You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Kementerian Pelajaran Malaysia


KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN

LAPORAN AMALI PERMAINAN TRADISIONAL



PENGURUSAN DAN PENTADIBRAN PENDIDIKAN JASMANI
DAN KESIHATAN (PJM3112)

Nama : AMIRUL ARIFF BIN YUSOF
(910108-07-5673)
Program : PISMP (SN/BM/PJ)
Ambilan : JANUARI 2011
Unit : J 14
Nama Pensyarah : ENCIK SABRI BIN TAN



Pertadingan Permainan Tradisional bagi unit J14 dan J18 telah berlangsung
pada 18 Mac 2013 bertempat di adang hoki IPG kampus Ipoh. Pertandingan ini
membabitkan semua pelajar unit J14 dan J18 untuk memenuhi kehendak
matapelajaran Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
PJM3112.
Untuk petandingan ini dua jawatan kuasa telah terbentuk iaitu jawatan kuasa
untuk J18 dan J14. Saya telah terpilih untuk menjadi setiausaha bagi unit J14.
Setiausaha merupakan satu jawatan baru yang saya tidak pernah jawati sebelum ini.
Oleh kerana kekurangan pengalaman sebagai seorang setiausaha, kertas kerja saya
telah di tolak berberapa kali sehingga yang diluluskan hanya siap sehari sebelum
pertandingan.
Walaupun saya tidak pernah menjadi setiausaha, saya tetap mencuba untuk
membuat yang terbaik dan saya telah banyak belajar daripada jawatan yang saya
jawati ini. Pada masa hadapan mungkin saya boleh menjadi lebih baik dengan jawatan
yang diberikan akan datang.


Setiap kelas akan dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk mewakili acara
permainan tradisional. Jumlah adalah sebanyak 8 permainan tradisional akan
dipertandingkan pada hari tersebut. Untuk pelajar J14 permainan yang dipilih adalah,
konda-kondi, tarik upih, sepak raga bulatan dan kabaddi. Pelajar unit J18 pula telah
memilih galah panjang, lompat untai getah, cari cucu dan tuju tin.
Permainan bermula setelah majlis pembukaan selesai kira-kira jam 9 pagi yang
dimulakan dengan permainan cari cucu kemudian diikuti dengan tarik upih, galah
panjang, kabaddi, lompat untia getah, sepak raga bulatan, tuju tin dan akhirnya konda-
kondi. Semua permainan berjalan dengan lancer walaupun cahaya matahari sangat
terik pada hari tersebut.
Pemenang setiap acara permainan tradisional dipilih oleh kumpulan yang
mengelolakan permainan tersebut. Bagi acara cari cucu, kumpulan Baskin Robin telah
menjadi johan acara tersebut, untuk acara tarik upih pula telah dimenangi oleh
kumpulan Lincah Kadok, galah panjang pula dimenangi oleh kumpulan A&W,
seterusnya untuk acara kabaddi pula dimenangi oleh Look Men, bagi lompat getah pula
telah dimenangi oleh Kenny Rogers, sepak raga bulatan pula dimenangi oleh Nenek
Kebayan, tuju tin pula dimengani oleh Haagen Dazs dan untuk acara terakhir iaitu
konda-kondi telah dimenangi oleh Laililatamplom



KEKUATAN.
Kekuatan pertandingan permainan tradisional ini adalah untuk member
pendedahna kepada pelajr-pelajar kepada permainan tradisional yang tsemakin hari
kurang dimainkan oleh kanank-kanak zaman ini. Kanak-kanak pada zaman ini hanya
tahu bagai mana untuk bermain skrin sentuh dan tidak tahu untuk bermain yang
menggunakan fizikal.
Selain daripada itu, acara ini telah mengembalikan ingatan saya kepada zaman
kanak-kanak saya yang penuh dengan pengalaman dan cabaran yang mana telah
mengajar saya erti hidup dan mempelajari kehidupan yang dilalui oleh ibubapa saya
dan nenek moyang saya. Tambahan lagi, pertandingan ini telah mengajar saya
bagaimana untuk bermainan permainan tradisional ini dengan peraturan yang betul
kerana ketika sayakecil banyak permainan ini dimainkan dengan mengikut cara orang
yang mengendalikan permainan tersebut ketika kecil.
Selaindaripada itu, pertandingan ini telah menyedarkan saya bagaimana ketika
zaman saya kecil kita tidak perlu media social seperti Facebook, Twitter, dan Instagram
untuk berhubung dengan rakan-rakan. Walaupun ketika waktu saya kecil yang tiada
sambungan internet kami dapat mengeratkan persahabatan kami dan mempunyai
interaksi yang lebih baik daripada waktu ini yang mempunyai senarai rakan yang
banyak di dalam Facebook tetapi semua orang membuat perkara sendiri dan tiada
pergaulan yang baik.
KELEMAHAN
Kelemahan untuk aktiviti ini adalah pengurusan tempat dan masa agak tidak
lancer kerana faktor-faktor luar seperti terdapat kelas lain yang ingin menggunakan
tapak yang sama pada hari tersebut. Selain daripada itu, penyedian tempat
pertandingan pada hari tersebut siap agak lewat kerana pada hari sebelum itu bilik
simpanan peralatan tidak dapat dibuka kerana tiada kunci.
Selain daripada itu, ketika penerangan untuk melakukan satu-satu permainan
agak kelam-kabut kerana terdapat acara yang ramai tidak tahu cara permainannya
seperti Kabaddi. Walubagaimanapun permainan tersebut dapat berjalan dengan jaya
setelah berberapa kali penerangan diberikan kepada setiap kumpulan bertanding.
Tambahan lagi, faktor cuaca yang sangat terik pada hari tersebut telah
menyebabkan ramai pelatih tidak bermaya kerana kebanyakkan permainan
berlangsung sangat hampir kepada waktu tengah hari. Ini telah menyebabkan pelatih
tidak dapat menunjukkan pelibatan yang penuh kepada setiap jenis pertandingan.
Sebagai kelemahan, dilihat dari aspek pengurusan masa guru pelatih tidak
memuaskan. Majlis sepatutnya berlangsung pada jam 8.30 pagi akan tetapi terpaksa
ditunda ke jam 9 pagi. Hal ini kerana terdapat segelintir guru pelatih yang datang lewat
disamping penyediaan tempat yang agak lewat untuk selesai. Hal ini perlu diberikan
perhatian serius oleh semua pihak. Dapat dilihat, jika pengurusan masa mempunyai
masalah, maka majlis juga akan terpaksa dimulakan lewat daripada masa yang
sepatutnya dilangsungkan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Terdapat berberapa penambahbaikam yang boleh dilakukan untuk acara
Pertandingan Permainan Tradisional ini, sebagai contoh adalah setiap AJK yang
dilantik perlu menjalankan tugas dan tidak perlu menunggu Pengerusi memberi arahan
dan perlu memberitahu setiap yang perlu dilakukan.
Selain daripada itu, tempat atau masa perlu di ubah kepada tempat yang tidak
panas terik dan mempunyai tempat untuk berteduh daripada panas kerana terdapat
acara yang mengambil masa yang terlalu lama sehingga ada acara yang dilangsungkan
ketika tengah hari yang sangat panas.
Selain daripada itu, setiap kumpulan perlu memahami setiap permainan mereka
supaya sebelum menyampaikan kepada pelajar lain yang mana akan menyebabkan
pelajar lain tidak dapat memahami permainan tersebut.

PENUTUP
Pertandingan permainan tradisonal ini telah mengajar saya banyak pengalaman
baru dan memberikan banyak pengetahuan tentang permainan tradisional yang sudah
lama saya tinggalkan dan ada yang saya tidak pernah main dan dengar sebelum ini
seperti kabaddi. Permainan kabaddi saya hanya tahu pada nama sahaja kerana acara
Sukan SEA dahulu telah mempertandingkan acara ini tetapi saya tidak mengetahui cara
bermain. Walaubagaimanapun, setelah pertandigan ini dijalankan saya telah
mengetahui bagaimana untuk bermain dan saya dapati permainan ini agak menarik dan
memerlukan taktikal yang tinggi.
Selaindaripada itu, saya mempelajari daripada pertandingan ini adalah
bagaiamana untuk menjadi setiausaha oragnisasi yang menguruskan pertandingan ini.
Jawatan setiausaha merupakan satu jawatan yang baru kepada saya. En Sabri dan
rakan-rakan terutama Farihah, Shukri dan lain-lain telah banyak membantu saya.
Menjadi setiausaha adalah satu tugas yang besar dan agak sibuk kerana semua
berkaitan perancangan perjalanan aktiviti, pengurusan kewangan saya perlu tahu untuk
membuat kertas kerja untuk diluluskan kepada ketua jabatan. Walaubagaimanapun,
saya tetap dapat menlaksanakan amanah yang diberi yang dibantu oleh rakan-rakan.

You might also like