You are on page 1of 7

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim

1

Amali :
Kadar kakisan besi, keluli dan keluli nirkarat

(a) Tujuan :
Untuk membandingkan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli nirkarat.

(b) Teori

1. Aloi merupakan bahan yang terdiri daripada campuran dua atau lebih unsur atau logam
dengan komposisi tertentu.

2. Logam tulen mudah terkakis dan apabila dikenakan daya, lapisan atom dalam logam
tulen akan menggelongsor. jadi penambahan logam yang berlainan ke dalam logam
tulen akan menghalang lapisan atom menggelongsor.


3. Atom asing mempunyai saiz yang berlainan daripada logam utama dan menempati
ruang kosong di dalam kekisi logam tulen. Ia mengganggu susunan atom logam tulen
yang teratur dan sekata.

4. Kekerasan aloi lebih tinggi daripada logam tulen.


5. Pengaloian bermaksud proses menambahkan unsure logam yang berbeza. Pengaloian
besi bukan sahaja dapat menguatkan besi, tetapi pada masa yang sama dapat
mencagah besi daripada berkarat.





Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim


2

(c) Hipotesis : Paku besi yang paling banyak berkarat
paling cepat terkakis.
(d) pemboleh ubah yang dimanipulasikan : Jenis paku ( besi, keluli, dan paku nirkarat)
pemboleh ubah yang bergerak balas : Keadaan pengaratan paku
pemboleh ubah yang dimalarkan : Kepekatan larutan agar-agar, kalium
heksasianoferat (III), K3Fe(CN)6

(e) Bahan :

Paku besi
paku keluli
paku keluli nirkarat
agar-agar
kalium heksasianoferat (III), K Fe (CN)6



(f) Radas:

Tabung uji,
Kertas pasir
rak tabung uji.







Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim


3


(g) Susunan radas :

























Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim


4


(h) Kaedah eksperimen:

1. Kertas pasir telah digunakan untuk membersihkan karat pada permukaan paku besi,
paku keluli dan paku keluli nirkarat.

2. Paku besi dimasukkan ke dalam tabung uji A, paku keluli ke dalam tabung uji B dan paku
keluli nirkarat ke dalam tabung uji C.

3. Larutan agar-agar 5% dengan melarutkan 5 g agar-agar ke dalam 100 cm air panas
telah disediakan. Beberapa titik larutan kalium heksasianoferat (III), K Fe (CN)6 di
tambahkan ke dalam larutan agar-agar tersebut.

4. Larutan agar-agar dituang ke dalam tabung uji sehingga paku terendam dengan
sempurna


5. Selepas 2 hingga 3 hari, setiap tabung diperiksa untuk menentukan sama ada
Warna biru terbentuk di sekeliling paku,
terdapat sebarang perubahan pada paku

6. Pemerhatian di catatkan dalam jadual di bawah.


(i) Keputusan dan pemerhatian :-

Tabung
Uji
Jenis Paku Keamatan warna biru tua Keadaan paku
A Paku besi Warna biru terbentuk di sekitar paku besi Pengaratan tinggi
B Paku keluli Sedikit warna biru terbentuk Kurang pengaratan
C Paku keluli nirkarat Tiada warna biru terbentuk Tiada
prosespengaratan

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim


5



(j) Perbincangan :

1. Paku telah digosok dengan kertas pasir untuk membuang lapisan pertama yang
mempercepatkan kadar pengaratan paku.

2. Paku dimasukkan ke dalam larutan agar-agar kerana larutan agar-agar digunakan
sebagai medium untuk mengesan pengaratan.


3. Fungsi larutan kalium heksasianoferat (III) adalah untuk menguji kehadiran ion ferum
(II), iaitu warna biru tua akan terbentuk. Keamatan warna biru tua ini mengambarkan
tahap pengaratan paku besi.

4. Keputusan mendapati bahawa paku besi telah menunjukkan kepekatan warna biru
paling banyak dalam larutan agar-agar kerana kadar pengaratan paku besi adalah
tinggi.


5. Paku keluli menunjukkan kurang kehadiran warna biru di dalam larutan agar-agar ini
bermaksud proses pengaratan paku tersebut adalah rendah.

6. Paku nirkarat tidak menunjukkan kehadiran warna biru di dalam larutan agar-agar
kerana proses pengaratan tidak berlaku.

7. Kakisan ferum akan menghasilkan ion ferum (II)
Fe Fe
2+
+ 2e

8. Keputusan di atas jelas menunjukkan paku besi tulen telah banyak terkakis manakala
paku keluli hanya terkakis sedikit dan keluli nirkarat tidak terkakis langsung.

Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim


6

9. Ini adalah kerana komposisi paku besi ialah besi, paku keluli komposisinya ialah besi
dan karbon. Sementara, paku nirkarat adalah campuran besi, karbon dan kromium.

10. Hasil warna biru yang terbentuk menunjukkan penghasilan ion ferum (II) , iaitu kakisan
ferum sudah berlaku.

11. Besi mudah berkarat tetapi keluli nirkarat adalah lebih tahan kakisan. Nikel dan
kromium membentuk satu lapisan oksida yang keras dan tidak telap air untuk
menghalang besi daripada berkarat.



(k) kesimpulan

Hipotesis diterima. Aloi adalah lebih tahan kakisan jika dibandingkan dengan logam tulen.
Semakin tinggi kepekatan biru yang terhasil di dalam larutan agar-agar, semakin tinggi kadar
pengaratan. Hal ini dijelaskan bahawa besi paling cepat berkarat jika dibandingkan keluli,
akhir sekali keluli nirkarat tiada proses pengaratan berlaku.

Soalan perbincangan :
1. Terangkan maksud larutan kalium heksasianoferat (III)

Fungsi larutan kalium heksasianoferat (III) yang dimasukkan larutan agar-agar adalah
untuk menguji kehadiran ion ferum (II), Fe iaitu warna biru tua akan terbentuk.
Keamatan warna biru tua ini mengambarkan tahap pengaratan paku besi.

Fe Fe
2+
+ 2e



2. Apakah hubungan antara kepekatan warna biru dengan kadar pengaratan?

Semakin tinggi kepekatan warna biru dalam tabung uji, semakin tinggi kadar
pengaratan yang berlaku terhadap paku tersebut.
Disediakan oleh: Shafiza binti Hashim


7

3. Terangkan kegunaan larutan agar-agar dapat membuktikan pemerhatian eksperimen.

Fungsi agar-agar tersebut adalah supaya warna biru akan terperangkap dan dapat
dilihat dengan jelas.

4. Namakan komposisi di dalam keluli dan keluli nirkarat.

Keluli : 99% besi dan 1% karbon
keluli nirkarat : 74% besi, 8% karbon dicampur nikel dan 18% kromium.

5. Berdasarkan inferens keputusan penyiasatan, bandingkan kadar pengaratan besi,
keluli dan keluli nirkarat. dan terangkan inferens.

Melalui pemerhatian didapati besi berkarat lebih cepat berbanding dengan keluli.
Keluli nirkarat tidak berlaku proses pengaratan. Keluli nirkarat tidak berkarat kerana ia
adalah aloi yang dihasilkan daripada campuran besi, karbon dan kromium. Karbon
akan melambatkan proses pengaratan.

6. Bagaimanakah susunan atom di dalam logam mempunyai kaitan dengan ketempaan
dan kemuluran logam?
Maksud ketempaan ialah kebolehan sesuatu logam dibentuk kepada bentuk lain.
kemuluran ialah kebolehan mengekalkan bentuk tanpa patah atau retak apabila
ditarik.






7. Jelaskan perbezaan antara substitution alloy ( aloi gantian), interstitial alloy (aloi
celahan).
Komponen substitution alloy terdiri daripada saiz yang sama dan terdapat pelbagai
jenis atom yang mudah berganti antara satu sama lain dalam struktur kristal. logam ini
mempunyai ikatan membentuk struktur Kristal yang melibatkan sekurang-kurang dua
jenis logam yang berbeza. interstitial alloy bermaksud atom-atom yang lebih
berbanding atom-atom lain akan mengisi celahan atau ruang antara atom-atom yang
bersaiz lebih besar.

You might also like