You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SHAH ALAM

PERISARAN ANJUNG SERI, JALAN U8/80, BUKIT JELUTONG TIMUR,


40150 SHAH ALAM, SELANGOR

DOKUMENTASI

MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN 2014
Kali Pertama
&
MAJLIS PENYERAHAN
Bantuan Awal Persekolahan Murid






TARIKH
5 APRIL 2014

MASA
12.00 PG 2.00 PTG

TEMPAT
Dewan SMK Shah Alam

DISEDIAKAN OLEH
Cik Nimazakirah binti Ab Rahman



LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-35

PENGENALAN
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan salah satu daripada program yang
dijalankan di bawah Sarana Ibu Bapa. Program ini akan dijalankan secara rutin bermula pada
tahun ini setiap tahun. Sarana ini khas untuk ibu bapa bagi membolehkan ibu bapa berkongsi
pendapat dan penglibatan bagi membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pembelajaran
anak-anak.
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru kali pertama ini telah dilaksanakan pada
5 April 2014 (Sabtu) yang telah dirasmikan oleh Tuan Azhari bin Dato Shaari, Ketua Bahagian
UMNO Shah Alam. Kehadiran ibu bapa amat menggalakkan.

TUJUAN
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah bertujuan untuk mengeratkan
silaturrahim di antara sesama waris dan guru, bertukar-tukar pandangan dan pendapat serta
mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berkaitan dengan sekolah. Program
seperti ini dapat melahirkan sekolah yang cemerlang dan berkesan untuk faedah semua pihak.


OBJEKTIF
1. Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid.
2. Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan meningkatkan kemudahan di
sekolah.
3. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara
sekolah dan masyarakat setempat.
4. Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang
kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

ANJURAN
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam
2. Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMK Shah Alam














TARIKH : 5 April 2014 (Sabtu)
MASA : 12:00 tghr 5.00 ptg
TEMPAT : Dewan SMK Shah Alam
PENGLIBATAN : Jumlah peserta : 143 orang
i. Ibu bapa/ waris : 123 orang
ii. Jumlah guru : 20 orang

AHLI JAWATANKUASA : (rujuk lampiran)






Masa Aktiviti Catatan
2.15 ptg Pendaftaran Ibu Bapa Berjalan seperti yang dirancangkan
2.45 ptg
- Ketibaan VIP
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Majlis bermula
Berjalan seperti yang dirancangkan
2.50 ptg
- Ucapan pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan YDP Penaja
- Ucapan Alu-aluan Pengetua
- Ucapan Perasmian
Berjalan seperti yang dirancangkan
3.20 ptg Mesyuarat Agung PIBG bermula
Mesyuarat bermula lewat iaitu pada
jam 3.30ptg kerana memberi laluan
kepada ibu bapa dan guru menjamu
selera.

LAPORAN PELAKSANAAN

LAPORAN ATURCARA

4.20 ptg
Penyerahan Bantuan Awal
Persekolahan Murid
Berjalan seperti yang dirancangkan
5.00 ptg Majlis Bersurai
















A) Sumber pendapatan:
Bil Perkara Jumlah (RM)
1 Sumbangan Ibu Bapa 859.00
Jumlah keseluruhan 859.00

B) Perbelanjaan:
Bil Perkara Jumlah (RM)
1 Unit Buku Program / Dokumentasi
- Buku program
- Kertas warna

2.20
20.40

2 Unit Jemputan / Sambutan / Perasmian / Buku
Pelawat
- Buku pelawat (baru)
- Bakul buah
- Cenderamata VIP (buah)

32.40
38.20
14.98
3 Juruacara Majlis / Bacaan doa -
4 Unit Jamuan VIP / Ibu Bapa / Kebersihan
- Jamuan VIP dan Jamuan Ibu Bapa
- Kebersihan ( Plastik Sampah )

681.00

-
5 Unit PA Sistem / Siaraya / Lagu Negaraku / Muzik
Latar
-
6 Unit Persiapan Pentas / Dewan -
7 Pendaftaran / Penyediaan Kerusi Meja / Penyerahan
Bantuan awal Persekolahan murid
-
8 Banner / Bunting 70.00
Jumlah keseluruhan 859.00






LAPORAN KEWANGAN



















Kekuatan:
1. Ibu bapa memberikan kerjasama sepanjang program ini diadakan
2. Ibu bapa amat bermurah hati memberikan sumbangan bagi tabung bergerak Pusat
Sumber Sekolah yang diedarkan mengikut baris. PSS SMK Shah Alam mendapat jumlah
kutipan sumbangan sebanyak RM688.
3. Ibu bapa majoritinya menyokong agar bayaran yuran PIBG dikutip sebanyak RM100
sekeluarga bertujuan meningkatkan kemudahan dan membantu sekolah ini yang baru
ditubuhkan pada tahun ini dalam program-program yang akan diadakan nanti.
4. Guru berpengalaman dalam kerja persiapan dewan
5. Kaunter pendaftaran yang disediakan mencukupi dengan kehadiran tetamu. Ini dapat
mengelakkan tetamu berdiri lama menunggu giliran mendaftar nama.
6. Pek makanan ibu bapa dan guru setimpal dengan harga
7. PA Sistem yang disediakan amat baik dan sesuai dengan saiz dewan

Kelemahan:
1. Terdapat ibu bapa yang dating pada hujung majlis dan kaunter pendaftaran telah ditutup
2. Pek makanan tidak dapat diberi semasa pendaftaran kerana makanan lewat sampai
3. Nama VIP lambat diterima.
4. Pek makanan tidak disediakan untuk murid yang bertugas sepanjang program diadakan.
5. Kekurangan stand mikrofon dan mikrofon. Ini menyukarkan ibu bapa yang ingin
memberikan cadangan dan pengetahuan.

Cadangan Penambahbaikan:
1. Menyediakan alat membersihkan dewan dengan lengkap
PENILAIAN PROGRAM
2. Menyediakan masa tertentu untuk kerja persiapan dan mengemas dewan
3. Kaunter pendaftaran perlu dibuka sepanjang masa
4. Stand mikrofon dan mikrofon tambahan perlu disediakan dengan kadar segera
5. Mengadakan raptai mesyuarat agung PIBG pada masa akan datang
6. Perlu diselitkan dengan persembahan murid pada waktu rehat.













TAHNIAH diucapkan kepada barisan AJK PIBG yang baru dilantik pada tahun ini. Semoga idea
serta tenaga mereka akan memantapkan lagi SMK Shah Alam dan memajukan program-
program sekolah bagi tahun ini dan tahun berikutnya.



DISEDIAKAN OLEH

..
NIMAZAKIRAH BINTI AB RAHMAN
UNIT DOKUMENTASI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI PERTAMA
SMK SHAH ALAM

PENUTUP

You might also like