You are on page 1of 26

PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/1

UNIT 3
SCR DAN GTO-SCR
OBJEKTIF
Objektif am : Mengenali dan memahami peranti SCR dan GTO-
SCR serta kegunaannya di dalam industri.
Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-
mengenalpasti struktur binaan, simbol dan pembungkusan SCR dan
GTO-SCR
melukiskan lengkuk ciri I-V untuk SCR dan GTO-SCR
menerangkan ciri-ciri get bagi SCR
menerangkan operasi SCR dan GTO-SCR pada pincang depan dan
pincang songsang
menerangkan perbezaan diantara SCR dan GTO-SCR
menerangkan aplikasi GTO-SCR didalam litar penjana gelombang
gerigi.
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/2
3.0 Pengenalan
Para pelajar tentu pernah melihat suis yang digunakan untuk menghidupkan (ON)
atau mematikan (OFF) peralatan elektrik. Namun begitu suis tersebut tidak dapat
digunakan secara keseluruhannya didalam litar elektronik terutama yang melibatkan litar-
litar elektronik yang komplek. Untuk itu terdapat beberapa peranti yang direkabentuk
khas untuk melaksanakan operasi tersebut . Untuk itu didalam unit ini para pelajar akan
diberikan penjelasan berkenaan dengan beberapa jenis peranti tersebut seperti :-
SCR (Silicon Controlled Rectifier) .
GTO SCR(Gate Turn Off SCR).
3.1 Pengenalan SCR (Penerus Terkawal Silikon)
SCR atau Penerus Terkawal Silikon merupakan satu peranti yang di bina daripada 4
lapisan bahan separuh pengalir dari jenis P dan juga N selain itu ianya mempunyai 3
terminal iaitu Anod , Katod dan juga Get yang berfungsi sebagai elemen kawalan .
Gambarajah 3 (a) Simbol (b) struktur binaan asas SCR.

Rajah 3.1(a) Rajah 3.1(b)
Perbezaan SCR berbanding dengan diod ialah ianya hanya akan membenarkan
pengaliran arus melaluinya apabila di pincang hadapan sehingga voltan yang dibekalkan
pada anod mencapai nilai yang sama atau lebih daripada nilai voltan pecahlampau
hadapan(Forward Breakover Voltage(VBRF)).
Bila keadaan ini berlaku SCR akan ON, namun begitu nilai Voltan Pecahlampau
hadapan (VBRF) dapat dikawal dengan mengubah nilai arus yang melalui terminal get,
untuk itu terminal get yang terdapat pada SCR tersebut menjadikan peranti tersebut
sebagai penerus atau suis yang boleh dikawal.
INPUT
gate
anod katod
gate
katod anod
p n p n
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/3
AKTIVITI 3a
UJ IKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK J AWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG TERAKHIR.
a) Namakan 3 terminal yang terdapat pada SCR
. ,..dan ..
b) Lukiskan gambarajah simbol dan struktur binaan asas SCR.
c) SCR merupakan singkatan untuk ..
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/4
3.1.1 Konsep Penjanaan Semula (Regeneration Action).
Setelah anda menjawab segala soalan di atas dengan betul maka kita
teruskan dengan huraian berkenaan dengan konsep Penjanaan Semula, yang mana
digunakan di dalam memperjelaskan operasi SCR secara dalamannya. Untuk itu
model litar dua transistor digunakan didalam menjelaskan keadaan tersebut dan
digambarkan didalam rajah 3.1.1(a).

Rajah 3.1.1(a) (Litar dua transistor)
Transistor yang digunakan ialah Q1(Transistor NPN ) manakala Transistor
Q2 (Transistor PNP ) dan bagi memperjelaskan operasinya anda di minta merujuk
kepada rajah 3.1.1(b)dan(c) .
Rajah 3.1.1 (b) Gelombang Denyut (c) Litar
anod
katod
gate
INPUT
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/5
Semasa perubahan masa dari 0 ke t1 ,Vget pada masa itu bersamaan
dengan 0V untuk itu Vb2 =Vgate =0V ,manakala arus tapak Ib2 =0 dan Ic2
hampir sama dengan Ic0 . Arus tapak bagi Q1 , Ib1=Ic2=Ic0 arus ini terlalu kecil
untuk menghidupkan Q1 . Untuk itu kedua-dua transistor berada dalam keadaan
OFF ,yang seterusnya mewujudkan galangan yang tinggi diantara pemungut
dan pemancar untuk setiap transistor dan menyebabkan berlakunya litar buka
terhadap litar tersebut.
Untuk penerangan ini sila rujuk rajah 3.1.1(d) .Pada masa t=t1, denyut
bagi Vg dibekalkan kepada terminal get SCR,dimana Vg yang dibekalkan
mempunyai nilai yang cukup untuk menghidupkan Q2(Vbe2=Vg).Manakala arus
pemungut Q2 akan meningkat mencapai nilai yang mencukupi untuk
menghidupkan Q1(Ib1=Ic2). Bila Q1 dihidupkan Ic1 akan meningkat dan
seterusnya meningkatkan Ib2 .Dengan meningkatnya Ib2 pada Q2 seterusnya
meningkatkan Ic2.Secara keseluruhan hasil daripada proses ini mewujudkan satu
keadaan penjanaan semulayang mana meningkatkan arus pemungut untuk
setiap transistor,dan keadaan ini juga mewujudkan suapbalik diantara transistor
tersebut.Pada masa tersebut juga rintangan diantara anod dan katod adalah kecil
dan untuk itu arus Anod (IA) adalah hampir sama dengan Arus yang wujud di
Katod (IK).Dalam keadaan ini bolehlah dikatakan SCR berada dalam keadaan
ON.
Rajah 3.1.1(d)
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/6
AKTIVITI 3b
UJ IKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK J AWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG TERAKHIR.
a) Lukiskan gambarajah model litar yang menerangkan operasi Penjanaan
Semula.
b) Apakah yang dimaksudkan dengan Penjanaan Semula secara ringkas.
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/7
3.1.2 Ciri-ciri I-V bagi SCR

Rajah 3.1.2(a) Ciri I-V bagi SCR
Gambarajah 3.1.2(a) merupakan gambarajah yang menunjukkan ciri-ciri I-
V bagi SCR dimana terminal get berada dalam keadaan litar buka atau tanpa
penyambungan.Apabila Terminal Anod dan Terminal Katod berada di dalam
keadaan pincang terbalik ,arus yang mengalir adalah terlalu kecil dan boleh
diabaikan ,sehinggalah voltan yang melintanginya mencapai nilai Voltan Puncak
Sonsang(VROM)dan mengakibatkan wujudnya Reverse Avalanche Regiondan
seterusnya mengakibatkan arus songsangan meningkat dengan drastik .
Manakala jika SCR berada dalam keadaan Pincang Hadapan hanya
terdapat sedikit arus bocor yang mengalir melaluinya sehinggalah voltan pada
Anod mencapai kadaran Voltan Pecahlampau hadapan (VBRF) dan keadaan ini
mewujudkan Forward Avalanche Region.Pada masa yang sama arus yang
melaluinya meningkat dengan drastik sehinggalah mencapai tahap
pengaliran.Keadaan ini mengakibatkan rintangan anod dan katod menjadi terlalu
kecil dan pada masa itu SCR boleh dianggapkan sebagai satu suis yang tertutup.
Selain itu Voltan yang melintangi SCR adalah rendah untuk itu seluruh
voltan bekalan bolehlah dikatakan susut pada punca keluaran yang disambungkan
kepada rintangan ataupun beban. Namun begitu arus yang dibekalkan perlulah
berdasarkan kepada kadaran arus yang telah di tetapkan untuk SCR tersebut.
Rumusan yang dapat kita buat di sini iaitu SCR mempunyai dua
kedudukan operasi iaitu ON dan juga OFF dan konsep ini samalah seperti
satu suis mekanikal .Selain itu apabila Voltan bekalan kurang daripada Voltan
pecahlampau hadapan(VBRF)SCR berada dalam keadaan OFF,manakala jika
Voltan bekalan lebih besar atau sama dengan Voltan pecahlampau hadapan
(VBRF) SCR berada dalam keadaan ON .Pada ketika SCR berada dalam
INPUT
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/8
Bila SCR ON
VBRF =maksima manakala
Ig=0A
keadaan ONkadaran arus yang menentukan SCR senantiasa berada dalam
keadaan ON mestilah tidak kurang daripada kadaran arus pegangan(Holding
Current) yang telah ditetapkan untuk SCR tersebut.
3.1.3 Kesan Kawalan get untuk Voltan Pecahlampau hadapan (VBRF)
Sepertimana yang telah diperjelaskan kepada anda sebelum topik ini,iaitu
SCR berada dalam keadaan ON apabila anod dan katod berada dalam keadaan
pincang hadapan dan voltan yang melintanginya mencapai nilai voltan
pecahlampau hadapan dan terminal get berada dalam keadaan litar buka. Untuk
itu nilai Voltan Pecah Lampau hadapan ketika itu berada dalam keadaan
maksima.
Untuk memahami nya dengan mudah berdasarkan penerangan di atas
dapatlah ianya digambarkan dalam bentuk persamaam berikut :-
Tetapi jika nilai Ig di tambah kesatu nilai yang tertentu ianya akan
mempengaruhi nilai VBRF yang mana nilainya tidak lagi berada pada kadaran
maksima. Keadaan ini juga dapat di gambarkan dalam bentuk rajah 3.1.3(a).

Rajah 3.1.3(a)
Selepas SCR di ONkan arus get tidak di perlukan lagi ,oleh itu sebarang
peningkatan atau pengurangan Ig tidak akan mempengaruhi operasi SCR
tersebut.Oleh itu SCR akan senantiasa berada dalam keadaan ON sehinggalah
voltan hadapan pada terminal anod diputuskan atau dikurangkan di bawah nilai
voltan yang di tentukan untuk menghasilkan arus pegangan .
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/9
AKTIVITI 3c
UJ IKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK J AWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG TERAKHIR.
a) Lukiskan gambarajah lengkuk Ciri I-V bagi SCR serta labelkan pekara-pekara
penting berkenaan lengkuk tersebut.
b) J ika SCR telah di ON kan adakah ianya masih memerlukan Ig(arus get).
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/10
3.1.4 Ciri ciri get.
Untuk memahami ciri-ciri get SCR dengan lebih mendalam sila rujuk
gambarajah 3.1.4(a) .Di mana penerangan nya adalah berdasarkan kepada rajah
tersebut .Selain itu model SCR yang tertentu telah dipilih iaitu dari jenis (GE
series C38).

Rajah 3.1.4(a) Ciri-ciri get SCR (GE series C38)
Berdasarkan kepada rajah 3.6 tiga aspek penting yang akan dilihat iaitu
dari aspek PGFM,IGFM,dan VGFM ,dan selain nya adalah berdasarkan kepada
bahagian yang telah dihitamkan ,dimana pada bahagian tersebut sebarang nilai
arus get dan voltannya akan memicu SCR berdasarkan kepada model yang sama.
Selain itu aspek suhu juga dilihat sebagai sumber data didalam untuk menentukan
kadaran Ig yang bersesuaian.Di samping itu beberapa parameter yang diperlukan
untuk menentukan operasi SCR tersebut disertakan didalam helaian spesifikasi
SCR .
3.1.5 Kaedah menghidupkan SCR
Terdapat dua kaedah yang dapat digunakan didalam menghidupkan SCR :
Dengan meningkatkan Voltan Pincang Hadapan Melebihi atau sama
dengan Voltan Pecahlampau Hadapan.
Dengan Membekalkan Denyut atau picuan positif pada terminal get
apabila peranti tersebut berada dalam keadaan pincang hadapan
(Kaedah kawalan get).
INPUT
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/11
Untuk kaedah Kawalan get terdapat 3 jenis picuan yang dapat digunakan :
Picuan dengan isyarat DC.
Picuan dengan isyarat AC.
Picuan dengan isyarat Denyut.
3.1.6 Kaedah Mematikan SCR
Terdapat tiga kaedah yang dapat digunakan didalam mematikan SCR :
Penukartertiban Tabii (natural Commutation) .
Kaedah Pincang sonsang Turn Off (Reverse Bias Turn Off).
Get turn Off.
3.1.7 Aplikasi SCR.
Berikut adalah senarai aplikasi SCR didalam Industri:
Suis.
Kawalan Kuasa.
Litar Denyut
Litar Lengah Masa
Pelindung Voltan Lampau
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/12
AKTIVITI 3d
UJ IKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK J AWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG TERAKHIR.
a) Senaraikan dua kaedah untuk menghidupkan dan mematikan SCR.
b) Berdasarkan kepada kaedah mematikan SCR pilih satu kaedah dan terangkan
berdasarkan kepada rujukan yang anda telah lakukan.(tugasan).
c) Senaraikan Tiga jenis isyarat picuan yang boleh digunakan untuk memicukan
get SCR.
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/13
3.2 GTO-SCR (Gate Turn-Off SCR)
GTO-SCR merupakan peranti yang dibina daripada bahan
separuh pengalir dari jenis P dan juga N dimana ianya digabungkan menjadi empat
lapisan,disamping itu ianya mempunyai tiga terminal sepertimana SCR iaitu Anod ,
Katod dan juga get. Untuk lebih jelas lagi pelajar boleh merujuk kepada rajah 3.7 yang
menunjukkan gambarajah struktur asas binaan dan juga simbol.

Rajah 3.2(a) Struktur Binaan Asas (b) Simbol
Terminal Anod disambungkan kepada sumber positif bekalan manakala terminal
katod disambung ke sumber negatif bekalan dan get disambungkan kepada sumber
denyut ataupun picuan.
3.2.1 Operasi Asas GTO-SCR
J ika kita lihat dari aspek operasi ataupun kendaliannya ianya berfungsi
sama seperti SCR tetapi dari segi kaedah menghidupkan dan mematikan GTO
adalah lebih mudah berbanding dengan SCR , dengan syarat denyut yang tertentu
dibekalkan diantara get dan juga katod.
INPUT
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/14
Tambahan GTO-SCR tidak memerlukan litar picuan sepertimana
SCR.Namun begitu jika kita lihat dari segi Spesifikasi perbandingan diantara
GTO-SCR dan juga SCR didapati :
Kadaran arus ppgd maksima adalah sama diantara GTO-SCR dan juga
SCR.
Arus Picuan bagi GTO adalah lebih tinggi berbanding dengan SCR.
Arus Turn Off bagi GTO adalah lebih besar dari arus picuan nya dan
juga SCR.
Selain daripada itu jika kita lihat dari segi masa pensuisan didapati GTO
mempunyai masa ON dan OFF yang lebih stabil (1s) berbanding SCR yang
mana masa ON nya hampir sama tetapi masa OFF yang agak lama diantara
(5-30s).
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/15
AKTIVITI 3e
UJ IKAN KEFAHAMAN ANDA DAN SILA SEMAK J AWAPAN ANDA PADA
MAKLUMBALAS DI HALAMAN YANG TERAKHIR.
a) Lukiskan gambarajah simbol dan struktur binaan asas GTO-SCR.
b) Nyatakan perbezaan diantara GTO-SCR berbanding dengan SCR.
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/16
3.2.2 Aplikasi GTO-SCR
Keupayaan GTO-SCR sebagai satu suis membolehkannya digunakan
didalam litar pembilang, penjana denyut,Bebilang Penggetar dan juga Pengatur
Voltan.Didalam rajah 3.2.2(a) menunjukkan satu contoh litar aplikasi peranti
GTO-SCR yang digunakan didalam menghasilkan denyut gelombang gerigi.

Rajah 3.2.2(a) Gambarajah Litar penjana Gel. Gerigi
Apabila Voltan bekalan di bekalkan GTO-SCR akan di ONkan ,yang
mana menghasilkan litar pintas diantara anod dan juga katod. Manakala pada
masa tersebut kapasitor C1 akan mula mengecas sehingga mencapai nilai cas
yang melebihi bezaupaya(Vz) yang wujud pada diod zener,kesan ini akan
mengakibatkan berlaku sonsangan voltan yang wujud diantara terminal get dan
juga katod,disamping itu wujud sonsangan arus di terminal get.
Apabila keadaan songsangan ini berlaku ianya akan mewujudkan arus
negatif mengalir melalui terminal get yang mana mencukupi untuk
mengakibatkan GTO-SCR OFF.Seterusnya menjadikan litar tersebut berada
dalam keadaan litar buka, dan kapasitor C1 akan menyahcas melalui rintangan R3
. Apabila bezaupaya Vo menurun di bawah nilai Vg ini akan menghidupkan
kembali GTO-SCR dan keadaan akan berterusan.
INPUT
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/17
Untuk menentukan masa atau tempoh menyahcas bagi litar tersebut
,formula berikut boleh digunakan iaitu :
Oleh itu untuk menentukan bentuk
gelombang gerigi yang hendak dihasilkan maka perubahan dapat dilakukan
dengan mengubah nilai rintangan R3 dan C1 yang terdapat didalam litar tersebut.
T=R3 C1
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/18
PENILAIAN KENDIRI
Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.
J ika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat
mencuba semoga berjaya!!!!
SOALAN 3-1
Berdasarkan kepada ciri ciri I-V bagi peranti SCR ,terangkan bagaimana SCR
beroperasi .
SOALAN 3-2
Terangkan konsep Penjanaan Semula dan lukiskan model litar yang digunakan.
SOALAN 3-3
Terangkan secara ringkas bagaimana anda dapat menghidupkan SCR dengan
kaedah-kaedah yang telah diterangkan.
SOALAN 3-4
Sila merujuk dari sumber-sumber lain , yang dapat membantu anda untuk
menjelaskan tentang penggunaan SCR secara ringkas didalam Industri.
SOALAN 3-5
Terangkan bagaimana GTO-SCR beroperasi dan nyatakan kelebihan GTO-SCR
berbanding dengan SCR.
SOALAN3-6
Terangkan aplikasi GTO-SCR didalam litar penjana gelombang gerigi dan
lakarkan gelombang keluaran nya.
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/19
MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI
Adakah anda telah mencuba dahulu?
J ika Ya, sila semak jawapan anda.
J awapan 3-1

Ciri I-V bagi SCR
Apabila Terminal Anod dan Terminal Katod berada di dalam keadaan pincang
terbalik ,arus yang mengalir adalah terlalu kecil dan boleh diabaikan ,sehinggalah voltan
yang melintanginya mencapai nilai Voltan Puncak Sonsang(VROM)dan mengakibatkan
wujudnya Reverse Avalanche Regiondan seterusnya mengakibatkan arus songsangan
meningkat dengan drastik .
Manakala jika SCR berada dalam keadaan Pincang Hadapan hanya terdapat
sedikit arus bocor yang mengalir melaluinya sehinggalah voltan pada Anod mencapai
kadaran Voltan Pecahlampau hadapan (VBRF) dan keadaan ini mewujudkan Forward
Avalanche Region.Pada masa yang sama arus yang melaluinya meningkat dengan
drastik sehinggalah mencapai tahap pengaliran.Keadaan ini mengakibatkan rintangan
anod dan katod menjadi terlalu kecil dan pada masa itu SCR boleh dianggapkan sebagai
satu suis yang tertutup.
Selain itu Voltan yang melintangi SCR adalah rendah untuk itu seluruh voltan
bekalan bolehlah dikatakan susut pada punca keluaran yang disambungkan kepada
rintangan ataupun beban. Namun begitu arus yang dibekalkan perlulah berdasarkan
kepada kadaran arus yang telah di tetapkan untuk SCR tersebut.
Rumusan yang dapat kita buat di sini iaitu SCR mempunyai dua kedudukan
operasi iaitu ON dan juga OFF dan konsep ini samalah seperti satu suis mekanikal
.Selain itu apabila Voltan bekalan kurang daripada Voltan pecahlampau
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/20
hadapan(VBRF)SCR berada dalam keadaan OFF,manakala jika Voltan bekalan lebih
besar atau sama dengan Voltan pecahlampau hadapan (VBRF) SCR berada dalam
keadaan ON .Pada ketika SCR berada dalam keadaan ONkadaran arus yang
menentukan SCR senantiasa berada dalam keadaan ON mestilah tidak kurang daripada
kadaran arus pegangan(Holding Current) yang telah ditetapkan untuk SCR tersebut.
J awapan 3-2
Transistor yang digunakan ialah Q1(Transistor NPN ) manakala Transistor Q2
(Transistor PNP ) .
(a) Gelombang Denyut (b) Litar
Semasa perubahan masa dari 0 ke t1 ,Vget pada masa itu bersamaan dengan 0V
untuk itu Vb2 =Vgate =0V ,manakala arus tapak Ib2 =0 dan Ic2 hampir sama dengan Ic0
. Arus tapak bagi Q1 , Ib1=Ic2=Ic0 arus ini terlalu kecil untuk menghidupkan Q1 . Untuk
itu kedua-dua transistor berada dalam keadaan OFF ,yang seterusnya mewujudkan
galangan yang tinggi diantara pemungut dan pemancar untuk setiap transistor dan
menyebabkan berlakunya litar buka terhadap litar tersebut.
Pada masa t=t1, denyut bagi Vg dibekalkan kepada terminal get SCR,dimana Vg
yang dibekalkan mempunyai nilai yang cukup untuk menghidupkan
Q2(Vbe2=Vg).Manakala arus pemungut Q2 akan meningkat mencapai nilai yang
mencukupi untuk menghidupkan Q1(Ib1=Ic2). Bila Q1 dihidupkan Ic1 akan meningkat
dan seterusnya meningkatkan Ib2 .Dengan meningkatnya Ib2 pada Q2 seterusnya
meningkatkan Ic2.Secara keseluruhan hasil daripada proses ini mewujudkan satu keadaan
penjanaan semulayang mana meningkatkan arus pemungut untuk setiap transistor,dan
keadaan ini juga mewujudkan suapbalik diantara transistor tersebut.Pada masa tersebut
juga rintangan diantara anod dan katod adalah kecil dan untuk itu arus Anod (IA) adalah
hampir sama dengan Arus yang wujud di Katod (IK).Dalam keadaan ini bolehlah
dikatakan SCR berada dalam keadaan ON.
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/21
J awapan 3-3
Kaedah menghidupkan SCR
Terdapat dua kaedah yang dapat digunakan didalam menghidupkan SCR :
Dengan meningkatkan Voltan Pincang Hadapan Melebihi atau sama
dengan Voltan Pecahlampau Hadapan.
Dengan Membekalkan Denyut atau picuan positif pada terminal get
apabila peranti tersebut berada dalam keadaan pincang hadapan
(Kaedah kawalan get).
Untuk kaedah Kawalan get terdapat 3 jenis picuan yang dapat digunakan :
Picuan dengan isyarat DC.
Picuan dengan isyarat AC.
Picuan dengan isyarat Denyut.
J awapan 3-4
Tugasan Pelajar.
J awapan 3-5
J ika kita lihat dari aspek operasi ataupun kendaliannya ianya berfungsi sama
seperti SCR tetapi dari segi kaedah menghidupkan dan mematikan GTO adalah lebih
mudah berbanding dengan SCR , dengan syarat denyut yang tertentu dibekalkan diantara
get dan juga katod.
Tambahan GTO-SCR tidak memerlukan litar picuan sepertimana SCR.Namun
begitu jika kita lihat dari segi Spesifikasi perbandingan diantara GTO-SCR dan juga SCR
didapati :
Kadaran arus ppgd maksima adalah sama diantara GTO-SCR dan juga
SCR.
Arus Picuan bagi GTO adalah lebih tinggi berbanding dengan SCR.
Arus Turn Off bagi GTO adalah lebih besar dari arus picuan nya dan
juga SCR.
Selain daripada itu jika kita lihat dari segi masa pensuisan didapati GTO
mempunyai masa ON dan OFF yang lebih stabil (1s) berbanding SCR yang mana
masa ON nya hampir sama tetapi masa OFF yang agak lama diantara (5-30s).
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/22
J awapan 3-6
litar aplikasi peranti GTO-SCR yang digunakan didalam menghasilkan denyut
gelombang gerigi.

Rajah Gambarajah Litar penjana Gel. Gerigi
Apabila Voltan bekalan di bekalkan GTO-SCR akan di ONkan ,yang mana
menghasilkan litar pintas diantara anod dan juga katod. Manakala pada masa tersebut
kapasitor C1 akan mula mengecas sehingga mencapai nilai cas yang melebihi
bezaupaya(Vz) yang wujud pada diod zener,kesan ini akan mengakibatkan berlaku
sonsangan voltan yang wujud diantara terminal get dan juga katod,disamping itu wujud
sonsangan arus di terminal get.
Apabila keadaan songsangan ini berlaku ianya akan mewujudkan arus negatif
mengalir melalui terminal get yang mana mencukupi untuk mengakibatkan GTO-SCR
OFF.Seterusnya menjadikan litar tersebut berada dalam keadaan litar buka, dan
kapasitor C1 akan menyahcas melalui rintangan R3 . Apabila bezaupaya Vo menurun di
bawah nilai Vg ini akan menghidupkan kembali GTO-SCR dan keadaan akan berterusan.
Untuk menentukan masa atau tempoh menyahcas bagi litar tersebut ,formula
berikut boleh digunakan iaitu T =R3C1, Oleh itu untuk menentukan bentuk gelombang
gerigi yang hendak dihasilkan maka perubahan dapat dilakukan dengan mengubah nilai
rintangan R3 dan C1 yang terdapat didalam litar tersebut.
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/23
MAKLUMBALAS 3a
a) Anod , Katod dan Get.
b)
c) SCR (Silicon Controlled Rectifier) atau Penerus Terkawal Silikon.
MAKLUMBALAS 3b
a)
gate
katod anod
p n p n
gate
anod katod
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/24
b) Transistor yang digunakan ialah Q1(Transistor NPN ) manakala Transistor
Q2 (Transistor PNP ) .
(a) Gelombang Denyut (b) Litar
Semasa perubahan masa dari 0 ke t1 ,Vget pada masa itu bersamaan
dengan 0V untuk itu Vb2 =Vgate =0V ,manakala arus tapak Ib2 =0 dan Ic2
hampir sama dengan Ic0 . Arus tapak bagi Q1 , Ib1=Ic2=Ic0 arus ini terlalu kecil
untuk menghidupkan Q1 . Untuk itu kedua-dua transistor berada dalam keadaan
OFF ,yang seterusnya mewujudkan galangan yang tinggi diantara pemungut
dan pemancar untuk setiap transistor dan menyebabkan berlakunya litar buka
terhadap litar tersebut.
Pada masa t= t1, denyut bagi Vg dibekalkan kepada terminal get
SCR,dimana Vg yang dibekalkan mempunyai nilai yang cukup untuk
menghidupkan Q2(Vbe2=Vg).Manakala arus pemungut Q2 akan meningkat
mencapai nilai yang mencukupi untuk menghidupkan Q1(Ib1=Ic2). Bila Q1
dihidupkan Ic1 akan meningkat dan seterusnya meningkatkan Ib2 .Dengan
meningkatnya Ib2 pada Q2 seterusnya meningkatkan Ic2.Secara keseluruhan hasil
daripada proses ini mewujudkan satu keadaan penjanaan semulayang mana
meningkatkan arus pemungut untuk setiap transistor,dan keadaan ini juga
mewujudkan suapbalik diantara transistor tersebut.Pada masa tersebut juga
rintangan diantara anod dan katod adalah kecil dan untuk itu arus Anod (IA)
adalah hampir sama dengan Arus yang wujud di Katod (IK).Dalam keadaan ini
bolehlah dikatakan SCR berada dalam keadaan ON.
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/25
MAKLUMBALAS 3c
a)
b) Apabila SCR telah di ONkan Ig yang dibekalkan kepada terminal get
boleh diputuskan ini kerana SCR akan senantiasa kesan daripada
Penjanaan semula yang berlaku didalamnya.
MAKLUMBALAS 3d
a) Kaedah menghidupkan SCR
o Dengan meningkatkan Voltan Pincang Hadapan Melebihi atau
sama dengan Voltan Pecahlampau Hadapan.
o Dengan Membekalkan Denyut atau picuan positif pada
terminal get apabila peranti tersebut berada dalam keadaan
pincang hadapan (Kaedah kawalan get).
PERANTI-PERANTI DALAM INDUSTRI E4140/UNIT 3/26
Kaedah Mematikan SCR
o Penukartertiban Tabii (natural Commutation) .
o Kaedah Pincang sonsang Turn Off (Reverse Bias Turn Off).
b) Tugasan Pelajar.
c) Tiga jenis Picuan
o Picuan dengan isyarat DC.
o Picuan dengan isyarat AC.
o Picuan dengan isyarat Denyut.
MAKLUMBALAS 3e
a) a) Struktur binaan b)Simbol
b) Perbezaan utama diantara GTO SCR dan juga SCR adalah dari aspek:
Masa ON dan OFF dimana GTO-SCR adalah lebih stabil
berbanding dengan SCR.
Arus Picuan bagi GTO adalah lebih tinggi berbanding dengan
SCR.
Arus Turn Off bagi GTO adalah lebih besar dari arus picuan nya
dan juga SCR.

You might also like