaga
tersebut diharuskan.
35

Pada masa yang sama, Ibnul Qayyim menyatakan, kadang-kadang, sebahagian
gharar dapat disahkan, apabila hajat mengharuskannya. Misalnya, seperti
ketidaktahuan mutu binaan rumah dan membeli kambing hamil dan yang masih
memiliki air susu. Hal ini disebabkan, kerana binaan rumah tidak dilihat, maka gharar
pada keadaan atau taraf nilai atau binaan rumah itu diabaikan kerana ianya tidak dapat
dielakkan
36
.
Dari sini dapat disimpulkan, gharar yang diperbolehkan adalah gharar yang
ringan, atau ghararnya tidak ringan namun tidak dapat dihilangkan atau dihapuskan
kecuali dengan melalui kesulitan dan kepayahan. Oleh karena itu, Imam An-Nawawi
menjelaskan bolehnya jual beli yang ada unsur gharar apabila ada hajat atau keperluan
untuk mengabaikan elemen/unsur gharar ini, dan tidak mungkin melepasnya kecuali
dengan susah, atau ghararnya ringan
37
.
Unsur gharar juga diabaikan apabila urusan niaga ataupun kontrak tersebut
merupakan di dalam bentuk tabarru (). Walaupun para Ulama tidak bersepakat di
dalam hal ini, mazhab maliki mempunya pendapat yang ternyata lebih sesuai untuk
diguna pakai. Mazhab Maliki menyatakan, boleh untuk mengabaikan gharar pada akad
tabarru, berdalilkan hadis Nabi Muhammad s.a.w;



Yang bermaksud, Maka ada seseorang yang membawa segumpal bulu rambut di
tangannya, lalu berkata, Aku mengambil ini untuk memperbaiki pelana kudaku.
Kemudian Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Adapun yang menjadi
hakku dan bani Abdil Muthalib, maka itu untukmu.
38

Hadis tersebut menunjukkan Rasulullah s.a.w menghadiahkan sesuatu darinya
dan dari bani Abdul Mutalib dengan jumlah yang tidak tetap dan tidak diketahui. Hadis
ini menunjukkan kebolehan untuk mengabaikan unsur gharar di dalam urusan tabarru.

35
Majmu Syarhu Al-Muhadzab, Imam An-Nawawi, 9/311
36
Syarh Syahih Muslim, 10/144
37
Majmu Syarhu Al-Muhadzab, 9/311
38
al-Albani ,Irwa al-Ghalil, 5/3637
25

Hadis ini dihasankan oleh Albani. Jumhur juga mengatakan boleh untuk mengabaikan
gharar di dalam urusan tabarru.

Pendapat ini dikuatkan lagi dengan kaedah asal dalam muamalah adalah sah;

)

)
Baik dalam akad muawadhah ataupun tabaruat. Asal hukum ini tidak berubah dengan
larangan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam tentang gharar dalam hadits Abu
Hurairah terdahulu, kerana hadis tersebut hanya mengaitkan urusan akad muawadhah
sahaja.
Perbezaan antara akad tabarruat dan muawadhah amat jelas sekali. Akad
muawadhah dilakukan oleh seseorang yang ingin melakukan usaha dan perniagaan,
sehingga disyaratkan pengetahuan dan kejelasan yang tidak disyaratkan dalam akad
tabarruat. Hal ini terjadi, kerana akad tabarruat yang dilakukan oleh seseorang,
tidaklah untuk usaha atau untung, namun untuk berbuat baik dan menolong orang lain.
Selain itu, gharar yang diperbolehkan ialah gharar yang wujud pada asal dan
bukan tabii ataupun wujud kemudian. Gharar yang ikut kepada asal adalah gharar yang
dimaafkan, kerana terdapat kaedah;


bahawa sesuatu itu diperbolehkan apabila terikutkan dengan sesuatu yang lain,
sedangkan dia menjadi tidak boleh bila ia terpisahkan darinya (hanya berdiri sendiri).
Kaedah ini berdalilkan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi;

Bermaksud, Barangsiapa yang membeli pohon kurma setelah dikawinkan, maka


buahnya milik penjual, kecuali pembeli mensyaratkannya, dan barangsiapa yang
membeli hamba dan hamba itu memiliki harta, maka hartanya milik pihak yang
menjualnya, kecuali pembeli budak tersebut mensyaratkannya (mensyaratkan untuk
juga memiliki harta si budak setelah dia membeli budak tersebut)
39
Syekhul Islam Ibnu

39
HR Bukhari
26

Taimiyah rahimahullahu dalam menjelaskan dasar kaedah ini menyatakan, Nabi
memperbolehkan bila seorang menjual pohon kurma yang telah dikawinkan (talqih)
untuk pembeli yang mensyaratkan (untuk juga mengambil) buahnya. Sehingga, ia telah
membeli buah sebelum waktu baiknya. Sehingga jelaslah, gharar yang kecil
diperbolehkan apabila terikutkan dengan sesuatu yang lain.


8. Kesimpulan
Yang haram adalah haram, yang halal adalah halal. Tiada pilihan bagi umat
Islam untuk memilih atau menolak kerana itu semua adalah ketentuan Tuhan yang
Maha Esa.
Harus ditolak gharar demi mencapai keredhaanNya supaya hidup dirahmati dan
diberkati oleh Allah yang Maha Esa.















27

Rujukan
1. Ibnu Rusyd, 2006, Bidayatul Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, di susun oleh Ahmad
Abu Al-Majdi,Beirut
2. Saiful Azhar Rosly, 2005, Critical Issues on Islamic Banking and Financial Markets,
Authorhouse:USA
3. Abdurrahman bin Nashir As-Sadi, Bahjah Qulub Al-Abrar wa Qurratu Uyuuni Al-
Akhyaar Fi Syarhi Jawaami Al-Akhbaar, Tahqiq Asyraf Abdulmaqshud, Cet. II, Th
1992M, Dar Al-Jail
4. Wahbah Al-Zuhaili. Al-Fiqh al-Islami wa `Adillatuhu. Juv IV. Dar al-Fikr. Damascus.
Syria
5. Mukhtashar Al-Fatawa Al-Mishriyyah, Ibnu Taimiyyah, Tahqiq Abdulmajid Sulaim,
Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah
6. Suharto, Ugi dan Hidayat, Sutan Emir,2009, "Introduction to Fiqh Muammalah",
Lecture Presentation Slides, University College of Bahrain
7. Al-Sunnah, 2006, "Mengenal Jual Beli Gharar", Edisi 04, Penerbit Yayasan Lajnah
Istiqomah Surakarta, Solo
8. Noor, Azlan Mohammad dan Zakaria, Mohammad Sabri ,2010, "Takaful: Analisis
Terhadap Konsep dan Akad", Jurnal Muamalat Bil 3
9. Muhammad Ali Ash-Shabuni, Rawai Al-Bayan fi Tafsir Ayat Al-Ahkam
10. Ibrahim Anis, Al-Mujam Al-Wasith
11. Abu Muawiah,2008, "Tidak Boleh Ada Maisir", Meniti Jejak Al-Salaf-Al-Saleh
12. Abdul Rahim al-Saati, The Permissable Gharar in Classical Jurisprudence, Faculty
of Economics, King Aziz University, Jeddah
13. Al-Qurtuby Muhammad Bin Ahmad Al-Ansari (A.H. 671), Tafseer Al-Qurtuby, Dar
Al-Kutub Al-Misriyyah

You might also like