You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA TIAU,

D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH,


TINGKAT 1 & 2, WISMA PERSEKUTUAN,
BAHAGIAN KAPIT,
96800 KAPIT.

YCB 7102 Email = Skntiau_59 @ yahoo.com Website : sknangatiau @ blogsport.com


Pegawai Menguasa,
Klinik Kesihatan Ng. Melinau,
96800 Kapit,
Sarawak.
(U.P: En. Jerry ak Daga)

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN LEBIHAN POLLY PIPE UNTUK BAIKPULIH PAIP
SEKOLAH

1) Untuk makluman pihak tuan, paip PVC yang sedia ada pihak sekolah gunakan
sudah terlalu lama dan berada dalam kondisi yang amat mendukacitakan. Paip
yang digunakan juga seringkali tersumbat dan terputus menyebabkan pihak
sekolah mengalami gangguan bekalan air.

2) Pihak sekolah juga tidak mempunyai peruntukkan untuk membeli paip yang baru
kerana sememangnya tidak mempunyai peruntukkan daripada pihak Pejabat
Pelajaran Daerah.

3) Oleh hal yang demikian, pihak sekolah amatlah berharap agar pihak tuan dapat
mempertimbangkan permohonan ini supaya semua warga sekolah dapat
menikmati kemudahan yang lebih kondusif.

4) Perhatian dan keprihatinan pihak tuan amat kami harapkan dan didahului dengan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.


Yang Benar,


.
( JUAN AK JUGAH )
Guru Besar,
SK Nanga Tiau,
96800 Kapit.

You might also like