You are on page 1of 24

,. ",.

AW

USAHA MENGEKALKAN PERMAINAN TRADISIONAL MELAYU JOHOR
KAJIAN KES: PERMAINAN GASING TRADISI DI KAMPUNG PARIT BARU, AYER
BALOI, PONTIAN, JOHOR.
ISTIMASRIA BINTI ISHAK
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
2007
I

,...
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera ...
Pertama sekali, syukur alhamdulillah kehadrat lIahi di atas taufik dan
hidayah-Nya telah menganugerahkan keupayaan kepada saya untuk menyiapkan
latihan ilmiah ini dengan jayanya seperti yang telah dirancang dalam masa yang
telah ditetapkan.
Berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan buat penyelia saya iaitu
Pn. Rahah Binti Hj. Hasan di atas sumbangan idea, nasihat, tunjuk ajar dan
memberi maklumat ikhlas yang dihulurkan semasa menyiapkan kajian ini. Semoga
Allah membalas kemuliaan budi dan sumbangan yang telah diberikan.
Di kesempatan ini juga jutaan terima kasih diucapkan buat pensyarah
Program Pengurusan Seni yang lain iaitu Pn. Qistina Donna Lee Abdullah, Miss
Karen Samy dan Pn. Noria Tugang di atas segala teguran dan nasi hat yang
diberikan dari awal kajian dilakukan hingga akhir.
IV
I

.14 I
Buat Ayah Ishak Ahmad, Ibu Kaseh Musadir, Akak Ismawati, Abang ipar Mohd
Syairul, Kak Ismimarina, Adik iseiryanti, Kembar Mohd Isa dan Mohd Isham, Adik
bongsu Norhana dan lamadir tersayang semoga sentiasa dilindungi Allah S.W.T dan
berbanyak-banyak terima kasih diatas didikan, kasih sayang, nasihat dan bantuan
serta sokongan yang diberikan. Segala jasa dan pengorbanan kalian tidak akan
lupakan. Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi
pandangan dan dorongan dalam menyiapkan kajian ini. Semoga kalian semua
berjaya dalam hid up. Dan tidak lupa juga kepada arwah embah dan arwah datuk
semoga ALLAH S. W.T mencucuri rahmat ke atas rohnya. AI-Fatihah.
Akhir kata, segal a yang baik itu datangnya dari Allah jua dan segala
kelemahan dan kekurangan itu datangnya dari saya sendiri. Oleh itu, berbanyak-
banyak mohon dan maaf dipinta sekiranya masih terdapat kekurangan dan
kelemahan.
Sekian, terima kasih.
v

lSI KANDUNGAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS I LAPORAN
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
lSI KANDUNGAN
ABSTRAK
ABSTRACT
BAB SATU: PENGENALAN KEPADA KAJIAN
1.1 Pengenalan
1.2 Definisi
1.3 Objektif
1.2.1 Objekti f umum
1.2.2 Objektif khusus
1.4 Hipotesis
1.5 Skop Kajian
1.6 Permasalahan Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Rumusan
1-10
10-14
15-16
17
18
19
20-21
21
VI

BAB DUA:SOROTAN KESUSASTERAAN


2.1 Pengenalan 22
2.2 Glosari Budaya Malaysia Permainan Tradisional 23-24
2.2. I Kandungan umum
2.2.2 Kaitan Kaj ian
2.3 Peraturan Permainan Gasing Banyak Uri 24-25
2.3.1 Kandungan Umum
2.3.2 Kaitan Kajian
2.4 Pemplet Kejohanan Gasing Pangkah Kebangsaan 25-26
2.4.1 Kandungan U mum
2.4.2 Kaitan Kajian
2.5 Festival and Special Event Management 26-27
2.5.1 Kandungan Umum
2.5.2 Kaitan Kajian
2.6 How To Use Quantitative Method In Evaluation 28-29
2.6.1 Kandungan Umum
2.6.2 Kaitan Kajian
VII

2.7GasingMelayu
2.7.1 Kandungan Umum
2.7.2 Kaitan Kajian
2.8 Bagasing
2.8.1 Kandungan Umum
2.8.2 Kaitan Kajian
2.9Rumusan
BAB TIGA: METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Lokasi
3.3 SumberData
3.3.1 DataPrimer
3.3.2 DataSekunder
3.4Populasi Kajian
3.5 Persampelan
3.6 InstrumentKajian
3.7 Limitasi Kajian
3.8 Rumusan
29-30
30-31
32
33
34-35
35-36
37
37-40
41-42
43-44
45
viii

BAB EMPAT:ANALISA DATA DAN DAPATAN KAJIAN


4.1 Pengenalan 46
4.2 Penganalisaan Data 47
4.2.1 BorangSoal Selidik 47-80
4.3.Temuramah 81
4.3.1 JKKWNJ 81-83
4.3.2 PEMASHOR 83-84
4.3 Kesimpulan 85-86
BAB LIMA:CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN
5.1 Pengenalan 87
5.2 Rumusan 88-91
5.3 Cadangan 91-93
5.4Cadangan UntukKajian Akan Datang 94-96
5.5 Kesimpulan 97-98
BIBLIOGRAFI 99-100
LAMPIRAN
IX

ABSTRAK
Gasing merupakan salah satu permainan tradisional yang telah dimainkan
sebelum perang dunia lagi. Gasing bukan sahaja dimainkan oleh orang dewasa tetapi
juga di kalangan orang belia dan juga kanak-kanak. Kajian berkaitan permainan Gasing
Tradisi di Kampung Parit Baru, Ayer Baloi Pontian lohor ini dijalankan bertujuan untuk
melihat sejauh mana keberkesanan usaha yang dilakukan oleh pihak labatan Kesenian
Kebudayaan Dan Warisan Negeri lohor dan Majlis Kebudayaan Daerah Pontian serta
penduduk Kampung Parit Baru, Ayer Baloi Pontian dalam mengekalkan permainan
tradisi masyarakat melayu lama yang semakin berkurangan terutama di kalangan belia.
x

ABSTRACT
Top-spinning is one of the traditional games often played in Johor. This games is
not only played before by adults but children as well. This research on traditional top
spinning at Kampung Parit Baru, Ayer Baloi, Pontian 10hor aim to look at the role
played by labatan Kesenian Kebudayaan Dan Warisan Negeri 10hor, the Cultural
Council of Pontian District and the residents of Kampung Parit Baru, Ayer Baloi,
Pontian is preserving this traditional game that is slowly being forgotten especially by
the malay youth in 10hor.
XI

BAB1
PENGENALAN.
1.1 PENGENALAN.
Industri seni dan budaya kini telah menjadi satu daripada industri yang
terpenting dalam pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kemantapan yang
dicapai dari segi penyediaan kemudahan dan perkhidmatan seni dan budaya
menjadi nadi kepada perkembangan aktiviti kesenian dan kebudayaan yang
diwujudkan. Perkembangan ini boleh disifatkan sebagai satu usaha membina,
memperJuas dan mempelbagaikan as as ekonomi negara dalam sektor seni dan
budaya agar sektor ini menjadi lebih dinamik, prograsif dan berdaya maju
(Utusan Malaysia, 2001).
Unsur seni dan permaman adalah keperluan asas kehidupan manusia di
dunia dan tidak mungkin kedua-duanya dapat dipisahkan daripada kehidupan
masyarakat hingga ke hari ini. Masyarakat tradisional juga tidak ketinggalan
dalam soal ini. Dalam menjalankan aktiviti kehidupan sara diri, mereka telah
mengisi masa lapang dengan berbagai-bagai kegiatan yang dapat menghiburkan
hati. Antara kegiatan yang dilakukan ialah dengan bermain gasing (Buku pamplet
terbitan labatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan lohor. Kejohanan Gasing
Pangkah Kebangsaan Terbuka lohor 2005).

Gasing bukan sahaja menjadi permainan orang dewasa malah turut


dimainkan oleh golongan kanak-kanak dan remaja pada masa dahulu. Mereka
bermain gasing untuk beradu kemahiran, kecekapan, kepantasan dan kerjasama
berpasukan. Di samping itu, mereka dapat mengeratkan hubungan sesama mereka.
Permainan ini juga dapat menjalin hubungan persahabatan antara kampung dan
daerah lain. Semasa permainan ini dijalankan, mereka dapat bertemu dan
berbincang mengenai hal-hal yang berkenaan dengan kampung dan sebagainya.
Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang telah
digarap dari pelbagai keturunan. Kebudayaan ini telah disatukan menjadi satu
kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga
mampu membentuk satu kebudayaan melayu. Ini termasuklah amalan bergotong-
royong menjalankan kegiatan ekonomi, dimana ikatan ini terus diperkukuh dan
dieratkan dengan acara-acara keramaian dan hiburan. Lantaran resam yang
demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.
Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada
kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Asas penting yang menjamin
kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara
hidup nenek moyang kita. Kegiatan harian, bermusim dan tahunan daripada
individu ke individu tidak banyak berubah. [ni membolehkan mereka bekerja dan
berhibur pada masa yang sama. Malah sejak daripada kecil lagi mereka
membiasakan diri dengan keadaan sedemikian. Apabila musim menuai padi
2

berakhir dan musim tengkujuh tiba, pesawah dan nelayan mengisi masa Japang
mereka dengan kerja-kerja sampingan. Tempoh peralihan antara musim inilah
digunakanseeloknyaolehmereka untukmengadakan keramaian dan pesta.
Apabila sesuatu permainan diadakan di sesebuah kampung, penduduk kampung
berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi
semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di
antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian, permainan
tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat yang akan dimainkan oleh semua
lapisanmasyarakat(http://malaysiana.pnm.my/03/03pengenalan.htm).
Permainan gasmg di Malaysia bukanlah perkara baru tetapi ia telah
dimainkan sebelum perang dunia lagi. Kini ia mula diminati kembali oleh
pencinta seni warisan yang berusaha memperkenalkannya di kalangan masyarakat.
Padadasarnya pelbagai jenis permainan gasing boleh didapati di seluruh Malaysia.
Gasing bukan sahaja dimainkan oleh orang dewasa, tetapi ia juga di kalangan
remaJa dan kanak-kanak. Kalau dahulu gasing hanya dimainkan untuk mengisi
masa lapang akan tetapi pada zaman sekarang, gasing telah dimainkan semasa di
pertunjukan kebudayaan peringkat antarabangasa dan di sekolah-sekolah melalui
program pengenalan.
3

Permainan gasmg di Malaysia pada dasarnya boleh dibahagikan kepada


dua jenis iaitu gasing tradisional dan gasing sukan. Permainan gasing tradisional
mempunyai pelbagai jenis dan bentuk dan hanya dimainkan di sesuatu tempat
tertentu dan dimainkan oleh golongan tertentu sahaja. Peraturan dan cara bermain
juga berlainan mengikut kampung, daerah dan ketua permainan.
Oi Nusantara sendiri, gasing boleh dikaitkan dengan pengaruh
penghijrahan, peperangan dan perdagangan terbuka. Andaian ini berdasarkan
bentuk-bentuk gasing yang berlainan mengikut negeri yang pernah dijajahi oleh
kerajaan lain. Selain Malaysia, permainan gasing juga turut terdapat di negara-
negara lain di Asia, Afrika serta Eropah. Cuma yang membezakannya adalah
corak permainan, bentuk gasing, nama serta golongan yang memainkannya. Oleh
itu ternyatalah permainan gasing ini adalah salah satu jenis permainan tertua yang
dimiliki oleh hampir semua tamadun yang wujud (Yunos Pipet. 1993).
Kaedah permainan gasing adalah sarna secara umumnya iaitu memusing,
memangkah dan membela uri. Hanya yang membezakannya ialah cara membela
uri, melilit tali, peralatan tambahan dan bilangan pemain yang bermain serta cara
ia dimainkan. Umpamanya terdapat perbezaan dalam permainan Gasing Talar,
Gasing Piring dan Gasing Berembang yang terdapat di Negeri Johor. Oi Negeri
Selangor pula terkenal dengan Gasing Bakal, Gasing Lang Laut, Gasing Peyek dan
Gasing Tempayan.
4

Di Kelantan dikenali sebagai Gasing Timah dan Gasing Leper serta di


Negeri Kedah pula terkenal dengan Gasing Paku. Bagi Negeri Sarawak dan
Sabah, terdapat bentuk gasing yang berbeza yang dinamakan dengan Gasing
Lundu, Gasing Pontianak, Gasing Borneo, Gasing Kundasan, Gasing Limbang
Kadazan, Gasing Bajau dan Gasing Brunai. Cara bermain gasing ini tidak jauh
bezanyaantara satu dengan yang lain, Cuma apa yang membezakannya hanyalah
dari segibentuk dan saiznya sahaja (Drs.AgusTrianto. 1997).
Sebagai salah satu alat permaman tradisional, gasing dihubungkan dengan
metafizik. Walaupun ini merupakan perkara yang kurang digemari, tetapi ia telah
dipraktikkan dengan meluas. Umpamanya pemain akan "mematikan diri" untuk
menahan gasing daripada meliuk dan menyentuh bumi. Melalui meditasi ini,
mereka berjaya menahangasing itu daripada berpusing. Menurut buku yang ditulis
oleh Yunos Pipet (1993) yang bertajuk Gasing Melayu. Permainan gasing
selalunya dimulakan dengan berbagai-bagai adat tradisional yang sukar
dimengertikan oleh generasi muda. Permainan gasing ini seringkali
menggabungkan nilai-nilai kesenian dan kebatinan dalam kesukanan. Kemahiran
mengolah kayu akan diserikan lagi dengan kesungguhan dan kekuatan fizikal
apabila pemain memusingkan gasing.
5

...
Fib'
Tidak cukup dengan itu, persekitaran perlu dipenuhi dengan kepintaran
menggabungkan alam ghaib dan kemahiran menghasilkan permainan yang cukup
menarik. Kemampuan dan kesediaan menjadikan permainan ini sebagai warisan
yang tidak mungkin dapat diperolehi daripada peradaban lain. Secara umumnya,
dari dahulu hingga sekarang, permainan gasing 1m telah mengamalkan ilmu
kebatinan walau di mana Jua ia dimainkan dan 1m menjadi kebiasaan kepada
masyarakat Melayu.
Menurut Dato' Paduka Noor Aini Abdullah, Malaysia merupakan sebuah
negara berbilang kaum yang terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu atau
Bumiputera (peribumi), Cina dan India. Walaupun aspek berbilang kaum itu
sendiri bukanlah sesuatu yang pelik, keunikan yang nyata disini adalah kumpulan-
kumpulan etnik ini boleh hidup bersama dan mereka telah melakukannya sejak
dahulu lagi dengan mengekalkan identiti mereka yang berbeza. Bumiputera adalah
kumpulan yang terbesar di Malaysia. Memandangkan mereka menjadi tuan rumah
bagi negara ini, penekanan lebih diberikan terhadap gaya tradisi, kebudayaan dan
etika khususnya kepada orang-orang Melayu.
6
I

JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN JOHOR.


Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Johor (JKKWNJ) telah
ditubuhkan di bawah Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia atau
lebih dikenali sebagai KeKK Wa. Jabatan ini ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi
pembangunan Kebudayaan dan Kesenian kerana ia merupakan satu keperluan dalam
pembangunan negara. Untuk memenuhi keperluan tersebut KeKKWa telah menubuhkan
Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan untuk setiap negeri dengan menganjurkan
program-program penggalak, pemuliharaan, serta penyelidikan kebudayaan dan
kesenian.
Visi bagi semua Jabatan Kebudayaan kesenian dan Warisan bagi negeri Johor
ialah Kearah Bangsa Malaysia Yang Berbudaya Luhur dan Misi Jabatan ini adalah
Untuk Menyemarakkan dan Merakyatkan Seni Budaya Mengekalkan Warisan Bangsa.
Moto bagi setiap jabatan di seluruh negeri adalah Budi Bahasa Budaya Kita yang telah
diterapkan dalam kehidupan seluruh rakyat malaysia.
Kebanyakan Program yang dianjurkan dan dilaksanakan dalam bentuk bengkel,
kursus, seminar, simposium, pertandingan, menisfestasi, kejohanan, perhimpunan dan
juga memberi khimat nasihat yang berkaitan dengan kebudayaan dan kesenian. Terdapat
beberapa aktiviti kesenian yang telah diberi penekanan oleh Jabatan Kebudayaan
Kesenian dan Warisan Negeri Johor antaranya ialah teater, seni tari, seni khat, lagu
Melayu asli, muzik tradisional, permainan tradisional dan seni mempertahankan diri.
7

POLISI I PROGRESIF KERJA.


Aspek yang ditekankan oleh labatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri
Johor bagi menjalankan aktiviti adalah menjurus kepada pembangunan kebudayaan,
antaranya melibatkan perkara-perkaraseperti berikut:-
Merakyatkan aktivitiseni dan budaya.
Mengekalkan warisan budayamelalui penyelidikandan pemuliharaan.
Mempertingkatkan kegiatan kebudayaan dan kesenian bagi menggalakkan
penglibatandan penghayatanmasyarakatterhadapkebudayaan kebangsaan.
Pengembangan kebudayaan dan kesenian melalui projek-projek di bawah
pengukuhandasar, pengembangansenidan pendidikanseni.
Pengukuhan masyarakat berbudaya yang bersatu padu, aman, dan maju serta
pengukuhannilai moraldan rohaniah berteraskan keperibadian kebangsaan.
Menghasilkan karyaseni bermutu tinggi sertamewujudkan industri budayayang
dapatmengangkatmartabatbangsa.
Mempelbagaikan kegiatan budaya bagi dijadikan asas kepada penggalakkan
industri pelanconganyangmenghasilkansumbangankepadaekonomi negara.
Justeru itu, pelbagai aspek membaikpulih kemudahan dan perkhidmatan
seni dan budaya kini diperbaharui dan dipertingkatkan untuk tujuan mengekalkan
permainan tradisi gasing ini pada masa depan. Oleh yang demikian, industri seni
8

dan budaya perlu mengambil kira faktor perubahan dalam operasi, strategi
promosi, pemikiran, pandangan, prioriti dan perancangan dalam usaha
mengekalkan permainan GasingTradisi Johorini.
PERSATUAN PEMAIN-PEMAIN GASING TRADISI JOHOR (PEMASHOR).
Persatuan Pemain-pemain Gasing Tradisi Johor atau lebih dikenali sebagai
PEMASHORtelah ditubuhkan di Kampung Parit Baru, Ayer Baloi Pontian padatahun
1999. Persatuan ini telah didaftarkan di bawah Jabatan Kesenian Kebudayaan Dan
Warisan Negeri Johor dan persatuan ini mempunyai status keaktifan, jika terdapat
sebarang aktiviti atau pertandingan yang berkaitan dengan aktiviti Gasing Tradisi
persatuan ini akan menyertainya. Selain di Pontian PEMASHOR ini juga terdapat di
daerah lain seperti di Kota Tinggi Dan Kulai. PEMASHOR di daerah Pontian telah
dipengerusi Oleh En. Ngah Deman Bin Ahmad sertasetiusahanya ialah En. Ismadi Bin
Marimin. Persatauan ini telah menerima keahlian sebanyak 700 orang ahli yang bukan
sahajapenduduktempatan tetapijugaterdapat pendudukdari luardaerah seperti daerah
Batu Pahat, KluangsertaAyerHitamJohor.
Selarasdengan usahauntuk mewujudkan masyarakat yang kayadengan senidan
budaya di Kampung Parit Baru, Ayer Baloi, Pontian. Pelbagai program dilaksanakan
untuk meningkatkan penghayatan terhadap seni dan budaya anataranya penubuhan
Persatuan Permainan Gasing Tradisi Johor atau lebih dikenali sebagai PEMASHOR.
Persatuan ini ditubuhkan bertujuan untuk mengekalkan Gasing Tradisi Johor dengan
9

mengadakan bengkel, seminar, pertandingan dan aktiviti berkaitan dengan permainan


gasing dianjurkan untuk memupuk minat kalangan masyarakat dalam permainan Gasing
Tradisi Johor. Sehubungan ini, pe\bagai aktiviti oleh PEMASHOR telah diadakan di
peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung.
1.2 DEFINISI.
Menurut Kroeber dan Clyde Kulckhohn, kebudayaan membawa maksud
sebagai Kebudayaan terdiri daripada pola-pola tingkahlaku yang eksplisit dan
(Iuaran +dalaman) implisit yang diperolehi dan disampaikan melalui simbol-
simbol, teras kebudayaan terdiri dari idea-idea yang bercorak tradisi (yang terbit
dan dipilih dari proses sejarah) terutama sekali nilai-nilai yang terikat dengannya
(A.Aziz Deraman. 2005).
Menurut Edward B. Taylor dalam buku "Masyarakat dan Kebudayaan"
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, kebudayaan membawa
maksud sebagai satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan
lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota
masyarakat.
10

Permainan gastng tnt boleh dikaitkan dengan kebudayaan kebendaan di


mana kebudayaan kebendaan ini berkembang apabila manusia mula mempelajari
simbol-simbol dan membuat sesuatu barang atau benda. Jadi, kehidupan ini
dikelilingi oleh benda-benda atau objek buatan kelompok masyarakat. Maka
wujudlah kebudayaan kebendaan yang terdiri daripada objek-objek fizikal yang
direka, dibuat, digunakan dan dikongsi bersama oleh ahli-ahli masyarakat. Artifak
atau barang-barang material yang dicipta bukan sahaja dari hasil teknologi tetapi
juga dari nilai, kepercayaan dan normanya.
Masyarakat yang mempunyai tradisi mengenai persoalan sainstifik dan
sedia menerima perubahan intelek lebih besar kemungkinannya membuat ciptaan-
ciptaan baru jika dibandingkan dengan masyarakat yang menolak kajian empirikal
danperubahan(A. Aziz Deraman. 2005 ).
Gasing dalam Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga yang
dikemaskinikan oleh Joyce M. Hawkins bahagian bahasa Melayu-bahasa Inggeris
muka surat 62 membawa maksud "top k.n. toy that spin on its point when set
in motion ". Dalam kamus yang sarna pada muka surat 140, main mernbawa
maksud "occupy oneself (a game) or in other recreational activity ".
Gasing merupakan sejenis permainan tradisional yang begitu popular pada
suatu ketika dahulu. Mengikut buku terbitan Jabatan Kebudayaan Kesenian dan
Warisan Johor yang bertajuk Gasing Pangkah Johor, asal usul gasing bermula
1I

apabila masyarakat dahulu kepenatan membanting tulang dalam mencari rezeki


menyebabkan orang Melayu dahulu mencari altematif untuk bergembira tanpa
mengeluarkan belanja yang besar dan menggunakan bahan yang terbuang.
lni telah menimbulkan idea kepada masyarakat Melayu untuk mencipta
permainan gasing yang diperbuat daripada saki-baki kayu yang terbuang. Pelbagai
faedah boleh didapati daripada permainan gasing ini. Selain ia dijadikan sebagai
hiburan dan juga manfaat bahan terbuang, permainan gasing juga dapat
mengembangkan idea-idea masyarakat Melayu, dan ini terbukti dengan
kemunculan pelbagai bentuk serta teknik permainan. Permainan gasing juga dapat
menyerikan lagi rumah tradisional Melayu kerana gelanggang permainan gasing
kebiasaannya dibina di halaman rumah dan di bawah pohon rendang yang
meredupkan gelanggang.
Banyak spekulasi yang timbul dengan asal-usul permainan gasing ini. Ada
yang menyatakan permaman ini wujud hasH penemuan buah berembang yang
terdapat dipantai. Stuktumya yang bulat dan leper dan Iidn memudahkannya
berputar ligat. Kemudian rekaan ini diadaptasi menggunakan kayu daripada kayu
pokok lembut agar mudah dibentuk. Selain buah berembang, ada juga menyatakan
permainan gasing ini berasal daripada permainan "Iaga telur". Permainan ini
dimainkan oleh kanak-kanak dengan cara memusingkan telur dan melagakannya
antara satu sama lain (Abu Bakar, 1999).
12

Menurut seorang pematn gastng vateren yang tinggal di kawasan ptnggtr


Sungai Pahang berkata bahawa permainan gastng ini bermula dengan ciptaan alat
pemburu binatang yang berbentuk bulat dan leper. Apabila ia dilemparkan, alat
ini akan berpusing ligat dan melayang sebelum mengenai binatang buruan.
Mereka kemudian menggunakan tali untuk mendapatkan pukulan yang lebih kuat.
Dari sinilah mereka menggunakannya sebagai satu cara untuk menguji kecekapan
seseorang itu mencampakkan dan mengenat sasaran. Permainan ini akhirnya
diminati oleh semua golongan. Alat terse but kemudian direka bentuk sedemikian
rupa seperti bentuk gastng yang terdapat pada hari
(http://www.ppak.kelantan.edu.my/culture/gasinglasalusul.htm).
Kajian berkaitan permaman gasing bagi orang Melayu Juga mengukur
tahap kemahiran dan kepantasan seseorang dalam menghadapi sesuatu situasi.
Kemahiran dan kebolehan ini diaplikasi secara sistematik dalam gelanggang
gaslng. Kepantasan dan ketepatan amat jelas dalam permaman gaslng dan ia juga
memupuk semangat kekitaan yang tinggi.
Maksud kampung dalam Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ketiga
yang dikemaskinikan oleh Joyce M. Hawkins bahagian bahasa Melayu-bahasa
Inggeris muka surat 95 adalah "kampong; Malaysian enclosure or village".
Kampung Parit Baru, Ayer Baloi, Pontian merupakan salah satu kampung yang
terdapat dalam senarai Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Johor yang
sedang berusaha untuk mengekalkan permainan tradisional gasing dari terus pupus.
13

p
Ji
Kampung ini telah mendapat peruntukan dari segi kewangan dan perkhidmatan
dari labatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan lohor dan Majlis Kebudayaan
Daerah Pontianserta pihak-pihak lain untuk mereka menjalankan aktiviti kesenian
dan kebudayaanterutamaberkainatandenganaktivitipermainanGasingTradisilohor.
14

1.3OBJEKTIF.
Dalam bahagian ini, penyelidik akan membahagikan objektif kajian kepada
dua bahagian iaitu objektif umum dan objektif khusus mengenai kajian yang
dijalankan. Penerangan secara terperinci bagi setiap objektif kajian akan
dinyatakan dalam objektifkhusus.
1.3.1 OBJEKTIFUMUM.
Objektif umum yamg dijalankan ini adalah untuk mengenal pasti dan
mengkaji persepsi masyarakat terhadap usaha mengekalkan permainan Gasing
Tradisi lohor di Kampung Parit Baru, Ayer Baloi, Pontian dan faktor-faktor yang
mempengaruhi persepsi tersebut.
1.3.2OBJEKTIFKHUSUS.
Kajian khusus berkaitan permainan gasing di Pontian lohor ini dilakukan
adalah bertujuan untuk menarik minat golongan belia terutamanya dalam usaha
memelihara permainan Gasing Tradisi dan juga menarik minat untuk bermain
permainan Gasing Tradisi disegenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan
umur. Selain untuk melihat bagaimana penerimaan masyarakat terutamanya
golongan belia terhadap permainan GasingTradisi lohor ini.
15

You might also like