You are on page 1of 23

W E D N E S D A Y , M A R C H 2 , 2 0 1 1

Amalan Pendinding Diri Yang Termudah


Himpunan amalan berikut, yang terdapat dalam Hadis,
adalah yang termudah dan paling pantas untuk melindungi
diri dan rumah kita dari gangguan jin/syaitan, iaitu:
10 ayat al-Baqarah, dan amalan Tasbih Nabi Yunus.
Diamalkan SETIAP PAGI dan SETIAP ASAR (nak amal lebih
lagi bagus):
1.Al-Baqarah Ayat 1-4, 255-257, 284-286
2.Selawat 50x - "ALLAHhumma solli 'ala Muhammad"
3. Tasbih Nabi Yunus 100x - Sila rujuk Surah al-Anbiya,
Ayat 87
InsyALLAH dengan mengamalkannya setiap pagi atau setiap
petang, kita akan rasa lebih tenang, dan seterusnya tinggi
tumpuan kita kepada kerja dan amal.
Untuk mereka yang ada masa, cuba juga tambahkan
Artikel-artikel di dalam blog ini
adalah susunan kembali hasil
pembacaan dan rujukan saya
daripada himpunan buku-buku,
majalah dan karya.
Semuga perkongsian ilmu ini
dapat menggerakkan kita
berusaha untuk menjadi hamba
Allah yang bertakwa.
I S L A M I C H I J R I C A L E N D A R
L A B E L S
akhlak (102)
al-quran (27)
amalan zikir (31)
doa (47)
e-fatwa.intranetportal.my (20)
hadis (331)
Iktibar (1)
kisah 4 Imam (4)
kisah benar (4)
kisah nabi (8)
mutiara hikmah (42)
pengetahuan am (256)
puasa (31)
rahsia fadilat surah (162)
4 More Next Blog Create Blog Sign In
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
1 of 23 22/09/2012 1:15 AM
amalan seperti membaca:
Surah al-Baqarah 1x atau Surah Yasin 1x atau 3x setiap
hari.
abg_ramz
Perawat Darussalam
http://www.rawatansihir.com/forum
/forum_posts.asp?TID=2434
POSTED BY I NFI NITY AT 7: 09 AM 2 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR
S U N D A Y , J A N U A R Y 1 6 , 2 0 1 1
Amalan Untuk Anak-anak Kecil (Oleh
Ibubapa)
Untuk anak-anak kecil, letak tangan kanan di atas kepala
mereka dan baca:-
Ya Raqib-7x
Ya Barr-7x
Ya Mutakkabbir-10x
Ya Matiin-10x
Ya Syahiid-21x
... dan doakan semoga menjadi Soleh, berbakti kepada
kedua ibubapa, bijak, cerdas, tangkas dan sebagainya. Tiup
di kepalanya.
Kalau boleh diamalkan semasa mereka (anak) tidur &
selepas mereka bangun tidur. Jika yang bersekolah, ibubapa
tiupkan pada air minuman mereka setiap pagi, InsyaALLAH.
Semoga terbentuk generasi Soleh/Solehah.
Amin.
Posted By : Wan Asrul
http://terapi-alfatah.blogspot.com/search/label/Amalan
POSTED BY I NFI NITY AT 6: 59 AM 0 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR, TI PS
F R I D A Y , O C T O B E R 1 5 , 2 0 1 0
Apakah Penyakit Ain?
Ain ialah: Pandangan pada sesuatu dengan perasaan
senarai surah (2)
soal jawab agama (244)
solat (87)
Syifa AlHidayah (12)
The Daily Motivator (380)
TIPS (60)
TRIVIA (16)
umrah/haji (14)
B L O G A R C H I V E
2012 (53)
2011 (149)
December (8)
November (7)
October (6)
September (13)
August (13)
July (12)
June (12)
May (13)
April (19)
March (13)
Menjaga Imej Agama
Take It Easy
Puasa Dan Solat Bagi
Individu Down Syndrome
Terang Hati dan Baik
Akhlak
You Control You
Beza Harta Sepencarian
Dengan Nafkah
TEMAN HIDUP YANG
MEMAHAMI
Excellence Is A Daily
Endeavor
Pahala Membaca Al-Quran
Berpandukan Komputer
Berba...
Mempercayai Ramalan
Bintang
Amalan Pendinding Diri
Yang Termudah
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
2 of 23 22/09/2012 1:15 AM
kagum, dicampur dengan rasa hasad, yang menyebabkan
terjadi kemudaratan terhadap yang dilihat itu.
Dalam hadis Musnad Ahmad Al-Ain adalah benar yang
didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak Adam.
- (No: 9668)
Oleh itu, untuk mengelakkan al-Ain, digalakkan menyebut
zikir apabila melihat sesuatu yang mengkagumkan.
Sebagaimana saranan al-Quran: Dan mengapakah tidak
apabila kamu memasuki kebunmu, kamu berkata:
"Masya Allah, La haula wala quwwata Illa Billah.
- Al-Kahfi : Ayat 39.
Al-Ain itu adalah penyakit, dan diubati dengan cara yang
diajar oleh Nabi, sebagaimana disebut dalam hadis seperti
kisah Sahl bin Hunaif , dan lain-lain iaitu memandikan si
mangsa Ain dengan air basuhan atau air wudhu si pengena
Ain itu. Boleh juga diubati dengan cara RUQYAH,
sebagaimana Nabi memerintahkan Aisyah supaya
mengambil ruqyah untuk penyakit Ain.
- Sahih Bukhari dan Muslim.
Dan dalam hadis lain Tiada Ruqyah melainkan untuk
penyakit Ain dan sengatan binatang bisa.
- Bukhari (No: 5378) dan Muslim (No: 220).
Wallahu Alam.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net
POSTED BY I NFI NITY AT 6: 45 AM 0 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR, PENGETAHUAN AM, SOAL JAWAB AGAMA
W E D N E S D A Y , A P R I L 2 1 , 2 0 1 0
4 Perkara Sebelum Tidur
Sebenarnya banyak perkara yang perlu diambil perhatian
sebelum seseorang itu tidur. Maka wajarlah kiranya sunnah
Rasulullah s.a.w itu sendiri dijadikan sebagai amalan
seseorang pada setiap malam. Ia adalah lebih afdhal.
- ( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah r.a. : "Ya Aisyah, jangan
engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari
What's Your Priority?
HUTANG BAPA KEPADA
ANAK
February (14)
January (19)
2010 (497)
2009 (861)
L I N K S
Daily Motivator
Faraid Calculator
Mutiara Hadis
Perbandingan Harga Barangan
New Kitten Products
F E E D J I T L I V E T R A F F I C F E E D
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
3 of 23 22/09/2012 1:15 AM
akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah"
Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat
melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah
: Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al
Qur'an.
Membacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku,
maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan
meredhai kamu.
(Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul
qoyyuum wa atuubu ilaih - 3x)
Dan, perbanyaklah Bertasbih, Bertahmid, Bertahlil,
Bertakbir, maka seakan-akan kamu telah melaksanakan
ibadah haji dan umrah"
(Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi
Walhamdulillaahi Walaailaaha illalloohu Alloohu Akbar - 3x)
Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/
POSTED BY I NFI NITY AT 8: 35 PM 2 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR
F R I D A Y , A P R I L 1 6 , 2 0 1 0
S H A R E I T
Live Traffic Feed
A visitor from Jakarta,
Jakarta Raya viewed
"InFiNitY: SURAH
TAHA" 12 mins ago
A visitor from Ipoh,
Perak viewed "InFiNitY:
Penawar Syifa' Untuk
Ketumbuhan Dalam
Rahim Dan Barah Usus"
17 mins ago
A visitor from Kuala
Lumpur, Wilayah
Persekutuan left
"InFiNitY: SURAH ALI
IMRAN - AYAT 18 & 19
; AYAT 26 & 27" via
1.bp.blogspot.com 26
mins ago
A visitor from Kuala
Lumpur, Wilayah
Persekutuan viewed
"InFiNitY: SURAH ALI
IMRAN - AYAT 18 & 19
; AYAT 26 & 27" 28
mins ago
A visitor from Kuala
Lumpur, Wilayah
Persekutuan viewed
"InFiNitY: SURAH ALI
IMRAN - AYAT 18 & 19
; AYAT 26 & 27" 29
mins ago
A visitor from
Sunnyvale, California
viewed "InFiNitY:
Pengertian Hadis" 30
mins ago
A visitor from Kuala
Lumpur, Wilayah
Persekutuan viewed
"InFiNitY: Doa Mohon
Keselamatan Dari Semua
Musibah (Doa Abu
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
4 of 23 22/09/2012 1:15 AM
Membaca Al-Mathurat Sewaktu Haid
Pembacaan Mathurat sewaktu haid dibolehkan walaupun
terdapat ayat al-Quran di dalamnya atas dasar atau niat
sebagai zikir, benteng dan pendinding diri.
Sewajarnya wanita yang dalam tempuh uzur
membanyakkan amalan wirid dan zikir sebagai pengisian
terutamanya pada lima waktu solat yang sudah pastinya
kosong.
Author: Ustaz Syed Mohd Fadzli Al Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi
POSTED BY I NFI NITY AT 10: 24 AM 2 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR, PENGETAHUAN AM
T H U R S D A Y , F E B R U A R Y 2 5 , 2 0 1 0
Tidak Rasa Takut
Soalan :
Saya ada masalah tidak rasa takut dan tidak rasa apa-apa
pun masa buat dosa dengan Allah SWT. Terlepas Subuh pun
tidak rasa apa.. Bagaimana nak timbulkan rasa takut tu,
ustaz?
Jawapan :
Seorang yang melakukan dosa, lalu ia tidak berasa bersalah
kepada Allah SWT atau tidak ada di dalam hatinya perasaan
bimbang atau takut kepada azab Allah atau balasannya, itu
tanda hatinya mati atau sakit. Puncanya, mungkin selama
ini ia telah terlalu biasa dengan dosa atau maksiat hingga
hatinya mati.
Di dalam hadis Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Seorang
manusia jika ia melakukan suatu dosa, akan muncullah satu
titik hitam di dalam hatinya. Jika ia meninggalkan dosa itu,
kemudian ia beristighfar dan memohon ampun (dari Allah
SWT), akan gilaplah kembali hatinya. Namun jika ia kembali
melakukan lagi dosa, maka akan bertambahlah titik hitam
dalam hatinya hingga akhirnya meliputi keseluruhan
hatinya. Inilah yang dimaksudkan dengan ar-Ran yang
disebut Allah dalam firmanNya: Sebenarnya! (ayat-ayat
Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka
telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan
kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan
- (Surah al-Mutoffifin ; Ayat 14)
Share this on Facebook
Tweet this
View stats
(NEW) Appointment gadget >>
F O L L O W E R S
with Google Friend Connect
Members (272) More
Already a member? Sign in
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
5 of 23 22/09/2012 1:15 AM
- (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a.).
Imam Abdullah bin al-Mubarak pernah bermadah:
Aku lihat dosa-dosa itu mematikan hati,
Berterusan melakukannya mengakibatkan kehinaan,
Meninggalkan dosa pula menghidupkan hati,
Mengingkarinya membawa kebaikan kepada diri.
Untuk menghidupkan kembali hati yang mati, langkah
berikut perlulah dilakukan:
1. Memperbaharui keimanan kepada Allah SWT dengan
melafazkan sebanyak mungkin kalimah 'Lailahaillallah'.
Di dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. berpesan kepada
sahabat-sahabatnya: Hendaklah kamu sekelian
memperbaharui iman-iman kamu. Mereka bertanya beliau:
Ya Rasulullah! Bagaimana caranya kami hendak
memperbaharui iman kami?. Baginda menjawab:
Banyaklah menyebut Lailaha Illallah
- (Riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah
r.a.)
2. Bertaubat kepada Allah dengan memenuhi semua rukun
taubat iaitu:
a) Meninggalkan dosa dan maksiat
b) Menyesali keterlanjuran melakukannnya selama ini.
c) Bertekad tidak akan mengulangi lagi dosa dan maksiat.
3. Sentiasa memastikan diri berada dalam Zikrullah
(mengingati Allah); melazimi majlis ilmu, menjaga solat,
membaca al-Quran dan ibadah-ibadah yang lain.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Perumpamaan seorang yang
berzikir mengingati Tuhannya dan orang yang tidak berzikir
sama seperti orang hidup dan orang mati.
- (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Musa al-Asyari r.a.)
InsyaAllah, dengan melakukan langkah-langkah tersebut
secara istiqamah, hati akan kembali hidup dan perasaan
cintakan Allah dan takut kemurkaannya akan kembali
bertapak di dalam hati.
Wallahu a'lam.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
6 of 23 22/09/2012 1:15 AM
POSTED BY I NFI NITY AT 8: 45 AM 0 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR, SOAL JAWAB AGAMA
W E D N E S D A Y , F E B R U A R Y 2 4 , 2 0 1 0
Selawat Tafrijiyah
Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang
ertinya "terbuka sehingga menjadi lapang". Selawat ini jika
diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin
Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar
kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan
dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat
Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak
yang ia mampu.
Fadilat berselawat:
1. Amalan yang paling utama.
2. Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
3. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah SWT dunia dan
akhirat serta syafaat Nabi s.a.w.
4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
5. Selamat dari huru-hara Hari Akhirat.
6. Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima
Allah SWT.
7. Untuk mudah masuk syurga dan terlepas dari perhisaban
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
7 of 23 22/09/2012 1:15 AM
yang rumit.
8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu
bersedekah.
9. Dikasihi oleh Nabi s.a.w. dan dapat turut serta
mendampingi baginda di syurga kelak.
10. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia
manakala di akhirat kelak terlepas dari segala yang
mendukacitakan.
POSTED BY I NFI NITY AT 7: 07 AM 0 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR
W E D N E S D A Y , F E B R U A R Y 3 , 2 0 1 0
Zikir Pagi Dan Petang
"Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Esa dan selawat serta
salam ke atas Nabi yang tidak ada lagi nabi selepasnya".
Credit to: Weblog Doa Harian
POSTED BY I NFI NITY AT 6: 50 AM 0 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR
T H U R S D A Y , J A N U A R Y 2 8 , 2 0 1 0
ZIKIR HASBIALLAH
Soalan:
Adakah terdapat di dalam hadis zikir ini yang disarankan
supaya dibaca 7 kali pagi & petang? Apakah maknanya &
fadhilatnya?
"Hasbiallahu la ilahailla hu, 'alai hi tawakkaltu, wa hua rabbul
'arsyil 'azim".
Jawapan:
Diriwayatkan dari Abu Darda r.a. yang menceritakan Nabi
s.a.w. telah bersabda: Sesiapa membaca pada setiap hari di
waktu pagi dan waktu petang sebanyak tujuh kali:
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
8 of 23 22/09/2012 1:15 AM
"Hasbiallahu la ilahailla hu, 'alai hi tawakkaltu, wa hua rabbul
'arsyil 'azim"
Cukuplah Allah bagiku (untuk menolong dan
memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan DIA; kepadaNYA aku berserah diri, dan Dia lah
pemilik Arasy yang agung.
nescaya Allah SWT akan membantu/menjaganya dari
perkara yang mendukacitakannya dalam urusan dunia dan
akhirat.
- (Riwayat Imam Abu Daud, Ibnu Sunni dan Ibnu Asakir).
Wallahu alam.
Rujukan;
1. Lihat hadis ini dalam al-Azkar, Imam an-Nawawi, bab Ma
Yuqali Inda as-Sobah Wa al-Masa
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
POSTED BY I NFI NITY AT 8: 10 AM 0 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR, SOAL JAWAB AGAMA
F R I D A Y , J A N U A R Y 2 2 , 2 0 1 0
Ayat Kursi Menjadi Amalan
Soalan:
Betulkah apa yang saya dengar bahawa kita tidak boleh
mengamalkan membaca Ayat Kursi setiap masa? Saya
menjadi keliru kerana setelah membaca buku mengenai
Hikmat Ayat Kursi bahawa Rasullullah s.a.w. sentiasa
membaca Ayat Kursi banyak kali agar dilindungi oleh ALLAH
SWT. Ada dakwaan lain pula menyebut sekiranya kita
terlalu mengamalkan ayat Kursi, kita akan mengalami
kesukaran untuk mati.
Jawapan:
Tidak dapat disangkal lagi kelebihan ayat al-Kursi
berbanding ayat-ayat lain. Dalam masa yang sama, terdapat
juga hadis lain menyatakan kelebihan antara surah dan
ayat.
Ini bermakna, masing-masing ada kelebihan sebagaimana
dinyatakan oleh Nabi s.a.w sebagaimana hadis Abdullah bin
Ubai bin Kab di dalam sahih Muslim, Abu Dzar di dalam
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
9 of 23 22/09/2012 1:15 AM
riwayat al-Nasaai dan sebagainya. Al-Bukhari juga
menyatakan tentang kelebihan ayat al-Kursi mengenai
kisah jin yang mengambil makanan daripada Baitulmal.
Menurut pemahaman saya, tidak mengapa membaca ayat
al-Kursi pada tempat-tempat yang disyarakkan, seperti
selepas solat fardu.
Menurut Abu Umamah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Sesiapa membaca ayat al-Kursi di penghujung solat fardhu
(selepas salam), tidak ada sesuatupun yang mampu
menghalangnya untuk memasuki syurga kecuali kematian.
- Hadis riwayat al-Nasaai dan Ibn Hibban. Sanad hadis ini
sahih menurut syarat Imam al-Bukhari.
Juga harus digunakan sebagai ruqyah, iaitu mengubati
orang ramai yang terkena rasukan jin. Tetapi, tidak harus
mengamalkan ayat al-Kursi untuk tujuan kesyirikan seperti
mengamalkannya pada hari tertentu dan jumlah tertentu
semata-mata ingin mendapatkan karamah (keramat),
menjadi kebal dan sebagainya.
Wallahu alam.
Ustaz Mohd Noor
POSTED BY I NFI NITY AT 7: 11 AM 0 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR, RAHSI A FADILAT SURAH, SOAL JAWAB AGAMA,
SOLAT
W E D N E S D A Y , J A N U A R Y 2 0 , 2 0 1 0
Jalan Ke Syurga Masih Terbuka Luas
Amalan yang boleh membawa seseorang itu ke syurga,
insya-Allah:
1. Lakukan 12 rakaat solat sunat sebelum atau sesudah
solat fardhu iaitu 2 sebelum Subuh, 4 sebelum Zuhur dan 2
selepasnya, 2 selepas Maghrib dan 2 selepas Isyak.
Faedahnya Allah SWT akan membina baginya mahligai
dalam syurga. Ia berdasarkan hadith baginda yang
bermaksud " Sesiapa yang dapat melakukan 12 rakaat solat
sunat secara sukarela, maka dibina baginya mahligai dalam
syurga."
- (Hadith Riwayat Imam Muslim)
2. Dua rakaat pada waktu malam faedahnya: Doanya
terkabul, dosanya diampunkan Allah, hajatnya
diperkenankan. Dalilnya seperti yang ditegaskan oleh
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
10 of 23 22/09/2012 1:15 AM
baginda Rasulullah s.a.w : "Sesungguhnya Allah turun ke
langit dunia setiap malam (lebih-lebih lagi sepertiga malam)
hingga Dia berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku
pasti Aku perkenankan, sesiapa yang meminta kepada-Ku
pasti Aku berikan kepadanya dan sesiapa yang memohon
ampun kepada-Ku pasti Aku ampunkan dosanya."
- (Hadith riwayat Imam Bukhari )
3. Lakukan 2, 4, atau 8 rakaat solat Dhuha. Faedahnya:
Seolah-olah seseorang itu bersedekah setiap urat-urat
jemarinya. Dalilnya seperti yang disabdakan oleh baginda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Berpagi-pagi seseorang
daripada kamu setiap tulang empat keratnya adalah
sedekah, setiap tasbihnya adalah sedekah, setiap
puji-pujiannya adalah sedekah, setiap ucapan Lailaha illallah
adalah sedekah, setiap takbirnya adalah sedekah, Amar
makruf yang dilakukan adalah sedekah, Nahi mungkarnya
adalah sedekah, dia akan diganjari pahala dengan hal yang
demikian, termasuklah dua rakaat dilakukan pada waktu
Dhuha."
- (Riwayat Imam Bukhari )
4.Membaca surah al-Mulk. Faedahnya: Dapat selamatkan
pembacanya daripada azab kubur. Dalilnya baginda s.a.w.
bersabda: "Sesungguhnya terdapat satu surah dalam
al-Quran yang mengandungi 30 ayat, ia mampu memberi
syafaat kepada pembacanya dan akan diampunkan dosanya,
iaitu surah Tabarakkallazi Biyadihil Mulk."
- (Riwayat hadith Imam Ahmaddan at-Tirmizi dengan
derajat hadith Hasan)
5. Memperbanyakkan ucapan La Ilaha Illallah Wahdah, La
Syarikalah, Lahul Mulku walahul Hamd, Wahuwa 'Ala Kulli
Syaiin Qadir pada setiap hari 100 kali, maka baginya
pembebasan 10 orang hamba, mendapat 100 pahala,
dihapuskan 100 dosa dan menjadi bentengan daripada
kejahatan syaitan dari pagi sampai petang."
- (Hadith riwayat Imam Muslim )
6. Berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Faedahnya: Terlepas daripada menjadi golongan bakhil/
kedekut. Dallilnya seperti yang disabdakan baginda s.a.w.
yang bermaksud: "Sesungguhnya sesiapa yang berselawat
ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan
berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat."
- (Hadith riwayat Imam Muslim).
Sabdanya lagi: "Orang yang bakhil itu adalah orang yang
tidak mahu berselawat ke atasku ketika disebut namaku."
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
11 of 23 22/09/2012 1:15 AM
- (Hadith riwayat Imam at-Tirmizi dengan kedudukan hadith
Hsan Gharib Sohih )
7. Mengucapkan Tasbih: "Subhanallahi Wa Bihamdihi,
Subhanallahil 'Azim" 100 kali. Faedahnya: Ditanamkan
baginya sebuah pohon kurma dalam syurga. Dalilnya, Nabi
bersabda: "Sesiapa yang berkata Subhanallahi Wa
Bihamdihi, Subahanallhil 'Azim 100 kali, akan ditanamkan
baginya sebuah kurma dalam syurga."
- (Hadith riwayat Imam at-Tirmizi dan beliau berkata;
Hadith ini Hasan Gharib )
8. Dengan banyak beristighfar iaitu mengucap
"Astaghfirullah" 100 kali. Faedahnya Allah SWT akan
menghilangkan segala kesulitannya serta melapangkan
rezekinya. Dalilnya seperti yang disabdakan baginda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang
membiasakan dirinya dengan Istighfar/Astaghfirullah (100
kali), maka Allah SWT akan jadikan baginya jalan keluar
daripada segenap kesempitan (hidup), kesusahannya akan
dipermudahkan Allah SWT serta rezekinya akan diperolehi
daripada bahan yang tidak disangka-sangka."
- (Hadith riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim
dengan kedudukan Hadith yang Sohih)
Author: ustazzain@harakah.net.my
POSTED BY I NFI NITY AT 12: 30 PM 0 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR, HADI S, PENGETAHUAN AM, RAHSIA FADI LAT SURAH
W E D N E S D A Y , J A N U A R Y 6 , 2 0 1 0
Zikir Penenang Hati
Tekanan emosi, jiwa dan perasaan itu merupakan lumrah
hidup. Setiap orang pasti mengalami peristiwa yang menjadi
punca emosinya tegang. Ini disebabkan pelbagai perkara.
Itu semua ujian ALLAH SWT kepada semua makhluk-NYA.
Sesiapa yang sabar dengan memohon agar ALLAH SWT
membantunya dalam segala urusan, maka dia akan beroleh
ganjaran dan syurga ALLAH.
Orang Islam sentiasa diuji dengan pebagai cubaan,
kesedihan, kegelisahan, dan tekanan emosi. Dengan itu DIA
akan meningkatkan darjat kita.
Firman ALLAH S.W.T: "DIAlah yang telah mentakdirkan
adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan
menzahirkan keadaan kamu: Siapakah antara kamu yang
lebih baik amalnya dan DIA Maha Kuasa (membalas amal
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
12 of 23 22/09/2012 1:15 AM
kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang
bertaubat)."
Surah al-Mulk: 2.
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan
ketenangan jiwa adalah memperbanyakkan amalan soleh
seperti solat sunat, zikir, puasa, doa, membaca al-Quran
dan sebagainya. Selain itu, meletakkan kecintaan kepada
ALLAH, Rasulullah dan menyintai sesama muslim kerana
ALLAH semata-mata.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiga perkara yang sesiapa mendapatnya akan merasakan
kemanisan iman: Menyintai ALLAH dan Rasul-NYA melebihi
segala-galanya, mengasihi seseorang semata-mata kerana
ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti
membenci untuk dicampakkan ke dalam neraka."
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Jika ALLAH menghendaki kebaikan pada seseorang, dia
akan mengujinya dengan musibah."
Hadis riwayat al-Bukhari.
Antara rawatan kepada penyakit kejiwaan ini ialah:
1. Membaca al-Quran setiap hari.
2. Berdoa pada satu per tiga akhir malam dengan merayu
agar ALLAH menenangkan jiwa.
3. Istiqamah membaca zikir khususnya zikir pagi dan
petang.
4. Menjauhi maksiat.
5. Membanyakkan istighfar.
6. Memperbanyakkan membaca doa menjauhi kesedihan
dan tekanan perasaan, iaitu:
Laailaha illallahul 'aziimul haliim laailaha illallahu
rabbul 'arsyil 'aziim laailaha illalahu rabbus
samaawaati wa rabbul ardhi wa rabbul 'arsyil kariim.
"Tiada tuhan selain ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha
Lemah Lembut. Tiada selain ALLAH. TUHAN 'arasy yang
Agong. Tiada tuhan selain ALLAH. TUHAN langit dan bumi
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
13 of 23 22/09/2012 1:15 AM
dan TUHAN 'arasy yang Pemurah."
Hadis riwayat Muslim.
Menurut Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Jika
salah seorang daripada kamu kesedihan ucapkanlah:
Yaa hayyuu yaa qayyum birahmatika astaghits
"Wahai TUHAN yang Hidup yang Kekal. Dengan Rahmat-MU
aku memohon pertolongan-MU."
Hadis riwayat al-Tirmizi.
Menurut Asmak Binti Umais, Rasulullah s.a.w berkata
kepadanya: Mahukah kamu aku ajarkan kalimah-kalimah
yang boleh kamu ucapkan ketika dilanda kegelisahan?
Bacalah:
ALLAHu rabbi laa usyriku bihi syaian
"Ya ALLAH TUHANku tidak akan aku sekutukan-NYA dengan
sesuatu pun."
Hadis riwayat Abu Daud.
Dan banyak lagi zikir-zikir lain yang boleh menenangkan
kesedihan dan kegelisahan. Dapatkan buku-buku doa
menurut al-Quran dan sunnah. Antaranya Hisnul Muslim,
karangan al-Qahtoni dan al-Azkar karangan Imam
al-Nawawi.
Wallahu alam.
Ustazah Sakinah
POSTED BY I NFI NITY AT 10: 55 AM 9 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR
T U E S D A Y , O C T O B E R 2 7 , 2 0 0 9
Penawar Supaya Dapat Menjauhi Maksiat
Surah Al-Mu'min 40 (Al-Ghafir): Ayat 3 :
Lebih elok ditambah dipermulaan ayat ini dengan
"Allahumma". Bagi yang sukar meninggalkan maksiat
walaupun telah bertaubat, amalkan bacaan ayat ini setiap
kali selepas solat lima waktu dan sebelum tidur.
Credit to: darussyifa
POSTED BY I NFI NITY AT 6: 52 AM 0 COMMENTS
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
14 of 23 22/09/2012 1:15 AM
LABELS: AMALAN ZI KIR, RAHSI A FADILAT SURAH, TI PS
S U N D A Y , O C T O B E R 1 1 , 2 0 0 9
Tiada Kekuatan Selain ALLAH
'LAHAULA WALA QUWATA ILLA BILLAH HIL ALIYIL
AZIM'
'Tiada Kekuatan dan Daya Melainkan dari Allah yang Maha
Tinggi lagi Maha Mulia'
Berzikirlah selalu kerana ia adalah salah satu cara untuk
kita menghubungkan diri kita dengan Allah SWT. Disamping
itu, cara ini jugalah yang akan menjadikan hati manusia
lembut. Sedangkan Saidina Umar r.a. memeluk Islam
dengan mendengar adiknya sendiri berzikir (membaca
surah Taha), padahal sebelum ini, beliaulah seorang yang
paling kuat menentang ajaran agama Islam yang dibawa
oleh Rasulullah s.a.w.
Walaupun hanya sebaris ayat, tetapi jika dihayati sedalam-
dalamnya, ia akan memberikan kesan yang mendalam
dalam kehidupan. Sesungguhnya manusia ini semuanya
lemah. Tidak berkuasa. Dan yang berkuasa pun, apalah
sangat kalau nak dibandingkan dengan kekuasaan Allah
SWT.
Malahan kuasa tersebut dkurniakan oleh Allah SWT, bukan
untuk kita kufur kepadaNya, tetapi untuk kita lebih
mendekatkan diri kepadaNya. Selemah-lemah manusia,
tidak berdaya untuk berbuat apa-apa, kecuali dengan
kehendak Allah SWT semata-mata. Jika Allah SWT tidak
mahu ia berlaku, ia mustahil akan berlaku. Tetapi apabila
Allah SWT menyebut Kun, maka Yakun-lah apa yang
dikehendakiNya.
Oleh itu, apa-apa pun perbuatan yang kita lakukan ataupun
hendak kita lakukan, mestilah bersandarkan konsep zikir
ini. Malahan, ayat ini juga boleh menjadikan motivasi untuk
kita mencapai kejayaan. Tetapi mestilah disertakan dengan
usaha yang bersungguh-sungguh. InsyaAllah, walaupun kita
rasa mustahil akan berlaku, ia akan berlaku.
Jadikanlah zikir ini sebagai nyanyian mulut kita setiap hari,
terutamanya dikala waktu kesusahan menimpa diri. Kerana
apabila manusia terus-menerus mengingati Allah SWT
sewaktu dalam kesusahan, maka mereka tidak akan
sekali-kali berputus asa kerana yakin atas apa yang Allah
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
15 of 23 22/09/2012 1:15 AM
SWT taqdirkan.
Sama-samalah kita menggunakan zikir-zikir dan ayat-ayat
al-Quran sebagai motivasi kita dalam kehidupan.
POSTED BY I NFI NITY AT 9: 13 AM 0 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR
W E D N E S D A Y , S E P T E M B E R 3 0 , 2 0 0 9
Tarbiyah Penting Bagi Mendidik Manusia
Tarbiyah merupakan satu pendekatan sepadu, bagi
mendidik jiwa manusia ke arah cara hidup yang lebih
praktis dengan pengamalan Islam, lebih-lebih lagi untuk
menghubungkan manusia dengan Maha Pencipta. Ia juga
bermatlamat untuk melahirkan manusia yang sanggup
berkorban bagi memperkasa agama Allah agar ia dirasakan
lebih agung dari pegangan dan ajaran ciptaan manusia.
Kaedah Tarbiyah Jiwa yang berkesan buat setiap Muslim :
1- Melakukan ibadat secara bersungguh-sungguh,
menghubung diri kepada Allah serta menyerahkan diri
kepada-Nya dengan rasa kerdil di hadapan-Nya, menerusi
pelaksanaan amalan wajib dan meninggalkan segala
larangan-Nya.
2- Memperbanyak dan membudayakan pembacaan
al-Quran, merenung setiap susunan kata-katanya dan
berfikir terhadap rahsia kejadian alam dan sebagainya.
3- Memperbanyak membaca dan mentelaah kitab-kitab
agama berunsur nasihat, bimbingan, kaunseling, lebih-lebih
lagi yang memperkatakan masalah hati, penyakit dan
rawatannya.
4- Rajin untuk hadir majlis-majlis ilmu, ceramah dan forum
agama yang boleh membangkitkan kesedaran diri untuk
melakukan taubat kepada Allah.
5- Mampu untuk menjaga waktu dengan baik dengan
perkara-perkara yang berfaedah tanpa mensia-siakannya.
6- Mesti yakin pada diri untuk berhubung dengan Allah.
7- Bergaul dengan golongan yang baik-baik, terutamanya
para ulama yang boleh menunjukkan jalan kebenaran,
kesabaran dan sentiasa menyeru kepada perkara yang
makruf dan mencegah dari melakukan perkara yang
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
16 of 23 22/09/2012 1:15 AM
mungkar.
8- Beramal serta menterjemahkan segala ilmu yang
diperolehi secara praktikal.
9- Bermuhasabah diri terhadap perkara yang telah
dilakukan, sama ada ia baik di sisi Allah atau sebaliknya.
10- Menghina diri di hadapan Allah akan segala kesalahan,
keterlanjuran sama ada berupa dosa kecil apatah lagi dosa
besar dan bersegera untuk memohon keampunan
daripada-Nya.
11- Mengelakkan diri dari bergaul dengan manusia yang
mengajak kepada perkara yang melalaikan, malah berusaha
bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti amal
ibadat kepada Allah SWT.
12- Bersabar terhadap karenah manusia tanpa jemu
menyeru mereka untuk berpegang kepada Islam dalam apa
jua keadaan, kerana ini adalah sebaik-baik tindakan yang
perlu ada dalam setiap diri orang Islam.
Tarbiyah Ruhiyyah
Dalam masa umat Islam sibuk dengan urusan dunia, yang
sebahagiannya menyibukkan seseorang itu dari tunduk
beribadat kepada Allah SWT, terdapat jenis manusia yang
alpa dari berzikir kepada-Nya.
Zikir bukan mesti melalui cara yang formal dengan
memegang biji tasbih, malah dalam keadaan berjalan,
berdiri, duduk atau berbaring, ia boleh dilakukan dengan
penuh rasa minat dan bertanggungjawab kepada-Nya.
Dalam kesempatan yang terbatas ini, marilah kita
perhatikan konsep Tarbiyah Ruhiyyah atau pendidikan jiwa
untuk mengisi kekosongan hati kita dengan mengingati
Allah SWT.
1- Memelihara solat-solat fardhu secara berjemaah di
masjid-masjid atau surau-surau dengan penuh
kesungguhan, kerana solat adalah perkara pertama yang
akan ditanya oleh Allah di akhirat.
2- Memelihara amalan-amalan sunat qabliyyah dan
badiyyah.
3- Memelihara wirid dan zikir selepas solat serta zikir-zikir
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
17 of 23 22/09/2012 1:15 AM
pagi dan petang seperti Mathurat.
4- Sentiasa mengucapkan lafaz istighfar iaitu
Astaghfirullah sebanyak mungkin sebagai pengakuan
melakukan kesalahan terhadap Allah.
5- Sentiasa membudayakan pembacaan al-Quran serta
merenung dan bertadabbur (memerhati) isi-isi
kandungannya.
6- Memelihara dan konsisten walau dua rakaat sunat solat
qiyamullail.
7- Menghalakan pengharapan dan ketundukan sebenar
hanya kepada Allah SWT.
8- Bersedekah secara sembunyi bagi mengelak diri daripada
ditimpa bala Allah.
9- Memelihara kelas-kelas pengajian ilmu agama bagi
menghidupkan minda dan roh yang sudah lama mati dan
beku.
10- Berusaha untuk berkhidmat kepada orang Islam yang
boleh merapat dan memperkasakan persaudaraan sesama
muslim.
Amalkan cadangan agenda di atas, insya-Allah anda akan
menemui sesuatu yang baru dalam hidup anda sebagai
muslim yang benar-benar komited dengan Islam. Wallhu
Alam.
Author : Ustaz Zain Hashim
POSTED BY I NFI NITY AT 6: 27 AM 0 COMMENTS
LABELS: AKHLAK, AMALAN ZI KIR
M O N D A Y , S E P T E M B E R 2 8 , 2 0 0 9
Jika Kita Di Timpa Musibah
Apakah yang akan kita lakukan jika ditimpa sesuatu
musibah? Misalnya ahli keluarga kemalangan, barang
berharga dirompak, anak terlibat dengan dadah dan
sebagainya.
Apakah yang akan kita perbuat ketika itu? Adakah kita akan
mengambil sikap menceritakan kepada semua orang yang
berjumpa kita? Adakah ketika itu pun kita pun
mempamerkan sikap kecewa, tidak berpuas hati dan
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
18 of 23 22/09/2012 1:15 AM
kesedihan atas apa yang telah berlaku. "Barang saya
hilang.....anak saya terlibat dengan dadah..." dan
sebagainya.
Sikap suka menceritakan kesusahan atau musibah yang
menimpa diri secara tidak langsung memperlihatkan sikap
kita memprotes takdir Tuhan. Apakah dengan sikap suka
menceritakan kesusahan ini boleh menyelesaikan masalah?
Sejauh mana kawan-kawan yang mendengar dapat
menolong sedangkan mereka juga makhluk Allah yang juga
banyak masalahnya.
Sekiranya kita ditimpa musibah, tempat yang paling baik
kita mengadu ialah kepada Allah SWT. Kita bangun malam,
bersolat tahajjud. Kemudian menangis dan merintih kepada
Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat pengaduan. Kita
mesti yakin Dia sahaja yang dapat menolong. Oleh itu,
apabila ditimpa musibah, sebutlah seperti apa yang Allah
firmankan di dalam Al Quran iaitu: "Orang-orang yang
ditimpa musibah mengucapkan "INNALILAHI WA INNA ILAHI
RAAJIUN" (Surah Al Baqarah : Ayat 156).
Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya
ditambahkan pula dengan doa: "Ya Allah, berikanlah
kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku
dengan yang lebih baik daripadanya".
Malangnya zikir ini disalah ertikan. Ramai dikalangan kita
membaca zikir ini ketika diberitahu tentang kematian
seseorang, sedangkan kita boleh membacanya apabila
ditimpa musibah dalam bentuk lain.
Pernah Ummu Salamah yang telah tua (hampir 70 tahun)
kematian suaminya Abu Salamah. Dia merasa sungguh
sedih kerana terlalu sayang kepada suaminya ini. Siang dan
malam matanya tidak boleh tidur. Tiba-tiba dia teringat
suaminya pernah memberitahu, jika ditimpa sesuatu
musibah, Nabi Muhammad SAW mengajarkan membaca
zikir seperti disebutkan tadi. Ummu Salamah terus
membacanya siang dan malam. Selepas habis edahnya, dia
dilamar oleh Syaidia Abu Bakar r.a, tetapi ditolaknya.
Kemudian Ummu Salamah dilamar Syaidina Umar Ibni Al
Khattab, namun dia menolak lamaran itu. Akhirnya
Rasulullah menghantar orang untuk melamarnya, namun
dia menolak dengan alasan sudah terlalu tua, ramai anak
dan pencemburu orangnya. Namun Rasulullah tidak
keberatan, maka berlangsunglah perkahwinan Ummu
Salamah dengan manusia yang paling baik didunia
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
19 of 23 22/09/2012 1:15 AM
sebagaimana permintaannya didalam zikirnya sebelum ini.
Oleh itu, sekiranya kita ditimpa musibah, bersabarlah dan
redha disamping membaca zikir tadi. Yakinlah bahawa Allah
sentiasa mendengar apa yang terlintas dihati kita dan
sentiasa bersama kita.
Mutiara Kata: "Adalah lebih baik untuk mengetahui
kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding
kesalahan kepada pihak lain"
POSTED BY I NFI NITY AT 6: 15 PM 0 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR
M O N D A Y , J U L Y 2 7 , 2 0 0 9
Albaqiyyatussholihat
Ternyata bahawa pendidikan hati secara berzikir sepanjang
masa adalah kaedah berkesan untuk menggilapkan hati
supaya bebas dari gangguan syaitan. Allah telah memberi
jaminan kepada orang yang bersih hatinya.
Surah Asy-Syams: 9-10:-
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya
- yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan
iman dan amal kebajikan),
10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan
dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam
kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
Zikir-zikir yang paling baik diamalkan ialah lafaz:
1. Subhanallah
2. Alhamdulillah
3. Allahuakhbar
4. Lailahaillallah
5. Walahaulawalaquwatailla billahilaliyulazim
Dalam Islam, lima zikir ini dikenali sebagai
Albaqiyyatussholihat dimana amalannya boleh memberi
pahala yang berterusan di akhirat. Pembersihan hati amat
penting kepada manusia untuk membentuk keinsafan dan
kesedaran diri supaya berlaku jujur, membuat baik kepada
dua ibubapa, memelihara kesucian diri, kasih sayang dan
mendekati kepada aktiviti terpuji yang lain.
POSTED BY I NFI NITY AT 7: 10 AM 0 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
20 of 23 22/09/2012 1:15 AM
W E D N E S D A Y , J U L Y 1 , 2 0 0 9
Jangan Tinggalkan Zikir
"Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu
ingat kepada Allah di waktu berzikir, sebab kelalaianmu
terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya
daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir"
Zikir adalah satu-satunya jalan yang terdekat menuju
kepada Allah, bahkan yang sangat mudah & ringan.
Firman Allah : Berzikirlah kamu kepadaKu nescaya Aku
berzikir kepadamu. (al-Baqarah 152)
Dalam hadith qudsy, Allah berfirman : "Aku selalu
mengikuti sangkaan hambaKu terhadap diriKu dan Aku
selalu menyertainya ketika ia berzikir kepadaKu".
"Jika berzikir di dalam hati peribadinya (sendirian), Aku pun
berzikir padanya dalam diriKu dan jika berzikir pada Ku di
depan umum, Aku pun berzikir padanya di muka umum
yang lebih baik dari golongannya, dan bila ia mendekat
pada Ku sejengkal, Aku mendekat padanya sehasta, dan bila
ia mendekat pada Ku sehasta, Aku mendekat padanya
sedepa, dan bila ia datang pada Ku berjalan, Aku datang
kepadanya berjalan cepat (berlari)".
Firman Allah : "Hai sekalian orang yang beriman,
berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya zikir.
Dan bertasbihlah (mengagumkan) Allah pada pagi dan
petang".
Abdullah bin Abbbas r.a berkata : Tiada suatu kewajipan
yang diwajibkan oleh Allah pada hambaNya melainkan
batas-batasnya, kemudian bagi orang-orang yang uzur
dimaafkan bila tidak dapat melakukannya, kecuali zikir
maka tidak ada batas, dan tidak ada uzur yang dapat
diterima untuk tidak berzikir, kecuali jika berubah akal
(gila).
Author : al-hikam
POSTED BY I NFI NITY AT 7: 16 PM 0 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR, HADI S
M O N D A Y , J U N E 1 5 , 2 0 0 9
Kelebihan Berselawat
* Allah akan menggandakan limpah kurnia serta Rahmat
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
21 of 23 22/09/2012 1:15 AM
kepadaNya orang tersebut.
* Akan beroleh syafaat Rasulullah pada hari kiamat kelak.
* Satu kali selawat yang dibacakan, Allah SWT akan
membacakan untuknya sebanyak 10 kali.
* Dapat membersihkan hati, jiwa dan roh kotor di dalam
dada.
* Membuktikan kecintaan dan kasih sayang kita terhadap
Rasulullah s.a.w.
* Mewariskan kecintaan Rasulullah s.a.w. pada umatnya.
* Memantapkan iman di dalam dada.
* Malaikat juga akan membaca selawat ke atas orang yang
membaca selawat untuk Rasulullah s.a.w.
* Seseorang itu akan terpelihara dan terselamat dari segala
apa yang mendukacitakan atau yang merbahaya dari
hal-hal keduniaan mahupun akhirat.
* Kedudukannya di akhirat kelak, ia sentiasa hampir di sisi
Rasulullah s.a.w. walau di mana saja baginda berada.
POSTED BY I NFI NITY AT 10: 54 AM 0 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR, PENGETAHUAN AM
Kelebihan Berzikir
* Mendekatkan diri kepada Allah untuk membuka pintu
masuk segala kebaikan.
* Dapat menghalau dan mematahkan gangguan syaitan.
* Menyibukkan lidah supaya tiada masa untuk mengumpat
atau bercakap yang sia-sia.
* Mendatangkan kelapangan pada hati dan kelapangan
dada.
* Mewariskan kecintaan Allah pada dirinya.
* Dapat meneguhkan hati dan menguatkan iman.
* Menghilangkan perasaan runsing yang bersarang di dalam
hati.
InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
22 of 23 22/09/2012 1:15 AM
Older Posts
* Untuk mendapatkan keredaan Allah dan rahmatNya.
* Untuk mendapatkan rezeki yang berkat.
* Akan diingati oleh Allah seperti firmanNya, "Ingatlah
kamu kepadaKu maka Aku akan mengingatimu."
POSTED BY I NFI NITY AT 10: 53 AM 0 COMMENTS
LABELS: AMALAN ZI KIR, PENGETAHUAN AM
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

InFiNitY: amalan zikir http://bliss-infinity.blogspot.com.au/search/label/amalan zikir
23 of 23 22/09/2012 1:15 AM

You might also like