You are on page 1of 4

1.

0 Tujuan

Tujuan kertas cadangan ini dibuat adalah untuk :

1. Memaklumkan pihak pentadbir SK. Kuala Krau, Temerloh tentang pertandingan
keceriaan antara yang kelas akan diadakan.
2. Mendapatkan kebenaran dan kelulusan daripada pihak pentadbiran untuk menjalankan
pertandingan keceriaan antara kelas.

2.0 Pengenalan

Pertandingan diadakan adalah bertujuan untuk menyahut seruan Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) selaras Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang menekankan
pendidikan pada abad ke 21 yang mementingkan pembangunan murid secara holistik
dalam aspek akademik, insaniah dan kemahiran.

3.0 Rasional

Rasional pertandingan ini diadakan adalah untuk menyediakan satu iklim pembelajaran
yang kondusif dalam bilik darjah berpandukan keperluan untuk pembelajaran pada abad ke
21.

4.0 Objektif

Objektif pertandingan ini dijalankan adalah untuk :

a) Memastikan tahap kebersihan setiap kelas adalah dalam keadaan yang baik dan
memuaskan.
b) Memberikan penghargaan dan suntikkan semangat kepada murid untuk meneruskan
amalan menjaga kebersihan dalam kalangan mereka.
c) Menyediakan suasana pembelajaran pada abad ke 21.

5.0 Tarikh dan Tempat

Tarikh : Bermula 18 Julai 2014 sehingga 5 Ogos 2014.
Tempat : Kelas Masing-masing

6.0 Tema Pertandingan

Tema kepada pertandingan keceriaan ini adalah Kelas Abad Ke 21.



7.0 Syarat Penyertaan dan Pertandingan

Syarat syarat penyertaan adalah seperti berikut :

a) Terbuka kepada semua kelas
Syarat syarat pertandingan adalah seperti berikut :
a) Hiasan adalah perlu bertepatan dengan tema pertandingan yang telah ditetapkan.
b) Keperluan bahan untuk pertandingan adalah di bawah tanggung jawab kelas masing-
masing.
c) Penggunaan bahan kitar semula adalah digalakkan.
d) Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.

8.0 Penilaian Pertandingan

Pertandingan akan dinilai oleh panel-panel juri yang dilantik dalam kalangan guru SK. Kuala
Krau, Temerloh, Pahang pada hari terakhir pertandingan iaitu pada 5 Ogos 2014.

9.0 Kriteria Penilaian

Antara kriteria kriteria yang akan dinilai adalah seperti yang berikut :

a) Susun atur perabot kelas. ( Dalam bentuk kumpulan antara 4 6 Orang/kumpulan )
b) Sudut sudut khas ( Sudut I-think, Sudut Akademik, Sudut Hasil Kerja Murid, Sudut
Maklumat Am sekolah )
c) Kekemasan/hiasan
d) Kebersihan kelas
e) Aspek keselamatan ( Pelan Laluan Kebakaran/Kecemasan, Pelan Lantai Kelas)

10.0 Hadiah Pertandingan

Hadiah pertandingan akan diberikan berdasarkan markah tertinggi yang diperolehi oleh
kelas-kelas yang bertanding mengikut tahap. Pemenang akan menerima piala pusingan dan
sijil penyertaan.

Bil Kategori Hadiah
1 Tahap 1 Piala Pusingan dan Sijil
2 Tahap 2 Piala Pusingan dan Sijil






11.0 Anggaran Kos

Bil Perkara kuantiti Jumlah
1 Piala Pusingan 2 x RM 30.00 RM 60.00
2 Sijil Penyertaan 2 x RM 1.00 RM 2.00
Jumlah RM 62.00

12.0 Penutup

Diharapkan agar pertandingan mendapat pertimbangan dan diluluskan oleh pihak pentadbir
sekolah untuk dilaksanakan dalam jangka masa yang telah dicadangkan kerana program ini
dilihat dapat memberikan impak yang positif kepada murid khususnya dalam menyemai
semangat cinta akan kebersihan dalam kalangan murid serta mampu mewujudkan satu
iklim pembelajaran yang kondusif selaras dengan kehendak dan keperluan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) khususnya di SK.Kuala Krau Temerloh,
Pahang.

You might also like