You are on page 1of 26

SENARAI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT


1 ABSTRAK
2 PENDAHULUAN
3 METODOLOGI KAJIAN
4 PERBINCANGAN
5 KESIMPULAN
6 RUJUKAN












Abstrak
Penulisan dilakukan bertujuan untuk melihat konsep intergriti yang dimiliki oleh anggota
polis khususnya pasukan polis muda pada masa kini yang tergolong dalam golongan generasi Y.
Intergriti dalam bahasa Melayu adalah menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti
mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan;
keutuhan. Dari maksud yang didapati dari Kamus, integriti adalah sifat jati diri yang
merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip,
tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya. Golongan anggota polis
lazimnya dikaitkan dengan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat umum iaitu dengan
bertugas sebagai penjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Oleh yang demikian,
persekitaran mereka adalah terdedah kepada aktiviti seharian masyarakat yang mana tugas yang
dipertanggugnjawabkan adalah untuk menjaga dan mengawasi keamanan komuniti mereka.
Dengan kata lain, anggota polis mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk terdedah kepada
kecurangan dalam menjalankan tugas berdasarkan kepada bidang tugas mereka sebagai anggota
keselamatan yang menjaga dan membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang.





PENDAHULUAN
Peristiwa kegagalan sesebuah organisasi mahupun seseorang individu dengan mengalami
kemudaratan adalah disebabkan perlakuan individu yang tidak amanah dan opurtunis adalah
sesuatu yang tidak asing lagi pada masa kini Zarinah (2005). Kes-kes semasa seperti kejadian
salah urus dana awam oleh kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2001
merupakan salah satu contoh yang memperlihatkan kecurangan kerja dan kegagalan amalan
intergriti dalam kalangan penjawat awam. Hal ini memberikan prasangka dan keadaan negatif
terhadap kredibiliti penjawat awam dan keseluruhan kakitangan Jabatan tertentu. Terdapat
pelbagai kes yang berkatian dengan integriti penjawat awam yang mana melibatkan pecah
amanah, rasuah dan penipuan dalam melaksanakan kerja dan tanggungjawab yang diberikan
kepada mereka. Hal ini timbul disebabkan perkara-perkara tertentu yang membolehkan penjawat
awam terdorong untuk melakukan kesalahan yang boleh mengundang kepada kegagalan mereka
untuk melaksanakan tugas mereka dengan sempurna.
Generation Y. Lahir pertengahan 1970 hingga 2000 juga dikenali sebagai generasi
millennial. Ciri-ciri generasi ini berbeza mengikut keadaan sosial dan ekonomi setempat. Walau
bagaimanapun generasi ini mempunyai kebolehan mempelajari sesuatu perkara dengan cepat
terutama dalam berkomunikasi, media dan teknologi digital. Generasi Y dikenali sebagai
tenacious go-getters dengan semangat I can do anything dan sangat sukakan persekitaran yang
mencabar. Golongan ini, sangat sukakan pencapaian tinggi, mahir dalam penggunaan teknologi,
berorientasikan pasukan dan sukakan suasana yang seronok dalam bekerja serta tidak
mementingkan imbuhan semata-mata. Namun begitu, golongan ini sangat tidak responsif dengan
taktik motivasi do-this-or-else dan adakalanya dilihat bersikap biadap terhadap ketua apabila
tidak setuju dalam sesuatu perkara. Golongan ini juga kurang memberi respon kepada arahan
berbentuk tradisional atau berbentuk wujudnya kawalan keterlaluan dari pengurusan. Mereka
dilahirkan dalam persekitaran yang banyak mempersoalkan kenapa itu dan ini berlaku.
Pengurusan Generasi Y memerlukan penjelasan yang terperinci mengenai sesuatu yang
mereka patut lakukan, mengiktiraf setiap tugas yang dilakukan, puji secara terbuka dan jadikan
mereka seorang bintang dalam organisasi, kerap memberi maklum balas dan jadikan tempat
kerja suatu tempat yang menyeronokkan.
Dalam konteks anggota polis, kredibiliti dan intergriti merupakan aspek terpenting yang
sinonim dengan tugas mereka sebagai penguatkuasa undang-undang dalam Negara. Bidang
kerjaya ini tidak terlepas daripada mempunyai isu yang tersendiri. Terdapat pelbagai kes yang
menceritakan berkenaan dengan golongan anggota polis menerima sogokan dan rasuah dengan
jumlah yang kecil sehingga kepada ratusan ribu ringgit. Hal ini menjelaskan bahawa walaupun
tugas seorang polis adalah untuk memastikan undang-undang dikuatkuasakan, namun demikian,
naluri manusia yang tamak dan mementingkan diri sendiri mampu untuk menghancurkan
intergiriti seseorang. Konsep integriti yang diamalkan oleh penjawat awam khususnya anggota
polis di Malaysia merupakan perkara terbaik yang pernah diamalkan di Negara-negara lain di
seluruh dunia. Hal ini kerana, sekiranya dibandingkan dengan Negara luar, kebarangkalian
penjawat awam iaitu anggota polis mereka untuk melakukan kecurangan dalam kerjaya mereka
adalah tinggi berbanding penjawat awam ataupun pasukan polis di Malaysia. Berdasarkan kajian
yang telah dijalankan oleh Robbins (2006) menjelaskan bahawa 10 peratus daripada penjawat
awam diseluruh Negara eropah mengalami kecenderungan untuk melakukan kesalahan dalam
kerjaya mereka. Oleh yang demikian, dapat digambarkan bahawa kes di Malaysia hanya
melibatkan 5 ke 6 kes setahun dan mewakili 2% dalam tempoh setahun berkhidmat. Oleh yang
demikian, dapat disimpulkan bahawa golongan penjawat awam iaitu anggota polis di Malaysia
masih mengekalkan unsur-unsur dan nilai-nilai murni yang mendokong tunggak dan prinsip
kredibiliti seorang anggota polis.
Golongan anggota polis lazimnya golongan professional yang mana digolongkan sebagai
kumpulan pegawai yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dengan cara dan kaedah
profesion tertentu mengikut jabatan masing-masing. Keprofesionalan yang tinggi ialah
kemahiran yang dimiliki oleh individu dalam melaksanakan pekerjaannya yang merangkumi
beberapa ciri atau elemen sehingga boleh dinamakan dengan profesionalisme. Profesionalisme
adalah elemen yang penting dalam menggerakkan pengurusan perkhidmatan sektor awam dan
swasta di Malaysia. Dekad mutakhir ini menyaksikan tren baru dalam pengurusan awam dan
swasta yang bermatlamatkan pengurusan yang cekap dan efektif yang mampu memenuhi
kepuasan semua pihak. Ini menuntut setiap sektor meletakkan satu bentuk perkhidmatan yang
perlu mencapai tahap tertinggi iaitu melihat kepada penekanan pengurusan organisasi dan tenaga
kerjanya. Selain daripada itu, penekanan kepada aspek kualiti ini juga menjadi meruncing
keperluannya apabila pelbagai kes penyalahgunaan kuasa, penipuan, pecah amanah dan kecuaian
sering dipaparkan dalam media massa yang menuntut tindakan segera daripada pelbagai pihak.
Entiti yang terlibat dalam mewujud dan merealisasikan budaya kerja efektif seharusnya
menggunakan pendekatan profesionalisme dalam pengurusan mereka. Walaubagaimanapun,
profesionalisme yang dimiliki seringkali dicalari dengan perkara-perkara yang negatif seperti
amalan rasuah, pecah amanah dan perkara lain yang menggugat intergriti seseorang penjawat
awam termasuk pasukan polis.
Integriti anggota polis melibatkan peraturan dan tanggungjawab seorang anggota polis
yang perlu mejalankan tugas mengikut arahan yang telah diberikan. Integriti, menurut Kamus
Dewan Bahasa bermaksud kejujuran dan ketulusan,kesempurnaan, dan keutuhan. Ia juga berkait
rapat dengan keikhlasan, keterbukaan,ketelusan, dan amanah. Integriti secara umumnya boleh
didefinisikan sebagaiperibadi mulia yang terdapat pada individu meliputi nilai-nilai amanah,
jujur , ikhlas,sabar, tidak rasuah, berlapang dada, telus, bertanggungjawab dan ciri-ciri positif
yang lain. Oleh itu , seseorang yang dikatakan berintergriti mestilah berakhlak muliadan
mengamalkan nilai-nilai murni di atasialah kualiti unggul yang wujud secarakeseluruhan dan
padu pada individu dan organisasi. Integriti berkait rapat denganetika. Ia adalah berlandaskan
etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.
Menurut Sulaiman Mahbob, Presiden Institut Integriti Malaysia menyatakan bahawa"integriti adalah
kewibawaan dan boleh ditakrifkan sebagai keutuhan. Sebenarnyaintegriti itu adalah keseluruhan pembawaan kita
dari segi peribadi, tutur kata dansopan santun". Menurut beliau lagi, integriti berasal daripada Bahasa Inggeris
yanglebih kurang maknanya adalah berpegang teguh kepada prinsip kejujuran sertamempunyai prinsip moral yang
tinggi .Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertamabersabit dengan
individu, kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, padaumumnya integriti merujuk kepada himpunan
kualiti unggul yang wujud di kalanganindividu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada
kejujurandan amalan bermoral tinggi.
Bagi seorang anggota polis, integrity terletak kepada perwakilan diri mereka sebagai seorang anggota polis
yang memakai pakaian seragam polis dan berkhidmat untuk Negara Malaysia. Seorang anggota polis meletakkan
lencana lambing intergriti mereka pada pakaian yang menunjukkan lambing kewibawaan mereka menjalankan
tugas dengan penuh berintegriti dan berdedikasi.



METODOLOGI
a. Pengenalan
Bab ini menjelaskan tentang metodologi yang digunakan oleh penyelidik untuk
menyempurnakan kajian ini. Ia dibahagikan kepada beberapa aspek seperti
rekabentuk kajian dan populasi kajian. Penilaian dilakukan dengan melihat
berkenaan dengan pendekatan dan penerimaan konsep integrity oleh golongan
anggota polis muda yang tergolong dalam kelompok generaasi Y. Menurut
Saabiah (1967) dalam kajian beliau menjelaskan tentang generasi moden,
golongan muda yang terdedah dengan dunia baru dan pendekatan baru akan
mengekalkan konsep asal dengan mengaplikasikan amalan baru. Oleh yang
demikian, dapat dilihat bahawa amalan anggota polis generasi Y pada hari ini
yang menggamalkan integriti dalam kerjaya mereka sebagai anggota polis
merupakan perkara lampau yang telah dilakukan oleh anggota polis terdahulu
walaupun belum dizahirkan dalam bentuk pernyataan seperti lencana dan nilai
etika dalam peraturan dan undang-undang pasukan polis. Penerimaan anggota
polis muda yang terdiri daripada generasi Y pada hari ini menunjukkan tentang
keupayaan setiap anggota polis menjalankan tugas dengan berintegriti.
b. Reka bentuk kajian
Kajian dijalankan berdasarkan kepada dapatan maklumat berkenaan dengan
amalan integriti yang diamalkan oleh anggota polis khususnya generasi baru pada
hari ini yang sinonim dengan tugas sebagai penjawat awam. Menurut kajian oleh
Zakaria Ahmad 2001, berkenaan dengan kepincangan dalam perlaksanaan dan
unsur nilai murni dalam tugas penjawat awam disebabkan amalan-amalan yang
melanggar etika kerja seperti amalan pecah amanah, rasuah dan sogokan untuk
memperolehi perkhidmatan yang mudah dan cepat. Berdasarkan kajian beliau,
rekabentuk kajian yang digunakan oleh beliau adalah dengan menggunakan
kaedah tinjau selidik dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada
penjawat awam yang kemudiannya dijawab tanpa menunjukkan keputusan kepada
responden kajian. Hasil kajian beliau menunjukkan bahawa golongan penjawat
awam melakukan perkara negatif terhadap bidang kerjaya mereka dengan sebab-
sebab tertentu.
b. Populasi kajian
Populasi kajian ini adalah melibatkan penjawat awam dalam kalangan anggota
polis yang muda terutamanya lelaki.








PERBINCANGAN
Menyedari tentang pentingnya integriti di kalangan masyarakat, kerajaan telah
menyediakan dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pelan ini dibangunkan dengan
fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti dikalangan semua
lapisan masyarakat Malaysia. Pelan seumpama ini membolehkan kerajaan merancang pelbagai
program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini
telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak konsisten dan
tidak menyeluruh, dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan
terutamanya dalam usaha mewujudkan kerjasama semua sektor. Skop dan konsep yang dibawa
oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dalam memberi panduan kepada setiap komponen
masyarakat untuk membudayakan integriti.
Pasukan keselamatan khususnya polis diraja Malaysia turut mengambil pelan yang sama
dengan menerapkan nilai integrity dalam perkhidmatan mereka iaitu bagi membendung amalan
tidak sihat dalam bidang kerjaya sebagai anggota polis. Nilai murni dan amalan baik perlu
diamalkan dan diterapkan dalam bidang kerjaya sebagai seorang anggota polis lebih-lebih lagi
golongan muda dan generasi Y pada hari ini yang berkhidmat sebagai seorang anggota polis.
Shepard (1990) dalam penjelasannya tentang nilai melihat ianya berkaitan dengan prinsip-prinsip
dalam kebudayaan yang mengandungi idea tentang apa yang kebanyakan manusia dalam sesuatu
masyarakat inginkan. Oleh itu, nilai merupakan suatu perkara yang sangat luas dalam kehidupan
manusia cara pemikiran, tindakan, perbuatan, dan kefahaman yang dipersetujui bersama dalam
sesuatu kelompok masyarakat. Penjelasan Shepard tentang nilai dapat diperkukuhkan lagi
dengan apa yang dijelaskan oleh Robbins (1990) yang mendefinisikan nilai sebagai asas yang
mempengaruhi kelakuan dan cara hidup sesuatu kelompok atau masyarakat. Dalam hal ini, jika
seseorang individu melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai yang dikongsi dan
dipersetujui bersama dalam kelompoknya dikatakan telah melencong atau terpesong daripada
nilai-nilai asas, di mana dalam sosiologi diistilahkan sebagai devians. Pada 13 oktober 2013,
Polis DiRaja Malaysia akan menubuhkan sebuah jabatan khas yang akan memberi tumpuan
kepada usaha-usaha meningkatkan integriti dan pematuhan standard operasi pasukan
keselamatan itu dan penubuhan jabatan itu telah diluluskan oleh Perdana Menteri. Ketua Polis
Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menjelaskan berkenaan dengan perlaksanaan dan
objektif penubuhan jabatan tersebut. Penubuhan jabatan itu penting kerana usaha pemantauan
selama ini dijalankan oleh agensi luar seperti Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuatkuasaan
(EAIC) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan masanya sudah tiba untuk
pemantauan itu dibuat secara dalaman.

Tulisan Integriti Amalan Kita di dalam Pita
- Motto yang menjadi tunjang kepada perjuangan PDRM
Bentuk bintang 5
- Membawa maksud 5 prinsip dalam PDRM, Rukun Negara dan rukun Islam
Bentuk Bunga Raya
- Membawa Maksud Kemesraan / Semangat Patriotisma
Latar Belakang Biru
- Membawa Maksud Keharmonian Warna bagi bendera Sang Saka Biru
Anggota Polis atau Penjawat awam yang lain bukanlah jentera yang boleh dikawal
dengan mudah, tetapi memiliki pelbagai gelagat yang tersendiri. Walau bagaimanapun, penjawat
awam memainkan peranan penting dalam pembangunan dan kemajuan negara. Namun begitu,
kini penjawat awam semakin matang dan berkembang mengikut perubahan semasa termasuklah
penguasaan dan kemahiran-kemahiran baru seperti dalam bidang teknologi maklumat. Dalam
perbincangan tentang nilai dan etika penjawat awam, banyak isu dan masalah yang timbul.
Malah, di pihak media massa, isu-isu dan permasalahan ini sentiasa menjadi liputan dan bahan
berita. Ini kerana ada di kalangan penjawat awam yang melanggar peraturan, undang-undang dan
etika kerja yang telah ditetapkan sehingga menjejaskan imej dan reputasi perkhidmatan awam itu
sendiri.
Cabaran Utama Menerapkan Integriti
Apabila berkata tentang rasuah sebenarnya sedang bermain dengan persepsi. Cabaran
utama menangani rasuah dan menerapkan integriti adalah persepsi. Dan apabila orang berkata
tentang persepsi, di Malaysia ini kadang kala persepsi dimainkan oleh media, dimainkan oleh
personaliti dan ahli-ahli politik yang mempunyai kepentingan. Tuduhan-tuduhan liar boleh
merosakkan persepsi dan ia berlaku dalam banyak kes membabitkan rasuah.
Sepatutnya, harus diingat bahawa usaha mencegah rasuah bukan hanya tanggungjawab
SPRM sahaja. Terdapat instituisi dan badan-badan lain yang berkaitan yang sepatutnya
bekerjasama dalam menangani masalah rasuah. Akan tetapi kesedaran dalam kalangan
masyarakat Malaysia mengenai rasuah ini menunjukkan seuatu yang tinggi dan ia semakin
meningkat dari sehari ke sehari.
Tinjauan yang dibuat oleh Institut Integriti Malaysia juga menunjukkan kesedaran
syarikat tentang isu rasuah juga bertambah baik malah lebih tinggi sesetengah negara luar.
Namun itu juga menjadi kebimbangan. Kebimbangan berlaku apabila kesedaran mereka tinggi,
jangkaan yang mereka harapkan juga tinggi. Pada satu ketika nanti tidak boleh mencapai
ekspektasi maka persepsi lagi akan runtuh.
Melaksanakan amanah dan kuasa yang diberi untuk kepentingan umum. Tidak
menyalahguna guna kuasa untuk kepentingan diri. Beri keutamaan kepada kepentingan awam
bila berlaku konflik. Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi
bermaksud 'code of behavior'. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut
lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah masyarakat
atau negara itu akan maju dan bertamadun. Soalnya,mengapa integriti ini sukar dicapai. Terdapat
banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah masalah tiada integriti
masih menjadi masalah utama kepada negara. Kita sering mendengar bagaimana seorang
penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang
melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender, rasuah untuk memotong
barisan, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi. PDRM akan
memperkenalkan satu sistem bersepadu untuk menerima dan menangani aduan terhadap pegawai
dan anggota polis. Sistem yang diberi nama Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam
Bersepadu (I-SPAAA) itu akan membolehkan pengadu menyalurkan semua aduan ke satu unit
sahaja tanpa perlu bimbang apakah aduan itu telah disalurkan ke jabatan yang sepatutnya.
Semua aduan sama ada (dibuat secara) online atau persendirian akan dipusatkan ke unit ini dan
unit ini akan menjawab balik. Pada masa ini, orang ramai menggunakan pelbagai saluran untuk
mengadu sehingga timbul dakwaan aduan mereka tidak sampai kepada pihak-pihak berkenaan
atau mengambil masa yang terlalu lama untuk diambil tindakan. Sistem I-SPAAA juga
dihubungkan secara terus dengan Biro Pengaduan Awam secara talian dalaman berbanding
prosedur sekarang iaitu BPA akan menghantar aduan-aduan itu secara manual kepada PDRM.
Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini,
seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli
masyarakat. Sebenarnya, kita tidak perlu melihat terlalu jauh atau besar tentang masalah tiadanya
integriti. Tidak perlu sangat untuk kita bincang bagaimana rasuah telah menjadi barah kepada
masyarakat kini. Sebelum kita membincangkan tentang masalah integriti di kalangan orang lain,
elok kita halusi diri kita sendiri. Secara ringkasnya, integriti ini merujuk kepada cara kita
bertingkah laku. Pelan Integriti Nasional yang dilancarkan pada 23 April 2004, oleh bekas
Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, adalah selaras untuk
membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang
luhur. PIN menetapkan lima sasaran keutamaan yang perlu dicapaiiaitu:-
i) Mengurangkan gejala rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasasecara berkesan.
ii) Meningkatkan kecekapan dalam system penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi
karenah birokrasi.
Kebanyakan masalah yang sering diperkatakan serta didedahkan didalam akhbar adalah
masaalah berkaitan intergriti seperti pecah amanah, ponteng kerja, masaalah birokrasi, sindrom
bangau oh bagau, mencuri serta berbagai-bagai kesalahan displindan yang paling ketara ialah
masaalah rasuah.Menurut bekas Ketua Setiausaha Negara itu adalah (Ahmad Sarji, 2005:11).
Dalam melaksanakan hasrat kerajaan untuk melahirkan pegawai perkhidmatan awam yang
berintegriti tinggi, pihak kerajaan sering berhadapan dengan pelbagai cabaran dimana ia
berkaitan dengan perbuatan tidak beretika pegawai awam.
PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM
Dalam konteks perkhidmatan awam seperti anggota polis, untuk mengukuhkan budaya
integrity dan beramanah khususnya di kalangan anggota polis, pihak kerajaan telah menggubal
serta melaksanakan banyak dasar. Antara dasar yang berteraskan nilai Islami yang telah
dilaksanakan kerajaan adalah seperti berikut:
i) Penerapan Nilai-Nilai Islam
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam (PNI) telah mula diperkenalkan pada tahun 1985.
Kemudiannya, pada 18 Mei 2001, Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 2001 mengenai Garis Panduan
Mengadakan Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Polis telah
diperkenalkan dengan memberikan penekanan kepada penerapan nilai-nilai teras bagi dihayati
oleh setiap anggota polis ke arah mencapai kualiti perkhidmatan yang cemerlang. Sudah
tentulah dasar PNI bertujuan memupuk sikap bekerja dengan bertanggungjawab, ikhlas,
beramanah, cekap dan memberikan perkhidmatan yang berimpak tinggi kepada masyarakat dan
rakyat secara keseluruhannya.
ii) Pendekatan Islam Hadhari
Pendekatan Islam Hadhari telah dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun 2004. Dengan
menggunakan pendekatan yang holistik dan progresif, prinsip amanah telah menjadi sebahagian
halatuju penting dalam gagasan Pendekatan Islam Hadhari. Sudah tentulah budaya dan gaya
kerja cemerlang berteraskan prinsip Islam Hadhari melahirkan masyarakat dan pekerja yang
meletakkan keberhasilan kerja sebagai aspek utama penumpuan termasuklah nilai amanah,
integriti dan akauntabiliti.
iii) Pelan Integriti Nasional
Pelan Integriti Nasional (PIN) juga turut dilancarkan pada tahun 2004. PIN merupakan
sebuah pelan yang digarap sebagai pemangkin kepada pencapaian wawasan untuk melahirkan
masyarakat yang menjulang tinggi nilai integriti. Hasil gagasan PIN juga telah membawa kepada
penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) yang menjalankan program-program semasa
berkaitan integriti.
iv) Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam
Jakim selaku sebuah agensi pusat yang bertanggungjawab berkaitan hal ehwal Islam di
Malaysia telah diberikan peranan dan tanggungjawab oleh Kerajaan untuk melaksanakan modul
PIPA di peringkat agensi Kerajaan. Program yang telah mula dilaksanakan sejak tahun 2005 ini
telah memberikan input serta pengukuhan integriti di kalangan penjawat awam khususnya.
PENUBUHAN UNIT INTEGRITI DI SEMUA AGENSI AWAM
Sistem tadbir urus sektor awam yang terbaik dan budaya kerja berkualiti merupakan
landasan penting dalam meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan. Kerajaan
melaksanakan dasar yang dimandatkan. Dalam hubungan ini, Kerajaan akan terus mengambil
langkah untuk memantapkan integriti bagi menentukan penjawat awam menjunjung dan
menegakkan prinsip integriti serta akauntabiliti ke arah mencapai sistem penyampaian awam
yang lebih cemerlang. Ke arah ini, Kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti di semua
agensi awam. Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja
unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme.
Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika
organisasi di kalangan penjawat awam. Penubuhan Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan
dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini bertanggungjawab
untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras seperti berikut:
a) Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
b) Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi;
c) Pengesanan dan Pengesahan
i) Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan
dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
ii) Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang
bertanggungjawab;
d) Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku
jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi;
e) Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
f) Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
PENYUSUTAN AMALAN INTEGRITI
Amalan integriti akan hilang dalam perkhidmatan awam khususnya anggota polis muda apabila
amalan seperti pecah amanah dan rasuah diamalkan. Terdapat beberapa aspek penting yang
memungkinkan golongan anggota polis yang tergolong dalam kelompok generasi Y terlibat
dengan amalan yang boleh merosakkan integrity mereka iaitu seperti amalan rasuah.
Punca Berlakunya Rasuah
Antara punca berlakunya rasuah ialah kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.
Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga
dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori Technique of Neutralization
oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, Lakukan rasuah secara rahsia
asalkan tiada siapa yang tahu. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin
cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah
keperibadiannya.
Selain itu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi juga antara punca berlaku
rasuah. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap
menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
Rasuah turut berpunca daripada faktor sosial dan budaya dalam sesebuah negara.
Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan
benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan
dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah
melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
Punca lain yang juga menyumbang kepada berlakunya masalah rasuah ialah modenisasi.
Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan
memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh.
Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan
untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para
kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi
hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk
mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal
atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.
Seterusnya faktor politik dalam sebuah negara juga sedikit sebanyak menjadi punca
kepada berlakunya rasuah ini. Hal ini kerana, sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan
untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan
kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan
sebagainya.
Menurut beberapa kajian yang telah dilakukan ke atas negara-negara Asia termasuk
Malaysia, penyelidik telah mengenalpasti beberapa punca masalah ini wujud. Menurut Quah
(1995), di Asia terdapat dua faktor wujudnya masalah ini iaitu keadaan semulajadi negara-negara
tersebut dan keberkesanan kecekapan pemimpin politik untuk mengenalpasti cara membanteras
masalah tersebut. Manakala menurut Palmier (1985), terdapat tiga faktor penting yang
mempengaruhi wujudnya masalah rasuah iaitu gaji, peluang, dan dasar.
Secara keseluruhan kajian yang dibuat oleh Quah (1995), gaji merupakan faktor utama
yang menyumbang ke arah wujudnya masalah rasuah. Gaji yang rendah telah menjadi satu
galakkan kepada petugas awam khususnya anggota polis untuk melibatkan diri mereka dengan
gejala rasuah. Seringkali pekerja-pekerja awam dan anggota-anggota polis beranggapan gaji
yang disediakan oleh kerajaan di sektor-sektor awam tidak mencukupi. Apatah lagi apabila
mereka membuat perbandingan dengan gaji yang disediakan oleh sektor swasta. Masalah gaji
awam yang dianggap rendah merupakan anggapan tradisional yang masih dipegang hingga kini.
Daripada kajian Quah, beliau menyatakan masalah rasuah di Indonesia bermula sejak zaman
kolonial Belanda lagi. Punca rasuah pada ketika itu juga disebabkan oleh gaji yang rendah.
Begitu juga dengan negara China di mana rasuah bermula di sana disebabkan gaji pekerja awam
yang rendah. Keadaan ini juga merupakan punca atau masalah kepada negara-negara lain yang
sering berhadapan dengan isu ini. Oleh sebab itulah seringkali masalah rasuah majoritinya
melibatkan pekerja-pekerja awam. Begitu juga dengan negara Malaysia yang mengaitkan rasuah
dengan masalah gaji pekerja yang rendah.
Faktor yang kedua ialah peluang. Peluang juga menjadi penyumbang terhadap masalah
ini apabila orang yang terlibat dengan masalah ini dikatakan mempunyai peluang ataupun
kesempatan melakukan perkara tersebut. Untuk melakukan rasuah, keadaan yang bersesuaian
adalah perlu. Sekiranya seseorang menuntut sesuatu yang dianggap penting daripada pihak
kedua, maka pihak kedua yang mengetahui tuntutan tersebut adalah penting untuk orang yang
meminta, maka ini telah memberi peluang terhadap pihak kedua menerima sesuatu ganjaran
daripada orang tersebut untuk memastikan pihak kedua memberi apa yang diingini oleh orang
tersebut. Peluang yang dianggap terbuka luas apabila kedua-dua pihak saling bekerjasama
memenuhi kehendak masing-masing dengan mempertaruhkan amalan rasuah sebagai kaedah
bagi menjayakan segala keinginan masing-masing. Selain itu, peluang juga boleh dikaitkan
dengan contoh di atas di mana jenis profesion boleh menyebabkan peluang terjadinya rasuah.
Selain daripada itu, birokrasi juga dikatakan sebagai suatu peluang wujudnya masalah
rasuah di dalam sektor awam. Seringkali karenah birokratik dianggap perkara yang melambatkan
sesuatu perkara dalam urusan pengurusan awam. Keadaan menjadi kritikal apabila melalui
birokratik, kehendak-kehendak seseorang sering terbatas ataupun lambat. Oleh itu, keadaan ini
telah mewujudkan peluang rasuah bagi memastikan kehendak seseorang dalam khidmat awam
menjadi lebih cepat. Sehinggakan perkara-perkara yang remeh temeh juga dikaitkan dengan
rasuah bagi memastikan seseorang yang berkehendakan sesuatu mendapat kehendaknya dengan
segera. Contohnya rasuah dikatakan banyak berlaku di Pejabat Tanah bagi mempercepatkan
urusan, bahkan ia sudah menjadi amalan biasa di kalangan mereka yang kerap berurusan di
jabatan itu.
Kesan-Kesan Rasuah
Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi
perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat
mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan.
Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan
rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka
pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya.
Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah
menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh
segelintir pemberi rasuah.
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran
sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti
kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga
boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di
Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan
disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.
Langkah-Langkah Mencegah Rasuah
Memantapkan Iman dan Mengukuhkan Jati diri
Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membenteras
gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga,
atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat
menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan
mata.
Memasukkan Bahaya Rasuah dalam Sistem Pendidikan
Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman
persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang
lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan
datang yang bebas daripada rasuah.
Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-undang dan Hukuman
Siasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar
betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk keselamatan
negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba melakukan
rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.
Memudahkan Urusan Menggunakan ICT
Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan
dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya
perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor
dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu
disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.








KESIMPULAN
Bagi menangani isu intergriti dan persepsi rasuah dalam kalangan penjawat awam
khusunya pasukan polis, kerajaan telah melaksanakan Pelan Intergriti Nasional (PIN) yang
menyediakan rangka kerja dan panduan strategi dan hala tuju kepentingan rakyat Malaysia,
perkhidmatan awam, kerajaan, korporat dan etika perniagaan. PIN juga bertujuan memantau dan
menanda aras, menilai prestasi tahunan mengikut piawai dan amalan yang selaras dengan ciri
khusus masyarakat dan negara Malaysia di samping amalan antarabangsa. Serentak dengan
pelancaran PIN, Kerajaan juga menubuhkan Institut Integriti Malaysia (IIM). Kerajaan yakin
sebagai mekanisme pelaksana dan pengkoordinasi pelaksanaan PIN, Institut ini akan dapat
menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan.
Kebanyakan gejala negatif adalah dikaitkan dengan penjawat awam serta sektor awam
yang menjadi penggerak utama segala usaha kerajaan. Malangnya, jika disebut tentang sektor
awam, tidak dapat tidak, pasti terpacul perihal karenah birokrasi. Sinonimnya sektor awam dan
karenah birokrasi menjadikan pelanggan sinis dan mengelak daripada berurusan dengannya. Hal
ini kerana kerenah birokrasi yang wujud menjadikan sesuatu permohonan, kelulusan atau urusan
menjadi susah dan lambat. Keadaan ini bukan sahaja akan melibatkan pembaziran masa,
mendatangkan kesulitan kepada pelanggan dan pembaziran terhadap kos tetapi juga melibatkan
integriti sesebuah agensi yang berkenaan. Hal ini turut mengundang kepada penerimaan amalan
rasuah dalam kalangan penjawat awam termasuk pasukan polis. Jika keadaan ini terus-menerus
diamalkan, kelak pembangunan ekonomi negara akan turut terjejas.
Semua kakitangan awam khususnya anggota polis muda perlu bekerjasama, dengan sifat
berkecuali, adalah tertakluk kepada Kerajaan semasa yang memerintah. Untuk itu, cabaran
kepada pengaruh politik sangat kuat dalam polisi dan dasar, juga dalam pelaksanaan yang
dilakukan oleh semua kakitangan awam. Seringkali dilihat laporan-laporan akhbar akan
campurtangan dalam pelaksanaan jentera Kerajaan oleh ahli politik telah berlaku. Salahguna
kuasa oleh mana-mana individu berkepentingan adalah tidak wajar, sekalipun seseorang
mempunyai kedudukan tertentu atau mewakili mana-mana kementerian atau jabatan.
Hakikatnya, jawatan dalam politik serta sektor kakitangan awam perlulah dilihat sebagai
jambatan dan ruang untuk menjalankan amanah dan kesejahteran rakyat, tanpa mengira bangsa
dan agama dan apa-apa faktor sekalipun.
Pemantapan integriti memerlukan perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan
pemantauan berkesan. Gerakan oleh semua sektor masyarakat diyakini dapat mengkoordinasi
segala tindakan ini secara lebih holistik dan menjurus ke arah pencapaian matlamatnya. Sinergi
bersama secara kolektif ini menjadikan pemantapan integriti satu gagasan dan wadah yang
sangat penting dan perlu dilakukan dengan sistematik, komitmen yang tinggi dan sepenuh
keikhlasan. Hanya dengan kerjasama semua pihak sahaja cabaran melahirkan pegawai
perkhidmatan awam yang berintegriti tinggi dapat diatasi, dan seterusnya melahirkan pegawai
yang mempunyai integriti kelas pertama.





RUJUKAN
Abdul Rahman Sulaiman, 2008. Mahkamah Khas Rasuah Permulaan Sebuah Era Baru.
Diakses daripada:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/16-isu-
nasional/2390-isu-rasuah-di-malaysia.html Pada: 11 April 2014
Ahmad Khusairi Haji Yahaya, 2012. Bahana Rasuah Menjadi Budaya. diakses
daripada:http://www.sprm.gov.my/files/RencanaBahana_Bila_Rasuah_Menjadi_Budaya.pdfPad
a: 11 April 2014
Ainon Mohd dan Abdullah hassan, 1996, Belajar Berfikir, Teknik Menajamkan Daya Fikir,
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Al Quran dan Terjemahan.
Belkin, G.S, 1982, Psychology of Adjustment, Stanley Nass, US.
Dan, J, 2002, Progress Against Corruption, Futurist, Vol. 36 Issue 2.
DBP, Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Fariza Md Sham, Sulaiman Ibrahim, Ideris Endot (2000). Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala
Lumpur:Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Muhammed Embeay. Fight Against Corruption, Islamic Perspective.
Munir Quddus, Henri Bailey and Larry White (2005). Business Ethics Perspectives from
Judaism, Christianity and Islam. 2005 Proceedings of the Midwest Economic Association. 152-
162
Prof Bernad S. Black. (2001). The Principal Fiduciary Duties of Boards of Directors.
Presentation at Third Asian Roundtable on Corporate Governance. Singapore. 4 April 2001

You might also like