You are on page 1of 2

Peraturan:

Setiap kumpulan menghantar satu wakil untuk bermain dalam permainan


ini.
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain
dikehendaki menimbang buah bagi mendapatkan mata sebagai
penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama,
kedua, ketiga dan seterusnya.
Cara menimbang buah adalah dengan semua buah diletakkan di atas
tapak tangan dan dilambung ke udara, kemudiannya hendaklah disambut
pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut
itu adalah dikira sebagai mata.
Semua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai,
keadaan buah-buah itu tidak boleh sentuh antara satu dengan yang lain.
Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan
ke udara, pada masa yang sama, sebiji lagi buah hendaklah dikutip.
Pemain juga hendaklah menyambut buah ibu .
Apabila pemain telah sambut sebiji buah, buah yang telah dikutip
hendaklah dipegang di dalam tangan yang sebelah lagi.
Perlakuan ini dibuat berterusan sehingga semua buah di atas lantai itu
habis dilambung dan disambut.
Cara main buah dua adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang
dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali
lambungan buah ibu dilakukan.
Semasa main buah tiga, pemain perlu mengutip sebiji buah dahulu, pada
lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.
Semasa main buah empat, pemain mengutip kesemua empat biji buah di
atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu
yang telah dilambungkan.
Semasa main buah empat, apabila tangan memegang lima biji buah,
sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah hendaklah
diambil semua lalu menyambut buah ibu sahaja.
Apabila main buah enam, satu biji buah dijadikan buah ibu.
Apabila sebiji dilambungkan ke udara maka tangan hendak mengambil
kelima-lima buah di atas lantai.
Dua buah ibu hendaklah dipilih. Dua biji buah yang masih berada di dalam
tangan hendaklah dilambungkan serentak.
Pada masa yang sama, semua buah hendaklah dikutip.
Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan, sebiji di
sebelah kanan dan sebiji lagi di sebelah kiri.

Menimbang
Mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang.
Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk,
maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat
disambutnya.

Mati permainan
Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas
lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah
sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dikira mati (permainan
ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

Permarkahan
Ketika pemain telah menyelesaikan semua peringkat, mereka dikehendaki
menggunakan ketujuh-tujuh buah itu untuk menimbang, orang yang
mengambil paling banyak markah dikira menang.
Pemain yang mendapat mata yang paling banyak dikira pemenang.

You might also like