You are on page 1of 12

DATO LIANG SERUJI (PISMP SAINS SEM.

5) PJM 3112
REFLEKSI :

DATO LIANG ANAK SERUJI (PISMP SAINS SEM 5)

Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya kerana berkatNya Karnival
Permainan Tradisional telah Berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan kerana itu jua saya
telah dapat mengikuti Karnival Permainan Tradisional pada 10 Mac 2014 bertempat di
Padang Institut Pendidikan Guru,Kampus Raja Melewar, Seremban dengan lancar di bawah
bimbingan pensyarah yang cukup berpengalaman iaitu Encik Zulkefly B. Jamil dan Encik
Bisshukri Bin Matrop selaku penyelaras karnival ini dan pensyarah dari Jabatan
Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan.
Karnival Permainan Tradisional merupakan program yang sangat penting dan
menjadi pelengkap kepada Modul PJM 3112 bagi guru-guru yang mengambil Minor atau
elektif Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Melaluinya, para peserta memperoleh banyak
manfaat dan impak positif khususnya dapat mempelajari, menghayati, dan menghargai
permainan tradisional yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Justeru, untuk
memastikan warisan nenek moyang kita ini terus hidup di dalam arus pendidikan, maka
tepatlah pihak Bahagian Pendidikan Guru menyelitkan unsur permainan tradisional ini di
dalam kurikulum Program Pensiswazahan Guru.
Karnival Permainan Tradisional ini merupakan salah satu aktiviti di bawah
subjek PJM3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan.
Kami telah memilih untuk melaksanakan Karnival Permainan Tradisional ini di
bawah anjuran PISMP Ambilan Januari 2012 dengan gabungan tiga unit iaitu unit
Sains, Bahasa Cina 1 dan Bahasa Tamil 1 kerana kami sedar bahawa program ini
merupakan salah satu kesempatan bagi kami untuk membimbing kami dalam
pengurusan dan pentadbiran yang lebih baik, tersusun dan sistematik pada masa
DATO LIANG SERUJI (PISMP SAINS SEM.5) PJM 3112
kelak. Karnival Permainan Tradisional ini diadakan kerana mengikuti dan melengkapkan
Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan
Sukan.
Pro-Forma Kursus PJM3112, iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani
dan Sukan menyatakan bahawa kami juga perlu membuat satu lawatan ilmiah ke mana-
mana atau beberapa agensi-agensi pusat sukan seperti majlis sukan negara, institut sukan,
persatuan permainan, majlis sukan negeri, ataupun lain-lain badan yang berkait rapat
dengan sukan dan Pendidikan Jasmani. Tujuannya adalah untuk memperoleh pengalaman
tentang pengurusan yang dilaksanakan oleh pihak yang dijadikan sebagai tempat lawatan
kami.
Sepanjang saya mengikuti program Karnival permainan Tradisional ini, saya
memperoleh kesedaran bahawa permainan tradisional adalah satu aspak pada kehidupan
manusia. Permainan ini dikenlai juga sebagai permainan masa lapang ataupun sukan
rakyat. Kebiasaan permainan tardisional ini dimainkan oleh masyarakat dahulu pada masa
lapang seperi lepas bekerja di sawah padi ataupun semasa tidak turun ke laut.
Sukan dapat didefinisikan sebagai aktiviti yang dipertandiangkan mengikut
peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah persetujui. Sukan akan lebih menarik
jika terdapat unsur-unsur pertandingan, perancangan, kemahiran motor dan juga startegi.
Pada hari karnival tersebut, permaian pertama yang dijalankan ialah Permainan Ketingting,
diikuti dengan Permainan Kabadi. Ketiga, permaian yang dipertandingan ialah Sepak
Manggis, dan seterusnya ialah permainan tradisional iaiti Permainan Batak Lampung.
Pendidikan Jasmani adalah sangat penting dalam kehidupan sebagai seorang murid
sekolah. Ini jelas dapat dibuktikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang juga
menekankan aspek jasmani, emosi, intelek dan juga sosial. Pendidikan Jasmani begitu
menekankan aspek-aspek tersebut, ini dapat dijelaskan pergerakan dalam Pendidikan
Jasmani, interaksi antara murid, kreatif dalam membuat pergerakan, dan mendidik murid
supaya lebih bijak mengawal emosi semasa aktiviti jasmani.
Sesuatu program itu dapat dijayakan dengan beberapa aspek yang sangat perlu
dititikberatkan. Antaranya adalah di mana ia bergantung kepada bagaimana merangka atau
merancang dan pengendalian atau pelaksanaan/pengelolaan yang dilakukan. Perancangan
atau merangka disini dapat didefinisikan bagaimana untuk merancang, merangka,
menyusun aktiviti dan juga menyelaras tugas bagi melaksnakan sesuatu program.
Mengelola pula bermaksud mentadbir, mengurus, dan mengawal atau melaksana sesuatu
DATO LIANG SERUJI (PISMP SAINS SEM.5) PJM 3112
program yang telah dirancang. Kami juga telah membuat satu lawatan ke Sekolah sukan
Bukit Jalil untuk menambahkan lagi pengetahuan tentang pengurusan dalam sesebuah
organisasi ditubuhkan. Lawatan ini sangat berguna kerana dengan adanya input-input yang
diberikan, maka karnival yang dijalankan dapat dijayakan dengan baik, sungguhpun pada
awalnya ada beberapa kekurangan yang dikenal pasti.
Karnival Permainan Tradisonal yang dijalankan ini perlulah mengikuti beberapa
urutan dan prosedur-prosedur yang biasa dijalankan oleh mana-mana perancangan sesuatu
program agar ia dapat berjalan dengan lancar dan baik.
Karnival Permainan Tradisional ini bermula daripada perlantikan ahli jawatankuasa.
Setiap peserta kursus ini, iaitu PISMP Unit Pendidikan Jasmani telah dilantik menjadi ahli
jawatankuasa. Ahli jawatankuasa juga terbahagi kepada dua, iaitu ahli jawatankuasa
pelaksana, dan ahli jawatankuasa kerja.
Setiap ahli jawatankuasa ini mempunyai ketua mereka tersendiri. Pangkat dalam
sesuatu jawatankuasa ialah pengerusi, dimana pengerusi akan bertindak sebagai ketua,
selain daripada mempengerusikan mesyuarat, membuat keputusan, dan merancang aktiviti.
Selepas merancang karnival ini, maka tindakan selanjutnya ialah mengadakan mesyuarat.
Mengadakan mesyuarat adalah sangat penting. Begitu juga menghadiri mesyuarat yang
diadakan. Mesyuarat diadakan untuk membincangkan sesuatu perkara, menyelesaikan
masalah yang timbul, juga membuat perbicangan untuk sesuatu perkara.
Untuk program Karnival Permainan Tradisional yang jalankan ini, mesyuarat telah
pun dijalankan sebanyak lima kali. Setiap mesyuarat membincangkan perkara-perkara
penting, contohnya perubahan tarikh karnival, masalah-masalah yang timbul pada setiap
jawatankuasa, dan cara penyelesaian yang baik.
Daripada mesyuarat yang dijalankan, jawatankuasa pelaksana telah bersetuju untuk
menjalankan karnival ini pada 10 Mav 2014. Karnival ini akan dijalankan bermula daripada
jam lapan pagi dan dijangka tamat pada jam 12.30 tengah hari. Ini bermakna, setiap
jawatankuasa kerja perlulah bersiap sedia sebelum hari karnival agar dapat menjalankan
aktiviti tersebut dengan lancar dan sempurna.
Pada Karnival Permainan Tradisional yang dijalankan tersebut, permainan tradisional
yang dipertandingkan adalah seperti permainan Ketingting, Kabadi, Sepak Manggis dan
Batak Lampung.
DATO LIANG SERUJI (PISMP SAINS SEM.5) PJM 3112
Sepanajng karnival ini berlangsung, para perserta dapat memahami apa yang cuba
disampaikan oleh pihak pengajur. Permaian yang dijalankan juga adalah bersesuaian
dengan peringkat para peserta kerana mereka kelihatan ceria dan semtisa menunjukan
semangat bersaing dan bersungguh-sungguh untuk memenangi setiap acara.
Secara keseluruhannya, setiap fasa dlam mengelolakan sesuatu program itu adalah sangat
penting dan perlu diambil perhatian. Seperti contoh, pada fasa sebelum hari kernival, setiap
jawatankuasa perlulah mengetahui bidang tugas mereka agar mereka dapat menjalankan
tugas yan telah diamanahkan dengan lancar dan baik. Mesyuarat perlulah diadakan untuk
membuat keputusan dan menyekesaikan masalah yang tibul dan merangka beberapa cara
yang kemungkinan perkara yang tidak diingini berlaku.
Pada fasa semasa hari kernival, jawatankuasa sangat penting untuk menjalankan
tugas mereka agar tentatif program dapat diikut dan karnival berjalan lancar tanpa ada
sebarang masalah. Pembahagian tugas yang spesifik pada hari kejadian akan melancarkan
perjalanan karnival. Mereka juga tidak akan masuk ke bidang jawatankuasa lain.
Tanggungjawab yang diberikan mereka dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna.
Pada fasa selepas hari tersebut juga penting. Fasa ini akan membincangkan kekurangan
yang ada pada hari karnival dan mencari jalan penyelesaian yang baik. Apabila kekurangan
dan kelebihan dapat dikenal pasti, maka pengalaman tersebut dapat digunakan untuk
mengelola sebarang program pada masa akan datang.

KEKUATAN DALAM MASA MERANGKA DAN MENGELOLA PERTANDINGAN
Sepanjang Karnival Permainan Tradisional ini dilaksanakan sama ada sebelum,
semasa dan selepas pelaksanaannya, terdapat beberapa kekuatan yang membolehkan
karnival ini dijalankan dengan lancar. Antara kekuatan yang telah saya rasakan adalah :
I. Kerjasama yang utuh dalam kalangan ahli pengelola
Karnival Permainan Tradisional ini melibatkan tiga unit yang bergabung iaitu unit Sains,
Bahasa Cina 1 dan Bahasa Tamil 1 Semester 5. Ketiga-tiga unit telah bergabung
tenaga dan masa untuk memastikan perancangan dan pelaksanaan program
Karnival Permainan Tradisional ini berjalan dan terlaksana dengan jayanya. Semangat
kerjasama yang ditunjukkan kesemua ahli begitu menyentuh hati saya di mana kami salaing
memberikan kerjasama walaupun ahli-ahli adalah berbeza dari kaum dan agama. Ini
merupakan satu cabaran yang telah Berjaya kami atasi kerana perbezaan kulit bukan
penghalang untuk kami bekerjasama dalam menjayakan program yang kami rancangkan ini.
DATO LIANG SERUJI (PISMP SAINS SEM.5) PJM 3112
Nilai kerjasama juga ditunjukkan apabila kami dibahagikan kepada beberapa
jawatankuasa kecil di mana setiap ahli adalah dari unit yang berbeza. Saya telah mendapat
jawatan sebagai ahli jawatankuasa permainan ketingting dengan dua orang lagi rakan saya
dari unit Bahasa Cina iaitu Katherine Heng Man Lee dan Malaarvily A/p Shanmugam
dai Unit Bahasa Tamil. Kami bertiga telah bersama-sama membuat segala
perancangan untuk mengendalikan permainan ketingting. Pertamanya kami telah
berbincang bersama-sama tentang peralatan, perbelanjaan dan keperluan lain
dalam menjayakan permainan ketingting yang di bawah pengendalian kami. Sehari
sebelum karnival permainan ini berlangsung, kami juga bersama-sama menyediakan
tapak untuk permainan ketingting. Semasa permainan dijalankan, kami juga
bekerjasama untuk mengendalikan permaianan ini sebagai pembimbing kepada
para peserta yang menyertai. Dengan adanya semnagat kerjasama itu,
pertandingan permainan ketingting telah berjalan dengan jayanya seperti yang telah
kami rancangkan.
II. Keperluan dan peralatan mencukupi
Sepanjang karnival berlangsung, peralatan yang diperlukan untuk program karnival
Permainan Tradisional ini adalah kelihatan mencukupi. Jawatankuasa Peralatan telah
menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Segala peralatan yang diperlukan
oleh mana-mana pihak yang memerlukan telah disediakan dengan secukupnya. Contohnya
adalah khemah, meja dan kerusi, paying besar untuk hakim dan sebagainya.
Tambahan lagi peralatan yang diperlukan oleh setiap jawatankuasa permainan juga
dibeli dan disediakan oleh jawatankuasa yang terlibat. Dengan adanya keperluan dan
peralatan yang mencukupi segala aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan
jayanya.
III. Pemilihan kawasan yang sesuai
Setelah berbincang bersama, ketiga-tiga unit telah sebulat suara untuk menjalankan
program karnival Permainan Tradisional ini di Padang Institut Pendidikan Guru,Kampus Raja
Melewar. Pemilihan padang sebgaai tapak karnival adalah satu keputusan yang terbaik bagi
saya. Ini adalah keluasan kawasannya yang boleh menampung untuk pelaksanaan empat
jenis permainan tradisional yang dipilih iaitu permainan ketingting, kabadi, batak lampung
dan sepak manggis.
DATO LIANG SERUJI (PISMP SAINS SEM.5) PJM 3112
Pemilihan padang sebagai tapak karnival juga membolehkan para peserta bebas
bergerak. Pergerakan untuk melaksanakan permainan juga tidak terbatas. Tambahan lagi,
apabila dinilai dari segi keselamatan pula, kawasan padang merupakan satu kawasan yang
rata dan selamat untuk menjalankan apa-apa aktiviti seperti permainan dan sukan. Oleh itu,
adalah penting untuk pihak penganjur mengambil berat akan keselamatan para peserta
semasa pelaksanaan aktiviti karnival Permainan Tradisional agar kemalangan dapat
dielakkan daripada berlaku.
IV. Pengurusan masa yang teratur
Kekuatan yang seterusnya adalah berpaksikan kepada pengurusan masa yang baik dan
teratur. Pengurusan masa yang baik akan menentukan sama ada karnival ini Berjaya
ataupun sebaliknya. Oleh yang demikian, saya dan ahli rakan yang lain sangat
mementingkan tentang pengurusan masa bagi menjayakan karnival Pertandinagn
Permainan Tradisional ini. Contohnya, kami telah menjalankan sesi raptai sehari sebelum
hari sebenar berlangsungnya karnival ini. Sesi raptai yang dijalankan tersebut adalah untuk
memastikan kesesuaian masa yang telah ditetapkan dalam tentative program terlaksana
mengikut perancangan yang telah dirancang bersama.
Tidak menjadi masalah kepada saya dan rakan ahli pengelola untuk menguruskan masa
ini kerana setiap ahli telah diberikan tugas masing-masing. Pembahagian tugas tersebut
mampu untuk membantu karnival ini berlangsung dengan masa yang sepatutnya. Setiap ahli
sudah menguasai bidang tudas yang diberikan maka tiada berlaku pembaziran masa
semasa karnival dijalankan.
V. Nilai kepimpinan
Kekuatan yang seterusnya adalah berlandaskan kepada nilai kepimpinan yang dimiliki
oleh setiap ahli yang terlibat dalam penganjuran karnival Permainan Tradisional. Semua ahli
telah berusaha untuk menunjukkan sikap kepimpinan dalam diri masing-masing semasa
penganjuran karnival. Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di
pertingkatkan dari masa ke masa. Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam
sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan. Sebagai seorang pemimpin, mungkin
saya dan rakan ahli lain mampu memberi arahan kepada peserta yang menyertai
pertandingan permainan tradisional.
Tambahan lagi, saya kagum dengan kepimpinan yang ditujukkan oleh saudara
pengerusi semasa memimpin saya dan rakan unit lain dalam memastikan karnival
dilaksanakan dengan lancar. Pemimpin iaitu pengerusi karnival telah Berjaya menunjukkan
DATO LIANG SERUJI (PISMP SAINS SEM.5) PJM 3112
sikap kepimpinan beliau semasa menjalankan tugasnya. Oleh itu, ahli jawatankuasa yang di
bawahannya telah menjalankan tugas dengan berkesan. Kesemua ahli memberikan
komitmen dan arahan dengan hati yang terbuka.
Pada kesimpulannya,untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin
perlu mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus,memperjelas dan menghayati
budaya kerja di dalam organisasi.Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada
ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang.Justeru itu, panduan
nilai dan etika perlu di rangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa
organisasinya ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang di
inginkan.Sesungguhnya,pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan
organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata sebenarnya

KELEMAHAN DALAM MASA MERANGKA DAN MENGELOLA PERTANDINGAN
Namun demikian, dalam melaksanakan sesuatu program seperti karnival
Permainan Tradisional ini sesungguhnya kelemahan pasti ada. Kelemahan tersebut
bukanlah satu perkara yang disengajakan tetapi sesuatu yang tidak dijangka ataupu
yang tidak dirancang oleh kami dalam menganjurkan karnival ini. Antara kelemahan-
kelemahan yang dikenalpasti adalah :
I. Kegagalan menepati masa
Sepanjang pelaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini, saya dapat
perhatikan di mana terdapat beberapa rakan yang menunjukkan sikap tidaka
menepati masa. Sikap tersebut telah sedikit menyebabkan program yang telah
dirancang dengan baiknya menjadi kurang teratur. Lumrah manusia apabila tidak
menepati masa atau lewat untuk pergi ke sesuatu tempat akan memberi alasan yang tidak
masuk akal. Tetapi bukan semua hanya segelintir sahaja. Namun demikian, perkara
tersebut dapat dikurangkan kesannya.
Semasa aktiviti raptai dijalankan, terdapat beberapa rakan yang lambat sampai ke tapak
permaian malah ada yang tidak hadir. Perkara tersebut telah menyebabkan sesi raptai agak
lambat bermula. Oleh yang demikian, menepati masa adalah satu perkara yang tidak boleh
siambil mudah kerana masa tidak menunggu kita tetapi kita harus mengejar masa.
DATO LIANG SERUJI (PISMP SAINS SEM.5) PJM 3112
Pepatah Arab ada menyatakan bahawa masa itu ibarat mata pedang jika kita tidak
memotongnya dia akan memotong kita. Bayangkanah betapa pentingnya masa. Masa yang
diberi dalam sehari ialah 24 jam tidak lebih dan tidak kurang terpulang kepada individu untuk
menggunakannya dengan bijak. Pengurusan masa seharian amat penting dalam kehidupan
kita. Dalam kehiupan sehari-hari kita sebenarnya tidak boleh lari dengan jadual masa yang
kita telah tetapkan sehari-hari.Tanpa sedar sebenarnya setiap hari kita telah mengatur
jadual masa sendiri. Kita akan tahu bila masanya untuk makan, solat dan sebagainya.

II. Komunikasi yang kurang berkesan antara ahli
Kelemahan lain yang dikenalpasti oleh saya adalah kurangnya komunikasi
berlaku antara ahli-ahli yang sama memagang jawatan. Kelemahan ini adalah
kemungkinan disebabkan oleh kerana setiap ahli jawatankuasa yang dibentuk
adalah atas gabungan tiga unit yang berbeza, maka agak sukar untuk saya dan
rakan-rakan lain untuk duduk berbincang bersama. Ini adalah kerana setiap kami
mempunyai jadual masa yang berbeza. Maka susah untuk kami berkomunikasi
sesame ahli.
Dalam hal ini, saya sedar bahawa tidak dapat disangkal lagi bahawa komunikasi adalah
amat penting dalam kehidupan kita seharian. Setiap hari kita berkomunikasi dengan
masyarakat di sekitar kita sama ada dalam situasi formal ataupun tidak formal. Komunikasi
yang baik dapat menyampaikan hasrat hati dengan baik. Walau bagaimanapun, satu hakikat
yang tidak dapat kita nafikan adalah ramai yang tidak mampu berkomunikasi dengan baik.
Dalam organisasi, komunikasi merupakan alat perhubungan antara pemimpin dengan orang
yang dipimpin. Pemimpin mesti mempunyai matlamat dan misi yang jelas tentang apa yang
ingin dicapai oleh organisasinya. Pemimpin perlu memastikan orang-orang yang
dibawahnya agar memahami matlamat organisasi seterusnya melaksanakan tanggungjawab
masing-masing untuk mencapai objektif organisasi. Dengan demikian, pemimpin perlu
terlebih dahulu memahami apa yang ingin disampaikan oleh organisasi yang dipimpinnya
III. Kurang persediaan
Kelemahan lain adalah kekurangan persediaan semasa menjalankan aturacara
perasmian. Semasa sesi perasmian dijalankan, terdapat beberapa insiden yang tidak
seharusnya telah berlaku. Upacara perasmian kurang meriah kerana berlaku masalah
teknikal. Perkara tersebut dapat dielakkan sekiranya jawatankuasa yang terlibat telah
membuat persediaan yang sepenuhnya. Mereka seharusnya memastikan segala yang
DATO LIANG SERUJI (PISMP SAINS SEM.5) PJM 3112
dirancang berlaku dengan lancar. Namun, mungkin juga bukan disebabkan kesilapan
teknikal yang tidak dijangkan berlaku tanpa dirancang.

CADANGAN ATASI KELEMAHAN ATAU PENAMBAHBAIKAN
Terdapat pelbagai cadangan yang ada untuk mengatasi kelemahan atau masalah
yang timbul. Cadangan yang relevan membantu melaksanakan dan mengelolakan program
dengan lebih baik pada masa akan dantang. Belajar melaui pengalaman.
Untuk mengelola Karnival Permainan Tradisional ini memerlukan perancangan awal dan
sempurna. Ia bermula daripada peringkat perancangan itu sendiri, dimana ia memerlukan
ketua yang sentiasa dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dan beretika.
Seterusnya kertas kerja yang dihantar hendaklah menepati aspek-aspek yang
diperlukan di dalamnya. Jika tidak, maka kertas kerja tersebut tidak boleh diluluskan dan
hendaklah disunting semula agar pihak yang meluluskan kertas kerja tersebut kelak tidak
dipersalahkan jika terdapat sebarang insiden yang tidak dingini berlaku terutamanya
memberikan kesan yang buruk kepada semua.
Mesyuarat hendaklah dijalankan dengan baik dan betul. Pengerusi mesyuarat
hendaklah sentiasa mempengerusikan dengan baik. Perbincangan yang diadakan semasa
mesyuarat hendaklah dibincangkan dengan adil. Tiada karenah birokrasi yan diperlukan.
Setiap masalah yang ditimbulkan didalam mesyuaat hendaklah diselesaikan dengan
sempurna dan memuaskan hati setiap pihak.
Persiapan awal adalah sangat peting agar semasa program yang dirancang dapat
berjalan dengan baik dan mengikut perancangan. Pengagihan tugas adalah sangat penting
supaya setiap jawatan kuasa memberikan komitmen yang diperlukan untuk menjalankan
program yang dirancang. Ia juga memastikan setiap individu atau jawatankuasa
menjalankan tugasan yang diberikan. Ringan sama dijinjing, berat sama dijunjung.
Juga terdapat beberapa perkara yan gperlu diberi perhatian pada masa mencari permaian
yang sesuai. Antaranya ialah jenis permainan yang dipertandingkan adakah sesuai atau
tidak dengan matlamat dan isi yang ingin disampaikan pada peserta.
Permainan yang dijalankan adalah mengikut masa. Masa yang diperlukan adakah sesuai
dan tidak memberikan masalah kepada waktu lain.
DATO LIANG SERUJI (PISMP SAINS SEM.5) PJM 3112
Alatan dan kemudahan yang ada juga memainkan peranan penting. Ini membuktikan
bahawa jika alatan dan kemudahan yang digunakan tidak sesuai, maka ai akan
menimbulkan masalah.
Sistem pertandingan juga memainkan peranan penting. Barapa kategori yang
dipertandingkan dan bagaimanakah menentukan pemenang. Seperti mana yang diketahui,
terdapat pelbagai jenis pertandiangan. Contohnya ialah temasya, pertandingan berlapis,
kumpulan, dan piramid.
Peserta yang mengambil bahagian juga perlu dipastikan. Ini supaya tidak timbul
sebarang masalah kelak. Contohnya jika sudah ditetapkan berapa jumlah peserta, dan
rancang jumlah perbelanjaan yang diperlukan. Jika tidak, pembaziran boleh berlaku yang
menyebabkan kemungkinan kos yang perlu dibelanjakan lebih daripada jumlah wang yang
diperoleh. Untuk yang demikian, borang penyertaan boleh digunakan. Ini bermaksud,
perserta yang telah bersetuju untuk mengambil bahagian perlulah memberikan borang
penyertaan. Pihak pengelola akan dapat membuat jangkaan awal berapa jumlah peserta
kelak. Selain itu, surat sokongan juga boleh digunakan untuk memastikan mereka yang
terlibat mengambil bahagian tanpa dan sebarang alasan untuk tidak menghadirkan diri.

ISU-ISU DALAM SUKAN YANG BERKAITAN DENGAN DAN PERMAINAN
TRADISIONAL
Karnival Permainan Tradisional yang dijalankan ini sedikit sebanyak mempunyai kaitan
dengan program Malaysia Cergas. Malaysia Cergas adalah satu idea dan konsep yang lahir
untuk memberikan penekanan ke arah meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal
kepada penglibatan seberapa banyak rakyat Malaysia. Ini dapat dicapai jika pada
perancangan awal dapat dilaksanakan, iaitu memastikan kesemua peserta mengambil
bahagian, maka banyaklah individu-individu yang akan menjayakan karnival ini.
Undang-undang dan peraturan-peraturan dalam sesuatu permaian sukaneka
ataupun permainan tradisional yang dijalankan adalah sangat penting. Ia berfungsi untuk
mengawal dan menjadikan kejohanan itu dapat dijalankan dengan adil dan tersusun.
Undang-undang dan peraturan-peranturan yang digunakan pada karnival ini adalah dicipta
oleh pihak pengnjur atau jawatankuasa permainan sendriri. Ini dibuat supaya dapat
melicinkan lagi perjalanan permainan tersebut.
Seperti contoh, jika tidak terdapat undang-undang atau peraturan, maka
kemungkinan besar akan berlaku kekasara dan kekechan seperti rasa tidak berpuas hati. Ini
DATO LIANG SERUJI (PISMP SAINS SEM.5) PJM 3112
juga dapat dikait rapat dengan permainan bersih, atau lebih dikenali dengan istilah Fair
Play. Semasa permainan Kabadi dijalankan, terdapat beberapa kesalahan yang
dikenalpasti oleh jawatankuasa pengadilan. Maka, jawatankuasa tersebut telah membuat
perbincangan kecil untuk membuat keputusan supaya permainan ini dapat dimainkan
secara adil dan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah dibuat. Begitu
juga dengan permainan Sepak Manggis.
Permainan yang dijalankan, tidak kira sukaneka ataupun permainan tradisional ini
memberi impak yang positif kepada peserta. Selain daripada peserta yang mengambil
bahagian dalam sukan ini sentiasa gembira, mereka juga bersungguh-sungguh memberikan
persaingan yang sihat dan memberikan sorakan kepada kawan yang sedang bertanding.
Ini dapat dijelaskan lagi dari segi afektif sukan yang beretika akan memberi ruang kepada
peserta untuk berinteraksi dan bergembira. Bersukan dapat menjadikan hubungan sosial
yang baik dan membina masyarakat Malaysia yang cergas selain daripada membenteras
kegiatan-kegiatan tidak sihat.
Rekreasi juga berkait rapat dengan karnival ini. Rekreasi perlu dilihat sebagai satu
aktiviti yang terancang dan mampu memenuhi masa lapang. Pemilihan permainan yang
sesuai bertujuan untuk mendapatan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan
badan. Ia akan memberikan kesan dan impak yang positif terhadap aspek jasmani
terumanya, selain daripada rohani dan intelektual.
Permainan tradisional yang mendapat pilihan ini kerana permainan tradisional juga
sebagai satu cara untuk berekreasi. Permainan tradisional merupakan permainan yang
diwarisi dari generasi terdahulu. Permainan ini diturunkan dari satu generasi ke satu
generasi. Bahan dan sumber yang digunakan juga adalah kebiasaanya berada dalam
persekitaran kita. Seperti contoh kita tidak memerlukan kos untuk membeli upih pinang,
sebaliknya hanya perlu meminta daripada mereka yang mempunyai pokok pinang yang
mempunyai upih yang sesuai.
Secara keseluruhannya, Karnival Permainan Tradisional ini dapat dijalankan dengan
lancar dan mengikut apa yang telah dirancang. Sepanjang karnival tersebut berlangsung,
tiada masalah besar yang timbul seperti pergaduhan atau penyalah gunaan bahan,
sungguhpun mereka, iaitu peserta mahukan kemenangan berpihak kepada mereka.
Peralatan yang ada pada alam sekeliling kita yang digunakan dapat menjimatkan kos dan
memberikan banyak kelebihan.
Walaupun penat, saya merasa sangat seronok mengendalikan karnival pada kali ini.
Kerjasama dan komitmen para peserta mampu bertahan ke akhir program. Kami saling
DATO LIANG SERUJI (PISMP SAINS SEM.5) PJM 3112
bekerjasama mengemas dan menyimpan barang-barang yang dibawa. Sebelum bersurai,
Tn Haji Mohamd Yunus bin Ibrahim melahirkan rasa gembira dan bangga dengan
kerjasama, komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para peserta.
Pada pandangan saya refleksi adalah pengakuan secara jujur dengan membuat
renungan, muhasabah dan menganalisis apa yang telah dialami oleh seseorang individu.
Refleksi penting bagi mengenalpasti kekuatan dan kekurangan sesuatu program dengan
harapan kekuatan yang ada dapat dimurnikan lagi manakala kelemahan yang berlaku tidak
diulangi sebaliknya cuba diperbaiki pada masa akan datang. Terima kasih sekalung budi
kepada pensyarah penasihat yang terlibat di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar serta
teguran membina kepada kami dalam menjayakan karnival ini.

You might also like