You are on page 1of 3

Teknik Menulis Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C

Bahagian C - Membuat Ulasan (20 markah)




Kaedah Membuat Ulasan

1.Membaca soalan dan memahami soalan
2.Mengenal pasti kata kunci soalan sama ada:
Nilai,nilai murni,amalan baik,,pengajaran atau faedah.
3.Membaca ayat demi ayat untuk mencari isi yang berkaitan dan Garis Isi Yang
ditemui.
4.Tukar idea-idea yang ditemui dengan nilai murni
5.Nyatakan 5 saja idea dan tidak lebih.
6.Mesti menghurai idea berdasarkan idea dalam petikan
7.Nilai nagetif dalam petikan boleh dipositifkan.
Contoh: Amin tidak suka bersukan - Menjaga kesihatan.
8.Contoh pendahuluan:
a.Berdasarkan petikan ialah,pengajaran yang diperolehi ialah....
b.Antara nilai murni yang didapati ialah.....
c.Sebagai seorang murid kita mestilah......

9.Gunakan kata bantu untuk membina ayat
ulasan:mestilah,mesti,harus,haruslah,seharusnya,patut,patutlah,sepatutnya,hendaklah,sew
ajarnya dan lain-lain lagi

10.Contoh nilai-nilai murni
Adil
Bantu-membantu
Berdisiplin
Belas kasihan
Mematuhi peraturan
Bermaaf-maafan
Bersabar
Bertindak pantas
Berusaha
Bergotong-royong
Hormati ibu bapa
Kasih-sayang
Bekerjasama
Membri salam
Hargai masa
Mengikut peraturan
Perpaduan
Ramah mesra
Simpati
Amanah
Rajin
Berani
Tabah
Berdikari
Tolong-menolong
Bertanggungjawab
Murah hati
Cekal
Tekun
Hormati guru
Kejujuran
Kesopanan
Menepati masa
Mengenang budi
Menjawab salam
Persaudaraan
Rasional
Sedia memaafkan
Baik hati
Sayang
Bertanggungjawab
Semangat kejiranan
Berhati-hati
Toleransi
Berterima kasih
Berhati-hati
Gigih
Jimat
Ikhlas
Kebersihan
Kesyukuran
Kerajinan
Mengakui kesalahan
Merendah diri
Prihatin
Redha
Sopan
Semangat kesukanan patriotik


Taat ibu bapa

11. Bilangan perkataan antara 50 65 patah perkataan

12. Contoh soalan UPSR 2010

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu perolehi darpada petikan di bawah

Sahabatku Fadhil,
Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya
semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelaab Bahasa Melayu sekolah
saya.
Kami memperolehi ilmu pengetahuan yang banyak.Setiap detik yang dilalui,kami
manfaatkandengan mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam
Mahsuri, dan Pantai Pasir Hitam.Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke
puncak Gunung Machincang,Kami kagum akan keindahan alam semula jadi.Cuacanya
sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.

Semasa di Pantai Cenang,kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru
pengiring melarang kami kerana ombak besar.Kami akur akan nasihat guru
tersebut.Lawatan seterusnya ke Underwater World,iaitu tempat pelbagai jenis hidupan
air dipamerkan.Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan.

Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah.Saya hanya
membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu .Saya juga
membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.


13. Menyenaraikan semua idea yang diperolehi.
Nilai dalam teks(tersurat) Nilai yang ditukar(tersirat)
Menceritakan pengalaman Berkongsi pengalaman/idea
Setiap detik...kami manfaatkan Menghargai masa
Mengunjungi.....tempata bersejarah patriotisme
Kagum akan keindahan alam Menghargai alam/bersyukur
Meminta kebenaran Menghormati guru
berbaris berdisiplin
Membeli....yang perlu sahaja Bijak berbelanja/berjimat
Dipesan oleh ibu Patuh/taat
Membeli cenderamata Mengingati kawan/prihatin




14. Memilih lima idea yang dikehendaki dan membina ayat
menghargai masa
menghormati guru
berdisiplin
berjimat
prihatin


15. Kembangkan idea mengikut petak lajur lima
Objek Kata bantu nilai Kata hubung huraian
Kita patut Menghargai
masa
dengan Melawat
tempat
bersejaran
Kita mesti Menghormati
guru
dan Mendengar
nasihat
kita mestilah berdisiplin dengan beratur
kita hendaklah berjimat dengan Membeli
barang-barang
yang penting
kita sepatutnya prihatin dengan Membeli
cenderamata




16. Membina ayat ulasan


Nilai yang diperoleh ialah kita patut menghargai masa dengan melakukan
aktiviti berfaedah seperti melawat dalam negara.Selain itu, kita mesti menghormati guru
dan mendengar nasihat mereka agar kita sentiasa selamat.Seterusnya kita mestilah
berdisiplin dengan beratur sebelum memasuki sesuatu tempat untuk mengelakkan
kemalangan.Di samping itu kita hendaklah berjimat-cermat dengan hanya membeli
barang-barang yang penting sahaja.Akhirnyai,kita sepatutnya prihatinterhadap
kawan-kawan dan keluarga dengan membeli cenderamata kepada mereka sebagai tanda
ingatan.

You might also like