You are on page 1of 3

PENGAJIAN SEJARAH: BANGKIT SEMANGAT PATRIOTIK?

OLEH: CHUA BEE LAN



Usaha memupuk semangat patriotik diteruskan di peringkat sekolah menengah dan seterusnya
ke peringkat universiti. Dalam penyemakan semula kurikulum sejarah, unsur patriotisme ini
dimasukkan secara tersurat dan secara langsung dalam kandungan kurikulum mata pelajaran
sejarah. Usaha ini diharap dapat memastikan pemupukan semangat patriotik menjadi lebih
berkesan dan peranan guru adalah sangat penting dalam pelaksanaan di bilik darjah.

Melalui isi kandungan mata pelajaran Sejarah, guru boleh memupuk semangat patriotik dan
menimbulkan perasaan bangga tentang sejarah negara. Misalnya semasa guru mengajar
tentang Kesultanan Melayu Melaka, pelajar dapat mengkaji bagaimana empayar Melaka
menjadi gemilang dengan kedudukan ekonomi yang mantap, sistem pentadbiran yang cekap
dan teratur, keselamatan yang terjamin dan dasar luar yang bijak pada abad ke-15 dan ke-16.
Ketika itu, pengajian islam dan kesusasteraan berkembang.

Kegemilangan Melaka diakui oleh penulis-penulis Portugis seperti Tome Pires dan Duarte
Barbosa. Tom Pires dalam bukunya ``Suma Oriental'' menulis bahawa siapa yang menguasai
Melaka bermakna ia juga menguasai Venice. Pengetahuan mengenai sejarah Melaka ini boleh
menjadi pendorong dan penggerak dan memberi keyakinan bahawa sejarah boleh berulang
dan kita berupaya menangani cabaran wawasan 2020 kerana kita telah pernah melakukannya.

Begitu juga dengan penonjolan tokoh atau pemimpin. Sepanjang pengajaran dan pembelajaran
sejarah, tokoh atau pemimpin ditonjolkan mengikut peristiwa yang berlaku dan sumbangan
serta pengorbanan tokoh atau pemimpin yang dipelajari boleh menanamkan dan memupuk
semangat patriotik.

Kandungan teks juga perlu ditulis dengan menggunakan laras bahasa yang dapat
menyemarakkan semangat patriotik, perpaduan antara kaum dan integrasi wilayah dan
nasional misalnya pernyataan seperti berikut: ``Sejarah membawa kita mengenali jati diri atau
asal usul bangsa kita serta boleh menanamkan sifat cintakan bangsa dan setia kepada negara.''

Penerapan nilai boleh berlaku semasa pelajar membuat rasionalisasi mengenai peristiwa
sejarah yang dipelajari. Misalnya pelajar dipupuk dengan kemahiran mengenal pasti isu dan
masalah masa lalu dengan mengkaji sebab musabab, melihat perubahan dan kesinambungan
dan melihat kesan dan akibat. Pelajar juga melihat persamaan dan perbezaan serta membuat
pertimbangan nilai tentang isu dan masalah masa lalu.

Menurut pandangan seorang pelajar tahun 1 kursus Pendidikan Khas, Fakulti Pendidikan iaitu
Nur Fatin Nabila Binti Dollah, pengajian sejarah memang dapat mningkatkan semangat
patriotic. Hal ini kerana pelajar dapat mengenang balik jasa pejuang-pejuang zaman dahulu.
Oleh itu, generasi muda akan bersemangat untuk mempertahankan tanah air dan rasa sayang
kepada negara.

Menurut seorang pelajar tahun 2 bidang Sains Politik dari Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan
Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan iaitu Roger Tan Wei Jian, pembelajaran dalam
bidang sejarah dapat meningkatkan semangat patriotik beliau. Menurut beliau lagi, pengajian
sejarah dapat memberi pengetahuan kepada generasi muda dalam peristiwa gelap nasional
dan corak mencapai kejayaan-kejayaan nasional yang dilakukan oleh individu-individu ataupun
kelompok individu pada zaman dulu. Hal ini adalah untuk menjadi rujukan kepada generasi kini
dalam membuat keputusan-keputusan untuk mengelakkan kepentingan nasional negara kita
sekali lagi diceroboh, tetapi sebaliknya memastikan kejayaan negara terus dicapai.

Selain daripada mempelajari pengajian sejarah, menyertai dalam badan beruniform juga dapat
meningkatkan semangat patriotik. Penglibatan dalam badan-badan beruniform bukan sahaja
mampu memupuk disiplin individu tetapi juga dapat mengajar seseorang individu untuk
menghulurkan bantuan kepada negara dan komuniti semasa diperlukan. Di samping itu,
melarang individu tersebut melakukan sebarang perbuatan yang memburukkan negara sendiri
dari segi keamanan, kestabilan hinggalah imej negara, kata Roger Tan.

Semangat patriotik boleh diserapkan melalui pelbagai bahan grafik, ilustrasi, puisi melalui
soalan-soalan dan aktiviti-aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti-aktiviti yang
merupakan gerak kerja pelajar yang berkaitan dengan tajuk mengikut kurikulum yang dirancang
perlu dapat menyumbang kepada proses pembelajaran, seterusnya memupuk nilai dan
semangat patriotik.

Kesimpulanya, pengajian sejarah memang berkesan dalam meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat terutamanya generasi muda kini.

http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2001&dt=1031&pub=DuniaPendidikan&sec=Isu_Se
masa&pg=is_02.htm

You might also like