You are on page 1of 13

8/25/2014 abubakar69.blogspot.

com: HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN


http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html 1/13
R A B U , 1 3 J A N U A R I 2 0 1 0
HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN
Pengenalan
Secara umumnya, seni adalah berkaitan dengan hal-hal mengenai
keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan
rohani individu dan juga masyarakat. Seni disifatkan sebagai suatu
kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta
pengetahuan yang nyata (Martin, 1986 : 12). Hauser dalam tulisannya,
berpendapat bahawa seni adalah komunikasi (1959). Dari perspektif
pendidikan dapatlah dikaitkan bahawa bidang-bidang pendidikan juga
memerlukan estetika seni untuk diketengahkan bagi memudahkan
penyampaian sesuatu maksud agar lebih menarik dan mudah
difahami. Maka dengan itu lahirlah apa yang dikatakan Seni Dalam
Pendidikan.
Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan
kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk
kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi
atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan
diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi,
persepsi, imaginasi dan konsepsi mereka. Murid diberi peluang
menggunakan pancaindera mereka untuk meningkatkan kreativiti,
sensitiviti serta daya imaginasi dalam pembelajaran mereka. Selain itu
Seni Dalam Pendidikan juga berperanan untuk mengembangkan daya
persepsi, estetika dan kreativiti mereka sesuai dengan matlamat untuk
melahirkan individu yang berjiwa kreatif, inovatif dan mempunyai nilai
jati diri yang tinggi.
Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong
bahawa Seni Dalam Pendidikan akan memberi manafaat dari segi
jangkamasa panjang dalam membangunkan sahsiah dan jati diri
individu.
Teori Konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak yang diajar
L E N C A N A F A C E B OOK
AreVu Buckcar Buckcar
Reka Lencana Anda
C A R I B L OG I N I
Search
R A N DA U R U A I
0

More

Next Blog Create Blog

Sign In
D I HA L A L K A N C O P Y A ND P A S T E . . . . . NO P R O B L E M . . . . . . S E M O G A B E R J A YA . . . .
8/25/2014 abubakar69.blogspot.com: HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html 2/13
melalui pembelajaran secara meneroka, bereksperimen dan mengolah
bahan atau objek akan dapat mengekspresikan idea secara bebas dan
kreatif, kerana adanya unsur-unsur seni dalam pendidikan dalam
pembelajaran mereka. Herman (1991), di dalam Quadrant Concept
menyatakan bahawa seni dapat membantu pemikiran rasional dan
intiutif seseorang individu.
Howard Gardner (1953), menyatakan , sekiranya hanya satu sahaja
kaedah atau pendekatan yang digunakan didalam sesuatu pengajaran,
hanya murid-murid tertentu sahaja yang boleh mendapatkan bahan
yang disampaikan. Ini disebabkan murid mempunyai kebolehan
menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza. Pendekatan
yang berintegrasi dengan pelbagai jenis kecerdasan memudahkan
penerimaan murid kepada yang lebih kreatif.
A Kesan-Kesan Positif Seni Dalam Pendidikan
Berdasarkan pandangan daripada tokoh-tokoh yang tersebut di atas
tadi dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Seni Dalam Pendidikan
mempunyai kepentingan dalam bidang pendidikan. Antara kebaikan
atau kesan-kesan positif yang dapag diperolehi dalam penggunaan
Seni Dalam Pendidikan ialah :-
A. i Proses pengajaran akan menjadi lebih seronok. Ini disebabkan
pengintegrasian tiga mata pelajaran seni akan dapat menarik minat
murid. Menurut Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak
dengan kemahiran memerhati, sensitif terhadap pergerakan, bunyi,
bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil bahagian
dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang
disediakan oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat melahirkan
idea dan kreativiti mereka dengan bebas.
Sebagai contoh, semasa mengajar sesuatu pengajaran yang pertama
iaitu lagu burung, kanak-kanak akan membuat pergerakan seperti
burung semasa menyanyi lagu tersebut. Dalam melakukan aktiviti
tersebut, kita akan dapat melihat berbagai gaya yang dipersembahkan
oleh murid, samada seperti terbang, berjalan, melompat, makan atau
sebagainya. Seterusnya kanak-kanak disuruh menghasilkan gambar
atau mewarnakan gambar burung. Semasa pembelajaran ini kanak-
kanak akan dapat membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan
sebaya.
A. ii Membantu perkembangan intelek, sahsiah dan sosial murid-
murid.
ShoutMix
Live chat
software for
your website
Click here to
check it out
now!
0.0012s

Terdapat ralat dalam alat ini
A R K I B B L OG
2011 (9)
2010 (25)
Mei (2)
Januari (23)
TITAS -Teori tentang
kedatangan Islam ke Alam
Mela...
BBM 3101 : SEJARAH
RUMPUN DAN BAHASA
MELAYU ...
Bahasa Melayu Tinggi - Untuk
mengkaji dan memberi ...
Bahasa Melayu Klasik- Hikayat
Abdullah
Maksud Komunikasi, Teori Dan
Teori Komunikasi
8/25/2014 abubakar69.blogspot.com: HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html 3/13
John Dewey (1919), menyatakan ,pendidikan adalah satu proses untuk
mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi
kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi dan
intelektual iaitu kebebasan untuk melatih kecerdasan melalui seni.
Seni yang dimaksudkan adalah seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan.
Keberkesanan fungsi mata pelajaran seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan boleh diperhebatkan dengan menjadikannya sebagai
medium untuk pengajaran secara penerokaan, pengembangan
kreativiti, proses-proses berfikir secara kritis dan kreatif dalam
penyelesaian masalah dan merangsang pembinaan keyakinan diri dan
imej kendiri yang utuh. Dengan adanya proses pembelajaran Seni
Dalam Pendidikan murid akan lebih mudah untuk menerima kemahiran
pembelajaran yang diajar oleh guru selari dengan perkembangan diri
mereka seperti rajah 1 di bawah. Dalam kaedah pengajaran inkuiri
penemuan murid-murid diberi peluang meneroka dan mencari sendiri
jawapan kepada permasalahan. Peluang inilah yang digunakan oleh
murid-murid untuk melahirkan idea dan mendorong mereka
menggunakan keupayaan akal dan fizikal untuk menyelesaikan
masalah. Secara langsung emosi mereka menjadi berkembang dan
begitu juga dengan sosial bila murid-murid ini berinteraksi sesama
rakan sebaya dan guru.
Rajah 1: Model Wholistik
Perkembangan Kanak-kanak
Falsafah perkembangan Dewey menekankan bahawa perkembangan
emosi, jasmani dan sosial seseorang individu melalui aktiviti-aktiviti
bermain dan meneroka sendiri di peringkat sekolah rendah merupakan
pengalaman semula jadi yang banyak membantu kanak-kanak dalam
pembelajaran mata pelajaran-pembelajaran lain di sekolah.
A. iii Menjadikan guru lebih bermotivasi dan kreatif dalam merancang
pengajarannya.
Dengan adanya SDP dalam kurikulum sekolah rendah, pengajaran dan
pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan penglibatan murid juga
adalah baik maka guru-guru akan lebih bersemangat dan kreatif untuk
merancang persediaan untuk pengajaran mereka di mana pengajaran
yang dirancang akan lebih mencabar serta mengutamakan
perkembangan intelek, emosi, psikomotor dan kematangan murid.
Sekaligus ini menjadi motivasi dan perangsang kepada guru untuk
lebih banyak meneroka kemahiran-kemahiran baru yang sesuai
Media massa memainkan
peranan penting dalam ...
Komujikasi
Makna Ayat - Semantik
Semantik - Faktor Perubahan
Makna
10 Bahasa Arab 1 - ayat pendek
mengandungi gan...
10 ayat pendek mengandungi
Fiil Madhi
Hubungan Etnik - sistem
pendidikan semasa zaman
pe...
Alat Artikulasi
Fonetik -Penghasilan Bunyi
Bahasa Melayu
fonetik Artikulasi
TITAS : Nilai Dalam Tamadun
Islam
KOB3201 PENGENALAN
KOMUNIKASI MASSA
HBEF1403 : SENI DALAM
PENDIDIKAN
HBEF2303: TEKNOLOGI
MAKLUMAT DALAM
PENDIDIKAN
Stalistik Dalam Kesusasteraan
Yuna Dan Sebenarnya Cm Bb
2x Cm Oh bulan Bb enggan...
2009 (29)
R E N U N G K A N L A H K E B E S A R A N N Y A
8/25/2014 abubakar69.blogspot.com: HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html 4/13
dengan pencapai murid-muridnya. Hasil daripada persekitaran
pembelajaran yang baik, guru juga akan dapat meningkat
profesionalisma dalam kerjaya mereka. Usaha untuk melahirkan
masyarakat Malaysia yang cemerlang, berilmu dan mantap dari segi
sahsiah pada tahun 2020 pasti akan berhasil.
B Penghubungkaitan Pelbagai Bidang dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Penghubungkaitan membawa maksud menghubungkaitkan pelbagai
bidang kemahiran dan pengetahuan dari beberapa mata pelajaran
dalam ssesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya
penghubungkaitan tersebut pembelajaran akan dapat membantu
percambahan pemikiran murid dengan mengaitkan isi pengajaran guru
dengan kehidupan seharian mereka. Pengajaran dan pembelajaran
yang ada penghubungkaitan ini akan menghasilkan pembelajaran yang
lebih efektif. Tujuan penghubungkaitan dalam pengajaran dan
pembelajaran adalah untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman belajar
murid-murid. Selain itu ia juga boleh membina serta melatih minda
murid-murid untuk menjadi lebih aktif dan kreatif sekaligus dapat
membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran yang diajar.
Sebagai contoh, guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual bertajuk
Haiwan. Sebelum murid-murid membuat aktiviti menggambar atau
aktiviti membuat rekaan dan corak yang berkaitan dengan haiwan, guru
terlebih dulu mencungkil pengetahuan sedia ada murid dengan
bersoaljawab beberapa soalan yang mudah dan ringkas. Antara aktviti
yang boleh dijalankan ialah menamakan haiwan,mengajuk bunyi
haiwan, menyatakan cara pergerakan haiwan, mengelaskan kumpulan
haiwan dan sebagainya. Di sini elemen Sains dan seni pergerakan
telah dihubungkaitkan. Untuk mengaitkan dengan bahasa dan muzik,
guru meminta murid menyanyi mana-mana lagu yang ada kaitan
dengan haiwan. Selain itu murid juga disuruh berpantun atau membaca
puisi berkenaan haiwan. Untuk mengaitkannya dengan mata pelajaran
Matematik, guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan
penyelesaian masalah (problem solving) yang ada kaitan dengan
kehidupan seharian murid-murid. Contohnya, Di dalam bakul itu ada
sepuluh ekor ikan, dua ekor telah dilarikan kucing. Berapa ekor
ikankah yang masih tinggal?
Rajah 2 : Contoh Penghubungkaitan Mata pelajaran dalam Pelajaran
Pendidikan Seni Visual.
sarikei
Selamat Datang Ke
Kuching, Sarawak
4 bulan yang lalu
Aina & Nani
Ayembekkk @
blog.....
6 bulan yang lalu
Pulakdah!
LEMBU Korban
MENGAMUK Di
IPOH, 9 Cedera
10 bulan yang lalu
Jomss Layansss!!
Kemenangan Sam, Wawa dan
Yana jadi pertikaian
Setahun yang lalu
Buaya-Merah
(Gambar) Wajah 3 Orang Melayu
Islam Masuk Gereja Untuk Murtad
powered by
S E N A R A I B L OG S A Y A
8/25/2014 abubakar69.blogspot.com: HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html 5/13
Dengan adanya penghubungkait tersebut murid-murid akan belajar
beberapa kemahiran dalam sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Selain daripada dapat memantapkan perkembangan
sosial, emosi dan intelek murid-murid, pengajaran berintegrasi seperti
yang tersebut di atas dapat juga meningkatkan tahap perkembangan
kognitif, psikomotor dan afektif mereka.
Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran penghubungkaitan
(penggabungjalinan) ini lebih berkesan, guru-guru memainkan peranan
yang paling penting selain kesedian murid-murid sendiri.
B. i Peranan Guru dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
ini antaranya adalah:-
i) Merancang persediaan mengajar yang dapat menarik minat murid.
Antara perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian dalam
penyediaan rancangan pengajaran ini ialah berkenaan dengan topik,
objektif pengajaran, isi pelajaran cara penyampaian isi serta penilaian
yang diguna untuk menguji murid. Dalam penyediaan isi pelajaran guru
perlulah menyediakan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang pemikiran
murid-murid dan aktiviti tersebut perlu penglibatan semua tanpa
mengambil kira tahap kebolehan mereka.
ii) Merancang dan memilih sumber bahan pengajaran dan
pembelajaran serta bahan bantu mengajar. Sumber bahan-bahan yang
dipilih perlulah mesra pelajar iaitu mudah digunakan oleh mereka.
Bahan tersebut sudah semestinya menarik. Antara bahan yang boleh
digunakan ialah bahan elektronik seperti komputer, televisyen, radio,
internet dan sebagainya. Bahan bukan elektronik yang juga boleh
digunakan seperti carta bergambar dan sebagainya. Guru perlu
menyediakan bahan yang bersesuaian dengan tajuk yang hendak di
ajar.
iii) Guru sebagai pemotivasi dan fasilitator murid-murid. Guru haruslah
memberi motivasi dan keyakinan kepada murid-murid untuk melahirkan
idea dalam pembelajaran mereka supaya dapat membentuk sikap
positif dalam perkembangan diri serta mempunyai nilai-nilai murni
dalam hidup. Selain itu juga adalah fasilitator atau pemudahcara
semasa pembelajaran berjalan. Di mana guru membimbing serta
memberi tunjuk ajar jika diperlukan oleh murid-muridnya. Dengan itu
guru perlulah meningkatkan diri mereka dengan ilmu dan
mempelbagaikan teknik-teknik penyampaian serta membuat kajian
tentang pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.
iv) Pengurusan Kelas . Peranan guru di sini ialah membahagikan
pelajar mengikut tahap pencapaian akademik mereka. Dengan
pembahagian ini ianya akan memudahkan guru menyediakan aktiviti
yang bersesuaian dengan tahap akademik murid-muridnya. Selain itu
guru juga perlu memastikan suasana pembelajaran yang teratur.
3 tahun yang lalu
Che Det
DEMONSTRASI
3 tahun yang lalu
den2020
Rayuan Balotelli ditolak, kekal
digantung tiga perlawanan
3 tahun yang lalu
Akademi Fantasia Musim Ke-
7
Tiara Terbit Konsert Untuk Top 3
AF7
4 tahun yang lalu
Hari Guru 2009
Jackson's Private Viewing
5 tahun yang lalu
Buat Renungan
Untuk k c dak minat ngan
ttbhs...kajian teks
5 tahun yang lalu
P E N G I K U T
8/25/2014 abubakar69.blogspot.com: HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html 6/13
Perkara lain yang perlu diambil perhatian ialah:-
- kelas atau bilik yang selesa
- peredaran udara dan cahaya yang sesuai
- kelengkapan perabot, bahan dan peralatan yang mencukupi
B. ii Peranan Murid
Selain guru, murid-murid juga mempunyai peranan mereka sendiri
untuk memastikan pelaksanaan pengajaran penghubungkaitan ini
berjaya. Mereka digalakkan melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah samada secara formal
atau tidak formal. Dengan melibatkan diri secara aktif secara tidak
langsung akan dapat mempertingkatkan kemahiran belajar mereka dan
mereka juga dapat membuat penilaian kendiri tentang kelebihan dan
kelemahan diri sendiri. Murid-murid juga digalakkan untuk meneroka
sendiri sesuatu kemahiran yang baru dengan sentiasa merujuk kepada
guru sekiranya menghadapi masalah pembelajaran.
C. Pendekatan Bertema
Pendekatan bertema bermaksud pengajaran yang disusun atau
dirancang mengikut sesuatu konsep atau tema. Ianya merangkumi
koleksi bahan, aktiviti, isi pelajaran serta teknik penyampaian.
Pendekatan bertema memberi peluang kepada guru untuk
menghubungkait mata pelajaran yang diajar dengan mata pelajaran
lain. Penggabungjalinan beberapa mata pelajaran dalam sesuatu
pengajaran ini memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka,
mengalami dan mencari peluang mengekspresikan sesuatu tema yang
telah dirancangkan. Dalam pemilihan dan penentuan tema banyak
perkara yang guru perlu ketahui agar pengajaran dan pembelajaran
yang dirancang berkesan. Antara perkara tersebut ialah:-
tema yang dipilih hendaklah berasaskan kemahiran, pengalaman
serta pengetahuan sedia ada murid
tema yang dipilih berfokus kepada sesuatu isu. Contohnya isu-isu
semasa.
sumber-sumber pengajaran dan bahan bantu mengajar mudah
didapati dalam tema yang dipilih
guru perlu mempunyai banyak pengetahuan dalam tema yang
dipilih.
guru perlu memastikan tema pengajaran tersebut mempunyai
pemeringkatan aktiviti dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.
Pendekatan bertema juga dapat memberi keyakinan kepada murid-
8/25/2014 abubakar69.blogspot.com: HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html 7/13
murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan adanya
pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Ini disebabkan tema yang dipilih
mempunyai beberapa kemahiran seperti kemahiran bertutur,
membaca, menulis, asas matematik, berfikir, menyanyi dan
mengekspresi bakat (melukis).
C. i Terdapat banyak tema yang boleh digunakan oleh guru. Tema-
tema tersebut boleh dikategorikan dalam tiga jenis tema iaitu:-
A Tema persekitaran
B Tema Masyarakat
C Tema Komunikasi
Berikut merupakan satu contoh pengajaran yang menggunakan
pendekatan bertema. Tema yang digunakan ialah tema persekitaran.
Mata pelajaran : Bahasa Malaysia
Kelas : Tahun 4
Tema : Pengangkutan
Persekitaran : Persekitaran Teknologi
Di dalam pengajaran ini isi-isi pelajarannya dapat dikaitkan dengan
mata pelajaran lain seperti Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan
Muzik, Pendidikan Pergerakan dan Kesihatan dan Kajian Tempatan
dan Matematik. Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini murid-murid
akan di dedahkan dengan beberapa perkara penting seperti :-
- sejarah teknologi pengangkutan;
- kepentingan pengangkutan kepada manusia
- kesan-kesan teknologi pengangkutan terhadap alam sekitar,
kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan
- bentuk-bentuk pengangkutan
- pergerakan kenderaan
- perkaitan antara laju dan jarak menggunakan kenderaan
Tema persekitaran teknologi dipilih kerana ia telah membawa
kemajuan dan pembangunan kepada manusia . Teknologi juga
melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep
globalisasi. Teknologi yang hebat dan hebat mampu menarik minat
dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktif
dalam aktiviti-aktivi pengajaran yang berjalan. Murid juga akan dapat
meneroka pergerakan kreatif, imej, bunyi serta meluahkan perasaan
mereka secara bebas.
8/25/2014 abubakar69.blogspot.com: HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html 8/13
C.ii Pengintegrasian Matapelajaran
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) penegasan
yang berkesan amatlah dititik beratkan bagi memastikan pengajaran
dan pembelajaran berjaya dan mencapai objektifnya terutama sekali
kepada murid-murid. Bagi memastikan hasrat kerajaan dan matlamat
Falsafah Pendidikan Negara tercapai beberapa kaedah pengajaran
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah konsep
integrasi. Ianya meliputi semua bidang kemahiran ke arah penguasan
ilmu pengetahuan, kemahiran bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni
untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
jasmani dan emosi. Kerana keseimbangan ini adalah asas kepada
keharmonian negara. Antara aspek pengintegrasian yang boleh
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
(a) Penggabungjalinan
Ia adalah proses menyepadukan (penggunaan) pelbagai bidang
kemahiran bagi menjadikan suatu pelajaran itu integratif dan
menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai
kemahiran dalam sesuatu matapelajaran disampaikan secara
menyeluruh dan bersepadu dengan mengaitkannya dengan satu mata
pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Penggunaan strategi ini dapat
memberi peluang murid-murid menguasai beberapa kemahiran yang
berkaitan dengan isi pelajaran yang diajar. Ia juga boleh mengelakkan
kebosanan dan menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih
menarik. Untuk menjadikan proses penggabungjalinan ini lebih
berkesan, murid-murid hendaklah terlebih dahulu menguasai
kemahiran asas iaitu kemahiran mendengar, bertutur, mengira,
membaca dan menulis secara mekanis. Tujuan menguasai kemahiran
asas ini ialah untuk menarik perhatian guru untuk memberi kefahaman
dan penerangan yang lebih bermakna kepada murid.
(b) Penyerapan
Dalam konteks KBSR, penyerapan bermaksud sebagai proses
menyatupadukan isi pengetahuan daripada mata pelajaran untuk
dijadikan isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.
Contohnya bahan atau kandungan isipelajaran daripada mata pelajaran
lain seperti Matematik, Seni Pergerakan, Sains, Pendidikan Muzik,
Seni Visual atau Kajian Tempatan yang digunakan sebagai isi
kandungan dalam pelajaran Bahasa Malaysia. Penyerapan pengajaran
dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti dan gerak kerja yang dijalankan
oleh murid di sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berjalan.
Bagi tema Pengangkutan yang dipilih terdapat beberapa aktiviti
8/25/2014 abubakar69.blogspot.com: HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html 9/13
integrasi mata pelajaran lain yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah dengan menayangkan
jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di negara kita serta beberapa
penerangan tentang pengangkutan tersebut. Selepas itu murid diminta
melakukan beberapa aktiviti.
Pergerakan : (a) cara memandu kereta atau kapal terbang
(b) menunggang motosikal
(c) mengayuh perahu
Seni Visual : (a) membuat model kenderaan
(b) mewarna gambar
Pendidikan Muzik : (a) membunyikan bunyi kenderaan
(b) menyanyikan lagu yang ada kaitan dengan kenderaan.
Selain daripada itu murid-murid juga diminta untuk membandingkan
saiz kenderaan (Matematik), menyatakan kebaikan dan keburukan
yang terdapat dalam perkembangan pengangkutan (Sains), dan
menerang secara ringkas tentang sejarah pengangkutan (Kajian
Tempatan)
Di dalam aktiviti pengintegrasian ini kemahiran utama yang diajar
kepada murid-murid ialah kemahiran:
Lisan - menyoal untuk mendapatkan maklumat
- bercerita secara ringkas tentang kenderaan/pengangkutan
Bacaan - membaca petikan yang disediakan
- mencari maklumat yang terdapat dalam multimedia
Tulisan - menulis maklumat
- menjawab soalan
C. iii : Bagaimana aktiviti ini boleh membantu murid dalam
pembelajaran?
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan murid-
muridnya dapat mengikuti dan seterusnya dapat menerima isi
pengajaran yang disampaikan dengan semaksima mungkin. Maka
dengan itu aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran murid
menjurus kepada sesuatu yang boleh mencabar tahap kebolehan
mereka. Aktiviti seperti pergerakan dilakukan supaya kanak-kanak
akan mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti
penggunaan ruang, masa, imbangan berat badan dan daya. Semasa
melakukan aktiviti tersebut kanak-kanak akan dapat
memperkembangkan konsep pembentukan kendiri dari segi emosi
sosial, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni. Dengan adanya aktiviti ini
8/25/2014 abubakar69.blogspot.com: HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html 10/13
perkembangan psikomotor murid menjadi lebih meningkat dan
sekaligus membantu mereka menggunakan kesemua deria yang ada
pada mereka untuk memudahkan penerimaan ilmu pengetahuan.
Untuk aktiviti yang berkaitan dengan Seni Visual, murid-murid
membuat model kenderaan dan mewarna hasil kerja mereka. Aktiviti
ini dapat mengembangkan daya imaginasi murid-murid dan penajaman
daya intuisi mereka. Murid-murid juga dapat berinteraksi dengan bebas
sesama rakan sebaya. Mereka mencari pengetahuan dan
memanipulasi benda-benda menjadi sesuatu yang boleh dijadikan alat
permainan mereka. Murid-murid juga akan dapat mewujudkan suasana
yang dinamik dan interaktif dalam proses pembelajaran meraka. Dalam
aktiviti nyanyian guru dapat membimbing murid kemahiran lisan
mereka. Ia juga dapat membantu murid meluahkan perasaan
berlandaskan pengetahuan dan pengalaman verbal dan bukan verbal
samada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik
berasaskan tema yang diberi. Ini menjadikan murid-murid lebih
berkeyakinan dan pembelajaran lebih menyeronokkan.
Dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti-aktiviti integrasi dalam
pengajaran adalah sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang
diperolehi daripada mata pelajaran lain dapat membantu penguasaan
kemahiran fokus yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan
pembelajaran dan menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan
individu secara seimbang, harmonis dan bersepadu.
C. IV Penggunaan Bahan Dalam Proses Pengajaran
Pemilihan bahan pengajaran juga adalah sebahagian dari tugas guru
dalam merancang pengajarannya. Penggunaan bahan bantu mengajar
mengajar adalah sangat penting kerana ianya dapat membantu murid
lebih memahami dan apa yang mereka fahami itu akan kekal dalam
ingatan mereka. Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya termasuklah
pengetahuan dan nilai-nilai murni. Bahan juga boleh dikategorikan
sebagai media pendidikan. Kesemua alat dan bahan, jika digunakan
dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan akan dapat
merangsang dan mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dan
berkesan. Ia juga penting sebagai media komunikasi, sumber
pengalaman dan unsure yang boleh mempelbagaikan kaedah dan
teknik pengajaran. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran ini
ialah:-
Bil Bahan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1 Bahan elektronik
8/25/2014 abubakar69.blogspot.com: HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html 11/13
- komputer, tayangan klip
video, Internet
Penerangan semasa set induksi.
Mencari maklumat
2 Bahan bukan elektronik
- carta gambar
- lembaran kerja
- teka silangkata
- surat khabar lama
Mencari maklumat tentang pengangkutan
Aktiviti pengayaan
Aktiviti melukis dan mewarna gambar
3 Bahan maujud
- kereta, motosikal dan basikal
Membina ayat dan kemahiran membaca dan menulis.
Rajah 3 : Bahan pengajaran dan pembelajaran
Dalam pengajaran bertema yang dicadangkan ini bahan pengajaran
yang digunakan ialah klip video yang ditayangkan menggunakan
komputer dan LCD. Maklumat-maklumat pengajaran disampaikan
melalui tayangan berkenaan keadaan sebenar serta peristiwa-peristiwa
yang berkaitan dengan pengangkutan di negara kita. Tujuannya ialah
supaya murid-murid mendapat maklumat yang lebih jelas jika
diterangkan dengan contoh-contoh yang memerlukan bahan audio dan
visual. Contohnya;
1) menerangkan jenis-jenis pengangkutan (air, udara dan darat)
2) menunjuk dan membezakan kepantasan pergerakkan kenderaan
3) menerangkan bunyi kenderaan
4) menerangkan bentuk-bentuk kenderaan
Penerangan guru dengan diiringi bahan-bahan tersebut dapat
memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka
memahami sesuatu dengan jelas. Internet juga digunakan sebagai
pendedahan dunia IT kepada murid. Guru membimbing murid
meneroka alam maya untuk mencari maklumat. Peluang ini akan
dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid
Penggunaan bahan-bahan pengajaran seperti yang terdapat dalam
Rajah 3 di atas dapat membantu murid meneroka dan mengaitkan
pengetahuan dengan pengalaman dan pembelajaran dari mata
pelajaran lain seperti Sains dan kajian Tempatan. Di samping itu ia
8/25/2014 abubakar69.blogspot.com: HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html 12/13
juga dapat memupuk nilai-nilai murni dan pemikiran positif murid-murid.
Rujukan:
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Konvensyen Kebangsaan
Pendidikan Seni Visual 2000. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Pengurusan Bilik Darjah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Omar Zakaria, Shaifol Bahary dan Hassan Ahmad. (2006). HBEF2303
Teknologi Maklumat dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn.
Bhd.
Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan
Pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Salmah Ayob. (1996). Strategi, Teknik dan Perancangan Pendidikan
Pergerakan. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403 Seni Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
DI CATAT OLEH ABUBAKAR DI 5: 13 PG
3 UL AS AN:
shafiee basri 13 Jun 2014 5:33 PTG
Terima kasih tidak terhingga.
Balas
nancy 6 Julai 2014 1:31 PG
Terima kasih untuk catatan ini.
Sya mohon kongsi utk tugasan sya.Mohon dihalalkan.
Balas
8/25/2014 abubakar69.blogspot.com: HBEF1403 : SENI DALAM PENDIDIKAN
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hbef1403-seni-dalam-pendidikan.html 13/13
Catatan Terbaru Catatan Lama
Masukkan ulasan anda...
Ulas sebagai:
Akaun Google
Terbitkan

Pratonton
Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Hanan Arsad 9 Ogos 2014 2:49 PTG
terima kasih...bhn bnyk membantu
Balas

You might also like