You are on page 1of 71

PJM 3112

Kepimpinan
Dalam bidang sukan, kepimpinan boleh ditakrifkan
sebagai mereka yang mempunyai kebolehan dan
pengaruh yang besar terhadap perilaku ahli-ahli
persatuan sukan.
Isu kepimpinan merupakan di antara isu yang selalu
mendapat perhatian ramai apabila kita
membincangkan tentang perkembangan dan
pergolokan sukan.

Kuasa Pemimpin
Pemimpin yang berkesan dalam bidang itu harus
berasa bahawa keperluan ahli-ahli sukan dapat
penuhi dan memuaskan hati mereka.
Untuk memenuhi hasrat dan tujuan itu, pemimpin
perlu mengembangkan kemahiran mereka yang
khusus terhadap tanggungjawab mereka yang
tertentu dalam bidang sukan. Mereka hendaklah
menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang
ada pada diri mereka dalam semua keadaan.

Kepimpinan
Pengertian :
Menurut Baron & Greenberg (1990) kuasa boleh
ditakrifkan sebagai kebolehan untuk
mempengaruhi atau mengubah sikap atau
perlakuan orang lain.
Dalam konteks ini, jika kita berkemampuan untuk
mempengaruhi serta mengubah sikap atau
perlakuan individu lain maka kita dianggap
mempunyai kuasa.
Kepimpinan
Kepimpinan Berasaskan Tret
Menurut pendekatan ini, bukan semua orang
boleh menjadi pemimpin kerana seorang
pemimpin yang berjaya dilahirkan dengan ciri-
ciri kepimpinan atau tret tertentu yang tidak
terdapat pada oarang lain.
Berpendapat pemimpin yang berjaya
mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang berbeza
dari orang kebanyakan dan ciri-ciri ini adalah
stabil pada setiap masa.

Kepimpinan (Teori)
Kepimpinan (Teori)
Teori Kontingensi
Menjelaskan bahawa keberkesanan sesuatu
kumpulan adalah kontingen (berkait rapat)
dengan stail kepimpinan (personaliti pemimpin)
dan kemampuan pemimpin berkenaan
mengawal, menguasai serta menangani situasi
berkenaan dengan berkesan.
Menurut Fiedler(1978), personaliti pemimpin boleh
dikategorikan sama ada sebagai bermotivasikan
hubungan atau bermotivasikan tugasan.
Faktor yang kedua adalah pengaruh situasi yang
merujuk kepada aspek mengawal, menguasai
serta menangani situasi dengan berkesan.
Kepimpinan (Teori)
Teori Haluan Matlamat
Dalam konteks ini, pemimpin memainkan
peranan sebagai fasilitator, membantu atlet
merealisasikan impian dan matlamatnya.
Kerjayaan pemimpin diasaskan kepada
kejayaan individu yang dipimpimnya.
Fungsi pemimpin adalah untuk menyediakan
laluan yang memberikan pengikutnya mencapai
kejayaan.
Kepimpinan (Teori)
Model Kepimpinan Multidimensi Chelladurai
Model ini diasaskan untuk melihat kepimpinan
dalam sukan secara spesifik.
Berdasarkan model ini, keberkesanan
kepimpinan berlaku apabila wujudnya
keselarasan dan persamaan di antara ketiga-
tiga perlakuan pemimpin iaitu perlakuan yang
menepati kehendak organisasi, perlakuan
sebenar pemimpin berkenaan serta perlakuan
yang diingini oleh pengikut (atlet).
Mengenalpasti dan penggunaan
sumber
Sumber dalam bidang sukan itu merupakan alat,
kelengkapan, kemudahan , bantuan dan
sokongan yang harus diperolehi untuk mencapai
sesuatu matlamat sukan itu sepenuhnya.
Jelasnya, salah satu daripada tugas dan kemahiran
yang penting seseorang pentadbir sukan itu adalah
untuk menentukan keperluan. Ia harus dapat
mengenalpasti sumber yang dapat memenuhi
keperluan ini.
Mengenalpasti dan penggunaan
sumber
Pentadbiran
Sumber bahan sukan yang dimaksudkan dalam
perkara ini merupakan keperluan untuk
menentukan keberkesanan dan kelincinan
dalam urusan pentadbiran persatuan sukan.
Pejabat sukan harus dilengkapi dengan perabot,
peralatan seperti mesin taip, komputer, mesin
fotostat, almari fail dan kerusi meja. Kelengkapan
lain diperlukan adalah peralatan sukan, dan
ubat-ubatan.
Mengenalpasti dan penggunaan
sumber
Sumber Kemudahan
Dalam hal ini, adalah mustahak memberi
perhatian tentang keperluan ahli-ahli sukan dan
juga jurulatih.
Keperluan asas mereka harus dipenuhi bagi
pembangunan sukan yang tersusun.
Ada negara yang menyediakan kemudahan ini
di peringkat wilayah, kawasan atau negeri.
Untuk mengadakan latihan, pertandingan dan
program sukan, adalah penting untuk disediakan
perumahan yang sesuai dan selesa untuk
jurulatih dan ahli-ahli sukan.
Pengurusan Sumber Manusia
Tiap-tiap persatuan sukan memerlukan sumber
tenaga manusia untuk memainkan peranan
sebagai pengelola, pentadbir dan perancang.
Persatuan sukan juga memerlukan khidmat bakti
mereka yang dapat memainkan peranan cergas
untuk mengumpulkan dana dan pengawai-
pengawai dan kakitangan diperlukan untuk
pentadbiran sukan.
Dalam bidang sukan juga diperlukan sumber
tenaga jurulatih, pakar perubatan dan ahli-ahli
sukan itu sendiri.
Pengurusan Sumber Manusia
Sumber tenaga manusia ini diperolehi daripada
sistem pendidikan kita dan program mengenai
sukan disusun secara berkesan dalam sistem
persekolahan.
Dalam hubungan ini, kementerian pendidikan
mewujudkan Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Menengah.
Kemuncak daripada kegiatan sukan, Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Menengah itu mengadakan Sukan
Tahunan.
Latihan yang diberikan kepada para pendidik kita
dapat digunakan sebagai sumber tenaga manusia
dalam bidang sukan.

Pengurusan Sumber Manusia
Di IPGM, sukan merupakan sebahagian daripada
kursus latihan. Guru-guru pelatih diberi latihan
kepegawaian, jurulatih dan pengadil.
Bukan sahaja guru-guru terlatih ini dapat melatih
tetapi mereka juga akan memberi latihan sukan
secara teratur di peringkat persekolahan.
Guru tenaga mereka boleh digunakan untuk
melatih persatuan sukan di peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan.

Pengurusan Sumber Manusia
Di peringkat universiti tempatan, para mahasiswa
dan mahasiswinya juga diberi latihan sukan.
Untuk itu, Majlis Sukan Antara Universiti diwujudkan
bagi melaksanakan program sukan secara cergas.
Beberapa usaha dan langkah diadakan oleh
universiti dan persatuan-persatuan sukan:
Memberi latihan kepada jurulatih-jurulatih yang
akan memberi latihan kepada ahli-ahli sukan.
Pembelian peralatan dan kelengkapan sukan
secukupnya untuk kegunaan ahli-ahli sukan.
Mengadakan perbelanjaan mengurus persatuan
sukan dan pembelian perabot dan peralatan
pejabat pentadbiran.

Bekerja Dengan Sukarelawan
Sebab-sebab menjadi sukarelawan dalam bidan
sukan
Berkhidmat untuk masyarakat
Keperluan masyarakat
Penglibatan keluarga
Keperluan bergaul
Kepentingan kebendaan
Penghormatan

Bekerja Dengan Sukarelawan
Kaedah mengekalkan khidmat sukarelawan sukan
Buat suatu kerja sebagai tugas dan tanggungjawab ahli
sukarelawan dalam bidang sukan. Sekiranya mereka
ditugaskan untuk melaksanakan pengurusan Kursus
Kejurulatihan, mereka harus diberi senarai tugas untuk
menjalankan kerja-kerja itu.
Mereka juga harus disediakan dengan harapan
daripada hasil kerja mereka. Beritahu mereka tentang
objektif program dan falsafah persatuan sukan.
Terangkan juga tentang sumber-sumber yang ada untuk
melaksanakan tugas dan prosidur yang harus dilakukan
oleh mereka.
Sediakan ahli-ahli sukarelawan itu dengan program
latihan untuk melaksanakan tugas kerja mereka. Beri
mereka masa untuk mempelajarinya sebelum
melakukan kerja mereka yang sebenarnya.
Bekerja Dengan Sukarelawan
Kaedah mengekalkan khidmat sukarelawan sukan
Galakkan mereka untuk mengembangkan tugas kerja
mereka, untuk mencuba prosidur yang baru selagi
objektif program itu dilaksanakan.
Beri peluang kepada ahli-ahli sukan untuk
mencadangkan idea-idea dan prosidur baru.
Beri ganjaran, galakan dan peransang dengan
memberi mereka surat penghargaan sebagai
pengikhtirafan terhadap kesempurnaan kerja yang
dilaksanakan oleh mereka.
Jikalau perlu mereka mungkin boleh diperakukan untuk
mendapatakan Jasa Kebaktian dan lain-lain pingat
yang sesuai.
Apabila diikhtiraf sahaja motivasi sukarelawan itu, beri
galakan kepada mereka untuk memajukan diri dan juga
persatuan dalam bidang sukan.

Perancangan
Penentuan terdahulu tentang apa yang patut
dilakukan, bagaimana ia patut dijalankan dan
siapa yang akan melakukannya.
Meliputi meramalkan masa depan dan
menentukan tindakan akan datang supaya sumber
dapat digunakan secara efektif.
Termasuk penentuan matlamat organisasi,
melaksanakannya secara sistematik.
Memerlukan pengetahuan, pemikiran yang logis
serta tanggapan yang baik
Melibatkan tiga perkara berikut:
~ Apa, Bagaimana & Siapa.

Perancangan (Proses)
1. Menentukan Objektif Keseluruhan
Dinyatakan secara am
Mendorong dan memberi arah untuk mencapai
sesuatu matlamat.
Alat penggerak dan alat penilaian
Menentukan keutamaan dan pengalaman yang
patut dialami oleh pelajar atau atlit
Perancangan (Proses)
2. Menentukan Objektif Khusus
Dinyatakan dengan lebih jelas dan padat
Membawa kepada tingkah laku yang boleh
dilihat, diukur dan dicapai
Tiga perkara perlu diberi perhatian:
~ keperluan atlit
~ sumber fizikal
~ sumber sukan yang wujud
Perancangan (Proses)
3. Mengenalpasti Tindakan-tindakan Spesifik
Pentadbir perlu menyenaraikan alternatif-
alternatif yang mungkin, menilai dan memilih
satu atau lebih alternatif untuk mencapai objektif
yang ditetapkan.
Perancangan (Proses)
4. Membentuk Piawai Spesifik untuk Pencapaian
Objektif
Penentuan matlamat prestasi khusus
Melibatkan 4 perkara:
~ nyatakan dgn tepat apa yg akan dipelajari
~ terangkan prestasi yang diharapkan
~ nyatakan keadaan prestasi
~ tentukan kriteria prestasi
Perancangan (Proses)
5. Menilai Kemajuan
Pengajaran atau latihan seharusnya diatur
supaya penilaian boleh dilakukan
Jika penilaian tidak dapat dilakukan, kajian
semula harus dilakukan ke atas objektif khusus
Jika objektif tidak tercapai, pendekatan dan
alternatif latihan atau pengajaran harus
diubahsuai.

Penyelesaian Masalah
Gaya ini melibatkan tumpuan masa panjang untuk
murid-murid memahami masalah dan memikir
dengan cara untuk menyelesaikan masalah
dengan logik dan sistematik.
Dalam kelas Pendidikan Jasmani, selepas guru
memberi beberapa soalan, murid menyelesaikan
masalah mengikut langkah-langkah seperti berikut:

1.
Menganalisis dan memahami masalah
2.
Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu
untuk menyelesaikan masalah.
Penyelesaian Masalah
3.
Guna Strategi yang pelbagai untuk
mendapatkan maklumat-maklumat.
4.
Membentuk jawapan yang mungkin
5.
Pilih dan uji penyelesaian alternatif
6.
Pilih penyelesaian yang paling sesuai.
7.
Menilai kejayaan dalam penyelesaian
masalah itu.
Penyelesaian Masalah
Kelebihan
1. Kaedah ini membenarkan pelajar melibatkan diri
dalam proses pembelajaran.
2. Kaedah ini menggalakkan interaksi di kalangan
murid.
3. Ia memupuk tahap pemikiran kognatid yang
tinggi.
4. Ia menggalakkan ingatan tentang apa yang
dipelajari
5. Memupuk pembangunan ke arah kendiri.
Penyelesaian Masalah
Kelemahan
1. Memakan masa berbanding dengan kaedah
yang berpusatkan guru.
2. Kaedah ini kadangkala sukar melibatkan setiap
orang murid. Pelajar yang lembab, atau pelejar
yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah
tidak dapat menikmati pelajaran dengan
sepenuhnya.
Penyelesaian Masalah
Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung
kepada:
Kesediaan kanak-kanak untuk mengambil
bahagian dalam pengalaman pembelajaran.
Keupayaan guru untuk memberi masalah dan
membimbing proses penyelesaian itu.
Membuat Keputusan
Keputusan hendaklah dilakukan berlandas dan
berasaskan pemikiran dan pendekatan yang
tersusun.
Keputusan yang baik = projek yang dilaksanakan
menjadi teratur dan sempurna.
Setiap keputusan harus memikirkan tentang
peringkat membuat penyelesaian masalah itu.
Perkara yang hendak difikirkan tentang pemimpin
yang harus dilibatkan dan bidang kuasa yang
diperlukan dalam membuat keputusan.
Masa yang sesuai juga hendak diambil kira dalam
membuat keputusan.
Membuat Keputusan

1. Pentafsiran Objektif
2. Pengumpulan Maklumat
3. Percambahan fikiran
4. Penilaian dan keputusan
5. Autokratik
6. Mendapatkan Maklumat
7. Perundingan
8. Perbincangan
9. Perwakilan
10. Pelaksanaan

Membuat Keputusan
Pentafsiran Objektif
Langkah pertama untuk mendapatkan penentuan,
kepastian dan pengakuan bahawa memang ada
keperluan untuk membuat keputusan.
Buat analisis hubungan antara satu bahagian
masalah dengan masalah yang lain.
Mengenalpasti persoalan yang sedang dihadapi.
Membuat sintesis untuk penyelesaian masalah dan
membuat keputusan.
Membuat keputusan yang berkesan adalah perlu
difikirkan tentang masalah komunikasi, kewangan,
motivasi dan penyertaan dan lain-lain.
Pemimpin haruslah berbincang dengan pakar
bidang untuk mendapatkan padangan mereka
sebelum membuat keputusan.

Membuat Keputusan
Pengumpulan Maklumat
Seseorang pemimpin hendaklah kumpul dan
semak semua fakta dan buah fikiran dengan
mengenal pasti segala sebab dan kemungkinan
sebelum membuat keputusan.
Mereka hendaklah mempunyai fikiran yang
terbuka.
Kadang-kadang seorang itu terpengaruh dengan
fakta-fakta yang diperoleh buat pertama kali lalu
membuat keputusan yang kurang tepat.
Membuat Keputusan
Percambahan Fikiran
Setelah mengetahui objektif dan memastikan fakta,
seseorang itu massih juga belum lagi boleh
membuat keputusan kerana pemilihan fakta itu
belum lagi diteliti secara dekat.
Seseorang hendaklah senaraikan semua
kemungkinan tindakan yang akan dilakukan untuk
mencapai keputusan.
Membuat Keputusan
Penilaian Dan Keputusan
Dalam membuat penilaian dan keputusan
senaraikan kelebihan dan kekurangan.
Fikirkan akibat dan masalah yang akan timbul, nalai
ukur semua kriteria, buat percubaan, uji semua
objektif asal dan pilih yang terbaik sekali.
Selain itu, senaraikan semua kemungkinan tindakan
yang akan dilakukan untuk mencapai keputusan.
Membuat Keputusan
Autokratik
Pemimpin sesebuah persatuan sukan akan
menyelesaikan masalah dengan menggunakan
maklumat yang ada padanya.
Kaedah ini mengandaikan bahawa pemimpin itu
mempunyai maklumat yang mencukupi untuk
meneliti semua pilihan fakta yang lalu membuat
keputusan yang tepat tetapi..perkara ini jarang
sekali berlaku.
Membuat Keputusan
Mendapatkan Maklumat
Dibuat apabila pemimpin sukan tidak mempunyai
maklumat yang mencukupi untuk membuat
keputusan yang tepat.
Biasanya mereka tidak akan memberitahu apakah
masalah itu. Ia hanya bertanyakan maklumat itu
sahaja.
Pemimpin persatuan sukan akan menilai maklumat
yang diperolehi lalu membuat keputusan.
Membuat Keputusan
Perundingan
Pemimpin persatuan sukan hendaklah
menerangkan keadaan kepada sekumpula atau
individu tentang maklumat yang berkaitan dengan
masalah yang sedang dihadapi.
Mereka bersama-sama membuat penilaian
terhadap masalah itu.
Sebaliknya pula, ia mungkin meminta kumpulan
atau individu membuat tinjauan dan penyiasatan,
lalu membuat saranan tertentu.
Membuat Keputusan
Perbincangan
Bergitu juga, pemimpin persatuan sukan akan
menerangkan keadaan yang sebenar kepada
kumpulan atau individu lalu menyediakan
maklumat yang berkaitan dengan masalah itu.
Mereka bersama-sama menyatukan perbezaan
pendapat lalu membincangkan penyelesaian
masalah yang boleh diterima oleh semua.
Pemimpin mungkin juga berunding dengan pihak
lain sebelum mesyuarat dijalankan untuk
menyediakan keputusan yang alternatif.
Membuat Keputusan
Perwakilan
Pemimpin persatuan sukan akan menyediakan
semua maklumat yang ada padanya.
Dia berperanan sebagai pengerusi yang akan
membimbing dan mengawal perbincangan.
Dia tidak boleh cuba untuk memaksa
pandangannya diterima oleh kumpulan itu.
Dia sedia menerima pandangan dan cadangan
penyelesaian oleh kumpulan/ individu.
Membuat Keputusan
Pelaksanaan
Pastikan objektif tugas berkaitan dengan aktiviti
sebenar.
Pemimpin akan memutuskan bagaimana tugas itu
dapat dilaksanakan.
Berikutnya, pemimpin akan membuat keputusan
bahawa siapa akan melaksanakan tugas itu.
Pemimpin harus nyatakan tugasan dalam bentuk
tulisan. Dia perlu nyatakan masalah dan rintangan
yang dihadapi, contohnya: kuasa tambahan yang
diperlukan, menerangkan tugas, kekurangan dan
kelebihannya.
Pemimpin harus membuat pengawasan dan
mengikuti perkembangan sehingga segala
keputusan itu mencapai matlamatnya.
Penilaian
Penilaian boleh didefinisikan sebagai satu proses
yang berupaya memberikan maklumbalas
terhadap pencapaian objektik pengajaran dan
pembelajaran murid serta dapat membantu guru
dan murid untuk meletakkan asas keberkesanan
pengajaran.

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR), penilaian dibahagikan kepada 3 kumpulan:
(a) Penilaian Serta-merta
(b) Penilaian Kemajuan
(c) Penilaian Pencapaian

Penilaian
(a)Penilaian Serta-merta
Dijalankan semasa pengajaran berlaku di dalam
kelas.
Guru dapat menilai sama ada pelajar dapat
memahami pelajaran yang hendak disampaikan
melalui pemerhatian dan kerja harian pelajar.
(b) Penilaian Kemajuan
Dijalankan selepas beberapa kemahiran diajar.
Bertujuan untuk mengesan penguasaan pelajar
terhadap kemahiran yang telah didedahkan.
Maklum balas penilaia dicatatkan dalam buku
laporan prestasi dari semasa ke semasa.

Penilaian
(c) Penilaian Pencapaian
Diadakan selepas beberapa unit pembelajaran
disampaikan.
Markah yang diperolehi oleh pelajar ditukar
menjadi gred dan dicatatkan dalam buku rekod
profil.
Dijalankan pada hujung penggal persekolahan.


Penilaian (Tujuan)
Menentukan aras kemampuan murid.
Tumpuan kepada murid.
Merangsang dan memotivasikan murid.
Menilai keberkesanan pelaksanaan P&P.
Membantu dalam proses dokumentasi dan
penyelidikan.
Menentukan kumpulan murid berasaskan
kebolehan.
Penilaian (Aspek)
BIDANG PERKARA
Fizikal Tahap Kecergasan
Menilai kemajuan dalam meningkatkan tahap
kecergasan.
Psikomotor Permainan
Menilai sekurang-kurangnya 2 aktiviti permainan
setahun.
Olahraga
Menilai sekurang-kurangnya 1 acara olahraga yang
meliputi 3 bidang iaitu larian, balingan dan
lompatan.
Pendidikan Pergerakan
Menilai sekurang-kurangnya 1 pendekatan
setahun.
Penilaian (Aspek)
BIDANG PERKARA
Kognitif Ujian
80% markah bahagian kesihatan dan 20% markah
bahagian jasmani.
Folio
Menilai sekurang-kurangnya rekod amalan
kecergasan murid, tugasan dan penjadualan masa.
Afektif Amalan Nilai
Meliputi semua amalan nilai dalam bidang fizikal
dan psikomotor, pengetahuan nilai dalam kognitif
dan pemerhatian guru.
Komunikasi
Ciri-ciri komunikasi yang berkesan:
Menyampaikan mesej dengan cara yang paling
berkesan.
Menggunakan cara/ bahasa yang mudak
difahami.
Penyampai mempunyai kredibiliti (boleh
dipercayai).
Memastikan mesej difahami dengan jelas
(maklumbalas).
Bersifat dua hala.
Wujudnya bentuk komunikasi yang bersifat terbuka
(saluran tertentu yang jelas).
Mesej yang ingin disampaikan adalah jelas
(pemberi dan penerima).
Peka dan mengambil kira pandangan murid-murid.
Tidak bersikap menilai / mengkritik setiap
pandangan tanpa mendapat penjelasan lanjutan
(elakkan sifat defensif, tuduhan melulu).
Galakkan murid-murid memberi tindak balas.
Tidak wujud monopoli kuasa.
Wujudkan suasana yang positif/ ceria.

Komunikasi
Kesan Ketidaklancaran Komunikasi:
Wujudnya salah faham antara guru dengan murid.
Suasana bilik darjah menjadi muram.
Terdedah kepada tafsiran negatif.
Sukar untuk memulih dan mengembalikan minat,
kepercayaan serta keyakinan untuk menghidupkan
semula aktiviti dan suasana bilik darjah.
Komunikasi
Teknologi Dalam Sukan
A. PAKAIAN SUKAN
Pakaian yang mengandungi serabut dapat
melindungi atlit dari kesejukan (seperti neoprene),
sekiranya basah.
Terdapat juga kain khas yang dapat menyerap
peluh dengan pantas ke arah permukaan untuk
disejatkan dan memberikan pemain keselesaan.

B. KASUT SUKAN
Corak tapak kasut yang berlainan dicipta mengikut
keperluan setiap permukaan yang berlainan.
Kemampuan kasut untuk menyerap daya, hasil dari
berlari dan bergerak semasa bersenam, adalah ciri
yang amat penting dalam mengelakkan
kecederaan.
Teknologi Dalam Sukan
C. RAKET
Raket-raket moden menggunakan grafit, boron,
twaron, kaca gantian (fiberglass) dan kevlar di
samping bahan-bahan zaman angkasa lepas yang
lain.
Penggunaan teknologi ini telah bermula dari
penggunaan kaca gentian dalam membuat
batang kail yang boleh membengkokkan tetapi
tidak mudah patah.
Ciri kaca gentian yang utaman ialah sifat
keanjalannya dan kemampuannya menyerap
gegaran.
Teknologi Dalam Sukan
D. BOLA
Bola tenis diperbuat daripada getah untuk
mempercepatkan permainan dan menjadikan ia
lebih seronok disaksi dan juga lebih mencabar bagi
para pemain.
Bola pingpong kini dicipta dengan warna oren
untuk memudahkannya dikesan dengan lebih jelas
dan meningkatkan prestasi sukan.
Teknologi Dalam Sukan
E. KOLAM RENANG
Air digerakkan dengan halaju yang boleh dipilih
ataupun ditentukan oleh program komputer
bersesuaian dengan keperluan seseorang atlit.
Elektrod boleh dipasang melalui wayar pada tubuh
atlit untuk mengawasi pengekuaran asid laktik,
tekanan darah, kadar denyutan jantung, paras
glikogen serta hormon-homon.
Teknologi Dalam Sukan
Pengurusan Kemudahan
Untuk memastikan agar program sukan dapat
dijalankan dengan lebih berkesan, lagi perhatian
kerapkali diberi dengan menyediakan peralatan
yang sesuai dan mencukupi dengan bilangan
peserta yang akan mengambil bahagia.
Segala peralatan dan kemudahan yang
disediakan itu hendaklah digunakan dengan cara
yang terbaik dan sempurna.
Langkah perlu dilakukan untuk mengawal stok
peralatan itu.
Begitu juga, keselamatan peralatan hendaklah
sentiasa diawasi dengan rapi.
Pengurusan Kemudahan
Penyelenggaran
Penggunaan, penyelenggaran dan keadaan
peralatan sentiasa dijaga supaya tiada
mendatang bahaya.
Para pelajar hendaklah juga dididik bagaimana
mengguna dan menjaga kemudahan dan
peralatan itu dengan betul.
Adakah juga menjadi tanggungjawab tiap-tiap
pasukan sukan untuk mengawasi stok peralatan
masing-masing.
Langkah hendaklah diambil sekiranya berlaku
kehilangan dan kekurangan peralatan itu.
Pengurusan Kemudahan
Pengaturan
Program sukan hendaklah diatur mengikut
kemudahan yang sedia ada seperti padang ,
dewan, gimnasium, gelanggang, kolam renang
dan beberapa kemudahan yang berkaitan
dengan kegiatan sukan.
Perkara yang perlu diambil perhatian oleh
semua pihak di sekolah adalah menggunakan
sepenuhnya segala kemudahan yang sedia ada
itu.
Pengurusan Kemudahan
Peruntukan Kemudahan
Ada banyak masalah dalam hal ini disebabkan
oleh kekurangan kemudahan.
Dari itu, perancangan yang sistematik adalah
diperlukan agar tidak berlaku percanggahan
dan pertindihan dalam menggunakan
kemudahan sukan.
Semua kemudahan boleh diberi nombor atau
angka yang tertentu.
Dengan menggunakan kaedah ini akan
memudahkan peserta sukan untuk mengetahui
dan mengesan tempat sesuatu aktiviti yang
telah ditetapkan itu.
Pengurusan Stor
Stor Pendidikan Jasmani ataupun dikenali sebagai
stor peralatan adalah perlu unutk setiap buah
sekolah.
Ia memainkan peranan sebagai tempat
menyimpan alatan-alatan sukan supaya
perbelanjaan sekolah boleh dikurangkan:
Simpanan yang baik mengurangkan kos
pembaikan dan pemeliharaan alatan.
Pengurusan Stor
Struktur Stor
Saiz dan bilangan stor peralatan pendidikan
jasmani yang diperlukan oleh sesebuah sekolah
berbeza dan bergantung kepada tiga perkara
seperti di bawah:
1. Peringkat pendidikan
2. Saiz Sekolah
3. Program Pendidikan Jasmani dan sukan.
(Adalah dicadang bahawa saiz stor tersebut
seharusnya berukuran 6.7 meter X 6.7 meter
X 3.3 meter)

Pengurusan Stor
Keperluan-keperluan Am
Dinding dan lantai
Diperbuat daripada simen
Pintu
Jenis pintu bergantung kepada apa yang akan
disimpan di dalam stor.
Jenis pintu- sama ada pintu besar, pintu tinggi,
pintu dua muka atau pintu gulung.
Pintu hendaklah dilengkapi dengan penyelak
pintu dan kunci supaya peralatan boleh dikawal
dan stor tidak mudah dicerobohi dengan
senang.

Pengurusan Stor
Keperluan-keperluan Am
Tingkap dan Siling
Tingkap seharusnya dielakan kerana ia
membenarkan pencerobohan. (Kehilangan
peralatan)
Tingkap membenarkan sinaran cahaya
matahari. (Kerosakan alat-alat yang diperbuat
daripada kulit dan tidak tahan panas.)
Tingkap kecil yang membolehkan peredaran
udaran adalah diperlukan.
Ketinggian siling bergantung kepada peralatan
yang perlu disimpan.

Pengurusan Stor
Barang tambahan kepada Stor
Tiga dinding perlu mempunyai rak atau para.
Rak atau para yang dipasang seharusnya jenis yang boleh
disesuaikan atau diubah-ubahkan mengikut keperluan
semasa.
Untuk peralatan yang panjang, rak yang digantung dari siling
digunakan.
Peralatan berat sepertu peluru besi dan berat latihan beban
di rak lebih rendah dan paling rendah masing-masing.
Rak istimewa digunakan untuk rakat, kayu pemukul, kayu hoki,
kasut, topi keledar.
Baldi atau bekas khas digunakan untuk menyimpan bola,
pundi saga dan lain-lain.

Pengurusan Stor
Stor dan Pembekal Peralatan
Dua kawasan diperlukan:
Untuk Alat Baru
Untuk Alat Lama

Selain daripada rak, almari-almari digunakan.
Almari yang diberi mestilah boleh dikunci.
Kereta kecil (cart) perlu ada untuk memindah
barang ke padang dan sebagainya.

Pengurusan Stor
Panduan Pinjaman, Penggunaan, Penyusunan dan
Penjagaan Alat.
Semua alat yang diambil untuk tujuan Pendidikan
Jasmani mestilah dicatatkan dalam buku dengan
menyatakan peminjam, nama alat dan kuantitinya.
Alat yang dipinjam mesti digunakan dengan
betul.Guru seharusnya mencegah murid menyepak
bola tampar, mengheret tilam atau mengheret
bangku gimnastik.

Pengurusan Stor
Panduan Pinjaman, Penggunaan, Penyusunan dan
Penjagaan Alat.
Alat yang dipulang mesti disusun dan diletak
semula ke tempat-tempat asalnya.
Alat-alat yang rosak sedikit perlu dibaiki jika boleh.
Pastikan buku catatan ditandatangani semula
selepas alat dipulangkan untuk memastikan tiada
alat yang hilang.

Pengurusan Stor
Pengelolaan Stor Sukan
Seorang guru dilantik sebagai penjaga stor PJ.
Buku Catatan Segala peralatan yang dikeluarkan
mesti direkodkan dan ditandatangankan.
Peraturan Stor PJ Semua peraturan mesti
dimaklumkan kepada murid dan ditampal di pimtu
stor.
Buku stor Merekod semua peralatan yang
diperoleh.
Pemeriksaan stor Perlu diadakan sekurang-kurang
sekali setahun untuk memastikan kedudukan
semasa stok.

Pengurusan Stor
Sister Quartermaster dan Penjaga Stor
Sistem ini meletakkan penjagaan stor pada murid-
murid dan guru.
Sistem ini mengamalkan prinsip demokrasi dan
berkongsi tanggungjawab.
Jadual penjagaan stor diadakan supaya murid-
murid tahu giliran bertugas.
Murid-murid juga diajar cara membaikpulih
peralatan.

Sumber Rujukan
1. Mohd Sofian Bin Omar Fauzee,2001, Psikologi Sukan
Aplikasi Teori dan Praktikal, Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.
2. Mohd Sofian Bin Omar Fauzee, 2003, Penyelesaian
Masalah Atlet melalui pendekatan Psikologi,
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
3. Cheah Swee Ming, 1995. Sains Dalam Sukan.
Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam.
4. Shaharudin Abd. Aziz, 2001. Mengaplikasi Teori
Psikologi dalam Sukan. Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

You might also like