You are on page 1of 6

Pencemaran udara[] http://ms.wikipedia.

org/wiki/Pencemaran_udara
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan
kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan
kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan
ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gaskarbon dioksida, sulfur
dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa
radioaktif.
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui
cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan
pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi.
Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan
keselesaan manusia ataupun harta benda.
Klasifikasi pencemaran udara[]
Pencemaran udara diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan
pencemaran sekunder.
Pencemaran primer[]
Pencemaran primer ialah pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon
monoksida hasil daripada pembakaran tidak lengkap. Ia menyebabkan zarah-zarah halus
terampai di udara.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri
yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang kayu yang tidak
terkawal
Pencemaran sekunder[]
Pencemaran udara sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang
bergabung dengan wap-wap air di udara.
Kesan[
Kesihatan manusia[]
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti
karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan
tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk,
mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari.
Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan

inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-
bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati
setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah
kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.
Tumbuhan[]
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun),
klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber
makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan ini akan
mengganggu keseimbangan ekosistem.
Haiwan[]
Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan
oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan
akan tercemar oleh pencemaran udara.
Bahan[]
Kesan kepada bahan bermaksud kerosakan berlaku akibat daripada pencemaran udara seperti
kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya.
Perkara ini berlaku akibat daripada pengenapan asap atau zarah halus.
Hakisan logam juga merupakan kesan daripada pencemaran udara akibat kehadiran sulfur
dioksida di dalam udara.
Penipisan lapisan ozon[]
Pencemaran udara akan menyebabkan berlakunya pemanasan global akibat daripada
penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Di samping
itu, pancaran matahari yang terik juga akan menyebabkan berlakunya pencairanais di
bahagian kutub bumi. Pada masa kini, ekosistem di dunia mengalami ketidakseimbangan.








Hujan asid
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan
air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan
dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan
menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesanya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan
juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu,
asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan
menjadikannya tidak subur.


Haiwan
Haiwan akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Ini disebabkan dari udara yang
memasuki paru-paruhaiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan pencemaran
udara.


Tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran
warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga
terganggu.



Kesihatan manusia
Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon
monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas
manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan
fungsi paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan
pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan
menyebabkan inflamasi paru-paru dan keupayaan bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-
bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata
manusia.Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati
setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah
kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan.


http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu
Jerebu adalah satu fenomena tradisi atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain
zarah mencemar kejelasan langit.
[1]
Kod panduan Organisasi Meteorologi, Dunia ("World
Meteorological Organization") termasuk pengelasan pengaburan mendatar ke dalam kategori
kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi, habuk , pasir dan
salji.
[2]
Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang
kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi
pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali
sebagai asbut. Sumber partikel jerebu termasuk pertanian (membajak dalam cuaca kering), lalu
lintas, industri dan kebakaran hutan, kebakaran gambut, pembakaran terbuka serta asap
perindustrian dan kenderaan.
Dilihat dari jauh (contohnya kapal terbang yang menghampiri) dan bergantung pada arah
penglihatan berbanding dengan kedudukan matahari, jerebu mungkin kelihatan keperangan atau
kebiruan, manakala kabus cenderung kelihatan biru-kelabu. Manakala jerebu sering dianggap
sebagai satu fenomena udara kering, pembentukan kabus merupakan fenomena udara lembap.
Walau bagaimanapun, zarah jerebu boleh bertindak sebagai nukleus pemeluwapan untuk
pembentukan titisan kabus berikutnya; bentuk jerebu seperti itu dikenali sebagai "jerebu basah."
Di Amerika Syarikat dan di tempat lain, istilah "jerebu" dalam kesusasteraan meteorologi
umumnya digunakan untuk mewakili aerosol jenis basah yang mengurangkan-penglihatan.
Aerosol seperti itu biasanya timbul hasil daripada tindak balas kimia yang kompleks yang berlaku
seperti gas sulfur dioksida yang dikeluarkan semasa pembakaran ditukarkan kepada titisan seni
asid sulfurik. Reaksi ini dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan tinggi,
dan keheningan udara. Satu komponen halus aerosol jerebu basah kelihatannya datangnya dari
bahan yang dikeluarkan oleh pokok, seperti terpenes . Bagi kesemua sebab-sebab ini, jerebu
basah cenderung untuk wujud kebanyakannya sebagai fenomena musim panas lembab.
Kawasan luas yang diselitupi jerebu yang meliputi beribu-ribu kilometer mampu terhasil dalam
keadaan yang sesuai pada setiap musim panas
Indeks Pencemaran Udara[]
Rencana utama: Indeks Pencemaran Udara
Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur
dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah
seperti berikut:
Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat


http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2013/07/punca-punca-pencemaran-udara-dan.html
Punca-punca Pencemaran Udara Dan Langkah
Mengatasinya
Baru-baru ini, negara kita dilanda jerebu yang teruk akibat pembakaran ladang kelapa sawit di negara
Indonesia (selatan Sumatera dan Riau). Sebenarnya jerebu ini adalah satu fenomena pencemaran
udara. Banyak punca yang menyebabkan pencemaran udara. Antaranya ialah

1. Pembebasan asap kilang yang mengandungi gas-gas beracun seperti karbon dioksida, karbon
monoksida dan nitrogen oksida.Asap yang dikeluarkan juga bewarna hitam dan berjelaga yang boleh
mencemarkan udara persekitarannya.

Langkah mengatasi : Meninggikan serombong asap sehingga 30 meter dan meletak penapis
asap. Dengan ini asap yang dibebaskan telah dirawat. Pihak pengilang yang engkar, boleh
diambil tindakan undang-undang seperti denda dan penjara.

2. Pembebasan asap kenderaan bermotor. Kenderaan awam seperti bas, lori dan teksi
menggunakan minyak diesel kerana harganya yang lebih murah. Namun penggunaan minyak diesel
ini menyebabkan asap yang terhasil dan dibebaskan adalah bewarna hitam dan mencemarkan udara,
disamping baunya yang menyakitkan hidung.

Langkah mengatasi : Menggalakkan penggunaan petrol tanpa plumbun dan memasang alat
catalytic converter pada enjin kenderaan untuk mengurangkan pengeluaran asap. Di Kuala Lumpur,
penggunaan kereta api elektrik seperti LRT, ERL, Komuter dan Monorel berjaya mengurangkan
pencemaran udara. Ini kerana kereta api elektrik ini merupakan sistem pengangkutan yang bersifat
mesra alam sebab tidak mengeluarkan asap hitam!

3. Pembakaran bahan api fosil di stesyen jana kuasa elektrik terma. Apabila bahan api fosil yang
terdiri dari petrolium, gas asli dan arang batu dibakar, asap hitam akan dilepaskan di stesyen jana
kuasa berkenaan. Contohnya, pencemaran udara di Paka dan Bintulu adalah kerana pembakaran
gas asli di stesyen jana kuasa terma di Paka dan Bintulu.

Langkah mengatasi : Penggunaan tenaga alternatif yang mesra alam seperti kuasa hidro elektrik,
biomas dan tenaga suria. Negara kita telah menuju ke arah ini apabila beberapa pusat tenaga suria
telah dibina di Teluk Ewa, Langkawi dan Ulu Tembeling, Pahang.

4. Pembakaran jerami di kawasan pertanian padi sawah. Bagi menjimatkan kos, kebanyakan
pesawah membakar jerami padi setelah musim menuai. Keadaan ini menyebabkan pencemaran
udara di kawasan tersebut seperti yang sering berlaku di Dataran Kedah dan Dataran Kelantan suatu
ketika dahulu.

Langkah mengatasi : Sisa pertanian seperti jerami padi boleh dijadikan sumber untuktenaga
biomas seperti yang digunakan oleh Kilang Beras di Alor Setar.

5. Pembakaran ladang kelapa sawit sebagaimana yang dilakukan oleh pemilik ladang di Sumatera
dan Riau baru-baru ini. Kesannya bukan hanya menyebabkan pencemaran udara tetapi juga kejadian
jerebu yang amat teruk.

Langkah mengatasi: Hampas kelapa sawit boleh dikitar semula seperti dijadikan baja kompos dan
makanan ternakan. Lidinya boleh dijadikan penyapu.

6. Pembakaran terbuka di kawasan perumahan. Walaupun kegiatan ini tidak melibatkan kawasan
yang luas, tetapi telah menyebabkan pencemaran udara di kawasan perumahan berkenaan.

Langkah mengatasi : Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah menetapkan hari-hari tertentu untuk
mengangkut bahan-bahan buangan pepejal di kawasan perumahan. Diharap usaha ini dapat
mengurangkan pembakaran terbuka yang dilakukan oleh penduduk perumahan.


7. Kebakaran Hutan. Kejadian jerebu yang melanda kawasan perumahanku baru-baru ini kerana
kebakaran hutan gambut secara semulajadi akibat pancaran matahari terik dan cuaca panas. Hutan
gambut ini terbakar apabila menjelangnya petang sehingga ke malam, menyebabkan kawasan
perumahan berhampiran dipenuhi debu-debu bewarna hitam dan bau asap yang menyesakkan
pernafasan.

Langkah Mengatasi : Pihak Jabatan Kaji Cuaca telah mengambil langkah membentukawan
tiruan dengan tujuan menurunkan hujan. Dengan Rahmat Allah yang telah menurunkan hujan telah
menghapuskan kejadian jerebu ini. Syukur alhamdulillah kepada MU Ya Rabb.

You might also like