You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan
Pembelajaran sepanjang hayat ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,
penguasaan kemahiran dan kepercayaan. Proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat
seorang manusia. Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan pada sebarang
masa. Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang. Pembelajaran
sepanjang hayat (PSH) juga merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang
merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara
formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Daya saing
global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui
pengetahuan dan kemahiran mereka.
Dalam era ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan, negara amat memerlukan modal
insan yang berilmu pengetahuan. Justeru, daripada petikan ucapan Naib Canselor UPM
dimajlis Penyampaian Anugerah Cemerlang antara lain menyebut:
Ilmu dan teknologi yang dimiliki pada hari ini akan ketinggalan dan lapuk pada masa
hadapan. Oleh yang demikian kita perlu mengemaskini ilmu pengetahuan agar selari
dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat supaya menjadi manusia yang relevan
kepada pembangunan dan kemajuan negara
(Mohd. Zohadie, 2002)

Mengikut kajian UNESCO, kemajuan yang dicapai oleh negara-negara membangun
ialah hasil daripada perancangan strategik pembangunan sumber manusia. Perancangan ini
memberi peluang kepada seluruh anggota masyarakat untuk mendapat pendidikan dan
pembelajaran sepanjang hayat.Pada pertengahan tahun 1990-an Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu melalui UNESCO telah melancarkan program bagi meningkat kesedaran
membangun.Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada masa ini talah mengiktiraf pendidikan
sepanjang hayat sebagai kunci kepada pembangunan sumber maunsia.
Perdana Menteri menekankan dalam konteks dunia global sekarang, modal insan yang
benar-benar berkualiti sangat diperlukan jika negara ingin melangkah ke era ekonomi global
yang berpaksikan pengetahuan (B.H, 1 Mei 2006).
Basil Yeaxlee dan Edward Lindman (1926 ) menegaskan bahawa pendidikan
merupakan aspek yang berterusan dalam kehidupan manusia.
Pembelajaran sepanjang hayat menekankan elemen-elemen antaranya ialah budaya
membaca, budaya menyelidik, amalan reflektif, kolaborasi, komuniti pembelajaran profesional
(PLC), akses maklumat pelbagai sumber, pelan pembelajaran peribadi dan latihan dalam
perkhidmatan
Dasar pendidikan sentiasa berubah-ubah sejajar dengan tuntutan perubahan yang
berlaku dalam ekonomi dan pemodenan kehidupan.Terkini, pembelajaran sepanjang hayat
telah menjelma sebagai suatu dasar yang mula diambil berat oleh negara maju dan negara
membangun di dalam konteks globalisasi dan pemodenan.
Idea pembelajaran sepanjang hayat bukanlah sesuatu yang baru.la terlakar dalam
sejarah seawal 1920-an melalui usaha-usaha oleh cendekiawan (antaranya Basil Yeaxlee,
Eduard Lindeman, Albert Mansfield, R. H. Tawney, John Dewey) sehinggalah kini. Malah sedari
zaman Plato, 'education is life' adalah tonggak asas falsafah beliau. Barangkali, gerakan yang
paling agresif dilakukan oleh Edgar Faure melalui laporannya berjudul 'Learning To Be' (1972).
Bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan.Perubahan-perubahan yang
berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat wawasan 2020.Setiap
perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi satu cabaran kepada profesion
keguruan. Oleh itu,sewajarnya guru sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan
kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan. Isu memartabatkan profesion keguruan
perlu ditangani secara serius kerana kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan
kepada kegigihan golongan pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh
pengamal ilmu yang terbaik.Pengiktirafan masyarakat terhadap golongan guru adalah
bergantung kepada guru itu sendiri.
Usaha pihak kerajaan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul
dan disegani ramai tidak akan berjaya sekiranya guru itu sendiri tidak berusaha bersungguh-
sungguh untuk merealisasikannya. Bidang pendidikan juga merupakan pelaburan terpenting
bagi sesbuah negara, dan gurulah pemankin utama yang menjadi tonggak dalam memastikan
segala hasrat kerajaan tercapai.Komitmen dan dedikasi guru membawa perubahan kepada
msyarakat seterusnya memacu negara menacapai matlamat wawasan 2020 iaitu menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang maju.
Definisi Membaca
Menurut Kamus Dewan edisi keempat 2008, perkataan 'membaca' membawa maksud
memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna
kandungannya. Menurut Klein dalam Farida Rahim( 2005:3 ), membaca dapat didefinisikan
sebagai suatu proses. Maksudnya adalah informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki
oleh pembaca mempunyai peranan yang utama dalam membentuk makna. Menurut Harris dan
Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang
bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis.

Secara umumnya, membaca merupakan kegiatan harian kita untuk mendapatkan
sebarang maklumat daripada bahan-bahan bacaan yang kita baca. Sebagai contohnya, surat
khabar, majalah, buku dan sebagainya. Proses membaca dapat didefinisikan sebagai satu
proses pemahaman pembaca terhadap kandungan bahan-bahan bacaan yang dibaca.
Pembaca akan cuba memahami segala informasi yang terkandung dalam bahan bacaan
mereka.

Bagi memahami konsep membaca dengan lebih jelas, kita harus meninjau dua
perspektif dahulu. Yang pertama ialah membaca sebagai proses membentuk makna dan yang
kedua ialah membaca sebagai proses memilih dan mengambil tindakan.

A) Membaca Sebagai Proses Membentuk Makna
Menurut Anderson dan Pearson (1984), membaca merupakan satu interaksi antara
pembaca dengan bahan-bahan bacaan yang mereka baca. Interaksi ini merupakan sejenis
proses pembentukan dan pemberian makna antara bahan-bahan yang dibaca dengan
pengalaman latar pembaca-pembaca tersebut. Dalam konteks ini, aktiviti membaca dan proses
pembentukan makna adalah saling bergantungan antara satu sama yang lain. Hal ini kerana
proses tersebut tidak dikenali sebagai proses membaca jika kita tidak memahami makna
pembacaan dahulu.
Pemahaman makna terhadap kandungan pembacaan dalam proses membaca pula
dapat dihasilkan daripada pengetahuan latar yang ada pada seseorang pembaca. Pengetahuan
latar merujuk kepada maklumat yang terkandung dalam minda seseorang.Pengetahuan latar ini
pula dapat digerakkan oleh perkataan, ayat, dan paragraf penulis dalam bahan yang
dibacanya.Kita dapat memahami sesuatu dengan lebih jelas jika kita mempunyai konsep
terhadap sesuatu objek tersebut. Sebagai contohnya, kita dapat menggambarkan sesebuah
kapal terbang sebagai salah satu kenderaan yang dapat menampung beratus-ratus penumpang
dari satu destinasi ke destinasi yang lain tanpa sebarang masalah.
Namun begitu, konsep kenderaan ini menjadi susah apabila menjelaskan kepada
segolongan pelajar yang tidak pernah melihat kapal terbang, Hal ini kerana mereka tidak dapat
menggambarkan benda tersebut tanpa sebarang pengetahuan latar.

B) Membaca Sebagai Proses Memilih dan Mengambil Tindakan
Perspektif yang kedua perlu kita kaji dalam proses membaca ialah membaca sebagai
proses memilih dan mengambil tindakan. Menurut Anderson, Hiebert, Scott dan Wilkinson
(1985), proses membaca dapat merujuk kepada satu proses memilih dan mengambil tindakan
apabila penyesuaian seseorang pembaca terhadap proses membaca dengan tujuan dan jenis
teks yang dibacanya. Proses ini juga dapat dikenali sebagai proses strategi. Pembaca akan
mengawal pemikirannya apabila membaca dalam mengatur strategi. Hal ini kerana pengawalan
fikiran ini bukan sahaja akan menambahkan maklumat daripada bahan bacaan malah juga
dapat menambah lagi pengetahuan latar dalam pemikiran pembaca.
Setiap proses membaca yang dijalankan mempunyai tujuan dan matlamat tertentu.
Dengan itu, pembaca yang mempunyai strategi akan menyesuaikan dirinya dengan apa yang
tengah dibaca. Sebagai contohnya, membaca surat khabar adalah berbeza dengan membaca
sebuah novel. Pembacaan surat khabar adalah bertujuan untuk mengetahui segala
perkembangan yang berlaku di persekitaran kita manakala pembacaan novel adalah bertujuan
untuk menghiburkan hati dan melapangkan fikiran. Kedua-dua jenis pembacaan tersebut
memerlukan strategi yang berbeza ketika menjalankan proses membaca.
Sebahagian proses penyesuaian adalah untuk memahami struktur teks. Terdapat dua
jenis struktur teks iaitu teks naratif dan teks ekspositori.Teks naratif merujuk kepada teks yang
mengandungi cerita manakala teks ekspositori pula merujuk kepada sejenis maklumat atau
arahan yang terdapat dalam buku teks. Penggunaan strategi yang berbeza akan digunakan
bagi meneliti teks yang dibaca apabila pembaca sedar akan struktur teks bahan bacaan yang
berbeza. Proses ini dikenali sebagai proses metakognitif.
Amalan Membaca
Membaca adalah satu amalan mulia dan merupakan jambatan ilmu kepada semua
manusia. Oleh itu, pelbagai ilmu yang boleh kita perolehi dan pelajari daripada amalan
membaca.Dengan amalan membaca sahaja ianya membolehkan pemikiran seseorang itu
berkembang dan mempunyai imagenasi yang lebih tinggi untuk bercakap dan mengeluarkan
pendapat berbanding dengan orang yang kurang membaca.Menurut Kenedy (1981) membaca
adalah"keupayaan seseorang untuk mengencam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang
mewakili bahasa atau perkataan) yang menghubungkan bentuk intu, atau bunyi makna yang
telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengelaman lalu, memahami dan mentafsir
maksud".

Amalan membaca dapat dikaitkan dengan pembinaan ilmu pengetahuan dalam diri
seseorang.Hal ini kerana, perbezaan yang ketara antara individu yang suka membaca
berbanding individu yang tidak suka membaca adalah melalui ilmu pengetahuan yang mereka
miliki.Sikap individu yang suka membaca tersebut dapat melahirkan seorang manusia yang
berguna dan mempunyai tahap pemikiran yang tinggi. Golongan ini juga merupakan salah satu
golongan yang akan menjadi pemimpin di sesebuah negara kerana idea-idea bernas mereka
dapat membangunkan sesebuah negara tersebut.

Budaya membaca merupakan amalan yang sepatutnya dialmalkan sejak dari kecil
lagi.Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak untuk membaca dapat melahirkan modal
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.Sejajar dengan kehendak negara yang ingin
menjadikan masyarakat di Malaysia berilmu pengetahuan yang tinggi, maka ibu bapa
hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. Agama islam
sendiri menggalakkan umatnya membaca sehingga terbuktilah kelahiran ramai tokoh-tokoh
ilmuan yang terunggul seperti Ibnu Sinar, Ibnu Khawarizmi, Ibnu Biruni dan ramai lagi.
Kesemua tokoh-tokoh tersebut memulakan penerokaan mereka daripada bacaan sama ada
bacaan lisan mahupun bacaan alam sehingga mereka dapat menghasilkan penemuan
baru. Semua pemimpin negara juga menggalakkan masyarakatnya membaca supaya mereka
tidak akan ketinggalan dalam menerima kecanggihan dan kemodenan dunia. Bagi masyarakat
jepun, membaca sudah menjadi tabiat dan amalan mereka kerana daripada amalan membaca
mereka dapat meningkatkan taraf hidup dan juga dapat berdaya saing dengan dunia luar.
Walaubagaimanapun, masyarakat yang menerima perubahan teknologi yang moden
dan canggih hari ini telah menjadikan amalan membaca tersebut dengan membaca perkara-
perkara yang tidak sepatutnya. Kebanyakan golongan remaja hari ini,menambahkan ilmu
pengetahun mereka melalui bacaa-bacaan yang berunsur ganas dan tidak mendatangkan
faedah contohnya seperti majalah lucah, majalah-majalah yang berkaitan dengan perkara yang
negatif seperti hiburan buli, gengsterisme, pegangan agama yang sonsang dan sebagainya.
Oleh hal yang demiakian, amalan ini telah menyebabkan masyarakat terutama golongan remaja
menjadi rendah akhlak dan cetek ilmu pengetahuan.Jenis bahan bacaan yang boleh
dikategorikan sebagai 'lucah' atau tidak sopan ialah yang mengeksploitasikan seks sebagai
bahan utama.Bagi sesetengah bahan bacaan ini, mereka memaparkan gambar wanita
mendedahkan tubuh badan mereka dan aksi menggoda untuk dijadikan sebagai pelaris
jualan.Disebabkan remaja sering disogok dengan cerita sedemikian, golongan tersebut mudah
terpengaruh sehingga menjadi seronok dan ketagih. Ini akan menyebabkan golongan ini tidak
dapat berfikir secara matang dan akan ketinggalan dalam pelbagai aspek.
Oleh hal yang demikian, masalah ini hendaklah dipandang tinggi oleh semua lapisan
masyarakat terutama ibu bapa kerana kebanyakan anak-anak menjadi liar disebabkan
pengabaian daripada ibu bapa.Walaubagaimanapun, pihak kerajaan hendaklah menjalankan
pemantauan terhadap penerbit buku tersebut terutama memantau buku-buku yang datang dari
luar negara. Hal ini kerana, melalui amalan membaca, kita dapat melahirkan masyarakat yang
cemerlang tetapi apabila terdapat golongan masyarakat yang membaca ilmu yang sonsang
akan menyebabkan mereka mudah untuk dijajah. Membaca merupakan jambatan ilmu dan
tiang pembangunan kepada semua.











MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN

Guru bererti mereka yang mendidik, mengajar,mengasuh, menunjuk arah dan sebagainya.
Guru mengajar murid kemahiran asas iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Menurut
Wikipedia,

Teachers may provide instruction in literacy and numeracy, craftsmanship or
vocational training, the arts, religion, civics, community roles, or life skills.

Daripada kata-kata tersebut, guru merupakan orang yang mendidik jasmani, rohani,mental
dan emosi murid dengan ilmu, kemahiran dan ketrampilan dalam melahirkan insan yang bakal
menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Para pendidik hari ini juga
memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi negara.

Para pendidik hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan
aspirasi negara, mewujudkan perpaduan kaum bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan.
Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para
guru terhadap tanggungjawab melengkapkan ilmu dan keluhuran peribadi mereka. Perpaduan
kaum dapat disemai apabila guru menerapkan nilai-nilai murni, seperti saling menghormati
antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama.

Sesuatu profesion yang sebenar adalah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan
masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan,
mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk
menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan.

Menurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang
memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran tinggi dan latihan khas. Contohnya,
perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Song
Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai satu pekerjaan yang
khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup
bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi
bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya untuk dipatuhi demi
mengawal kualiti dan nilai tara perkhidmatan. Nilai tara perkhidmatan menjadi panduan dalam
usaha memastikan tingkah laku dipatuhi oleh setiap ahlinya.

Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru perlu menyedari bahawa tugas
dan amanah yang diberikan adalah untuk mendidik generasi yang akan datang menerajui
negara ini. Oleh itu, kemahiran dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah pendidikan harus
diperkemaskan dari masa ke semasa.Untuk mengharungi cabaran dan tuntutan daripada
perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru haruslah melengkapkan diri dengan strategi-
strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Sehubungan dengan kehendak tersebut,
guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.Kursus-kursus tersebut
penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion
pendidikan.

Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan dalam Rancangan
Malaysia ke Sembilan, Kementerian Pelajaran Malaysia memberi tumpuan kepada empat
agenda utama.Pertama memperkasakan Sekolah Kebangsaan agar menjadi pilihan utama
rakyat. Kedua ialah membangunkan system pendidikan bertaraf dunia agar generasi
yang dilahirkan mampu bersaing dalam persaingan sengit era globalisasi. Ketiga, merapatkan
jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dan luar bandar, jurang di antara
yang miskin dengan yang kaya, jurang digital dan jurang di antara mereka yang normal dengan
mereka yang berkeperluan khas. Ini bertujuan agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir
dari arus perkembangan negara.Keempat ialah memartabatkan profesion perguruan agar
profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikulnya sebagai
profesion yang berada di barisan paling hadapan dalam pembinaan generasi masa hadapan
negara.

Sepanjang tempoh RMK 9, tumpuan diberikan kepada usaha untuk melahirkan guru-guru
yang berkualiti tinggi, iaitu mereka yang benar-benar memahami hasrat dan matlamat
negara,mempunyai semangat tinggi sebagai pejuang yang akan menentukan keutuhan agama,
bangsa dan negara, mempunyai berbagai kemahiran dari segi pedagogi, psikologi mahupun
interpersonal serta mempunyai keperibadian mulia dan daya kepimpinan yang cemerlang.

Dalam usaha untuk memartabatkan profesion keguruan, Kementerian Pelajaran telah
merangka empat strategi utama.Pertama, memantapkan latihan perguruan.Kedua, menambah
baik kerjaya guru.Ketiga, memperbaiki persekitaran kerja.Keempat, memperkasa kerjaya
perguruan.


2.1 Memantapkan Latihan Perguruan

Pemilihan calon-calon guru haruslah bukan sahaja dari kecemerlangan akademik dan
sahsiah, malah juga perlu memiliki ciri-ciri keguruan, bersungguh-sungguh ingin menjadi guru,
bangga dengan profesionnnya dan yakin dengan kebolehannya untuk memikul amanah,
memupuk generasi yang boleh diletakkan sebaris dengan bangsa-bangsa lain.

Kriteria pemilihan wajar merangkumi maklumat bakal guru berasaskan data penilaian
taksiran sahsiah, bakat kecerdasan dan pencapaian akademik dalam peperiksaan awam.Dalam
hal ini, pengenalpastian cirri dan kriteria berkenaan boleh dilakukan dengan mengenalpasti
amalan-amalan utama oleh pendidik guru serta amalan-amalan oleh guru yang dipilih sebagai
guru cemerlang atau master teacher.

Bagi memastikan calon-calon berkualiti dipilih menyertai profesion keguruan, kerajaan telah
mengetatkan lagi syarat pengambilan guru mulai tahun 2004.KPM telah memperkenalkan M-
test untuk menguji sikap dan keupayaan analitikal bakal guru bagi pengambilan KPLI.
Memperkenalkan program IJazah Sarjana Muda pendidikan untuk melhirakn guru yang lebih
berkualiti dan menubuhkan IPG. Menaiktaraf maktab pertguruan terus dipertingkatkan bagi
mempersiapkan guru dengan segala kemahiran yang benar-benar menepati keperluan
pendidikan.Memantapakan latihan perguruan dengan membaiki sistem latihan perguruan dari
segi kurikulum dan ko-kurikulum.

2.2 Menambah Baik Kerjaya Guru

KPM berusaha menambahbaik kerjaya guru dengan menyediakan peluang kenaikan
pangkat secara, time base.Mempercepatkan kenaikan pangkat guru-guru serta mewujudkan
jawatan guru cemerlang yang member peluang guru dinaikkan pangkat secara fast
track.Selai8nitu, KPM bercadang melaksanakan system attachment dengan menghantar guru-
guru cemerlang ke luar negara.Mengenalpasti pengetua-pengetua terbaik untuk mengawal selia
supaya mereka juga menjadi yang terbaik dan cemerlang.Seterusnya, menyediakan peluan-
peluang pelajaran kepada guru ke peringkat sarjana dan kedoktoran. Guru yang memiliki ijazah
wajar diberikan insentif yang lebih baik bagi mengelakkan guru-guru yang berpelajaran tinggi
meninggalkan bidang keguruan untuk menceburi sector swasta atau ke institusi pengajian tinggi
kerana menawarkan peluang menaikkan pangkat yang lebih baik.

Bagi menggalakkan guru-guru melanjutkan pelajaran supaya memberi inspirasi kepada
pelajar-pelajar untuk mencontohi guru mereka. Ini menjadikan guru sebagai idola dalam usaha
dalam membantu pelajar melakar masa depan bersandarkan ilmu pengetahuan. Hal ini, secara
tidak langsung akan dapat mengangkat martabat guru pada pandangan masyarakat.



2.3 Memperbaiki Persekitaran Kerja

Bagi menjamin kualiti perkhidmatan guru, KPM telah menjalankan kajian bebanan
tugas guru pada tahun 2004 bagi mendapatkan maklum balas dalam menangani beban tugas
guru. Dalam belanjawan RMK9, kementerian pelajaran Malaysia telah membaiki untuk
membaik pulih dalam menaik taraf sekolah yang daif dan membina bnyak rumah guru.Ini
menjamin kebajikan guru, kerajaan juga telah meluluskan dasar skim pinjaman buku teks
kepada anak-anak guru samada yang telah bersara atau yang telah meninggal duni. Dasar init
e;ah melibatkan peruntukan kira-kira RM 19 juta.
Seterusnya, usaha membaiki persekitaran tempat kerja guru dimana, bilik guru dilengkapkan
dengan kemudahan-kemudahan yang sesuai dan mempunyai ruang kerja yang
selesa.Mewujudkan hubungan yang baik di kalangan warga sekolah, guru-guru pelajar dan
pentadbir.Ini mweujudkan suasana tempat kerja yang selesa dan kondusif bagi seorang guru
untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Bagi menghargai dan
menjamin kebajikan guru yang bertugas di kawasan pedalaman, wajar diperuntukkan skim
insuran khas untuki guru-guru yang terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh dan berbahaya
untuk ke sekolah khususnya di pedalaman Sabah dab Sarawak.

Dengan adanya skim tersebut, guru akan merasakan pengorbanan mereka dihargai
seterusnya menjadi pendorong untuk mereka menjalanakan tugas dengan penuh yakin dan
bersemangat tinggi.

2.4 Memperkasa Kerjaya Perguruan

Untuk mengiktiraf kemampuan guru sebagai pendidik yang berwibawa, dicadangkan
agar guru diberi kuasa (empowerment) dan kebebasan dalam membuat keputusan untuk
melakukan yang terbaik kerana guru lebih mengetahui apa yang berlaku di bilik darjah.
Penerununan kuasa ke peringkat sekolah akan melahirkan perasaan tanggungjawab dan
komitmen tinggi dalam kalangan guru. Langkah ini akan member keselesaan kepada guru
untuk bertindak di bilik darjah tanpa sebarang tekanan.

3.0 Kesimpulan

Bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan.Perubahan-perubahan yang
berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat wawasan 2020.Setiap
perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan menjadi satu cabaran kepada profesion
keguruan. Oleh itu,sewajarnya guru sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan
kemahiran serta menjaga etika profesion keguruan. Isu memartabatkan profesion keguruan
perlu ditangani secara serius kerana kejayaan sesebuah masyarakat dan negara berteraskan
kepada kegigihan golongan pendidik yang berilmu dan beriltizam tinggi serta menjadi contoh
pengamal ilmu yang terbaik.Pengiktirafan masyarakat terhadap golongan guru adalah
bergantung kepada guru itu sendiri. Usaha pihak kerajaan menjadikan profesion keguruan
sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai tidak akan berjaya sekiranya guru itu sendiri
tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya.
Bidang pendidikan juga merupakan pelaburan terpenting bagi sesbuah negara, dan
gurulah pemankin utama yang menjadi tonggak dalam memastikan segala hasrat kerajaan
tercapai.Komitmen dan dedikasi guru membawa perubahan kepada msyarakat seterusnya
memacu negara menacapai matlamat wawasan 2020 iaitu menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang maju.

You might also like