You are on page 1of 11

5/22/2014 Cara Solat Jenazah atau Sembahyang Jenazah

http://panduanpercuma.info/agama/5689/cara-solat-jenazah-panduan-sembahyang-jenazah/ 1/11
Agama
Cara Solat Jenazah-Panduan
Sembahyang Jenazah
16/10/2013
5/22/2014 Cara Solat Jenazah atau Sembahyang Jenazah
http://panduanpercuma.info/agama/5689/cara-solat-jenazah-panduan-sembahyang-jenazah/ 2/11
Salam semua, hari ini saya terpanggil untuk memasukkan entri ini panduan dan
cara solat jenazah atau cara sembahyang jenazah untuk kita semua.
Sebenarnya, artikel ini ditulis disebabkan saya baru saja kematian bapa saudara
saya dan diharap panduan solat jenazah ini dapat membantu sesiapa saja
terutama kita kaum lelaki untuk melaksanakan solat jenazah kepada saudara kita
yang terdekat.
Berikut adalah info dan tatacara melakukan solat jenazah / sembahyang jenazah
yang saya petik daripada blog Ustaz Noramin.
5/22/2014 Cara Solat Jenazah atau Sembahyang Jenazah
http://panduanpercuma.info/agama/5689/cara-solat-jenazah-panduan-sembahyang-jenazah/ 3/11
Solat yang dilakukan oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia
agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt.
5/22/2014 Cara Solat Jenazah atau Sembahyang Jenazah
http://panduanpercuma.info/agama/5689/cara-solat-jenazah-panduan-sembahyang-jenazah/ 4/11
Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid.
Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai
bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya.
Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah
serentak tetapi afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke
atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan jenazah yang ramai
bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.
Persediaan Solat Jenazah
1. Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
2. Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada
atau dada mayat.
5/22/2014 Cara Solat Jenazah atau Sembahyang Jenazah
http://panduanpercuma.info/agama/5689/cara-solat-jenazah-panduan-sembahyang-jenazah/ 5/11
3. Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di
pinggangnya.
4. Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di
depan.
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :

Jawab Makmum :

Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan


melebihi 40 orang.
Rukun Solat Jenazah
1. Niat pada takbiratul ihram.
2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir
kedua.
6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
7. Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat Jenazah
Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah
Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.
5/22/2014 Cara Solat Jenazah atau Sembahyang Jenazah
http://panduanpercuma.info/agama/5689/cara-solat-jenazah-panduan-sembahyang-jenazah/ 6/11

Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana
Allah taala.
Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.

Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah
taala.
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.

Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu
kifayah kerana Allah Taala.
Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.

Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu
kifayah kerana Allah Taala.
Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan

5/22/2014 Cara Solat Jenazah atau Sembahyang Jenazah


http://panduanpercuma.info/agama/5689/cara-solat-jenazah-panduan-sembahyang-jenazah/ 7/11

Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi
imam kerana Allah taala.
Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan

Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah
mengikut imam kerana Allah taala.
Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan
niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.
Takbiratul ihram

Allah Maha Besar.


Beserta dengan niat
Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak
perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah
taala.
Membaca Surah Al-Fatihah
5/22/2014 Cara Solat Jenazah atau Sembahyang Jenazah
http://panduanpercuma.info/agama/5689/cara-solat-jenazah-panduan-sembahyang-jenazah/ 8/11
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala puji
tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang
Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari
Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan
kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang
lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan)
orang-orang Yang sesat. (Al-Fatihah : 1-7)
Takbir kedua baca selawat.

.

Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah
kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau
5/22/2014 Cara Solat Jenazah atau Sembahyang Jenazah
http://panduanpercuma.info/agama/5689/cara-solat-jenazah-panduan-sembahyang-jenazah/ 9/11
memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad
saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada
Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat
yang terpuji dan Maha mulia.
Takbir ketiga berdoa untuk si mati.


Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah
kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan
bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya
sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya
dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang
lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur
dan fitnahnya dan dari seksa neraka.
Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.
5/22/2014 Cara Solat Jenazah atau Sembahyang Jenazah
http://panduanpercuma.info/agama/5689/cara-solat-jenazah-panduan-sembahyang-jenazah/ 10/11

Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan


janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan
ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah
Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-
orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan
penyanyang.
Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

Bacaan sesudah salam


1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
2. Surah Al-Falaq 1 kali.
3. Surah An-Nas 1 kali.
4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
6. Ayat Kursi 1 kali.
5/22/2014 Cara Solat Jenazah atau Sembahyang Jenazah
http://panduanpercuma.info/agama/5689/cara-solat-jenazah-panduan-sembahyang-jenazah/ 11/11
WP-CopyRightPro
7. Doa yang sesuai.
Pengunjung Blog Ini Juga Baca:
Panduan Solat Istikharah
10 Orang Yang Solatnya Tidak DiTerima Allah SWT
Cara Solat Yang Betul: Adakah Sah Solat Anda?
Solat Sunat Tarawih dan Kelebihannya
Cara Berwirid Selepas Solat

You might also like