You are on page 1of 1

Agop Batu Tulug, Kinabatangan, Sabah (900 Tahun)

Merupakan cenuram batu kapur setinggi 39 meter dan sebahagian daripada pembentukan
batu kapur Labang yang berusia 20 hingga 25 juta tahun dahulu. Perkataan 'agop' dalam
bahasa Orang Sungai bermaksud gua. Terdapat tiga gua yang utama, iaitu Agop Suriba
(bawah) di bahagian lantai hutan, Agop Lintanga (tengah) dan Agop Sawat (atas) masing-
masing d
engan ketinggian antara 12 hingga15 meter.

Statistik menunjukkan terdapat sebanyak 125 keranda kayu balak di Agop Batu Tulug yang
berusia 700 hingga 900 tahun dahulu. Keranda-keranda tersebut diperbuat daripada jenis
kayu keras seperti belian dan merbau.

Keunikan keranda-keranda tersebut adalah berdasarkan motif-motif figura haiwan seperti
kerbau, buaya, biawak, ular dan burung dibahagian kepala manakala motif-motif flora dan
tumbuh-tumbuhan diukir pada bahagian badan keranda.

Dipercayai terdapat lebih 2000 keranda kayu balak yang seusia dengan yang terdapat di Agop
Batu Tulug yang mendiami di gua-gua batu kapur di sekitar kawasan Lembah Kinabatangan
menjadikan Lembah Kinabatangan sebagai salah satu tapak arkeologi yang terpenting di
Malaysia.

Lokasi : Agop Batu Tulug, Kinabatangan, Sabah.


Sabah Network
Thursday

You might also like