You are on page 1of 8

Kajian Kes Autisme

1.0 PENGENALAN
1.1 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai
keperluan murid-murid khas.Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik
yang bersesuaian dengan murid-murid khas.Ini termasuklah dengan menggunakan sumber
dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.
Munurut Hallahan dan Kauffman(2006):Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu
bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan
khas.Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran
khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa.ia mungkn
memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus.Friend(2005)
menyatakan pendidikan Khas adalah pengajaran yang di reka bentuk khusus bagi memenuhi
keperluan kanak-kanak kurang upaya.Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah,
di rumah, di hospital atau di institusi lain.Mansor(2005)Program Pendidikan Khas di
Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima
seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan,berupaya,
beriman,berdikari,mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi
diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.


1.2 DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Kanak-kanak Khas ialah gelaran yang diberi kepada kanak-kanak yang memerlukan
keperluan khas yang juga disebut sebagai kanak-kanak istimewa, kanak-kanak kurang upaya
ataupun kanak-kanak cacat.Istilah kanak-kanak cacat tidak lagi digunakan pada masa kini
atas faktor sensitiviti.Kanak-kanak khas didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza
daripada kanak-kanak biasa dalam aspek ciri-ciri mental,keupayaan sensori,keupayaan
komunikasi, tingkahlaku sosial, ataupun ciri-ciri fizikal.Perbezaan-perbezaan ini adalah
mencapai tahap yang mana kanak-kanak memerlukan modifikasi dalam aktiviti-aktiviti
sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bagi membolehkannya berkembang pada
kapasiti maksimum.MenurutKirk(1989), kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak
khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan.Oleh yang demikian,
bantuan yang disediakan oleh sekolah untuk kanak-kanak yang berbeza norma ini digelar
pendidikan khas.Pendidikan khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi
keperluan pendidikan murid berkeperluan khas.Pendidikan ini dirancang secara teliti bagi
membantu murid keperluan khas bagi mencapai tahap pendidikan tinggi dan kejayaan hidup
yang memuaskan.
Menyambut kelahiran anak yang sihat dan sempurna anggotanya dinanti-nantikan
oleh semua ibu bapa.Banyak ibu bapa seolah-olah hilang akal ketika menyambut kelahiran
baharu yang dilabel sebagai Orang Kurang Upaya.Menurut Simon Olshansky(1976) dalam
bukunya Child Devlopment, ibu bapa akan mengalami kesedihan yang sangat mendalam
sehingga tidak dapat menerima kenyataan bahawa bayi itu tidak memenuhi kriteria yang
diharapkan iaitu anak yang normal seperti orang lain.Walau bagaimanapun, reaksi ibu bapa
akan semakin berubah kepada reaksi yang bersifat positif terhadap anak istimewa mereka.
Menurut Eden (1976), ada ibu bapa yang dapat menyesuaikan diri dengan baik
terhadap kehadiran anak istimewa mereka setelah satu jangka masa tertentu.Ibu bapa dapat
menerima kehadiran anak kurang upaya, akan dapat menyesuaikan diri dengan realiti hidup
bahawa anak mereka mempunyai ketidakupayaan. Ibu bapa tersebut akan berusaha menjalani
pemulihan sebagai kesinambungan dan sentiasa menaruh harapan terhadap perkembangan
anak-anak mereka (Ashman & Elkin 1998).
Orang Kurang Upaya (OKU) ialah oarng yang mengalami keterbatasan mobilitinya
merujuk kepada jenis kecacatannya sama ada fizikal (anggota), mental (ringan, sederhana
atau berat), penglihatan dan pedengaran.Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi
mengelakkan sebutan orang cacat yang bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada
semua aspek (Hashim Omar 1991).
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil langkah untuk membela
nasib golongan ini dengan menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk muris-murid
pemulihan khas dan berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran
dan bermasalah pembelajaran.Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah
tanggung jawab Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti sindrom Down, Autisme
ringan, Attention Deficit Hyperaktif Disorder, terencat akal minimum termasuklah masalah
mental Carebral Palsy, bermasalah pembelajaran spesifik seperti Disleksia. Pendidikan yang
diberi menekankan kepada perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu, pendidikan yang diberikan mestilah setaraf
dengan kemampuan yang mereka miliki (Mohd Dan, 2007).
2.0 Autisme
Autisme merupakan istilah yang mungkin untuk sesetengah orang hanya memahami
sebagai tanda. Namun, bagi sebahagian orang lagi, terutama para ibu bapa yang mempunyai
anak pengidap autism, istilah itu sudah tidak asing lagi. Para professional yang membuat
kajian dalam bidang perkembangan kanak-kanak telah membuat penyelidikan tentang autism,
psikopatologi, cara pencegahan, dan punca-puncanya, serta kesannya terhadap perkembangan
anak dengan autism di kemudian hari.
2.1Definisi Autisme
Pada masa ini, masalah autism mendapat perhatian, terutama dari ibu bapa. Selain itu,
perasaan bimbang timbul di kalangan ibu-ibu muda yang bakal melahirkan anak. Ini kerana
autism akan dihidapi oleh sesiapa sahaja. Ia tidak memilih perbezaan status sosial-ekonomi,
pendidikan, golongan etnik atau bangsa. Jumlah kes yang dilaporkan cenderung meningkat
dari tahun ke tahun.
Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autism berasal daripada perkataan
bahasa Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini . autos merujuk kepada
seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri.Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo
Kanner telah memeperkenalkan istilah autis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau
terhadap pengidap autism yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi
dengan orang lain., pengasingan diri, keadaan yang tidak fleksibal dengan orang lain dan cara
komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean
Nicholson, & Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk Does Television
cause Autism? menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan
pengidap autisme.
Menurut Kamus Oxford Advance Leaner Autism ialah a mental condition in which a
person is unable to communicate aform relationship with other. Kamus elektronik Encarta
terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autism ialah disturbance in
phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of the
world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual
pattern. Maka , dapat disimpulkan di sini, autism merupakan gangguan psikologi terhadap
perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial dan sentuhan.
Kannar (dalam safari, 2005) mendefinisikan autism sebagai ketidakmampuan untuk
berinteraksi dengan orang lain. Cohen dan Bolton(1999) mendefinisikan Autisme sebagai
keadaan yang mempengaruhi anak membuat mereka tidak dapat membentuk hubungan sosial
atau mengembangkan komunikasi secara noramal.
Menurut Ginanjar(2001), autism adalah gangguan perkembangan yang komplek
disebabkan oleh adanya kerosakan pada otak., sehingga mengakibatkan gangguan terhadap
perkembangan komunikasi, perilaku, kemampuan sosialisasi, kepekaan terhadap persekitaran
dan pembelajaran.Biasanya tanda-tanda akan mula kelihatan ketika anak berusia 3 tahun ke
bawah.
2.2 Peringkat Autisme
a)Autisme Ringan
Pada tahap ini, anak autism masih menunjukkan adanya kontak mata walaupun tidak
berlangsung lama. Anak Autisme ini dapat memberikan sedikit respon ketika dipanggil
namanya, menunjukkan ekspresi-ekspresi muka, dan dalam berkomunikasi pun masih boleh
dilakukan secara dua arah meskipun hanya sesekali. Tindakan tindakan yang dilakukan
seperti memukulkan kepalanya sendiri, menggigit kuku, gerakan tangan yang sterotipik dan
sebagainya. Masih boleh dikendalikan dan dikawal dengan mudah.
b)Autisme sedang
Pada tahap ini, anak autism masih menunjukkan sedikit kontek mata, namun ia tidak
memberikan respon ketika namanya dipanggil. Tindakan agresif atau hiperaktif, menyakiti
diri sendiri, acuh dan gangguan motorik yang stereotipik cenderung agak untuk dikendalikan
tetapi masih boleh diusahakan.
c)Autisme Berat
Pada tahap ini, anak autism menunjukkan tindakan-tindakan yang sangat tidak
terkendali. Biasanya anak autism memukul-mukul kepalanya ke tembok secara berulang-
ulang dan terus-menerus tanpa berhenti-henti. Ketika orang tua berusaha mencegah, namun
anak tidak memberi respondan tetap melakukan, bahkan kondisi berada dipelukkan orang
tuanya, anak autism tetap memukul-mukul kepalanya. Ia akan berhenti setelah mereka rasa
keletihan kemudian langsung tertidur.
2.3 Ciri-Ciri Kanak Autisme
a)Masalah Komunikasi
Seseorang kanak-kanak autism biasanya tidak menunjukkan perkembangan bahasa
seperti kanak-kanak lain. Malahan, tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap
penggunaan bahasanya terbantut. Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanya
jika seseorang bertanya sudah makan?, dia menjawab sudah makan. Jika ditanya Sudah
minum?, di menjawab sudah minum. Dalam istilah Inggeris, ini dinamakan echolalia. Dia
tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif.
b)Suka Bersendirian
Masalah paling ketara ialah kanak-kanak autism tidak menunjukkan kebolehan
berinteraksi secara spontan dengan orang lain. Dia seolah-olah hidup dalm dunianya sendiri.
Ibunya mendapati sukar untuk menjalinkan kemesraan dengannya kerana dia tidak suka
dibelai, dicium atau dipeluk. Realitinya, kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak
mendapat gerakbalas.Dia berkelakuan seperti kanak-kanak pekak, buta atau seolah-olah tiada
apa yang berlaku. Mereka turut mempunyai tingkah laku yang aneh atau berlainan daripada
kanak-kanak biasa. Kanak-kanak autism biasanya akan leka bermain sehingga berjam-jam
lamanya dengan sesuatu barang yang diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itu
diamabil, dialih atau hilang. Kebanyakkan kanak-kanak autisme akan menunjukkan
tinkahlaku yanag bermacam-macam ragam dan pelik seperti menepuk-nepuk tangan,
menjengkit-jengkit kakinya apabila berjalan, memutar-mutar benda seperti tudung botol dan
alat-alat permainan seperti mangkuk-mangkuk plastik, serta mengumpul batu-batu, bermain
suis lampu dan sebagainya.
Kebanyakan kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembangan
bahasa dan sosial yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian,
didapati hampir 30 peratus kanak-kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu
bapa kanak -kanak yang terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi, anak
mereka tidak suka didukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayi yang berusia
tiga bulan biasanya sudah mula mesra dengan ibunya tetapi ini jarang-jarang dirasai atau
dinikmati oleh ibu -ibu yang mempunyai anak-anak autistik. Bayi-bayi dari usia sembilan
bulan ke atas sudah gemar mengikut-ikut perkataan yang dilafazkan oleh ibu mereka tetapi
kanak-kanak autistik jarang berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak-kanak autistik yang
didapati normal perkembangan mereka tetapi mula menunjukkan ciri-ciri autistik menjelang
usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh bercakap seperti kanak-kanak lain tetapi
kebolehan ini kemudian hilang sama sekali.
Berdasarkan masalah utama di atas, ternyata hampir 70 peratus kanak-kanak autisme
ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Ini sebabnya proses pembelajaran mereka
lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi dan tingkah laku. Kekurangan dialami
kanak-kanak ini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tiada usaha
menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan. Individu autistik
sukar memahami keadaan persekitaran yang menyebabkan mereka sukar terbabit secara
langsung apabila berbual-bual. Hakikatnya, tingkah laku yang suka mencederakan diri
menandakan autisme teruk. Biasanya ia berlaku jika IQ kanak-kanak berkenaan kurang
daripada 20. Bagaimanapun ia boleh dibantu dengan pengambilan ubat anti kemurungan.
Kebiasaannya, kanak-kanak autisme memilih satu bahasa pertuturan. Jika selesa berbahasa
Inggeris, mereka bertutur dalam bahasa berkenaan dengan sesiapa juga dan ibu bapa disaran
menggunakan bahasa pilihan anak ketika berinteraksi dengan mereka. Ini penting dalam
mewujudkan interaksi dengan kanak-kanak autism dan memudahkan komunikasi ketika
mereka berada bersama masyarakat.
c) Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan
Kanak-kanak autistik suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan.
Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan serta sering menunjukkan minat pelik,
contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing. Mereka juga sangat
sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi. Contohnya mereka berasa terganggu apabila mendengar bunyi mesin
pengisar dan menunjukkan perlakuan di luar kawalan. Mereka sentiasa bergerak dan sering menunjukkan
pergerakan yang pelik dan serta melakukannya berulang-ulang.
d) Masalah tingkah laku
Masalah tingkah laku kanak-kanak autistik boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu;
i. Suka mengasingkan diri.
Kanak-kanak autistik dalam kategori ini biasanya menunjukkan kekecewaan yang terlampau dengan
tindak balas yang negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa)
atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri. Justifikasi kepada orang lain akan menimbulkan
kebimbangan akan dicederakan oleh kanak-kanak autistik walaupun secara lahiriahnya mereka tidak berniat
untuk mencederakan sesiapa.
ii. Kumpulan pasif
Kanak-kanak dalam kategori ini agak bermasalah kerana kebiasaannya tidak memahami keadaan semasa
dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang
dicetuskan orang lain. Dalam konteks ini, tingkah laku mereka bersandarkan apa yang mereka lakukan tanpa
mengira apa yang berlaku di sekeliling mereka. Ironinya, mereka lebih senang berada dalam persekitaran
mereka.
iii. Tidak tahu bersosial
Oleh sebab kanak-kanak kategori ini hidup dengan dunianya sendiri menjadikan dirinya tidak tahu bersosial
dengan rakan lain. Paling ketara kanak-kanak ini tidak yakin dengan kemampuan dirinya untuk berinteraksi
dengan orang lain.
iv. Aktif tetapi berperangai pelik
Kanak-kanak autistik jenis ini suka mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli
kanak-kanak lain. Kanak-kanak tidak kisah diejek atau dibuli, tetap dengan sikapnya seolah-olah dia tidak
mempunyai perasaan.
3.0 Ciri sampingan kanak-kanak Autisme
Kanak-kanak autistik menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan
sosial dan berfikir secara kreatif.Pada peringkat bayi, anak autistik tidak peduli sama ada
dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Mereka hidup di dalam dunia mereka sendiri. Malahan,
pada peringkat awal kanak-kanak, mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi
yang agresif ketika dipegang, disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan
bertentang mata ketika berkomunikasi. Jika sakit, luka atau duka, anak autistik tidak akan
meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi
perasaan muka dalam pertuturan. Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan
hubungan dengan orang lain dan hidup dalam dunianya sendiri. Mereka mempunyai suatu
corak komunikasi yang digelar echolalia, iaitu suka mengulangi percakapan orang lain.
Selain itu, mereka sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu
perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di depan mata sendiri
atau menggigit kuku.
Malah terdapat masalah sampingan yang lain melibatkan anggota keluarga yang lain
iaitu timbulnya kebimbangan antara anggota keluarga untuk membawa anak-anak autisme ini
keluar. Ironinya, peluang untuk melawat sahabat-handai atau berekreasi sukar diperoleh
kerana tumpuan perlu diberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti-aktiviti seperti
membeli belah, bersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh
perasaan khuatir kalau -kalau anak mereka bertindak di luar kawalan.
Dalam pada itu, kanak-kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk
memastikan agar keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan
orang lain serta terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering
menyebabkan ibu bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya, mereka sukar
mendapat bantuan orang lain untuk menjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yang
memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jika anak sering berkelakuan ganas terhadap adik -
beradiknya dan menyulitkan keluarga . Keadaan ini boleh menggugat kesihatan mereka.

Sudah pastinya adik-beradik kepada kanak-kanak autistik mungkin juga tidak terlepas
daripada masalah emosi. Malah, ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan
datang ke rumah. Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana
perhatian sering tertumpu kepada adik autistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan
keadaan ini mungkin akan menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Sememangnya ada
juga jiran yang mengambil berat dengan keluarga kanaka-kanak autistik dengan memberi
komen yang membina agar mereka kuat dalam menghadapi anak-anak yang berkeperluan
khas malah ada juga yang mengambil kesempatan dengan mengejek kanak-kanak tersebut.
Realitinya inilah yang berlaku kepada mereka sehingga mereka malu untuk berhadapan
dengan dunia luar.

Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami-isteri dalam usaha mereka
mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul sehingga boleh menggugat
kestabilan rumah tangga mereka. Tetapi , apa yang menarik sekali ialah kebanyakan
pasangan yang mempunyai anak -anak yang autistik, terencat akal , spastik, pekak dan
sebagainya tetap mempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Dalam konteks ini, ibu bapa
amnya perlu ada rasa tanggungjawab serta perasaan kasih terhadap anak mereka mengatasi
segala-galanya dan masalah-masalah yang dihadapi tidak dibiarkan menggugat kestabilan
rumah-tangga mereka.

Malahan, cara mendidik dan mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat daripada
penjagaan kanak-kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga
yang lain. Kanak-kanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu.
Terdapat juga kanak-kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik serta
bijak menyusun jigsaw-puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh sebab itu,
penilaian terhadap kanak-kanak autistik perlu merangkumi aspek-aspek riwayatnya yang
terperinci, pemeriksaan fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya.
Kelemahan- kelemahan dan kekuatan-kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.

3.0 KAJIAN KES
Kajian kami bermula pada 1 Oktober 2012 hinggalah 31 Oktober 2012.Kajian yang kami
lakukan ialah di sekolah SK Taman Seri Gombak. Sekolah tersebut mempunyai kelas murid-
murid normal dan juga kelas murid berkeperluan khas ataupun masalah
pembelajaraan.Sekolah tersebut mempunyai seramai 13 orang guru pendidikan khas dan 7
orang pembantu pengurusan murid(PPM) serta 81 orang murid yang mempunyai pelbagai
jenis ketidakupayaan sebagai contoh, Sindrom Down,Autisme,Disleksia dan Masalah
Pembelajaran.Selebihnya pelajar yang diinklusifkan separa

You might also like