You are on page 1of 1

“Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Bangunan Sultan Idris Shah”

Shah Alam – Satu perhimpunan bulanan telah diadakan bertempat di foyer belakang , Bangunan
Sultan Idris Shah pada 22 Jun 2009 yang lalu anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Majlis
dipengerusikan oleh Encik Redwan bin Jamary dari Bahagian Pengurusan MAIS. Majlis bermula
seawal 8.00 pagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Hasal bin Senin dan bacaan ayat suci Al-Quran oleh
Ustaz Mat Saha bin Ideris. Majlis perhimpunan pagi diteruskan dengan nyanyian koir MAIS dan
bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam oleh Encik Misbah bin Salikun.

Majlis disempurnakan dengan ucapan dan amanat oleh Pengerusi MAIS, YAD Dato’ Setia Haji
Mohamad Adzib bin Mohd Isa. Dalam ucapannya, Pengerusi MAIS menegaskan kepada semua
kakitangan Bangunan Sultan Idris agar mengimarahkan bulan Rejab iaitu Bulan Wakaf Selangor
dengan memperbanyakkan ibadah wakaf sama ada dalam bentuk harta alih mahupun tidak alih
mengikut kemampuan masing-masing. Di samping itu, beliau juga turut mengingatkan kepada
semua kakitangan Bangunan Sultan Idris Shah sama ada MAIS, JAIS, LZS, dan Jabatan Mufti
Selangor, agar meningkatkan mutu perkhidmatan.

Turut hadir menyerikan majlis ini ialah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, Pengarah
JAIS merangkap Setiausaha MAIS, Timbalan Pengarah JAIS, Timbalan Setiausaha MAIS, Pengurus
Besar Lembaga Zakat Selangor, Imam Besar Masjid Negeri, dan Pengurus Korporat merangkap
pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIS Corparation.

Pada majlis yang sama turut diadakan Penganugerahan Bahagian Terbaik dan Pegawai Contoh
MAIS bagi bulan April-Jun 2009. Kategori Bahagian Terbaik dimenangi oleh Bahagian Perhubungan
Awam, manakala Pegawai Contoh MAIS bagi kakitangan lelaki dimenangi oleh Encik Mohd Azman
bin Mohd Amin dari Bahagian Pembangunan Insan dan bagi kakitangan wanita dimenangi oleh
Puan Asiah binti Abu Bakar dari Bahagian Pengurusan. Hadiah berupa sijil dan wang tunai
disampaikan oleh Pengerusi MAIS diiringi oleh Timbalan Setiausaha MAIS.

You might also like