You are on page 1of 9

Amali 4 : Sistem Pernafasan dalam ikan, serangga dan mamalia.

Objektif : (1) Untuk melatih pelajar untuk membedah ikan, serangga dan
Mamalia
(2) Untuk melatih pelajar cara menggunakan alat-alat pembedahan.
(3) Untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam memaparkan,
melukis dan pelabelan organ-organ pernafasan.
(4) Untuk membolehkan pelajar melihat struktur organ utama dalam
sistem pernafasan (paru-paru, trakea, diafragma, tulang rusuk
sangkar dan otot interkosta.
(5) Untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam proses
pertukaran gas dalam binatang.

Pengenalan :
1. Respirasi merupakan proses pengambilan oksigen dan pengeluaran
karbon dioksida.
2. Respirasi juga merupakan proses penghasilan tenaga melalui oksidasi
makanan.
3. Respirasi juga dibahagi kepada dua iaitu respirasi luar dan respirasi
dalam (respirasi sel).
4. Respirasi luar melibatkan pengambilan gas oksigen dan pengeluaran
gas karbon dioksida.
5. Respirasi sel adalah proses penghasilan tenaga dalam sel melalui
pengoksidaan glukosa.
6. Setiap benda hidup mempunyai sistem pernafasan yang berbeza.
7. Ikan, serangga dan juga mamalia mempunyai sistem pernafasan yang
berbeza.
8. Jadi, kami telah membuat pembedahan untuk mengenali sistem
pernafasan ikan, serangga dan juga mamalia.

Bahan dan Radas :
1. Tikus / Marmot / Tikus putih
2. Lipas / cengkerang
3. Ikan
4. Alat pembedahan
5. Papan pembedahan
6. Mikroskop pembedahan
7. Kanta tangan
8. Pembaris lut sinar
9. Benang

Prosedur : (a) Pembedahan Sistem Pernafasan Ikan
1. Bentuk ikan telah diperhatikan : garisan strim, tiada leher, sirip
berpasangan dan ekor fleksibel.
2. Apakah manfaatnya apabila ikan itu mempunyai bentuk
tersebut? Ianya bantu dalam berenang dan untuk pernafasan
dalam air.
3. Badan ikan dilindungi oleh sisik. Apakah fungsi sisik ikan?
4. Ikan mempunyai operkulum/ penutup insang yang melindungi
insang ikan pada setiap ikan. Operkulum telah dibedahkan
untuk mendedahkan insang tersebut telah dikirakan.
5. Operkulum telah dikeluarkan untuk mendapat gambaran yang
lebih luas.
6. Setiap insang dipasang pada gerbang. Setiap insang
mengandungi gerbang insang yang menyokong dua baris
filamen insang. Filamen insang diperhatikan dengan
menggunakan mikroskop pembedahan, struktur filamen insang
dilukiskan dan dilabelkan. Salur darah jenis apa terletak pada
filamen insang?
7. Insang yang dibedah telah dilihat di bawah mikroskop untuk
melihat strukturnya lebih jelas.
8. Proses pertukaran gas berlaku dalam filamen insang.
Terangkan ciri-ciri filamen insang yang membolehkan proses
berlaku penukaran gas dengan efisien. Terangkan fungsi
filamen insang.
Prosedur : (b) Pembedahan sistem pernafasan dalam Lipas/
Cengkerang
Anatomi Luaran
1. Lipas/ cengkerang telah dibunuh dengan menggunakan
klorofom dalam sebuah jar.
2. Lipas/ cengkerang telah dikeluarkan dan dikenal pasti
bahagian badan bersegmen.
3. Kepala, toraks dan abdomen lipas/ cengkerang dilukis dan
dilabelkan. Bilangan segmen lipas/ cengkerang telah dikirakan.
4. Rangka luar diperbuat daripada lapisan kitin yang keras dan
berlilin. Tempat manakah kaki lipat bersambung? Kakinya
berlipat dan bersambung di bahagian badan.
5. Sayap lipas/cengkerang telah dikeluarkan satu demi satu.
6. Sayap lipas/ cengkerang telah dibuka. Apakah perbezaan
antara dua sayap tersebut dan apakah fungsi mereka. Sayap
pertama besar dan sayap kedua kecil. Ini untuk ianya terbang
untuk melindungi daripada musuh.
7. Spirakel yang terdapat pada sisi setiap segmen lipas /
cengkerang telah diperhatikan. Bilangan spirakal yang
terdapat pada sisi setiap segmen telah dikirakan. Adakah
terdapatnya spirakal pada toraks lipas.
Anatomi Dalaman
1. Kaki dan sayap lipas/ cengkerang telah dipotong.
2. Dari posterior punggung ke bahagian anterior telah dipotong
dengan berhati-hati
3. Bahagian dalam dibuka dan diperhatikan specimen tersebut
dengan menggunakan mikroskop pembedahan.
4. Tisu lipas/ cengkerang tersebut diambil dan diletak pada slaid.
Slaid tersebut diletak setitik air dan ditutup dengan coverslip
dengan berhati-hati.
5. Tisu lipas/ cengkerang telah diperhatikan dengan
menggunakan mikroskop. Saluran pernafasan lipas/
cengkerang dilukiskan dan dilabelkan.
6. Magnifikasi gambar telah dicatatkan.

Prosedur : (c) Pembedahan Sistem Pernafasan Mamalia
1. Seekor tikus telah dipinkan pada papan pembedahan.
2. Satu potongan pada kulit tikus dibuat dari bahagian perut tikus
ke rahang bawah tikus dan seterusnya ke dubur tikus.
3. Forcep digunakan untuk memegang kulit tikus. Tisu
perantaraan kulit tikus telah dipotongkan dan kulit tikus
dipinkan pada papan pembedahan.
4. Ventral dan tepi dinding toraks dikeluarkan untuk
mendedahkan rongga torasik.
5. Kelenjar timus dikeluarkan.
6. Otot dan tisu leher dipotongkan untuk mendedahkan trakea
dan larings.
7. Potongan diatas larings dibuatkan dan tisu perantaraan yang
lekat pada trakea dipotong.
8. Jantung, paru-paru, trakea, esofagus dan larings dikeluarkan.
9. Esofagus dipisahkan daripada jantung tikus. Larings, trakea
dan paru-paru dipinkan pada papan pembedahan.
10. Struktur yang telah dikeluarkan dilukis dan dilabelkan.













Perbincangan :
( a ) Pembedahan Sistem Pernafasan Ikan

1. Kami telah diberikan ikan untuk membuat pembedahan bagi mengetahui sistem
pernafasan.
2. Struktur ikan iaitu kepala, operkulum, sisip, ekor telah dipegang dan dilihat.
3. Kami telah melukis lakaran gambar ikan tersebut untuk mendapat gambaran yang
luas.
4. Kami telah membuat pembedahan bermula dengan kepala ikan untuk melihat
struktur operkulum dan insangnya.
5. Terdapat 4 pasang insang yang ada pada ikan tersebut. 4 pasang insangnya
mempunyai fungsi-fungsi tersebut.
6. Insang merupakan struktur respirasi yang khusus untuk pernafasan dalam air.
7. Ianya berfungsi sebagai penyerapan oksigen dalam air.
8. Insang terletak di kedua-dua sisi badan ikan dan ditutupi oleh penutup insang atau
operkulum.
9. Operkulum merupakan struktur berotot yang menutup dan melindungi insang.
10. Fungsinya untuk berkoordinasi dengan mulut dalam mekanisme pernafasan ikan.
11. Badan ikan juga dilindungi oleh sisik. Ini kerana sisik berfungsi sebagai penapis
zarah-zarah kecil seperti pasir supaya tidak memasuki bahagian filamen dan
merosakannya.
12. Kami memperhatikan filamen insang dalam mikroskop.
13. Setiap filamen insang mempunyai lapisan menegak di permukaan atas dan bawah
yang dipanggil lamella gill.
14. Lamella gill merupakan permukaan untuk pertukaran gas berlaku.








( b ) Pembedahan Sistem Pernafasan Lipas/Cengkerang
1. Selepas ikan kami telah diberikan lipas/ cengkerang untuk membuat pembedahan
bagi mengetahui sistem pernafasan serangga.
2. Kepala, toraks, dan abdomen lipas/ cengkerang telah dilihat dan dipegang.
3. Serangga mempunyai 3 pasang kaki ( 6 kaki) dalam badan yang disentuh dengan
abdomen lipas/ cengkerang.
4. Sistem pernafasan bagi serangga seperti lipas/ cengkerang dikenal sebagai sistem
trakea.
5. Kami telah melukis lakaran gambar lipas/ cengkerang tersebut untuk mendapat
gambaran yang luas.
6. Kami telah membuat pembedahan bermula dengan badan lipas/ cengkerang untuk
melihat sistem pernafasan.
7. Sistem trakea terdiri daripada jaringan tiub kecil yang dipanggil trakea.
8. Trakea dalam badan lipas/ cengkerang disambung pada udara luar melalui
pembukaan yang dipanggil spirakel.
9. Spirakel adalah liang pernafasan yang membuka ke sistem trakea.
10. Trakea adalah dibuat daripada gelang-gelang kitin untuk menjadikan tiub trakea
teguh.
11. Kami mendapati bahawa udara akan masuk melalui spirakel ke dalam trakea.
12. Trakea itu bercabang berulang kali untuk membentuk salur-salur halus yang
dipanggil trakeol.
13. Dinding trakeol adalah nipis dan lembap. Pertukaran gas berlaku di antara trakeol
dan sel badan.
14. Jadi, kami mendapati bahawa serangga tidak memerlukan darah untuk mengangkut
oksigen.








( c ) Pembedahan Sistem Pernafasan Mamalia.
1. Setelah selesai membuat pembedahan ikan dan serangga, kami telah diberikan
dengan seekor tikus sebagai kategori mamalia untuk melihat struktur pernafasannya.
2. Struktur tikus telah dilihat dan dipegang.
3. Kami telah melukis lakaran gambar tikus tersebut untuk mendapat gambaran yang
luas.
4. Kami telah membuat pembedahan bermula dengan perut tikus sehingga ke rahang
bawah dan seterusnya ke dubur tikus untuk melihat sistem pernafasan dan organ
pernafasan.
5. Kami telah melihat sistem pernafasan tikus. Mamalia seperti tikus menggunakan
paru-paru sebagai organ respirasi.
6. Laluan udara dalam sistem pernafasan mamalia terbentuk daripada nostril, faring,
laring, trakea, bronkus, bronkiole dan seterusnya memasuki alveoli.
7. Trakea ialah struktur berbentuk tiub yang menyalurkan udara ke dalam dan ke luar
paru-paru.
8. Trakea bercabang kepada sepasang bronkus. Setiap bronkus membahagi dan
membentuk cabang-cabang yang lebih kecil yang dipanggil bronkiol
9. Bronkiol bercabang dan berakhir dengan kumpulan pundi udara yang dipanggil
alveolus.
10. Paru-paru mengandungi jumlah alveoli yang banyak iaitu merupakan permukaan
untuk respirasi luar berlaku.
11. Sangkar toraks yang terdiri daripada tulang melengkung yang panjang yang
dipanggil tulang rusuk melindungi jantung dan paru-paru daripad tercedera.
12. Diafragma dan tulang rusuk memainkan peranan penting dalam mekanismetarik dan
hembus nafas.
13. Pengecutan otot interkostal yang terletak antara tulang rusuk akan menarik tulang
rusuk ke atas dan keluar. Pada masa yang sama, diafragma mengecut dan ditarik ke
bawah menyebabkan ruang udara di dalam ruang pleural meningkat menyebabkan
tekanan udara menurun.
14. Udara ditolak masuk ke dalam paru-paru dari luar mengikut keseimbangan tekanan.
Tindakan yang sebaliknya dilakukan oleh otot interkostal dan diafragma untuk
mengeluarkan udara daripada paru-paru.



Soalan :

1) (a) Beberapa pasang tulang rusuk yang ada pada haiwan ini?
13 pasang atau 26 tulang rusuk
(b) Bagaimanakah tulang rusuk berfungsi semasa penukaran gas dalam
haiwan ini.
Tulang rusuk berfungsi sebagai penyokong dan pelindung organ-organ
dalaman. Pergerakannya iaitu pengecutan yang mengembangkan paru-
paru untuk menarik udara masuk dan pengembangannya yang
mengempiskan paru-paru untuk menolak udara keluar

2) (a) Terangkan rupa dan ciri-ciri diafragma.
Satu lapisan otot yang nipis yang berada di bawah paru-paru dan
jantung yang memisahkan dada dan abdomen. Ia merupakan satu
permukaan yang berstruktur rata.
(b) Apakah kepentingan ciri diafragma yang kait dengan fungsinya
semasa penukaran gas?
Diafragma yang terdiri daripada otot yang fleksibel dan mudah dibentuk.
Ianya penting untuk menjalankan fungsinya sebagai salah satu bahagian yang
terpenting bagi memastikan udara masuk dan keluar dengan baik. Apabila udara
ditolak masuk ke dalam ruang toraks, tulang rusuk akan ditarik keluar dan ke atas
menyebabkan diafragma yang melekat pada tulang rusuk akan menjadi rata
menyebabkan ruang udara pada ruang toraks akan bertambah. Ciri-cirinya yang
fleksibel dan kuat membantu untuk memastikan diafragma dapat mengembang dan
mengecut dengan baik tanpa terkoyak

3) Terangkan rupa paru-paru kiri dan kanan. Senuh paru-paru tersebut dan
perhatikan teksturnya. Letakkan paru-paru itu dalam air panas. Udara dalam
paru-paru itu menyebabkan ia melampun di atas air.
Daripada kedua-dua peparu salah satunya adalah lebih besar berbanding dengan
paru-paru yang satu lagi. Paru-paru bahagian kanan lebih besar berbanding peparu
kiri kerana jantung menggunakan beberapa ruang di peparu kiri. Jadi, di dalam
membuat ruang untuk jantung, peparu kiri adalah kecil sedikit berbanding paru-paru
kanan. Permukaan peparu adalah berspan dan dipenuhi liang epitelium dengan itu ia
mempunyai luas permukaan isipadu yang lebih luas berbanding luas permukaan
paru-paru. Selain itu,peparu bahagian kanan permukaannya adalah lebih luas
mendatarnya daripada peparu kiri. Permukaan peparu kanan adalah lebih licin dan
cantik berbanding permukaan peparu kiri apabila diperhatikan didalam eksperimen.
Tekstur peparu yang dilihat adalah kenyal seperti span.

4) Ukurkan panjang trakea (dari larings ke tempat di mana ia dipisah kepada
bronkus).
Panjang trakea dari laring ke tempat perpisahan bronkus ialah 6.3 cm.


Rujukan :

Tiong Dong Jen. (2012). Sistem Pernafasan Ikan. Diperolehi daripada
http://tiongdongjen.blogspot.com/2012/11/pernafasan-ikan.html

Che Sofia.(2012). Organ Pernafasan Mamalia. Diperolehi daripada
http://slism.com/breath/system/02/03.html

Zona Bawah. (2011). Fungsi Organ-organ Pernafasan. Diperolehi daripada
http://zonabawah.blogspot.com/2011/04/fungsi-organ-dan-kebaikan defisiensinya_
8526.html

You might also like