You are on page 1of 11

Aplikasi Teknik Latih Tubi Meningkatkan Kemahiran Mewarna MenggunakanCat Air Murid-Murid

Tahun 4 Teratai Sekolah Kebangsaan Agama Sibu


Affidatulakmar Binti Mohmud IPG Kampus Rajang
Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan mendapat penjelasan dan mengatasi
masalah secara ilmiah berkaitan masalah penguasaan kemahiran mewarna
menggunakan cat air di kalangan murid-murid Tahun 4 Teratai Sekolah Kebangsaan
Agama Sibu. Responden kajian ini terdiri daripada 20 orang murid yang
dikategorikan sebagai pelajar berpencapaian sederhana di Tahun 4 sekolah
tersebut dan 4 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual.Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil tinjauan, tahap
penguasaan kemahiran cat air di kalangan murid-murid adalah lemah. Penyelidik
mendapati permasalahan yang berlaku menyebabkan objektif pengajaran dan
pembelajaran menggunakan cat air tidak tercapai. Oleh itu, penyelidik telah
merancang tindakan yang berfokuskan kepada teknik untuk meningkatkan
kemahiran mewarna menggunakan cat air bagi murid-murid Tahun 4 Teratai. Teknik
latih tubi diperkenalkan kepada murid-murid dan guru-guru bagi mengatasi masalah
tersebut. Teknik latih tubi ini dijalankan terhadap responden selama setengah jam
bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Dapatan
kajian mendapati teknik ini boleh membantu murid menguasai kemahiran
menggunakan cat air dalam aktiviti catan.
Pengenalan
Catan merupakan hasil seni yang melalui proses menyapu media basah iaitu cat air
pada permukaan rata seperti kertas dengan menggunakan berus warna. Bagi
menghasilkan catan yang menarik dan kemas, kemahiran asas dalam penggunaan
catair adalah penting. Kemahiran asas tersebut merujuk kepada kemahiran
memegang berus warna, mencampurkan warna dan teknik catan yang digunakan.
Kemahiran tersebut perlu dikuasai oleh murid supaya catan yang dihasilkan lebih
kemas dan menarik. Oleh itu, guru perlu berusaha membantu murid-murid
meningkatkan penguasaan kemahiran ini kerana ia dapat membantu murid
menghasilkan catan yang kreatif dan kemas. Bagi mengatasi masalah murid-murid
lemah menguasai kemahiran mewarna menggunakan cat air, penyelidik telah
menggunakan teknik latih tubi bagi mengatasi masalah tersebut.
Latar belakang
Kurikulum Pendidikan Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang penting
bagi perkembangan di dalam diri murid-murid iaitu pemerhatian secara aktif,interaksi
yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secaramudah dan
menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. Di dalam kajianini, penyelidik
lebih menumpukan kajian terhadap aspek interaksi yang kritis dankreatif dengan alat
dan bahan. Dalam aspek ini murid-murid digalakkan membuat penerokaan dan
percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan
1 menggunakan cat air bagi menghasilkan satu catan yang menarik dan kemas.
Proses ini akan memperkembangkan tahap penguasaan kemahiran mewarna
menggunakancat air dalam kalangan murid-murid. Semasa berinteraksi dengan alat
dan bahan,murid membuat interpretasi dan menyelaraskan konsepsi visualnya
dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting bagi memberi
peluang kepada murid belajar secara tidak langsung.Oleh itu, teknik pengajaran latih
tubi digunakan sebagai intervensi kepada masalah yang timbul. Teknik latih
merupakan suatu teknik satu teknik di mana suatu set fakta-fakta diulang-ulang
sehingga pembelajaran lampau berlaku. Tujuannya ialahuntuk mencapai kejituan
serta kelajuan suatu prestasi dalam apa mata pelajaran pun. Hal ini kerana, teknik
latih tubi boleh digunakan untuk memperkukuhkan penguasaan murid dalam
kemahiran mewarna menggunakan cat air. Teknik pengajaran dan pembelajaran
latih tubi dapat memberi kesan yang baik kepada murid-murid. Antara implikasinya
ialah dalam perkembangan kemahiran, latih tubi adalah perlu untuk membantu
kemahiran dan teknik penguasaan. Latihan yang dilakukan secara berulang-ulang,
akan membuatkan seseorang murid meningkatkan penguasaannya dalam
penggunaan cat air dan menguasi teknik cat air yang betul.
Pernyataan Masalah
Berdasarkan pemerhatian dan tinjauan yang telah dilakukan, penyelidik ingin
mengenalpasti punca-punca yang menyebabkan murid-murid menghadapi masalah
untuk menguasai kemahiran asas mewarna menggunakan cat air dalam aktiviti
catan. Selain itu, penyelidik juga ingin menilai tahap keberkesanan teknik latih tubi
yang digunakan untuk menyelesaikan permasalah yang timbul dan adakah selepa
sintervensi yang diberikan mampu meningkatkan tahap penguasaan kemahiran
mewarna menggunakan cat air dalam kalangan murid-murid tersebut.
Objektif Kajian
Objektif kajian merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh penyelidik melalui kajian
berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti. Objektif utama kajian ini
dijalankan adalah bagi melihat perubahan prestasi murid selepas menjalani teknik
latih tubi bagi meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam
kalangan murid yang lemah. Antara objektif kajian ini ialah:
i.Mengenalpasti sebab kemahiran mewarna menggunakan cat air lemahdalam
kalangan murid tahun empat Teratai Sekolah Kebangsaan Agama Sibu.
ii.Menghuraikan tindakan latih tubi yang dijalankan dapat membantu murid dalam
menguasai kemahiran mewarna murid menggunakan catair dalam aktiviti catan.
iii.Menganalisis tahap pencapaian penguasaan kemahiran murid mewarna dengan
menggunakan cat air dalam aktiviti catan selepas menjalani latih tubi.
2 Soalan Kajian
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan yang berkaitan
dengan cara untuk menangani masalah menggunakan cat air dalam kalangan murid-
murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Agama, Sibu. Di antara persoalan yang
ditimbulkan adalah seperti berikut:
i.Apakah punca yang menyebabkan murid-murid lemah penguasaan kemahiran
mewarna menggunakan cat air dalam aktiviti catan?
ii.Bagaimanakah teknik latih tubi dapat membantu murid-murid dalammenguasai
kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam aktiviti catan?
iii.Berapakah peratusan tahap pencapaian kemahiran mewarna murid-murid
menggunakan cat air dalam aktiviti catan selepas menjalani latih tubi?
Rasional Kajian
Kajian ini dibuat oleh penyelidik untuk membuktikan bahawa teknik latih tubi
mewarna menggunakan cat air berkesan bagi meningkatkan tahap penguasaan
kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam kalangan murid-murid. Hasil
dapatan dan analisis yang dilakukan dapat menjawab kesemua persoalan kajian
ini.selain itu, teknik latih tubi ini dapat mendisiplinkan murid-murid semasa
menggunakan cat air dan menarik minat murid-murid terhadap cat air.
Definisi Istilah
Cat Air
Cat air medium lukisan yang menggunakan pigmen dengan pelarut air engan sifat
transparan. Cat air digunakan dalam catan. Catan merupakan hasil seni yang melalui
proses menyapu media basah iaitu cat air pada permukaan rata seperti kertas
dengan menggunakan berus warna.
Teknik Latih Tubi
Menurut Kamus Dewan (2007), latih tubi ditakrifkan sebagai ajaran, tunjuk ajar dan
sebagainya yang diulang-ulang untuk menjadikan orang yang diajar atau dibimbing
itu benar-benar mahir. Menurut Siti Hayati (2009) dalam kajian Faktor Sosial Budaya
Mempengaruhi Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual: Strategi dan Perlaksanaan
Mengatasi Masalah, beliau telah menggunakan kaedah latih tubi bagi mengatasi
masalah murid-murid Tingkatan 6 Atas dan Tingkatan 5. Beliau telah menggunakan
kaedah pemerhatain, temubual dan senarai semak bagi mengumpuldata kajian
tersebut selama lapan minggu. Hasil daripada kajian beliau menyatakan
3 bahawa teknik latih tubi mampu mempengaruhi faktor sosial budaya yang
mempengaruhi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Menurut Ezani (1999), teknik
latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
Aktiviti pengulangan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencapai tahap
penguasaan kemahiran disamping menjamin pengekalannya. Menurut beliau juga,
teknik ini sesuai digunakan untuk isi pembelajaran yang memerlukan ikutan dan
ulangan. Menurut Ee Ah Meng (1987), teknik latih tubi merupakan suatu teknik di
mana suatu set fakta-fakta diulang-ulang sehingga pembelajaran lampau berlaku.
Tujuannya ialah untuk mencapai kejituan serta kelajuan sesuatu prestasi dalam apa
mata pelajaran pun. Menurut beliau, penggunaan latih tubi adalah berguna dalam
pembelajaran psikomotor dan kognitif aras rendah.
Batasan Kajian
Oleh kerana masa yang diperuntukan untuk mengumpul data kajian terbatas,
makakajian ini dibataskan kepada aktiviti catan sahaja dalam kalangan murid-
muridTahun 4 Teratai di Sekolah Kebangsaan Agama Sibu.

Tinjauan Literatur
Menurut Chua (2006), tinjauan literatur didefinisikan sebagai membuat rujukansecara
kritikal dan sistematik ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat,
idea, data dan kaedah memperolehi maklumat, yang berkaitan dengan tajuk kajian
yang akan dilaksanakan. Maklumat yang dirujuk daripada literatur termasuklah teori,
reka bentuk kajian, instrumentasi, prosedur kajian, kaedah pengumpulan data dan
dapatan kajian.Kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam kalangan murid-
murid adalah bertitik tolak daripada konsep penguasaan psikomotor secara kasar
mahupun psikomotor halus. Bagi kajian ini, tiga teori yang berkaitan dengan proses
penguasaan psikomotor akan digunakan. Antara teori yang akan digunakan adalah
teori perkembangan psikomotor, teori perkembangan kognitif dan teori pembelajaran.
Menurut Nani dan Rohani (2006), perkembangan kognitif berlaku melalui skema.
Skema adalah bentuk asas pengetahuan manusia. Kanak-kanak mula membentuk
skema dari saat kelahiran lagi. Perkembangan kognitif berlaku dalam dua proses
yang penting iaitu adaptasi dan organisasi. Proses adaptasi melibatkan aktiviti
penyerapan dan pengubahsuaian. Penyerapan akan belaku apabila seseorang
menerima ransangan daripada mentafsir dan memproses mengikut pengalaman
sedia ada. Penyerapan ialah satu proses di mana pengetahuan baru diserap oleh
kanak-kanak dan disimpan sebagai skema baru atau diserapkan dalam skema yang
sedia ada. Organisasi ialah satu kecenderungan manusia menyusun konsep supaya
menjadi lebih teratur, sistematik dan dapat digunakan semula. Dalam kaedah latih
tubi,latihan yang diberikan kepada murid-murid akan digunakan atau diaplikasikan
oleh mereka dalam menghasilkan suatu catan. Setiap siri latihan yang diberikan
akanmembantu murid membentuk kefahaman baru bagi menghasilkan catan yang
kemasdan menarik.
4 Menurut Baharuddin (2002), behaviorisme berasaskan perubahan tingkah laku
yang dapat diperhatikan. Teori ini menumpukan kepada corak tingkah laku yang
berulang sehingga ia berlaku secara automatik. Pada tahun 1956, Benjamin Bloom
telah membina klasifikasi dalam tingkah laku pemikiran yang penting dalam proses
pembelajaran. Terdapat enam tahap dalam taksonomi Bloom yang bermula
daripada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Di
dalam teori pembelajaran behaviorisme, tingkahlaku diperkukuhkan secara positif
akan berulang-ulang dan maklumat diberikan sedikit demi sedikit supaya respon
boleh diperkukuhkan. Dengan itu, pengukuhan boleh digeneralisasikan dan
menghasilkan perlaziman sekunder. Hal ini boleh disimpulkan bahawa, latih tubi
yang diberikan kepada murid secara berperingkat akan mampu meningkatkan tahap
penguasaan kemahiran mewarna menggunakan cat air dalam aktiviti catan kerana
latih tubi dijalankan secara berulang-ulang dan pelbagai teknik diajar kepada murid.
Menurut Shahizan et.al (2006) menyatakan, konsep kesediaan psikomotor merujuk
kepada penguasaan kemahiran berpusat pada tindakan fizikal. Seseorang bersedia
melakukan tindakan apabila tubuhnya mencapai kematangan selaras dengan latihan
yang diperlukan. Kesediaan ini termasuklah perkembangan fizikal dalam otot, tulang,
anggota dan pengawalan penyelarasan pergerakan di seluruh badan. Menurut beliau
juga, kemahiran psikomotor berkait rapat dengan perkembangan kognitif dan afektif.
Oleh yang demikian, bagi mencapai prestasi perkembangan psikomotor yang
cemerlang, kanak-kanak perlu melalui latihan dan demonstarsi yang intensif kerana
kemahiram mewarna menggunakan cat air bagi aktiviti catan boleh
dipelajari.Menurut beliau juga, terdapat empat tahap penguasaan kemahiran. Tahap
pertama ialah memerhati (perception).
Selain itu, ada juga pengalaman kemahiran yangditimba dengan membaca buku
atau merujuk video. Pada tahap kedua pula ialah peniruan (imitation).
Kemahiran mengikut dan cuba meniru apa yang dilakukan oleh orang lain dengan
bimbingan. Mereka belajar kemahiran dengan melihat individu lain yang
berpengalaman dan tahap ini merupakan tahap paling asas sekali.Tahap ketiga pula
pada peringkat berlatih (trainning) iaitu mengikut urutan dan masih cuba mencari
penyelarasan antara bahagian dalam sesuatu kemahiran. Tahap keempat ialah
penyesuaian (adaptation) dan ianya merupakan kemahiran yangdapat dikuasai
dengan sempurna.Menurut Kamus Dewan (2007), latih tubi ditakrifkan sebagai
ajaran, tunjuk ajar dan sebagainya yang diulang-ulang untuk menjadikan orang yang
diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir. Menurut Siti Hayati (2009) dalam kajian
Faktor Sosial Budaya Mempengaruhi Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual:
Strategi dan Perlaksanaan Mengatasi Masalah, beliau telah menggunakan kaedah
latih tubi bagi mengatasi masalah murid-murid Tingkatan 6 Atas dan Tingkatan 5.
Beliau telah menggunakan kaedah pemerhatain, temubual dan senarai semak bagi
mengumpul data kajian tersebut selama lapan minggu. Hasil daripada kajian beliau
menyatakan bahawa teknik latih tubi mampu mempengaruhi faktor sosial budaya
yang mempengaruhi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.Menurut Ezani (1999),
teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Aktiviti pengulangan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencapai tahap
penguasaan kemahiran disamping menjamin pengekalannya.Menurut beliau juga,
teknik ini sesuai digunakan untuk isi pembelajaran yang memerlukan ikutan dan
ulangan. Menurut Ee Ah Meng (1987), teknik latih tubi merupakan suatu teknik di
mana suatu set fakta-fakta diulang-ulang sehingga
5 pembelajaran lampau berlaku. Tujuannya ialah untuk mencapai kejituan serta
kelajuan sesuatu prestasi dalam apa mata pelajaran pun. Menurut beliau,
penggunaan latih tubi adalah berguna dalam pembelajaran psikomotor dan kognitif
aras rendah.
Metodologi Kajian
Rekabentuk Kajian Untuk memperolehi informasi dan data yang diperlukan, tiga
kaedah kajian digunakan secara triangulasi iaitu soal selidik, temubual dan
pemerhatian. Rekabentuk kajian eksperimental digunakan dalam kajian tindakan ini
dengan melakukan perbandingan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan
setelah kaedah penyelesaian masalah diberikan kepada responden kajian.Sampel
Responden bagi kajian ini ialah hanya satu kelas Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan
Agama Sibu iaitu Tahun 4 Teratai. Semua murid di dalam kelas tersebut iaitu 20
orang murid dipilih menjadi responden kajian ini. Murid-murid tersebut terdiri
daripada 11 orang lelaki dan 9 orang perempuan. Selain itu, kajian ini juga
melibatkan 4 orang guru yang pernah mengajar murid-murid tersebut mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual semasa mereka Tahun 1, 2 dan 3. Instrumen Dalam kajian ini
instrumen yang digunakan adalah dalam bentuk soal selidik, pemerhatian dan
temubual. Soal selidik telah diedarkan kepada 20 orang murid Tahun 4 Teratai yang
terbahagi kepada dua bahagian; data demografik dan pandangan tentang mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual dan aktiviti catan. Borang senarai semak telah
digunakan semasa sesi pemerhatian dijalankan. Senarai semak tersebut digunakan
untuk merekod dokumen berkaitan mata pelajaran PendidikanSeni Visual yang
terdapat pada guru dan sekolah dan merekod alat dan bahan yang dibekalkan oleh
sekolah bagi aktiviti catan. Manakala temubual dijalankan terhadap 4 orang guru
secara semi struktur. Instrumen yang digunakan oleh penyelidik adalah bertujuan
untuk menjawab soalan kajian yang telah ditimbulkan. Selain daripada instrumen
tersebut, ujian pra dan pos telah dijalankan terhadap murid-murid. Ujian pra telah
dijalankan terhadap 20 orang murid kelas tersebut bagi memastikan tahap
pencapaian murid-murid menggunakan cat air bagi aktiviti catan. Setiap catan yang
dihasilkan oleh murid-murid dinilai menggunakan gred A, B, C dan D dandirekodkan
dalam satu rekod pencapaian. Setelah murid-murid menjalani kaedah latih tubi,
murid-murid sekali lagi diuji menggunakan ujian pos dan hasil catan dinilai
menggunakan rubrik yang sama untuk menilai ujian pra.
Analisis Data
6 Semua data bagi kajian ini telah dianalisis menggunakan Microsoft Excel 2007.
Datayang diperolehi juga telah dipersembahkan dalam bentuk jadual, graf dan
rajah.Analisis juga dibuat secara perbandingan di antara markah ujian pra dengan
ujian pos bagi melihat peningkatan tahap kemahiran mewarna menggunakan cat air
dalamkalangan murid selepas menjalani latih tubi.
Perbincangan Permasalahan Kajian
Setelah menjalani temubual, pemerhatian dan soal selidik terhadap guru
danresponden kajian, didapati punca yang menyebabkan murid-murid tersebut
lemahmenguasai kemahiran mewarna menggunakan cat air adalah disebabkan
rasakebimbangan guru berkaitan dengan disiplin murid semasa menggunakan media
basah. Guru bimbang murid-murid akan mengotorkan baju dan bilik darjah
denganmenumpahkan air dan cat air. Disebabkan oleh kebimbangan tersebut, guru
kurangdan tidak mengajar cat air semasa mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual.Akibat daripada masalah tersebut, murid-murid jarang diajar
kemahiranmenggunakan cat air dengan betul dan tidak diberi pengayaan dan
pemulihan bagimeningkatkan kemahiran menggunakan cat air semasa aktiviti catan
dijalankan.Selain itu, guru juga bimbang masa pengajaran dan pembelajaran banyak
digunakanuntuk melakukan pembersihan selepas murid-murid menjalani aktiviti
catan. Bagimemperkukuhkan dapatan ini, soal selidik telah diedarkan kepada
responden iaitumurid-murid Tahun 4 Teratai bagi mengetahui punca murid-murid
lemah menguasaikemahiran mewarna menggunakan cat air. Berikut merupakan
dapatan soal selidik yang telah dijalankan.
HERE GOT TWO TABLES...
Penyelidik telah menjalankan kaedah penyelesaian terhadap murid-murid
tersebutyang menjadi responden kajian ini. Penyelidik telah menjalankan teknik latih
tubimewarna menggunakan cat air dalam kalangan responden. Jadual 1
dibawahmenunjukkan tahap pencapaian responden selepas menjalani latih tubi.
ANOTHER TABLE..
Jadual tersebut menjelaskan tentang perbezaan pencapaian murid bagi ujian pra
danujian pos. Melalui dapatan tersebut 5 orang murid yang mendapat markah
palingrendah iaitu gred D telah meningkat ke gred B dan C. Murid-murid lain juga
telahmenunjukkan peningkatan dalam ujian pos. Min bagi skor ujian pra tersebut
ialah44.85. Menurut rubrik pemarkahan yang digunakan min skor pencapaian
tersebutialah masih dalam gred D. Manakala min skor pencapaian tersebut telah
meningkatdalam ujian pos sebanyak 72.8 iaitu pada gred B. Graf 1.0 di bawah
menunjukkantahap peningkatan skor pencapaian murid-murid tersebut setelah
menjalani latih tubiselama 4 minggu secara berturut-turut.
Perbincangan Tentang Implikasi Dapatan Kajian Dengan Fokus Kajian
Secara keseluruhan dapatan kajian dapatlah disimpulkan bahawa teknik latih tubi
boleh digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan
SeniVisual bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran mewarna menggunakan
catair dalam kalangan murid Tahun 4 mahupun murid-murid Tahap 1 dan Tahap
2.Teknik latih tubi ini dapat digunapakai kerana teknik latih tubi merupakan satu
sirilatihan yang boleh melatih murid-murid bagi menguasai kemahiran asas
mewarnamenggunakan cat air. Hal ini terbukti kerana hasil dapatan yang
menunjukkan peningkatan tahap penguasaan murid-murid. Hasil dapatan ini boleh
diperkukuhkanmenurut Ezani Yusuf (1999), teknik latih tubi adalah aktiviti
pengulangan fakta-faktaatau kecekapan yang dipelajari.aktiviti pengulangan ini
dijalankan adalah bertujuanuntuk mencapai tahap penguasaan kemahiran disamping
menjamin pengekalannya.Menurut beliau juga, teknik ini sesuai digunakan untuk isi
pembelajaran yangmemerlukan ikutan dan ulangan.
Cadangan Tajuk Kajian Masa Depan
Penyelidik mencadangkan supaya kajian ini dilanjutkan dengan lebih mendalam
danterperinci berkaitan dengan penguasaan cat air dalam kalangan murid-murid
sekolahrendah. Hal ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu kaedah atau teknik
baru dansesuai untuk meningkatkan tahap kemahiran murid-murid di sekolah
rendahmenggunakan cat air dalam aktiviti catan mahupun dalam aktiviti Pendidikan
SeniVisual yang lain. Contonnya, dalam bidang membuat corak dan rekaan,
membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional, terdapat
penggunaan cat air dalam aktiviti tersebut. Oleh itu, penyelidik yang seterusnya
bolehmemperkembangkan lagi kajian ini dan mengaplikasikan teknik latih tubi
yangdigunakan sebagai penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh murid-
muridsemasa menggunakan cat air.Selain itu, kajian ini boleh dilanjutkan kepada
murid-murid lain sama ada di SekolahKebangsaan Agama Sibu ataupun di sekolah
rendah yang lain. Hal ini kerana,masalah penggunaan cat air merupakan satu
masalah yang sering kali berlaku keranaterdapat sebilangan guru tidak mahu
mengambil rasiko mengajar menggunakan catair. Guru perlu mengawal dan sentiasa
peka terhadap disiplin dan tingkah laku muridagar sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam keadaan terkawal dan berjalan denganlancar. Guru boleh menggunakan
kajian ini sebagai panduan untuk membuat kajianseterusnya bagi mengatasi
masalah yang dihadapi di sekolah berkaitan cat air.Akhir sekali, kajian ini boleh
dilanjutkan untuk menambahkan lagi dapatan kajian ini berkaitan dengan punca-
punca yang menyebabkan murid-murid lemah menguasaikemahiran menggunakan
cat air. Daripada punca-punca yang dikenalpasti, guru-gurudapat mencari
penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Masalah yangmenyebabkan objektif
pengajaran dan pembelajaran ini perlu diatasi supaya murid-murid dapat menerima
ilmu yang perlu disampaikan kepada mereka. Oleh itu, guru boleh menggunakan
teknik latih tubi bagi mengatasi masalah kelemahan penguasaankemahiran cat air
yang dihadapi kerana teknik latih tubi mampu mengukuhkankemahiran yang
perlukan latihan yang berulangan.

You might also like