You are on page 1of 13

1

CABARAN DAN ISU DALAM PERANCANGAN DAN


PEMBANGUNANKURIKULUM PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA: SATU ANALISIS
REFLEKSI
Dr. Sharifah Nor PutehProf. Dr. T Subahan Mohd. MeerahFakulti Pendidikan,
UKM
Abstrak: Perubahan-
perubahan kurikulum dilakukan dari semasa ke semasa dengan tujuanmenja
min kelangsungan masa depan negara yang Cemerlang, Gemilang dan
Terbilang. Perubahan amalan dari reaktif kepada proaktif, dari tidak produktif
kepada produktif,dari pasif kepada aktif adalah merupakan beberapa strategi
pembangunan
kurikulum pendidikan yang diamalkan. Perancangan dan pembangunan sesu
atu kurikulum perludiurus dengan teliti untuk memastikan supaya
kurikulum bukan sahaja relevan dengankeperluan, tetapi juga berkualiti
cemerlang dalam ertikata berupaya menjulang martabat pendidikan negara di
peringkat global. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabberat ini,
para perencana dan penggubal akan berhadapan dengan pelbagai
cabarandan isu khususnya menyediakan kurikulum pendidikan formal yang
seragam secarabe
rpusat.
1.0

Pendahuluan
Pada hakikatnya kurikulum pendidikan formal persekolahan yang
seragamuntuk semua sekolah kerajaan dan bukan kerajaan disediakan
secara berpusatoleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pusat
Perkembangan Kurikulum(PPK) adalah bahagian utama yang
bertanggungjawab merancang danmembangun kurikulum persekolahan untuk
peringkat prasekolah, rendah danmenengah. Kurikulum untuk pendidikan
teknikal dan vokasional adalahtanggungjawab Jabatan Pendidikan Teknikal.
Manakala kurikulum pendidikanagama Islam termasuk pengajaran Bahasa
Arab di bawah tanggungjawabJabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Kurikulum pendidikan bagi yang
cacat penglihatan, pendengaran dan yang berkeperluan khas disediakan oleh
Jabatan Pendidikan Khas. Kandungan dan perancangan aktiviti kokurikulum
puladikendalikan oleh pihak Bahagian Sekolah.Walau pun Bahagian-
Bahagian diberi tanggungjawab merancang danmembangun kurikulum,
semua keputusan dasar berkaitan kurikulum adalah
di bawah kuasa Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) yang dipengerusikan ol
ehKetua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Perkara-perkara di
peringkatmakro berkaitan dasar dan kewangan dibincang dan diputuskan
olehJawatankuasa Perancangan Pelajaran (JKP) yang dipengerusikan oleh
MenteriPelajaran. Semua program kurikulum yang dipersetujui oleh JKP
dibincangkansecara terperinci oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Kurikulum
khususnya aspek-aspek pelaksanaan kurikulum.
2.0

Proses Perkembangan Kurikulum
Proses pengembangan kurikulum yang digunapakai oleh KPM bercorak
kitaran(cyclic model) seperti gambar rajah
berikut:AnalisisKeperluanPerancanganPembangunan &PengembanganKaji
Rintis /Pelaksanaan TerhadPelaksanaan &PenyebaranModel Kitaran
Perancangan Kurikulum(Cyclic Model)

Model yang diguna pakai mengandungi 6 proses iaitu:Proses 1: Analisis
KeperluanMengenalpasti keperluan mengadakan reformasi dan perubahan ke
ataskurikulum hasil daripada kajian-kajian penilaian, trenda semasa, hasil
R&D,dan pelaksanaan.Proses 2: PerancanganMenentukan rangka kurikulum
termasuk kandungan, strategi pengajaran dan pembelajaran, latihan guru,
corak dan jadual pelaksanaan.Proses 3: Pembangunan dan
PengembanganMenggubal dan membina kurikulum iaitu sukatan pelajaran,
huraiankandungan, penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti
buku teks, buku panduan guru, modul, buku sumber, bentuk
pentaksiran/penilaian.Proses 4: Kajian Rintis/Pelaksanaan
TerhadMengadakan kajian rintis atau pun melaksanakan kurikulum di sekolah
terpilih bagi memastikan keberkesanan kurikulum serta bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan. Guru-
guru dari sekolah terpilih diberi latihanintensif dan dikawalselia secara rapi.
Hasil kajian rintis/pelaksanaan terhaddiguna untuk memperbaiki kurikulum
dan bahan-bahan kurikulum.Proese 5: Penyebaran dan
PelaksanaanMenyebarluas kepada semua pihak terlibat dalam pelaksanaan
kurikulummelalui taklimat dan kursus dalam perkhidmatan. Bahan-bahan
kurikulum
untuk proses pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks, perisian kursus
, moduldiedar ke sekolah.Proses 6: Penyeliaan dan PenilaianMemastikan
kurikulum dilaksanakan secara berkesan dan mengikut tata carasebenarnya.
Bimbingan dan khidmat nasihat serta panduan diberi semasamenjalankan
pemantauan dan penyeliaan di bilik darjah.
3.0

Kajian Semula, Penyemakan dan Reformasi Kurikulum
Setelah melalui satu pusingan pelaksanaan sesuatu kurikulum akan berada
di peringkat penilaian untuk mengkaji sejauh mana kekuatan dan kelemahann
ya,
serta mengatur langkah dan strategi yang sesuai untuk penambahbaikan.
Dalamhal ini beberapa
jargon
digunakan oleh PPK.


Kajian Semula Kurikulum
(Curriculum Review):
Satu pemeriksaan atau penilaian kritikal terhadap kurikulum
(a criticalexamination or assessment of the curriculum).


Penyemakan Kurikulum
(Curriculum Revision
):Membuat pindaan untuk meningkatkan kualiti kurikulum
(to makeamendments to improve the curriculum).


Reformasi Kurikulum
(Curriculum Reformation):
Kurikulum ditingkatkan/ditambahbaik dengan menyingkirkan kesilapan
dankesalahan melalui kajian semula kurikulum dan semakan kurikulum
(curriculum is made better by the removal of faults and errors
throughcurriculum review and curriculum revision).
Dalam sejarah perkembangan pendidikan negara, reformasi kurikulum
berlakuhasil daripada cadangan-
cadangan yang dikemukakan dalam LaporanJawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan1979. Di dalam laporan ini, isu-isu
yang menyentuh prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan telah
dibincangkan. Dengan berlandaskan laporan ini digubal KBSRyang
dilaksanakan pada tahun 1983 dan KBSM yang dilaksanakan pada
tahun1989.Penyemakan semula
(curriculum review)
KBSR dilakukan dalam tahun 1993dan KBSM dalam tahun 2002. Proses
yang dilakukan dalam kajian semula inilebih berbentuk penyesuaian (
reframe)
melalui pemetaan kurikulum
(curriculum mapping).
Hasil daripada pemetaan ini beberapa tindakan diambilke atas kurikulum
sedia ada iaitu: menambah
(curriculum topping
), menampal
(curriculum patching
); mencantas
(curriculum unloading
). Walau pun
hanya penyesuaian, namun begitu kesemua trend atau keperluan kritikal selai
ndaripada apa yang dikenal pasti oleh pihak atasan juga harus
diambilkira.Arahan-arahan seperti ini merupakan satu
tall
-
order
kepada pegawai- pegawai kurikulum. Tanpa bimbingan dan pandu arah yang
jelas pembangunan
kurikulum mungkin tersasar dari matlamat sebenar dan hasilnya sama
sepertisedia ada
(more of the same).
Kajian semula KBSR pada tahun 1993 membawa satu perubahan yang
ketara dimana mata pelajaran Sains dan mata pelajaran Kajian Tempatan
diperkenalmenggantikan mata pelajaran Alam Manusia. Kajian semula KBSR
dan KBSM pada awal tahun 2000 membawa satu pembaharuan di mana
model perancangankurikulum Berasaskan Hasil Pembelajaran
(Outcomes-Based Learning)
diguna bagi menyemak semula semua kurikulum mata pelajaran. Pernyataan
-
pernyataan hasil pembelajaran dibuat dalam tiga aras pencapaian bagimema
stikan murid boleh menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yangtelah
ditetapkan.
4.0 Perubahan dan Inovasi Kurikulum
Inovasi kurikulum membawa maksud perubahan atau pengubahsuaian
kepadakurikulum sedia ada ke arah: penambahbaikan, peningkatan,
kemajuan, peninggian mutu; kesuaian dengan keperluan semasa; memenuhi
permintaandan keperluan; seiring dengan trenda semasa.Lewin dan Stuart
(1991) dalam analisis mereka ke atas perncangan kurikulum dikalangan
negara-negara Asia Timur termasuk Malaysia merumuskan terdapat
6 pendekatan utama dalam inovasi kurikulum:


Pendekatan Sistem (System Approach): Inovasi digerakkan ke
arahmemenuhi matlamat yang sudah ditetapkan/dirancang.


Pendekatan Birokratik (Bureaucratic Approach): inovasi digerakkan
dari peringkat atas secara pentadbiran melalui arahan, peraturan dan undang
-undang.


Pendekatan Saintifik (Scientific Approach): inovasi digerakkan melaluiR&D
yang terbukti keberkesanannya.


Pendekatan Penyelesaian Masalah (Problem-Solving Approach):
inovasidigerakkan kerana rasa tidak puas hati dan dilakukan untuk
mengatasimasalah/isu yang dihadapi.
Pendekatan Resapan (Diffusionist Approach): inovasi digerakkan
melaluiinteraksi sosial di kalangan mereka yang berminat menggunakan
jaringankomunikasi.


Pendekatan Karismatik (Charismatic Approach): inovasi digerakkan
olehindividu yang berpengaruh dan mempunyai perwatakan serta
convictionyang tinggi ke atas sesuatu prinsip atau pegangan.Bagi Malaysia
sebarang inovasi kurikulum dipandu arah berlandaskan dasar pendidikan
kebangsaan. Ini adalah kerana pendidikan merupakan wahana utamadalam
pembangunan dan kemajuan negara dari segi ekonomi, sosial
dan politikal. Pendidikan adalah alat ke arah mewujudkan perpaduan rakyat b
erbilang kaum dan integrasi nasional. Dalam konteks ini inovasi kurikulum ba
nyak digerakkan melalui pendekatan sistem dan bercorak birokratik. Inovasik
urikulum dicorak oleh peringkat atas/pusat bertujuan untuk
memenuhikeperluan pembangunan negara dan kehendak semasa. Pihak
pelaksanakhususnya guru hanya menerima arahan dan melaksana inovasi
seperti yang
ditetapkan. Inovasi selalunya ideal yang kadang kala sukar direalisasi di
peringkat bilik darjah. Akibatnya brlaku gelinciran
(slippage)
di antara dasardan pelaksanaan sebenar.
5.0 Cabaran dan Isu
a)

Model Kitaran Perkembangan KurikulumKajian di beberapa negara
menunjukkan tempoh masa kitaran sesuatukurikulum mengambil masa di
antara 5 hingga 10 tahun. Di Negara Jepunmisalnya, tempoh masa satu
kitaran kurikulum yang digunapakai ialah 5tahun sebelum dikaji semula.. Di
Malaysia tidak terdapat satu jangka masayang jelas dalam kitaran
pengembangan dan pelaksanaan sesuatu
program pendidikan persekolahan. Reformasi kurikulum secara sistematikmel
ibatkan semua peringkat persekolahan berlangsung apabila
KBSRdilaksanakan pada tahun 1983 dan KBSM dalam tahun 1989.
Penyemakansemula KBSR dibuat dalam tahun 1996 dan KBSM dalam tahun
2000.Dalam jangka masa tempoh KBSR dan KBSM dilaksanakan pelbagai
perkembangan berlaku dalam kurikulum yang betujuan
untuk meningkatkankualiti pendidikan di sekolah. Ada di antara pembaharuan
dan perubahantersebut dilakukan secara mendadak tanpa mengikut prosedur
proses perkembangan kurikulum yang sewajarnya. Ini membawa kepadaketid
aktentuan dari segi perancangan, pengembangan dan pelaksanaankurikulum
berkenaanPada keseluruhannya semua Bahagian dan Jabatan terlibat sama
ada secaralangsung atau tidak dalam kitaran perkembangan kurikulum.
Walau bagaimanapun ada terdapat beberapa tindan-
tindih khususnya dalamaktiviti-aktiviti melibatkan pemantauan, penyeliaan
dan penilaian pelaksanaan kurikulum. Ini mengakibatkan pembaziran
dari segi kewangan,dan tenaga pegawai kerana hasil diperoleh mungkin
mempunyai banyak persamaan. Di samping itu berlaku kekeliruan dan salah
faham di kalanganguru dan pentadbir sekolah sekiranya nasihat dan
bimbingan yang diberitidak selaras malahan ada kalanya
bercanggah. b) Pembangunan dan Penggubalan KurikulumProses
pembangunan dan penggubalan sesuatu kurikulum menghadapi pelbagai
masalah dan cabaran. Malahan pada setiap peringkat pembangunanada
terdapat beberapa masalah dan isu-isu yang harus ditangani.Peringkat
penggubalan:Keluasan vs Kedalaman

sering kali berlaku dilema dalam menentukesesuaian skop sesuatu kurikulum.
Oleh kerana soal pendidikan pentingkepada semua orang menyebabkan ada
tekanan untuk memasukkan banyak perkara dalam kurikulum.
Stakeholder melihat perkara-perkara utama untuk pembangunan yang
kadang kala sukar direalisasikan dalam bilik darjah.Kemahiran
Pengembangan Kurikulum

membangunkan sesuatu kurikulummemerlukan kemahiran-kemahiran
khusus dan minat yang tinggi.Kemahiran-kemahiran tersebut tidak semudah
yang disangka. Pegawai-
pegawai kurikulum perlu mempunyai banyak pengetahuan berhubung teoriku
rikulum, teori pembelajaran dan sentiasa peka dengan perkembangan
terkini pendidikan seluruh dunia. Tidak semua mereka yang terlibat
dalam pembangunan dan penggubalan kurikulum mempunyai prasyarat
ini!c) Peringkat PelaksanaanSesuatu kurikulum yang digubal secara berpusat
mempunyai kekuatan,dasar dan keutamaan, namun keadaan sebenar di
peringkat akar umbi
amat berbeza dari segi kemudahan dan komunikasi. Masalah serius mungkin
berlaku di peringkat pelakasanaan di mana terdapat
gelinciran dan lompangluas di antara perancangan dan
pelaksanaan.Persekitaran Sekolah Berbeza -
kurikulum yang digubal secara berpusattidak dapat memenuhi keperluan
semua sekolah kerana setiap
sekolah berbeza di antara satu sama lain. Perbezaan dari segi kemudahan as
as,kualiti guru, persekitaran sekolah, latar belakang murid boleh
menjejaskan pencapaian aspirasi kurikulum. Sekolah yang mempunyai guru d
an pentadbir professional, kurikulum dilaksana dengan berkesan. Di sekolahla
in mungkin disebaliknya pula.Penolakan Perubahan - perubahan
kurikulum memerlukan
perubahan cara penyampaian guru, penggunaan bahan pengajaran dan pem
belajaran baru.Di kalangan guru perubahan kurikulum mengakibatkan
pertambahan bebankerja, keperluan mengubah perlakuan dan menguasai
kemahiran baru.Respons negatif ke atas perubahan kurikulum tidak
menghasilkan apa-apaimpak ke atas pengajaran dan pembelajaran
murid.Tekanan Peperiksaan Awam - peperiksaan sering digunakan
sebagai kayu pengukur keberkesanan kurikulum. Namun begitu keutamaan k
epadakeputusan peperikasaan mengakibatkan
back-lash
ke atas aspirasikurikulum. Guru mengajar untuk keperluan peperiksaan dan
bukanmemenuhi kehendak kurikulum.Strategi Penyebaran - mod penyebaran
secara
cascade
mempunyai banyakkelemahannya. Kecairan maklumat, salah faham dan
kekeliruan berlakusemasa penyampaian kursus-kursus kepada guru
pelaksana. Namun mod inimerupakan yang selalu digunakan untuk
menyebarkan kurikulum ke peringkat
grass-root
.

9d) Tindak Susul PelaksanaanAktiviti-aktiviti tindak susul amat penting bagi
memastikan keberkesanandan pemantapan sesuatu perubahan. Pemantauan
dan penyeliaan, khidmatnasihat dan bimbingan yang kerap boleh meningkat
motivasi serta moraleguru.Tindak Susul Peringkat Negeri - pemantauan dan
penyeliaan oleh pegawai-
pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah boleh membantu guru dalam
pelaksanaan perubahan kurikulum. Kekurangan bilangan pegawai,
kekanganmasa dan kekerapan lawatan ke sekolah menjejaskan
pelaksanaankurikulum. Guru merasa terbiar dan menangani masalah
bersendirian.Tindak Susul Peringkat Pusat - pengembang kurikulum juga
perlumengadakan pemantuan dan penyeliaan di bilik darjah. Maklum balas
hasil pemantauan boleh diguna untuk penambahbaikan proses pelaksanaank
urikulum. Kekangan masa dan kekurangan bilangan pegawai
menyebabkanaktiviti-aktiviti pemantauan dan penyeliaan tidak dapat
dilakukakan dengansewajarnya.e)

Keputusan Dibuat Secara KolektifSatu kekuatan sistem pendidikan berpusat
adalah setiap keputusan dibuatsecara kolektif melibatkan pelbagai peringkat
pentadbiran. Walau pun adaagensi yang dipertanggungjawab untuk
merancang dan menggubalkurikulum, secara realitinya proses perancangan
dikongsi bersama dengan pelbagai pihak dan semua keputusan dibuat secara
kolektif. Namun begitu kejayaan pelaksanaan sesuatu inovasi kurikulummem
erlukan:
Political Will
- . bukan semua penyemakan dan perubahan kurikulummenghadapi
kekangan dan halangan. Mata pelajaran dan program bolehdilaksanakan
dengan berkesan sekiranya mendapat sokongan daripada pihakyang
berwibawa serta berpengaruh atau pun idea perubahan dipeloporimereka.
Perubahan kurikulum mendapat peruntukan kewangan
yang banyak, peralatan dan sokongan serta kemudahan. Semestinya pelaksa
naan boleh dibuat dengan berkesan.
Citra Inovasi - citra atau imej sesuatu inovasi
menentukan keberkesanan pelakasanaan di bilik darjah. Inovasi yang praktik
al dan berbentuk
hands
-
on
lebih mudah dilaksana berbanding dengan inovasi yang
memerlukan perubahan cara kerja, kemahiran tinggi dan penambahan
pengetahuan sediaada. Pertambahan beban tugas, masa dan tenaga
menyebabkan gurumenolak perubahan kerana selesa dengan cara mereka
sendiri.f)

Masalah Kurikulum Sama Untuk SemuaKurikulum sama yang disediakan
untuk semua tidak dapat melayanikehendak dan latar belakang pelbagai
pelajar. Kanak-kanak sekolah yangdatang dari kawasan pedalaman
mempunyai pengalaman yang berbezadengan kanak-kanak di bandar.
Andaian-andaian dalam kandungankurikulum tidak mengambil kira apa yang
dibawa oleh murid ke dalam bilikdarjah dari segi pengetahuan awal dan
budaya mereka. Ada yangmenganggap kurikulum bersifat bias kepada
pengalaman di Bandar.
Ini boleh menimbulkan ketidakselesaan murid dalam pembelajaran sehingga
menyebabkan mereka hilang minat dan berhenti awal dalam
persekolahanmereka.Guru juga tidak terlatih untuk menangani masalah ini.
Bantuan-bantuanyang diberi setakat ini semuanya bersifat luaran seperti
penyediaammakanan tambahan, buku teks dan pakaian sekolah percuma.
Apa yangdiperlukan adalah sokongan dalam menyesuaikan kurikulum
dengan iklimdan dunia pelajar dari segi pengalaman dan latar belakang
budaya mereka.g)

Kurikulum dan PenilaianBentuk penilaian merupakan satu aspek yang penting
dalam
penentuan pelaksanaan kurikulum. Maklumat dari penilaian dan pentaksirandi
kumpul untuk tujuan mengumumkan pencapaian pelajar dalam
membuatkeputusan berhubung dengan perancangan kurikulum, pengajaran
dan pembelajaran, penilaian dasar pemilihan dan diagnosis, bimbingan danka
unseling, penempatan, serta pemberian biasiswa dan hadiah.Hasil
pentaksiran kini jarang sekali dimanfaat untuk membetulkankekurangan
dalam pelaksanaan kurikulum berpusat atau pemahaman
terhadap impak kurikulum dan pedagogi untuk menggiatkan
penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran. Ramai ibu bapa yang m
asih percaya kepada peperiksaan luar yang tidak mengambil kira kepelbagaia
nsedia wujud dan akan mempengaruhi pencapaian pelajar mengikut
sekolahdan tempat. Banyak telah diperkatakan mengenai peperiksaan
tradisionaldan ketidaksesuaiannya untuk mengadili pelajar jika terdapat
perbezaandalam merealisasikan ukuran yang sama jika keadaan yang wujud
tidaksama. Bentuk pentaksiran yang baru perlu diadakan untuk menilai
aplikasi pengetahuan pelajar dalam konteks yang sebenar.
6.0

Penutup
Oliva (2005) mengutarakan sepuluh aksiom berhubung prinsip-
prinsip pengembangan kurikulum
. Salah satu aksiom adalah pengembangan
kurikulum merupakan satu proses yang tiada penamatnya

(curriculum

development is a never-ending process
). Pelancaran Pelan IndukPembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010) pada
17 Januari 2007 akanmenyaksikan perubahan-perubahan ketara dalam
perancangan
dan pembangunan kurikulum persekolahan negara. PIPP dirangka untukmela
ksana dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif,
bermoral dan bertaraf dunia. Dalam merealisasikan misi nasionalini pihak
berwajib perlu menggariskan fokus, merancang strategi dan
pelan pelaksanaan bagi menjadikan pendidikan negara relevan sesuai denga
nkehendak semasa dan akan datang.
Rujukan:
Marsh, C. & Morris, P. (eds) 1991,
Curriculum development in East Asia
. London: TheFalmer PressMarsh C. 1992,
Key concepts for understanding curriculum
. London: The Falmer Press.Marsh, C. & Willis G 2003,
Curriculum alternative approaches, ongoing issues
(3
rd
ed). New Jersey: Merrill Prentice Hall.Peter F. Oliva, 2005,
Developing the curriculum
(6
th
ed). Boston: Pearson Education, Inc.Sharifah Nor Puteh, 1994,
The development and implementation of the integrated

curriculum for secondary school (KBSM) in Malaysian secondary schools
(unpublishedD. Phil Thesis) University of Sussex, United Kingdom.Sharifah
Nor Puteh, 2002
Curriculum development and reform in Malaysia.
Proceeding:School-Based Curriculum Renewal for Knowledge Society, 15-16
November 2002, HongKong Institute of Education, Hong Kong.

You might also like