You are on page 1of 5

Khutbah : Fitnah Yang Menghancurkan




Yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah (dengan
mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah setiap kamu
melihat dan memerhatikan apa yang telah kamu sediakan untuk menghadapi hari esok (hari
Akhirat) dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengetahui akan apa
yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita bertaqwa
kepada Allah s.w.t dengan kita mentaati segala titah perintahNya, dan dalam masa yang sama
kita meninggalkan setiap larangan dan tegahanNya. Sesungguhnya kebahagiaan hidup sama
ada di dunia mahupun di akhirat hanyalah ditentukan oleh keimanan dan ketaqwaan kita
kepada Allah s.w.t.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Sabda Nabi s.a.w,


Yang bermaksud : Yang dikatakan muslim sejati itu apabila orang-orang Islam yang lain
terselamat dari kejahatan lidahnya dan tangannya. Dan yang dikatakan orang berhijrah yang
sebenar ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.
Dalam sebuah hadis yang lain Baginda Nabi s.a.w bersabda,



Yang bermaksud : Tidak menutup seseorang yang beriman akan aib hamba yang beriman (yang
lain) melainkan Allah akan menutupi aibnya pada hari qiamat. Dan barangsiapa yang
menyelamatkan seorang Islam dari tergelincir, nescaya Allah akan menyelamatkannya pula dari
tergelincir pada hari qiamat.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Masa berlalu dengan semakin cepat dan pantas. Ini adalah sebagai tanda kepada kita semua
bahawa dunia kini benar-benar berada di penghujung usianya dan semakin begitu hampir
kepada berlakunya Qiamat. Semakin hampir kita dengan saat kehancuran dunia maka semakin
banyak cubaan dan fitnah terhadap keimanan dan agama kita. Berbagai peringatan telah pun
disampaikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w kepada kita agar kita tidak disesatkan oleh fitnah
akhir zaman. Hanya satu jalan untuk kita selamat dari fitnah ini iaitulah dengan kita berpegang
teguh kepada al-Quran dan sunnah Baginda s.a.w. Fitnah akhir zaman terlalu dahsyat sehingga
digambarkan oleh Bagida Nabi s.a.w bagaimana akan ada orang yang beriman pada pagi
harinya kemudian kufur pada petangnya, ada pula yang pada petangnya beriman kemudian
kufur pada keesokan paginya akibat daripada menjual agama dengan harga yang terlalu murah
demi mendapat habuan dunia yang sedikit. Dunia menjadi matlamat utama dalam hidupnya
sehinggakan akhirat dipinggirkan, nafsu menjadi pedoman sehingga wahyu dan perintah Allah
diketepikan.

Sidang Jumaat moga-moga dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 6 surah al-Hujurat :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan
kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Kehidupan kita dibentangkan dan dihidangkan dengan beberapa isu besar melalui media massa
sama ada TV, radio, akhbar dan internet dengan menggunakan kaedah pemesongan pemikiran
sehingga yang jahat dilihat sebagai baik, yang zalim dianggap sebagai adil, yang rosak didakwa
berguna, yang haq dihukum sebagai batil, dan yang benar dipandang sebagai dusta. Apa yang
lebih malang lagi ialah apabila hukum Allah dipermainkan sesuka hati demi mencapai matlamat
dan tujuan masing-masing. Akibat tidak takut dengan janji seksa Allah s.w.t maka manusia yang
jahil sanggup melakukan apa jua sekalipun untuk bersumpah dengan menggunakan nama Allah
s.w.t. Sabda Nabi s.a.w,



Maksudnya: Dosa-dosa besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka terhadap ibu bapa,
membunuh dan bersumpah dengan sumpah yang dusta.

Ibnu Hajar Al-Asqalani menghuraikan sumpah daripada pendusta merupakan salah satu
daripada dosa-dosa yang besar. Ghamus ertinya tenggelam dan Imam An-Nawawi
menyatakan dalam Tahzib Al-Asma wa al-Lughaat, sumpah tersebut dinamakan ghamus
kerana penyumpah tersebut tenggelam dalam dosa dan bakal ditenggelamkan di dalam api
neraka di akhirat kelak. Oleh itu dalam menghadapi berita yang berbaur fitnah dan tidak jelas
serta menjatuhkan maruah seseorang, maka ikutilah nasihat ulama besar iaitu Abu Laith al-
Samarqandiy melalui 6 cara. Pertama, jangan sekali-kali mempercayainya kerana orang yang
memfitnah itu tidak dapat diterima penyaksiannya dan dianggap penipu disisi
Allah. Kedua, kamu harus mencegah fitnah itu, sebab mencegah kemungkaran itu suatu
kewajipan. Ketiga, kamu harus membencinya, kerana ia adalah maksiat dan
dosa. Keempat, kamu jangan sekali-kali bersangka jahat terhadap saudaramu yang difitnah itu,
sebab berburuk sangka terhadap sesama Muslim itu hukumnya haram. Kelima, jangan kamu
selidiki keadaan orang difitnah itu, sebab Allah melarang kamu menyelidiki kejahatan
orang. Keenam, jika kamu tidak menyukai perbuatan orang yang memfitnah itu, maka jangan
mengikuti cakapnya, iaitu jangan menyebarkan segala fitnah itu kepada orang lain.

Saudara-saudaraku sidang Jumaat yang dikasihi,

Firman Allah dalam ayat 13 surah an-Nuur :

Yang bermaksud : Mengapa mereka tidak mendatangkan empat orang saksi untuk menetapkan
tuduhan mereka itu, jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi maka adalah mereka
orang yang pembohong pada sisi Allah.

Penyebaran berita yang tidak bertanggungjawab dan melampau juga boleh membawa kepada
kehancuran dan perpecahan dalam masyarakat. Oleh itu mimbar Jumaat hari ini mengutuk
tindakan tidak bermoral dan melanggar batas agama yang dilakukan oleh penabur-penabur
fitnah sehinggakan sanggup mengaibkan saudara seagama. Jika pada zaman Nabi s.a.w tugas
menabur fitnah ini dimainkan oleh penyair-penyair yang jahat, maka pada hari ini tugas hina ini
diteruskan oleh manusia-manusia yang tidak berakhlak demi mengejar harta dan takhta serta
dendam kesumat yang membara.

Menyedari tentang bahayanya berita atau maklumat yang tidak benar dalam menggugat
keamanan, mencemar peribadi umat dan melemahkan semangat untuk berjuang, maka umat
Islam pada hari ini wajib menapis setiap berita dan maklumat yang diterima dengan
pertimbangan yang waras berlandaskan ilmu agar tidak terus menjadi mangsa penipuan. Kita

perlu sedar bahawa dunia maklumat hari ini secara keseluruhannya dikuasai dan dikawal oleh
yahudi laknatullah sehinggakan banyak berita yang sampai kepada masyarakat dunia adalah
merupakan berita yang telah diubah dan dipalsukan faktanya bagi menyokong segala tindakan
kejam mereka yang telah lama berhasrat untuk menguasai dunia walaupun terpaksa melakukan
penipuan dan pembunuhan yang tidak bersempadan.

Yahudi menyembunyikan kelemahan dan kejahatan mereka sedangkan dalam masa yang sama
mereka juga turut meniupkan api permusuhan dan perpecahan terhadap umat Islam. Kita
bukan tidak kenal dengan yahudi yang merupakan bangsa yang suka membunuh para nabi yang
diutuskan kepada mereka dan suka mengubah isi kandungan kitab mereka dengan tangan-
tangan ulama mereka. Yahudi tidak pernah merasa bersalah sedikit pun setiap kali mereka
melakukan kerosakan di atas muka bumi sejak dari dulu hinggalah ke hari ini dan sampai bila-
bila pun. Jika Kitab yang diturunkan oleh Allah pun mereka gamak menyeleweng apatah lagi
berita-berita dan maklumat-maklumat biasa .

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Satu perkara lain yang dapat kita ambil pengajaran di sini ialah, tanggungjawab seseorang yang
menjadi pelapor atau pembawa sesuatu berita itu adalah amat besar tanggungjawabnya. Benar
atau palsu berita yang disampaikan adalah bergantung kepada sifat amanah yang ada pada diri
seseorang pembawa atau pelapor berita tersebut. Bagi mereka yang suka menyebarkan berita-
berita palsu, tuduhan ataupun fitnah sehingga menyebabkan tercemarnya maruah dan peribadi
orang lain bahkan kadang-kala mencetuskan huru-hara di kalangan masyarakat maka golongan
ini sepatutnya bersiap sedia untuk menerima balasan yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t
seperti mana yang ditegaskan melalui firmanNya,


Yang bermaksud : Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya tuduhan-tuduhan yang
buruk (berita-berita palsu) di dalam kalangan orang-orang yang beriman, maka mereka akan
beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan juga di akhirat, dan (ingatlah) Allah
mengetahui (segala perkara) sedangkan kamu tidak mengetahui (yang
demikian). (an-Nur 19)


.



KHUTBAH KEDUA


, ,


: .



, , ,


, , ,

, ,

,
, , .
.

, ,

You might also like