You are on page 1of 41

TAJUK 3 (4 jam)

ISU-ISU ETIKA GURU




DR.MADZNIYAH BT. MD. JAAFAR
JABATAN R&I/ ILMU PENDIDIKAN
IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM




EDU 3108
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN
PROFESIONAL GURU


Isu-isu Etika Guru
Maksud Etika Guru Isu-isu Etika Guru
Kesantunan guru
Kepedulian guru
Penampilan guru
Berniaga di sekolah
Kerjaya sambilan
Pengurusan masa
Pengurusan
kewangan
Pengenalan
Bagi menjaga imej profesion, setiap
guru perlu patuh kepada etika
profesionlisme, etika pengajaran, etika
tingkah laku dan etika perkhidmatan awam.

Namun begitu, terdapat juga
beberapa isu etika guru yang wujud kerana
faktor-faktor tertentu yang menyebabkan
seseorang guru itu melakukan perbuatan
yang tidak beretika serta bercanggah
dengan prinsip-prinsip etika yang
diamalkan sebagai seseorang penjawat
awam.
Isu Etika
Isu etika guru merujuk kepada suatu
perkara mengenai perilaku guru yang
difikirkan dan dibincangkan secara
terbuka dan isu ini boleh menjadi
suatu masalah.
Isu Kesantunan Guru
Kesantunan merujuk kepada tatacara,
adat atau kebiasaan yang berlaku dalam
masyarakat. Kesantunan melibatkan
perlakuan verbal ataupun nonverbal.

Kesantunan memperlihatkan sikap
yang mengandungi nilai sopan santun atau
etiket dalam pergaulan harian. Kesantunan
biasanya bipolar, iaitu memiliki hubungan
dua hala.

samb: Isu Kesantunan Guru
Guru yang merupakan pembina modal
insan perlu menghayati bahawa
seseorang insan begitu bermakna
apabila di dalam dirinya memiliki
perlakuan yang baik yang lahir daripada
hati yang suci dan bersih.

Setiap guru wajib mempamerkan
perlakuan yang santun menerusi kata-
katanya dan mahir berkomunikasi
dengan meng-gunakan peraturan-
peraturan berbahasa serta mengawal
tingkah lakunya.

Kesantunan Berbahasa Yang Perlu
Dipatuhi Oleh Setiap Guru
i. Kata-katanya mengandungi maksud
ujaran yang jujur, ikhlas dan benar.

ii. Menggunakan intonasi suara yang sesuai
dengan maksud ujarannya dan menjauh
intonasi yang meninggi yang
mengambarkan kesombongan dan marah
yang tidak mampu dikawal.

iii. Memilih pengunaan kata ganti nama diri
dan sistem panggilan serta sapaan yang
tepat yang menghormati pihak yang
mendengar.
samb: Kesantunan Berbahasa Yang
Perlu Dipatuhi Oleh Setiap Guru
i. Tidak membolot perbualan, tidak
mencelah percakapan orang lain dan
mementingkan diri dan pandangan
sendiri sahaja.

ii. Menggunakan strategi yang sesuai
dalam menyatakan maksud bagi
mengelakkan pihak mendengar
tersinggung.

iii. Mematuhi peraturan berbahasa yang
menepati masyarakat di mana guru
berada.

Kesantunan non-verbal
Kesantunan non-verbal melibatkan
perlakuan seperti berikut :

Gaya berpakaian

Cara duduk

Cara berhubung dengan pihak lain
seperti senyum, salam dan beramah
tamah.


Garis Panduan
Ciri Kesantunan Guru
i. Ikhlas, jujur, baik hati, penyayang dan
sanggup berkorban.

ii. Bersyukur dan berterima kasih atas
nikmat dan kebaikan yang diperoleh.

iii. Berani, tegas dan mampu membetulkan
perkara-perkara keji daripada berlaku.
samb: Garis Panduan Ciri Kesantunan
Guru
i. Menghargai dan menghormati pihak
lain walaupun kalangan yang lebih
muda, cacat, miskin dan kurang
cerdas.

ii. Menggunakan kata-kata untuk
perkara-perkara yang baik dan bukan
untuk menyakiti pihak lain.

iii. Peramah, pemurah dan bersedia
membaiki kelemahan diri.

Isu Kepedulian Guru
Definisi

Perwakilan komposit perasaan, pemikiran
dan perhatian yang diberi terhadap sesuatu
isu atau tugas. ----- Hall, George &
Rutherford (1977)

Persoalan-persoalan, keraguan dan
kemungkinan tentangan pihak guru apabila
menghadapi situasi baharu atau tuntutan
yang kian mencabar. ----- Van den Berg &
Ross (1999)




:

Samb: Isu Kepedulian Guru

Kuasa-kuasa yang akan menggerakkan
suatu proses perubahan, iaitu
perubahan yang wujud dalam
kepedulian beberapa orang tentang
sesuatu yang tidak betul dan ada orang
yang harus berbuat sesuatu
mengenainya. -----
Havelock (1995)
Kepedulian guru merujuk kepada
perasaan, pemikiran dan perhatian yang
diberi oleh guru terhadap isu atau
tugasnya.

Apakah kepedulian guru
dalam bilik darjah ?
Guru yang peduli akan menumpukan
perhatian mereka terhadap pelajarnya.

Guru yang peduli akan melakukan
tindakan-tindakan untuk memenuhi
keperluan dan kehendak pelajar yang
belum dipenuhi.

Guru yang peduli mementingkan
perkembangan pelajarnya dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Guru yang peduli dapat
mengeratkan hubungan dengan
pelajar, prihatin selain mendengar
pandangan pelajar, mewujudkan
suasana yang kondusif,
memahami pelajarnya secara
individu, berempati dan memenuhi
keperluan akademik dan emosi
pelajar.


Kajian Fuller (1974) mengenal pasti
tiga kelompok kepedulian, iaitu :

i. Penyempurnaan diri

ii. Tugas-tugas pengajaran

iii. Impak pengajaran
Penyempurnaan diri

Kepedulian dari segi penyempurnaan diri
lebih biasa dirujuk kepada kepedulian
kelangsungan hidup (survival) yang sering
dihadapi oleh guru permulaan dan antara aspek
yang terangkum dalam kepedulian guru adalah :

Persetujuan penyelia
Sokongan pentadiran
Hubungan dengan guru-guru lain
Kandungan subjek
Masalah disiplin
Tugas-tugas Pengajaran
Guru mengambil peduli tentang
bahan pengajaran / kaedah yang efektif
dan beban tugas spesifik. Guru bimbang
tentang perasaan pelajar terhadap
mereka dan mengambil berat tentang
penilaian pembelajaran pelajar
Impak Pengajaran
Tumpuan kepada pelajar secara
me-nyeluruh

Lebih berkeyakinan terhadap ke-
bolehan mengajar mereka,
persekitaran bilik darjah dan
hubungan dengan sekolah dan
pelajar.
samb: Impak Pengajaran
Guru lebih berfokus kepada
keperluan pelajar dan
penambah-baikan pendidikan.

Guru ambil peduli tentang
peningkatan profesional diri dan
isu-isu etika dalam sistem
pendidikan yang boleh memberi
kesan kepada pelajar.

Apakah kepedulian guru
pelatih ?
Aspek pengalaman

Pemerhatian oleh penyelia

Mengekalkan disiplin yang baik

Bebanan tugas

Masalah kontekstual (di mana
lokasi bahan-bahan, bagaimana
mengambil tahu guru lain, dan
pergerakan dalam persekitaran
baharu)

Penelitian pilihan kerjaya

Persepsi pengajaran
keseluruhan

Penampilan guru
Definisi
Tret-tret perwatakan dan personaliti yang
dianggap perlu untuk kejayaan seseorang
guru. Tret-tret termasuklah aspek-aspek
tanggung-jawab, kebergantungan,
kreativiti, empati dan profesionalisme. ---
Stewart (2005)

Ciri-ciri peribadi yang dimiliki oleh guru
termasuklah sikap, kepercayaan, minat,
apresiasi dan nilai-nilai.


SAMBUNG: Penampilan Guru
Kini, ia dirujuk sebagai standard, iaitu
semua guru permulaan harus tahu,
bertindak sedia kala dan boleh
melaksanakan tugas dengan
bertanggungjawab tanpa mengambil
kira kandungan m/pelajaran atau
tahap gred yang diajar.


Howard (2007) menghuraikan empat ciri
utama penampilan guru iaitu :

i. Penampilan untuk perbezaan

ii. Penampilan untuk berdialog

iii. Disilusi (Disillusionment)

iv. Demokrasi

Penampilan Untuk
Perbezaan
Guru perlu mempunyai tahap
keterampilan berasaskan budaya,
iaitu satu kebolehan untuk
mengenal pasti dan mengiktiraf
pelbagai realiti yang wujudkan di
dalam bilik darjah yang mempunyai
pelbagai budaya. Hal itu juga
menunjukkan guru berada pada
tahap selesa terhadap ciri-ciri
seperti bangsa, agama dan jantina.


SAMB: Penampilan Untuk
Perbezaan
Guru yang dapat tampil dalam
situasi budaya yang berbeza
merupakan elemen utama untuk
menjadi guru efektif dan
merupakan pengaruh positif
terhadap kehidupan pelajar.
Penampilan Untuk
Berdialog

Penampilan untuk berdialog
menunjukkan guru mempunyai minat
dan keinginan tahu terhadap orang
lain dan hal ini merujuk kepada
kerelaan untuk meneroka persamaan
dan perbezaan yang berada antara
individu.


SAMB: Penampilan Untuk
Berdialog
Howard mengenal pasti dua jenis
penampilan untuk berdialog, iaitu
:

1. Dialog profesional antara rakan
sejawat
2. Dialog di dalam bilik darjah

Disilusi (Disillusionment)
Guru yang dapat tampil untuk
menghadapi kekecewaan merupakan guru
yang menunjukkan keterbukaan melihat luar
daripada budaya sendiri dan kebolehan
untuk meneliti kepercayaan serta
pandangan luar.

Mengikut Howard (2007) guru yang
dapat meneroka dan mengetepikan ilusi
(khayalan) adalah lebih responsif dari segi
budaya dalam persekitaran pelbagai.
Berniaga di Sekolah
Berniaga bukan bertempat di
sekolah. Guru harus melaksanakan
tanggung-jawab sebagai pendidik
di dalam bilik darjah bukannya
sebagai peniaga.
Demokrasi
Guru yang mempunyai
penampilan diri yang efektif merupakan
mereka yang dapat mengenal pasti
kepentingan demokrasi yakni semua
pelajar mempunyai peluang yang sama
untuk melibatkan diri dalam apa jua
aktiviti. Guru bersikap terbuka dan
memberikan peluang kepada pelajar
untuk melibatkan diri dalam proses
P&P.
Kerja Sambilan
Guru yang ingin bekerja sambilan
perlu memohon kebenaran. Kerja
sambilan termasuk tuisyen, kelas
tambahan online, menyampaikan
ceramah di luar waktu kerja. Guru perlu
patuh kepada Kod Etika Guru dan tidak
menerima wang bayaran kelas tuisyen
murid yang diajar di sekolah.
Pengurusan Masa
Pengurusan masa ialah perancangan
masa yang berkesan sama ada secara
harian, mingguan atau jangka masa
panjang untuk memberikan masa bagi
aktiviti kuliah, belajar, riadah,
tanggungjawab peribadi dan rehat.

Pengurusan masa melibatkan dua
dimensi, iaitu :

1. Pengurusan masa guru sendiri
2. Menanamkan aspek kepentingan
pengurusan masa dalam kalangan pelajar
Pengurusan Kewangan
Pengurusan kewangan dilihat dari dua sudut,
iaitu :
1. Mengurus wang semasa bertugas
2. Mengurus kewangan diri dan keluarga

Guru perlu mempunyai akauntabiliti terhadap
wang yang dikutip dan dalam jagaannya. Jika
disimpan dan diurus dengan cekap, guru akan
selamat.

Guru harus sentiasa mengamalkan sifat
kemuliaan kesederhanaan serta kebijaksanaan
berhemat dalam pengurusan kewangan diri dan
keluarga.
Aktiviti 1
Aktiviti 2
Aktiviti 3
Sekian, Terima Kasih

You might also like