You are on page 1of 4

Keadilan Kata Jebat Ketaatan Kata Tuah

Sebaik selesai solat Isya yang agak lewat, satu suara kedengaran memberi salam. Demang
menjawab salam tersebut, melipat sejadah dan menuju ke jendela tanpa sempat berdoa. Kata guru
Demang, utamakan tetamu sebab dengan Tuhan kita boleh bertemu bila-bila masa.

Sebaik daun tingkap dibuka Demang melihat sesusuk tubuh lelaki tercegat di depan tangga teratak
Demang. Cahaya bulan membantu Demang mengecam empunya tubuh tersebut.

Ha, Dalik. Naiklah. Nanti hamba bukakan pintu. ujar Demang.

Sebentar kemudian Dalik sudahpun bersila mengadap Demang.

Begini, Demang. Dalik mengengsot ke depan menghampiri Demang, hampir berlaga lutut. Datuk
Bendahara berkirim salam dan berharap Demang ke istana sekarang juga. Dalik menyampaikan
pesanan.

Demang mengerutkan dahi. Kenapa ke istana? Bukankah Baginda Sultan sedang meminggir ke hulu
lantaran amukan Jebat?

Ah, Jebat. Patutlah berdiam diri tatkala baginda menitahkan hukuman bunuh ke atas Tuah. Patutlah
tunduk menekur lantai tatkala diserahkan taming sari dengan gelaran Laksamana. Rupanya
menunggu kesempatan untuk merajalela. Habis dayang-dayang diperkosa, puluhan rakyat tak
berdosa dibunuhnya.

Apa lagi yang dibuat Jebat? Sudah dibunuhnyakah baginda? Entahkan sudah dibakarnya istana?
Berapa ramai lagikah rakyat yang diamuknya?

Maafkan hamba Demang. Dato Bendahara minta kita bersegera. Dalik memecahkan lamunan
Demang.

Seperkara lagi, Demang. Pesan Bendahara agar perkara ini dirahsiakan sangat-sangat. Hamba
beredar dulu agar tidak ketahuan dek orang ramai. Nanti Demang ke sana seorang diri dan masuk
melalui pintu rahsia. sambumg Dalik dengan berbisik.

Baiklah. Hamba faham. balas Demang.

Tidak sukar untuk Demang memasuki istana melalui terowong rahsia. Belumpun tiba di balairong
sudah terdengar bunyi orang berpencak. Demang mempercepatkan langkah sambil menghunus keris,
sekadar bersedia.

Siapa gerangan yang berani mencabar Jebat? Kasturi? Lekir? Lekiu? Setahu Demang tak ada seorang
pun mampu membendung amukan Jebat.

Tiba di balairong Demang terpegun. Apa benarkah penglihatan Demang?

Di tengah-tengah balairong kelihatan dua pendekar sedang bertarung. Jebat sedang menghadapi
lawannya. Sekilas pandang sahaja susuk tubuh pencabarnya telah Demang kenal.

Tuah? Demang menelan liur. Kalimat itu sekadar tersangkut di kerongkong. Mata Demang terpaku
pada pertarungan yang sedang berlangsung.

Sedetik Jebat menyerbu. Tubuhnya melayah ke udara sambil menggenggam kemas ulu keris dan
menjunamkan mata runcing itu ke dada Tuah.

Namun Tuah tangkas mengelak ke kanan, menjatuhkan badannya dan dengan satu gerakan sepantas
kilat beliau membentes keting Jebat.

Jebat terhumban ke depan namun sebelum dadanya sempat terhenyak pada lantai, tanpa diduga
tapak tangannya menepuk lantai dan melentingkan tubuhnya, kemudian berdiri tegak di belakang
Tuah.

Tuah terpaksa menjatuhkan tubuhnya sekali lagi serta berguling ke kanan mencari tapak selamat.

Namun Jebat tidak membiarkan Tuah berehat lama. Kali ini dia melompat tinggi untuk menyerang.
Melihatkan itu, Tuah ikut melompat. Kedua-duanya beraksi di udara agak lama. Sepak, terajang dan
tepis-menepis antara keduanya berlaku tanpa berpijak di lantai.

Dalam satu gerakan yang amat pantas, Tuah menendang lengan Jebat sehingga keris tamingsari
yang digenggam Jebat melayang dan jatuh di depan Demang. Tidak cukup dengan itu satu
tendangan padu hinggap di dada Jebat sehingga sahabatnya itu tertiarap hampir dengan tempat
Demang berdiri.

Spontan, Demang menggulingkan tubuh ke depan, menyambar tamingsari yang tertancap di lantai
dan merengkuh Jebat dari belakang. Demang mengunci jebat yang sedang tertiarap. Tanpa perlu
membuang masa Demang mengangkat tamingsari dan menjunamkan mata keris itu ke arah dada
Jebat.

Sebelum sempat mata keris itu menjamah tubuh Jebat tiba-tiba lengan Demang seolah dihayun oleh
sebuah bandul yang amat berat. Keris tamingsari yang Demang sangka telah digenggam kemas
terpelanting entah ke mana.

Demang memanggung kepala. Dua tubuh sasa tersenyum memandang Demang yang terpinga-pinga.
Dato Bendahara menghulurkan tangan kepada Demang dan menarik Demang berdiri. Tuah yang
berdiri di sebelahnya membantu Jebat bangun sambil keduanya tertawa kecil.

Sudahlah. Kita berhenti dulu. Demang pun dah tiba. Dato Bendahara bersuara lembut.

Demang masih kebingungan. Apa ertinya semua ini?

Sebagaimana yang Demang tahu, Tuah tidak hamba bunuh. Dato Bendahara memulakan bicara.
Cuma Demang tidak tahu bahawa Jebatpun tidak ditikam oleh Tuah. Mana mungkin Tuah
membunuh saudaranya sendiri. Memang Adi Putera telah meramalkan yang mereka berdua akan
berlawan sesama sendiri. Justeru kami telah mengambil langkah awal agar perlawanan ini tidak
sampai berakhir dengan kematian. Pun begitu, nyaris-nyaris tadi Jebat ditikam Demang. Syukurlah,
perkara ini sudah hampir selesai. Bendahara menyambung.

Astaghfirullahalazim Subhanallah ucap Demang penuh penyesalan. Ternyata Demang terburu
nafsu sehingga hampir-hampir membunuh Jebat. Jadi, Jebat tidak bersalah? soal Demang.

Hamba tidak mengatakan demikian. Sebagaimana Demang tadi, Jebat juga terdorong oleh nafsu.
Tuah juga begitu. Malah hamba juga mungkin telah melakukan kesilapan. Masing-masing ada
kesilapan. Namun itu bukan alasan untuk kita melakukan kesilapan yang lebih besar. Bendahara
merenung wajah-wajah yang sedang mengadapnya itu silih berganti.

Peristiwa ini menjadi pengalaman amat berguna dalam kita membina negara. Baginda Sultan adalah
payung negara sedangkan kitalah bahan binaannya.

Hamba mempertahankan Sultan bukan bererti hamba tidak mengendahkan nasib rakyat malah
kerana memikirkan nasib rakyatlah hamba pertahankan sistem beraja.

Tuah, hamba asuh dan didik sejak kecil untuk setia mempertahankan negara. Tuah tidak kembali
kerana perintah Sultan Mahmud sebaliknya kerana hamba yang bersungguh-sungguh meminta.
Bukan Sultan Mahmud yang kami bela sebaliknya Kesultanan Melayu (khalifah Islam) itu yang kami
pertahankan.

Jebat adalah pelindung pada sahabatnya tidak kira apapun situasi. Namun untuk menentang Sultan,
Tuah perlu dilepasi kerana selagi Tuah masih hidup tidak ada sesiapa boleh menyentuh Sultan dan
juga Bendahara.

Itulah sebabnya Jebat tidak membantah ketika Sultan menjatuhkan hukuman ke atas Tuah. Baginda
tidak akan menerima bantahan Jebat. Jika Jebat berkeras maka Tuah pasti akan membunuh Jebat
kerana itu adalah tugasnya. Bendahara menerangkan dengan agak tegas.

Kemudian beliau menyambung sambil tersenyum: Malah jika hamba sendiri cuba menderhaka maka
Tuah tidak akan ragu-ragu menamatkan riwayat hamba.

Ah, selama ini hamba mencurigai Jebat dan menuduhnya tanpa mampu membela diri. Maafkan
hamba, Jebat. Demang tunduk menekur lantai. Terasa malu kerana pernah bersikap lancang
menghina Jebat. Padahal Jebat sekadar melaksanakan tanggungjawabnya.

Tuan hamba tidak sepenuhnya bersalah, Demang. Sewajarnya tuan hamba berpihak kepada Tuah
cuma pandangan terhadap Jebat perlu diubah. Jebat tidak menderhaka atas kepentingan peribadi
sebaliknya sekadar untuk menyedarkan sultan yang lalai dengan tanggungjawab baginda. Jika Jebat
benar-benar ingin merampas kuasa, sudah lama beliau melakukannya kerana dengan tamingsari di
tangan, siapakah yang layak menahannya? Bendahara menjelaskan.

Seterusnya beliau menambah: Demang, sampaikan kisah ini pada anak cucu kita. Katakan pada
mereka bahawa Jebat sudah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang sahabat. Tuah sudah
menunaikan tanggungjawabnya sbg seorang Laksamana dan pelindung Sultan. Hamba pula telah
melakukan yang terbaik bagi menjaga semua kepentingan itu di samping memastikan negara ini
selamat untuk didiami oleh rakyat.

Moyang kita iaitu Demang Lebar Daun telah mengasaskan sistem kesultanan ini. Sistem hanyalah
sebuah kaedah. Tidak ada sistem yang betul atau salah sebaliknya manusialah yang tidak amanah
kepada sistem. Jika Iskandar Zulkarnain mendapat penasihat seorang nabi (Khaidir), mustahilkah
Sang Sapurba tidak diberikan seorang wali (Demang Lebar Daun)?

Bagaimanakah generasi tuan hamba Demang begitu yakin yang raja Melaka hanya memeluk Islam
pada 1414 sedangkan ditemui batu bersurat di Terengganu bahawa Islam telah tiba di bumi bertuah
ini jauh lebih awal dari itu? Bukankah itu satu bukti yang Islam sudah bertapak jauh lebih awal di
Kepulauan Melayu?

Tidakkah itu suatu isyarat bahawa Demang Lebar Daun sudah menerima Islam lebih awal?

Hamba nasihatkan, dalam keadaan dunia tuan hamba yang begitu bercelaru ini, kembalilah kepada
jati diri kalian. Apa salahnya Melayu kekal menjadi Melayu, Cina kekal sebagai Cina dan India kekal
sebagai India. Begitu juga dengan kaum-kaum lain. Jadikan perbezaan dan kepelbagaian tersebut
sebagai kelebihan dan keistimewaan yang jika disatukan akan menjadi harta yang tak ternilai. Hamba
sudah melakukannya di Melaka pada zaman kami dahulu. Lihatlah kepelbagaian penduduk di Melaka
ketika itu dan bagaimana hamba garap semuanya bagi membina negara. Tidakkah tuan hamba pelik
bagaimana Melaka yang dimulakan pada 1400 berjaya menjadi empayar terbilang tidak sampai 20
tahun. Walaupun kami cuma mampu bertahan selama 110 tahun namun kami berjaya mencapai
kegemilangan yang belum mampu dikecapi oleh generasi tuan hamba.

Semaklah sejarah dan pelajari sesuatu yang positif. Jangan terlalu mempersoalkan sebab kejatuhan
dan keruntuhan Melaka. Fikirkan cara untuk melakukannya dan jangan sesekali mengambil hak orang
lain. Bendahara menamatkan bicara.

Bendahara menghampiri Demang dan menghulurkan tangannya. Terasa satu gerakan lembut pada
bahu Demang: Bang, bangun. Apasal tidur kat sini?

Aku membuka mata. Rupa-rupanya isteriku mengejutkan aku daripada lena. Astaghfirullahbermimpi
rupanya.

Maafkan Hamba Jebat selama ini hamba keliru perjuangan dan sejarah mu. maka benarlah

Keadilan Kata Jebat Ketaatan Kata Tuah

You might also like